Anda di halaman 1dari 75

Cinta Aishah-Mini novel

V|Çàt T|á{t{
MINI NOVEL

“Tak apalah, biar sakit mata


aku memandang tapi tidak
sakit aku menghadapinya”

http://www.mohdfaizul.com
2
Cinta Aishah-Mini novel

E-BOOK MINI NOVEL INI ADALAH

PERCUMA!!!
Anda boleh mengedarkan kepada
sesiapa mengikut cita-rasa anda
dengan syarat tidak mengubah isi
kandungan pada ebook ini.

Tidak boleh dijual

http://www.mohdfaizul.com
3
Cinta Aishah-Mini novel

ISI KANDUNGAN
Isi kandungan 4
Sekapur sireh 5
Bab 1 6
Bab 2 9
Bab 3 12
Bab 4 15
Bab 5 19
Bab 6 23
Bab 7 30
Bab 8 40
Bab 9 48
Bab 10 53
Bab 11 57
Bab 12 63
Bab 13 70
Bab 14 73

http://www.mohdfaizul.com
4
Cinta Aishah-Mini novel

Sekapur sireh…
Karya ini adalah karya sulong saya.Ianya adalah sebuah karya yang tidaklah
dianggap sempurna kerana banyak lagi yang saya perlu perbaiki dari segi bahasa
dan sebagainya.Untuk menyiapkannya adalah suatu pengalaman yang indah
kerana ia memakan masa yang lama untuk menyiapkannya.Segala halangan,
kesulitan, masa dan sebagainya dihabiskan bagi menyiapkannya maka
terhasillah novel ini yang boleh dikirakan novel pendek jika ia diukur oleh
bilangan muka suratnya.

Walau apapun, impian saya selama ini dapat juga saya tunaikan.Ia akan menjadi
sebagai pembakaar semangat saya untuk masa hadapan saya.Dalam kehidupan
ini, macam-macam perkara yang kita harungi namun untuk memiliki sesuatu itu
amatlah sukar tetapi dengan mengsyukuri dengan apa yang kita perolehi dan
juga usaha yang tidak pernah kenal putus asa, apa-apa pun boleh jadi.

Saya harap sesiapa yang meluangkan masa untuk membaca karya saya yang
tidak seberapa ini, saya ucapkan selamat membaca dan juga terima kasih kerana
100
sudi membacanya.
80

Sekian,
60 terima kasih East
West
40
Mohd
20 Faizul bin Ali North

0
1st Qtr 2nd Qtr 3rd Qtr 4th Qtr

[cerita ini adalah rekaan semata-mata.Tiada kena mengena dengan orang yang

hidup atau pun yang meninggal dunia.Jika ada pun ianya hanyalah kebetulan.Jika

anda perasan nama watak adalah sama dengan saya ianya tidak bermakna ianya

ada kaitan dengan saya]

http://www.mohdfaizul.com
5
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 1

Pada petang itu, saya duduk mengadap laptop saya.Apa yang dilakukan oleh

saya pada masa itu adalah melayari dunia internet.Dunia tanpa sempadan.Seperti

biasa rutin saya adalah memuat turun lagu-lagu kegemaran, mencari handbook-

handbook yang ada kaitan dengan subjek saya pada semester ini.Hanya satu

semester lagi untuk mengabiskan sisa-sisa perjuangan saya menuntut ilmu. Sambil

saya khayal dengan skrin laptop itu, tiba-tiba sahaja telefon bimbit saya berbunyi.

Lantas saya mencapainya dan membaca esemes tersebut.

‘ malam ni kita jumpa di tempat biasa-Aishah’

Esemes dari Aisyah.Lalu saya membalasnya.

‘Ok bos’

Saya berhenti sekejap.Tiba-tiba fikiran saya diasak dengan pelbagai tentang

Aishah ini. Saya teringat kembali bagaimana saya boleh bertemu dengannya. Saya

mengenalinya melalui dunia internet. Pertama kali saya berkenalan berkenalan

dengannya melalui ruang chatting yahoo messenger.Dari hari ke hari saya semakin

mengenalinya.Kami saling bertukar-tukar foto masing-masing.Pada mulanya saya

tidak percaya hubungan kami boleh berlanjutan sehingga sekarang kerana

anggapan saya pada ianya adalah biasa sahaja. Kerana bagi saya ianya adalah

mainan semata-mata. Mana mungkin saya hendak mempercayai semuanya bulat-

bulat.Bagi saya untuk menilai seseorang itu, bukan dengan berhubung melalui

internet, telefon sahaja. Kita kena berjumpa bertentang mata dengan empunya

badan.Baru kita tahu keikhlasan seseorang itu.

http://www.mohdfaizul.com
6
Cinta Aishah-Mini novel

Namun perkenalan saya dengan Aishah, ianya adalah lain.Dia baik orangnya.

Pertama kali kami chat, dia sering mengeluh dengan masalah-

masalahnya.Antaranya masalahnya ialah masalah pelajaran, dengan kawan-kawan

yang tidak memahami dan paling selalu menjadi topik adalah masalah berat

badannya.Dia kurang keyakinan. Dia menganggap bentuk badannya berisi. Saya

seperti biasa menasihatinya supaya bersyukur dengan apa yang ada. Perkara yang

paling ditakutinya adalah soal jodoh.Dia seakan tidak yakin suatu hari nanti ada

orang yang akan minat dengannya.

Akhirnya kami bersetuju untuk berjumpa. Sebenarnya dia mencabar saya

untuk berjumpa.Pada mulanya saya menolak tapi apabila saya berfikir balik, apa

salahnya bukannya saya hendak berkasih pun dengan dia.Atas dasar kawan, saya

bersetuju.

Restorant Indah adalah tempat pertama kali kami bertemu.Satu pertemuan

yang tidak disangka-sangka menjadi satu pertalian persahabatan.Kali pertama saya

bertemu dengan Aishah, memang benar berat badannya tinggi.Seperti mana yang

saya sangkakan.Memang besar.Dia datang kepada saya dengan langkah yang lesu

langsung tidak ada semangat langsung.Semakin dia hampir kepada saya, semakin

kuat bau minyak wanginya.Satu bauan yang tidak dapat saya lupai.

Walaupun Aishah sedikit gemuk, tapi masih lagi cute wajahnya.Sampai

sahaja dia dihadapan saya jelas senyumannya.Betul-betul membuatkan saya

tertawan.Dia duduk dihadapan saya.Dia tahu saya orangnya yang selalu chat

dengannya.

“Assalammualaikum,” Saya hanya dia memerhatikan wajahnya yang suram

itu.Dari jauh bau wangi minyak wanginya menusuk kedalam hidung saya. Melihat

http://www.mohdfaizul.com
7
Cinta Aishah-Mini novel

dirinya menghampiri saya, semakin jelas wajahnya dan bentuk badannya.Saling

tidak tumpah dengan gambar fotonya tetapi melihatkan wajahnya itu dia memang

comel.Datang kearah saya dengan senyuman.

“Kenapa diam, kan dah saya katakan saya ni memang gemuk.Awak dah tak

mahu berkawan dengan saya?” sambung Aishah yang mengenali saya melalui

gambar foto saya. “Waalaikumussalam,” jawab saya tenang.

“So macam mana menyesal ke kawan dengan saya?” kata Aishah sambil

membetulkan kerusinya.

“Tidaklah, cantik apa awak ni.Walaupun awak berisi tapi saya tengok awak ni

cute lah,” puji saya.Aishah hanya diam sahaja.Pasti dia ingat saya tidak ikhlas

dengan pujian saya itu.

“Suka hati awaklah nak cakap apa.So selamat berkenalan,” kata Aishah.

“Selamat berkenalan,” kata saya tersenyum.Pada pertemuan itu,bermacam-

macam kami bualkan dan mulai daripada hari itu, hubungan itu menyusul dengan

beberapa kali pertemuan dan menjadi persahabatan kamisemakin rapat dan pada

masa yang sama saya mencabar Aishah untuk menguruskan bandannya.Pada

mulanya saya anggap ianya sebagai gurauan sahaja kerana saya ingin melihat

Aishah ceria.Bersyukur dengan apa yang dia ada tetapi Aishah menganggap ianya

serius.Setelah beberapa kali pertemuan saya dapat melihat perubahan

darinya.Semakin hari berat badannya semakin berkurangan.Oleh itu, saya

memberinya sokongan yang penuh.Semuanya kerana sahabat saya, Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
8
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 2

Pada petang itu, saya datang ke tempat yang dijanjikan.Seperti biasa saya

yang menunggu kerana Aishah memberitahu saya dia terlambat sedikit kerana ada

hal yang perlu diselesaikan.Saya memandang keseluruh ruang restorant itu melihat

gelagat pengunjungnya.

“Assalammualaikum,” saya disapa oleh seseorang.

“Waalaikumussalam,” saya membalas salam itu. Aishah datang dengan

senyumannya. Senyuman itu menampakkan sedikit lesung pipit dipipinya. Walaupun

di pipinya itu sedikit tembam tapi gebu. Manis sekali senyumannya.Saya membalas

senyuman itu.

“Duduklah,” Pelawa saya.Aishah duduk dihadapan saya.Saya memerhati

gelagatnya.

“Ish..Kenapa pandang saya macam tu,” Tanya Aishah.

“Eh, tak ada apa.Sekarang awak dah lainlah Aishah.Semakin cute,” Jawab

saya.

“sudahlah Zul, jangan tipulah.Asal tak cakap je Aishah ni gemuk,” kata Aishah

merajuk.

“Mana ada? Saya ikhlas ni.Berbandingkan dengan pertama kali kita jumpa,

hari ni Aishah memang nampak cantik, berkeyakinan, penuh dengan senyuman dan

tidak lupa juga sudah semakin kurus.Emm ni mesti ada apa-apa ni kan?”

“Tak ada apa-apalah. Aishah tetap Aishah yang dulu cuma…” Tiba-tiba

Aishah berhenti berkata-kata.

http://www.mohdfaizul.com
9
Cinta Aishah-Mini novel

“Cuma apa?” Tanya saya.

“Aishah dah turun 5 kilo.Sekarang berat badan Aishah 56kg,” kata Aishah

sambil membelek-belek menu. “ bila nak belanja?”

“Haha! Ikut perjanjian adalah berat 50kg kan.So ada 5kg lagi untuk

dibereskan. Usaha lagi,” kata saya.Aishah sudah beberapa bulan berdiet.Itu pun

menyahut cabaran dari saya. Saya saja mencabarnya untuk meningkatkan

semangatnya kerana sebelum ini dia tiada kenyakinan.

“Okey. 5kg tu apalah sangat.seminggu dua settle lah tu. Ehm.. macam mana

dengan awek zul sekarang?”

“Macam biasa tapi ada krisis sedikit. Biasalah bab-bab cinta ni kan emosi

sedikit,” kata saya sambil memandang sekeliling mencari pelayan.

“Krisis? Cuba bagi tahu kepada aku krisis apa?” Tanya Aishah ingin tahu.

Saya tidak mengendahkannya lalu memanggil pelayan.

“Kalau ya pun order dulu,” jawab saya cuba mengubah topik perbualan kami.

“Bagi saya kopi panas sahaja,” pesan Aishah.

“Hai kopi ajer.Tak makan ke?” Saya mengusik.

“Kan sekarang aku diet,” kata Aishah.Pelayan itu beredar.”Hah! ceritalah apa

yang berlaku?”

Terasa berat saya hendak memceritakan kepada Aishah tentang masalah

saya.Dia mendesak saya lagi.

Baru sahaja saya memulakan bicara saya satu tepikan datang kearah kami.

http://www.mohdfaizul.com
10
Cinta Aishah-Mini novel

“Oh di sini rupanya awak!” satu jeritan datang dari arah belakang,” Saya

menoleh kebelakang.Ika datang dengan wajah yang bengis sekali.Saya menjadi

tidak tentu arah.

Wajahnya merah padam.Ika datang menghampiri saya.

“Patutlah awak sibuk.Sibuk dengan perempuan gemuk ni!” jerit Ika .Aishah

hanya diam. Orang disekeliling memandang ke arah kami.Tapi itu tidak diperduli

oleh Ika.Dia semakin menyinga.Saya cuba tenangkan dia.

“Sudahlah Ika. Kita bincang dulu.Duduklah,” Kata saya menarik tangan

Ika.Tapi Ika menyentap tangannya lalu ia hinggap ke pipi Aishah. “Pang!”

Semua orang dalam restorant itu terdiam.Semua mata terarah ke arah

pertengkaran kami.Saya berasa serba salah.Di depan saya, Aishah seorang kawan

manakala yang berdiri itu, teman wanita saya,Ika. Aishah menangis sambil

memegang pipinya.

“Padan muka kau, rasakan,” Kata Ika puas.

“Pang!” Satu lagi penampar.Tapi kali ini ianya dari saya.Ia hinggap di muka

Ika pula.Dia jatuh ke lantai.Tapi saya tidak mengendahkannya.Saya melihat

keadaan Aishah.Aishah lantas pergi meninggalkan restaurant itu.

“Sampai hati awak buat saya macam ni?” Ika turut menangis.

http://www.mohdfaizul.com
11
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 3

Peristiwa itu betul-betul menjejaskan hubungan saya dengan Ika dan begitu

juga dengan Aishah. Aishah tidak bersalah. Dia tidak ada kena mengena dengan hal

kami. Semuanya berpunca dengan kemarahan Ika yang tidak usul periksa itu. Saya

betul-betul marah kepadanya dan juga malu dengan Aishah.Sudah beberapa hari

Ika tidak berhubung dengan saya. Biarlah dengan dia. Dia perlu masa untuk

menenangkan perasaan marahnya itu.

