Anda di halaman 1dari 12

,

32
32
01
Tiga perlakuan, jika sesiapa melakukannya, dirinya sendiri akan terkena padahnya (
berbalik kepadanya:
Melampau batas : FirmanNya : Wahai manusia! sesungguhnya perlakuan melampaumu,
pasti akan mengenai dirimu sendiri
Tipu daya: FirmanNya : Tipu daya yang keji itu pasti mengenai kembali pelakunya
Memungkiri janji setia: FirmanNya: Barangsiapa yang memungkiri janjinya, pasti
mengenai dirinya kembali
Untuk itu, wahai teman dan anak- anak, berhati- hati serta berkiralah dalam aturan hidup
ini agar antum tidak tersasar dek pilihan sendiri atau pilihan orang lain yang engkau
turuti. Berfikirlah secara bebas, jangan gunakan otak orang lain...... berfikirlah berdua
atau berseorangan ... pasti kau kan tahu, bahawa orang itu, ibubapamu, gurumu dan
abang adekmu bukan orang gila.. orang yang tak mengenal mana yang benar.. dan orang
yang tak tahu apa- apa. Mereka tetap dipelihara Allah... untuk itu lemparkanlah
syaitanmu itu.... nanti kau makin jauh tersasar.... terkena dek badi pilihan sendiri


Iman itu bertambah melalui ketaatan, berkurangan disebabkan maksiat dan
berkembang subur di dalam jamaah


Belas kepada yg tersasar, bukan kutukan
1. Ada ketikanya mereka jelas tersasar dan boleh dilebal sesat tetapi adab
muslim perlu meletakkan rasa rahmat dan belas kpd mereka, ia lebih baik
drp mengutuk dan melebal pasti ada harapan utk mereka rujuk kpd
kebenaran
2. Omar Al Faroq sering mengulang: jangan bantu syaitan menggoda sahabatmu
tetapi bantulah sahabatmu melawan syaitannya.


Harus Berbilang Kebenaran
1. Berlaku dan pernah berlaku kedua pihak benar ( kisah mesti solat
asar di bani Quraizah)
a. Rasul terima kumpulan yg solat asar di bani Quraizah walaupun
sudah habis waktunya ( pegang lafaz arahan)
b. Rasul juga terima orang yg solat di awal waktu tetapi tidak di
bani Quraizah ( ruh arahan : suruh cepat)


Celaan berdebat dan takabbur
1. Perkara yg paling dibenci oleh Rasul ialah berdebat dan takabbur
sehingga baginda bersabda: Tiadalah perkara yg menyesatkan yg
mengambil tempat hidayah selain mendatangi jadal. "Akulah ketua
kpd mereka yg mendiami tengah syurga : yg meninggalkan jadal
sedangkan mereka bersalah. Aku juga ketua kepada mereka di tengah
dan di puncak syurga bagi mereka yg meninggalkan jadal walaupun dia
yakin di pihak yg benar".


Berbaik Sangka Dgn Akh Lain
1. Ingatilah selalu pesanan Al Syafie Setiap kali aku berdebat dgn orang lain,
aku pasti berharap agar Allah menzahirkan kebenaran melalui lidahnya,
bukan lidahku
2. Jika beginilah sikapnya dlm perkara usul, pasti ada kesediaan besar pada
mereka utk saling mendekati jika didapati kebenaran pada sahabatnya atau
masih tetap berbeza, pasti dia ber surai dengan sahabatnya dan di hatinya
memberikan uzur,
3. Inilah akhlak mukmin sebenar yg ingin memenangkan Islam dgn melambung
dirinya drp runtunan ingin menang dan menjatuhkan yg lain


Bersatu pada perkara pokok
1. Setiap yg bersyahadah adalah saudara Islamnya yg maksum darah, harta
dan maruahnya . Dia perlu ingat ini

2. Janganlah sembunyikan syahwat berdebat dan ingin menang hingga


sanggup melebal dan melenyek orang lain dengan nama yang buruk walau
apapun tahap perbezaan yg berlaku


