Anda di halaman 1dari 41

Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Isi Kandungan

Penghargaan .................................................................................................. 2
Soalan Kertas Kerja ......................................................................................... 3
Jawaban (a) ..................................................................................................... 4
Jawaban (b) ..................................................................................................... 16
Jawaban (c) ..................................................................................................... 26
Kesimpulan ...................................................................................................... 38
Rujukan ............................................................................................................ 39
Lampiran .......................................................................................................... 41
Borang Kolaborasi

Disediakan oleh LJG 1


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Penghargaan

Disediakan oleh LJG 2


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Soalan Kertas Kerja

“Dalam usaha untuk meningkatkan akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, sepanjang
tempoh RMK9… memberi tumpuan kepada empat agenda, keempat,
memartabatkan profesion keguruan; agar profesion ini dihormati dan dipandang
tinggi sesuai dengan amanah yang dipikulnya sebagai profesion yang berada di
barisan paling hadapan dalam pembinaan generasi masa depan Negara.”

[Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, 2006]


Dalam Buku Modal Insan Cemerlang, Minda Kelas Pertama 2009

Dalam konteks KPM, setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang
tinggi, berkualiti dan cemerlang bagi mencapai visi KPM melahirkan guru bertaraf
dunia. Berasaskan pandangan ini, guru perlu menghayati dan mengamalkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam persekitaran lanskap yang
sentiasa berubah dan memerlukan pengetahuan, dan jenis kemahiran yang terkini
bersesuaian dengan zaman informasi, skop dan jenis guru berkesan pun turut
berubah.

Melalui rujukan (sekurang-kurangnya 4 buah buku rujukan), hasilkan satu penulisan


tentang aspek-aspek berikut:
(a) Jelaskan bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam
profesionnya? [30 markah]
(b) Dengan menggunakan satu contoh khusus, bagaimana model Taba atau
Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu
sukatan pelajaran. [30 markah]
(c) Bincangkan isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu
ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.
[30 markah]

Disediakan oleh LJG 3


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Soalan (a):
Jelaskan bagaimana seorang guru dapat merealisasikan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru dalam
profesionnya? [30 markah]

Jawaban (a):

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, falsafah bererti pengetahuan


tentang ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Istilah falsafah
berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna kecintaan) dan
sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua
perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai
kebijaksanaan atau mencintai ilmu.

Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah Pendidikan Negara tahun


1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pada tahun 1996
(Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha

Disediakan oleh LJG 4


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk


mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercyaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya
mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran negara.

Seiringan dengan itu, Falsafah Pendidikan Guru telah digubal untuk menjadi
panduan bagi merealisasikan FPK. Secara dasar, FPG menjelaskan jenis guru
yang diperlukan oleh negara kita. Ia berbunyi seperti di bawah:

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.”

[Mok, 2008] Berdasarkan kepada FPG di atas, maka matlamat pendidikan


guru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial
dan amalan tingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai
keguruan, serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian
tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abad ke-21.

[Choong, 2008] FPG digubal bertujuan untuk menjadi panduan bagi


merealisasikan FPK. Ia sebenarnya menjelaskan jenis guru yang dihasratkan oleh
negara kita. Justeru, guru mempunyai akautabiliti yang tinggi terhadap murid, ibu
bapa, masyarakat dan negara bagi memastikan sistem penyampaian ilmu,
kemahiran dan nilai yang berkesan. Guru juga disifatkan sebagai rol model dan
teladan bagi golongan murid. Sehubungan itu, guru hendaklah mempunyai sahsiah
yang baik.

Disediakan oleh LJG 5


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Dengan adanya FPG yang telah digubal untuk menjadi panduan bagi
merealisasikan FPK, maka jelaslah bahawa para pendidik memainkan peranan
utama dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berikut merupakan beberapa cara bagaimana seorang guru dapat


merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan
Guru dalam profesionnya.

1. Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya


memperkembang potensi pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial secara keseluruhan dan bersepadu

Salah satu strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan


ialah pembangunan insan iaitu memperkembang potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu. Salah satu perkara yang diberi penekanan
dalam strategi pembangunan insan pula ialah penyediaan kurikulum yang
relevan dengan mengubahsuai kandungannya mengikut keperluan semasa.

Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum


ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat
pendidikan.

Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian


iaitu: (i) Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan (ii) Aktiviti kokurikulum seperti
sukan, permainan, kelab dan unit beruniform.

Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk


mengembangkan potensi murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan
sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh

Disediakan oleh LJG 6


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

membawa ke arah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat


yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.

Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu memahami dan menghayati


falsafah dan matlamat kurikulum, struktur dan organisasi kurikulum serta
sukatan pelajarannya untuk memastikan suatu kurikulum dapat dilaksanakan
dengan jayanya.

Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang mata


pelajaran pengkhususannya serta mempunyai kemahiran mengajar
termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu
sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai
kebolehan, serta mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk
melaksanakan dan manjayakan kurikulum yang terbentuk.

Dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum, guru harus mengetahui


peranannya di peringkat sekolah iaitu meliputi tugas-tugas seperti
menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan
keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran
mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan
melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum serta membuat
penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan
keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat
pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

Pada masa yang sama, guru juga boleh memilih bahan-bahan


tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya, melibatkan
diri secara aktif dalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu
mengajar yang sesuai.

Disediakan oleh LJG 7


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Setiap tugas dan peranan guru yang telah dinyatakan diatas adalah
bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kurikulum oleh guru adalah seiring
dengan kurikulum yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia dan seterusnya memperkembang potensi pelajar dari aspek
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial secara keseluruhan dan
bersepadu.

2. Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan


prasarana supaya kemudahan atau sumber pengajaran dan pembelajaran
dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik
dan selamat

Di dalam salah satu strategi untuk merealisasikan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan iaitu pembangunan insan, perubahan organisasi
sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-
pelajar mengikut tujuan dan cita FPK adalah dengan menyediakan
kemudahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar-
pelajar mendapat peluang untuk mengembangkan potensi mereka dari segi
intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
Sebagai contoh, sistem teknologi yang canggih seperti ICT telah
diperkenalkan bagi penyediaan sistem penyampaian yang berkesan.
Manakalah penyediaan bahan-bahan rujukan, bahan pengajaran dan
pembelajaran disediakan agar aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan lebih berkesan, seronok dan bermakna.