Apa yang membimbangkan saya adalah Aishah. Sejak dari peristiwa itu, dia

sentiasa mengelak dari saya. Sudah banyak esemes saya hantar, panggilan entah

berapa kali saya buat dan apabila terserempak cepat-cepat dia larikan diri.Mungkin

dia marah dengan tidakan daripada Ika dan juga saya yang menyebabkan dia dihina

seperti itu. Kalau saya dibuat begitu saya juga terasa.Saya amat bimbang jika dia

membenci kepada saya.Persahabatan kami pasti akan terjejas.Apa lagi yang perlu

buat.Ianya adalah salah faham.Saya memang sayangkan Ika.Saya harus

mempertahankannya tetapi Aishah adalah sahabat saya yang baik.Saya tersepit.

*****

Tugas yang diberikan oleh pensyarah saya semakin bertambah.Projek akhir

masih lagi banyak yang belum dibuat dan ini memeningkan saya ditambah pula

peperiksaan akhir yang semakin tiba.

“Weh, apa cerita kau dengan Ika. Berjalan dengan lancar ke?” Tanya Zahar

rakan saya.

“Sudahlah, jangan kau sebut nama dia lagi.Lebih baik aku siapkan

assignment aku yang melambak ni,” kata saya sambil mencari bahan di internet.

http://www.mohdfaizul.com
12
Cinta Aishah-Mini novel

“Ha! Ha! Ha! Macam tu lah orang yang sedang angau.Kau gaduh ke dengan

dia.Itulah kau, orang nak bercinta, kau nak bercinta.Tengok sekarang apa yang dah

jadi,” peril Zahar.

“Kau tak payahlah nak ajar aku ni. Kau tu pun bukannya pernah bercinta

pun,” kata saya yang terasa dengan apa yang dikatakan oleh Zahar itu.

“Perempuan ni semuanya sama jer.Tak payahlah susah-susah kepala nak

fikir sangat.Bagi aku perempuan ni dia hanya fikir fasal diri dia ajer.Bila kita senang,

dia datang kat kita, bila dia senang dia datang kat kita tapi bila kita susah macam-

macam alasan dia bagi.Aku dah masak dah dengan perempuan ni,”

“Ye ke? Aku tak setuju,”

“kenapa?”

“Sebab tak semua perempuan macam tu.Ada yang baik hati.Bagi aku, ada

permpuan yang baik hati.Biasa lah dalam dunia ni mana ada yang sempurna.Pasti

ada yang kurang dan ada yang lebih dan yang paling penting adalah hati.Aku

melihat pada hatinya.Tak kiralah kalau dia berisi ke, cantik ke dan macam-macam

lagilah.Kalau hati yang baik aku terima jer.Tak apalah, biar sakit mata aku

memandang tapi tidak sakit hati aku menghadapinya,”

“Eh kau maksudkan budak Aishah gemuk tu ke?”

“Eh, mulut kau tu jaga sikit ok.Sekarang berat dia dah 55kg tau. Dah kurus

dah,”

“belum lagi.Berat macam tu kira montok la. Standard perempuan 50kg.

Perempuan ni kalau berat 1kg pun dah besar semacam.Aku nak tanya kau ni.Kau

http://www.mohdfaizul.com
13
Cinta Aishah-Mini novel

serius ke dengan budak Aishah tu?Bukan main baik dan mesra ajer kau dengan

dia.Okey gak kalau kau couple dengan Aishah tu.Tapi Ika kau nak letak mana?”

“Ah kau ni.Gila ke aku boleh jatuh cinta dengan Aishah tu.Aku dengan dia

kawan hanya kawan. Ala macam kau tak faham je taste aku macam mana,” jelas

saya kepada Zahar.Saya pun beredar dari situ bagi mengelak dari pertanyaan yang

bukan-bukan dari Zahar.Lalu saya masuk ke bilik.

“Masyaallah, kenapa aku cakap macam tu. Aishah tu bukan taste aku,” bisik

saya. Kalau Aishah mendengarnya pasti dia akan sedih.Saya tidak bermaksud untuk

berkata itu.Tentang Aishah itu, ada keistimewaannya.Kecantikannya bukanlah pada

fizikalnya tetapi pada hatinya.Saya sejak akhir-akhir ini terasa rindu pula

kepadanya.Sudah lama kami tidak berjumpa.

http://www.mohdfaizul.com
14
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 4

Saya duduk di meja belajar di kaki lima berhampiran dengan perpustakaan

menunggu kelas yang seterusnya. Kelas yang akan bermula sepuluh minit lagi tapi

saya rasa amat berat sekali menghadiri kelas tersebut.Saya rasa amat letih kerana

kekurangan tidur.Dari semalam assignment saya masih belum siap lagi.Mungkin

malam ini semuanya akan siap.Insyaallah.Masa yang terluang itu saya membelek-

belek buku yang baru saya pinjam dari perpustakaan sambil mencari bahan-bahan

untuk assignment saya nanti.

Sedang saya khusuk membelek buku itu, saya terbau satu wangian.Lalu saya

teringat seseorang tentang wangian ini.Aishah.Setiap kali bertemu dengannya,

memang bau inilah datang daripadanya.Tidak syak lagi.Memang dia.Saya

memerhatikan sekeliling mencari dari mana datang wangian itu.Rupa-rupanya

Aishah sudah tercegat didepan saya.

“Aishah,” kata saya memandangnya.Aishah hanya diam sahaja.

“Duduklah dulu Aishah,” pelawa saya.

“tak apalah.Sekejap sahaja.Selepas ini saya ada kelas.Saya hendak beritahu

awak sesuatu,” kata Aishah.

“Apa dia?” Tanya saya.

“Mulai hari ini kita tidak payah berjumpa lagi.Saya tak mahu kita behubung

lagi.Tolong jangan ganggu saya lagi okey,” Jawab Aishah.

“tapi kenapa?” Tanya saya lagi.

“Awak sudah tahu sebabnya,” jawab Aishah sambil beredar dari situ.

http://www.mohdfaizul.com
15
Cinta Aishah-Mini novel

“Tapi Aishah…” Aishah terus masuk ke kelas.

Di dalam kelas, aku tidak dapat menumpukan perhatian kepada

pelajaran.Saya berasa amat bersalah sekali.Sekarang Aishah sudah memutuskan

persahabatan antara kami.Berakhirlah perhubungan kami.Saya tidak dapat berbuat

apa-apa kerana keputusan itu adalah dari Aishah.

Apa pun saya perlu bersemuka dengan Aishah menjelaskan kepadanya,

memohon maaf dengan apa yang berlaku.Dia tidak bersalah.Segalanya berpunca

dari saya.Saya yang patut meleraikan segalanya.

*****

Pada hari itu saya menanti kelibat Ika yang masih tidak muncul-muncul dari

tadi.Saya perlu bersemuka dengannya.Saya perlu menjelaskan segalanya tentang

hubungan kami.Segala keputusan hari ini pasti melibatkan masa depan kami.Sudah

lama saya cuba menghubunginya tapi tidak Berjaya.

Dari jauh Ika datang menghampiri saya.Mukanya tidak menunjukkan

perasaannya.Dia hanya diam sahaja.

“Assalammualaikum,” Sapanya.

“Walaikumussalam,” jawab saya.

“Ada apa sebenarnya yang awak nak sangat nak jumpa saya?” Tanya Ika

acuh tidak acuh.

“Perkara penting.Tentang hubungan kita ini,” Jawab saya tenang.

“Apa lagi yang awak nak?” Tanya Ika.

http://www.mohdfaizul.com
16
Cinta Aishah-Mini novel

“Saya nak awak minta maaf dengan apa yang awak katakan pada Aishah

tempoh hari,” jelas saya.

“Ah! Buat apa saya nak minta maaf.Memang patut pun saya buat begitu, biar

padan dengan muka dia.Perempuan tidak sedar diri.Dahlah gemuk.Ada hati pulak

hendak menjadi perampas kekasih orang,” Kata Ika.

“Diam Ika.Sampai hati awak kutuk dia macam tu,” jerit saya marah dengan

kata-kata dari Ika itu. “Kan saya sudah beritahu kepada awak yang saya dengan dia

tidak ada apa-apa.Kami berkawan sahaja,”

“Kawan, macam itu kawan.Asyik keluar bersama tu masih lagi anggap

macam kawan.Tolonglah Zul.Janganlah nak menafikan lagi.Saya tak mahu lagi nak

dengar sandiwara awak tu,”

“Kalau awak tak mahu jugak minta maaf kita putus sahaja hubungan kita ini,”

kata saya kepada Ika.Tersentak Ika mendengar kata saya itu.

“Apa dia? Tidak Zul, saya masih sayang kat awak.Tak kan kerana budak

gemuk tu awak sanggup nak berpisah dengan saya.Apa kelebihan budak tu? ” Rayu

Ika.

“Sudah ika.Sebenarnya dari dulu lagi saya memang tak suka dengan

perangai awak ni,” Jelas saya kepada Ika yang mula menangis.Apa lagi senjata

terakhir perempuan menangis.Dia tidak mahu memutuskan hubungan kami.

“Cukuplah sampai disini sahaja hubungan kita.Semuanya sudah berakhir diantara

kita,”

Akhirnya hubungan saya dan juga Ika berakhir.Awal-awal lagi saya dapat

mengagak ia pasti akan berlaku.Saya terimanya dengan tangan terbuka.Mungkin ia

http://www.mohdfaizul.com
17
Cinta Aishah-Mini novel

adalah keputusan yang terbaik bagi kami berdua.Kini saya dan Ika tiada ikatan apa-

apa yang ada adalah cuma sahabat.Setelah apa yang berlaku, ia mengajar saya

apa itu cinta.Saya akui hubungan ini adalah semata-mata ingin merasai perasaan

itu.Dan bagi saya perasaan cinta itu hanya hadir dengan sendirinya bukan dengan

perasaan yang terburu-buru.Saya terburu-buru untuk menerima cinta.Perasaan yang

pada mulanya hanyalah seperti permukaan telah saya anggap sebagai seperti cinta

yang sejati.Perasaan yang terburu-buru ini membuatkan saya kelam dengan

hanyalan saya.

http://www.mohdfaizul.com
18
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 5

Peperiksaan sudah berakhir.Perasaan lega jelas ternyata kerana segala

penat lelah saya satu semester sudah berakhir. Dan sekarang masanya untuk

berehat.Cuti kali ini sepanjang sebulan. Segala perancangan masa cuti sudah pun

saya susun.Saya mahu merehatkan diri dan juga melakukan perkara-perkara yang

boleh diisi semasa cuti nanti.

Tiba-tiba saya teringat akan Aishah.Bagaimana dengan dia sekarang ini,

adakah dia masih lagi marah kepada saya? Macam mana saya hendak bersemuka

dengannya.Saya betul-betul buntu.Saya mengapai telefon bimbit saya dan

kemudian cuba menghubungi Aishah.Namun gagal.Dia sudah tidak lagi memakai

nombor tersebut.Mamang kesedihannya tidak kepalang.Saya berasa amat risau

sekali jika dia benar-benar menbenci saya.

Saya menarik nafas beberapa kali, mencuba untuk menenangkan hati

saya.Kepala saya sudah mulai pening kerana penat menjawab soalan peperiksaan

petang tadi.

“Insyaallah, Tuhan akan melembutkan Aishah suatu hari nanti,” bisik saya

dalam hati mengharap segalanya akan selesai antara saya dan juga Aishah.Kini Ika

tiada lagi dihati saya.Hubungi kami memang tidak akan kekal.Itulah yang saya dapat

agak dari mula lagi.Memang hati saya tidak berkenan dengan kelibat Ika itu.Dia

bukan cinta yang saya cari selama ini.Perasaan itu memang tidak ada sepanjang

kami bersama.Tetapi Aishah?

Semua barang-barang saya dibungkus didalam kotak dan sudah diposkan ke

kampung.Segalanya sudah selesai.Saya terpaksa berpisah dengan rakan-rakan

persejuangan.Memang sedih ketika berpisah.Namun ia adalah suratan yang perlu

http://www.mohdfaizul.com
19
Cinta Aishah-Mini novel

kita terima kerana setiap yang bermula itu pasti akan berakhir.Itulah hukum alam

yang kita tidak dapat elakkan.

Saya menhidupkan enjin motorsikal saya.Hari ini saya akan menuju ke

selatan.Kembali ke kampung saya.Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu

saya.Saya amat merinduinya.Sudah beberapa bulan saya tidak menemuinya

semenjak cuti pertengahan semester tempoh hari.

Awal-awal lagi saya merancang untuk singgah ke pantai Port

Dickson.Menikmati keindahan pantai di Telok Kemang.Inilah masa yang ditunggu-

tunggu oleh saya.Melepaskan segala penat lelah sepanjang satu semester dengan

menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.

Saya menyusuri lebuhraya Elite dan lebuhraya utara selatan dan seterusnya

ke arah Port Dickson.Lebih sejam setengah saya perjalanan, akhirnya sampai saya

ditempat yang dituju.

Pantai Port Dickson menyambut kedatangan saya dengann tiupan angin yang

betul-betul menyegarkan saya.Saya melihat kearah laut dengan ombak yang

menyapu pantai itu.Dengan pelahan saya berjalan-jalan di persisiran pantai sambil

menikmati keindahan panorama yang berada disitu.