Keprihatinan Tahap Tinggi Terhadap Ukhuwwah dan Kesatuan
1. Para mukmin belajar drp madrasah quran dan sunnah Rasul tentang ukhuwwah
dan kesatuan hingga melekat pada diri mereka dan menjadi contoh ikutan
kelompok lain
2. Mereka tidak seperti kelompok lain yg menjasad pada diri mereka kedengkian,
pertelingkahan dan buruk sangka kpd orang yg berbeza, lalu tersimpang tumpuan
mereka kepada lorong amal dan penghasilan untuk Allah dan kerana Allah
3. Daripada dua sumber hidup ini, setiap akh muslim memahami bahawa apabila
berlaku perbezaan pandangan dengan akh lain a. Sebenarnya kita berbeza ini
utk mencapai matlamat yg tak boleh kita tinggalkan sama sekali iaitu untuk
menegakkan manhaj Allah di muka bumi ini b.Kita ada sempadan yg tak boleh
dilepasi iaitu ikatan hati dan kesatuan kalimah
4. Apabila ia dingati, dia akan berbincang dgn berhemah, berbeza dgn beradap
dan berupaya utk bersetuju agar tidak keruh keladak di hati masing- masing
5. Akan sentiasa terngiang-ngiang di telinganya pesanan Ar Rahman ( al Anfal 46)
dan Al Amin ( jangankamu berselisih, generasi terdahulu telah hancur akibat
berselisih)

Lihatlah laluan itu, berliku, tak nampak hujungnya, tak tahu jembalang apa yang ada di sana,
tetapi pemandu dan pengembara yang bijak, kuat keyakinannya, selagi masih berbaki minyak
di perut unta, tinggi hati- hatinya dan... tawakkal tingginya hanya padaNya... dia teruskan
perjalanan ini. Berbekalkan iman di dada, mushaf di tangan dan dokongan teman- teman,
pasti sampai jua..... namun mereka amat berharap redha dan hidayahNya... doakan aku dan
dirimu mampu sampai selamat ke destinasi firdausi.. amiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin
Juga kuharap pada teman- teman, inilah unta tua di musafir ini, jangan kau turun
daripadanya. Kalau kau turun juga.... no komen






( )42


( )42







( )42



()42
. . ,
. . , ,
. , ,
. . . . . .
- - , , .
- - . . . ,
; -
, - , . . ; - - ;
. , .
. , .
, . ,
.

. . .
- - ,
.
!

. .
, .
, , :
, , .
( : ) . .
( : . .)
!
, ,
. ; ,
. . , ,
.
[ ]
,
. . . .

. .) (
. , ,
, ;

Teringat saat manis, rasanya 2004 di Tokyo, Jepun.... Damainya hidup ini dan sejuk mata
memandang... jika manusia seperti pokok dan buahan ini... penyantun, murni bahasanya,
lazat dirasa dan orang gembira dengannya... seperti kegembiraanku ketika itu... bersama
Hisham Suci Murni.... he he.

Posted by Abu Ikrimah at Friday, October 30, 2009


Labels:
No comments:
Post a Comment




(

)
.

.


.
.


.
.
!



.



.
)

( :


) :

. )25( )

Apa dia Sujud Tilawah dan Sujud Syukur

SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG


Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar
sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya,
jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir
iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.
Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu
alaihi wasallam :

Maksudnya: Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan
syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.
Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:

Ertinya:Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Taala


Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya.
Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya
dengan bertakbir.
Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua
ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi
takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.(Al-Majmuk 3/561)
Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk
tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan
syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.
Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi
yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang
dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan
juga salam.
Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak
disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud,
bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan
berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian
membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)

BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH


Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir
yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya, yang


Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya
dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik
Pencipta
Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu alaihi
wasallam:

Maksudnya : Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini
berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku
sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud
(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)
Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam
Asy-Syafiie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

Ertinya: Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana
Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud
sembahyang.
Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti
dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas
(dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak
disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar.
Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul
masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)

APA DIA SUJUD SYUKUR ITU ?


Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan
Allah Subhanahu wa Taala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.
HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
Sewaktu Nabi Shallallahu alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunanbangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan
memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya
bersabda: Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku.
Jibril berkata:Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: Siapa yang memberi
selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi
salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya Lalu saya bersujud sebagai
tanda syukur kepada Allah.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa
Baginda Shallallahu alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang
menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)
Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafiie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang.
Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan
rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca
ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami
dan mempunyai tempat kembali yang baik.
Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada
ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam
sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah,
kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.
BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia
dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur,takbir,sujud
dan juga salam.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud
tilawah iaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir
yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah
Subhanahu wa Taala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud
syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur. ( Mughni
Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi pula, jika ia menggantikan tempat sujud itu
dengan bersedekah atau sembahyang dua rakaat maka itu adalah yang lebih baik.
Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara
sujud itu dan sebabnya terlalu lama.
PENUTUP
Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat
yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di
sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud
tilawah. Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan
ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan
melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam
dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

(Sumber: Jabatan Mufti Brunei Darusalam)