Anda di halaman 1dari 31

1

Nota Pendidikan Islam


Tilawah Al-Quran
BAB 1 2 3 4 5 6 TAJUK Layanan baik terhadap orang bukan Islam Nabi Muhammad Pesuruh Allah Batas-Batas Pergaulan Hidayat Allah SWT Peribadi Mukmin Kemuliaan al-Quran M/S 2 7 14 19 24 28

2
Surah at-Taubah ayat 6: LAYANAN BAIK TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM

Maksud ayat Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar keteranganketerangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).

1. Intisari ayat - Allah swt telah memerintahkan Nabi Muhamad saw agar memberi perlindungan epada kaum musyrikin yang berminat memahami Islam dan menghantar mere ke mana-man tempat yang aman, selepas mereka mendengar dan memahami keterangan-keterangan Allah tenang Islam. Ini bertujuan memberi perlindungan kepada golongan yang tidak mengetahui hakikat Islam

2. Maksud memberi pertolongan i. memberi penerangan tentang Islam secara meluas/ajar asas-asas Islam/hadiri kelas-kelas fardhu ain ii. menunjukkan contoh telada yang bai kepada mereka iii. memberi sokongan moral dan material iv. membantunya menghubungi badan-badan yang memberi perlindungan atau membimbing saudara-saudara baruseperti PERKIM, ABIM, JAKIM dan Jabatan Agama Islam di setiap negeri di Malaysia. 3. Kepentingan memberi layaanan baik kepada orang bukan Islam i. Perkataan Islam berasal dari Sejahtera dan selamat dan menganjurkan kedamaian ii. Wajib menunaikan permintaan orang kafir yang ingin memahami Islam iii. Wajib menunjukkan contoh teladan yang baik kepada mereka iv. Mewujudkan suasana aman dan menjaga hubungan baik dengan mereka v. Menarik perhatian mereka supaya mendekati dan memahami Islam vi. Umat Islam akan menjadi contoh teladan dalam semua aspek kehidupan vii. Supaya mereka memperolehi petunjuk daripada Allah unutk menerima Islam.

3
4. Cara Menyampaikan dakwah kepada orang kafir i. Melalui media massa radio, surat khabar, TV ii. Mengadakan sesi perbincangan untuk menjelaskan ajaran Islam iii. Buktikan kepada orang bukan Islam bahawa Islam adalah agama kedamaian dan harmoni iv. Bergaul dengan cara yang baik dengan orang bukan Islam, tidak bertindak kasar 5. Cara menyampaikan dakwah/menyebarkan dakwah i. Bil-Lisan iaitu degn kata-kata: dgn cara ucapan, ajakan ,penerangan dan penjelasan ii. Bil-Kitab iaitu dgn penulisan: dengan cara menulis, novel, esei dan sebagainya iii. Bil-Hal iaitu dgn keadaan:menyesuaikan dakwah dengan keadaan Islam seperti cara beribadat, berpakaian dan bertutur

6. Maksud dakwah Mengajak manusia dengan cara yang bijaksana kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah Allah untuk melaksanakan yang makruf dan mencegah kemungkaran 7. Ciri-ciri yang perlu ada pada pendakwah i. Iman yang teguh ii. Ilmu yg luas dalam pelbagai bidang iii. Akhlak yang mulia untuk dicontohi iv. Sabar/tabah menempuh ujian dan tekanan v. Berani menegakkan kebenran vi. Ikhlas dlm perjuangan/harapkan upah dan pujian vii. Tidak mementingkan diri sendiri viii. Sentiasa siap sedia berjihad/semangat jihad yang tinggi 8. Hikmat para pendakwah memiliki ciri-ciri yang baik i. mereka akan berjihad bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan upah ii. mereka akan berjaya dalam dakwah mereka iii. seruan mereka tidak akan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu iv. mereka akan diteladani oleh orang bukan Islam v. mereka akan dihormati 9. Sebab pendakwah gagal dalam tugas mereka i. tekanan masyarakat ii. tidak ikhlas/mengharapkan upah dam pujian iii. tidak sabar menempuh ujian iv. mudah putus asa 10. Strategi berdakwah yg sesuai diamalkan di Negara ini; - bergaul dgn baik dgn menunjukkan contoh teladan yang baik - menunjukkan kepada orang bukan Islam bahawa agama Islam satu cara hidup yang sesuai untuk sepanjang zaman - menggunakan media massa yg sesuai seperti TV, radio, internet, buku dan majalah untuk menyampaikan mesej.

4
11. Tiga teknik berdakwah yang baik berdasarkan surah an-Nahl ayat 125 Firman Allah swt

Maksudnya: Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya demi tuhan mu jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada jalanNya. Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah a. Hikmah kebijaksanan akal fikiran selaras dengan keadaan orang yang diseur, berdasarkan ilmu aikologi dan sebagainya. Sentiasa berlemah lembut dari segi perbuatan dan percakapan. b. Nasihat yang baik dan bimbingan yang berterusan sehingga mereka benarbenar memahami ajaran Islam c. Berdailog/berbincang dengan cara yang terbaik melalui seminar, forum ilmiah, dialog terbuka dan lain-lain. 12. Amalan harian umat Islam yang dapat menarik minat orang bukan Islam kepada agama Islam Perkara Amalan harian umat Islam Keberkesanannya Tunjuk Nilai Menunjukkan nilai-nilai Islam yang Ini akan menjadi contoh yang Murni baik I segi tingkah laku, amal ibadat baik dan dapat menarik minat dan penghayatan mereka kepada Islam Perbincangan Mengadakan perbincanagn yg baik dan Mereka akan hormati cara org hormat pendapat mereka Islam berdakwah Bantuan Membantu kewangan dan sokongan Ini akan menguatkan moral/kewangan moral kpd org bukan Islam yang semangat/keyakinan mereka berminat utk peluk Islam Peneranagan Memberi penerangan tentang Islam Mereka akan memahami tentang Islam secara terperinci mengenai kelebihan ajaran Islam dan ini akan Islam mendorong mereka memeluk Islam Berakhlak mulia Tidak melakukan perbuatan yang Mereka akan memandang melanggar hokum syarak yg boleh mulia teradap org-org Islam menghilangkan keyakinan mereka dan agama Islam terhadap Islam