Sedang saya menikmati keindahan itu, saya terbau satu wangiaan yang

betul-betul saya kenal. Sama seperti bau Aishah.Saya memandang kesekeliling

mencari punca bauan itu.Saya memandang kearah kiri saya, kanan dan

belakang.Saya membuka langkah saya dan akhirnya saya terpandang seseorang

yang saya amat kenali, Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
20
Cinta Aishah-Mini novel

“Aishah!” Teriak saya kepadanya yang sedang memandang kearah laut

itu.Dia memandang sekeliling mencari kelibat yang memanggilnya sehinggalah

memandang kearah saya.Dia betul-betul berdiri di depan saya.

“Faizul,” Aishah terkedu melihat saya yang terpacak didepannya. “Kenapa

awak berada disini?”

Saya melangkah kearahnya sambil tersenyum.Setelah lama saya mencuba

untuk bertemu dengannya akhirnya dapat juga.Aishah masih lagi tergamam.

“Aishah maafkan saya dengan apa yang berlaku tempoh hari,” kata saya

kepada Aishah.Dia menundukkan kepalanya.Dia cuba mengelak dari berbual

tentang pertengkaran dengan Ika dahulu.

“Aishah, saya dan Ika sudah berpisah,” Terang saya.Barulah Aishah

memandang kearah saya.Saya lihat air matanya sudah bergenang.

“Awak sudah berpisah? Awak berpisah kerana Aishah?” Tanya Aishah ingin

tahu punca perpisahan saya dan Ika.

“Tentang itu, awak tak ada kena mengena Aishah.Saya sendiri yang hendak

berpisah dengannya.Memang saya dan dia tidak ada jodoh untuk bersama.Aishah

sekali lagi saya nak minta maaf atas kejadian tempoh hari,” saya merayu kepada

Aishah memaafkan saya tentang kejadian tempoh hari.Aishah hanya diam.Saya

tahu kejadiaan itu memang betul-betul memalukannya.

“Sudahlah Faizul, benda sudah jadi.Saya dah lama melupakan perkara itu,”

kata Aishah tersenyum.Lega saya mendengarnya. “Macam mana awak ada kat

sini?”

http://www.mohdfaizul.com
21
Cinta Aishah-Mini novel

Saya tersenyum apabila Aishah bertanya.

“Sebenarnya saya nak menenangkan diri saya.Macam-macam berlaku dan

inilah peluang saya merehatkan diri sebelum melangkah kea lam perkejaan,” terang

saya.Aishah mengangguk sahaja.

“Dan awak pulak macam mana awak ada disini?” Tanya saya pula.

“Saya datang bercuti dengan mak dan ayah saya,” terang Aishah.

“Habis tu mana mereka?” kata saya sambil melihat sekeliling.

“Mereka ada di hotel, berehat,” kata Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
22
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 6

Kini hubungan kami sudah kembali pulih seperti biasa.Tiada lagi perselisihan

faham diantara kami dan segalanya sudah selesai.Sekarang terpulanglah kepada

Ika ingin menyesali dan meminta maaf dari Aishah di atas perbuatannya.

Hari itu saya akan bertemu dengan Aishah bagi meraikan sempena 50kg

beratnya. Itulah janji kami setelah saya mencabarnya berdiet menguruskan

badan.Sekarang berat badannya sudah mencapai berat 50kg.Terpaksalah saya

membelanja Aishah.Awal-awal lagi saya merancang untuk bertemu dengan

Aishah.wajah Aishah ceria sekali pada hari itu.Dia bukan lagi Aishah yang berisi

seperti dahulu.Dia adalah Aishah yang mempunyai keyakinan.Saya amat bersyukur

kerana kini Aishah sudah berubah menjadi lebih gembira.Apa lagi yang dihendaki

kecuali kegembiraan dan juga kebahagian hidup.Dari sinar matanya saya tahu dia

amat bahagia sekarang.

“Assalammualaikum,” Aishah datang kepada saya.Wajahnya berseri-

seri.Dengan sedikit solekan sudah cukup menyerlakan kecantikan Aishah pada hari

itu.Tiba-tiba saya berasa berdebar apabila dia tiba dihadapan saya.

“Waalaikumusalam,” Jawab saya.Aishah hanya senyum.

“So hari ini kita hendak ke mana? Zul kena ingat perjanjian kita,” kata Aishah

mengingatkan saya.

“Eleh…saya ingatlah jangan risau.Tapi kan apa macam mana Aishah nak

pastikan badan ini beratnya 50kg ek,” kata saya.a

“Tak nak caya kita timbanglah,” kata Aishah sedikit merajuk.

http://www.mohdfaizul.com
23
Cinta Aishah-Mini novel

“Hehe! Janganlah merajuk.Jom ikut saya,” kata saya.Aishah mengekori

saya.Saya peergi menuju ke satu ruang sudut pasaraya itu.

“Hendak kemana ni?” Tanya Aishah hairan kerana saya menuju ke sudut itu.

“Hah! Ini dia.Apa lagi timbanglah,” kata saya sambil menunjukkan alat

penimbang yang berada dihadapan saya.Aishah tersenyum.Saya menhulurkan duit

syiling dua puluh sen kepadanya.

Aishah pun mula menimbang beratnya.Jarum penimbang itu menunjukkan

berat badannya adalah tepat 50kg.

“Hah puas hati sekarang,” kata Aishah tersenyum sambil memandang kepada

saya.Saya mengangguk tanda berpuas hati.

“Nanti dulu Aishah,” Saya cuba menghalang Aishah turun dari penimbang itu.

“Kenapa?” Tanya Aishah hairan.Saya pun menghampiri Aishah dan

meletakkan kati saya diatas penimbang itu.Semakin dekat kepadanya semakin kuat

bau minyak wangi yang dipakainya.Bauan yang sama sejak pertama kali saya

bertemu dengannya.Aishah hanya membatukan diri.Dari riak wajahnya dia mulai

malu lebih-lebih lagi saya begitu rapat dengannya.Betul-betul berada dibelakangnya.

“So sekarang awak boleh turun,” bisik saya ke telinga Aishah.Dia diam sahaja

mengikut kata-kata saya.Mukanya sudah berubah menjadi merah. “Inilah caranya

untuk jimat sikit,”

Aishah pun turun tinggal saya diatas penimbang itu.Matanya tertumpu kearah

bacaan penimbang itu.Jarum penimbang itu menunjukkan 66kg.Aishah ketawa kecil.

http://www.mohdfaizul.com
24
Cinta Aishah-Mini novel

“Haha…sekarang siapa yang berat.Ehm semakin berisi rupanya abang kita ni

ek,” kata Aishah setelah mengetahui berat badan saya.

“Ye la tu.Tak apa berat badan saya ni sudah ideal dengan tinggi saya.Tak

perlu saya nak diet-diet pun,” kata saya turun dari penimbang itu.

“Ehm..apa lagi jom kita pergi makan.Janji nak belanja?” kata Aishah.

“Okey jom,” Ajak saya beredar dari situ..

Pada hari itu kami mengabiskan masa bersama.Selesai sahaja makan. terus

kami pergi menonton wayang yang sedang hangat di tayangkan sekarang.Riak

wajah Aishah begitu gembira sekali.Saya rasakan pada hari itu, dialah orang yang

paling gembira dan bahagia sekali.Saya berasa senang sekali melihat gelagat

Aishah itu.Begitu jauh dari wajahnya yang suram pada kali pertama saya bertemu

dengannya.

“Huh..penatnya saya hari ini,” kata saya sambil mengesat peluh saya.Sudah

puas saya mengelilingi pasaraya itu.Saya memandang Aishah.Lama juga saya

memandangnya.Dia mulai malu.

“Eh kenapa ni pandang orang macam nak makan orang jer?” Kata Aishah

yang tidak selesa saya memandang dia.

“Awak gembira tak hari ini?” Tanya saya.Aishah diam seketika seperti

megumpul idea bagi jawapan kepada soalan saya itu.Dia memandang kearah saya.

“Zul, saya rasa hari inilah hari pertama kali saya berasa amat gembira

sekali.Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya,” jawab Aishah lantas dia

menunduk kebawah.

http://www.mohdfaizul.com
25
Cinta Aishah-Mini novel

“Kenapa Aishah cakap macam tu.Kitakan kawan.Walau apa pun saya akan

tolong kawan saya walau apa sekali pun,” kata saya.

“Saya tidak tahu kenapa Zul masih sudi nak berkawan saya yang gemuk ni,”

“Aishah selama ini saya tidak pernah pun nak membeza-beza kawan

saya.Bagi saya semuanya sama.Yang penting adalah hati kita.Bagi saya hati lebih

penting dari kecantikan fizikal itu,”Jelas saya kepada Aishah apabila dia

membangkitkan masalah kegemukannya. Apa yang penting sekarang Aishah bukan

Aishah yang dahulu.Aishah sekarang adalah Aishah yang penuh dengan

keyakinan.Apa yang penting Aishah gembira sekarang.Masalah kegemukan Aishah

pun sudah tiada lagi sekarang,”

Aishah tersenyum tawar dengan pejelasan saya itu.Dia sedar selama ini

hanya saya sahaja yang menjadi teman rapatnya.Dengan apa yang telah berlaku

lebih-lebih lagi dengan penghinaan dari Ika tempoh hari, saya menjadi semakin

mengambil berat tentang dirinya.

“Zul, awak tidak marah kepada Aishah kerana Aishah Zul dan Ika berpisah,”

Aishah kembali mengungkit peristiwa lama.

“Aishah, kenapa ni? Jangan mengungkit perkara yang dah

berlaku.Sebenarnya dari dulu lagi saya memang tidak mencintai Ika.Memang

hubungan kami rapat tapi dia bukanlah orang yang saya cintai.Saya masih lagi

mencari cinta yang sejati.Insyaallah,” kata saya kepada Aishah.

*****

Hari demi hari saya lalui.Sekarang saya sudah mempunyai kerja yang

tetap.Dengan gaji yang saya perolehi sudah cukup bagi saya untuk menampung

http://www.mohdfaizul.com
26
Cinta Aishah-Mini novel

kehidupan daya saya dan Emak.Emak sekarang tidak lagi bekerja.Saya

melarangnya bersusah lagi bekerja.Sekarang, tanggungjawab saya pula membalas

segala budi baiknya membesarkan saya sehingga saya berjaya.

Saya dan Aishah sudah semakin rapat.Memang setiap masa terluang saya

habisi bersama dengannya.Dialah teman saya ketika saya suka dan sedih.Segala

masalah kami akan kongsi bersama.Dari situlah timbul satu perasaan yang baru

yang tidak dapat saya ungkapkan.Satu perasaan dimana saya betul-betul ingin

mengambil berat tentangnya.

*****

Saya memandang ke kalender di dinding.Sudah hampir dua bulan saya tidak

pulang ke kampung.Kesibukan dengan kerja yang bernimbun-nimbun itu

membuatkan saya tiada masa untuk pulang ke kampung menjenguk emak

saya.Saya teringat akan pesan emak supaya menguruskan kehidupan dengan

betul.Walau sesibuk mana pun kita dengan kerja, kita kena fikirkan juga dengan hal-

hal kehidupan saya.Apa yang dimintanya sekarang adalah mencari teman hidup

saya.Berulang-ulang kali dia bertanya kepada saya tentang teman hidup saya.Pada

saya ianya masih begitu awal kerana saya baru sahaja bekerja.Dahulu emak

berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh agar saya akan dapat

pekerjaan yang baik.Sekarang pesannya bertukar pula kepada cepat-cepat berumah

tangga.Saya tersenyum keseorangan mengenangkan pesannya kepada saya itu.

Siapakah calon yang betul-betul sesuai dengan saya? Mengenangkan

kembali peristiwa yang lepas, saya berasa sudah serik untuk mencari cinta.Biarlah ia

datang dengan sendirinya.Hanya masa yang menentukannya bila saya akan

berumah tangga.

http://www.mohdfaizul.com
27
Cinta Aishah-Mini novel

Tiba-tiba fikiran saya terkenang pula akan Aishah.Saya mengambil telefon

bimbit saya lalu menbuat panggilan kepada Aishah.

“Hello, kenapa tiba-tiba awak telefon saya malam-malam ni,” Tanya Aishah

dihujung talian.

“Ehm…tiba-tiba saya teringat akan awak, tak boleh ke?” Jawab saya.

“Boleh, awak tahu tak penat betul kan bila dah kerja ni.Dahulu ingatkan masa

kerja ni suatu perkara yang menyeronokkan, ialah dapat duit tapi berbeza,” kata

Aishah.

“Nak buat macam mana, kita bekerja ni untuk mencari rezeki yang halal.Kita

terima ajer lah,”

“Macam mana dengan kerja awak?”

“Okey, walaupun banyak kerja tapi semuanya dapat dilakukan mengikut apa

yang disuruh.Walaupun kadang-kadang tertekanlah jugak kan tapi Berjaya jugak

saya menyerap tekanan,”

“baguslah tu,”

“Sibuk dengan kerja, tiba-tiba saya terasa rindu pulak kat kampung,”

“Ye ke, so apa lagi baliklah ke kampung jumpa dengan emak awak tu?”

cadang Aishah. “Best tak kampung awak?”

“Kenapa tanya ni, nak ikut saya ke balik kampung?” jawab saya.Aishah diam

sahaja dihujung talian seolah-olah memikirkan sesuatu.

http://www.mohdfaizul.com
28
Cinta Aishah-Mini novel

Seketika kemudian Aishah mula berkata “Zul, saya nak ikut awak balik

kampung awak boleh tak?”

Tiba-tiba Aishah ingin mengikut saya balik ke kampung saya.Saya seolah-

olah tidak percaya dengan kata-kata Aishah itu.

