Anda di halaman 1dari 9

1

QGJ 3043 : PERGERAKAN DAN RITMA


Tugasan 1: Sila sediakan 1 kertas kerja berkaitan perancangan anda dalam menysusun kareografi persembahan Pergerakan Kreatif tersebut. Tugasan 2: Tugas anda ialah menyediakan satu borang markah yang mengandungi skema pemarkahan/rubrik pemarkahan.

DISEDIAKAN OLEH : NAMA MOHD SHAIPUL RIZAL BIN KADIR PUSAT PEMBELAJARAN: EL UPSI(46) NAMA TUTOR E-LEARNING: Cik Noor Syalihuda binti Bani TARIKH SERAH: 03 Mei 2013 NO. KP 811203 04 5049 NO. MATRIK D 20102045711

2 NO. 1 PERKARA (A) KERJA KURSUS 1 1.0 TAJUK 2.0 MASA 3.0 OBJEKTIF 4.0 JUMLAH MURID 5.0 ALATAN 6.0 LATAR 7.0 ASPEK KESELAMATAN 8.0 KAREOGRAFI 9.0 PENUTUP M/S 3 3 3 3 3 3 3 3 4

2.

(B) KERJA KURSUS 2 PERTANDINGAN PEMARKAHAN PERGERAKAN KREATIF 2013 BORANG 8

3 (A) KERJA KURSUS 1

1.0 TAJUK

: Sang Kancil dan Sang Buaya

2.0 MASA

: 15 minit

3.0 OBJEKTIF i)

Kognitif : Murid dapat berfikir mengenai kesusahan dan kepayahan Sang Kancil memikirkan idea bagaimana membuat helah untuk melepaskan diri.

ii)

Psikomotor : Murid dapat melakukan pergerakan haiwan seperti Sang Kancil dan Sang Buaya dengan menggunakan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.

iii)

Afektif

Murid

dapat

menyatakan kehebatan

bagaimana

Sang

Kancil

menggunakan tipu helah bagi menyelamatkan diri.

4.0 JUMLAH MURID : 10 orang

5.0 ALATAN : Kostum kancil dan buaya serta pokok

6.0 LATAR i) ii)

Bunyi menggunakan bunyi deruan aliran sungai dan unggas rimba Lagu petikan lagu siri animasi Pada Zaman Dahulu...

7.0 ASPEK KESELAMATAN : i) Ruangan untuk gerakan kreatif disediakan dengan secukupnya bagi

mengelakkan kecederaan. ii) iii) Murid dikehendaki mengikut arahan yang telah ditetapkan. Jangan bermain ketika persembahan sedang dijalankan.

4 8.0 KAREOGRAFI :

8.1 Segmen i) Segmen 1 ( 5 minit ) 1. Lagu siri animasi Pada zaman dahulu.... di pasangkan. 2. Setelah lagu tersebut dipasangkan, diikuti dengan bunyi deruan aliran sungai dan bunyian unggas rimba menggambarkan keadaan di dalam sebuah hutan yang yang penuh dengan haiwan liar yang hidup dalam satu komuniti. 3. Sang Kancil (Murid A M.A) keluar dari belakang pentas dan melompat kecil (pergerakan lokomotor) pada tanda yang disedia melalui celahan pokok hingga menuju di tepi sungai. Di samping itu, M.A menggerak-gerakkan kepala ke kiri kanan seperti mencari sesuatu. 4. M.A menggunakan hidungnya menghidu (pergerakan bukan lokomotor) bauan yang sedap di seberang sungai. M.A terhidu bauan rambutan yang telah masak ranum. 5. M.A menggaru-garukan kepalanya (pergerakan bukan lokomotor) kerana berfikir bagaimana caranya untuk menyeberangi sungai yang besar itu. 6. M.A mendapat idea untuk ke seberang dengan melompat ke kiri dan ke kanan (pergerakan lokomotor) bagi menyatakan kegembiraannya. 7. M.A memanggil buaya dengan mengetuk batang pokok (pergerakan manipulatif alatan) yang kosong dalamnya menggunakan ranting kayu yang keras untuk memanggil sang-sang buaya (Murid B, C, D dan E) untuk naik ke permukaan air.

