Anda di halaman 1dari 11

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Kursus Ijazah PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

(PENDIDIKAN RENDAH) Semester 3 ANATOMI DAN FISIOLOGI

NO. KOD:

PJM 3106

TARIKH:

Mei 2012

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

No. Kod: PJM 3106 BAHAGIAN A ( 20 markah ) C D B C D A A D A B A A C B D D C B A C

PMM

[Satu soalan 1 M = 20 M]

SULIT

BAHAGIAN B Soalan Struktur (40 markah) .1 a i ii iii iv v Berdasarkan pada gambarajah 1, labelkan jenis tulang tersebut. Tulang panjang Tulang pendek Tulang sekata/leper/pipih/ flat Tulang tidak sekata/ tak sama bentuk/ irregular Tulang Sesamoid/bijih 1 fakta X 1 markah = 1 markah 5 fakta X 1 markah = 5 markah

Tulang X ialah Femur Tulang Y ialah Patella

ii iii

Sendi engsel/Sinovial Jenis pergerakan : (a) Fleksi (b) Ektensi 1 fakta X 1 markah = 1 markah 5 fakta X 1 markah = 5 markah

Neuron menghantar impuls-impuls saraf dari satu bahagian tubuh ke bahagian tubuh yang lain melalui unjuran protoplasma yang panjang. Senaraikan bahagian neuron dan jelaskan fungsinya:i ii iii iv Dendrit- membawa impuls saraf ke badan sel Akson Badan sel Nukleus - membawa impuls saraf keluar dari basan sel - pusat metabolik sel - pusat kawalan aktiviti 1 fakta X 1 markah = 1markah 6 fakta X 1 markah = 6 markah

Sistem limfatik mempunyai pelbagai peranan yang penting. Senaraikan dua daripada fungsinya dengan jelas. Fungsi Sistem:i ii iii iv v. Mengalirkan cecair yang mengandungi protein dari ruang-ruang tisu yang telah terkeluar dari pembuluh darah. Menghantar lemak dari trek gastrousus ke dalam peredaran darah. Memberi kawalan dan pertahanan. Tisu limfatik di seluruh badan menghasilkan sel darah putih juga antibodi. Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk menuras mikrob, sel -sel barah dan bahan asing yang sangat kecil. vi. Kilang Limfatik menapis bendalir limfatik dan meyekat kumankuman di dalamnya. 1 Fakta X 2 markah = 2 Markah 2 fakta x 2 markah = 4 markah

Senaraikan lima organ yang terlibat dalam sistem respirasi. i ii iii iv v vi Hidung Farinks/ Tekak Paru-paru Trakea Bronkus Diafragma 1 fakta X 1 markah = 1 markah 5 fakta X 1 markah = 5 markah

Terangkan mekanisme inspirasi ( tarik nafas ) Otot interkosta luar menguncup Sangkar /tulang rusuk (torak) ditarik ke atas dan luar Diafragma mengucup dan menjadi rata dan meluaskan ruang torak Tekanan udara dalam peparu menurun Tekanan udara di luar lebih tinggi menolak masuk udara masuk ke dalam paru-paru 1 fakta X 1 markah = 1 markah 5 fakta X 1 markah = 5 markah

4.

(a)

Labelkan gambarah 3 di bawah: (i) (ii) (iii) (iv) Ginjal Ureter Bladder/Pundi Kencing Uretra 1 fakta X 1 markah = 1 markah 4 fakta X 1 markah = 4 markah

4.