“Kenapa tiba-tiba sahaja nak ikut saya balik kampung ni?” tanya saya

mendapat kepastian atas kehendaknya itu.

“Sebab saya nak rasa suasana kampung Zul,” jawab Aishah.

“Okey, nanti saya beritahu awak bila kita akan balik kampung,” kata saya

setuju.

http://www.mohdfaizul.com
29
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 7

Kira-kira dua jam perjalanan, kami sampai ke susur keluar ke Tangkak.Saya

melihat Aishah sedang enak tidur dibuai mimpi.Dia letih kerana dia baru sahaja balik

dari kerja petang tadi dan bergegas bersiap-siap untuk mengikut saya pulang ke

kampung.

Saya menekan pedal minyak itu ke arah Segamat, menuju ke kampung

saya.Jalan yang bersimpang-siur seperti ular kena palu.Jalan dari Tangkak ke

Jementah,iaitu kampung saya memang banyak selekoh dan ini menbuatkan

perjalanan menjadi lambat.Jalan yang sesuai untuk menguji kehandalan memandu

drift.Hari sudah gelap.Kiri dan kanan gelap gelita dan yang ada adalah cahaya

lampu kenderaan dari arah bertentangan.Saya menekan pedal kuat, kereta

menyusur dengan laju.Aishah yang sedang nyenyak tidur terjaga kerana saya

menekan brek dengan tiba-tiba setelah sampai ke satu selekoh tajam.

“Abang,kita dah sampai ke ni,” Kata Aishah perlahan membetulkan

kedudukannya.

“kejap lagi sampailah,” kata saya kepada Aishah.Sekilas saya

memandangnya sepintas lalu.

“Abang kita kat mana ni?” Tanya Aishah sambil memandang kanan kiri yang

gelap.Yang ada adalah cuma pokok kelapa sawit yang samar-samar.

“kata sekarang dah sampai kat Gunung Ledang.Tu simpang ke Gunung

Ledang,” Saya menunjukkan kepada Aishah simpang ke Gunung Ledang yang

berada di kiri jalan.Aishah menoleh ke kiri dan berkata “Esok kita ke sana nak

tak.Terasa nak mandi pulak kat sana,”

http://www.mohdfaizul.com
30
Cinta Aishah-Mini novel

“Tengoklah macam mana nanti.Kalau sempat kita pergilah,” Janji saya

kepada Aishah.

“Alah..,” Aishah mengeluh sendirian.

“Kenapa Aishah,” Tanya saya mendengar Aishah mengeluh.

“Tak adalah terlupa pulak, tadi Aishah nak singgah kat Tangkak sebab nak

beli kain untuk mak cikit,” kata Aishah.

“Alah, kenapa tak cakap awal-awal tadi.Tak apalah nanti balik nanti kita

belilah okey,” Aishah mengangguk.

Sepuluh mnit kemudian kami pun sampai ke Jementah.Saya menyusuri jalan

kampung saya dan akhirnya ke halaman rumah saya.Sampai sahaja kami disana

Emak menyambut kami dengan perasaan gembira.Saya terus mendapatkan emak

saya lalu bersalaman dengannya sambil mencium tangannya dan terus mencium

pipinya.

Aishah keluar dari kereta memerhatikan kami anak-beranak

bersalaman.Aishah pun kearah kami.

“Eh, kita ada tetamu rupanya hari ini?” kata emak menyedari kelibat Aishah

kesitu.

Aishah bersalaman dengan emak sambil mencium tangannya.Saya hanya

memandang mereka.

“Aishahkan namanya?” Tanya emak kepada saya.Saya senyum mengiakan

ajer.

“Ya mak cik,” jawab Aishah lembut sambil tersenyum.

http://www.mohdfaizul.com
31
Cinta Aishah-Mini novel

“Eh, jom kita kedalam.Kat luar ni banyak nyamuk, kampung katakan,” Emak

mengajak kami masuk.

“Emak dan Aishah masuk dulu, Zul nak punggah beg dulu,” kata saya menuju

ke bonet kereta.

Saya lihat pada malam itu emak saya seronok berbual-bual dengan

Aishah.Macam-macam dibualnya.Kisah silam saya diungkitnya.Kadang kala saya

terasa malu kerana banyak perkara saya diceritakan semasa kecil oleh emak.Aishah

mendengar dengan khusuk pula ingin tahu tentang kenakalan saya masa kecil dulu.

“Aishah, kau nak tahu nak Zul ni masa kecil kuat merajuk tau,” kata emak.

“Ye ke?” Tanya Aishah tersenyum sambil memandang kepada saya.Saya

membuat muka kepada emak melarang dia mencerita perangai saya.

“Ya, betul, dulu ada sekali dia merajuk lepas bergaduh dengan abang dia, dia

lari dari rumah.Sampai malam dia tak balik.Rupa-rupanya dia duduk sorang-sorang

kat bawah rumah,” Aishah ketawa kecil mendengar cerita dari emak.

“Tu belum lagi dia mengigau malam-malam buta.Ada ke dia ada semut

banyak

Selesai sahaja saya makan saya dan Aishah duduk didepan beranda

mendongak sambil melihat keindahan malam itu.Dilangit bulan tidak kelihatan cuma

cahayanya ditutupi dengan awan-awan.Saya melihat Aishah sedang khayal

mengelamun melihat awan-awan hitam berarak.

“Nakal juga awak masa kecil dulu,” kata Aishah lalu dia memandang saya.

http://www.mohdfaizul.com
32
Cinta Aishah-Mini novel

Saya senyum lalu berkata “biasalah Aishah, budak-budak macam-macam nak

buat,”

“bertuah abang dapat membesar dikampung,” kata Aishah perlahan.Dia

memeluk tubuhnya apabila sekali-sekala angin bertiupan menyapu tubuhnya.

“Awak sejuk ke?” Saya merapati Aishah dengan harapan saya dia berasa

panas.Bau minyak wanginya yang tidak lekang dari hidung saya menyerap ke dalam

hidung saya.Terasa kehangatan badannya.

“Tak adalah,” jawab Aishah.

“Cuba awak tengok tangan saya ni?” saya menunjukkan jari-jari saya kepada

Aishah.Aishah melihatnya hairan.

“kenapa?” Tanya Aishah.

“Awak tengok jari telunjuk saya ni ,” saya menunjukkan kepada Aishah jari

telunjuk kiri saya. “Awak tengok betul-betul ada parut dihujung jari saya”

Aishah mengangguk kepalanya lalu bertanya “kenapa tangan awak, mesti

ada apa-apa ni?”

Saya tersenyum lalu berkata “sebenarnya menurut al kisah raja-raja dari

kayangan…”

“betul-betullah cerita,” kata Aishah sedikit merajuk mencucuk pinggang

saya.Serta-merta badan saya terangkat terkejut.Dia ketawa kecil.

“Dulu masa saya kecil saya tolong atuk saya belah buah koko.Kat belakang

rumah saya dulu ada kebun koko tapi sekarang sudah ditaman getah,” kata saya

membuka cerita.

http://www.mohdfaizul.com
33
Cinta Aishah-Mini novel

“kalau nak belah buah koko tu kena belah dari tengah atau belah dari hujung

kehujung.Atuk saya belah dari hujung ke hujung sebab senang ambil biji koko

tu.Tapi saya suka belah dari tengah,” kata saya sambil melakonkan semula cara-

cara membelah buah koko.

“Masa saya tengah syok-syok belah koko tu tiba-tiba saya terpotong jari

saya.Berlarilah saya balik kerumah dengan tangan yang berdarah,stop.Begitulah

gamaknya,” kata saya.Aishah mengangguk sahaja.

Ada satu lagi cerita, awak tengok baik-baik kat sini muka saya ni.Ada parut

kat sini,” saya menunjukkan parut berhampiran dengan atas hudung saya betul-betul

disebelah alis kiri saya.Aishah melihatnya dengan bersungguh.

“So ni kenapa pulak,” Tanya Aishah.

Saya tersenyum sambil mengumpul kembali memori tentang parut itu.

“masa saya sepuluh tahun dulu, saya pernah kacau abang saya bermain.Dia

bengang kat saya terus dia kejar saya.Entah macam mana ada kawat karat terikat

kat pokok lalu saya terjatuh.Banyak darah yang keluar.Takut betul saya masa

tu.Kalau awak nak tengok kat kelopak mata kiri saya ni pun ada parut sikit,” terang

saya sambil menunjukkan parut tersebut.Aishah merapatkan dirinya kepada saya

dan cuba melihat kesan parut tersebut.Saya mencuri kesempatan merenung mata

Aishah dalam-dalam.Dia masih lagi melihat parut itu.

Setelah kemudian dia sedar saya melihatnya.Kami bertentang mata-Lama

juga saya merenungnya.Aishah malu lantas mengalihkan pandangannya.Kami diam

seketika.Bunyi cengkerih memecah sunyi itu.

http://www.mohdfaizul.com
34
Cinta Aishah-Mini novel

“Sebenarnya saya suka dengan awak,” kata saya sambil memandang

kelangit.Tiba-tiba ayat itu terpancul dari mulut saya.Aishah hanya diam sahaja

disebelah saya kerana terkejut dengan tiba-tiba sahaja saya meluahkan isi hati saya

kepadanya.Lama kami mendiamkan diri.Keadaan bertukar menjadi sepi.Saya masih

menanti kata-kata dari Aishah.Saya hanya memerhati awan-awan dilangit.Tidak

berani saya menjeling kepada Aishah takut melihat reaksi Aishah ketika itu.

Setelah seketika Aishah mula membuka bicaranya.

“Tidak Zul, Aishah tahu Zul hanya main-main sahaja kan,” kata Aishah

seolah-olah tidak percaya dengan pengakuan saya itu.

“Betul Aishah saya sukakan Aishah.Izinkan saya menyayangi Aishah,

mengambil berat tentang Aishah,” Kata saya bersungguh mengiakan perasaan saya

itu.

“Tidak.Ini tidak mungkin.Aishah tahu kenapa Zul jadi macam ni.Sebab Aishah

tidak seperti dahulu kan.Aishah yang sekarang bukan gemuk seperti dahulu,” Air

mata Aishah mula berderai.Dia seolah-olah tidak percaya.

“Saya ikhlas Aishah.Sebenarnya dari dulu lagi saya sudah tertarik dengan

Aishah tapi keadaan yang menjadi penghalang,” kata saya hampa.

Aishah memandang mata saya dalam-dalam.Dia tahu apa yang saya katakan

adalah benar kerana dia sedar yang saya bukanlah orang yang jenis yang mudah

jatuh cinta.

“Zul, Aishah pun sukakan Zul.Zul adalah orang yang pertama yang

membuatkan Aishah gembira,” jelas Aishah tentang isi hatinya selama ini.Air

matanya tidak putus-putus jatuh dari matanya.Saya menyekanya.

http://www.mohdfaizul.com
35
Cinta Aishah-Mini novel

Pada malam itu, saya begitu gembira kerana saya dapat meluahkan isi hati

saya yang telah lama saya pendam.Saat itu telah lama saya tunggu.Aishahlah buah

hati saya.

*****

Keesokan harinya

Pada hari itu, awal-awal lagi saya sudah bangun dari tidur.Pada pagi itu saya

mengambil kesempatan untuk membersihkan halaman rumah manakala Aishah

menyediakan sarapan pagi.Emak pula awal-awal pagi dia telah pergi

menoreh.Sudah beberapa kali saya memberitahu dia supaya berhenti bekerja

menoreh.Biarlah upah orang lain menoreh, tapi emak berdegil.Katanya baik dia

menoreh dari tak buat kerja.Saya terpaksa menurut sahaja kehendaknya.

Sesudah saya membersihkan halaman rumah, saya pun pergi masuk

kedalam.Saya pergi kedapur menjenguk Aishah.Bau nasi gorengnya menusuk

kedalam hidung saya.Bau wangi bawang yang ditumisnya betul-betul meningkat

selera saya.

“Hai dah letih ke?” tanya Aishah melihat gelagat saya mimun air kopi yang

sedia terhidang.Aishah datang membawa nasi gorengnya.Saya pun menjamahnya.

“Wah. Sedapnya nasi goreng awak.Kalau awak masak untuk saya hari-hari

boleh jadi gemuk saya tau,” gurau saya.Aishah tersenyum.

“Ye la tu.Orang nak kuruskan badan dia nak gemuk pulak.Kalau awak nak

saya hidangkan awak tiap-tiap hari, apa lagi masuklah meminang supaya saya jadi

orang umah awak,” kata Aishah sambil duduk dimeja makan itu.

http://www.mohdfaizul.com
36
Cinta Aishah-Mini novel

“Ehm…awak tak menyesal ke nanti dapat suami macam saya ni?” tanya

saya mengusik.Aishah menjungkit bahunya sahaja.Tapi dari riak wajahnya dia amat

gembira pada pagi itu.

“Hari ini awak bawa saya jalan-jalan kat kampung awak ni, boleh tak?” pinta

Aishah.Saya mengangguk setuju.Saya terus makan nasi goreng itu sampai habis.

Suasana di kampung amat bebeza dengan dengan dibandar.Jika dibandar

sibuk dengan kenderaan, suasana tekanan kerja dan sebagainya tetapi di kampung

tenang sekali.Segala kesibukan di bandar saya lupakan.Apa yang penting masa ini

dihabiskan dengan sebaik mungkin.Pada petang itu kami keluar berjalan-jalan

dikampung melihat keindahan dan juga perubahan kampung.