ii)

Segmen 2 (5 minit) 1. M.B merangkak (pergerakan lokomotor) keluar dari tepi prop pokok tepi sungai dan menuju ke arah M.A. 2. Kemudian M.A memberitahu dengan mengangguk-anggukkan kepala dan mengoyang-goyangkan bahunya (pergerakan bukan lokomotor) bahawa dia memanggil Sang Buaya kerana ingin mengira buaya-buaya dalam sungai untuk dijemput ke kenduri Raja Sulaiman. 3. Sang Buaya setuju dengan permintaan Sang Kancil dan memanggil semua buaya berkumpul dengan meniup trompet (pergerakan manipulatif alatan). 4. M.C, M.D dan M.E bergerak keluar dari tepi prop batu dengan merangkak ke arah M.B. 5. Kemudian M.B mengarahkan semua buaya merangkak untuk berbaris merentasi sungai agar Sang Kancil dapat mengira bilangan mereka.

5 6. M.A pun mengira setiap bilangan buaya dengan melangkah badan mereka hingga menyeberang sungai.

iii)

Segmen 3 (5 minit) 1. Setelah M.A tiba di seberang sungai, dia pun melompat dalam arah bulatan mengikut arah jam (pergerakan lokomotor) kerana gembira berjaya membohongi semua buaya. M.A menjelirkan lidah dan menggoyanggoyangkan pinggulnya kerana gembira. 2. M.B, M.C, M.D dan M.E berasa sangat marah dengan berdiri dan cekak pinggang (pergerakan bukan lokomotor) menghadap ke arah M.A. 3. Kemudian semua buaya berasa bengang dengan menunjukkan genggaman penumbuk menggunakan tangan kanan kepada M.A. 4. M.A berasa sangat gembira dan berlalu pergi dengan melompat secara zig zag pada tanda hingga ke pintu keluar belakang pentas. Sebelum keluar, M.A menoleh ke belakang dan menggoyangkan ekornya kepada semua buaya. 5. M.C, M.D, dan M.E yang kemarahan berkumpul berjalan mengelilingi M.B dan memukulnya dengan ranting kayu yang ada di situ. 6. Cerita ditamatkan dengan lagu penutup dari siri animasi Pada Zaman Dahulu...

8.2 Jenis pergerakan Di dalam kareografi Sang Kancil dan Sang Buaya ini menggunakan semua jenis pergerakan kreatif iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Boleh dilihat bahawa dalam setiap segmen ada dipraktikkan pergerakan kreatif. Sila rujuk pada setiap segmen yang mana ada perkataan ditandakan Italic Bold yang mana ia menunjukkan pergerakan kreatif tersebut.

8.3 Tema dan unsur pergerakan Jika dilihat kepada setiap segmen, ada diselitkan tema dan unsur pergerakan. Tema-tema yang terdapat dalam kareografi ini merangkumi tema dari satu, tiga dan lima.

i)

Tema 1 : Kesedaran Tubuh Badan Dalam setiap segmen pasti ada tema 1 ini. Sebagai contoh, dalam segmen 1 pada bilangan 3 menunjukkan perkaitan mengenai tema ini yang mana pergerakan lokomotor yang ditunjukkan oleh Sang Kancil iaitu bergerak dengan melompat pada tanda yang ditetapkan.