5
13. Badan-badan dakwah yang terdapat di Malaysia i. PERKIM: PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM ii. ABIM: ANGKATAN BELIA ISLAM iii. JAKIM: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA iv. YADIM: YAYASAN DAKWAH ISLAMIYYAH MALAYSIA v. JABATAN AGAMA ISLAM di setiap negeri seperti JIS(selangor) JAWI (Wilayah Persekutuan dan lain-lain) 14. Peranan badan-badan dakwah tersebut i. Mengislamkan mereka yang ndak memeluk Islam ii. Mengajar mereka dengan lengkap mengenai ajaran Islam mellaui kelas-kelas fardhu Ain iii. Menyediakan kemudahan kewangan dan tempat tinggal kepada mereka iv. Berterusan memberi semangat/sokongan moral melalui ceramah, sesi kaunseling dan lain-lain perjumpaan 15. Hikmah memberi pertolongan kepada orang yang berminat dengan Islam i. Mereka dapat mengetahui hakikat kebenaran Islam ii. Mereka akan memeluk lslam iii. Meringankan beban yang mereka tanggung iv. Umat Islam akan dicontohi v. Umat Islam akan dihormati/dipandang tinggi 16. Kesan peperangan i. Kehilangan nyawa ii. Kemusnahan harta benda iii. Negara tidak dapat membina kemajuan dan perasarana pendidikan iv. Ekonomi hancur dan akan memerlukan masa lama untu memulihkannya 17. Kesan kedamaian i. Rakyat hidup dengan selesa ii. Kerajaan akan menumpukan sepenuhnya kearah pembangunan Negara iii. Ekonomi akan kukuh iv. Proses pendidikan akan berjalan dengan lancer v. Memudahkan Perkembangan dakwah vi. Negara akan dihormati diperingkat antarabangsa 18. Tujuan Allah menggalakkan perdamaian ialah; - menunjukkan Islam pentingkan perdamaian dan keamanan - menggambarkan keindahan dan kebaikan ajaran Islam - menunjukkan Islam mementingkan perpaduan di kalangan umat manusia.

6
Soalan: A. Esei 1. Jelaskan tiga amalan harian umat Islam yang boleh menarik minat orang bukan Islam kepada agama Islam 2. Terangkan tiga kebaikan/keberkesanan amalan tersebut terhadap orang bukan Islam 3. Setiap umat Islam wajib berdakwah sama ada kepada diri, keluarga atau masyarakat. Jelaskan tiga tujuan kewajipan tersebut 4. Islam tidak memaksa seseorang untuk menerima syariatnya. Apaakh tindakan anda sekiranya rakan anda enggan menerima kebaikan ajaran Islam?

7
Surah at-Taubah ayat: 128 129: NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH

Maksud ayat Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orangorang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." 1. Intisari ayat Allah swt mengutuskan Nabi Muhammad saw daripada kalangan manuia sebagai rasul. Bagnda sangat mengambil berat serta kasih akan umatnya, sangat berdukacita jika umatnya ditimpa sesuatu yang tidak diingini sama ada di dunia atau di akhirat. Baginda juga sentiasa mengharapkan umatnya mendapat taufiq dan perlindungan daripada Allah swt. 2. Maksud Rasul manusia pilihan Berasal daripada keturunan yang mulia dan terbaik Mempunyai akal yang cerdas Mempunyai jiwa/hati yang suci Mempunyai akhlak yang mulia Tampan Peribadi yg mantap dan teguh Tidak melakukan dosa sepanjang hayatnya /masum 3. Sebab bangsa Quraisy mulia tidak pernah dijajah Keturunan Nabi Ibrahim dan Ismail Terdiri drp hartawan dan peniaga Pengatur urusan jemaah haji yang dating ke Mekah

4. Sebab rasul dilantik dikalangaan manusia Mudah untuk berinteraksi / sifat sama / ajaran mudah disampaikan. Mudah diteladani Mudah makhluk terbaik

8
5. Mengapakah para nabi dan rasul diutus kepada manusia? Membetulkan aqidah manusia supaya menyembah Allah SWT. Menyeru manusia supaya taat dan patuh pada segala syariat-Nya untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

6. Terangkan tiga hikmah perutusan para rasul kepada manusia.[peranan rasul] Manusia dapat mengenali Allah S.W.T. Manusia melakukan ibadat dengan sempurna Membentuk akhlak manusia yang mulia. Mematuhi dan mengetahui perutusan Allah S.W.T. Melahirkan tamadun yang seimbang rohani dan jasmani. 7. Walaupun ada akal tetapi masih perlukan rasul o o o dengan akal semata-mata manusia tidak mampu membezakan baik buruk sesuatu perkara dengan akal semata-mata manusia tidak mampu memikirkan sesuatu yang melibatkan alam ghaib untuk memimpin manusia kepada aqidah yang benar sebagai panduan kepada manusia dalam menguruskan bumi/pentadbiran untuk mengajarkan manusia untuk cara-cara mengerjakan ibadat dengan betul dan sempurna sebagai teladan utama untuk dicontohi akhlak walaupun dikurniakan akal, sifat akal yang tidak tetap dan berubah-ubah akan menjadikan kita terdedah kepada kesilapan/sesat @ akal mudah dipengaruhi terutamanya oleh nafsudan keadaan sekeliling

8. Perutusan para nabi dan rasul mempunyai peranan masing-masing. Nyatakan tiga peranan/hikmah mereka: Terdapat beberapa hikmah perutusan nabi dan rasul: Manusia telah menemui jalan hidup yang sebenar. Manusia telah memiliki akhlak yang mulia. Manusia telah memiliki norma-norma hidup yang mulia yang membawa keharmonian dalam kehidupan. 9. Maksud masum Rasul yang terpelihara dari melakukan kesalahan atau dosa yang boleh menjatuhkan martabatnya sebagai seorang rasul 10. Apakah hikmah rasul bersifat maksum? Menjaga kewibawaan sebagai seorang rasul. Sebagai contoh untuk orang ramai mengamalkan akhlak yang mulia Menunjukkan sikap yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pemimpin

11. Nyatakan kesan pengutusan rasul terhadap tamadun manusia dari segi akidah, akhlak serta kemasyarakatan dan kebudayaan. Aqidah: Kepercayaan manusia berubah drpd menyembah berhala kepada menyembah Allah SWT. Akhlak: Perangai manusia yang zalim dan jahat bertukar menjadi baik, saling hormat-menghormati, berperikemanusiaan dan meninggalkan segala bentuk kemungkaran. Kemasyarakatan dan kebudayaan: Sistem kemasyarakatan dan kebudayaan yang tidak tersusun dan mengikut puak bertukar menjadi bersistematik dan maju.