“Aishah cuba awak tengok tu, Gunung Ledang,” kata saya sambil

menunjukkan kepadanya Gunung Ledang tersegam indah.Aishah mendongak

kepala kearahnya.

“Awak nak tahu tak, dulu masa kecil saya ada cita-cita hendak menawan

Gunung Ledang tu.Saya nak sangat nak daki gunung tu dengan masuk dari dalam

hutan hujung kampung dan tembus ke gunung ledang,” kata saya.

“Habis tu macam mana?” tanya Aishah ingin tahu.

“saya tidak pernah pun dapat peluang.Cita-cita hanya tinggal harapan.Tapi

saya ada cara mudah nak pergi ke puncak tu,”

“cara apa?” tanya Aishah.

“naik bus lah.Sampai sana panjatlah,” jawab saya.Aishah ketawa kecil.

http://www.mohdfaizul.com
37
Cinta Aishah-Mini novel

“Apalah awak ni, so selama ini tak pernah ke sampai ke puncak?” tanya

Aishah.Saya menggeleng kepala sahaja.Aishah mengerti.

“Dari situ saya sedar dalam hidup ni bukan semua perkara yang kita impikan

kita akan dapat.Kadang-kadang perkara yang kita nak itu paling susah kita nak

dapat tetapi Tuhan bagi kita dengan bentuk yang lain,”

“Maknanya?”

“Apa yang kita impikan itu bukan semuanya kita dapat tapi Tuhan itu maha

Adil.Dia akan beri kita dengan pelbagai cara,” Aishah hanya mendengar kata-kata

saya itu.

“Aishah, mulai hari ini awak panggil saya abang boleh tak?” tanya saya.

“Abang? Tapi kenapa ek? Sepatutnya saya panggil awak sayangkan.Lagi

manis” tanya Aishah.

“Tak mahulah saya.Panggil abang dah cukup sebab ehmm,” saya berfikir

sejenak “Nantilah saya beritahu,”

“Apalah tak romantiklah kalau macam tu,” kata Aishah.

“Haha! Saya nak jadi insan yang paling tak romantik bila bercinta,” saya

ketawa kecil.

“Kenapa pulak macam tu?” tanya Aishah lagi.

“Nantilah saya bagi tahu,okey” kata saya.

http://www.mohdfaizul.com
38
Cinta Aishah-Mini novel

Pada malam itu saya terdengar perbualan emak dan juga Aishah.Saya

memasang telinga mendengar apa yang mereka bualkan

Kata emak:macam mana hubungan Aishah dan zul?

Jawab Aishah:Okey tapi saya tahu dia sukakan saya.

Kata emak:Aishah sukakan Zul ke tak?

Jawab Aishah:Diam[Cuma mengangguk kepala]

Kata emak:Mak cik tengok dia tu suka kat Aishah.Aishah nak tahu tak inilah

kali pertama dia bawa balik kawan perempuannya ke

kampung.Besar maknanya.

Kata Aishah:maknanya apa?

Jawab mak:maknanya dia memang serius.So, pandai-pandailah jaga Zul

tu.Dia kalau dah suka kat seseorang tu, dia akan suka sampai bila-

bila.

Kata Aishah: ☺

Pada keesokkan harinya kami berkemas untuk pulang ke kota.Berat hati saya

hendak meninggalkan emak dikampung.Sudah beberapa kali saya memujuk emak

supaya mengikut saya ke bandar tapi dia berkeras juga tidak mahu kerana jiwanya

sudah sebati dengan kampung.Aishah begitu gembira ketika dia bersalaman dengan

emak.Dia semakin rapat dengan emak.

http://www.mohdfaizul.com
39
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 8

Aishah mundar-mandir mencari saya yang tercegat menantinya di tepi kedai

butik itu.Saya melihat gelagatnya.Dia mencari saya sambil melihat-lihat

jamnya.Matanya masih lagi meliar mencari kelibat saya disitu.Dari riak wajahnya,

jelas dia marah kepada saya.

Saya menghampiri untuk mendapatkannya.Sekilas dia menoleh kearah

saya.Mukanya yang sedikit geram tadi bertukar.Lega dia memandang saya sudah

berada di depannya.Mengeluh kecil dia.

“Hai, kenapa lambat ni.Dah lama tau saya tunggu abang?” Tanya Aishah

geram.Saya tersenyum sendirian.

“Sorry, saya dah sampai lama dah cuma saya seronok tengok gelagat orang

yang sedang mencari seseorang,” kata saya.

“Alah awak ni saje jer kan,” Aishah menarik mukanya.

“Eh,apa ni monyok-monyok ni.Jom kita pergi,” Ajak saya.

“Ehm, hari ini kita nak pergi kemana?” Tanya Aishah.

“Suatu tempat yang best,” jawab saya ringkas.

“Okey,”

Saya menekan minyak menyusur jalan raya.

Ditaman itu suasananya amat tenang sekali.Kicauan burung-burung

membuatkan siapa yang berada disitu berasa amat selesa sekali.Ketenangan yang

amat diperlukan oleh penduduk kota yang sibuk itu.Saya melihat Aishah menarik

http://www.mohdfaizul.com
40
Cinta Aishah-Mini novel

nafas panjang menhirup udara yang amat segar itu sambil menikmati keindahan

tasik dihadapannya.

“Abang, Aishah merasakan amat bahagia apabila abang sudi mencintai

Aishah,” kata Aishah.Saya mendiamkan diri sahaja merenung ke permukaan tasik

itu.

“Aishah berasa betul-betul bertuah kerana abang menjadi teman wanita

abang,” tambahnya lagi.

“Abang dengar ke tak ni?” tanya Aishah keras apabila saya tidak

mengendahkannya.Dia memandang saya yang sedang khayal merenung tasik itu.

“Abang!” Aishah menarik baju saya.Baru saya sedar dari lamunan itu.

“Ya saya, kenapa Aishah?” tanya saya.

“La..abang tak dengar ke Aishah cakap apa tadi?”Saya menggelengkan

kepala saya sambil tersenyum kucing.

“Apalah abang ni, merajuk lah macam ni,” kata Aishah memaling kepalanya

sambil memuncungkan mulutnya.

“Kalau awak merajuk saya tak nak pujuk,” kata saya.

“Okey tak apa,” Aishah menganggukkan kepalanya tidak mengendahkan

saya.Keadaan sunyi seketika dan saya lihat Aishah menundukkan kepalanya sahaja

tanpa mahu berbicara dengan saya.Saya membiarkannya sahaja.Pada masa itu

hanya bunyi bising dari kanak-kanak yang bermain disitu dan juga orang ramai yang

lain yang mengunjungi tempat itu kedengaran.

http://www.mohdfaizul.com
41
Cinta Aishah-Mini novel

Saya memandang kearah sekeliling dan terlihat orang sedang menjual

aiskrim.Saya berlari mendapatkannya.Aishah tidak mengendahkan saya.Dia masih

lagi merajuk.Saya membeli dua calong aiskrim dan kembali kepada Aishah.Dia

hanya diam sahaja.Saya menhulurkan aiskrim kepadanya.Tetapi tidak

diendahkan.Saya menhulurkan buat kali kedua dan duduk disebelahnya.

“Kalau awak nak, ambil lah.Ni aiskrim perisa vanilla.Best tau,” kata saya

sambil membukanya bungkusan aiskrim itu.

“Saya tak suka perisa vanilla,” jawab Aishah ringkas.Saya tersenyum

sendirian sambil memakan aiskrim itu.

“Saya tahu awak tak suka perisa vanilla.Awak suka perisa cokelat kan,” kata

saya sambil menhulurkan aiskrim cokelat kepadanya.Aishah memandang aiskrim

itu.Dia kembali senyum.Diambilnya Aiskrim itu.

“Macam mana awak tahu saya suka perisa cokelat?” tanya Aishah yang

kembali ceria.Dia membukanya lalu menjilatnya sikit demi sedikit.

“Saya teka ajer.Selalunya perempuan suka makan cokelat kan,” jawab saya.

“Awak nak tahu tak cara nak menikmati aiskrim.”

“Macam mana?” Tanya Aishah ingin tahu.

“Macam ni hah,” kata saya sambil menolak tangan Aishah yang memegang

aiskrim itu.Lantas ia menena mukanya.

“Abang!!!” jerit Aishah sambil mengesat mukanya lalu dia mengejar

saya.Saya pun berlari melepaskan diri daripada Aishah.Aishah mengejar saya

semakin juah saya tinggalkan dan suaranya semakin samar, semakin perlahan dan

http://www.mohdfaizul.com
42
Cinta Aishah-Mini novel

hilang.Saya memandang kebelakang dan memandang Aishah sudah

terbaring.Aishah pengsan.

*****

Saya melihat wajah Aishah pucat sekali.Badannya lemah.Hendak

mengangkat badannya pun dia tidak berdaya.Keadaannya pada masa itu semakin

baik.Cuma kata doktar dia sudah pulih Cuma dia perlukan sedikit masa untuk

berehat.Saya duduk diatas kerusi menunggu Aishah sehingga dia sedar kembali.

“Abang…,” suara itu datang dari Aishah.Perlahan sekali.Saya mengangkat

kepala saya dan memerhatikannya yang mencuba beberapa kali untuk bangkit.Saya

cepat-cepat membantunya dengan membetulkan bantalnya supaya dia selesa.

“Jangan banyak bergerak Aishah awak masih lemah lagi,” kata saya.

“Di manakan saya,” Tanya Aishah.Matanya meliar melihat sekeliling.

“Aishah sekarang di hospital sekarang.Sudah dua hari Aishah tidak sedarkan

diri,” Jelas saya. “Aishah jangan bergerak sangat.Berehat sahaja.

“Mana mak dan ayah?” Tanya Aishah.

“Dia orang akan sampai nanti.Aishah jangan risau,” Jawab saya.Aishah

mengangguk kepalanya tanda mengerti.

“Apa dah jadi dengan Aishah bang.Adakah penyakit Aishah?”

“Bertenang Aishah.Aishah pasti akan sembuh.Penyakit Aishah sikit

ajer.Doktor kata Aishah penat,” pujuk saya.

http://www.mohdfaizul.com
43
Cinta Aishah-Mini novel

Sedang kami berbual, emak dan ayah Aishah datang terus menghampiri

kearah Aishah yang terbaring di atas katil itu.

“Aishah macam mana?” Tanya mak cik.

“Aishah okey mak,” jawab Aishah.Pak cik hanya melihatnya.

“Aishah dah dua hari kau terlantar di sini.Zul lah orang yang paling risau

sekali.Dari hari pertama sampai sekarang masih setia tunggu Aishah sedar,” jelas

pakcik.Aishah memandang kepada saya.

“Terima kasih Zul,” kata Aishah.

“Sama-sama.So janji dengan Zul, Aishah kena berehat dan sembuh dengan

cepat,”

“Baiklah,” Janji Aishah sambil tersenyum.

“Kalau macam tu saya balik dulu, makcik, pakcik.Aishah saya balik dulu,”

saya meminta diri untuk pulang.

*****

Saya membawa sedikit buah tangan kepada Aishah.Saya masuk ke dalam

wad dimana dia ditempatkan.Sejurus saya masuk dia tersenyum melihat saya jalan

menghampirinya.Dari riak wajahnya dia sudah berangsur pulih.

“Macam mana Aishah, awak dah okey ke?” tanya saya tentang keadaannya

yang masih lagi terlantar di dalam wad itu.

http://www.mohdfaizul.com
44
Cinta Aishah-Mini novel

“Baik sikit dari semalam,” jawab Aishah mengangguk kepalannya.Saya

mengeluarkan buah yang dibawa saya lalu mengupas kulitnya.Aishah hanya

memerhati sahaja.Selepas itu, saya memhulurkan kepadanya buah yang baru saya

kupas itu.

“Aishah, abang nak tanya ni?”

“Apa dia?”

“Aishah ada penyakit apa sebenarnya?” tanya saya sejelasnya kepada

Aishah.Dia hanya diam seketika seperti ingin berfikir jawapan yang akan

diberikan.Setelah kemudian dia mula berbicara.

“Aishah Cuma letih sahaja.Abang jangan risaulah Aishah tidak ada apa-

apa.Sekarang pun dah semakin sihat dah,” jelas Aishah sambil mendepakan

tangannya.Saya berasa tidak berpuas hati dengan jawapannya lalu hanya diam

sahaja.Aishah mengabiskan buah itu.

“abang,”

“ya saya,” sahut saya.

“Abang kalau abang kehilangan Aishah, abang sanggup menghadapinya?”

tiba-tiba dia bertanya saya sebegitu.Saya terdiam seketika.Jawapan apa yang saya

akan berikan.

Dengan perlahan saya berkata “Saya tak tahulah Aishah nak cakap macam

mana.Cuma pada masa ni yang abang tahu abang tak mahu kehilangan Aishah,”

jelas saya kepada Aishah.Aishah mengangguk kepalanya mengerti.Tiba-tiba air

jernih keluar dari kelopak matanya.

http://www.mohdfaizul.com
45
Cinta Aishah-Mini novel

“Terima kasih,abang,” kata Aishah.

“kenapa Aishah?” tanya saya terkejut tiba-tiba dia mengalir air matanya.Saya

menghulurkan cebisan tisu kepadanya.

“Kerana mengambil berat tentang Aishah,”

“Aishah, mana-mana orang pun akan mengambil berat kepada orang yang

dia suka.Apa yang penting dalam hati abang sekarang ada Aishah.Aishahlah orang

yang Berjaya menambat hati abang dan hati ini adalah untuk Aishah buat

selamanya,” kata saya.Aishah mengesat kembali air matanya yang mengalir.