6 Selain itu, pada segmen 2 dan 3 juga boleh didapati tema 1 ini. Ia boleh dilihat pada bilangan 1 segmen 2 dan pada bilangan ke-4.

ii)

Tema 3 : Kesedaran ruang Tema ini juga ada digunakan dalam segmen 1 dan 3. Sebagai contoh, dalam segmen 1 pada bilangan ke-6, ia menunjukkan bagaimana kegembiraan Sang Kancil diterjemahkan dengan melompat ke kiri dan ke kanan yang mana penggunaan ruang yang kreatif dipraktikkan. Selain itu, dalam segmen 3 juga terdapat penggunaan tema 3 iaitu pada bilangan 1.

iii)

Tema 5 : Penyesuaian terhadap rakan Tema ini merupakan hubungan sebuah kemahiran yang berkaitan dengan hubungan atau berkomunikasi dengan pasangan atau kumpulan melalui pergerakan. Ini boleh dilihat di dalam segmen 3 pada bilangan 2 dan 5.

8.4 Masa mengikut segmen Kareografi ini telah dibahagikan kepada 3 segmen yang mana setiap segmen telah ditetapkan sebanyak 5 minit bagi mengaplikasikan pergerakan kreatif.

9.0 PENUTUP

Daripada tugasan ini secara amnya saya dapat merumuskan bahawa pergerakan kreatif dapat dilihat kepada empat elemen iaitu dari segi perkembangan sosial. Dari aspek ini kita dapat melihat kanak-kanak sejauh mana pergaulannya dengan rakan-rakan lain dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Seterusnya melihat kepada perkembangan kognitif iaitu mencungkil bakat kanak-kanak dalam menjalani sesuatu aktiviti dan penyelesaian dalam sesuatu tindakan. Yang ketiga adalah perkembangan emosi iaitu penerimaan kanak-kanak dalam melakukan aktiviti yang dilakukan samada memberi kesan yang positif atau positif dan yang terakhir adalah perkembangan fizikal. Aktiviti ini adalah yang melibatkan anggota badan individu.Menekankan kepada aspek motor halus dan motor kasar. Pergerakan kreatif juga merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan, irama dan daya kreativiti untuk melahirkan insan yang kreatif dan mempunyai daya ekspresi pergerakan kreatif bermaksud suatu tafsiran idea, perasaan atau tanggapan deria yang dapat dilahirkan secara simbolik melakukan

pergerakan . Pergerakan kreatif ialah bentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.Pergerakan kreatif menggalakkan perkembangan kebolehan untuk bekerja dengan memuaskan dan mahir di dalam sesuatu kelompok, berkongsi dan bekerja sama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan. Selain daripada itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka. Pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjana perkembangan psikomotor, kognitif dan efektif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untuk mewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Secara keseluruhannya pergerakan kreatif telah memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada kanak-kanak kerana sedikit sebanyak telah memberikan input yang sangat berguna kepada mereka.

8 (B) KERJA KURSUS 2 PERTANDINGAN PERGERAKAN KREATIF 2013 BORANG PEMARKAHAN


BIL KRITERIA PEMARKAHAN KREATIVITI PERGERAKAN Kesesuaian formasi pergerakan (4 markah) Ketrampilan (2 markah) Teknik dan persembahan (4 markah) KESERAGAMAN PERGERAKAN Tempo antara pergerakan (5markah) keserasian antara alatan dan anggota badan (5 markah) Keyakinan Peserta (3 markah) PENGGUNAAN RUANG Ruang (3 markah) 3 Masa (3 markah) Kegunaan pentas (4 markah) PERKEMBANGAN FIZIKAL 4 Penggunaan Anggota Badan (5 markah) Pemeringkatan formasi pergerakan (5 markah) PAKAIAN DAN PROPS 5 Kesesuaian dan rekaan pakaian (2 markah) 7 10 10 MARKAH MAKSIMA SEKOLAH / MARKAH JURI SEKOLAH 1 SEKOLAH 2 SEKOLAH 3 SEKOLAH 4 SEKOLAH 5 SEKOLAH 6 SEKOLAH 7 SEKOLAH 8 SEKOLAH 9 SEKOLAH 10

10

13

9
Aksesori / Perhiasan Diri (2 markah) Props yang digunakan(3 markah) JUMLAH CATATAN 50

TANDATANGAN NAMA JURI :

_____________________________

_____________________________