Sesuatu pemasangan elektrik yang telah siap perlu menjalani proses pengujian sebelum diberikan bekalan . Pengujian ini adalah bertujuan untuk mempastikan pemasangan itu betul-betul selamat dan mematuhi peraturan IEE . Di samping itu pengujian tersebut dapat menjamin keselamatan pengguna dan juga peralatan yang bakal digunakan . Walaupun pengujian ke atas pemasangan elektrik tidaklah menjamin pemasangan tersebut selamat untuk selama-lamanya tetapi perlulah dibuat pengujian-pengujian yang berulang dalam tempoh yang sesuai . Tujuan setiap ujian yang dijalankan,secara amnya, tujuan pengujian dijalankan ke atas pemasangan atau alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatau pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE. Kepentingan ujian dijalankan mengikut turutan untuk mengelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Tujuan utama ujian ini ialah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan Jenis ujian yang patut dijalankan mengikut urutanialah ujian keterusan pengalir litar akhir gelang , ujian pengalir perlindungan, termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan, ujian rintangan elektrod bumi, ujian kekutuban, ujian gelangan gelung kerosakan ke bumi, ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.
Gelung pelanti k
Suis pelantik
Punatekan uji
Gelung pengesa n
Gelung B tera s
Rintangan uji
Gelung A
13A S/K
Pemutus Litar Bocor Ke bumi (PLBK) ialah sejenis alat perlindungan yang boleh melindungi pengguna daripada renjatan elektrik jika berlaku kebocoran arus pada kelengkapan pengguna. Alat ini bertindak memutuskan bekalan dengan serta merta apabila kebocoran arus dikesan berlaku. Terdapat dua jenis PLBK iaitu PLBK Kendalian Voltan dan Kendalian Arus. Bagaimana pun PLBK kendalian voltan kurang berkesan berbanding dengan PLBK Kendalian Arus. Alat ini MESTI dipasangdi setiap pepasangan elektrik.
Sentuhan Langsung (Direct Contact) Lihat gambar B. 2. Peralatan elektrik yang telah rosak atau logam yang sedang mengalirkan arus elektrik yang dipanggil Sentuhan Tak Langsung (Indirect Contact) Lihat gambar C.
Kebanyakan renjatan elektrik disebabkan oleh:1. Kecuaian 2. Sikap pengguna semasa mengendalikan peralatan ele 3. Tidak mempunyai pengetahuan, kemahiran yang cukup dan kesedaran tentang bahaya elektrik 4. Peralatan yang telah diubahsuai sendiri oleh para pengguna 5. Peralatan elektrik yang tidak selamat, bermutu rendah serta tidak mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Tenaga.
Jenis PLBK
Kendalian Voltan dan Kendalian Arus
Terdapat dua cara PLBK berfungsi iaitu Kendalain Arus dan Kendalian Voltan. Terdapat beranika rupa bentuk untuk setiap jenis. Contoh PLBK Kendalian Arus adalah seperti gambar A. Manakala dua jenis PLBK Kendalian Voltan yang telah dimansuhkan adalah seperti gambar E.
KENDALIAN VOLTAN Di manakah PLBK dipasang? Di setiap rumah di papan suis utama
PLBK mestilah dipasang di papan suis utama di setiap rumah seperti gambar D untuk mencegah kemalangan elektrik dan cara ini amat berkesan. Jika anda menggunakan alat Pemanas Air Elektrik. PLBK tambahan perlu dipasang khas untuk mengawasi pemanas air berkenaan. Cara ini lebih menjamin keselamatan keluarga anda.
perlu untuk menukarkan PLBK ini, kerana PLBK Kendalian Arus adalah lebih peka kepada sebarang kerosakan pada pepasangan dan peralatan elektrik di rumah anda.
berkeadaan baik dan boleh berfungsi. Jika tidak sila berhubung dengan kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga adalah perlu untuk menggantikannya dengan yang baru kerana ia tidak boleh diperbaiki. PLBK baru Kendalian Arus mestilah digunakan kerana PLBK Kendalian Voltan telah dimansuhkan dan tidak selamat.