“Aishah, abang balik dulu.Aishah jaga diri ya.Rehat cukup-cukup dan juga

makan ubat,” saya meminta diri.

“Baiklah bang,” kata Aishah faham.Saya pergi meninggalkan Aishah.Saya

meninggalkannya dengan perasaan tertanya-tanya akan penyakitnya itu.Adakah dia

mengidap penyakit yang serius.

*****

Aishah sudah sepenuhnya dan dibenarkan untuk keluar dari hospital.Hati

saya memang amat bimbang selagi Aishah masih belum sembuh.Kini saya boleh

menarik nafas lega.Keadaan Aishah kembali normal sedia kala.awal-awal lagi saya

sudah bertandang ke hospital menjemput Aishah kembali ke rumah.Mak dan ayah

Aishah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan kerja mereka.Jadi saya terpaksa

meluangkan masa saya menjemput Aishah.

“Terima kasih bang kerana membantu saya,” kata Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
46
Cinta Aishah-Mini novel

“Eh tak payahlah berterima kasih.Untuk orang yang tersayang, apa pun saya

sanggup,” kata saya.Aishah tersenyum.

“okeylah Aishah masuk dulu.Rehat bebanyak.Jangan fikir-fikir sangat benda-

benda lain.habiskan cuti sakit yang doktor bagi tu,” Nasihat saya kepada Aishah.

“Okey sayang.Ops! Abang,” kata Aishah sambil tersenyum.

“Hah satu lagi jangan lupa makan ubat tau,” ujur saya lagi.

“Okey doktor Faizul,” jawab Aishah bergurau.

http://www.mohdfaizul.com
47
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 9

Riuh sekali keadaan di taman itu, tapi ia tidak diendahkan oleh kami.Saya dan

Aishah saling pandang-memandang antara satu sama lain.Senyuman Aishah, bauan

minyak wangi yang tidak lari dari hidung saya, membuatkan saya berasa amat

bahagia.Dialah insan kecintaan saya.Dialah penawar suka dan duka saya.

Sampai kini saya masih tidak menyangka hubungan saya dan Aishah boleh

pergi jauh seperti sekarang.

Saya memandangnya yang sedikit berisi kerana kesan ubat yang diambilnya.

“Kenapa pandang saya macam tu?” Tanya Aishah mengangkat alis

keningnya itu.

“Saje je nak melihat kecantikan awak.Tak boleh ke?” jelas saya.Aishah

tersipu-sipu malu saya berkata begitu.

“Macam-macamlah awak ni,” kata Aishah sambil mencuba mencubit peha

saya tapi ia ditepis oleh tangan saya.

Asap rokok dari seorang lelaki bersama pasangannya yang lalu dihadapan

kami menusuk ke dalam hidung saya.Cepat-cepat saya menutup hidung

saya.Aishah memerhati reaksi saya itu lalu bertanya kepada saya.

“Kenapa abang?”

“Abang tak suka bau rokok ni.Sebenarnya hidung abang ni sensitif sikit.Kalau

bau benda-benda busuk ke sengit sangat ke mulalah kepala abang pening, sakit

kepala kalau tersalah bau,” jelas saya kepada Aishah.

“Termasuk bau badan awak tu,” bisik saya dalam hati.

http://www.mohdfaizul.com
48
Cinta Aishah-Mini novel

“lah macam tu pulak,” ujur Aishah.

“So kalau macam tu, bermacam-macam baulah yang abang dapat bau

ek.Macam mana dengan bau badan Aishah ni,” tanya Aishah lagi.Saya hanya

tersenyum sahaja.

“bau awak ni tak pernah lekang dari hidung saya, wangi sangat,” bisik saya.

“Apa dia bang,” tanya Aishah seolah-olah tahu apa yang saya bisikkan.

“Bau Aishah lainlah dari orang lain, wangi sangat,” kata saya.Aishah ketawa

kecil, gembira.

“Aishah, abang ada sesuatu nak beritahu Aishah,” kata saya.Aishah

memasang telinga.

“Nanti abang akan melamar Aishah,” kata saya sambil memandang kearah

matanya.Dia membuka mata-matanya besar-besar seperti tidak percaya kata-kata

saya itu.Jelas kegembiraan dari riak wajahnya itu.

Aishah, jangan kau bimbang.Suatu hari nanti kau akan jadi milikku buat

selamanya.Itulah janji saya pada masa itu.

******

Saya memandang kearah ibu dan ayah Aishah yang berada disudut kiri restaurant

itu.Dari jauh, emak Aishah memberi isyarat tangannya memanggil setelah melihat

kelibat saya yang baru muncul di pintu restaurant itu.Saya melangkah mendapatkan

mereka yang sudah lama menunggu saya.

“Duduklah Zul,” pelawa ibu Aishah.Saya duduk dihadapan mereka.

http://www.mohdfaizul.com
49
Cinta Aishah-Mini novel

“Ada apa makcik dan pakcik panggil saya hari ini?” tanya saya.Ibu Aishah

hanya diam sahaja.Saya memandang kepada ayah Aishah.Diam mula berbicara.

“Sebenarnya kami hendak cakap tentang Aishah,” jelas Ayah Aishah

perlahan.Reaksi saya mula berubah apabila dia menyebut nama Aishah.

“Kenapa dengan Aishah, pakcik?” tanya saya ingin tahu.Ayah Aishah

memandang kearah ibu Aishah.Ibu Aishah pula mengangguk kepalanya barulah

ayah Aishah kembali berbicara.

“Sebenarnya Aishah itu ada penyakit barah otak yang serius.Pakcik harap Zul

berpisah dengan Aishah,” jelas Ayah Aishah.Bagai dipanah petir saya betul-betul

terkejut mendengar kata-kata Ayah Aishah itu.Saya tidak percaya dengan apa yang

dikatakannya.Saya tergamam.

“Tidak pakcik, tidak,” kata saya masih lagi tidak percaya.

“Saya tidak akan berpisah dengan Aishah.Saya dah berjanji dengan Aishah

untuk melamarnya.Pakcik dan makcik tahu yang saya cintakan Aishah.

Ibu Aishah mulai menangis.Air matanya keluar.Ayah Aishah cuba

menenangkannya.

“Mak cik tak sanggup lihat engkau kecewa nak.Aishah tak akan hidup lama,”

kata mak Aishah sambil menahan sebaknya.

“Tapi saya betul-betul cintakan Aishah.saya sanggup sehidup semati

dengannya,” kata saya bersungguh.Ayah Aishah mengeluh sendirian.

“Macam nilah Zul, pakcik nak kau fikirkan masak-masak sebelum kau

membuat apa-apa keputusan.Ini untuk kebahagiaan Aishah dan juga kau.Nasihat

http://www.mohdfaizul.com
50
Cinta Aishah-Mini novel

pakcik baik kau berpisah sahaja dengannya sebab dia tidak dapat membahagiakan

kau untuk jangka masa yang lama,” kata pakcik menasihatkan saya.Saya tidak

mengendahkannya.Saya tidak boleh berbuat demikian.Ini soal hati saya.Aishah

adalah kebahagian saya.Kalau saya kehilangannya, saya tidak tahu apa yang akan

terjadi kepada saya.

*****

Saya keluar dari kereta saya dan berlari-lari dengan sekuat-kuatnya kearah

bukit itu.Permandangan yang indah dibawah bukit itu tidak dapat mengubati

kesedihan yang bersarang dihati saya ketika itu.

Setelah mengetahui akan penyakit Aishah dan juga mengenangkan kata-kata

dari emak dan ayah Aishah itu, kesedihan saya semakin tidak dapat

dibendung.Kenapa semua ini menimpa kepada saya,

“Kenapa!!!!!!!!!!!!!!!!” teriak saya memecah kesunyian diatas bukit itu.Kaki saya

lemah lalu melutut dan saya menundukkan kepala saya.Air mata saya mengalir tidak

henti-henti.

Kenapa ia terjadi kepada kami.Saya tidak mahu kehilangan Aishah.Tidak

mahu kehilangannya.Tidak mahu kehilangannya.

Kata-kata ayah Aishah meminta saya melupakan Aishah masih lagi segar dari

telinga saya.Saya tidak dapat menerimanya.Saya sayangkan Aishahnya.Saya sudah

berikan hati saya sepenuhnya kepada Aishah.Jika saya kehilangannya, ianya seperti

kehilangan jiwa saya.Macam mana saya hendak menghadapinya.Mungkin dengan

meluahkan perasaan hati saya dengan menjerit di atas bukit itu dapat meringankan

keperitan yang sedang ditanggung oleh saya.

http://www.mohdfaizul.com
51
Cinta Aishah-Mini novel

“Arghhhhhh……”

http://www.mohdfaizul.com
52
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 10

“Aku kena melamarnya,” bisik saya bersungguh.Sudah lama saya menantikan

saat ini.Aishah adalah orangnya yang bertahta di dalam hati saya.dialah sinar hidup

saya.Dia adalah masa depan saya.Hari demi hari, ingatan saya, diri saya dan

segalanya, semuanya adalah kerana Aishah.Dia lah satu-satunya gasdis yang betul-

betul berjaya menakluki hati saya.

Naluri di hati saya ini, semakin hari semakin meronta-ronta.Talkala bertemu,

ia berdegup kencang, seolah-olah Aishah telah menguasai saya.Betapa hebatnya

penangan cinta dari Aishah.Sejak kali pertama saya meluahkan rasa hatinya, saya

telah membuat satu niat kepada Tuhan yang saya ingin mencari halal bersama.Apa

lagi ikatan suci diantara seorang wanita dan juga lelaki melainkan ianya adalah

ikatan perkahwinan.Kata orang cinta itu suci.Ya, saya mengakuinya tapi bagi saya

cinta yang suci itu adalah ketika setelah menjadi halal iaitu ikatan pekahwinan.

Selama ini saya menahan rasa cinta saya kerana saya lebih mementingkan

ikatan perkahwinan.Aishah tidak tahu akan harapan saya ini.Sejak dari pertama

hingga ke hari ini saya tidak pernah sekali pun mengeluarkan kata-kata cinta

saya.Pengakuan cinta.Kerana saya ingin mengucapkan pada hari pertama

perkahwinan nanti.

Dengan penyakit yang menimpa Aishah itu meguatkan hati saya untuk

melamarnya.Saya bulatkan tekad, saya mesti berkahwin dengannya.Saya ingin

hidup bersamanya buat selamanya.

*****

http://www.mohdfaizul.com
53
Cinta Aishah-Mini novel

Hujan masih lagi jatuh mencurahi bumi.Suasana amat suram sekali dan sejuk

hingga ke sumsum tulang.Masa itu kepala saya bertubi-tubi dengan pelbagi

perkara.Dan yang paling banyak sekali adalah tentang apa yang telah di beritahu

oleh emak dan ayah Aishah kepada saya pada petang tadi.

Masih lagi terngiang-ngiang akan kata-kata dari ibu dan ayah Aishah.

““Sebenarnya Aishah itu ada penyakit barah otak yang serius.Pakcik harap

Zul berpisah dengan Aishah,” jelas Ayah Aishah.kata-kata dari ayah Aishah itu betul-

betul membuatkan jantung satu seolah-olah berhenti.Berderau darah saya ketika

mendengar kata-kata dari Ayah Aishah itu.

Apa lagi yang merunsingkan saya pada ketika ini.Saya amat mencintai

Aishah.Saya ingin mencintainya dengan sepenuh hati saya.Saya akan menerima

Aishah seadanya.Keadaannya, penyakitnya, saya perlu berada disisinya kerana dia

perlukan saya.Saya mesti bersama dengannya walau dalam apa jua sekalipun,

sudah dan senang saya ingin bersama dengannya.Saya nekad saya ingin

mengambilnya sebagai isteri saya, menjadi permaisuri hati saya.

“Zul! Zul,” satu pekikan memanggil saya yang memutuskan khayalan saya.

“Ya mak,” sahut saya.Emak yang baru datang dari kampung memanggil saya.

“Ni hah, ada pangilan dari Aishah ni!” teriak mak kepada saya.Cepat-cepat

saya pergi mencapatkannya.

“Hello Aishah,”

“Hello,” jawab Aishah perlahan.Dari hujung talian itu saya mendengar esakan

dari Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
54
Cinta Aishah-Mini novel

“Aishah, kenapa ni?” Tanya saya ingin mengetahui.

“Zul, saya perlukan awak,” Jawab Aishah teresak-esak.

“Ya saya ada kat sini.So sekarang cuba awak ceritakan kepada saya apa

masalah awak kepada saya.

“Saya tak tahu macam mana nak mulakan, kita jumpa,” kata Aishah lalu

memutuskan talian seraya kemudian.

*****

Pada malam itu kami berjumpa.Saya melihat wajah Aishah muram

sekali.Matanya sedikit bengkak.Mungkin telah banyak air mata yang tertumpah dari

anak matanya.Seperti hujan yang sedang turun mencurah.

“Kenapa Aishah, kenapa awak jadi macam ni?” Tanya saya kerana banyak

sekali persoalan yang berasa di dalam fikiran saya.

“Abang,saya akan mati.Saya akan mati,” pekik Aishah.Saya tergamam

apabila dia berkata sedemikian.Aishah berlari kearah jalan.Saya melihat Aishah

yang telah basah kuyup itu.Saya berlari mendapatkannya.

“Aishah dengar cakap saya ni.Awak tak akan mati.Percayalah,” kata saya

cuba meredakan hati Aishah.

“Tapi Zul, saya tidak dapat hidup lama.Aishah tak dapat nak bahagiakan

abang,” jelas Aishah.