Nyatakan fungsi organ yang bertanda II, III dan IV II III IV membawa urin dari ginjal ke bladder tempat urin disimpan untuk sementara waktu sebelum dikeluarkan dari badan membawa urin yang disimpan dalam bladder keluar pada masa yang sesuai

1 fakta X 2 markah = 1 markah 3 fakta X 2 markah = 6 markah

Jawapan Soalan esei ( Bahagian C ) Soalan 1 a Jelaskan perihal Jantung anda dari segi anatomi, kedudukan dan fungsinya dalam badan. Pengenalan Jantung ialah organ berongga dan berotot yang mempunyai saiz kira-kira saiz penumbuk sendiri. ( 1 markah ) Ia terletak di dalam kaviti toraks di antara paru-paru kanan dan kiri di belakang tulang dada, sternum. ( 1 markah) Anatominya kelihatan bebentuk tiga segi, empat ruang, dua ruang dinamai atrium (kanan dan kiri)ruang penerimaan darah dua ruang lagi dinamai ventrikel (kanan dan kiri) ruang penolakan darah pembukaan keluar atrium dan ventrikel dikawal oleh injap Bahagian dalam jantung dilapisi oleh sel skuamus selapis, endokardium, yang berterusan dengan endotelium dan lapisan luar perikardium. Di antara endokardium dan epikardium terdapat lapisan otot jantung yang dikenali miokardium. (5 X 1 markah) ( 1 markah) Melabelkannya ( 1 markah)

Melukis rajah jantung

Penutup Fungsi jantung bertindak sebagai sebuah pam yang mengalirkan dan mengedarkan darah ke seluruh badan dan mengekalkan aliran atau peredaran itu setiap masa. ( 1 markah)

( Jumlah 10 markah )

Soalan b Namakan dua jenis kitaran dalam sistem peredaran darah dan huraikan kedua-dua jenis kitaran tersebut. Kitaran Pulmonari : Melibatkan peredaran darah dari Ventrikel kanan jantung ke paru-paru ( kiri atau kanan) melalui arteri pulmonari dengan membawa darah tanpa oksigen dan balik semula ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari dengan membawa darah beroksigen Di paru-paru, darah dari arteri pulmonari disalurkan ke kapilari di permukaan pundi udara (alveolus) di mana proses pertukaran udara berlaku. Udara karbon dioksida diserap masuk ke paru-paru untuk dihembus keluar dan pada masa sama udara oksigen akan diserap masuk. Darah yang kaya dengan oksigen dihantar semula ke atrium kiri jantung melalui vena pulmonari ( huraian konsep = 1 markah ) ( huraian proses = 3 markah ) Kitaran Sistemik: Membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan dan balik semula ke atrium kanan jantung melalui vena kava darah beroksigen yang memasuki atrium kiri dipam ke ventrikel kiri Di ventrikel kiri darah bertekanan tinggi dipam ke dalam aorta Seterusnya darah beroksigen ini akan dihantar ke seluruh anggota badan untuk digunakan dalam proses penafasan sel dan tisu badan ( huraian konsep = 1 markah ) ( huraian proses = 3 markah ) Melukis rajah Melabel rajah ( 1 markah ) ( 1 markah ) (Jumlah 10 markah)

2 a

Huraikan fungsi-fungsi otot tersebut. i Menghasilkan pergerakan Semua pergerakan badan kita dihasikan oleh pengucupan otot. Pengucupan otot rangka membolehkan kita berjalan, berenang dan mengangkat barang dan pelbagai aktiviti. ii Mengekalkan postur Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk dan menunduk kepala apabila menulis. iii Mengstabilkan sendi Semasa melakukan pergerakan, otot-otot rangka juga menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi . iv Menghasilkan haba

Tenaga digunakan untuk pengucupan otot. Kira-kira 85 peratus daripada haba tubuh dihasilkan melalui pengucupan otot. v Mempamerkan ekspresi muka Otot-otot akan bergerak untuk mempamerkan ekspresi gembira, sedih, marah, geram dan sebagainya. ( 1 fakta + huraian = 2 markah ) ( 5 fakta + huraian = 10 markah)