4. Menggunakan peralatan elektrik yang pecah, rosak dan telah diubahsuai. 5. Menggunakan peralatan elektrik degan tangan yang basah atau di tempat-tempat lembab seperti di bilik air. 6. Membiarkan kanak-kanak bermain dengan peralatan dan punca elektrik.
7. Mengubahsuai sesuatu peralatan elektrik dari rekabentuk/ tujuan asal.
Hindarkan kemalangan elektrik Setiap pengguna elektrik mestilah lebih berhati-hati apabila menggunakan peralatan elektrik. Elakkan membuat pembaikan, pengubahsuaian tanpa kemahiran dan pengetahuan yang cukup. Jangan menggunakan peralatan elektrik yang bermutu rendah dan sudah rosak. Pastikan semua ciri-ciri keselamatan dan alat perlindungan di rumah anda berada di dalam keadaan baik dan berfungsi seperti:1. Pemutus Litar Bocor Ke Bumi 2. Fius-fius atau Pemutus Litar Kecil 3. Sistem dawai bumi.
Sebarangan penggantian atau pemasangan PAB hendaklah dilakukan olehkontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga denganmenggunakan PAB yang mempunyai label SIRIM sahaja. Pastikan kontraktor elektrik tersebut menunjukkan perakuan pendaftarannya sebelum memulakan kerja.
Bila berlaku arus bocor, arus ini akan dibumikan melalui dawai pembumian. Dawai pembumian iniditamatkan di kotak bumi. PAB dengan kadar epekaan 100mA lazimnya dipasang di kotak agihan. Bagaimana pun untuk menggunakan kelengkapan mudah alih yang dikendalikan engan tangan, PAB tambahan pada kadar kepekaan 30 mA perlu dipasang terlebih dahulu pada palam kuasa yang hendakdigunakan. Bagi kelengkapan elektrik yang digunakan di tempat permainan kanak-kanak atau kawasan yang berair seperti bilik mandi, kolam renang dan kolam airpancutan, kadar kepekaan PAB yang mesti digunakan ialah 10mA. Kadaran-kadaranini adalah selaras dengan kehendak Peraturan-peraturan Elektrik 1994. PAB ini juga perlu diuji sekurang-kurangnya sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi denganbaik. Secara ringkasnya kadar PAB adalah seperti dibawah;
Jenis Peralatan PAB perlu dipasang di kotak agihan samada pepasangan satu fasa atau tiga fasa. Penyambungan hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, samaada secara individu atau dalam kumpulan.
100mA
Kelengkapan, radas atau perkakas yang 30mA dipegang dengan tangan (peralatan mudah
alih) seperti mesin basuh, peti sejuk, penebuk lubang elektrik, perlu adaPAB yang kedua. Oleh yang demikian soket alurkeluar perlu dipasang dengan PAB dan pemasangannya boleh dibuat di kotak agihan.Walaubagaimanapun PAB jenis mudah alih(portable RCD) juga boleh digunapakai. Pepasangan di tempat hiburan awam seperti kawasan yang terdapat permainan kanak-kanak seperti kiddy ride, mesin video dll perlu dipasang PAB.
10mA
Kelengkapan elektrik seperti pemanas air elektrik yang dipasang ditempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau 10mA jika dinding ataukepungan berintangan elektrik yang rendah seperti bilik air perlu ada PAB yang kedua.
Walaubagaimana pun PAB ini tidak dapat melindungi daripada voltan yang tinggi disebabkan kilat. Satu alat lain diperlukan untuk mendapat perlindungan daripada kilat.Pengguna-pengguna juga perlu mengambil langkah-langkah yang selamat dalam menangani isu pendawaian elektrik.
PLK memberi perlindungan daripada arus / beban lampau dan litar pintas. Ianya lebih kepada memberi perlindungan kepada peralatan elektrik dan sistem pendawaian itusendiri. PLBK pula memberi perlindungan kepada manusia daripada kejutan elektrikakibat daripada arus bocor.