“Aishah, percayalah.Walau apapun yang terjadi,abang akan berada disisi

Aishah.Abang cintakan Aishah,” Jelas saya.Aishah diam seketika.Hiba hatinya

mendengar apa yang saya katakan itu.

http://www.mohdfaizul.com
55
Cinta Aishah-Mini novel

“Aishah, saya ingin melamar awak.Saya ingin mengabiskan seumur hidup

saya kepada bersama dengan awak.Sudikah awak menjadi isteri saya,”

“Abang….”Aishah memandang kepada saya.Saya merenung matanya dalam-

dalam.Saya memegang pipinya dengan kedua belah tangan saya.

“Aishah, kita bekahwin saja.Abang sanggup hadapi segalanya bersama

dengan Aishah,”

“Walaupun abang akan kehilangan Aishah?” tanya Aishah.

“Percayalah,” Aishah mengangguk kepalanya.

Selepas ini,walau apapun yang bakal berlaku,saya ingin bersama

dengannya.Saya sudah bulatkan tekad saya.Saya akan menjaga Aishah buat

selamanya.

http://www.mohdfaizul.com
56
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 11

Pada hari itu, ia merupakan hari yang paling bahagia di dalam hidup

saya.Dengan satu lafaz akad nikah, akhirnya saya dan juga Aishah sah menjadi

suami isteri.Saya berasa amat bahagia pada masa itu kerana ianya adalah saat-saat

yang saya tunggu selama ini.Perhubungan kami sudah mempunyai ikatan iaitu

ikatan perkahwinan, suami isteri.Aishah menjadi orang yang paling gembira sekali

kerana inilah hari bahagia kami menjadi raja sehari.

Saya melihat wajah Aishah, dia amat lesu sekali apabila melalui hari bahagia

kami.Jelas dia amat letih melayan tetamu yang bertandang kemajlis perkahwinan

kami.Saya sudah berulang kali supaya majlis bersanding tidak dijalankan tetapi

Aishah hendak juga meraikannya kerana ia adalah sekali dalam hidup.Saya

terpaksa menurutkan sahaja walaupun bimbang dengan kesihatannya.

Malam itu merupakan malam pertama kami.Malam yang dinanti-nantikan bagi

pasangan yang baru berkahwin.Begitu juga saya.Aishah kini adalah isteri saya.Dia

seperti ladang dan saya akan mendatanginya.Ianya adalah detik-detik indah bagi

kami.Malam itu dihabiskan dengan cinta.

“Aishah, duduk disini, ada perkara yang hendak saya katakan pada awak,”

saya memanggil Aishah yang sedang mengemaskan dirinya.Dia datang dan duduk

diatas katil disebelah saya.Saya memalingkan badan saya dan mengadapkan

padanya.

“Ada apa, abang?” Tanya Aishah.Saya diam sahaja cuma tersenyum.

“Mulai hari ini Aishah panggil abang dengan panggilan sayang, boleh tak?”

Tanya saya sambil mengangkat kening saya.Aishah mengangguk kepalanya faham.

http://www.mohdfaizul.com
57
Cinta Aishah-Mini novel

“Hari ini Aishah baru tahu kenapa sayang suruh Aishah memanggil sayang

abang,” kata Aishah.

“Kenapa?” tanya saya.

“Aishah tahu sebab sayang nak jadi orang yang romantik selepas kahwin

kan,” Saya mengangguk kepala saya mengiakan apa yang dikatakan oleh Aishah.

“Sebenarnya Sayang mahu menjadi lain.Sayang nak Aishah menjadi orang

yang paling bahagia sekali.Sayang nak kita hubungan kita kekal hingga ke akhir

hayat.Sayang nak cinta kita setiasa kekal sehingga akhir hayat nanti,” jelas saya.

“Okey, tapikan kalau Aishah panggil sayang sebagai sayang, sayang nak

panggil Aishah apa ek?” kata Aishah kepada saya.Saya memikir seketika.

“Abang panggil Aishah sebagai Suri, macam mana?” cadang saya.

“Kenapa pulak nak panggil Suri?”

“Sebab sekarang Aishah adalah permasuri hati abang dan juga suri rumah

tangga abang,” jawab saya.Aishah terdiam seketika.Tiba-tiba titisan air matanya

turun dari matanya.Saya merapatkan diri kepada Aishah.Kini wajahnya betul-betul

dihadapat saya.Matanya bertentangan dengan saya.

“Kenapa Aishah?” Tanya saya kepadanya sambil mengesat air mata yang

jatuh berjurai.

“Terima kasih sayang kerana memilih saya menjadi isteri sayang,” kata

Aishah dengan senyuman tawar.

http://www.mohdfaizul.com
58
Cinta Aishah-Mini novel

“Jangan begitu Suriku, sayang menyayangi Suri.Suri, sebenarnya dari dulu

lagi sayang menantikan saat ini.Sayang cintakan Aishah.I love you,” Aishah

menganguk.Air matanya masih lagi tidak kering.

“Aishah pun, Aishah cinta kan sayang juga,” Aishah merapatkan badannya

kepada saya.Saya merangkul badan dan memeluk Aishah.Bibir kami bertautan.Kami

bersatu melayari bahtera.

*****

Kehidupan saya setelah berumah-tangga berubah amat ketara sekali.Saya

merasakan bahagia yang amat.Aishah, Suri hati saya semakin hari semakin

manja.Semakin hari semakin menghauskan belaian dari saya.Saya amat gembira

melihat gerak manja Aishah.

Semakin hari badan Aishah semakin bertambah kerana kesan daripada ubat

yang perlu diambilnya.Dia sedikit berisi tetapi saya tidak mengendanhkannya.Apa

yang penting dia sihat.Semakin hari saya semakin suka dengan keadaannya

itu.Setiap malam dia tidak terlepas dari pelukan saya.

Saya betul-betul bersyukur kerana dapat bersama dengannya. Hubungan

kami setiap hari seboleh-bolehnya tidak mahu berpisah dengannya.Inilah rasanya

kemanisan setelah bergelar suami isteri.Segalanya halal.Semoga ianya kekal buat

selamanya.

“Sayang! Marilah sarapan dulu,” teriak Aishah memanggil saya yang sedang

sibuk menyiapkan diri untuk bekerja.Cepat-cepat saya menuju ke meja makan.

Aishah menyambut saya dengan senyuman.Saya mendapatkan Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
59
Cinta Aishah-Mini novel

“Ya Suriku, ada apa?” Tanya saya.

“Santapan pagi sudah disiapkan, marilah rajaku sayang,” Aishah tersenyum

sambil menarik kerusi.Saya terus duduk.

“Suri, marilah duduk makan sekali,” Ajak saya.

“Ya sayang tunggu kejap,” Sahut Aishah yang masih sibuk di dapur.

Saya menjamu selera sarapan yang Aishah sediakan pagi itu.Selang

beberapa saat Aishah duduk bersama saya.Saya memandang Aishah yang

meneguk sedang membasah tekaknya dengan air kopi.

“Kenapa sayang? Nak air lagi ke?” Tanya Aishah. Saya mengangguk. Lantas

Aishah menuang air ke dalam cawan saya.

“Kenapa sayang, minum lah.Air Suri ni tak sedap ke,” Aishah merajuk.

“Ehm…,” lama saya berfikir. “memang tak sedap,”

Muka Aishah mencuka. “Kalau macam tu Aishah bancuhkan yang baru,”

“Nanti dulu,” saya menhalangnya. “Sebenarnya kopi ni manis tapi tak cukup

uhmmm.Kalau nak sedap kena ada pemanisnya”

Saya mengambil cawan Aishah yang masih lagi ada separuh kopi dan

membelek-belek cawannya lalu saya minum air melalui bekas gincu Aishah yang

masih bersisa di cawan itu.Aishah kembali tersenyum melihat kelakuan saya itu.

Ehm, ni baru manis, ada bekas minuman dari orang yang tersayang,” kata

saya sekilas memandang kearah Aishah.

http://www.mohdfaizul.com
60
Cinta Aishah-Mini novel

“Eh, kenapa tiba-tiba senyum ni,” Tanya saya melihat perubahan

Aishah.Jelas dia gembira.

*****

Malam itu saya memandang Aishah yang sedang khusuk membaca

buku.Saya memerhatinya yang sedang baring di atas katil saya merapatinya dan

baring disisinya.

“Kenapa sayang memandang Suri ni?” Sekilas pandang Aishah menoleh

kepada saya.

“Aishah makin cantik lah,” puji saya kepadanya.

“Ehmm,” Aishah meletak buku yang dibacanya.

“Ni puji-puji ni mesti ada apa-apa nih?” kata Aishah memandang kearah

saya.Nafasnya menyapu seluruh muka saya.Kami bertentang mata.

“Aishah nak tahu tak kenapa sayang cinta kat Suri?” Aishah menggelengkan

kepalanya.

“Apa dia?” Aishah ingin mengetahuinya.Saya menyisir rambutnya sambil

berkata.

“Aishah nak tahu sampai sekarang sayang masih tak tahu lagi kenapa sayang

cinta kat Suri.Apa yang sayang tahu, hanya Aishah sahaja yang berada didalam hati

abang ini,”

“Sayang janji dengan Suri boleh tak?” kata Aishah.

“Apa dia Suri?” tanya saya ingin mengetahui.

http://www.mohdfaizul.com
61
Cinta Aishah-Mini novel

“Aishah nak sayang cari pengganti Suri jika Suri tidak ada lagi, boleh?” kata

Aishah perlahan kepada saya. Saya terdiam. Cepat-cepat saya menutup bibir

Aishah.

“ Suri, jangan cakap macam tu. Sayang sayang sangat Suri. Abang akan jaga

“Tapi suri tahu yang Suri ni tak akan hidup lama,” kata-kata dari Aishah itu

betul-betul membuat saya sedih mendengarnya.

“Selagi sayang bernafas, selagi itu sayang tidak akan sia-siakan Suri. Sayang

akan bersama dengan Suri selamanya,” Aishah mengangguk.

http://www.mohdfaizul.com
62
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 12

“Aishah pengsan,” Itulah kata-kata dari Mak.

Saya terkejut.Apakah ia tanda-tanda pengakhiran kehidupan Aishah? Saya

menjadi takut.Saya meninggalkan kerja saya terus ke hospital.Di dalam hati saya

betul-betul cemas.Saya tidak mahu kehilangan Aishah.Baru saja dua bulan kami

bersama.Sampai sahaja disana saya lihat Mak saya dan juga mak dan ayah mentua

saya sedar menunggu.

“Macam mana dengan Aishah, mak?” Tanya saya cemas.

“Sabar nak dia masih kat dalam.Doktor tengah merawat dia.Saya

memandang kepada mak dan ayah mertua saya.Saya bersalaman dengan mereka.

“Minta maaf mak, ayah saya tidak jaga Aishah dengan baik,” kata saya

kepada mereka.

“Jangan cakap macam tu Zul, kita doa kan saja Aishah selamat,”kata Ayah

mertua saya.Saya tahu mereka sedih.Mak mertua saya teresak-esak sedih bimbang

sesuatu terjadi pada Aishah.

Selang beberapa minit kami menunggu, akhirnya dr Farid keluar dari

bilik.Saya terus mendapatkannya.

“Dr macam mana dengan keadaan isteri saya?” Tanya saya mendesak.

“Jangan bimbang En Faizul, dia okey.Dia perlu banyak berehat.Tapi apapun

saya hendak ucapkan taniah kepada awak,” kata-kata dari Dr Farid itu membuatkan

saya lega sekali.

“Taniah kenapa pula Dr,” Tanya saya hairan.

http://www.mohdfaizul.com
63
Cinta Aishah-Mini novel

“Awak akan menjadi ayah.Isteri awak sudah mengandung dua bulan,” kata Dr

Farid lalu meninggalkan bilik itu.

Aishah sudah mengandung.Saya amat gembira sekali tapi satu kebimbangan

mula muncul di benak kepala saya.Adakah dengan penyakit dihidap oleh Aishah itu

akan memberi kesan pada kesihatan Aishah.

“Ya Allah kau berkatilah hidup kami.Kau hindarilah kami dari segala

keburukan,”

Saya masuk ke dalam bilik.Saya lihat sekujur tubuh sedang baring diatas katil

itu.Aishah melemparkan senyumannya kepada saya.Saya duduk disisinya.Tangan

saya menyentuh tangannya.Aishah mengengam erat tangan saya.Saya membalas

dengan membelai-belai rambutnya.Perkara yang rutin bagi saya.

“Sayang..” kata Aishah yang masih lemah.

“Suri tidak apa-apa ke?” Tanya saya.Aishah mengangguk sahaja.Emak dan

mentua saya masuk berada di sisi katil.

“Anak mak macam mana?” Tanya mak mertua saya bertanya tentang

kaadaan Aishah.Aishah memaling kepalanya kepada ibunya.

“Aisha okey ibu.Tak apa-apa,” Aishah tersenyum pahit.

“Alhamdulillah, bersyukur Aishah tidak apa-apa,”

Dua hari kemudian Aishah sudah kembali normal.Sayalah orang yang paling

gembira kerana tidak ada lagi yang perlu dibimbang lagi.Apa yang penting saya

perlu menjaga Aishah agar dia sentiasa sihat.Kesihatannya amat penting sekali.Kini

http://www.mohdfaizul.com
64
Cinta Aishah-Mini novel

dia sudah berdua.Di dalam perutnya terisi dengan zuriat saya bersama

Aishah.Tanda cinta kami.

