Anda di halaman 1dari 20

PETIKAN KITAB AYYUH AL WALAD (WAHAI ANAKKU) Karya Imam Abu Hamid al-Ghazzali rh

NASIHAT 1 : WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN


Wahai anakku yang tercinta,sebahagian daripada nasihat Rasulullah SAW kepada umatnya ialah:

Mafhumnya: Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Taala daripada seseorang hamba apabila dia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah.Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada sesuatu hal yang bukan menjadi tujuan hidupnya (yakni beribadat kepada Allah) maka layaklah panjang penyesalannya (diakhirat kelak) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum menguasai kejahatannya maka layaklah dia mempersiapkan diri untuk ke neraka. Sebenarnya sekadar ini pun sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

NASIHAT 2 : BAGAIMANA SEWAJARNYA KITA MENERIMA NASIHAT


Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja dan yang beratnya ialah menerima isi nasihat tersebut kerana setiap nasihat itu dirasakan tersangat pahit bagi sesiapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya.Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang apatah lagi bagi orang yang mencari ilmu yang rasmi serta sentiasa sibuk untuk menonjolkan kehebatan diri dan menghimpunkan kesenangan dunia,kerana orang yang seperti ini biasanya menganggap bahawa hanya dengan sekadar memperolehi ilmu itu sudah cukup untuk menjadi sebab keselamatannya dan sebab kebahagiaannya mala dia tidak perlu beramal dengan ilmu yang dipelajarinya itu.Orang yang seperti ini sebenarnya telah terpengaruh dengan itiqad dan aliran pemikiran ahli falsafah. SubhanaLlah,alangkah kelirunya pemikiran yang seperti ini.Bukankah dia telah mengetahui bahawasanya seseorang itu apabila telah dapat menghasilkan ilmu kemudian dia tidak beramal dengan ilmu yang telah diketahuinya itu,nanti di akhirat kelak dia akan dipersoalkan dengan soalan yang lebih berat daripada orang-orang yang tidak tahu apa-apa.Sebagaimana Nabi Muhammad SAW bersabda:

Mafhumnya:Orang yang paling pedih seksaannya pada hari qiyamat nanti ialah seorang alim yang Allah tidak memanfaat ilmunya

Diriwayatkan oleh Syeikh Junaid al-Baghdadi bahawa seorang yang telah bermimpi bertemu dengannya di waktu tidur selepas kematiannya.Lalu orang itu bertanya kepada Al-Junaid:Apa khabarmu wahai Abu al-Qasim.Lalu Sheikh menjawab :Sebenarnya telah hilang segala ilmu yang zahir dan ilmu yang batin Dan sudah tidak ada lagi yang bermanfaat kecuali hanya beberapa rakaat yang sempat kami lakukan di tengah malam.

NASIHAT 3 : ILMU DIAMALKAN BERMANFAAT


Wahai anakku,Janganlah engkau muflis dalam amalan serta janganlah kamu melakukan perkara yang tidak berfaedah.Ingatlah bahawa hanya berbekal ilmu tanpa amal belum boleh menjamin keselamatanmu diakhirat nanti.Misalnya,seandainya seseorang memiliki sepuluh bilah pedang yang tajam dan pelbagai senjata lain.Dia juga seorang yang berani dan sangat handal dalam seluk beluk peperangan.Kemudian datang seekor singa tangkas terus menyerangnya.Adakah cukup dia mempunyai pelbagai senjata yang canggih tetapi tanpa menggunakannya,sudah tentu dia tidak akan dapat menangkis serangan singa itu.Segala senjata itu berguna apabila ia digunakan oleh pemiliknya itu. Demikian juga seseorang yang menguasai ratusan ilmu sedangkan dia tidak beramal dengannya,nescaya segala ilmu tersebut tidak akan memberi manfaat.Analogi yang sama boleh dimisalkan dengan seseorang yang ditimpa demam kuning panas yang dinasihatkan oleh doktor supaya dia meminum ubat sekanjabin dan kaskab.Dia tidak akan sembuh sehingga pesakit itu meminum ubat tersebut. Sehubungan dipetik satu syair Parsi yang bermaksud:Seandainya engkau menimbang dua ribu kati arak,maka engkau tidak akan mabuk sehingga engkau meminumnya. Justeru itu,walaupun anda menuntut ilmu seratus tahun lamanya dan menghimpunkan seribu buah kitab,anda masih belum mendapat rahmat Allah kecuali setelah anda mengamal dan menghayati semua ilmu tersebut .Dalam konteks ini Allah SWT berfirman:


Maksudnya: Dan sesungguhnya manusia itu tidak akan mendapat sesuatu kecuali apa yang diusahakannya.(Surah al-Najm ayat 39)

Dan firman Allah lagi;

Maksudnya: Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Tuhannya,maka hendaklah dia beramal dengan amalan yang sholeh.(S.Al-Kahf ayat 110). Firman Allah lagi:

Mafhumnya: (Balasan yang diberikan kepada mereka) adalah sebagai ganjaran bagi apa yang diusahakan oleh mereka.Surah at-Taubah ayat 82.

Firman Allah lagi:

Maksudnya: Sesungguhnya orang2 yang beriman dan beramal sholeh nescaya mereka akan dikurniakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal didalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripada kediaman mereka itu.Surah Al-Kahf ayat 107-108). Firman Allah lagi:

Maksudnya: Melainkan orang2 yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amalan sholeh. Surah al-Furqan ayat 70. Apabila anda tidak beramal dengan ilmu maka apakah respons anda terhadap hadis berikut:

Mafhumnya: Islam itu ditegakkan atas 5 perkara:Syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah,mendirikan sholat,mengeluarkan zakat,berpuasa Ramadhan,mengerjakan haji ke BaituLlah bagi mereka yang berupaya. Iman itu perkataan dengan lidah,membenarkannya dengan hati dan melaksanakannya dengan pancaindera.Dalil yang menuntut kita beramal amat banyak.Walaupun seseorang itu masuk syurga dengan rahmat Allah,namun ianya tercapai dengan taat dan ibadah.Rahmat Allah amat hampir dengan orang yang berbuat baik.Sebelum ke syurga kita perlu melalui dugaan2 besar.Ujian pertama ialah iman.Apabila kita mati dalam keadaan beriman,adakah kita muflis dari segi amal.Hasan Basri berkata:Allah berfirman kepada hamba2Nya di akhirat:Masuklah kamu ke dalam syurga dengan rahmatKu,dan tentukan kedudukan kamu mengikut amalan masing-masing.