9
12. Cara menunjukkan kecintaan kita terhadap Rasulullah SAW? Taat segala ajaran baginda dan mengamalkan sunnah-Nya Sentiasa berselawat terhadap baginda Meneruskan usaha-usaha dakwah.

13. Maksud Mukjizat: Perkara luar biasa yang berlaku kepada nabi dan rasuldengan izin Allah swt untuk membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa oleh mereka 14. Hikmat Rasul dikurniakan mukjizat membuktikan kebenaran ajaran yang dibawa menarik perhatian orang ramai kepada agama Islam 15. Bukti Rasulullah menyanyangi umatnya. Jelaskan bukti yang menunjukkan Rasulullah menyayangi umatnya: Sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan umatnya di dunia dan di akhirat. Tidak pernah berdendam dengan umatnya. Sentiasa memaafkan orang lain walaupun orang itu bersikap zalim terhadap baginda. 16. Kelebihan mengasihi diri Rasulullah saw vii. Akan mendapat syafaat baginda di akhirat viii. Mendapat ketenangan jiwa ix. Sentiasa disayangi Allah/mendapat petunjuk daripada Allah swt x. Dilapangkan rezeki oleh Allah swt 17. Peranan tawakkal dalam dakwah Erti Tawakkal: Berserah kepada Allah swt setelah berusaha Kepentingan sifat tawakkal; - Menambah keyakinan dan menanam sifat sabar dan reda - Memastikan pendakwah tidak putus asa semasa berdakwah - Pendakwah yakin dengan pertolongan Allah swt - Pendakwah yang ikhlas sentiasa akan mendoakan agar org yang diseur mendapat hidayah. 18. Apakah hikmah bersifat tawakkal kepada Allah SWT? Meningatkan iman kepada Allah SWT. Melahirkan sikap rajin berusaha. Menanamkan sifat tidak mudah putus asa. Menjadikan kita redha dengan ketentuan Allah SWT Melahirkan sikap sabar. Menghilangkan sifat mazmumah.

19. Jelaskan dua akibat menentang ajaran para rasul. Hidup dalam kesesatan Tidak tenang dalam kehidupan harian Di azab Allah S.W.T. di akhirat nanti Tidak mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. Diturunkan bala dengan kerosakkan harta benda.

20.Akibat menentang ajaran rasul;

10
Kaum Nabi Nuh Kemewahan Dosa yang dilakukan a.Enggan beriman kpd Allah bMenentang ajaran baginda dan ingin membunuh baginda -Enggan beriman kpd Allah -menentang ajaran naginda -tipu timbang dan sukat Hasil tanah yg subur -Tidak beriman kpd Allah -menolak kerasulan nabi Hud -menyalahgunakan nikmat -mempersendakan ajaran baginda -tidak beriman kpd Allah -menolak kerasulan baginda -menuduh baginda pendusta -angkuh dan membunuh unta yg keluar dari batu -Enggan beriman kpd Allah -Menolak kerasulan baginda -mengejekejek baginda -melakukan homoseksual secara berleluasa Bala yg Allah swt turunkan Mati lemas dalam banjir besar menenggelamkan semua

Nabi Syuib

Mati akibat letupan halilintar yang memutuskan urat saraf mereka

Ad/N. Hud

Puting beliung yg memusnahkan kampong, harta dan nyawa mereka

Thamud/N Saleh

Harta & kekayaan yg melimpah ruah

Gempa bumi yg dahsyat dan mereka mati bergelimpangan

Lut/Nabi Lut

Hidup mewah

Turun hujan batu berapi dan kampungreka diterbalikkan oleh malaikat masuk ke dalam bumi

21. Sebab Allah menuurnkan bala; Enggan beriman kepada Allah swt Menolak rasul sebagai utusan Allah swt Melakukan maksiat dan jenayah Tidak patuh pada suruhan Allah dan melanggar laranganNya Angkuh dgn kemewahan hidup Menipu dalam timbang dan sukat

22. Jelaskan tiga pengajaran yang dapat diambil dari ayat di atas. Kita wajib mentaati ajaran rasul. Rasul adalah golongan yang dipilih oleh Allah S.W.T. sendiri Perutusan para rasul merupakan rahmat untuk manusia dan alam. Menentang ajaran rasul bermakna sengaja menempah kesusahan di akhirat.

23. Jelaskan tiga tanggungjawab rakyat terhadap pemimpin yang berusaha melaksanakan syariat Islam:

11
Patuh terhadap apa jua rintangan demi kebaikan umat Islam. Bekerjasama dalam semua bidang yang diceburi. Sentiasa mengambil bahagian dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan umat Islam.

24. Mengapakah dikatakan perutusan nabi dan rasul dikatakan telah membawa rahmat kepada umat manusia dan seluruh alam? Mereka dikatakan telah membawa rahmat kerana: Kedatangan mereka telah menerangi kehidupan manusia. Mereka dianggap sebagai lampu yang menerangi jalan. 25. Nyatakan empat ciri kepimpinan yang diredhai Allah SWT : Membimbing manusia kepada system hidup yang berperaturan unutk keharmonian hidup. Menyuruh manusia melakukan kebaikan dna meninggalkan kemungkaran. Mengajar manusia cara-cara beribadat kepada Allah SWT mengikut cara yang halal. Membetulkan akidah manusia supaya menyembah Allah

26. Sebagai nabi dan rasul memiliki sifat-sifat mulia semestinya kita jadikan teladan. Apakah sifat-sifat tersebut? Bijaksana dalam menegakkan kebenaran Berani bercakap benar Berani menanggung risiko dalam perjuangan Istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara Bertawakal kepada Allah SWT Mempunyai kesabaran yang tinggi Semangat jihad yang tinggi. Bersifat pemaaf, baik hati dan penyabar Adil dalam kepimpinan Tawadduk/merendah diri Bersifat pengasih dan lemah lembut

27. Jelaskan pengertian ulul-azmi Pengertian Ulul-azmi Nabi/Rasul yang banyak menerima dan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran semasa berdakwah dan mereka sabar menempuh dugaan tersebut

