Anda di halaman 1dari 12

Pembelajaran kali ini berkenaan dengan kerja-kerja dan pengurusan harian yang dilakukan di stable kuda..

benda ni penting , kerja -kerja tersebut perlu dilakukan pada setiap pagi dan petang dengan membersihkan stable atau kandang kuda,melakukan grooming kuda selepas training,mandikan kuda dan menyediakan makan didalam stable secukupnya..

Pengurusan

dilakukan

di

Stable

kuda
KUDA

SISTEM PENGURUSAN a.Mengikut Kumpulan-kumpulan Tertentu b.Berdasarkan Umur Kuda

Dalam memelihara kuda beberapa aspek penting mengenai pengurusan perlu diberi perhatian seperti stable, sarap, penjagaan kaki, latihan, peralatan kuda dan sebagainya. Stable Merupakan kandang kuda yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan seperti permukaan lantai yang kasar, dinding dan pintu stabel yang kukuh, dan pengudaraan yang baik. Saiz stabel yang sesuai adalah 3.0 m x 3.0 m (10' x 10') untuk kuda poni, 3.6 m x 3.0 m (12' x 10') untuk kuda sederhana besar dan 3.6 m x 3.6 m (12' x 12') untuk kuda besar dan stabeldibersihkan setiap hari. Kerja-kerja di setiap waktu pagi dan petang.. 1.Kuda dibawa berjalan-jalan 2.kuda dibiarkan Exercise bersendirian 3.Lunging kuda di dalam arena 4.melatihkan kuda (Latihan dibuat di dalam arena seluas 50m X 20m)

Latihan kuda Kuda perlu dilatih seperti lungeing, gallop dan canter sekurang - kurang enam hari dalam seminggu. Latihan perlu bagi memastikan kuda berada dalam keadaan bersedia bagi tugas tertentu dan tidak terkejut untuk melakukan sesuatu tugas selain melancarkan darah serta mengurangkan risiko penyakit. Teknik latihan kuda adalah berbeza mengikut fungsi atau kegunaan kuda seperti latihan asas menunggang, show jumping, dressage, endurance, lumba, polo dan sebagainya. Persiapan Sebelum Latihan -Semak Rekod Kesihatan -Pasang ladam -Kuda Sihat -Kuda Cergas Sarap (bedding) Sarap (ketaman papan/jerami) perlu disediakan dalam stable dalam ketebalan enam inci untuk keselesaan, menyerap kelembapan dan urin, di samping mengelak kecederaan apabila duduk atau baring di dalam stabel. Sarap mesti dibersihkan, digemburkan setiap hari dan perlu diganti sekali atau dua kali seminggu bergantung kepada keadaan sarap. a) Tugas-tugas di stable Mucking out & Bedding down -Membuang tinja dan bekas abuk papan yang basah di tempat kuda kencing -Membuang kekotoran pada abuk papan

-Tukar abuk papan... dan gantikan dengan yang baru... abuk papan di letakan menutupi lantai stable setebal 6 8

Peralatan 1.Shovel 2.Beg plastik 3.Pencakar Cara Melaksanakan Kerja 1.Keluarkan kuda dari stable 2.Di larang membuat bising 3.Ikatkan kuda 4.Dekati dengan cara yang betul Tujuan Bedding 1.Permukaan yang lembut dan selesa 2.Persekitaran yang kering dan selesa 3.Menyerap bau-bau busuk 4.Mengekalkan kebersihan kuda Jenis-Jenis 1.Jerami 2.Abuk papan 3.Pasir b.Mendandan Kuda Merapi Kuda (grooming) Perapian kuda sangat penting dalam menentukan tahap kesihatan serta kualiti kuda dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Perapian bertujuan untuk membersihkan badan dari kekotoran, mengelakkan jangkitan penyakit kulit, mengesan sebarang luka, bertindak sebagai urutan (massage) untuk melancarkan peredaran darah serta pergerakan otot. Malah yang lebih penting ia mengeratkan hubungan antara manusia dengan kuda dan akan kelihatan lebih menarik dengan bulu yang berkilat apabila didandan setiap hari. 1.Membuang Kekotoran

2.Membantu mengilapkan bulu 3.Membuat urutan 4.Sekali gus dapat lah mengesan keadaan kuda dan mengesan luka pada kuda 5. Memeriksa kaki kuda

Peralatan Hoof pick Dandy brush Body brush Curry comb Mane comb Penjagaan kaki dan kuku Kaki kuda memainkan peranan penting kerana kekuatan seekor kuda bergantung pada kakinya justeru sebarang kecederaan perlu dielakkan.