NASIHAT 4 : BALASAN SETIMPAL DENGAN AMALAN


Selama mana anda tidak beramal,selama itu juga anda tidak akan mendapat pahala.Diriwayatkan bahawa seorang lelaki daripada Bani Israel yang beribadat selama 70 tahun,lantas Allah SWT menunjukkan keadaannya kepada para malaikat. Allah SWT mengutuskan malaikat kepadanya yang berkata:Walaupun anda telah beribadat selama 70 tahun,namun itu tidak melayakkan anda untuk masuk syurga.Lelaki tersebut menjawab:Itu bukan urusan saya.Saya diciptakan untuk beribadat kepada Allah.Itulah pekerjaan yang mesti saya laksanakan.Malaikat tersebut melaporkan hal tersebut kepada Allah.Sehubungan ini Allah SWT berfirman kepada para malaikat.Apabila hambaKu tidak berpaling daripadaKu maka Aku akan membalasnya dengan kemurahanKu,Aku juga tidak akan berpaling daripadanya.Wahai para malaikatKu bersaksilah bahawa Aku telah mengampuni segala dosa lelaki itu. Sehubungan ini junjungan Rasulullah SAW:

Mafhumnya:Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung,dan timbanglah amalan mu sebelum kamu diadili.

Ali karramaLlah wajhah menyatakan:

Ertinya:Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha dia akan dapat masuk ke dalam syurga maka orang itu hanya berangan-angan dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha dia akan masuk syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah. Sehubungan ini Hasan al-Basri menegaskan bahawa mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa daripada segala dosa.Beliau menegaskan lagi:Tanda seseorang itu memahami hakikat ilmu itu ialah meninggalkan perbuatan memerhati pahala suatu amalan,dan bukan meninggalkan amalan.

NASIHAT 5 & 6 : KEIKHLASAN NIAT & HAKIKAT HIDUP


Berapa banyak ruang malam anda telah diisi dengan mengkaji ilmu dan membaca bahan bacaan dengan mengurangkan tidur.Apakah tujuan anda berjaga malam.Apakah niat anda berjaga malam untuk mencari keuntungan duniawi,mengumpul harta kekayaan,mengejar pangkat dan bermegah dengan kebolehan anda di khalayak manusia.Alangkah ruginya apabila anda masih berada pada tahap itu. Alangkah beruntungnya anda berjaga malam dengan berniat untuk menghidupkan syariah Nabi Muhammad SAW,membersihkan jiwa dan akhlak anda serta menundukkan keinginan nafsu anda yang sentiasa menyuruh berbuat jahat.

Kata penyair:

Mafhumnya: Berjaga malam bukan kerana zatMu nescaya hampa, Dan merintih bukan kerana kehilanganMu nescaya terbatal. Hakikat Hidup,Cinta dan Amal Wahai anakku tercinta!

,
Hiduplah anda menurut kemahuan lantaran anda pasti menemui kematian,dan cintailah apa yang anda kehendaki lantaran anda akan pasti berpisah daripadanya serta beramallah anda menurut apa yang anda mahu lantaran amal perbuatan anda akan dibalas

NASIHAT 7 : UTAMAKAN ILMU FARDHU AIN


Apakah hasil yang akan anda perolehi seandai hanya menghabiskan masa belajar ilmu kalam (perbahasan ilmu usuluddin yang mendalam),ilmu yang membahaskan fekah secara terperinci,ilmu perubatan,kesusasteraan,kesenian,astronomi dan ilmu tata bahasa Arab,walhal anda menyalahi perintah Allah dan melanggar larangannya. Aku telah melihat dalam kitab Injil yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. ada menyebut : Mulai seseorang itu menjadi mayat,dia akan ditanya dengan empat puluh soalan.Soalan yang pertama mempersoalkan:Wahai hambaku!Kenapa engkau sepanjang masa membersihkan zahirmu yang menjadi tempat pandangan manusia,tetapi engkau tidak menyucikan barang sesaat pun hatimu yang menjadi tempat pandanganKu ? Setiap hari Allah memandang hatimu lantas berfirman: Kenapa engkau memberi perhatian selain daripadaKu,sedangkan engkau dilingkungi ihsanKu.Apakah engkau tuli tidak dapat mendengar lagi?

NASIHAT 8 : ILMU GANDINGAN AMAL


Ilmu tanpa amal adalah sesuatu yang tidak siuman.Amal tanpa ilmu pula adalah sesuatu yang siasia.Ketahuilah bahawa Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan dirimu daripada maksiat.Malah belum berupaya mendorong anda mengerjakan ketaatan serta tidak akan menjauhkan anda daripada api neraka di akhirat kelak. Apabila anda tidak beramal dengan ilmu serta tidak membetulkan kesilapan masa lalu anda,kelak akan berkata: Maksudnya:Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin. Surah al-Sajadah ayat 12. Lalu dikatakan kepadamu:Wahai manusia yang tidak menggunakan akal,kenapa engkau hendak kembali ke sama sedangkan engkau baru datang dari sana?

NASIHAT 9 : TINGKATKAN HEMAH, KAWAL NAFSU & BEKAL UNTUK AKHIRAT


Berhemahlah untuk meningkatkan kerohanian serta anggaplah kegagalan berpunca daripada hawa nafsu yang songsang.Biarkanlah kematianmu itu hanya pada jasad kerana tempat persemadian jasad adalah didalam liang lahad.Para ahli al-kubur senantiasa menanti kedatanganmu bersama mereka,janganlah anda kesana tanpa persiapan.Saydina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berkata:Jasad kita itu tidak ubahnya laksana sangkar burung atau kandang haiwan maka fikirlah dengan mendalam tentang hakikat dirimu.Dan tentukanlah dirimu yang mana satu antara dua perumpamaan itu.Jikalau anda umpama burung yang terbang tinggi maka ia akan terbang dengan penuh kegembiraan apabila ia mendengar seruan: () () () () Maksudnya: Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurgaKu.(Surah al-Fajr ayat 27-30) Anda akan terbang tinggi sehingga hinggap di pucuk pohon-pohon syurga sebagaimana sabda Rasulullah SAW ketika meninggal sahabat nya Saad bin Muaz:

Mafhumnya:Telah bergegar aarasy Allah kerana kegembiraan ketika kematian Saad bin Muaz.Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada menjadi seperti binatang ternak sebagaimana firmanNya: Maksudnya:Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayatayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tandatanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-Araf ayat 179. Maka tidak mustahil anda berpindah dari alam dunia ini ke dalam jurang api neraka.Imam Hasan Basri telah diberi gelas yang berisi air sejuk lantas beliau memegangnya dan jatuh pengsan.Apabila sedar seseorang bertanya kenapa tuan pengsan.Jawab beliau tadi aku teringat angan-angan ahli neraka yang berkata kepada ahli syurga:


Maksudnya:Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang telah dirizkikan Allah kepadamu. Mereka (penghuni surga) menjawab: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir, .(Surah al-Araf ayat 50)

NASIHAT 10 : BANGUNLAH QIYAUMULLAI


Wahai anakku yang tercinta ! Seandainya ilmu sahaja telah memadai maka apakah perlunya seruan supaya kita bangun beribadah diwaktu malam atau penghujung malam,sebagaimana berikut:


Adakah disana orang yang meminta sesuatu ? Adakah di sana orang yang meminta ampun ? Adakah disana orang yang bertaubat ? Sebahagian sahabat Rasulullah SAW menceritakan tentang ketinggian peribadi Abdullah ibn Umar.Junjungan SAW bersabda tentangnya:


Mafhumnya:Abdullah bin Umar itu baik orangnya apatah lagi apabila beliau selalu bangun sholat diwaktu malam.