2. b Terangkan ciri-ciri hormon serta namakan empat kelenjar endokrina dan hormon yang dirembeskan. Hormon ialah bahan kimia yang disintesiskan oleh sel-sel hidup. Hormon dirembeskan ke dalam darah dan diangkut oleh sistem peredaran darah ke organ sasaran yang terletak jauh daripada tempat hormon disentesiskan merupakan pengutus ( messenger) kimia yang dirembeskan dalm sistem endokrina ( 1 fakta X 1 markah) ( 2 fakta X 1 markah = 2 markah ) Empat kelenjar endrokrin dan hormon yang dirembeskan:i. ii iii. iv. v. vi. vii. viii. Pineal melantonin Pituitari Oxcytocin, prolactin, antidiuretik Tairoid - Thyroxin, calcitonin Thymus Thymosin Adrenal epinaprin, nonepinaprin, glucocoticoid, meneralocorticoid Pankreas Insulin, glucagon Testis Androgen Ovari Estrogen , progestron 1 kelenjar = 1 markah 1 hormon = 1 markah ( 4 kelenjar dan 4 hormon = 8 markah )

3.

a Terangkan organ-organ dan proses yang terlibat dalam sistem penghadaman dari mula hingga ke akhir proses. Organ Organ yang terlibat dan proses:i. Mulut - memulakan pencernaan, mengecap makanan dengan lidah, menghancurkan makanan dengan gigi mengaul dan melincirkan makanan dengan air liur bagi memudahkan perjalanan ke tiub pencernaan

ii. Esofagus - menghantar makanan dan minuman dari farink ke gaster, pergerakan peristalsis iii. Gaster/perut - menyimpan makanan untuk sementara, mencampurkan makanan dengan rembesan jus gaster dan menghasilkan faktor intrinsik bagi pembentukan sel darah merah. Asid hidroklorid mengaktifkan enzim untuk menghapuskan mikro organisma. Iv. Pankreas - merembeskan enzim pencernaan, merembeskan hormon insulin dan glukagon terus ke dalam darah tang turut terlibat dalam metabolisma. v. Hepar- menghasilkan dan merembeskan hempedu dan menuras darah bagi mengasingkan bakteria dan bahan asing. iv. Usus Kecil - pencernaan dan penyerapan hasil pencernaan, amilase menghadamkan karbohidrat kepada glukosa ( duodenum) dan penyerapan.

( 5 fakta X 1 markah = 5 markah ) ( 5 proses X 1 markah = 5 markah ) Jumlah = 10 markah 3. b Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pemakanan yang sesuai sebelum dan selepas latihan untuk seseorang ahli sukan. Sebelum latihan:Pemakanan sebelum latihan adalah untuk memastikan glikogen tubuh berada pada tahap optimum bagi keperluan latihan dan melambatkan kelesuan. Pemakanan sebelum latihan perlu diambil antara dua hingga empat jam sebelum latihan atau pertandingan

Jumlah pengambilan karbohidrat ialah antara 200 hingga 300 gram dan protein pada kadar sederhana. Manakala serat dan lemak pula diambil pada kadar rendah sahaja Makanan mestilah mudah dihadam Tidak mendatangkan gangguan kepada gastrousus. Sekiranya makanan tersebut tidak diambil sebelum latihan atau pertandingan, maka minuman berkarbnat perlu diambil sebagai ganti. ( 5 fakta X 1 markah = 5 markah) Selepas latihan:Pengambilan karbohidrat bagi tujuan memenuhkan semula simpanan glikogen otot dan hepar. Memastikan tubuh mempunyai bekalan tenaga yang cukup untuk latihan pada hari berikutnya. Ahli sukan mengamalkan pemakanan yang optimum boleh melakukan kebanyakan aktiviti fizikal dengan menggunakan sumber tenaga yang disimpan dalam tubuh. Secara amnya, 100 hingga 150 gram karbohidrat dalam satu jam selepas latihan atau bertanding Dalam masa 24 jam ahli sukan perlu mengambil makanan berkarbohidrat pada kadar 6 hingga 8 gram/kg bagi wanita dan 8 hingga 10 gram/kg bagi lelaki. ( 5 fakta X 1 markah = 5 markah)

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 2012

Anda mungkin juga menyukai