Anda di halaman 1dari 2

PSIKOLINGUISTIK

PSIKOLINGUISTIK Bidang ilmu antara disiplin (dua disiplin yang bersatu psikologi dan linguistik)

Psikologi adalah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada 2perkara utama: (i) aspek-aspek yang berkaitan dengan akal budi/jiwa manusia (ii) perilaku manusia

Linguistik ialah satu bidang yang bersifat saintifik mengkaji aspek-apekbahasa secara empirikal atau bersistem Bahan kajian linguistik ialah bahasa Ilmu linguistik ialah bidang tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi bagimembantu manusia mencapai matlamat menghadapi kehidupan harian Pengetahuan bahasa ada dua, iaitu: (i) kekangan nahu (fonologi, fonetik,sintaksis, semantik) (ii) kekangan sosial (apa yang diizinkan oleh sosial untuk dituturkan dalamsesuatu keadaan tertentu)

Takrif Psikolinguistik Disiplin ilmu yang mengkaji psikologi dan linguistik Kajian aspek-aspek bahasa dan akal budi manusia Menganalisis pemikiran manusia sewaktu orang itu berbahasa Bidang antara psikologi dan linguistik Mangantar Simanjutak (1987: 1) psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata, iaitu psikologi dan linguistik yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan berdiri sendiri. Aitchison (1987: 119) Psikolinguistik sering ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi. Ia menyelidiki apa yang berlaku di dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan unsur-unsur kebahasaan. Aitchison telah membahagikan bidang kajian disiplin psikolinguistik kepada 4topik utama: i. Aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasapertama atau bahasa ibunda

ii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input bahasa iii. Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses penghasilan output-outputbahasa iv. Aspek-aspek yang berkaitan dengan penyimpanan bahan-bahan bahasaatau pengetahuan bahasa Secara umumnya, psikolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji mekanisma mental semasa manusia berbahasa, sama ada semasa penghasilan output atau pemahaman input bahasa. Garnham (1984:1) psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisma mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa. Ia adalah satu disiplin saintifik di mana tujuannya adalah penteorian secara utuh tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami Dalam erti kata lain, psikolinguistik adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang berbahasa, sama ada untuk proses penghasilan atau pemahaman unsur-unsur bahasa.

PEMEROLEHAN BAHASA Pemerolehan bahasa atau akuisisi bahasa adalah proses yang berlangsungdidalam otak kanakkanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya ataubahasa ibunya. Pemerolehan bahasa biasanya dibezakan dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi padawaktu seorang kanakkanak mempelajari bahasa kedua setelah dia memperolehbahasa pertamanya. Jadi,pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasapertama, sedangkan pembelajaran bahasa berkenaan dengan bahasa kedua(Chaer, 2003:167). Justeru, pemerolehan memiliki ciri-ciri yang berbeza dengan pembelajaran(Cox, 1999;Musfiroh, 2002)