28. Senaraikan tiga nabi yang mendapat gelaran tesebut? Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Nuh 29. Nyatakan perbezaan di antara nabi dengan rasul: Nabi Wahyu hanya untuk diri sendiri sahaja Rasul Wahyu untuk diri sendiri dan disampaikan kepada orang ramai. Bilangannya 124 000 orang. Bilangannya 313 orang di pilih jumlah 124 000 orang nabi Tidak semua nabi itu adalah rasul. Semua rasul adalah nabi. daripada

30. Rasul sebagai teladan;

12
Nama Rasul Nabi Ibrahim a.s. Kisahnya Baginda sellau berfikir tentang tuhan yang sebenar pencipta alam yang tidak dapat dilihat dan bukannya patung berhala yang disembah teladannya Kita hendaklah berfikir mencari kebenaran terutamanya yang melibatkan kebenaran Allah yang Maha Esa Nabi Daud a.s Baginda bekerja dengan tangan ya sendiri sebagai tukang besi dengan membuat senjata dan baju perang, walaupun baginda seorang raja. Kita hendaklah berikhtiar dan berdikari mencari rezeki dengan tidak memilih pekerjaan asalkan pekerjaan tersebut halal. Nabi Sulaiman a.s. Kisah seorang peladang yang menuntut ganti rugi kerana tanamannya dimakan oleh seeekor kambing kepunyaan seorang penternak. Baginda menjatuhkan hukuman kepada penternak ityu supaya menyerahkan kambingnya selama setahun kepada peladang tersebut. Dalam tempoh itu, peladang boleh mengambil semua manfaat yang diperolehi daripada kambing tersebut seperti susu dan bulunya sebagai gantirugi. Kita hendaklah bersifat adil dalm menjatuhkan hukuman dan mengharmonikan manamana pihak yang bertelagah

31. Contoh Mukjizat rasul

13
Rasul Nabi Idris A.S Mukjizat Menikam mata iblis dengan jarumnya. Melihat keadaan mereka yang tersangat dahsyat. Melihat keadaan syurga yang sungguh indah Merasai peritnya di cabut nyawa dan kemudian dihidupkan semula dengan izin Allah SWT Keluar seekor unta betina yg gemuk dan sihat dari batu Api yg marak menyala menjadi sejuk dgn izin Allah apabila baginda dicampakkan ke dalamnya Mentafsir mimpi Tongkat menjadi ular besar da menelan ular-ular jelmaan tukang sihir Firaun Tongkatnya mmebelah Laut Merah Keluar cahaya terang benderang daripada tangan baginda Bercakap dgn Allah di bukit Tursina Mempunyai suara yg teramat merdu Melembutkan besi dgn tangannya Memahami bahas binatang Dapat mengarahkan angina sebagai kenderaannya Dapat melihat perbendaharaan alam yg tersembunyi di perut bumi dan di dasar lautjin dan sy pd perintahnya Tidak mati walaupun di telan oleh ikan Nun/paus Dapat menyembuhkan penyakit sopak dan kusta Dapat mencelikkan org buta Dpt mengetahui barang yg tersimpan di rumah orang Dpt menghidupkan org yg sedang mati Turun makanan daril langit ketika sedang kebuluran dan dikepung oleh musuh Peristiwa Israk Mikraj Kaki kuda Suraqah b Malik terbenam dlm pasir ketika mengejar baginda dan awan hitam menyelubunginya dlm peristiwa hijrah Keluar susu yg banyak drpd seekor kambing yg lemah dan sakit Makanan yg sedikit dpt dimakan sehingga kenyang oleh beratus-ratus org Keluar air yg banyakdaripada celah-celah jari baginda ketika umat Islam kehausan Bulan terbelah dua, sebelah di timur dan sebelah di baratterhenti perjalnan matahari seketika apabila diperintahkan oleh baginda Diperlihatkan gambaran syurga dan neraka Hujan lebat yg menyebabkan banjir beralih ke tempat lain berkat doa baginda Tulang/daging kambing yg dijamu oleh org Yahudi memberitahu baginda bahawa ianya beracun Meramalkan masa adepan Mukjizat al-Quran (maknawi)

Nabi Saleh Nabi Ibrahim Nabi Yusof Nabi Musa

Nabi Daud Nabi Sulaiman

Nabi Yunus Nabi Isa

Nabi Muhammad

14
Batas-batas pergaulan Surah an-Nur ayat 30 31:

1. Maksud ayat Katakanlah (wahai Muhammad saw) kepada org-org lelaki yg beriman supaya menyekat pandangan mereka (memandang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian lebih suci bagi mereka. Sseungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan mengenai apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada org-org perempuan yg beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memenadang perkara yang haram) dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka mperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dgn tudung kepala mereka. Janganlah mereka memeperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka, atau anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak-anak saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islama atau hamba-hamba mereka atau org gaji dari org-org lelaki yg telah tua atau yg tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yanga belum mengerti atau

15
aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki utk diketahui org akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai org-org beriman supaya kamu berjaya.

2. Intisari ayat Allah mewajibkan orang Islam lelaki dan perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta menutup aurat masing-masing. Setiap mukmin dan mukminat dilarang melihat perkara-perkara yang diharamkan. Kaum wanita dilarang menunjukkan perhiasan yg tersembunyi dengan apa cara sekali pun. Mereka yg terlanjur hendaklah bertaubat

3. Kewajipan memelihara maruah dan kehormatan diri 3.1 Hukum hakam penjagan marwah diri;

i.Tidak memandang perkara yang diharamkan ii.Memelihara kehormatan diri iii. Menutup aurat

3.2 Erti memelihara kehormatan diri: lelaki dan perempuan diberi Allah swt naluri kelamin/ sukakan lain jantina. Naluri ini hendaklah dikawal dan dipelihara agar tidak rjerumus ke lembah aksiat dan perzinaan. Perhubungan seks hendaklah dilakukan setelah akad nikah. Perbuatan zina dalah keji, haram dan berdosa besar

3.3 Cara memelihara kehormatan diri. menutup aurat membataskan pergaulan/mengelak fitnah mengawal pandangan mata ,ejauhi maksiat/perkara-perkara negatif melengkapkan diri dengan ilmu agama melaksanakan ibadat secara berterusan