Apakah dia Pemutus Litar Bocor Kebumi - PLBK (Earth LeakageCircuit Breakers - ELCBs)?
Ia dikategorikan kepada dua iaitu PLBK kendalian voltan dan PLBK kendalian arus.PLBK kendalian voltan mula diperkenalkan lebih kurang 60 tahun dahulu sementara PLBK kendalian arus pula lebih kurang 40 tahun (diperkenalkan pada tahun 50an)dahulu.
mendatangkan kesan kepada alatubah arus. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, disebabkan oleh kerosakkan ke bumi, maka arus masuk dan arus yang keluar tidak akan seimbang lagi. Ketidak seimbangan ini akan menjana arus dan jika arusnya melebihi kadar yang ditetapkan, PLBK tersebut akan terpelantik dan memutus bekalan. Jika sekiranya terdapat arus bocor ke bumi, PLBK kendalian voltan hanya akan terpelantik apabila arus yang melalui gelung geganti cukup untuk mengerakkan sesentuh geganti untuk memutuskan bekalan. Jika tidak arus bocor tersebut akan terus mengalir ke bumi. Tahap perlindungan dari kejutan elektrik yang diberi oleh PLBK kendalian voltan adalah tidak berapa sensitif. Satu lagi keburukannya ialah ia mempunyai kecederungan untuk terpelantik dari arus bumi yang disebabkan dari pepasangan lain. Manakala PLBK kendalian arus akan terpelantik jika arus masuk dan keluar adalah tidak seimbang. PLBK kendalian arus adalah lebih sensitif terhadap arus bocor kebumi. PLBK kendalian voltan telah dimansuhkan penggunaannya di Malaysia sejak 1994 lagi. Merujuk kepada Peraturan Pendawaian Institute of Electrical Engineers penggunaannya juga diharamkan sejak 1985 (Peraturan IEE 15). Kesemua PLBK kendalian voltan perlu ditukar ke PLBK kendalian arus secepat mungkin bagi tujuan keselamatan.
Jenis AC Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik Jenis A Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus ulang-alik dan arus terus (pulsating DC (rectified AC)) Jenis B Hanya digunakan bagi perlindungan daripada arus bocor ke bumi bagi arus terus (pure DC earth fault currents) yang mana kebiasaannya dihadkan kepada kegunaan khas (e.g. rectified three phase suplies).
atau yang dimaksudkan boleh diakses, digunakan atau dikendalikan oleh orang ramai dengan menggunakan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere;
(2) Bagi sesuatu pepasangan di tempat yang lantainya berkemungkinan akan basah atau jika dinding atau kepungan berintangan elektrik yang rendah, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada manarnana litar akhir yang membekalkan tenaga kepada mana-mana kelengkapan, sama ada secara berasingan, atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 10 miliampere. (3) Bagi sesuatu pepasangan jika kelengkapan, radas atau perkakas yang dipegang dengan tangan digunakan atau berkemungkinan digunakan, perlindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat pada manamana litar akhir, sama ada secara berasingan atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 30 miliampere. (4) Bagi sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan yang disebut dalam subperaturan (1), (2) dan (3), pertindungan terhadap arus kebocoran bumi hendaklah dibuat bagi mana-mana litar akhir, sama ada secara individu atau dalam kumpulan, dengan peranti arus baki yang mempunyai arus kendalian baki terkadar tidak melebihi 100 miliampere melainkan; (a) atas sebab-sebab fungsi, adalah tidak praktik untuk mengadakan perlindungan itu; atau (b) adalah tidak selamat atau berbahaya untuk mengadakan perlindungan itu.
memutuskan bekalan apabila iamencapai kadar yang telah ditetapkan. Ianya tidak boleh dijamin dapat menyelamatkan diri daripada kejutan elektrik dan oleh yang demikian lain-lain sistemperlindungan elektrik yang terdapat didalam sistem pendawaian elektrik juga perlu diberi perhatian. Walaubagaimanapun PAB dapat membantu bagi memastikan kejutan elektrik itu suatu pengalaman yang menyakitkan dan tidak membawa kepada kematian. Peralatan yang memberi perlindungan elektrik yang terdapat dalam sistempendawaian elektrik ialah PLK, PAB, fius yang terdapat didalam palam tiga pin dandawai bumi. PAB adalah sesuai untuk melindungi daripada terkena renjatan elektrik.
