Anda di halaman 1dari 25

PENGENALAN Mak Yong merupakan satu tarian melayu tradisional yang

dikategorikan dalam kumpulan drama tari/seni lakon. Persembahan Mak Yong menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Tarian Mak Yong biasanya dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan RiauIndonesia. Terdapat beberapa tujuan Mak Yong dipersembahkan. Salah satu tujuannya adalah untuk hiburan. Pada zaman kini, Mak Yong biasanya dipersembahkan untuk tujuan persembahan dan hiburan kepada penonton sahaja. Selain itu, di sesetengah kawasan, Mak Yong juga dijadikan sebagai satu teknik perubatan tradisional (musictherapy). Mak Yong selalu dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun. Mak Yong juga dipersembahkan dalam upacara senbah guru di mana guru mak yong akan menyerahkan kuasanya kepada anak muridnya untuk mewarisi pangkatnya sebagai guru Mak Yong. selepas upacara sembah guru dilakukan, semua kerja mengajar Mak Yong akan diwarisi oleh anak murid tersebut dan guru tersebut tidak boleh lagi bergiat atau melibatkan diri dalam bidang Mak Yong. Persembahan Mak Yong biasanya dibuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang ke empat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri dari pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak.

SEJARAH MAK YONG Mak Yong dipercayai telah wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Oleh kerana ia diwarisi secara lisan di kalangan kampung, usia sebenar Mak Yong tidak dapat dikenal pasti. Namun, ia dipercayai telah wujud lebih daripada 800 tahun. Menurut Hikayat Patani, Mak Yong telah dibawa ke Kelantan lebih dari 200 tahun dahulu. Dari situ, ia berkembang ke Kedah dan negeri-negeri lain. Mak Yong telah dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dahulu semasa di Patani, Mak Yong biasanya dipersembahkan di istana sehingga 1920 di mana ia sering dipertontonkan dikalangan orang biasa. Namun, pada awal abad ke20, tarian Mak Yong mula berkembang ke merata-rata kempung tanpa naungan istana. Ini adalah kerana kedatangan British ke Kelantan telah mengurangkan kedudukan ekonomi raja-raja. Ini telah menyebabkan kemerosotan mutu persembahan Mak Yong. Terdapat beberapa sejarah yang berlainan tentang asal usul Mak Yong dan bagaimana wujudnya Mak Yong. Sejarah 1 Lagenda biasanya mengaitkan tarian Mak Yong ini dengan semangat padi yang digelar Mak Hiang. Pada ketika itu, ia ditonton oleh semua lapisan masyarakat untuk menghormati semangat padi, berterima kasih bagi tuaian dan merawat penyakit. Pada zaman dulu, tarian ini dipersembahkan sebaik sahaja selepas orang-orang kampung selesai menuai padi di bendang. Inilah salah satu asal usul datangnya Mak Yong. Sejarah 2 Ada juga yang mengatakan bahawa Mak Yong berasal dari kisah 2 orang adik beradik yang kerjanya menjaga lembu di padang. Pada masa menjaga lembunya, mereka terpesona dengan tiupan angin lembut ke atas pokok-pokok kayu di sekitar padang itu. Gerak-geri dahan, liuk-lintuk ranting, lambayang ranting dan lambayang daun serta gaya daun luruh berguguran ke bumi amat mengagumkan mereka dan inilah yang mewujudkan Mak Yong.

Sejarah 3 Menurut Kak Asma dari ASWARA, Mak Yong berasal dari tiga beranak. Pada suatu hari, tiga beranak ini jatuh sakit. Mereka mempunyai seorang ibu yang amat sayang dengan mereka. Oleh itu, ibu mereka telah mencari pelbagai ikhtiar untuk menyelamatkan anak mereka supaya sembuh daripada penyakit mereka. Namun, sebanyak-banyak alternatif yang dicarinya, tidak ada satu pun alternatif yang boleh menyembuhkan penyakit anak-anaknya. Oleh itu, pada suatu hari, tiba-tiba terlintas di hatinya dan terlucut di mulutnya mengatakan bahawa "kalau anak aku sembuh seperti biasa, aku nak main Mak Yong". Bagaimanakah dia boleh tercakap ayt ini sedangkan pada masa itu, dia tidak tahu apa-apa pun mengenai Mak Yong dan Mak Yong tidak wujud pun di dunia ini pada ketika itu? Inilah perkara ajaib. Tidak lama selepas dia terlepas ayat tersebut, anak-anaknya pun telah sembuh daripada penyakit ganjil mereka itu. Pada ketika ini, oleh sebab ibu tersebut telah terlepas cakap, dia terpaksa laksanakan dan wujudkan juga Mak Yong tersebut. Dengan itu, dia pun mewujudkan dan mencipta lagu-lagu dan seni kata Mak Yung melalui pandangan alam sekeliling yang semula jadi. Sebenarnya perkataan Mak bermaksud "ibu" dan "Yong" berasal dari perkataan "ayong" yang bermaksud buai dalam bahasa Kelantan.