3.3 Hikmat memelihara kehormatan diri terpelihara keturunan dan keluarga/tidak lahir anak nharam dalam keluarga Utuh institusi keluarga/elak pergaduhan dalam rumahtangga/rumahtangga Aman Terpelihara maruah diri Bukti peningkatan iman

16
3.4 Mengapakah Islam menuntut memelihara kehormatan diri ? menjaga kesucian agama membentuk akhlak seseorang/disayangi Allah menjaga kehormatan masyarakat dapa mengawal nafsu/syahwat mengelakkan berlakunya jenayah/rogol menjaga martabat/maruah individu mengelakkan siksaan Allah

4. Kewajipan memelihara aurat 4.1 Erti Aurat bahagian tubuh badan yang wajib dilindungi daripada penglihatan ajnabi atau mahram

4.2 Hukum menutup aurat: wajib bagi setiap orang lelaki dan perempuan Hukum melihat aurat org lain: haram kecuali dalam keadaan tertentu/dharurat seperti doktor/jururawat yangmerawat pesalit dan menolonmg orang dalam kesusahan.

4.3 Had aurat lelaki: antara pusat hingga ke lutut sama ada ketika berada sesame lelaki/perempuan ajnabi atau mahram

4.4 Had aurat perempuan: 4.4.1 Ketika bersama lelaki ajnabi: seluruh anggota /badan kecuali muka dan dua tangan(hingga ke pergelangan tangan) 4.4.2 Ketika bersama lelaki mahram atau sesama wanita: antara pusat hingga ke Lutut

* Wanita hendaklah berpakaian sopan w/pun batas aurat hanya daripada pusat ke lutut

Keadaan wanita Ketika berada di dalam majlis yang dihadiri oleh lelaki bukan mukmin

auratnya Seluruh tubuh kecuali dan tapak tangan

Ketika berada di rumah bersama suami dan anak-anak.

Boleh mendedahkan anggota badan antara pusat dengan lutut

17
5. Hikmat menutup aurat melaksanakan perintah Allah swt mengelakkan berlakunya fitnah dapat mengelakkan maksiat dan jenayah dapat mmelihara maruah diri

6. Mengawal pandangan mata

6.1 Maksud mengawal pandangan mata: tidak melihat sesuatu yang haram dan boleh menimbulkan berahi 6.2 Haram: memandang perkara yang haram 6.3 Haram: bertentangan mata tanpa tujuan antara lelaki dan perempuanbukan mahram dan sebaliknya 6.3 Hadis Rasulullah saw: Rasulullah saw menyuruh seorang sahabat yang bernama Abdullah bal-Bahli mengalihkan pandangannya daripada sesuatu yang harm setelah melihatnya secara tiba-tiba

7. Perhiasan yang tersembunyi Kaum wanita dilarang menunjukkan perhiasan yang tersembunyi seperti barang kemas yang berbunyi-bunyi

8. Pakaian menurut Islam

8.1 Pakaian di segi faizikal : sebagai perhiasan dan menutup badan daripada cuaca panas, sejuk debu dan sebaginya 8.2 Pakaian di segi agama: untuk menuutp aurat, memelihara kesopanan dan kehormatan manusia ** Umat Islam bebas berfesyen tetapi fesyen tersebut hendaklah menuutpaurat, bersih, dapat menghindari fitnah dan bukan dari bahan yang haram Sunat: berpakaian sempurna, cantik tetapi tidak membazir ** Harus menikmati kurniaan Allah swt dgn berpakaian ntik sebagi tanda bersyukur kepadaNya. Pakaian yang sederhana adalah melambangkan ketaqwaan, itu lebih baik. ** Pakaian cantik mesti dihiasi dengan iman, taqwa, hati yang ikhlas dan akhlak yang mulia

18
9. Larangan berpakaian/berhias bagi lelaki sutera emas dan perak (kecuali cincin perak shj) rantai, gelang, subang dan lain lain perhiasan wanita pakaian yang lazimnya dipakai oleh wanita pakaian yang menjadi lambing agama lain pakaian yang mendedahkan aurat pakaian yang berlebih-lebihan hargg untuk menunjuk-nunjuk

10. Larangan berpakaian bagi wanita pakaian yang nipis menampakkan bentuk tubuh badan pakaian yang ketat pakaian yang terdedah aurat pakaian yang lazimnya dupakai oleh laki pakaian yang menjadi lambang agama lain Pakaian yang berlebih-lebihan harga dan untuk menunjuk-nunjuk

11. Terangkan tiga kebaikan perintah yang tersebut dalam ayat di atas dari segi sosial mendidik supaya hidup bersopan santun menjaga maruah wanita Islam Menghindar perkara fitnah Mengelakakn diri dari terjerumus ke lembah kehinaan Mengiratkan hubungan suami isteri Mejauhkan penyakit sosial Menjauhkan perzinaan

12. Pengajaran ayat Info Islam: Mahram: lelaki atau perempuan yg mempunyai ikatan keturunan atau susuan. Kedua-dua lelaki dan perempuan tersebut diharamkan berkahwin. wajib je atas lelaki dan perempuan menghindari daripada melihat perkaraperkara yang diharamkan Kita wajib menjaga kemaluan daripada perkara yang diharamkan seperti zina, liwat, onani dan sebagainya Haram bagi seorang perempuan melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah seperti berhias secara berlebihan Haram berpakaian ketat dan nipis yang menampakkan susuk badan

19
Surah An-Nur : Ayat 35 Hidayah Allah / Ilmu penyinar hidup manusia

1. Intisari ayat Bandingan nur dan hidayah Allah swt yang menerangi hati orang yang beriman laksana sebuah lampu dalam pendil kaca, cahayanya memancar gemerlapan. orang yang diberi hidayah oleh Allah pasti menerima undang-undang dan peraturan Allah yang termaktub dalam al-Quran untuk menguruskan alam ini

2. Maksud ayat Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci AlQuran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undangundang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagaibagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

3. Nyatakan pengertian Nur Hidayah. 3.1 Dari segi bahasa Nur bererti cahaya dan hidayah bererti petunjuk

20
3.2 Dari segi istilah nur bermaksud; 3.2.1 Iman: atau sesuatu jalan yang membawa kepada kesejahteraan, kebaikan dan kesucian 3.2.2 Ilmu: kerana dengan ilmu eseorang itu akan beriman Para ulamak pernah membuat ibarat imu itu seperti cahaya dalam sebuah bekas. Imam Malik menyatakan para ulama pernah membuat ibarat ilmu itu adalah nur atau cahaya yang Allah anugerahkan ke dalam hati seseorang yang dikehendaliNya. Ilmu itu adalah nur atau cahaya yang Allah anugerahkan ke dalam hati seseorang yang dikehendakiNya.

