Anda di halaman 1dari 3

Nama: Nor Amiza Bt Yusoff Nombor indeks: 2011211350037 Refleksi individu Pengenalan tugasan Tugasan SCE 3111 pada

kali ini merupakan salah satu tugasan yang saya kira agak mencabar. Saya dan ahli kumpulan perlu mentadbir satu ujian Sains di sekolah ke atas murid sasaran. Kemudiannya, kami perlu menganalisis kesesuaian soalan yang telah dibuat berdasarkan keputusan ujian yang telah dijalankan. Data data yang diperolehi akan dianalisis dan direkod untuk memastikan ujian yang ditadbir betul betul telus dan mampu mengukur sejauh mana prestasi murid yang disasarkan. Kelemahan yang telah dikenalpasti Sebelum menjalankan ujian, kami telah membahagikan tugasan kepada beberapa bahagian. Saya bertanggungjawab untuk membuat jadual spesifikasi ujian dan juga soalan objektif yang akan diuji. Selain itu, saya juga perlu menganalisis data yang telah diperolehi apabila selesai menanda kertas soalan. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti adalah soalan yang dirangka tidak seragam. Oleh kerana kesilapan teknikal, saya telah terlepas pandang soalan yang tidak diterjemah ke dalam bahasa melayu. Jadi, ada sebahagian besar pelajar tidak memahami kehendak soalan apabila mereka tidak tahu untuk menterjemah soalan yang berbahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, semasa mentadbir ujian, saya juga mendapati pelajar sasaran mengambil mudah ujian yang telah dijalankan dan menganggap perkara tersebut sebagai perkara yang remeh temeh. Mereka tidak bersungguh sungguh semasa menjawab kertas ujian yang telah diberikan dan bercakap cakap semasa ujian ditadbir. Di samping itu, maklumat tentang isu isu mengenai ujian Sains dan subjek Sains sendiri di sekolah tersebut tidak terlalu banyak untuk dihuraikan di dalam tugasan kami. Jadi, kami telah mengumpul maklumat maklumat yang telah diberikan oleh guru

subjek Sains sekolah tersebut iaitu Puan Suzana. Beliau telah memberikan maklumat yang kami perlukan sepanjang proses menjalankan ujian. Kekuatan yang telah dikenalpasti Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah memperoleh pelbagai

pengalaman yang berharga. Saya telah belajar cara- cara untuk melaksanakan ujian di sekolah. Saya juga telah menimba pengalaman baru dalam membina soalan soalan untuk pelajar sasaran. Soalan yang dirangka perlulah menepati sukatan pelajaran yang telah diajar kepada pelajar pelajar. Saya telah memilih soalan yang sesuai mengikut jadual spesifikasi ujian yang telah dibuat. Oleh itu, ini merupakan pengalaman yang berharga bagi saya sebagai guru pelatih baru. Selain itu, saya juga amat bersyukur kerana telah diberi kerjasama yang sangat baik oleh guru- guru di sekolah tersebut. Jadi, maklumat yang diperlukan amat senang untuk diperolehi keran guru guru dan pihak sekolah banyak membantu. Guru pelatih dari salah sebuah IPG lain juga banyak membantu kami kerana beliau mengajar subjek Sains di sekolah tersebut. Jadi, kerjasama dari pelbagai pihak sangat penting dalam menjalankan tugasan ini. Harapan Oleh itu, saya berharap ilmu dan pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalankan tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya. Saya telah belajar cara cara untuk mentadbir ujian di sekolah dan juga cara cara untuk membuat soalan. Saya juga amat berbesar hati kepada pihak sekolah kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk mentadbir ujian di sekolah tersebut. Saya telah memperolehi pengalaman yang amat berguna untuk mendidik anak bangsa di masa hadapan.

Tan, K, T. (2012) Kaedah kaedah Pentaksiran. Retrieved on April 22, 2013 from: http://tankantsai.blogspot.com/2012/05/rajah-1-kaedah-pentaksiran-secara.html Mohd Azizi. (2008) Kesesuaian item dan ujian . Retrieved on April 23, 2013 from: http://www.slideshare.net/kheru2006/kesesuaian-item-dan-ujian-presentation

Anda mungkin juga menyukai