Dan Rasulullah SAW pernah bersabda kepada salah seorang sahabatnya:


Mafhumnya:Ya Fulan!Janganlah engkau terlalu banyak tidur diwaktu malam kerana terlalu banyak tidur diwaktu malam itu mengakibatkan seseorang itu papa kedana di hadapan Allah pada hari qiyamat nanti. Wahai anakku! Hendaklah engkau selalu mengingati firman Allah:


Maksudnya: Dan hendaklah engkau bangkit sholat tahajjud pada sebahagian daripada malam.(S.al-Isra` ayat 79)


Maksudnya:Dan diwaktu sahur mereka sentiasa beristighfar mohon keampunan Allah.( S.azZariyat ayat18 Maksudnya:(Mereka yang berjaya itu ialah) orang yang selalu beristighfar pada waktu sahur. Nabi SAW bersabda

: Mafhumnya:Tiga suara yang dicintai Allah; Suara ayam jantan yang berkokok diwaktu dinihari,suara orang yang membaca al-Quran dan suara orang yang beristighfar di waktu sahur.

Sehubungan ini Sufyan al-Thauri menyatakan bahawa Allah SWT menciptakan satu angin yang berhembus diwaktu sahur untuk membawa zikir Perkasa. Beliau menambah lagi bahawa apabila tiba malam terdengar suara yang memanggil dibawah arasy:Hendaklah kamu bangkit wahai ahli ibadat ! Lantas mereka pun bangin sholat sebanyakbanyaknya.Apabila berlalu separuh malam maka terdengar suara yang menyeru Hendaklah kamu bangkit wahai para qanitin ! iaitu orang-orang yang beribadah dengan bersungguh-sungguh.Lantas mereka bangkit dengan mengerjakan sholat hingga waktu sahur.Dan apabila tiba waktu sahur maka terdengar suara.Hendaklah kamu bangkit wahai para mustaghfirin.Lalu mereka bangkit beristighfar.Dan apabila fajar sudah menyinsing maka memanggil satu suara.Hendaklah kamu bangkit wahai para ghafilin iaitu orang yang lalai.Lantas mereka bangkit dari hamparan mereka seperti orang yang mati yang bangkit dari kubur mereka. Wahai anakku tercinta ! Luqman al-Hakim berwasiat kepada anaknya:Janganlah ayam jantan itu lebih bijak daripada anda.Ia berkokok diwaktu sahur sedangkan anda masih tidur lagi.Syair berikut digubah indah untuk menginsafkan anda wahai anakku !

Sesungguhnya memanggil-manggil dikegelapan malam burung merpati yang bertenggek diatas dahan kayu.Ia terus memanggil-manggil sedangkan aku asyik dalam tidurku Bohong,sebenarnya aku berbohong demi Tuhan BaytuLlah,seandainya aku sememangnya asyikkan Allah sudah tentu burung tidak akan mendahuluiku menangis. Aku mendakwa bahawa aku seorang pencinta yang sangat dahaga untuk bertemu kekasihnya,namun kenapa aku masih belum mampu menangis seperti menangisnya haiwan.

NASIHAT 11 : IBADAH MESTI BERLANDASKAN SYARIAH


Pengetahuan yang mendalam mengenai kaedah melaksanakan ibadah yang sahih kepada Allah menjadi pati rahsia segala ilmu.Ketaatan dalam peribadatan bermakna mengikut peraturan Allah SWT dalam arahanNya dan tegahanNya yang merangkumi semua perkataan dan perbuatan. Contohnya berdosa seseorang yang berpuasa pada hari raya fitrah dan aidul adhha serta pada harihari tasyriq.Demikian juga berdosa bagi seseorang yang mengerjakan sholat dengan memakai pakaian curi,walaupun pada zahirnya dia telah beribadah. Wahai anakku,hendaklah seluruh perkataan dan perbuatanmu selaras dengan peraturan syarak,kera ilmu dan amal yang menyanggahi syarak adalah sia2 sahaja.Janganlah anda tertipu dengan sebahagian amalan melampau ahli2 tasawuf,kerana sebenar2 jalan akhirat hanyalah dengan bermujahadah,melawan nafsu dengan riadhah atau latihan bukan hanya dengan ucapan yang direkareka. Tanda-tanda kecelakaan seseorang ialah tidak mengawal lidahnya,tertutup hatinya dengan kelalaian dan syahwat.Cahaya marifah tidak akan bersinar dan hidup dalam hati2 yang empunyanya tidak bermujahadah melawan nafsu serta leka dengan kehidupan yang sia-sia.

NASIHAT 12 : HAKIKAT ILMU HANYA TERCAPAI DENGAN MENGAMALKANNYA


Sebahagian daripada persoalan mu kepada ku memerlukan penghayatan kerana ia adalah masalah zauqiyyah.Tetapi bila engkau telah sampai kepada hakikat halnya maka barulah engkau faham.Masalah ini tidak boleh dikupas dengan perkataan tetapi ia perlu dirasai dan diamalkan seperti manisnya sesuatu yang manis atau pahitnya sesuatu.Ia memerlukan penghayatan bukan sekadar perkataan dan tulisan.

NASIHAT 13 : *4 KRITERIA SEMPURNA BAGI ORANG YANG MENJALANI JALAN ALLAH SWT
Empat kreiteria yang perlu ada bagi orang2 salik; 1. Itiqad yang benar yang tidak ada bidah didalamnya iaitu itiqad ahlussunnah wal jamaah 2. Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga seseorang itu tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya 3. Minta atau mohon halal daripada semua makhluk ini sehingga anda tidak akan dituntut lagi pada hari qiamat kelak. 4. Mendalami ilmu2 syariah demi melaksanakan segala perintah Allah dan mendalami serta menghayati ilmu akhiratyang menjamin keselamatanmu dengan izin Allah di akhirat nanti.

NASIHAT 14 : AMANAT IMAM AL SYIBLI RH


Imam asy-Syibli telah berkhidmat dengan 400 orang guru.Beliau pernah berkata aku telah menelaah 4000 hadith Rasulullah SAW,tetapi aku benar2 mengingati dan mengamalkan satu hadith ini.Aku dapati hadith ini boleh menjamin dengan izin Allah keselamatanku dan kesejahteraanku.Didalam hadith ini terkandung ilmu golongan terawal dan ilmu pengetahuan golongan terkemudian. Hadith tersebut ialah;

Mafhumnya:Beramallah untuk duniamu sekadar mana engkau akan tinggal didalamnya.Dan beramallah untuk akhiratmu sekadar mana engkau akan berada disana.Dan beramallah kerana Allah SWT sejauhmana engkau berhajat kepadaNya.Dan bertindaklah dengan sebarang amalan yang akan menghumbankan engkau kedalam api neraka sekadar mana engkau sabar menahan seksaannya. Wahai anakku! Apabila anda mengetahui hadith ini,maka sebenarnya tidak perlu lagi engkau berbangga dengan ilmu yang banyak.