3.2.3: Nur Hidayah bermaksud cahaya petunjuk daripada Allah SWT yang mendorong seseorang untuk melakukan kebaikan bagi memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

4. Terdapat beberapa jenis hidayah yang Allah SWT kurniakan kepada manusia. Nyatakan bentuk-bentuk hidayah beserta contoh. Hidayat Gharizah : naluri semulajadi manusia yang wujud sejak dia dilahirkan ke dunia seperti seorang kanak-kanak akan menangis apabila sakit atau lapar. Hidayat Pancaindera : manusia dapat mengenal dan membezakan sesuatu melalui pancaindera, seperti seorang kanak-kanak mendengar suara ibu bapanya melalui deria pendengaran. Hidayat Akal Fikiran : melalui akal fikiran seseorang itu dapat berfikir secara waras sebelum melakukan sesuatu tindakan, yang mana fikiran mengarahkan manusia membuat sesuatu perkara secara rasional. Hidayat Agama : hidayat yang menyelamatkan seseorang daripada kesesatan kepada kebenaran dan keimanan kepada Allah SWT yang mendorong manusia untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, sekaligus dapat membezakan antara perkara-perkara yang baik dengan perkara-perkara batil. Hidayat Taufik : hidayat ini merupakan hidayat yang paling tinggi darjatnya yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang dikehendaki. 5. Golongan yang mendapat hidayah Allah swt Bertasbih dan bertahmid kepada Allah swt Berjual beli tanpa lalai drp mengingati Allah swt Mendirikan solat fardhu Menegeluarkan zakat Takut kepada pembalasan hari kiamat 6. Kepentingan hidayah dalam kehidupan manusia Sebagai petunjuk pada jalan yang benar. Memperoleh kebahagiaan dunia akhirat Pendorong kea rah kebaikan

21
Benteng diri daripada melakukan sa Membentuk individu berakhlak mulia Pendorong jihad

7. Cara mendapatkan hidayah Allah Sentiasa beiman kepada Allah dengan sepenuh hati Sentiasa berdoa Menuntut ilmu Sentiasa melakukan amal kebajikan ikhlas dalam amalan redha dengan ketentuan Allah swt sabar dan tabah menghadapi ketentuan Allah swt bergaul dgn orang-org baik sentiasa bersyukur dgn nikmat kurniaan Allah Zikir kepada Allah

8. Halangan-halangan daripada memperolehi hidayah Terus berada dalam kejahilan Tidak patuh perintah Allah swt Malas berdoa Tidak redha dgn ketentuan Allah swt Bersikap sombong dan tidak mahu menerima kelemahan diri Sukakan kepada maksiat dan bencikan kebaikan Memakan makanan haram Melakukan sesuatu dgn riak dan menunjuk-nunjuk Tidak sabar/putus asa menghadapi ujian Allah swt Tidak bersyukur dgn nikmat Allah swt

9. Maksud al-Quran: adalah nur dan hidayah Alalh swt yg terbesar. Ia diturunkan utk membimbing manusia kea rah kesejahteraan dan selamat dunia dan akhirat. Mukjizat aklQuran tidak dinafikan oleh sesiapa pun walaupun oleh cendiakawan bukan Islam

9.1 Al-Quran sebagai mukjizat Gaya bahasa yang sangat lemah lembut sehingga melemahkan rang-orang Arab Petunjuka ke jalan yang benar dan diredhai Allah swt/ndungannnya lengkap merangkumi smua bidang kehidupan manusia sama ada politik , social, perubatan, sains dan sebagainya. Kandungannya sesuai diamalkan disemua temoat, sepanjang zaman dan sesuai dgn fitrah manusia.penawar pelbagai penyakit

22
Tidak jemu dibaca dan didengar, makin mesap dijiwa semakin dibaca dan didengar Membacanya adalah ibadat dan mendapat pahala berganda-ganda Susunan ayatnya sangat indah dan tinggi nilai sasteranya. Sumber ilmu/ Al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu Allah mencabar manusia supaya mencipta satu surah sebagai al-Quran Menyingkap peristiwa yg telah dan akan berlaku.

10. Peranan ilmu/berusaha mencari ilmu 10.1 Ilmu: pengetahuan atau kebolehan yg dianugerahkan oelh Allah swt mellaui proses pembelajaran, pengamatan, latihan dan sebagainya . 10.2 Ilmu Allah tersangat luas dan tiada batasannya. SEmakin banyak seseorang mengkaji tentang makhluk Allah swt semakin anyak ia mengetahui rahsia kebesaran ilahi. Tetapi belum pasti dia boleh berbakti kepada Allah swt. Org yang menerima hidayah Allah swt akan memperkayakan ilmu dan lebih gigih berbakti kepada Allah swt serta bertambah hamper dgnnya. 10.3 Ulama membahagikan ilmu kepada dua bahagian; Ilmu Fardhu Ain dan fardhu kifayah Ilmu Fardhu Ain Ilmu yg wajib dipelajari oleh setiap org Ilam yang cukup syarat-syarat taklif Ilmu yg berkaitan dgn akidah, hukum dan akhlak manusia Berdasarkan al-Quran dan sunnah Semua yg wajib mempelajarinya. Jika tidak org itu berdosa Ilmu Fardhu Kifayah Ilmu yg diwajibkan ke atas golongan yg tertentu dan gugur kewajipan tersebut terhadap golongan yg lain Solat jenazah, ilmu matematik, sains, perubatan dsbnya Berdasarkan al-Quran, Sunnah dan ditokok tambah dengan akal manusia Hanya sebahagian org shj wajib mempelajari ilmu tersebut, gugurlah kewajipan tersebut terhadap org lain. Jika tiada seseorang pun mempelajarinya, maka semua org di tempat itu akan berdosa.