Tapak kaki hendaklah dibersihkan dengan hoof pick manakala kuku kuda perlu disapu minyak kuku (hoof oil) setiap hari iaitu sebelum menunggang dan selepas atau setiap kali selepas kuda dimandikan bagi mengelakkan kuku kering dan merekah. Ladam pula perlu ditukar setiap enam minggu atau sebulan sekali untuk memastikan kedudukan kuku kuda itu betul dan menghindar dari tumbuh panjang dan tidak seimbang sekali gus menjejaskan pergerakan kuda. c. Memandikan Kuda Kuda perlu dimandikan apabila setiap kali selepas latihan atau ketika cuaca yang panas dan jika keadaan kuda yang kotor. 1.Ikatkan 2.Basahkan 3.Buangkan 4.Shampoo 5.Keringkan kuda kuda kekotoran

d. Bersihkan bekas makanan dan minuman kuda tersebut..

e. Memberikan makanan dan minuman kepada kuda secukupnya Makanan asas kuda terdiri dari chaff, bran, Pelet kuda(horse cube), hay dan PKE (palm kernel extract) bagi kuda yang tidak menjalankan latihan. Manakala makanan tambahan terdiri dari elektrolit dan blok garam mineral. Rumput segar yang sesuai ialah rumput kerbau dan rumput gajah. Makanan diperlukan sebanyak 2.5 peratus daripada berat badan kuda sehari.

1.Air bersih perlu ada setiap masa 2.Tetapkan masa pemberian makanan 3.Beri makanan yang bersih dan berkualiti-cukup kandungan zat yang diperlukan 4.Jangan simpan makanan terlalu lama 5.Beri makanan basah succulent feed 6.Beri makanan yang mengandungi serat 7.Beri ikut berat dan kondisi badan 8.Sebarang perubahan makanan dibuat secara beransur

f.Kesihatan dan penyakit Kuda merupakan haiwan yang mahal, justeru itu kematian kuda akan mengakibatkan kerugian berpuluh ribu ringgit.

Antara masalah kesihatan dan penyakit yang perlu dikawal adalah kolik iaitu kegagalan membuang air besar yang boleh menyebabkan kematian. Simptom masalah ini adalah kuda tiada selera makan, mengais, menendang, menggigit perut, berpeluh dan restless. Rawatan: peringkat awal memimpin kuda supaya sentiasa berjalan dan menggalakkan kuda meragut rumput segar bagi merangsang pengeluaran tinja. Jika tidak beri suntikan Flunixin atau Cobaphos, Stress Vit, dan memasukkan Liquid parafin dan Fluids ke dalam badan kuda. Tempang juga merupakan masalah kesihatan di bahagian kaki kuda, pergerakan kuda yang tidak selesa kesan daripada rasa sakit boleh dirawat dengan memberi Butalone granules, suntikan Flunixin dan rehatkan kuda sehingga sihat. Kurap boleh dikesan apabila kuda menggigit kulit dan menggaru pada dinding stabel. Rawatan: Mandikan kuda menggunakan campuran hibiscrub dan povidone iodine, sapukan krim topikal seperti beavate dan beriantihistamine. Pembiakan Dalam membiakkan kuda, pemilihan baka adalah sangat penting bagi mendapatkan progeni yang berprestasi tinggi dari segi konformasi yang baik, kekuatan fizikal dan daya ketahanan pada penyakit. Pembiakan kuda tidak bermusim dan tempoh bunting adalah antara 300 hingga 365 hari. Pembiakan boleh dijalankan secara pengawanan semulajadi atau pemanian beradas. Pusingan Pembiakan-selama 21 hari, dengan tempuh berahi 5 - 6 hari. Peringkat 24 - 43 jam proses ovulasi berlaku. Kilang Pituitari keluarkan FSH sebabkan Follicle matang. LH memecahkan Follicle dan telur dikeluarkan. Corpus Luteum keluarkan Hormon Progestron untuk persenyawaan. Sebab Ketidaksuburan Kuda Betina 1.Penyakit 2.Kecacatan Struktur Pukas (Vulva) 3.Ketidak seimbangan Hormon 4.Faktor Pemakanan

5.Masaalah Psikologi

Melakukan Pembiakan Tabee Kawasan yang sunyi dan selamat Buat persediaan pada kuda betina Laksanakan pembiakan tabee Pembiakan Pemanian Beradas 1.Kurangkan risiko jangkitan penyakit 2.Cara yang rumit 3.Pengesahan Kebuntingan 4.Pemeriksaan secara rektum-> 42 hari,sediakan travis 2.5 m X 1.3 m X 0.75m Ujian Darah > 40 - 110 hari, A - Z test dan MIP test. 5.Ujian Air Kencing > 120 - 300 hari a.Pengurusan Kuda Bunting 1.Menjahit Bibir Faraj 2.Penbersihan Gigi 3.Pembersihan Kaki 4.Pemakanan 5.Pemberian Ubat Cacing 6.Exercise b.Persediaan Kelahiran 1.Sediakan bilik 3.5 m Padu. 2.Padok yang banyak rumput 3.Sediakan Peralatan c.Tanda-tanda Kelahiran 1. 2 - 4 hari sebelum melahirkan anak. Waxing up- 50% badan kuda keluarkan lilin, 2.Bagging up - ambing membesar beberapa jam sebelum kelahiran dan ada susu . 3.Ketidakselesaan- memecilkan diri d.Proses Kelahiran Peringkat 1- kuda gelisah dan placenta pecah, cecair gelap keluar daripada faraj Peringkat 2- kuda meneran dan selaput anak kelihatan - berlaku setiap 3 minit. kesemua proses mengambil masa 20 minit. Peringkat 3 - Apabila kepala anak kelihatan. 1 jam anak akan berdiri dan minum susu. 3 - 8 jam uri akan dikeluarkan. e.Penjagaan Anak Kuda Baru Lahir 1.Biarkan anak bersama ibu,bersihkan hidung jika ada lendir, sapu iodin. 2.Tentukan dapat kolostrum mencukupi

Selepas 6 jam susu bantuan diberikan

Keselamatan pengendalian kuda Kuda adalah haiwan yang mempunyai kebolehan merasai dan akan memberi respons terhadap perasaan takut penunggang. Jika penunggang takut atau tertekan, kuda akan lebih rasa takut yang menyebabkan kuda tertekan dan mengambil peluang berkelakuan tidak baik. Sehubungan itu, penunggang perlu tenang.

Dalam hal ini, penunggang bukan semata-mata mendominasi kuda tetapi ia lebih kepada perkongsian dan saling mempercayai. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa mendekati, menangkap dan menambat kuda: Perlu berkeyakinan dan dalam keadaan yang tenang (tanpa rasa takut) Mendekati kuda secara perlahan-lahan dan beransur-ansur bermula dari bahagian hadapan kuda (muka dan kemudian sisi kiri di bahagian bahu kuda) Berinteraksi dengan kuda dengan memanggil namanya atau sama ada boy (jantan) atau girl(betina) Usap dan gosok bahagian leher kuda sambil berinteraksi dengannya Gunakan kolar kepala (headcollar) untuk menangkap kuda dan pengendali harus berada sebelah kiri kuda semasa pemasangan dilakukan.

Peralatan kuda Peralatan kuda seperti saddle, bridle, stirrups, girths, numnah, topi dan peralatan menunggang yang lain perlu disimpan di tempat yang sejuk dan kering juga dibersihkan setiap kali selepas digunakan dan seminggu sekali di sapu leather oil bagi mengelakkan kekeringan.