Organisasi sumber pengajaran-pembelajaran adalah amat penting


untuk aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Sekiranya sumber pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah diorganisasikan dengan baik, teratur
dan sistematik, keberkesanan interaksi murid dengan bahan serta aktiviti
pembelajaran akan dapat dipertingkatkan.

Disediakan oleh LJG 8


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Oleh itu, untuk merealisasikan hasrat FPK dan FPG, seorang guru
harus melaksanakan peranannya sebagai seorang pengurus. Antara tugas
guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah; mengurus murid-
murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti
membersihkan bilik darjah dan menyusun meja-kerusi; mengurus murid-
murid supaya mematuhi segala peraturan bilik darjah; mengurus keadaan
fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran
dan pembelajaran; dan mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat
digunakan dengan lebih berkesan.

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus akan


mewujudkan suasana sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan
keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Justeru dengan itu, untuk
menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, seorang guru perlu
mengetahui dan memahami elemen-elemen pengurusan bilik darjah serta
berusaha untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan
pengurusan bilik darjah.

3. Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan


perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan
masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahupun
tenaga yang diperlukan

Mengikut Yang Berbahagia Dato Hj. Abdul Rafie Bin Mahat, Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia di dalam kertas kerjanya yang bertajuk
“Pengukuhan dan Peningkatan Kualiti Pendidikan Dan Profesionalisme
Keguruan” menyatakan:
“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu diberi
penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab

Disediakan oleh LJG 9


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana


ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu
membantu antara satu sama lain. “

Saranan Ketua Pengarah itu amat jelas menyatakan bahawa


sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud bersendirian. Hubungan tiga
dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa permuafakatan dan
perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah
sistem pendidikan pada masa kini.

[Mohd, 2004] Dalam usaha mencapai cita-cita sekolah dan negara,


konsep perkongsian dalam pendidikan cuba mencapai matlamat supaya
masyarakat dapat mengambil berat terhadap anak-anak mereka di sekolah.
Permuafakatan dan kerjasama sekaligus akan menunjukkan keprihatinan
mereka terhadap usaha membentuk dan mendidik generasi pada masa akan
datang. Matlamat yang berkaitan dengan konsep ini adalah: (i) mewujudkan
permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak
sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan;
(ii) penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik
generasi masa depan; dan (iii) masyarakat dapat menjayakan hasrat murni
ini melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit.
Namun suatu hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa pelaksanaan
konsep ini hanya akan berjaya jika pihak sekolah yang memainkan peranan
sebagai pencetus atau penggerak ke arah permuafakatan dan perkongsian
pintar.

[Epstein, 1995] Jika pendidik melihat murid-murid sebagai seorang


anak, mereka cenderung untuk melihat keluarga dan komuniti sebagai rakan
kongsi dengan sekolah dalam perkembangan dan pendidikan kanak-kanak.
Rakan kongsi mengenalpasti minat dan tanggungjawab yang sama terhadap
kanak-kanak, dan mereka bekerjasama untuk mewujudkan program serta

Disediakan oleh LJG 10


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

peluang yang lebih baik kepada murid-murid ini. Apabila ibu bapa, guru-guru,
pelajar dan masyarakat lain melihat di antara satu sama lain sebagai rakan
kongsi di dalam pendidikan, wujud suatu komuniti yang mengambil berat.

Oleh itu, guru perlu melaksanakan perhubungan dengan masyarakat


dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara
sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi
dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan
mahupun tenaga yang diperlukan.

Sebagai seorang pendidik, guru perlu mewujudkan hubungan


komunikasi yang baik dengan para ibu bapa. Guru mestilah menghormati
para ibu bapa kepada murid-muridnya serta berusaha mewujudkan
hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga tanpa mengira kedudukan sosial dan ekonomi ibu
bapa pelajar. Guru juga perlu membina kepercayaan ibu bapa terhadap para
guru dengan tidak memberikan maklumat keadaan keluarga atau murid
(yang diberikan oleh ibu bapa) kepada orang yang tidak berhak.

Selain itu, guru juga perlu menghormati masyarakat setempat dan


memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan
sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama dan persefahaman di
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
Masyarakat, terutamanya ibu bapa pelajar, sepatutnya dijemput untuk
menyertai sebarang aktiviti-aktiviti sekolah supaya dapat meningkatkan
kesedaran masyarkat, khasnya ibu bapa mengenai peranan mereka dalam
menjayakan hasrat FPK.

Disediakan oleh LJG 11


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

4. Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata


pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan

Untuk menyampaikan pelajaran dengan yakin dan menyebarkan ilmu


yang lengkap, guru harus memperoleh ilmu pengetahuan yang luas serta
mendalam tidak kira dalam mata pelajaran yang diajar maupun pengetahuan
am. Objektif ini hanya boleh dicapai apabila guru sentiasa membaca buku
ilmiah serta peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling
melalui suratkhabar, radio, televisyen dan internet.

Selain pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran,


seorang guru juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ikhtisas
keguruan. Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan
dan pendidikan yang mendalam. Mengajar pula ialah sesuatu pekerjaan
yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap. Guru perlu sentiasa
belajar, berfikir, merancang dan menilai murid-muridnya. Di samping itu,
beliau mesti mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah
penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah yang elok dan bersikap
dedikasi dalam pekerjaan mengajar.

Pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak,


ilmu kaedah mengajar, ilmu kurikulum, dan sebagainya dapat diperolehi
dalam meningkatkan pengetahuan ikhtisas keguruan. Selain membaca buku
ilmiah, pengetahuan ini dapat diperolehi dengan menyertai seminar
pendidikan dan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan. Pengetahuan ini
dapat meningkatkan prestasi guru dalam aktiviti pengajaran dan seterusnya
menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
memenuhi hasrat FPG dan FPK.

Disediakan oleh LJG 12


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

5. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri
dan pelajar selaras dengan tuntutan FPG

Konsep nilai dalam konteks pendidikan adalah berkait dengan moral,


prinsip atau kelakuan orang, khasnya pelajar-pelajar di sekolah. Salah satu
cara untuk membentuk nilai moral yang baik, wajar dan diingini ialah melalui
contoh teladan.

Guru perlu memainkan peranan sebagai ibu bapa kepada murid-


muridnya dalam membentuk sahsiah dan kelakuan mereka sesuai dengan
nilai dan norma masyarakat. Tingkah laku guru adalah contoh teladan
kepada murid-murid. Oleh itu, guru haruslah mempunyai sifat-sifat yang
terpuji yang boleh menjadi teladan kepada murid-murid untuk dicontohi.
Sebagai contoh, guru haruslah sentiasa berpakaian kemas, berkelakuan
baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa menepati masa, rajin dan
mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugasnya. Sehubungan dengan ini,
guru haruslah berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan etika
keguruan kepada diri sendiri terlebih dahulu.

6. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru


yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi
tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan “akauntabiliti” dihuraikan


sebagai bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab
terhadap sesuatu. Di bawah konteks keguruan, akauntabiliti boleh
dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

Disediakan oleh LJG 13


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Sebagai seorang pendidik, guru bertanggungjawab untuk sentiasa


mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan
pendidikan dan masa depan. Ilmu pengetahuan merupakan alat yang utama
dan mengandungi nilai yang berharga kepada manusia kerana ilmu dapat
mengubah diri manusia daripada jahil kepada berpengetahuan, bebal
kepada cerdik, mundur kepada maju dan derita kepada bahagia. Seorang
guru yang berilmu pengetahuan bukan saja memperolehi pengetahuan,
kebenaran dan keyakinan, tetapi sanggup untuk menggunakan ilmunya demi
menegakkan kebenaran dan keadilan serta memberi sumbangan yang
bermakna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Salah satu matlamat pendidikan mengikut FPK ialah melahirkan


rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara. Oleh itu, guru yang mengamalkan ilmu akan sentiasa memberi
sumbangan yang bermakna bagi memastikan matlamat FPK dapat dicapai.

7. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat FPG,


khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat
yang bersatu patu, demokratik, progresif dan berdisiplin

Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh


dan seimbang, proses pendidikan Malaysia juga diharapkan dapat mencapai
matlamat pendidikan untuk melahirkan rakyat yang bersatu patu, demokratik,
progresif dan berdisiplin. Dengan kata lain, melahirkan rakyat yang memiliki
sikap kenegaraan.

Sebagaimana yang telah diketahui, unsur-unsur kenegaraan telah


tersisip dalam semua mata pelajaran sama ada di bawah rancangan KBSR
atau KBSM. Peranan guru pula ialah menonjolkan sikap kenegaraan,

Disediakan oleh LJG 14


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

khasnya cinta dan taat setia kepada negara, semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

[Mok, 2008] Peneguhan pembentukan sikap kenegaraan boleh


dilaksanakan secara langsung apabila guru mengajar dalam mata pelajaran
seperti Pendidikan Moral, Sejarah, Bahasa Melayu dan sebagainya, atau
secara tidak langsung apabila murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan di
mana murid-murid akan dilatih mengamalkan sikap-sikap seperti kerjasama,
tolong-menolong, hormat-menghormati, tanggungjawab dan toleransi.

Guru sebagai patriot memainkan peranan yang penting dalam


membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Oleh itu, guru harus
menekankan unsur perpaduan (patuh kepada ideologi Rukun Negara) dalam
semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti kokurikulum.

Disediakan oleh LJG 15


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Soalan (b):
Dengan menggunakan satu contoh khusus, bagaimana model Taba atau
Tyler diaplikasikan sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu
sukatan pelajaran. [30 markah]

Jawaban (b):

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kurikulum bererti skop dan isi
kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah dan lain-lain; atau senarai kesemua
mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan lain-lain.

[Bobbit, 1918], dalam buku ‘The Curriculum’ menghuraikan kurikulum


sebagai: (i) keseluruhan pengalaman, yang tak terarah dan terarah, tertumpu
kepada perkembangan kebolehan individu; atau (ii) satu siri latihan pengalaman
langsung secara sedar digunakan oleh sekolah untuk melengkap dan
menyempurnakan pendedahannya. Menurut beliau lagi, kurikulum sekolah akan
memfokuskan objektif yang tidak cukup dicapai melalui pengalaman tak terarah.
Manakala kurikulum latihan terarah perlu dikenalpasti dalam kekurangan individu
setelah mereka memperolehi semua yang mereka boleh dapat melalui latihan tak
terarah.

Menurut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar


Pelajaran, 1979, kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu kurikulum sekolah boleh dibahagikan
kepada dua bahagian yang besar, iaitu: (i) Bahagian yang meliputi sukatan
pelajaran dan kandungan matapelajaran serta segala kegiatan pengajaran dan
pembelajaran; dan (ii) Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah
(ko-kurikulum) seperti kegiatan-kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian
seragam dan lain-lain.

Disediakan oleh LJG 16


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Terdapat pelbagai model kurikulum. Antaranya yang dibincangkan oleh


Raplh Tyler (1949), Hilda Taba (1966), Stenhouse (1975) dan Stake (1976). Namun
begitu hanya Model Taba dan Model Tyler sahaja yang akan dibincangkan di dalam
penulisan ini bagi memenuhi kehendak soalan.

(a) Model Perkembangan Tyler

Model Tyler diasaskan oleh Ralph W. Tyler. Beliau


dilahirkan di Chicago pada tahun 1902. Beliau mula bertugas di
Jabatan Penyelidikan Pendidikan di Universiti Ohio State
sebagai seorang pengarah setelah memperoleh Ijazah
Kedoktorannya. Pada mulanya beliau bekerja sebagai seorang
guru. Banyak projek penyelidikan pendidikan yang telah
dijalankan oleh beliau dan di antaranya termasuk ‘Eight-Year Ralph W. Tyler
(1902-1994)
Study’ iaitu satu projek penyelidikan yang terbesar sekali
mengenai kurikulum. Beliau juga telah menghasilkan ‘Basic Principles of
Curriculum’ pada tahun 1949. Sumbangannya yang paling penting adalah dalam
bidang kurikulum dan penilaian. Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah pada
tahun 1994.

Secara am, Model Tyler adalah berdasarkan empat persoalan asas seperti
yang berikut:
(i) Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?
(ii) Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan yang mungkin
dapat mencapai tujuan tersebut?
(iii) Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusun secara
berkesan?
(iv) Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan ini boleh dicapai
atau sebaliknya?

Disediakan oleh LJG 17


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

[Choong, 2008] Model Tyler merupakan satu model produk pengajaran, iaitu
tujuan pendidikan (hasil pembelajaran) hendaklah ditentukan terlebih dahulu
sebelum kaedah pengajaran. Ini membawa implikasi bahawa model ini semata-
mata berfokuskan kepada pencapaian tujuan pendidikan sahaja. Komponen-
komponen lain seperti kandungan, pengurusan dan penilaian dianggap sebagai
sekunder dalam proses pengajaran seperti kenyataan beliau yang berikut:
“Objectives become the criteria by which materials are selected, content is outlined,
instructional procedures are developed, and tests and examinations are prepared”
(Tyler 1949:3).