Dalam hati saya masih lagi berasa bimbang kerana kesihatannya tidak

mugkin kekal selamanya.Dengan penyakitnya itu, saya berasa takut akan

kehilangannya.Hanya Doa sahaja yang mampu saya lakukan dan sentiasa membuat

Aishah gembira.

Tiga bulan kemudian.

Sudah lama kami merancang percutian ini.Percutian merangkap bulan

madu.Inilah saat-saat yang kami tunggu-tunggu setelah sibuk dengan komitment

kerja.Awal-awal lagi kami mencari tempat yang sesuai untuk kami berbulan madu

dan Cherating menjadi tempat penginapan kami menjadi distinasi pilihan kami.

“Aishah cepatlah dah lambat dah ni,” Teriak saya menunggu Aishah yang

masih sibuk menghiaskan diri.Barang-barang yang perlu dibawa sudah pun dikemas

dimasukan dibalam but kereta.

“Ya sayang, Suri datang ni,” Aishah datang kearah saya dengan langkah

yang perlahan.Perutnya sudah membesar.Ianya sama besar dengan badannya

ketika pertama kali saya bertemu dengannya.Semakin dekat semakin wangi

baunya.Bau yang tidak pernah lekang dari deria bau saya.Bau yang sentiasa

membuatkan jantung saya berdebar-debar.

“Silakan wahai permaisuri hatiku,” Saya membuka pintu kereta.

“hati-hati sikit, Suri tu berbadan dua,” kata saya sambil tersenyum.

http://www.mohdfaizul.com
65
Cinta Aishah-Mini novel

Aishah masuk ke dalam kereta saya.Sekilas pandang dia memandang wajah

saya dengan senyuman manisnya itu.

Pedal minyak saya tekan dan kami terus meninggalkan rumah kami dan ke

destinasi cinta menyemarakkan cinta kami.

“Suri, kata saya sambil memagang stering kereta itu.

“Ya bang,” Aishah menoleh kearah saya.

“Suri nak tahu tak Suri yang sekarang ni sama dengan Suri yang pertama kali

kita berjumpa,” kata saya.Aishah hanya mendiamkan diri.

“Kenapa Suri diam,” Tanya saya.Setelah seketika barulah Aishah bersuara.

“Ehmm Aishah yang gemuk kan.Yang tidak cantik,” kata Aishah.Saya tahu dia

tersentuh hati apabila saya berkata begitu.

“Suri, pertama kali sayang bertemu dengan Suri, hati sayang berdebar-

debar.Sayang memang tertarik dengan Suri pada masa tu.Hari ini sayang nak

beritahu Suri yang sayang suka tengok perempuan mengandung macam Suri ni,”

Jelas saya.

“Kenapa?” Tanya Aishah ingin tahu.

“Sebab bagi Abang, seksi.Sebab tu abang mula terpikat kat Suri pada masa

pertama kali bertemu,” kata saya sambil memandang sekilas kearah Suri.

“Gatal betul sayang ni,” Kata Aishah sambil mencuba mencubit tangan saya

yang sedang memegang stering itu.Mukanya mulai merah.

http://www.mohdfaizul.com
66
Cinta Aishah-Mini novel

“Habis tu kenapa masa tu sayang tak halang Aishah nak kuruskan badan,”

Tanya Aishah pula.Saya tersenyum sahaja.

“Ehmm, sebab masa tu sayang tengok Suri memang tiada semangat,

keyakinan dan Suri tak suka dengan bentuk badan Suri masa tu,” saya menjelaskan

kepada Aishah.Aishah mendiamkan diri.Saya menoleh kearah Aishah sepintas

lalu.Air mata Aishah mengalir.Saya memberhentikan kereta saya.

“Kenapa Aishah menangis ni,” Tanya saya sambil mengesat air mata yang

tidak henti-henti keluar.

“Terima kasih, sayang untuk segalanya.Kerana sanggup menerima Aishah

yang gemuk ini, yang sakit ni,” jawab Aishah.Saya merapatkan diri saya kepada

Aishah.Dia merebahkan kepalanya dibahu saya.Saya menggeleng kepala kerana

Aishah kata-kata itu yang terpancul dari bibirnya.

“Aishah, Suriku jangan cakap macam tu.Sayang memang sayang kepada

Aishah.Sayang mencintai Aishah sepenuh jiwa sayang.Suri jangan ungkit

lagi.Aishah sudah bertahta dihati sayang buat selamanya,” kata saya.Sebak hati

saya mendengar kata-kata Aishah itu.Aishah mengangguk.

Kami meneruskan perjalanan kami.Selama dua jam lebih perjalanan akhirnya

kami tiba di tempat dituju.Deruan ombak Pantai Cherating semakin kedengaran.

“Suri, bangun sayang.Suri..,” saya memanggil Aishah yang enak dalam

lenanya.Berulang kali saya memanggilnya tapi diam masih lagi lena.Saya merenung

wajahnya.Saling tidak tumpah pada kali pertama kali saya berjumpa

dengannya.Dalam fikiran saya terkenang kembali saat-saat kali pertama saya

http://www.mohdfaizul.com
67
Cinta Aishah-Mini novel

bertemu, memori kami bersama sehingga sekarang.Saya tersenyum sendirian.Saya

menghampirinya ingin mencium dahinya.

“Ehm..sayang,” Aishah menggeliat terjaga dari tidurnya “kita dah sampai ke?”

Saya membetulkan kembali duduk saya.”Sudah Suri, lihat tu pantai,” kata

saya sambil memnunjukkan isyarat muka kearah pantai Cherating itu.

“Suri, rehat dulu.Sayang nak punggahkan barang-barang,okey,” kata

saya.Aishah menurutkan sahaja.Dia masih lagi letih kerana perjalanan kami ke situ.

*****

Saya menhirup udara segar dari tiupan angin di persisiran pantai

itu.Suasananya amat nyaman sekali.Aishah leka bermain-main dengan air laut

itu.Pantai yang mendatar itu membuatkan saya berasa teruja.Saya mendapatkan

Aishah.Saya menghampiri Aishah dan terus memeluknya dari belakang.Dia cuba

meronta-ronta tetapi sekilas dia memandang kebelakang dia membiarkan sahaja.

Terasa sejuk tiupan bayu yang bertiup kencang.Sekilas saya memandang

kearah laut,muka saya disapu oleh angin laut yang dingin itu.Saya memandang

wajah Aishah.Saya mendapat ketengan disitu.Bila dia berada disisi saya, saya

berasa amat bahagia.Sekilas Aishah mengalihkan pandangannya kepada saya

setelah menyedari saya merenungnya.

“Kenapa Sayang pandang Aishah macam tu?” tanya Aishah melirik

senyumannya.

“Sayang suka tengok muka suri.So sweet,” kata saya.Aishah tersipu-sipu

malu.

http://www.mohdfaizul.com
68
Cinta Aishah-Mini novel

“Sayang, Aishah tak tahu sampai bila akan hidup di dunia ni.Kalau saya dapat

bersama dengan sayang disisi, saya rasa amat bahagia sekali,” jelas Aishah.Saya

terharu mendengar kata-kata dari Aishah itu.

“Suri percayalah,kita akan mendapat kebahagian.Walaupun apa-apa pun

masalah yang menimpa kita,kita tetap akan bersama,” saya megenggam erat tangan

Aishah yang sedikit berisi itu.Cinta akan mengatasi segalanya.

“Abang tidak menyesal berkahwin dengan Suri?” tanya Aishah sambil

memandang dalam mata saya.

“sekali pun sayang tidak berasa kesal.Sayang bahagia dengan Suri.Malah

sayang amat sayangkan Suri.Suri janganlah cakap macam itu lagi.Dalam hati

sayang ni hanya ada Suri seorang sahaja.Dan ia akan kekal selamanya.Insyaallah,”

jelas saya.Aishah mengangguk percaya.

Saya mengusap-usap perut Aishah yang sarat mengandung itu.

http://www.mohdfaizul.com
69
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 13

Hari untuk Aishah melahirkan anak sulong kami semakin hampir.keadaan

badannya semakin lemah.Perutnya pula semakin besar dan sedang menunggu

masa untuk melahirkan anak kami.Kadang-kadang saya amat kesal dan sedih

kerana Aishah terpaksa menanggung segalanya kerana kelahiran anak ini.Dengan

penyakit barah yang dihadapi olehnya saya berasa amat risau jika saya akan

kehilangan Aishah buat selamanya.Setiap kalinya saya berdoa agar sesuatu yang

buruk tidak akan berlaku.

Aishah dibawa ke dalam wad bagi menunggu kelahiran bayi kami.

*****

“macam mana dengan keadaan isteri saya, Doktor?” tanya saya kepada Dr

Farid.

“Setelah saya meneliti keadaan Aishah, saya dapati peluang hanya 50-50

sahaja. Salah seorang daripada mereka mungkin akan…” hiba saya mendengar

kata-kata dari Dr Farid itu.

“Tapi apa Dr?” Tanya saya ingin mengetahui.

“Macam ni, semuanya bergantung semasa hendak melahirkan anak itu

nanti.Jika berlaku komplikasi semasa kelahiran itu nanti, kita harus terima takdirnya

nanti. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kedua-duanya

sekali. Awak kena berdoa agar semuanya akan selamat,” Jelas Dr Farid.Saya hanya

berserah sahaja. Apa yang akan berlaku nanti saya akan terima dengan hati yang

redha.

http://www.mohdfaizul.com
70
Cinta Aishah-Mini novel

*****

Saya cemas menantikan saat ini.Menantikan zuriat yang dikandung oleh

Aishah telah tiba untuk lahir kedunia ini.Saya bimbang dengan kedua-duanya

sekali.Bimbang apa yang akan terjadi kepada Aishah dan juga dengan bayi yang

akan dilahirkan.Dengan permintaan dari Aishah saya bersetuju untuk berada

disisinya di saat melahirkan bayi itu.Pada mulanya saya tidak berani berada di

dalam suasana itu kerana saya amat takutkan darah tapi demi cinta saya

kepadanya, saya sanggup menghadapinya.

“Sayang, Suri nak sayang yang menyambut anak kita,” Pinta Aishah.Berkerut

dahi saya mendengar permintaan Aishah itu.

“Tapi Suri abang kan takut dengan darah.Abang tak sanggup

menghadapinya,” saya cuba mengelak.Air muka Aishah berubah.Saya merenung

matanya dalam-dalam.Saya dapat rasakan ada sedikit kehampaan diwajahnya itu.

“Tapi sayang, Suri memang nak sangat abang yang sambut anak kita,” pinta

Aishah lagi. Saya menjadi serba-salah. Hendak atau tidak saya terpaksa penuhi

permintaan Aishah itu.

*****

Aishah menjerit kesakitan menahan kesakitan melahirkan anak. Saya bersiap

sedia menyambut kelahiran bayi saya itu. Saya melihat wajah Aishah sudah mula

pucat sekali. Saya bimbang dia tidak dapat bertahan. Darah mula membuak

keluar.Saya mula menggigil tapi saya gagahi juga. Saya menyambut bayi. Beberapa

minit kemudian seorang bayi perempuan keluar dari rahim Aishah.Tangisan bayi itu

memecah suasana di dalam bilik itu. Jeritan Aishah tiada kedengaran lagi.Saya

http://www.mohdfaizul.com
71
Cinta Aishah-Mini novel

berdiri lalu mengazankan dan Qamat bayi tersebut sambil air mata saya berderai

membasahi pipi saya. Dr Farid sibuk memeriksa keadaan Aishah yang kaku itu.

Saya tahu sudah tiba masanya Aishah pergi.Tuhan lebih menyanyangi dia. Pada

hari kelahiran bayi saya, Aishah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

http://www.mohdfaizul.com
72
Cinta Aishah-Mini novel

Bab 14

Begitulah cerita saya. Cerita cinta yang biasa.Sudah dua tahun Aishah telah

pergi meninggalkan saya dan sofea.Sofea, anak saya semakin membesar.Dialah

permata hati saya.Sofea ialah kenangan cinta saya dengan Aishah.

Kini hidup saya adalah kerananya.Saya ingin membesarkan Sofea sebaik

mungkin.Emak dan keluarga mertua saya pernah menasihatkan saya untuk mencari

pengganti supaya anak saya mendapat kasih sayang seorang ibu tapi saya sering

mengelak kerana saya masih lagi tidak berjumpa dengan calon yang sesuai dan

mungkin kerana cinta saya kepada Aishah masih lagi subur dan segar dihati saya.

Cinta saya kepadanya masih lagi kekal dihati saya.

Mungkin suatu hari nanti saya akan bertemu dengan si dia, teman hidup

saya.

TAMAT

http://www.mohdfaizul.com
73
Cinta Aishah-Mini novel

Anda boleh komen, memberi buah fikiran


dan juga semangat kepada saya untuk
terus menulis dan juga apa-apa sahaja
pasal ebook ini di blog saya di
http://www.mohdfaizul.com
Atau
Email kepada saya
mohdfaizulali@yahoo.com

http://www.mohdfaizul.com
74
Cinta Aishah-Mini novel

BIODATA PENULIS
Mohd Faizul bin Ali boleh dikenali sebagai Ajoi adalah seorang
fresh graduate dari UiTM dalam bidang Kejuruteraan
Mekanikal. Beliau masih lagi mencari peluang untuk
memulakan career beliau dalam bidang kejuruteraan. Begitu
meminati dunia internet, muzik, fotografi, menulis, kejuruteraan
dan mengintai peluang didalam perniagaan online dan offline.

Jika anda ingin mengenali lebih dekat tentang beliau, sila layari

http://www.mohdfaizul.com

http://www.mohdfaizul.com
75