NASIHAT 15 : *8 WASIAT HATIM AL ASAM


Imam al-Asam adalah pelajar kesayangan Imam Syaqiq al-Balkhi.Gurunya itu berkata kepadanya;Anda telah belajar daripadaku selama 30 tahun,apakah ilmu yang engkau perolehi daripadaku ? Hatim al-Asam menjawab:Aku telah perolehi 8 faedah daripadanya yang aku harapkan dapat member keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti.8 faedah itu ialah: Faedah 1:Sesungguhnya aku telah melihat makhluk didunia ini yang mengasihi sesuatu dan terlalu ashik tentangnya.Sebahagian yang dikasihi itu hanya menemani kekasihnya sehingga masa dia sakit,dan ada yang menemaninya sehingga ke alam kubur.Manakala yang lainnya enggan bersamanya malah balik meninggalnya sendirian dialam kubur..Aku merumuskan bahawa hanya amalan yang sholeh adalah kekasih yang terbaik yang sanggup menemani kekasihnya hingga ke alam kubur.Oleh itu aku menjadikan amalan sholeh sebagai teman dan kekasihku supaya ia dapat menerangi kuburanku dan menghiburkan aku yang bersendirian dan kesepian. Faedah 2:Aku lihat kebanyakan makhluk ini sentiasa mengikut hawa nafsu dan menunaikan apa jua kehendaknya.Aku teringatkan firman Allah:

Maksudnya: Dan adapun orang yang takut untuk berdiri dihadapan Tuhannya serta menahan nafsu daripada mengikuti runtunannya,nescaya syurga akan menjadi tempat tinggalnya.Surah anNaziat ayat 40-41.Berdasarkan kefahamanku terhadap ayat ini,nafsu patut dimusuhi dan bangkit berjuang menentangnya.Aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepada ku yang berusaha mentaati dan beribadah kepada Allah SWT. Faedah 3:Aku melihat ramai orang berusaha menimbunkan harta dan menahannya untuk dibelanjakan dijalan Allah lantas aku memikirkan firman Allah; Maksudnya:Apa yang ada disisimu itu akan habis dan pahala yang ada disisi Allah itu adalah kekal. Justeru itu aku merasa bahagia mengorbankan harta bendaku dengan membahagikannya kepada fakir miskin supaya ia menjadi pahala yang tersimpan disisi Allah. Faedah 4: Aku melihat sebahagian makhluk mengira bahawa kemuliaan dan keagungan ramainya jumlah mereka, para pengikut,banyaknya harta,kuatnya kuasa merampas hak dan harta golongan lain serta banyaknya harta yang telah dicurahkan Mereka telah tertipu dengan kedudukan tersebut.Aku teringat firman Allah yang menyatakan;

Maksudnya: Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.S.alHujurat ayat 13. Aku pilih jalan taqwa..inilah jalan yang benar,dan kepercayaan mereka adalah salah. Faedah 5:Aku dapati ramai orang yang suka memaki hamun dan mengumpat akibat kedengkian dalam memiliki harta,kedudukan dan ilmu sedangkan Allah telah berfirman;

Maksudnya: Dan Kamilah yang membahagikan segala sumber kehidupan mereka didunia ini.Surah alZukhruf ayat 32. Fahamlah aku bahawa Allah jualah yang membahagikan segala kenikmatan itu lalu aku tidak berhasad dengki dengan kelebihan orang lain serta merasa puas hati dengan kurniaan Allah. Faedah 6:Aku lihat manusia saling bermusuhan kerana sesuatu tujuan sedangkan Allah berfirman; Maksudnya: Sesungguhnya syaitan itu bagi kamu adalah musuh yang nyata kerana itu jadikanlah mereka sebagai musuh.Surah Fathir ayat 6. Lantas aku berpendirian hanya syaitan yang patut dimusuhi bukan yang lain. Faedah 7: Aku lihat ramai orang bersungguh-sungguh mencari rezeki sehingga mengambil yang syubhah dan haram.Dan ada yang sanggup menjual maruah,walhal Allah berfirman;

Maksudnya: Dan tidak ada daripada sesuatu yang melata di atas bumi ini kecuali rezekinya telah dijamin oleh Allah.Surah Hud ayat 6. Sehubungan ini aku yakin rezekiku telah dijamin oleh Allah,lalu aku sibuk mengerjakan ibadat kepadanya dan memutus segala harapanku kepada yang lain daripadaNya. Faedah 8:Pegangan manusia pelbagai ada yang berpegang kepada wang,kepada harta dan kekuasaan,kemahiran dan pekerjaan,malah ada yang berpegang kepada makhluk selain Allah sedangkan Allah berfirman; Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah,maka Dia pasti akan mencukupkannya,sesungguhnya Allah menyampaikan segala urusanNya.Dan sesungguhnya Dia telah menjadikan bagi setiap sesuatu itu kadar yang telah ditentukan.Surah al-Talaq ayat 3. Justeru itu aku terus bertawakkal kepada Allah dan Dia mencukukan keperluanku.Dialah sebaik-baik yang layak kita berserah diri.Lalu Imam Balkhi berkata:Semoga Allah memberi tawfiq kepadamu.Semua kitab-kitab Allah membahaskan kelapan-lapan perkara yang kamu rumuskan tadi.Bermakna sesiapa yang beramal dengannya,mereka telah beramal dengan kitab-kitab Allah.

NASIHAT 16 : PERLUNUA GURU MURSYID


Orang yang menjalani jalan menuju akhirat perlu bimbingan guru yang mursyid lagi bijak mendidik.Dia dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah dengan tarbiahnya yang mantap.Sifat-sifat mazmumah itu diganti dengan sifat-sifat mahmudah.Proses tarbiyah diumpamakan pekerjaan seorang petani yangsentiasa membuang duri dan rumput yang tumbuh dicelah-celah tanamannya. Dengan sebab itu tanamannya akan subur dan menghasilkan rezeki yang lumayan.