1. Jika PAB di on kan dan PAB masih terpelantik, maka kemungkinan terdapat kelengkapan elektrik yang sedang on dan telah rosak yang mana terdapat arus bocor ke bumi yang berterusan. Oleh yang demikian off kan semuakelengkapan elektrik termasuk lampu dan sebagainya. On kan PAB semula danon kan kelengkapan elektrik satu persatu sehingga PAB terpelantik sekali lagi.Asingkan kelengkapan tersebut. Jika keadaan yang sama berlaku walaupun kelengkapan tersebut diasingkan, sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut. 2. Jika PAB di on kan dan PAB masih terpelantik walaupun selepas semua kelengkapan elektrik di off kan, maka kemungkinan terdapat ketidak seimbangan yang berterusan di antara arus yang masuk (hidup) dan keluar (neutral) didalam litar tersebut. Keseluruhannya sistem pendawaian perlu diperiksa. Sila hubungi pendawai elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk membaiki kerosakan tersebut.
o Jangan menggunakan kelengkapan elektrik dengan tangan yang basah. o Pastikan membaca buku panduan yang disediakan apabila membeli kelengkapan elektrik. o Pastikan sistem pendawaian elektrik tidak disambong / ubah tanpa dilakukan oleh pendawai yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. o Off kan kelengkapan yang tidak digunakan.
Keburukan RCBO ialah jika ia terpelantik adalah tidak dapat diketahui samada disebabkan arus lampau atau arus rosak ke bumi.
GFI = Ground Fault Interrupter. Istilah ini biasanya dipakai di Amerika Utara.Operasinya adalah sama seperti PAB.
KESIMPULAN
Peraturan umum, pengujian mestilah dijalankan mengikut urutan. Sesuatu pengujian haruslah mengesahkan keterusan semua pengalir (termasuk pengalir pelindung) dalam setiap litar akhir gelang. Setiap pengalir haruslah diuji secara berasingan untuk mengesahkan keadaan sesuatu pengalir dengan cara penyambungannya bagi penerus pengalir bumi. Untuk menguji rintangan penebat semua penyambung fius berada ditempatnya, semua suis (termasuk suis utama) ditutup kecuali untuk pemasangan TN-C, semua tiang atau fasa pendawaian disambungkan bersama secara elektrik Rintangan penebat ke bumi haruskah tidak kurang daripada 1 megaohm. \Bagi rintangan elektrod bumi, arus ulang-alik yang bernilai stabil dibekalkan antara elektrod bumi T dan elektrod bumi tambahan T1 yang
diletakkan pada suatu jarak tertentu dari T supaya kawasan rintangan keduadua elektrod tidak tertindih. Setiap konduktor perlindungan hendaklah diuji untuk mengesahkan bahawa ia baik dari segi aliran arus elektrik dan disambung dengan betul. Suatu ujian hendaklah dijalankan untuk mengesahkan kesinambungan setiap konduktor termasuk konduktor pelindung setiap gelang litar akhir. Rintangan penebatan antara konduktor hidup hendaklah diukur sebelum pemasangan di sambung kepada bekalan. Setiap fius dan kawalan kutub tunggal dan peranti pelindung di sambung dalam konduktor fasa sahaja. Di mana langkah-langkah perlindungan digunakan yang memerlukan pengetahuan tentang rintangan elektrod bumi ini hendaklah disekat. Pemeriksaan secara mata kasar juga perlu sebelum pegujian dijalankan. Sijil pada setiap ujian hendaklah dikeluarkan oleh kontraktor atau orang yang bertanggungjawab mengarahkan pemasangan itu. Bagi setiap pemasangan ( pengubah yang besar ) hendaklah membuat catatan dalam sijil berkenaan.
Rujukan