Penekanan pada pembentukan objektif tingkah laku sebagai tujuan sebenar


pendidikan bukanlah untuk guru melakukan sesuatu aktiviti tetapi untuk membawa
perubahan signifikan dalam pola tingkah laku murid. Adalah penting untuk
mengenal pasti bahawa sebarang pernyataan objektif sekolah adalah merupakan
pernyataan perubahan yang berlaku dikalangan murid. Model Tyler adalah
sistematik dan memberi panduan yang kukuh untuk menentukan objektif tingkah
laku dan menyediakan hasilan yang jelas supaya kandungan kurikulum dan kaedah
penyampaian dapat disusun dan hasilnya boleh dinilai.

(b) Model Perkembangan Taba

[Choong, 2008] Model Taba diasaskan oleh Hilda Taba.


Beliau merupakan seorang ahli teori kurikulum dan pendidik.
Sumbangan beliau banyak tertumpu kepada kurikulum sains
sosial khususnya kepada perkembangan konsep dan pemikiran
kritikal. Taba lebih cenderung kepada pendidikan bercorak
progresivisme dan pemikiran ahli-ahli progresif seperti Dewey,
Hilda Taba Kilpatrik dan Bode mempunyai pengaruh yang kuat terhadap
(1902 – 1967)
penulisan beliau. Disertasi beliau yang bertajuk ‘The Dynamics

Disediakan oleh LJG 18


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

of Education’ menekankan kepentingan kurikulum yang terancang dan berupaya


untuk menilai pemahaman murid-murid melalui alat-alat penilaian yang sesuai.

Model Taba berjaya dihasilkan pada akhir projek ‘Eight-Year Study’ di mana
beliau telah melibatkan diri di dalam projek ini bersama dengan Ralph Tyler. Model
ini terdiri daripada tujuh komponen iaitu langkah-langkah pelaksanaan model Taba.
Pendekatan bawah keatas (bottoms-up) terhadap kurikulum di mana guru
memainkan peranan utama.

Tujuh langkah dalam perkembangan kurikulum menurut Model Taba adalah:


i) Mendiagnosis keperluan
ii) Pembentukan objektif
iii) Pemilihan kandungan
iv) Pengurusan kandungan
v) Pemilihan pengalaman pembelajaran
vi) Pengelolaan aktiviti pembelajaran
vii) Penilaian

[Mok, 2008] Taba bersetuju dengan Dewey bahawa kurikulum sekolah harus
ditentukan berdasarkan logik penyelesaian masalah dan strategi berpusatkan
pelajar sebagai objektif-objektif utama.

Penulisan berikut akan menerangkan bagaimana model Tyler diaplikasikan


sebagai satu garis panduan untuk menjayakan sesuatu sukatan pelajaran.

Disediakan oleh LJG 19


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Contoh Aplikasi Model Tyler

Berdasarkan kepada soalan-soalan yang dikemukan oleh Model Tyler,


perkembangan kurikulum melibatkan empat langkah seperti berikut:

Rajah 1: Langkah-Langkah Dalam Model Tyler

Mengikut Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum


ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses
pendidikan. Menurut beliau, objektif tersebut hendaklah selaras dengan:
• Keperluan pelajar
• Keperluan semasa masyarakat
• Pandangan pakar dalam pelbagai bidang berkenaan

Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah


dibentuk berdasarkan kepada:

Disediakan oleh LJG 20


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

• Falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada.
• Psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan
sebagainya.

Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas:


• Apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian.
• Apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan
pencapaian objektif.

Sebagai contoh, dalam Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Bahasa


Melayu (BM) Sekolah Kebangsaan (SK) Tahun 1, objektif pembelajaran telah
dikenalpasti selaras dengan hasil pembelajaran Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
BM SK Tahun 1.

Rajah 2: Hasil Pembelajaran HSP dan Objektif RPT BM SK Tahun 1.

Disediakan oleh LJG 21


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Daripada objektif RPT rajah 2, kita dapat menyimpulkan bahawa objektif


tersebut telah menerangkan dengan jelas mengenai perkara yang hendak dicapai,
sebagai contoh, guru boleh merumuskan bahawa objektif pembelajaran pada hari
itu telah berjaya dicapai sekiranya murid tahun 1 dapat berbual tentang diri mereka
dengan menggunakan bahasa yang sesuai. Daripada objektif RPT tersebut juga,
salah satu perubahan yang ingin diperolehi daripada pelajar ialah daripada tidak
tahu menggunakan kata Tanya, berubah kepada pelajar yang tahu menggunakan
kata tanya yang betul dalam soalan. (Sila rujuk Lampiran untuk melihat HSP dan
RPT BM SK Tahun 1 dengan lebih terperinci.)

Langkah kedua (pemilihan kandungan) menurut Tyler adalah merupakan


proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau
pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Di dalam RPT BM SK Tahun 1 yang telah dirancang, tema dan tajuk yang
dikenalpasti dikategorikan kepada tiga aras mengikut tiga pengalaman
pembelajaran. Sebagai contoh, dalam Unit 1 RPT BM SK Tahun 1, ia menggunakan
Persekitaran Murid sebagai tema pengajaran dan pembelajaran. Tajuk yang dipilih
adalah bersesuaian dengan tiga Aras murid iaitu:
Tajuk bagi Aras 1: Diri Saya
Tajuk bagi Aras 2: Keluarga Saya
Tajuk bagi Aras 3: Sekolah Saya

Dengan kata lain, untuk memenuhi objektif RPT BM SK Tahun 1 tersebut,


murid dalam kategori Aras 1 (murid lemah) sekurang-kurangnya boleh berbual
tentang dirinya. Manakala murid dalam kategori Aras 2 (murid sederhana)
sekurang-kurangnya dapat berbual tentang keluarganya. Dan seterusnya murid
dalam kategori Aras 3 (murid cerdik) sekurang-kurangnya dapat berbual tentang
sekolahnya.

Disediakan oleh LJG 22


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Langkah ketiga menurut Model Tyler ialah Kaedah Penyusunan Kandungan.


Menurut Tyler, kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan
teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk
tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

Prinsip 1: Prinsip Kesinambungan


Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud
objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan
didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi
menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

Prinsip 2: Prinsip Ketertiban


Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan
pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan
pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan
lebih luas dan mendalam.

Prinsip 3: Prinsip Kesepaduan


Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar
pegnalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya
pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.