Guru yang mursyid juga bertindak selaku penta`dib iaitu mengasuh adab dan membimbingnya ke jalan Allah,kerana Allah SWT mengutuskan rasul-rasulNya untuk menjadi pembimbing umatnya dan apabila rasul-rasul a.s. wafat tugas mereka diteruskan para khulafa` untuk membimbing manusia ke jalan Allah. Guru yang mursyid adalah pewaris Rasulullah SAW yang mendalam ilmunya,tetapi tidak semua orang alim layak menjadi waris Rasulullah SAW.Justeru itu diperturunkan sifat-sifat guru mursyid: 1. Seseorang yang berpaling daripada mencintai dunia dan pangkat. 2. Guru mursyid dibimbing oleh guru mursyid dan salasilahnya sampai kepada Rasulullah SAW. 3. Dia seorang yang berjaya mendidik dirinya sendiri dengan menyedikitkan makan,kurang bercakap,kurang tidur,banyak bersolat,bersedekah dan berpuasa. 4. Disebabkan guru tersebut dibimbing oleh guru mursyid yang menyebabkan dia memiliki akhlak mulia sebagai cara hidupnya seperti sabar,sholat,tawakkal,syukur,yakin,qanaah,berjiwa tenang,penyantun,tawadhuk,berilmu,benar,malu,menyempurnakan janji,teguh pendirian dan berhati-hati. Guru mursyid adalah nur daripada anwar Rasulullah SAW yang layak diikuti.Guru seperti ini jarang ditemui seperti al-Kibrit al-ahmar {belerang merah) yang sukar ditemui. Apabila seseorang itu dibimbing oleh guru mursyid maka perlu dia menghayati adab-adab bergaul dengannya. 1. Jangan bertengkar dengannya dan hindari berhujah melawannya. 2. Jangan terburu-buru menghamparkan sejadah dihadapannya kecuali pada waktu sholat. 3. Jangan memperbanyak solat sunat dihadapannya. 4. Hendaklah dia mengamalkan apa-apa yang diperintahkan oleh gurunya itu dengan kadar keupayaannya. 5. Adab-adab batin pula ialah: 1. Apa sahaja yng diterima daripada gurunya itu jangan sekali-kali mengengkarinya dari segi batin,perbuatan dan perkataan.Jangan dia menjadi seorang munafik,kalau dia tidak berupaya mematuhi gurunya adalah lebih baik dia meninggalkannya sehingga dia benarbenar mampu boleh datang semula kepada gurunya. Dan keadaan batinnya sama dengan keadaan zahirnya. 2. Jangan bersahabat dengan orang jahat supaya terhindar dia daripada berhubung hatinya dengan syaitan manusia dan syaitan jin.Dengan itu hatinya suci daripada bisikan syaitan.Dia hendaklah memilih kehidupan fuqara` yang merendah diri daripada cara hidup golongan kaya yang angkuh.

NASIHAT 17 : ILMU TASAWWUF


Ilmu TASAWWUF itu mempunyai dua unsur: Pertama: Istiqamah atau tetap pendirian Kedua: Baik kelakuan dengan seluruh makhluk. Tegasnya,sesiapa yang tetap dan berterusan pendiriannya serta baik pergaulan akhlaknya dengan manusia maka dia dianggap sebagai seorang sufi.Istiqamah bermakna ia sanggup mengorbankan segala kehendak runtunan nafsunya semata-mata mencari keredhaan Allah dan menghiasi peribadinya dengan kemuliaan akhlak.Selanjutnya baik akhlak dengan manusia adalah anda tidak memaksa manusia untuk mengikut semua kehendak anda.Malah anda wajib memaksa diri anda untuk melayani kehendak manusia asalkan tidak bersalahan dengan syariah Islamiyyah.

NASIHAT 18 : UBUDIYYAH
2.UBUDIYYAH pula mengandungi tiga elemen: 1. Menjaga dan beriltizam dengan syariah 2. Redha dengan qadha` dan qadar Allah SWT serta pembahagian/pemberian kepada hamba-hambaNya 3.

Anda mencari keredhaan Allah SWT walaupun mengorbankan keinginan

sendiri

NASIHAT 19 : TAWAKKAL
3.TAWAKKAL bermakna bahawa anda mengukuhkan `itiqadmu dengan janji-janji Allah SWT dengan meyakini bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah bagimu pasti akan sampai kepada dirimu,tiada siapa yang dapat enghalangnya.Sebaliknya apa-apa yang ditentukan Allah SWT bukan untukmu pasti tidak akan sampai kepadamu walaupun seluruh makhluk berusaha untuk membantu supaya sampai kepadamu.

NASIHAT 20 : IKHLAS
4.IKHLAS pula bererti anda menjadikan segala amalanmu hanya kerana Allah SWT dan hatimu tidak merasa senang dengan pujian manusia dan anda juga tidak merasa tertekan dengan celaan dan kecaman mereka.

NASIHAT 21 : RIYA
5.RIYA` pula sebenarnya lahir daripada rasa membesarkan makhluk.Dan kaedah menghapuskannya ialah bahawa anda melihat makhluk ini adalah diarahkan oleh takdir Allah SWT dan anda merasakan bahawa mereka itu tidak ubahnya seperti benda-benda yang statik yang tidak memiliki keupayaan untuk membawa kemanfaatan atau kemudaratan.Dengan demikian anda akan terhindar dengan mengambil kira pandangan mereka.Sebaliknya apabila anda merasakan bahawa makhluk itu mempunyai kekuasaan dan kehendak yang menentukan nescaya sifat-sifat riya` itu tidak akan dapat dilenyapkan.

NASIHAT 22 : KURANG BERTANYA BANYAK AMAL


Persoalan-persoalan yang telah diajukan olehmu telah ku jawab didalam kitab-kitabku,silalah engkau merujuk disana.Adalah tidak dibenarkan menulis sebahagian daripadanya kerana ia adalah ilmu zauqi yang diperolehi melalui kelazatan beramal.Beramallah dengan ilmu yang engkau telah ketahui supaya dengannya terbuka hijab ilmu yang engkau belum ketahui. Wahai anakku ! Selepas ini janganlah engkau banyak bertanya kepadaku tentang kemusykilanmu,melainkan pertanyaan itu datang dengan lidah hatimu.Nasihat ku ini berdasarkan firman Allah SWT:

Maksudnya:Seandainya mereka bersabar menunggu sehingga engkau (Muhammad) keluar menghadapi mereka.Maka itu adalah sesungguhnya lebih baik bagi mereka.Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.(Surah al-Hujurat ayat 5). Terimalah nasihat Nabi Khaidir a.s. ketika dia menasihati Musa a.s.:

Maksudnya:Maka janganlah engkau segera bertanya kepadaku tentang sesuatu,sehinggga sampai masanya aku akan memberitahumu tentang hal itu kepadamu.(Surah al-Kahf ayat 70) Justeru itu janganlah engkau terburu-buru hendak bertanya sebelum sampai masanya.Dan apabila tiba masanya ketika itu akan nampak segala-galanya bagimu.Firman Allah dalah Surah al-Anbiya` ayat 37:

Maksudnya:Selagi akan Aku perlihatkan kepadamu tentang tanda-tanda kebesaranKu,maka janganlah kamu terburu-buru mendesakku. Maka janganlah engkau bertanya sebelum tiba masanya,dan yakinlah bahawasanya engkau tidak akan sampai kepenghujung jalan kecuali apabila engkau terus berjalan sebagaimana firman Allah :

Maksudnya:Apabila mereka tidak mahu berjalan diatas muka bumi ini,lalu mereka dapat melihat akibat yang menimpa keatas golongan terdahulu daripada mereka iaitu segala sesuatu untuk dijadikan iktibar.(Surah Fathir ayat 44). Wahai anakku,Demi Allah seandainya engkau terus berjalan,engkau akan dapat melihat perkaraperkara yang sangat menakjubkan pada setiap tempat,dan korbankanlah dirimu untuk sampai kesana lantaran punca kejayaan adalah pengorbanan jiwa raga sebagaimana perkataan hikmah Zun Nun alMisri:Jikalau engkau bersedia untuk berkorban dengan jiwa dan ragamu maka teruskanlah perjalananmu.Jika tidak usahlah engkau mengikuti jalan kesufian.