9.4 Kepentingan ilmu terhadap org beriman ilmu meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah swt Ilmu menjadikans seseorg beribaadt kpd Allah swt dgn lebih sempurna Dgn ilmu seseorg akan mengetahui kekuasaan dan kebesaran Allah swt Dgn ilmu seseorg itu akan menggunakannya demi kepentingan ramai bagi mencapai keredhaan Allah swt Dgn ilmu seseorg itu dapat menyeru org lain melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

9.5 Kepentingan menuntut ilmu dpt membezakan antar yg hak dgn yang batil

23
dpt memperolehi kebahagiaan di dunia dan di akhirat/tidak sesat menambah iman dan taqwa kepada Alahs wt dpt bertindak bijak dan terancang dpt beribadat dgn sempurna kerana seseorg mengetahui cara-caranya dgn betul dpt mengetahui rahsia kebesaran dan kekuasaan Allah swt dpt membantu org lain dgn ilmunya masyarakat akan maju dan teguh.

10. Bacaan ; Tahlil: Lailailallah Takbir: Allah hu akbar Tasbih: Subhana Allah Tahmid: Al-Hamdulillah 10.1 Kedudukan manusia paling hampir kepada Allah ketika ia memohon kepadanya. Sebaliknya kedudukan manusia paling jauh daripada manusia lain ketika dia meminta sesuatu daripada mereka.

10.2 Pengajaran ayat Hidayah Allah yg menerangi hati org mukmin umpama cahaya yg menerangi alam Manusia perlu berusaha bagi mendapatkan hidayah Menuntut ilmu adalah satu kewajipan dan merupakan salah satu usaha utk memperolehi hidayah Kita wajib menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah uth menjadi pakar dlm kedua-dua bidang

24
Surah As-Sajadah ayat 5 16: Peribadi Mukmin

1. Intisari ayat Dalam ayat di atas menyatakan sifat-sifat mukmin iaitu mereka sujud kepada Allah kerana mengagungkanNya dan tidak bersifat takbur. Kita juga perlu sentias mengingati Allah, melazimi qiamullail dan menginfakkan harta ke jalan Allah swt

2. Maksud ayat

Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

3.

Sujud kepada Allah: Berlumba-lumba beribadat; solat hajat


Menginfakkan harta ke jln Allah swt; mendermakan harta kpd fakir & miskin

Ciri-ciri orang beriman

Sentiasa mengingati Allah: mengucap, tahmid,takbir dan tahlil

Tidak takbur: Melazimi Qiamullail; Bertaqarrub merupakan sumber kekuatan rohani Rasulullah,& sahabat

sentiasa tawaddu', akur dgn kelemahan yang ada

25
4. Peribadi muslim yang dikehendaki

Peribadi muslim yg dikehendaki


Menjaga waktu

Aqidah yg murni berdikari

Ibadat yg sohih Akhlak yg mulia Bermanfaat kpd org lain Tubuh badan yg kuat

Pengetahuan yg luas

Berdisiplin dlm kehidupan

Melawan hawa nafsu

5. Maksud bertaqarrub:

mendekatkan diri kepada Allah dgn melakukan ibadat seperti solat dan berzikir

6. Kepentingan pembangunan berdasarkan keimanan Pembangunan


Dibina atas Dasar Keimanan kpd Allah swt Mengundang sifat kehaiwanan sprt penindasan,kerakusan dan kezaliman

tuntutan dalam Islam

# Pembangunan berdasarkan kebendaan semata-mata

# Pembangunan berdasarkan keimanan semata-mata

Mengundang sifat toleransi, qanaah, keadilan, pemeliharaan alam sekitar

7.

Cara menghindari sifat fasiq

Berdoa kpd Allah agar ditingkatkan iman Mengamalkan akhlak mulia dlm pergaulan Bergaul dgn org baik/alim ulamak

Melakukan ibadat dgn ikhlas

Istiqamah melakukan perkara farddhu dan sunat

26

8. Jenis-jenis sujud Sujud


Tilawah

Sebab
Membaca atau mendengar ayat sajadah

Bacaan

Bil 1x

masa
Di luar atau di dalam solat

Sahwi

Menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat abad secara sengaja atau tidak sengaja

1x

Sebelum salam

Syukur

Mendapat nikmat /terlepas dari bala'

1x

Di luar solat

9. Perbezaan org mukmin dgn org fasiq


Perbezaan Pengertian Org mukimin Org yg tunduk dan patuh kepada Allah swt dan rasulnya Ciri a. bila diperingatkan dgn ayat al-Quran mereka segera sujud, bertasbih dan mengamalkan ajarannya b. beribadat/berdoa kpd Allah dgn rasa takut c. bangun malamutk berdoa dan beribadat d. mendapat daan membelanjakan haarta dgn cara yang halal e. sentiasa diuji oleh Allah utk meningkatkan iman f. sentiasa istiqamah dgn amal soleh/baca alQuran/sedekah g. kusyuk dlm solat h. kasih kpd Allah dan rasul melebihi yg lain i. sentiasa bersyukur j. suka berjuang ke jalan Allah swt k. berakhlak mulia/merendah diri/amanah i. f. Org fasiq Org Islam yg tidak menghayati syahadah dgn sempurna a. bila diperingatkan dgn ayat alQuran mereka berat utk sujud, malas beramal dgnnya b. suka meninggalkan perkara fardhu tanpa takut c. malas berdoa d. gemar kepada maksiat dan bencikan kebaikan e. kedekut pd jalan kebaikan dan pemurah pada jalan maksiat sombong/suka berbohong

g. suka menyebarkan fitnah h. lebih banyak tidur dari melakukan kerja berfaedah mendapat dan membelanjakan harta pd jalan haram

Ganjaran

i.

mendapat ganjaran syurga

i. ii.

mendapat azab neraka sebelum dimasukkan neraka mereka diperingatkan oleh Allah dgn azab dunia iaitu 'azbul adna seperti bencana, miskin, peperangan,penyakit dsbnya.Jika mereka berdegil baru dijenakan azab al-azabul akbar di akhirat

ii. mendapat rahmat Allah dunia akhirat iii. mendapat penghormatan social sehingga Rasulullah saw menggalakkan umatnya memilih sahabat yg beriman dan beramal soleh

