Anda di halaman 1dari 1

PKP 3118 Contoh soalan yang boleh digunakan untuk mengajar pola nombor menggunakan petak nombor 100.

1. Scott mewarnakan petak-petak yang bernombor 7, 14, 21 dan 28. Apakah pola nombor tersebut? Apakah nombor seterusnya? 2. Patty mewarnakan petak yang lain. Beliau mewarnakan petak bernombor 35, 40,45, 50, and 55. Apakah nombor yang seterusnya? 3. Maggie pula mewarnakan petak nombor yang ditambah 3. Dia mewarnakan petak bernombor 32, 35, 38, 41, 45, 47, and 50. Dia telah membuat kesilapan. Apakah kesilapan yang telah Maggie lakukan? 4. Teo mewarnakan petak-petak yang bernombor 1, 5, 9, dan 17 iaitu nombor ditambah 4. Teo juga telah melakukan kesilapan. Apakah kesilapan tersebut? 5. Pada petak seratus yang telah dibekalkan bulatkan dengan warna merah nombor yang ditambah 5 bermula dengan 10. Kemudian bulatkan dengan warna hijau petak-petak nombor yang ditambah 10 bermula dengan 10. Apakah nombor yang dibulatkan dua kali? Mengapakah sebahagian nombor yang ditambah 5 diulangi dalam corak tambah 10?
6.

Lihat kembali pada corak di soalan 5? Adakah corak serupa diperolehi jika anda mulakan corak ditambah 5 dengan 13 dan corak ditambah 10 juga dengan 13? Periksa jawapan anda dengan membulatkan nombor tersebut.