NASIHAT 23 : SIRI 1 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA


Wahai anakku tibalah masanya aku (Imam al-Ghazali) kemukakan nasihatku yang terakhir yang terdiri daripada lapan perkara.Terimalah nasihat ini agar ilmu yang ada pada dirimu tidak menjadi alas an yang memudaratkanmu diakhirat nanti.4 Perkara yang wajib engkau tinggalkan dan 4 perkara lagi wajib dilaksanakan.Empat perkara itu ialah: 1. Berusahalah sedaya upaya untuk tidak terjebak dengan pertengkaran yang akan mencetuskan pelbagai penyakit.Dosa dan kemudaratannya lebih besar daripada faedahnya.Pertengkaran mencetuskan sifat-sifat mazmumah/tercela seperti riya`,hasad dengki,sombong,permusuhan dan membangga-bangga diri.Seandainya perselisihan anda dengan pihak lain demi menegakkan kebenaran,tentu wujud dua elemen penting,iaitu; a. Anda mengharapkan kebenaran itu akan terserlah melalui lidah anda atau orang lain. b. Anda lebih selesa seandainya perdebatan itu diadakan secara tertutup dan tidak dihadiri oleh orang ramai. Ketahuilah bahawa mengajukan kemusykilan pada sesuatu masalah itu sama keadaannya sebagaimana anda mendedahkan penyakit hati atau jiwa kepada seorang doktor.Jawapan kepada kemusykilan itu setara dengan usaha menyembuhkan penyakit. Ingatlah bahawa orang yang jahil itu berpenyakit hati,sedangkan alim ulama` adalah para doktor yang berupaya merawati penyakit itu.Justeru itu seorang yang disangka berilmu tetapi belum sempurna dan mencapai kematangan dalam keilmuan sama dengan seorang doktor yang belum mencapai tahap kepakaran dan tidak mampu mengubati dan merawat penyakit pesakitnya.Dalam hal ini tidak semua orang alim yang sempurna ilmu mahu mengubati semua orang yang sakit.Mereka berkemungkinan hanya mahu merawat pesakit yang berpotensi untuk sembuh.Sebaliknya pesakit yang berpenyakit kronik dan kritikal sukar untuk dipulihkan,malah doktor itu berkata:Orang ini sudah tidak dapat diubati.Dia tidak mahu lagi membuang masa untuk merawatnya. Ketahuilah wahai anakku penyakit jahil ini dikategorikan kepada empat jenis.Hanya satu boleh diubati dan tiga lagi tidak boleh diubati lagi.Tiga kejahilan yang tidak boleh diubati itu adalah seperti berikut: i. Orang jahil yang bertanya untuk menimbulkan masalah kerana didorong oleh hasad dengki dan akibat kemarahan/kebencian. Kejahilan seperti ini walaupun menerima penjelasan yang baik,lancar dan terang tetap tidak memuaskan hati mereka malah menimbulkan kemarahan dan kebencian.Adalah lebih baik engkau tidak menjawab soalan mereka.Sebagaimana yang dijelaskan oleh syair berikut: * Maksudnya:Segala permusuhan itu adalah diharapkan akan hilangnya,kecuali permusuhan yang ditimbulkan daripada orang yang berhasad dengki terhadapmu. Jangan pedulikan soalannya dan biarkan dia dengan penyakitnya.Sehubungan ini Allah SWT berfirman: Maksudnya:Maka berpalinglah engkau daripada mereka yang telah memalingkan mukanya daripada mengingati Kami,dan dia sebenarnya tidak menghendaki kecuali hanya kesenangan hidup dalam dunia ini.(Surah al-Najm ayat 29). Sesungguhnya orang yang terperangkap dengan penyakit hasad dengki seluruh perkataan dan perbuatannya telah menyalakan api yang menghanguskan seluruh amalannya.Hasad dengki diumpamakan menghapuskan pahala pendengki seperti api membakar kayu bakar. ii. Kejahilan juga berakar punca daripada kedunguan atau al-hamaqah.Sifat dungu juga sukar diubati.Seperti mana kata Nabi Isa a.s. :Aku tidak lemah daripada menghidupkan orang yang telah mati,tetapi aku tidak akan berjaya mengubati orang yang dungu.Contoh soalan sidungu yang baru belajar ilmu akal dan ilmu syarak,lantas dia berani mencabar seorang alim yang telah lama mendalami ilmu akal dan ilmu syarak.Si dungu ini tidak tahu persoalan yang diajukannya dan dia

menyangka orang alim itu juga mempunyai masalah yang sama dengannya tentang persoalan itu.Soalan si dungu seperti ini tidak perlu dijawab. iii. Bahawa orang yang bertanya itu memang menghendaki pertunjuk dan hidayah.Tetapi persoalan yang ditimbulkan setaraf dengan perkataan para ulama` sufi.Pertanyaan itu timbul daripada kecetekan kefahamannya,Ia tidak perlu dijawab demi kemaslahatannya.Sehubungan ini Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Kami para Anbiya` disuh berbicara dengan sekalian manusia menurut kadar akal mereka. iv. Adapun kejahilan yang boleh diubati itu ialah kejahilan yang ada pada seseorang yang benarbenar ingin mencari pertunjuk dan ia mempunyai akal yang baik dan cepat memahami sesuatu masalah.Ia bukan dipengaruhi oleh hasad,marah,cintakan kedudukan dan harta dunia.Dia benarbenar ingin mencari jalan yang lurus,pertanyaannya tidak ada unsure dengki dank eras kepala atau mahu menguji orang alim.Orang seperti inilah yang boleh menerima perbaikan.Soalannya wajib dijawab serta permasalahannya wajib diselesaikan.

NASIHAT 23 : SIRI 2 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA


Perkara Kedua: Sewajarnya anda merasa takut bila engkau bertindak selaku penasihat dan pemberi ingat kepada orang lain,kerana tugasan ini banyak cabaran dan gugaannya kecuali anda sendiri telah menghayati dan mengamalkan apa yang anda nasihatkan.Oleh itu layaklah anda member nasihat kepada orang lain.Renungkanlah apa yang pernah diutarakan oleh seseorang kepada Nabi Isa a.s.