Kejatuhan Mak Yong Zaman kejatuhan Mak Yong bermula apabila nilai moral penari-penari mula merosot. Terdapat banyak kisah sumbang di antara penari-penari Mak Yong dengan penonton. Selain tiu, penceraian di kalangan suami isteri dan anak-anak Mak Yong merupakan suatu perkara biasa. Oleh itu, pandangan masyarakat terhadap penari-penari mak yong mula merosot dan mereka mula hilang kepercayaan terhadap moral mereka. Selain itu, kemasukan pengaruh budaya-budaya Barat yang meluas menggelapkan lagi permainan Mak Yong. Ini kerana masyarakat menjadi lebih berminat dengan permainan-permainan Barat tersebut. Kehidupan Semula Mak Yong Setelah zaman kejatuhan Mak Yong, Mak Yong telah berjaya dihidupkan semula oleh Kumpulan Seri Temenggung di Kota Bharu di bawah pimpinan Cik Khatijah Awang. Kumpulan ini telah memulakan satu fasa baru dalam sejarah Mak Yong. Penubuhan kumpulan-kumpulan teater kampung Temenggung menyebabkan Mak Yong mula menarik perhatian orang ramai di kampung-kampung di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

JENIS MAK YONG Terdapat 7 jenis persembahan Mak Yong yang pernah wujud. Setiap jenis persembahan Makyong mempunyai sedikit perbezaan yang membezakan di antara satu dengan yang lain. Jenis-jenis Makyong tersebut ialah: Mak Yong Patani - ditemui di Pattani, Yala dan Narathiwat, tiga buah wilayah di selatan Thailand yang dahulunya merupakan wilayah Kesultanan Melayu Patani. Mak Yong Kelantan - ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Mak Yong Kedah - ditemui di negeri Kedah, Malaysia. Mak Yong Laut - ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand). Mak Yong Riau - ditemui di Wilayah Riau, Indonesia. Mak Yong Medan - ditemui di Medan, wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Mak Yong Kalimantan - ditemui di Kalimantan, Indonesia.

Terdapat 3 jenis Mak Yong yang terkenal di Malaysia, iaitu: Mak Yong Kelantan Mak Yong Kedah Mak Yong Laut

PERBEZAAN ANTARA MAK YONG KELANTAN, MAK YONG KEDAH, MAK YONG LAUT Mak Yong pada masa dahulu dipersembahkan pada masa yang tertentu umpamanya, sebagai tanda kesyukuran selepas musim menuai, memeriahkan keramaian perkahwinan atau pesta budaya yang diadakan untuk merayakan hari keputeraan sultan atau hari Kebangsaan.Tetapi sekarang ia tidak lagi dipersembahkan untuk pemujaan, hanya unsur-unsur persembahannya digunakan dalam upacara main puteri iaitu upacara mengubati pesakit dengan pertolongan semangat-semangat tertentu. Mak Yong kelantan ditemui di negeri Kelantan dan daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Ianya menggambarkan sebilangan unsur-unsur istana dalam bahasa, muzik dan tarian. Muzik yang merupakan unsur integral dalam persembahan makyung disediakan oleh sebuah kumpulan mengandungi enam alat muzik seperti yang berikut: I. II. III. IV. Sebuah rebab Sebatang serunai Sepasang gendang anak dan ibu Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu

Mak Yong mempunyai jumlah bilangan (repertoire) lagu yang besar iaitu lebih kurang 30 buah lagu yang masih digunakan.Mak Yong Kedah ditemui di negeri Kedah, Malaysia. Mak Yong Kedah telah pupus semenjah 20 tahun yang lalu. Semasa usianya, ia memperlihatkan perbezaan antara Mak Yong Kelantan yang bercirikan istana manakala Mak Yong Kedah bercirikan folk. Ensemble muzik makyung Kedah mengandungi alat-alat seperti yang berikut: I. II. III. IV. Sebuah rebab Sepasang gendang anak dan ibu Sepasang tetawak (gong) anak dan ibu Sebelas pasang cerik

Berbanding dengan Makyung Kelantan, jumlah bilangan lagu Makyung Kedatr kecil hanya mengandungi Sembilan buah lagu iaitu lagu Buka Panggung atau lagu Buka Bangsal, Pikir, Sedayung Peran" Sedayung Lambat, Sedayung Laju, Saudara dan Cik Sapa. Di antaralagu-lagu ini,lagu Sedayung Laju, Cik Sapa, Sedayung Lambat, Blai-blai Berjalan, Tari Mabuk dan Pikir kerap dimainkan untuk memenuhi pelbagai keperluan. Mak Yong Laut ditemui di negeri Perlis (Malaysia) dan wilayah Satun (Thailand). Mak Yong adalah satu lagi bentuk seni persembahan tradisi utara Semenanjung Malaysia. Ketika ini, hanya kumpulan Seri Kenangan Sungai Baru, Perlis sahaja yang masih aktif. Makyung laut yang dipercayai berasal dari Setoi, negara Thai dibawa oleh Tuk Mat Buaya ke Kampung Buah Ibu dan disini dia menubuhkan kumpulan pertama yang mengandungi enam orang pemain, termasuk dirinya sebagai ketua.Persembahan ini merupakan sebuah sketsa komik yang menggabungkan unsure-unsurmuzik, tari dan dialog untuk menyampaikan cerita tentang kisah Cik Duit Cik Dollah Seperti bentuk persembahan tradisi yang lain, muzik menyediakan fungsi structural dan dramatik. Sebagai memenuhi fungsi dramatik, muzik digunakan sebagai pendedahan menyatakan kejadian serta pelbagai emosi melalui lirik lagu Fungsi strukturalnya diperlihatkan sebagai menandakan adegan selain mengiringi tarian dan nyanyian". Repertoire muzik makyung laut mengandungi 12 lagu yang digunakan dalam persembahan mengikut keperluan aksi dramatik. Lagu-lagunya ialah lagu Makyung Laut, Bangkit Sama, Siput Kabung, Canggung,Ting Roi, Sayang-sayang, Senandung, Sayang Bang-Oi, Ayam Didik, Cik Putih, Warnawarna dan Cinta Hati.

Sebuah kumpulan muzik makyung laut mengandungi alat-alat seperti yang berikut: Dua buah rebana sederhana, anak dan ibu yang baluhnya diperbuat daripada kayu nangka atau kayu merbau dan mukanya ditutupi dengan kulit kambing.

Sebuah rebaira besar. Sepasang gong anak dan ibu. Sebuah violin yang menggantikan rebab apabila makyung laut dibawa masuk ke Perlis.

Empat pasang cerik yang setiap satu satu kaki panjang dan tiga inci lebar

ALAT MUZIK MAK YONG Muzik adalah begitu penting dalam persembahan Mak Yong. Tanpa muzik, maka sesuatu tarian ibarat tidak mempunyai nyawa. Maka, dalam persembahan Mak Yong, muzik adalah begitu pentingnya. Alat muzik utama yang dimainkan dalam persembahan Mak Yong adalah rebab tiga tali, sepasang gendang, dan sepasang tetawak. Namun, terdapat alat tambahan juga dimainkan dalam muzik Mak Yong untuk menambahkan kesedapan alunan melodinya. Antara alat-alat tersebut adalah canang, kesi, serunai.

Rebab merupakan alat yang paling penting dalam muzik Mak Yong. Rebab mempunyai 3 bahagian iaitu pucuk rebung, batang dan muka. Tempurung muka dibuat daripada kayu nangka atau sena dan ditutupi dengan kulit lembu. Terdapat susu pada muka di penjuru kiri. Fungsinya adalah untuk mengimbangkan tekanan udara dalam dan luar. Masa dahulu, tali rebab diperbuat daripada benang besar dan kemudian menggunakan benang kasar. Sekarang pula mengunakan tali gitar, tali gambus atau tali biola. Penggesek rebab diperbuat daripada kayu dan tali tangsi. Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Beliau juga memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan halhal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal

kesemua lagu-lagu Mak Yong. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah barat. Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan bar selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali.

Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form dalam muzik Mak Yong.

Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.

Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu.

Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan gemersik.

Serunai juga merupakan alat muzik dalam Mak Yong. Serunai terdiri daripada empat bahagian iaitu pipit, mali, batang dan copong. Terdapat serunai diperbuat dari kayu sepenuhnya, kecuali pipit dan ada bahagian tertentu diperbuat dari tembaga. Daun tor kering digunakan untuk membuat pipit dan mali pula diperbuat dari tembaga atau perak.

MUZIK MAK YONG Repertoire muzik Mak Yong terdiri daripada lagu-lagu paluan dan lagulagu nyanyian. Lagu - lagu paluan dimainkan untuk beberapa kegiatan tertentu, termasuk lagu yang bertajuk Pak Yong Turun untuk mengiringi pelakon-pelakon ke atas panggung pada permulaan persembahan, lagu Barat yang biasanya perjalanan dalam cerita, dan lagu yang bertajuk Sang atau Penyudah untuk menyudahi sesuatu persembahan. Walau bagaimanapun, kebanyakkan muzik Mak Yong adalah muzik vokal yang dimainkan dengan tujuan tertentu berasas kepada keadaan cerita tertentu. Pada permulaan persembahan dramatari Mak Yong, lagu (serta tarian) yang sangat penting ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu khas ini memberi aspek ritual yang penting kepada pelakon-pelakon dan pemainpemain muzik dalam rombongan Mak Yong. Tetapi dalam konteks cerita, lagu yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk menyampaikan berita, manakala lagu Mengulit Raja Nak Tidur dimainkan untuk masa tidur atau untuk membangkitkan perasaan yang halus. Untuk keadaan sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya dimainkan, manakala untuk kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang Welu dan Kijang Emas. Lagu-lagu yang bertajuk Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pakyung kerapkali digunakan untuk berbagai tujuan. Adalah dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung dikaitkan dengan kuasa yang luar biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini digunakan khususnya untuk mengubah atau menjelma rupa atau bentuk watak atau sesuatu yang lain dalam cerita.

PERANAN SENI LAKON DALAM MASYARAKAT Sesungguhnya seni lakon boleh mendatangkan faedah yang banyak kepada manusia kerana ia mempunyai pengaruh yang tinggi dan kedan yang mendalam kepada masyarakat. Seni lakon boleh di manfaantkan mengikut kehendak mereka menjayakannya. Pelbagai faedah boleh di dapati sekiranya itu dijadikan matlamat kepada mereka yang terlibat dengan sesuatu bentuk seni lakon yang di hasilkan. Antara peranan dan matlamat yang boleh didapati ialah: Pengkisahan sejarah dengan penghayatan yang tinggi kerana dipersembahkan seolah-olah sedang berlaku Perantaraan untuk memberikan ketenangan yang lebih jelas Salah satu bentuk rekreasi bagi melapangkan pemikiran dan menghiburkan untuk mengembalikan kecerdasan minda dan emosi Menganalisis masalah masyarakat dan mencari penyelesaian Membina kemampuan penonton untuk memberi kritikan dan

pandangan. Menimbulkan kesedaran dalam diri penonton Perantaraan pendidikan khususnya di sekolah-sekolah Membantu perubahan sosial yang positif Menjelaskan balasan baik bagi kebaikan dan balasan buruk bagi setiap keburukan (Suhaina Haji Mat Ludin, 2006:35)

AHLI KUMPULAN MUZIK MAK YONG Ahli muzik yang terpenting dalam kumpulan muzik Mak Yong ialah pemain rebab dan juga dikenali sebagai Tok Minduk. Beliau adalah ketua dan juga "pemimpin" kumpulan muzik itu. Beliau memulakan semua lagu sepanjang 8 hingga 16 bar dan selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Unsur nyanyian dalam Mak Yong diselenggarakan oleh kesemua pelakon dan juga ahli-ahli muzik. Pelakon utama akan mula menyanyi empat atau lapan bar selepas pendahuluan dilakukan oleh tok minduk. Rangkap ini akan dinyanyikan semula oleh korus dan juga ahli-ahli muzik. Biasanya melodi pendek akan digunakan berkali-kali. Beliau juga memberi isyarat memulakan lagu, menukar rentak dan halhal lain mengenai aspek muzik. Tok minduk dan ahli muzik lain menghafal kesemua lagu-lagu Mak Yong. Ia juga menjalankan istiadat buka panggung. Ahli-ahli muzik ditempatkan di sudut kiri pentas dan tok minduk duduk mengarah barat. Gong atau tetawak turut memainkan peranan yang penting. Gong ibu adalah lebih besar dari gong anak yang diperbuat dari tembaga. Bunyian gong ibu lebih rendah dari bunyian gong anak. Kedua-dua digantung dan dipisahkan oleh 2 batang kayu yang dinamakan mengembang. Pemukul diperbuat daripada kayu yang dinamakan mengembang. Pemukulnya diperbuat dari kayu yang hujungnya dibalut dengan kain atau kepingan getah Gong besar akan berbunyi pada setiap bit terakhir sesuatu lagu manakala gong anak akan menentukan bit-bit tertentu. Pic gong yang menentukan form dalam muzik Mak Yong. Gendang anak dan gendang ibu diperbuat dari kayu nangka dan muka gendang ditutupi dengan kulit lembu dan kulit kambing. Pemukulnya diperbuat dari rotan dan kayu. Gendang digunakan untuk mengawal tempo sesuatu lagu.

Kesi juga merupakan alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat dua bahagian pada kesi iaitu empat piring dan dua kicah dan diperbuat dari besi ataupun tembaga. Suara yang dihasilkan oleh kesi adalah memecah dan gemersik. Canang merupakan suatu alat tambahan dalam muzik Mak Yong. Terdapat canang ibu dan canang anak. Perbezaaan canang boleh didengar melalui bunyi. Jika bunyinya adalah kuat maka itu adalah canang ibu dan sebaliknya. Canang digunakan untuk mengawal bit sesuatu lagu.

MUZIK DAN PERALATAN Muzik adalah unsur yang sangat penting dalam persembahan makyong dan mempunyai fungsi-fungsi seperti berikut: Muzik rebab digunakan untuk memaklumkan bahawa persembahan makyong akan dimulakan, iaitu digunakan untuk menarik perhatian penonton-penonton. Muzik digunakan untuk membentuk susunan-susunan yang

menggambarkan emosi dan perasaan tiap tiap adegan, selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus atau watak Jong Dondang. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian-tarian dan juga nyanyian. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan juga menamatkan adegan-adegan ketika masuk dan keluar watak juga diiringi oleh muzik dan adakalanya muzik terutamanya bunyian gendang diselitkan dengan dialog-dialog.

PERALATAN MUZIK Di dalam permainan makyong, peralatan-peralatan muzik yang selalu digunakan adalah seperti sebuah rebab, sepasang gong, iaitu ibu dan anak, sepasang geduk, juga ibu dan anak, sebatang serunai, sepasang gedombak iaitu ibu dan anak dan canang serta kesi. Tetapi di dalam persembahan yang agak kecil biasanya alat-alat muzik tidaklah sepenuhnya digunakan seperti di atas. Ia hanya cuma sebuah rebab, sepasang gendang iaitu ibu dan anak, sepasang gong juga ibu dan anak, sebatang serunai dan canang. Ahli muzik yang penting dalam persembahan makyong adalah pemain rebab yang lebih dikenali sebagai Tok Mindok. Dia adalah ketua dan juga pemimpin orkestra makyong. Ia memulakan semua lagu sepanjang lapan hingga enam belas measure yang selepas itu diikuti oleh gendang, gong, suara penyanyi solo dan korus. Dialah yang memberi isyarat supaya memulakan lagu, menukarkan rentak lagu dan juga mengenai hal-hal dalam aspek muzik. Tok Mindok dan ahli-ahli muziknya yang lain ditempatkan di suatu sudut kiri pentas dengan Tok Mindok duduk mengarah kepada matahari jatuh.

ALAT-ALAT PEMBUKAAN PANGGUNG Dalam acara ini, alat-alat yang mesti disediakan adalah beras kunyit, pulut kuning atau nasi kunyit, tempat kemenyannya, sebiji telor dadar, bertih, bunga melor, pisang lemak manis, secawan air dan sebidang tikar.

RUJUKAN BUKU RUJUKAN: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik, Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng, m.s 29 LAMAN WEB: http://smp2252makyong-2010.blogspot.com/?zx=e99c5079ff82e2f4 Kumpulan Makyong at 5:44 PM Thursday, September 30, 2010 http://nurimankamilah.blogspot.com/2008/08/seni-lakon.html KaMiLaH at 8/05/2008 07:31:00 PTG http://muziknori.blogspot.com/2007/03/makyong.html Monday, March 19, 2007 6:41 PM norizan.hj.johan at NuR ImAn

LAMPIRAN

Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik, Patricia Matursky dan Tan Sooi Beng, m.s 29

http://smp2252makyong-2010.blogspot.com/?zx=e99c5079ff82e2f4 Kumpulan Makyong at 5:44 PM Thursday, September 30, 2010

http://nurimankamilah.blogspot.com/2008/08/seni-lakon.html NuR ImAn KaMiLaH at 8/05/2008 07:31:00 PTG

http://muziknori.blogspot.com/2007/03/makyong.html norizan.hj.johan at Monday, March 19, 2007 6:41 PM

Anda mungkin juga menyukai