Pengalaman pembelajaran yang disusun berdasarkan ketiga-tiga prinsip


tersebut akan dapat memastikan pengetahuan yang dipelajari kekal dan berkesan.

Daripada penelitian HSP BM SK Tahun 1, antara kaedah-kaedah yang


digunakan bagi menentukan objektif atau kandungan penting dapat dipelajari
dengan menyeluruh adalah kaedah bercerita, kaedah simulasi, kaedah main-
peranan, kaedah demonstrasi, kaedah soal-jawab serta kaedah lakonan. Sudah

Disediakan oleh LJG 23


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

tentu dengan kepelbagaian kaedah ini, objektif pembelajaran dapat dicapai dan
kandungan penting dapat dipelajari dengan menyeluruh.

Selain itu, RPT BM SK Tahun 1 turut menerapkan prinsip ketertiban di mana


pembelajaran yang dikenalpasti adalah berdasarkan pengalaman lalu. Sebagai
contoh, setelah murid Aras 1 boleh berbual tentang diri sendiri, murid tersebut boleh
meneruskan dengan pembelajaran Aras 2 iaitu berbual tentang keluarga murid.
Begitu juga dengan murid Aras 2 yang sudah boleh berbual tentang keluarga
mereka boleh meneruskan pembelajaran ke Aras 3 iaitu berbual mengenai sekolah
mereka.

Manakala prinsip kesepaduan telah diterapkan di dalam HSP BM SK Tahun


1 dengan menghubungkaitkan pelajaran BM dengan pelajaran Kajian Tempatan,
Pendidikan Moral serta Muzik. Semasa murid bercerita mengenai diri dan keluarga
mereka, mereka bukan sahaja dapat mempelajari tatabahasa dan kosa kata. Malah
mereka dapat mengetahui dan memahami peranan serta tanggungjawab mereka
sebagai anggota dalam keluarga. Seterusnya nilai-nilai murni yang terdapat dalam
mata pelajaran Pendidikan Moral dapat diterapkan semasa mereka berbual dan
bertanya dengan cara yang bersopan santun. Mata pelajaran Muzik pula dapat
diterapkan apabila murid menyanyi sambil bercerita mengenai diri, keluarga atau
sekolah mereka.

Langkah keempat dalam model Tyler ialah Penentuan Penilaian. Peringkat


ini menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan
pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk
tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah dan pada pelbagai
peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian
objektif yang telah dinyatakan.

Sebagai contoh, untuk penilaian BM SK Tahun 1, Unit 1, rakaman boleh


dibuat semasa murid berbual mengenai diri, keluarga dan sekolah mereka.

Disediakan oleh LJG 24


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Rakaman ini seterusnya boleh dijadikan bukti bahawa salah satu objektif
pembelajaran sudah dapat dicapai. Manakala hasil kertas kerja murid dapat
digunakan sebagai bukti pencapaian objektif bahawa murid dapat menyalin ayat
ataupun membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi.

Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk


menambahbaik kurikulum berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya hasil penilaian
menunjukkan pencapaian semua murid adalah pada Aras 3, maka kandungan
kurikulum tersebut boleh ditambah dengan tajuk aras yang lebih tinggi seperti
‘Kampung Saya’ ataupun ‘Negeri Saya’. Begitu juga dengan keadaan yang
sebaliknya.

Sebagai kesimpulan, Model Tyler merupakan model yang popular dan


banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana ianya sistematik dan
mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif,
pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, serta
menentukan kaedah penilaian. Selain itu, model ini juga dianggap logikal kerana
dimulakan dengan penentuan objektif.

Disediakan oleh LJG 25


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Soalan (c):
Bincangkan isu-isu dan cabaran dalam profesion keguruan yang perlu
ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.
[30 markah]

Jawaban (c):

Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam mencapai Misi


Nasional dan guru memainkan peranan penting bagi memastikan kejayaan ini.
Peredaran masa pula membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion
keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.

Dasar Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk memartabatkan


profesion keguruan dengan meningkatkan kualiti guru, kerjaya guru dan kebajikan
guru. Matlamat KPM adalah untuk menjadikan profesion keguruan dihormati dan
dipandang tinggi sesuai dengan amanah yang dipikul dalam pembinaan generasi
masa hadapan negara.
Teras 5 – Memartabatkan Profesion Keguruan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010

Berikut merupakan beberapa di antara isu-isu dan cabaran dalam profesion


keguruan yang perlu ditangani untuk memartabatkan profesion keguruan di
Malaysia.

1. Status Guru Dalam Pandangan Masyarakat

Perkataan keguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut


Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala
perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas
dan kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah
untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang universal selain

Disediakan oleh LJG 26


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Definisi status mengikut Kamus Dewan pula ialah taraf atau kedudukan.

Apabila kita membincangkan mengenai kedudukan guru pada sudut


pandang sesetengah orang, keguruan sering dianggap sebagai satu kerjaya pilihan
yang terakhir. Menurut Azhar (2007) Presiden Kesatuan Guru-Guru Malaysia Barat,
Dr. Abdul Rahman Daud menyatakan kemasukan yang tinggi di dalam profesion
perguruan adalah disebabkan pandangan sesetengah individu yang menganggap
kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kepada golongan siswazah terutama bagi
mereka yang gagal memperoleh sebarang pekerjaan. Apatah lagi dengan timbulnya
pepatah Bahasa Inggeris yang menyatakan: "Those who can, do: those who can't,
teach." (yang bermaksud, mereka yang tahu akan melakukan: mereka yang tidak
dapat melakukan, akan mengajar). Dengan kata lain, sesiapa yang menjadi
pendidik atau pengajar adalah digolong dalam kategori orang-orang yang tidak tahu
melakukan atau mempraktikkan sesuatu kemahiran atau pengetahuan.

Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu


perkara yang mudah. Bila seseorang menandatangani perjanjian sebagai sebagai
seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu individu
tersebut.

Pada awal tahun 60-an, guru dianggap sebagai insan yang terpilih untuk
membawa ilmu dan kemajuan kepada masyarakat setempat. Sumbangan guru
sangat besar dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Pada masa
ini, kaum guru juga menjadi panduan dan rujukan selain memberikan ilmu kepada
masyarakat.

Walaupun begitu, kini profesion perguruan dianggap sebagai profesion


peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor,
jurutera, peguam dan lain-lain. Ini adalah kerana ramai yang menganggap mereka
boleh menjadi guru sandaran atau guru sementara walaupun tanpa mempunyai

Disediakan oleh LJG 27


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

latihan asas. Malah ada kalanya lebih baik dari guru yang sedia ada. Adakalanya
juga seringkali para guru menjadi sasaran jika berlaku masalah dalam masyarakat.

Kini cabaran menjadi seorang guru tidak seperti yang dilihat dengan mata
kasar. Cabaran dalam Wawasan 2020 adalah antara yang perlu ditangani oleh para
pendidik untuk melahirkan bangsa yang bermoral, beragama dan beretika tinggi
serta penduduk yang mempunyai psikologikal dan pemikiran yang tidak
terkongkong, yakin, bangga dan sedar akan potensinya ke arah mencapai
kecemerlangan dan seterusnya masyarakat yang bersatu padu, berilmu
pengetahuan dan berdaya saing.

Pada asasnya profesion keguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah
sama, iaitu untuk mengajar, mendidik dan merubah manusia yang bernama pelajar
dari keadaan yang tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh
membaca kepada celif huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.
(Shuib & Johari, 2001)

Antara punca yang menyebabkan status guru masa sekarang dipandang


rendah adalah kerana pelajar hari ini dimewahkan oleh ibu bapa sendiri. Fenomena
yang biasa berlaku sekarang ialah para guru menunggu bas manakala murid
menunggu pemandu peribadi mereka untuk pulang apabila selesai sesi
persekolahan. Tidak kurang yang memandu sendiri ke sekolah dan amat biasa
murid memegang telefon bimbit. Kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik
menyebabkan hormat mereka terhadap guru berkurangan. Guru sering dipandang
rendah oleh pelajar dan akibatnya mereka tidak takut untuk melawan guru. Sikap
ibu bapa yang menyebelahi anak-anak juga menjadi punca pelajar melawan guru.

Berita guru memukul pelajar dan sebaliknya sering berlaku dan menjadi topik
media juga bualan hangat masyarakat. Kejadian guru-guru memukul pelajar sering
dipilih untuk dijadikan tajuk utama bagi media masa. Pihak ibu bapa hari ini sering
mencari jalan penyelesaian mudah bagi menangani masalah anak-anak mereka

Disediakan oleh LJG 28


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

yang dipukul guru. Mereka lebih gemar berpaling kepada media sebagai perunding
cara dan jalan penyelesaian segera. Sikap sebegini boleh dianggap tidak rasional
dan tidak adil bagi para guru. Media masa pula sering berpihak kepada murid yang
terlibat tanpa pertimbangan yang wajar.

Pihak media masa pula sering memperbesar-besarkan isu ini dengan tujuan
dapat melariskan jualan mereka. Kerana ada sesetengah media masa cuma
mengutamakan keuntungan sahaja tanpa memikirkan kenyataan yang betul. Ada
waktunya murid yang dipukul hanya mengalami segaris luka tetapi perkataan
sensasi yang sering digunakan ialah ‘cedera’. Guru digambarkan sebagai jahat
kerana memukul murid tetapi apabila diketahui bahawa sikap murid terbabit
sebagai punca dia dipukul, media tidak pernah memperbetulkan cerita apa lagi
meminta maaf. Keadaan ini jelas sekali, pasti kita tidak pernah mendengar berita
dari media masa yang melaporkan tentang murid yang melakukan kesalahan
disiplin perlu dipukul. Kenapakah keadaan ini berlaku? Pasti kerana berita ini tidak
menarik minat para media masa begitu juga dengan masyarakat umumnya.
Perkara ini secara tidak langsung menjatuhkan status guru dalam pandangan
masyarakat kini.

2. Laluan Kerja Guru Yang Terhad

Profesion keguruan adalah profesion yang statik, kurang masa dan peluang
terlalu kecil. Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru. P.
Bakhtiar Mansor (1993) mengambil beberapa stastistik mengenai perbandingan
peluang kenaikan pangkat di kalangan beberapa profesion utama antaranya:
Pendidikan 3.5%
Jurutera Awam (Kerja Raya) 27.1%
Pegawai Perubatan 15.1%
Polis 18.6%
Pegawai Pertanian 13.4%

Disediakan oleh LJG 29


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 38.4%

Walaupun konsep Guru Cemerlang telah diperkenalkan pada tahun 1993


bagi memberi peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru tanpa perlu bertukar ke
jawatan-jawatan naik pangkat (pentadbiran), namun tempoh syarat untuk memohon
kenaikan tersebut adalah agak lama iaitu memerlukan pengalaman mengajar tidak
kurang daripada 10 tahun. Ini tidak mengambil kira syarat-syarat lain.

3. Beban Tugas Guru serta Kurang Insentif

Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah


menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan
tugas sebagai pendidik, guru diperlukan membuat perancangan pengajaran,
persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas
peperiksaan atau ujian, mengawas peperiksaan, menghadiri mesyuarat, menghadiri
kursus dan sebagainya. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas
sebagai kerani dalam mengendalikan urusan sampingan seperti urusan buku teks
murid, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelab murid,
kegiatan sukan dan ko-kurikulum murid dan berbagai lagi. Beban tugas yang
banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan. Oleh itu, guru memerlukan
kompetensi pengurusan masa bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut. Antara
kriteria guru berkesan ialah guru yang dapat mempamerkan mutu pengajaran yang
baik dan dapat menjalankan tugas yang berkaitan dengan pengurusan dengan cara
yang berturutan dan semula jadi dalam kedudukannya.

Ramai guru berpendapat beban tugas guru adalah sangat membebankan.


Beban tugas yang banyak sebenarnya merupakan fenomena biasa dalam
kehidupan pendidik. Kenyataan ini perlu dihadapi dan sedia diketahui sebelum guru
tersebut memilih profesion perguruan. Beban tugas yang tidak diuruskan dengan
sistematik akan menyebabkan berlakunya tekanan dan seterusnya menghasilkan

Disediakan oleh LJG 30


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

mutu kerja yang mengecewakan apabila dibuat penilaian. Guru perlu pandai
membuat perancangan dan strategi, membahagikan keutamaan urutan tugas dan
tanggungjawab yang perlu dipelajari melalui pengalaman, pemerhatian dan
bertanya kepada guru berpengalaman. Guru haruslah sedar atau beringat bahawa
setiap langkah mereka sebenarnya dalam pemerhatian dan sentiasa dinilai. Pelajar
kini semakin bijak dan boleh memberi penilaian dan tindak balas atas tindakan
guru.

4. Kepelbagaian Tahap Kesediaan Perlu Ada Pada Guru

Seorang guru yang kompeten seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan


yang cemerlang dan terkini terhadap mata pelajaran yang diajar. Mereka juga perlu
mempunyai kemahiran menggunakan kaedah pengajaran yang mudah difahami
dan dikuasai murid. Penyampaian yang sistematik dan melibatkan pelajar secara
aktif akan menjadikan corak pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Setiap murid
diberi perhatian dan dibantu bagi mengatasi kelemahan masing-masing dan
meningkatkan prestasi akademik masing-masing. Persoalan tentang keberkesanan
guru dalam pengajaran sering menjadi tanda tanya apabila masyarakat cuba
mengukur dan menilai prestasi mereka dari sudut peningkatan kemajuan akademik,
tingkah laku para murid yang cuba dibentuk ataupun tingkah laku mereka sendiri.

Guru perlu dedikasi terhadap profesionnya memandangkan sebahagian


besar masa guru itu dihabiskan dengan berfikir, merancang dan menjalankan
aktiviti-aktiviti yang berkait dengan pengajaran dan murid-muridnya. Masyarakat
umumnya mengharapkan guru-guru yang bertanggungjawab, mempunyai tingkah
laku yang baik, rajin, bermoral tinggi dan tidak melanggar norma-norma
masyarakat.

Menurut Abd Rahim, 2000, guru yang profesional memerlukan mutu personal
yang sesuai dengan tugas dan status guru. Mutu personal guru antaranya meliputi
sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi, kemahiran berkomunikasi, sifat-

Disediakan oleh LJG 31


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas, dan mempunyai pencapaian yang


istimewa yang boleh meningkatkan profesionalisme perguruan. Kelemahan mutu
personal guru memberikan kesan yang buruk dan menjejaskan mutu dan
keberkesanan pendidikan serta imej perguruan. Guru yang kurang komitmen
terhadap tugas dan tanggungjawab menyebabkan imej guru dipandang rendah oleh
masyarakat.

Guru masa kini perlu melengkapi diri dengan kemahiran berkomunikasi


bukan sahaja dalam bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan malahan juga bahasa
Inggeris. Penguasaan dwi bahasa dikatakan akan mengangkat profesionalisme
perguruan kerana peranan guru hari ini bukan hanya sebagai seorang yang
memberi pelajaran tetapi juga sebagai pendidik dan profesion yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa.

Perkembangan pendidikan melibatkan pemindahan ilmu dan teknologi yang


memerlukan pengetahuan bahasa Inggeris. Oleh itu, guru perlu mahir dalam
bahasa antarabangsa ini bagi membolehkan mereka memperoleh, membina,
mengembang, dan memindahkan pengetahuan dan teknologi dalam segenap
bidang. Penguasaan bahasa antarabangsa ini perlu dipertingkatkan di kalangan
semua guru kerana bahasa tersebut merentas penyebaran pengetahuan yang
terdapat di Internet dan juga buku rujukan. Keperluan komunikasi bahasa Inggeris
ini juga adalah selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan sumber tenaga
manusia yang mempunyai ciri daya kreatif, daya saing, tinggi ketahanan diri,
menguasai bahasa dan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa-bahasa
antarabangsa, cekap dan berwibawa. Keperluan ini juga selaras dengan dasar
kerajaan melaksanakan pendidikan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI) yang telah dilaksanakan sejak tahun 2003.

Guru juga hendaklah bersifat dinamik iaitu sentiasa responsif dan berupaya
menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke
semasa. Hanya guru yang bersifat dinamik dapat menangani cabaran-cabaran baru

Disediakan oleh LJG 32


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

yang sering timbul dan berkebolehan memainkan peranannya dengan berkesan


demi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.

5. Peningkatan Jangkaan Yang Tidak Realistik

Antara ciri utama yang ingin dicapai menjelang 2020 ialah melahirkan modal
insan minda kelas pertama. Menurut Akta Pendidikan tahun 1996, Falsafah
Pendidikan Negara tahun 1988, telah digantikan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan pada tahun 1996 (Kementerian Pendidikan, 1999).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1996, berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

[Mok, 2008] Berpandukan kepada pernyataan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan di atas, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasarkan kepercyaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahun, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya
mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran negara.

Disediakan oleh LJG 33


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama bukanlah suatu tugas
yang mudah. Guru juga adalah insan biasa yang tidak sempurna, mempunyai
banyak kelemahan. Walau bagaimanapun, seringkali para ibu bapa memberi
tanggungjawab penuh kepada guru-guru untuk mendidik dan membentuk anak-
anak mereka. Namun, sekiranya terdapat kejadian ataupun masalah akademik,
ataupun masalah disiplin di kalangan pelajar, pihak ibu bapa serta media massa
sentiasa menuding jari pada guru-guru kerana gagal mengatasi masalah tersebut.

Negara juga bergantung sepenuhnya kepada guru yang dianggap sebagai


pemangkin sistem pendidikan. Oleh itu para guru perlu bersedia melaksanakan
pelbagai usaha bagi menjayakan aspirasi negara. Dasar negara yang kini
menekankan kepada “k-workers” atau pekerja berilmu pengetahuan jelas
menunjukkan bahawa pekerja berilmu pengetahuan adalah aset terpenting negara.

6. Cabaran Sebagai Agen Penyebaran Ilmu

Guru merupakan agen penyebaran ilmu pengetahuan, yang membentuk


generasi masa akan datang, memainkan peranan bagi memastikan generasi muda
yang terhasil daripada sistem pendidikan hari ini mampu meneruskan
kesinambungannya pada masa akan datang. Walaupun dilanda pelbagai
perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan, para guru seharusnya mampu untuk
menjadi individu yang boleh bersaing di persada dunia dan menjadikan perguruan
ini sebagai profesion yang sama hebat dengan bidang kerjaya yang lain.

Memandangkan guru merupakan aset terpenting dalam organisasi


pendidikan, maka adalah penting sekali setiap individu dalam perguruan sentiasa
ditambah nilai dan diasah sesuai dengan perkembangan semasa. menyatakan,
bagi menggunakan sumber manusia yang ada secara berkesan, sesebuah
organisasi mesti memastikan bahawa semua individu bersedia untuk belajar pada
setiap kesempatan yang ada dan organisasi yang berjaya adalah yang mengetahui

Disediakan oleh LJG 34


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

bagaimana mendapatkan komitmen dan keupayaan untuk belajar di setiap


peringkat dalam organisasi tersebut (Senge, 1994). Oleh itu, para guru mestilah
mengubah persepsi bahawa pembelajaran adalah sebagai amalan sesekali atau
bila perlu sebaliknya menjadikan pembelajaran sebagai amalan berterusan atau
sepanjang hayat (long life learning).

7. Cabaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Ledakan maklumat pula menuntut pendidik mempunyai kemahiran komputer


(Computer literate). Kemahiran ini perlu dikuasai bukan sahaja oleh guru malahan
pihak pentadbiran pengurusan. Tuntutan ini menyeluruh kepada semua peringkat
jawatan perguruan kerana tugas pengurusan masa kini menjadi lebih mudah
dengan adanya komputer dan kemahiran menggunakannya. Seorang guru dapat
mengkaji punca sesuatu masalah dengan cara mengumpul dan menganalisis
maklumat serta data yang berkaitan. Dalam proses ini, kemahiran serta ilmu
pengetahuan baru dapat diperoleh. Maklumat yang diperoleh ini juga boleh
disimpan untuk keperluan jangka masa panjang. Selain itu, kecanggihan teknologi
Internet dan jaringan setempat membolehkan perkongsian maklumat ini berlaku
dengan mudah, cepat dan tepat. Keadaan ini akan membolehkan perkongsian
pengetahuan dan penyebaran ilmu di kalangan pendidik. Proses membuat
keputusan dalam menyelesaikan masalah akan dibuat secara lebih sistematik, dan
tepat berpandukan analisis maklumat yang dibantu dengan kecanggihan teknologi
dan perisian komputer.

Guru digalakkan meningkatkan penguasaan penggunaan teknologi


maklumat untuk meningkatkan kepakaran. Teknologi maklumat dan komunikasi
membuka peluang yang luas kepada pendidik. Kepantasan perubahan teknologi
maklumat memerlukan guru juga bersama menjana ilmu pengetahuan terkini dan
sentiasa menyedari perubahan semasa. Contoh ketara dalam teknologi maklumat
ialah, bentuk komputer dari komputer meja, kepada komputer riba dan terkini
computer tablet yang telah pun digunakan oleh tiga buah sekolah rintis yang

Disediakan oleh LJG 35


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

melibatkan penggunaan sebanyak 309 unit computer tablet dan dilaksanakan sejak
tahun 2004. Pengetahuan komputer di kalangan guru amat penting kerana ia dapat
mengatasi banyak kelemahan dan halangan pembelajaran yang bersifat tradisional
dan terlampau terikat kepada pendekatan belajar berpusatkan guru (Abd. Rahim,
2000)

Disediakan oleh LJG 36


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Kesimpulan

Untuk merealisasikan aspirasi Negara iaitu untuk memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi melahirkan insane yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, guru perlu menghayati dan
mengamalkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan
seterusnya membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Kedua-dua Model Tyler dan Model Taba tergolong di bawah Model Objektif,
di mana kedua-dua model tersebut menekankan kepada tujuan pendidikan atau
objektif pengajaran (hasil pembelajaran). Model objektif adalah bersifat sistematik
kerana mempunyai komponen-komponen atau langkah-langkah pelaksanaan
tertentu kea rah pencapaian tujuan pendidikan yang telah ditentukan. Kedua,
objektif pengajaran yang ingin dicapai digariskan dengan jelas. Dengan itu, maka
kandungan dan kaedah mengajar guru lebih terurus dan pencapaian murid lebih
mudah dinilai.

Para guru perlu bersedia dari sudut pelbagai aspek untuk menghadapi
cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada masa kini dan masa akan datang.
Dengan tahap persediaan yang tinggi, keberkesanan setiap guru tidak akan terjejas
walaupun behadapan dengan pelbagai cabaran dan rintangan.

Disediakan oleh LJG 37


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Rujukan (Format APA)

Buku Rujukan:
Mok, S.S. (2008). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran,
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Choong, L.K. (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program
Pergurauan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Siri Pendidikan Guru.
Mok S.S. (2005). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2)
Psikologi Pendidikan & Pedagogi, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Razali, S.N. (2002). Pedagogi Teori dan Praktik, Dewan Bahasa Pustaka

Terbitan Elektronik:
Mohd, S. M. (2004). Perkongsian Dalam Pendidikan-Fokus Di Sekolah [Versi
elektronik]. Jurnal Penyelidikan Jilid 5, 2004, Institut Perguruan Batu Lintang.

Epstein, J. L. (1995). School/family/community Partnerships: Caring for the Children


We Share [Versi elektronik]. Artikel Jurnal Phi Delta Kappan, Vol. 76, 1995.

Bobbitt F., 1918. The Curriculum, Houghton Mifflin Company [Versi Elektronik].
Dimuat turun daripada Universal Digital Library:
http://www.archive.org/download/curriculum008619mbp/curriculum008619mb
p.pdf

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, SK Tahun 1, (2003). Dimuat turun


daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran
Malaysia: http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/bm/kbsr/hsp_bm_sk_y1a.pdf

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu, SK Tahun 1, (2007). Dimuat


turun daripada Portal Rasmi PPD Kubang Pasu:
htp://ppdkubangpasu.net/e107_files/public/bmy1.zip

Disediakan oleh LJG 38


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979).


Dimuat turun daripada Digitalibrary Malaysia:
http://www.digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/018_laporan%20jawat
ankuasa%20kabinet%20mengkaji%20pelaksanaan%20dasar%20pelajaran%
201979.pdf

Wawasan 2020. Dalam Nota Penilaian Tahap Kecekapan: Wawasan 2020 Versi
1.0. Dipetik daripada Portal Bahagian Pembangunan dan Penilaian
Kompetensi:
http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/WAWASAN%202020/WAWASAN%2020
20%20VERSI%201.0.pdf

Pembangunan Kerjaya Berterusan Guru Cemerlang, (2007). Dipetik daripada


Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia- Terma Rujukan dan Konsep
Guru Cemerlang:
http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/pusat_jab_pdf/2006/2007_terma_bah
agian_e1.pdf

Pengisian Jawatan Guru Cemerlang Tahun 2003. Dipetik daripada Portal Rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia:
http://apps.emoe.gov.my/jns/private/urusgc/siarangc2003.pdf

Disediakan oleh LJG 39


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Lampiran

Disediakan oleh LJG 40


Kertas Kerja Ilmu Pendidikan KPLI (SR) Komponen Profesionalisme

Borang Kolaborasi

Disediakan oleh LJG 41

Anda mungkin juga menyukai