Mafhumnya:Wahai putera Maryam ! Nasihatilah dirimu,dan apabila engkau telah mengamalkan dengan isi kandungan nasihatmu,barulah engkau layak member nasihat kepada orang lain.Jikalau tidak maka hendaklah engkau malu kepada Tuhanmu. Sebaliknya bila anda berada dalam situasi yang menyebabkan anda wajib member nasihat hendaklah anda menjauhi dua perkara berikut: 1. Elakkanlah menggunakan bahasa yang sukar difahami seperti anda menggunakan ibarat-ibarat dan isyarat-isyarat ahli sufi dan bunga bahasa mereka yang indah kerana Allah SWT membenci orang yang memaksakan dirinya.Pemaksaan diri melampaui batas dan mencerminkan batin yang rosak dan hati yang lupa. Makna tazkirah itu adalah memperingatkan oleh seorang hamba Allah tentang seksaan Allah diakhirat kelak bagi penderhakaNya dan dia juga mengukur tentang peribadatannya kepada Allah dan dia juga memikirkan tentang usianya yang telah dilaluinya dan telah disia-siakan tanpa manfaat.Dia juga merancang tentang masa depannya yang penuh dugaan yang bakal direntasinya dengan membimbangi keselamatan imannya ketika berdepan dengan kemelut dugaan.Adakah dia mampu beristiqamah dalam keimanan sehingga keakhir hayatnya dan dia juga turut merasa cemas untuk berdepan dengan sakaratul mautnya dan kegerunannya untuk berdepan dengan malaikat maut yang akan mencabut nyawanya.Apakah dia berupaya menjawab persoalan-persoalan bertubi-tubi malaikat mungkar dan nakir tentang amalannya didunia dahulu ketika dia berada di alam kubur. Begitu juag dia merasa sedih dengan keadaannya yang belum menentu lagi diakhirat nanti dan bagaimana situasi dirinya ketika berdiri dihadapan mahkamah Allah kelak.Adakah dia termasuk dikalangan orang selamat ketika menyeberangi titian sirat al-mustaqim adakah dia akan jatuh terjunam dalam api neraka Allah.Wal iyazubillah min zalik! Demikianlah pemikiran dan ahwal alqalb yang selalu berpusar dalam hatinya.Dan ia sentiasa gelisah dan resah mengenainya.Pukulan

yang bertubi-tubi itu dinamakan tazkirah atau peringatan. Sebagai seorang yang insaf dan sedar hendaklah dia memberitahu kepada orang lain mengenai hal ini dan mengajak mereka berfikir untuk menghitung diri dan menginsafi kelemahan diri.Peringatanperingatan itu mudah-mudahan mampu menggoncangkan kealpaan mereka,sehingga mereka pun turut menyesali diri dan berusaha menyempurnakan dan memperbaiki kelemahan dan kealpaan diri.Mereka juga turut kesal dengan masa yang telah disia-siakan dan kesempatan yang telah dibiarkan berlalu.Usaha seperti ini dinamakan nasihat. Keadaan penasihat itu seperti anda menyaksikan rumah yang sedang ditenggelami banjir lantas anda menyuruh penghuninya segera berpindah menyelamatkan diri.Adakah patut anda menggunakan isyarat dan bahasa yang sukar difahami oleh penghuni rumah yang hampir musnah itu? Adalah tidak wajar anda menggunakan kaedah seperti itu. 2. Elakkan memberi nasihat untuk mengharapkan orang ramai berhimpun disekelilingmu dan menyanjung kehebatanmu dalam memberi nasihat sehingga mereka berkata;Alangkah bagusnya majlis ini!.Jika demikian niat dan tujuanmu bermakna anda cenderung kepada keduniaan dan hati anda telah lalai.Bahkan sepatutnya anda menasihat agar mereka mengutamakan akhirat daripada dunia serta meninggalkan maksiat.Serulah mereka agar mengerjakan taat kepada Allah dan kikis sifat tamak kepada dunia.Bimbinglah mereka dengan sifat zuhud serta ajaklah mereka menghindari sifat bakhil.Pupuklah semangat kemurahan jiwa dan kedermawanan.Suburkanlah semangat kewaspadaan terhadap tipudaya dunia dan lazimilah diri dengan ketaqwaan. Dalam menasihati manusia, hendaklah memupuk semangat cintakan akhirat dan membenci sifat kerakusan terhadap dunia.Ajarkanlah mereka ilmu yang sahih tentang beribadah kepada Allah.Tunjukkan kepada mereka jalan kezuhudan kerana kebanyakan manusia sering dan mudah terpesong daripada landasan hukum syarak serta mudah mengerjakan perkara-perkara yang tidak diredhai Allah serta cenderung kepada akhlak mazmumah atau tercela.Suburkanlah kegerunan dan kebimbangan mereka kepada kemurkaan Allah serta bimbang terjatuh kedalam jurang kebinasaan.Mudah-mudahan hati mereka mengingati Allah dan menjauhi maksiat.Inilah nasihat yang sahih.Sesiapa yang tidak memenuhi ciri-ciri penasihat seperti yang dijelaskan tadi ia merupakan suatu bala yang membahayakan orang lain.

NASIHAT 23 : SIRI 3 TINGGALKAN EMPAT (4) PERKARA


Perkara Ketiga: Usahlah anda bergaul dengan kaum pemerintah yang zalim dan lalai serta janganlah anda mengkagumi kemegahan hidup mereka dan duduk dalam majlis bersama mereka kerana ia merupakan penyakit yang amat kronik.Seandainya anda dipaksa atau terpaksa berada bersama mereka janganlah anda memuji dan menyanjung mereka.Ini disebabkan Allah amat benci apabila orang yang zalim dan fasiq dipuji dan disanjung.Apabila seseorang itu mendoakan umara` yang zalim itu panjang umur bermakna ia telah rela maksiat berleluasa di muka bumi Allah SWT. Perkara Keempat: Janganlah anda menerima sebarang pemberian para umara` yang zalim itu dan usaha sekali-kali menerima hadiah daripada mereka walaupun anda mengetahui bahawa hadiah dan pemberian itu dari sumber yang halal sekalipun.Lantaran sifat tamak dan ghairahmu untuk menerima hadiah dan habuan daripada mereka akan merosakkan agama dan akhlakmu dan akan lahir sifat berpura-pura dirimu kerana meraikan kedurjanaan mereka.Anda seolah-olah menyetujui kezaliman mereka.Ia merupakan antara perkara yang merosakkan agama.Apabila anda menerima pemberian mereka bermakna anda telah mencintai mereka.

Justeru itu sesiapa yang menyukai seseorang yang zalim itu bermakna dia akan mengharapkan supaya sianu itu panjang umur dan kekuasaannya terus kekal dan anda mendapat habuan daripadanya.Ini bermakna anda menghendaki kerosakan dan kezaliman terus berleluasa diatas bumi Allah ke atas makhluk-makhlukNya yang lemah.Inilah kerosakan yang tiada tandingannya lagi.Anakanakku! Janganlah engkau terpedaya dengan godaan syaitan yang menyatakan ,Bahawa yang lebih baik dan yang lebih utama bahawa anda ambil sahaja wang dinar dan dirham daripada mereka lalu anda bahagikan kepada fakir miskin.Kalau tidak nanti pemerintah yang zalim akan membelanjakannya wang itu untuk berbuat kefasikan dan kezaliman.Jadi lebih baik anda mengambil wang itu lalu disedekahkan atau bahagikan kepada orang-orang yang lemah. Janganlah anda tertipu dengan perkataan seperti itu kerana sebenarnya syaitan telah banyak menjerumuskan orang dengan helah atau tipu muslihat seperti ini. Dan hal ini telah kami jelaskan dengan terperinci didalam kitab kami `Ihya` Ulum alDin.Wajarlah anda merujuk kedalamnya.(Persoalan ini dibahaskan dalam kitab al-Halal wa al-Haram Jilid ke2 kitab tersebut).