27
10. Orang yg beriman menepati pengertian iman: ialah mereka yang percaya dgn hati, berikrar dgn lidah dan beramal dhn anggota. Mereka yg bertahsyahud dgn keesaan Allah dan Rasulnya akan terus melakukan ibadat yg difardhukan oleh Allah swt. Tasdik dihati, ikrar dgn lidah dan beramal dgn anggota mesti dikombinasikan bersama. Jika tidak iman seseorang itu belum sempurna.Sesuatu yg tersenat di hati akan melahirkan perbuatan/perlakuan yg nyata utk memebuktikan seseorang itu mukmin atau muslim

11. Contoh perlakuan org fasiq zaman Rasulullah saw

Rasulullah mengutuskan al-Walid b Abi Muith menemui Bani al-Mustalaq utk memungut zakat. Mereka menyerahkan zakat kpd al-Walid, tetapi apabila pulang al-Walid menceritakan bahawa BAni Mustalaq enggan bayar zakat. Untuk memastikan kesahihannya baginda mengutuskan Khalid al-Walid untuk menyiasat.Didapati Bani Mustalaq setia dgn Islam dan telah menunaikan zakat. Hal ini ilapurkan kepada Rasulullah saw dan baginda telah diwahyukan dengan firman Allah dalam surah al-Hujurat ayat 6;

Maksudnya; Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

12. Pengajaran ayat a. Umat Islam disunatkan membanyakkan salawat dan berzikir kepada Allah swt untuk melembutkan hati untuk menjadi mukmin yang soleh b. Allah swt menjanjikan ganjaran yang besar kepada org yang melazimi Qiamullail c. Org mukmin yg bersifat tawadduk kerana mereka menyedari kekurangan diri berbanding kebesaran Allah swt d. Islam menggalakkan kita mencari harta yang halala dan menginfakkan harta untuk jalan Allah swt

28
Surah a-Hasyar ayat 21 24: Kemuliaan al-Quran

Pengertiannya 21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

22. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

23. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

24. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

29
1. Intisari ayat Al-Quran mengandungi bernagai-bagai ilmu pengetahuan dan pengajaran serta menjadi hidayah kepada manusia. Manusia hendaklah patuh kepada suruhan Allah swt. Jika al-Quran diturunkan ke atas gunung, nescaya gunung itu akantunduk sehingga runtuh kerana tajkut kepada Allah swt. Segala yang ada di langit dan dibumi bertasbih memuji Allah swt

2. Maksud ayat Perumpamaan Gunung ganang yang teguh dan kuat sekiranya diturunkan alQuran ke atasnya, gunung itu akan pecah. Perumpamaan ini adalah supaya manusia berfikir tentang sejauh mana penghayatan mereka terhadap al-Quran. Allah mempunyai nama-nma yang indah dan sifat-sifat ayng sempurna Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadanya.

3. Maksud/Erti al-Quran: Kalam Allah yang diturunkan melalui Malaikat Jibraeeil kepada Nabi Muhammad saw 4. Cara diturunkan:

Loh Mahfuz

Langit dunia

Jibraeil

Nabi Muhammad saw

5. Bentuk penurunan al-Quran

Bunyi loceng yg sangat kuat yang hanya didengari oleh baginda saw

Dicampakkan ke dalam hati baginda saw

Melalui ilham

6. Mukjizat al-Quran Maknawi: Memberi petunjuk untuk seluruh alam dan sepanjang zaman. Isinya lengkap dan menyeluruh serta menyingkap peritiwa peristiwa masa lalu dan alam ghaib. Gaya bahasanya amat tinggi sehingga tidak aad sesiapa pun yang boleh meniru dan merekacipta ayat-ayat al-Quran. Membacanya adalah ibadat dan pahalanya berganda-ganda. Kandungannya terpelihara sehingga hari kiamat. Hissi: Berbeza dengan mukjizat-mukjizat lain. Mukjizat-mukjizat lain merupakan perkara luar biasa untuk membuktikan kebenaran kerasulan rasul tersebut pada masa itu sahaja.Ianya berbentuk benda dan berlaku sekali sahaja. Contohnya tongkat nabi musa a.s bertukar menjadi ular besar dan

30
menelan ular-ular jelmaan tukang sihir Firaun. Tongkat ini kemudiaan bertukar kepada sifat asalnya.

Mukjizat

Mukjizat Hissi - Berbentuk benda - Berlaku sekali sahaja pd masa itu - Dapat dilihat oleh mereka di tempat kejadian - Tongkat Nabi Isa menjadi ular besar

Mukjizat Maknawi - dicapai oleh akal - kekal hingga kiamat - Al-Quran sahaja

7. Keistimewaan al-Quran Mukjizat Agung kepada Rasulullah saw Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek khidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, social dan politik Ajarannya sesuai dilaksanakan untuk semua bangsa, di semua tempat dan pada bila-bila masa Terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan hingga ke hari kiamat Tidak ada makhluk yang dapat menandingi keindahan bahasanya Membimbing manusia menuju kebahagiaan dunia dan akhirat Setiap hurup yang dibaca dikira ibadat dan diberi pahala

8. Nama-nama lain al-Quran Al-Kitab Al-Furqan Az-Zikri Al-Bayan

9. Makhluk selain manusia tunduk dan patuh kepada Allah sw Semua makhluk selain manusia seperti tumbuhan, haiwan, cakerawala, gunung ganang dan sebagainya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Contohnya Mereka sentiasa bertasbih kepadaNya Mengikut semua ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kepadaNya; Bulan dan matahari sentiasa beredar mengikut paksinya Manusia yang berakal, tidak sepatutnya menderhaka kepada Allah swt

31
10. Cara menghayati al-Quran Istiqamah dalam membaca al-Quran Memahami danmengamalkan kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian Sentiasa mempelajari dan mendalami isi kandungan Al-Qun Membaca al-Quran dengan bertajwid dan bertarannum

11. Perbandingan antara bukit dan orang yang engkar kepada Allah - Bandingan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat bukit yang hancur berkecai apabila diturunkan al-Quran ke atasnya kerana takut kepada Allah swt. - Allah memberi peringatan kepada; i. org kafir yang keras hati dan bersikap kasar. ii. Orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran - Sekiranya bukit mendengar ayat-ayat al-Quran nescaya akan hancur berkecai kerana takutkan Allah swt. - Dalam ayat di atas juga Allah menyatakan sebahagian nama dan sifatNYA yang mulia dan sempurna seperti;