NASIHAT 24 : LAKSANAKAN EMPAT PERKARA


Pertama:Hendaklah anda menilai dan mengukur perhubunganmu dengan Tuhanmu.Perhatikan perlakuan dan layanan pekerja atau orang bawahanmu denganmu yang anda merasa senang dengannya.Demikian juga apa yang anda tidak suka tentangnya hambamu yang majaz (yang hakikatnya dia adalah makhluk Allah juga sepertimu).Oleh itu janganlah anda bertindak sebagaimana pekerjamu itu ketika anda berhubung dan berinteraksi dengan Tuhanmu kerana Dia adalah Tuan yang memilikimu. Kedua:Segala tindakan anda terhadap orang lain hendaklah didahului dengan mengukur tindakan itu sekiranya terkena keatas diri anda sendiri.Justeru itu apa yang anda suka orang lain melakukan keatas diri anda maka laksanakanlah yang sedemikian itu keatas orang lain.Ini disebabkan iman seseorang hamba Allah itu tidak akan sempurna sehingga dia mencintai seluruh manusia apa-apa yang disukai keatas dirinya sendiri. Ketiga: Apabila anda mempelajari sesuatu ilmu atau menelitinya secara mendalam biarlah ilmu itu dapat memperbaiki dan menyuci jiwa anda.Demikian juga seandainya anda mengetahui bahawa usia anda hanya tinggal seminggu lagi,pasti anda tidak sibuk belajar ilmu feqah yang sibuk berkhilafiah.Anda juga dalam keadaan seperti itu tidak akan sibuk belajar teori akhlak dan ilmu kalam untuk berdebat semata-mata. Dalam keadaan seperti ini anda akan sibuk dengan muraqabah hati anda sendiri dengan mempelajari sifat-sifat kejernihan jiwa dan berpaling dari urusaqn dunia yang melalaikan.Ketika itu anda sibuk mengisi hati anda dengan cinta Allah,beribadat kepadaNya dan menghiaskan diri dengan sifat-sifat mahmudah. Wahai anakku yang tercinta ! Dengarlah nasihatku dengan teliti mudah-mudahan anda berada di jalan keselamatan. Cubalah anda fikirkan sekiranya seorang sultan hendak melantikmu menjadi menteri besarnya seminggu lagi.Beritahukan kepadaku apakah yang anda akan lakukan dalam tempoh seminggu itu ? Sudah tentu dalam masa seminggu itu anda akan melakukan apa sahaja yang disukai oleh sultan itu. Maka sekarang cuba anda fikirkan baik-baik apa yang telah aku katakana tadi kerana anda adalah seorang yang cerdas kefahamannya dan perkataan yang sedikit sudah cukup bagi seorang yang bijak.

Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya:Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada paras rupa anda dan amalan anda yang zahir tetapi Dia Maha Melihat dan Menilai keadaan hati dan niat anda. Seandainya anda ingin memperdalamkan hal-hal yang berkaitan dengan hati maka hendaklah anda merujuk kepada kitab Ihya` Ulum al-Din dan yang lainnya daripada hasil nukilanku. Ilmu yang berkaitan dengan penyucian jiwa adalah termasuk dalam ilmu-ilmu fardhu ain dan yang lain daripadanya adalah ilmu fardhu kifayah,kecuali sekadar anda belajar hokum-hukum yang berkenaan dengan kesempurnaan mengerjakan kefardhuan yang diwajibkan.Mudah-mudahan Allah memberi tawfiq kepadamu dengan menghasilkan ilmu dari jenis itu. Keempat: Janganlah anda menghimpunkan harta benda dunia lebih banyak daripada cukup makan setahun seperti apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah SAW bagi sebahagian daripada isteriisterinya dan Junjungan SAW bersabda: Mafhumnya: Ya Allah jadikanlah makanan keluarga Muhammad hanya secukupnya sahaja. Junjungan Nabi SAW tidak menyediakan makanan untuk keperluan setahun keluarganya,atau tegasnya Junjungan hanya menyediakan makanan untuk sehari setengah sahaja.

NASIHAT 25 : PENUTUP DAN DOA


Wahai anakku,sesungguhnya aku telah tuliskan dalam warkah ini apa-apa yang dikau inginkan.Sewajarnya dikau melaksanakan isi kandungannya dan janganlah dikau melupaiku dalam doa-doamu.Ambillah doa ini dan amalkan selepas sholatmu.

Maksudnya:Ya Allah aku memohon daripadaMu nimat yang paling sempurna,pemeliharaan yang berkekalan,rahmat yang menyeluruh,kesihatan yang berhasil,kehidupan yang mudah,umur yang berbahagia,ihsanMu yang paling sempurna,kenimatan yang menyeluruh,kelebihan yang paling lazat dan kelembutanMu yang paling hampir.Ya Allah jadilah Dikau pembela kami dan bukannya penghukum kami.


Maksudnya:Ya Allah tamatkanlah ajal kami dengan kebahagiaan dan limpahkanlah kepada kami yang lebih baik daripada apa yang kami harapkan dan iringilah kehidupan pagi dan petang kami dengan kesihatan serta jadikanlah kesudahan hidup kami dan kemuncak cita-cita kami untuk memperolehi rahmat dan redhaMu.Ya Allah curahkanlah kemaafanMu kepada kami seperti hujan yang lebat yang menyucikan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami nimatMu yang memperbaiki segala keaiban kami serta jadikanlah taqwa itu sebagai bekalan kami dan kurniakanlah kesungguhan kepada kami untuk memperjuangkan agamaMu dan jadikanlah tawakkal dan pegangan kami hanya dengan Dikau Ya Allah.


Maksudnya:Ya Allah tetapkanlah kami berada diatas jalan istiqamah dan lindungilah kami didunia ini daripada melakukan perkara-perkara yang mengakibatkan penyesalan kami di hari qiamat nanti dan ringankanlah bebanan dosa-dosa kami dan kurniakanlah kepada kami kehidupan sebagai hamba-hambaMu yang baik dan jauhkanlah kejahatan orang-orang yang durjana keatas kami dan lepaskanlah leher-leher kami,ibubapa kami serta seluruh saudarasaudara kami baik lelaki mahupun perempuan daripada belenggu api neraka jahannam.Semuanya itu dengan berkat rahmatMu.Wahai Tuhan Yang Maha Mulia lagi Maha Mengampuni,Maha Pemurah serta yang menutup keaiban kami.Wahai Tuhan Yang Mengetahui lagi Maha Perkasa,Ya Allah Ya Allah Ya Allah dengan rahmatMu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,Wahai Tuhan Maha Terawal dan Yang Maha Terkemudian.Wahai Tuhan Yang Mempunyai kekuatan yang amat kukuh Wahai Tuhan Yang Mengasihi orang miskin,Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih,Tidak ada Tuhan Yang Layak Disembah melainkan Dikau Maha Suci Engkau sesungguhnya aku ini termasuk dikalangan orang yang menzalimi diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai