Anda di halaman 1dari 3

PELAKSANAAN INTERNSHIP KAUNSELING

1. Internship kaunseling diperuntukkan 6 jam kredit dan diwajibkan kepada pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling yang dinamakan kaunselor pelatih. Kaunselor pelatih akan menjalani Internship di sekolah yang diselia oleh pensyarah jabatan dan kaunselor pembimbing yang dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Unit Latihan Mengajar Universiti. 2. Kaunselor pelatih menjalani praktikum pada semester akhir pada tahun akhir pengajian selama 14 minggu (untuk memenuhi Piawaian Lembaga Kaunselor). 3. Latihan internship Bimbingan dan Kaunseling ini memberi peluang kepada kaunselor pelatih untuk mendalami dan memantapkan kemahiran tertentu dalam skop Bimbingan dan Kaunseling di samping memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan sekolah. 4. Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dilantik sebagai kaunselor pembimbing (mentor) untuk memberikan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan seliaan kepada kaunselor pelatih. 5. Mengenal pasti sekolah yang mempunyai bilik kaunseling yang sesuai bagi kaunselor pelatih berfungsi sebagai kaunselor yang menjalankan latihan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. 6. Setiap kaunselor pelatih diwajibkan bertugas di sekolah selama sekurang-kurangnya 560 jam bersemuka (8 jam x 5 hari x 14 minggu). 7. Sebanyak 195 jam daripada 560 jam bersemuka perlu dipenuhi dengan aktiviti sesi kaunseling dan bimbingan. Pecahan bilangan jam sesi adalah seperti di bawah; 7.1 Sesi individu (145 jam) Sesi kaunseling individu = 45 jam Sesi bimbingan individu = 100 jam 7.2 Sesi kelompok (50 jam) Sesi kaunseling kelompok = 20 jam Sesi bimbingan kelompok = 30 jam 8. Bagi melihat aplikasi teori dalam sesi kaunseling individu, kaunselor pelatih perlu menjalankan sekurang-kurangnya 3 sesi dengan 3 orang klien yang sama secara berterusan.

9. Bagi bimbingan individu, kaunselor pelatih perlu menjalankan sekurangkurangnya 3 sesi dengan 3 orang klien yang sama secara berterusan. 10. Bagi melihat aplikasi teori dalam sesi kaunseling kelompok, kaunselor pelatih perlu menjalankan sekurang-kurangnya 4 sesi dengan 2 kelompok yang mempunyai ahli yang sama secara berterusan. 11. Bagi bimbingan kelompok, kaunselor pelatih perlu menjalankan sekurang-kurangnya 4 sesi dengan 2 kelompok yang mempunyai ahli yang sama secara berterusan. 12. Bilangan ahli kelompok paling minima ialah 5 orang ahli. 13. Semua sesi kaunseling individu dan kelompok perlu dirakam dan diserahkan kepada pensyarah penyelia. Oleh itu, kaunselor pelatih perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada klien bagi tujuan rakaman tersebut. 14. Baki jam bersemuka (365 jam) perlu dipenuhi dengan aktiviti program dan pengurusan serta pentadbiran atau mana-mana skop bidang tugas. 14.1 Program = sekurang-kurangnya 100 jam 14.2 Pentadbiran dan pengurusan = maksimum 265 jam 15. Setiap kaunselor pelatih perlu menjalankan sekurang-kurangnya 4 program atau sekurang-kurangnya 100 jam (seperti kerjaya, kemahiran belajar, kepimpinan dan bidang lain yang berkaitan). 16. Dua (2) daripada program yang dijalankan perlu melibatkan kerjasama langsung dengan Unit Disiplin Sekolah. Kaunselor pelatih juga perlu sekurang-kurangnya menjawat jawatan sebagai Timbalan Setiausaha bagi setiap program yang dijalankan. 17. Setiap program yang dijalankan perlu disertakan kertas kerja, laporan dan penilaian program untuk diserahkan kepada pihak sekolah dan pensyarah penyelia. 18. Kaunselor pelatih perlu membuat refleksi setiap hari dan juga refleksi mingguan. 19. Kaunselor pelatih akan diselia dan dinilai oleh pensyarah penyelia minimum sebanyak dua kali, iaitu;

Bil Perkara 1 Pentadbiran dan pengurusan rekod 2 Sesi Kaunseling individu (berdasarkan satu teori) 3 Sesi Kaunseling kelompok (berdasarkan satu teori) 4 Rekod Bimbingan individu (konsultasi ibu bapa) 5 Rekod Bimbingan kelompok (konsultasi ibu bapa) 6 Aktiviti program program) 7 Sahsiah dan sikap (konsultan dan pengarah

Peratus (%) 5 20 20 10 10 5 5 10 5 10 100

8 Pembentangan Kajian kes 9 Buku log 10. Laporan Akhir Jumlah

20. Bilangan minimum analisis kes yang perlu dijalankan ialah 2 kes individu. 21. Jika kaunselor pelatih gagal memenuhi jumlah jam yang ditetapkan dalam setiap aspek penilaian internship kaunseling, kaunselor pelatih berkenaan perlu mengulangi keseluruhan praktikum pada semester akan datang dan jumlah jam praktikum sebelumnya tidak diambil kira. Kaunselor pelatih juga diwajibkan menghantar buku log dan laporan akhir dalam tempoh tujuh hari sebelum tamat internship. Kegagalan menghantar buku log dan laporan akhir menyebabkan pelajar boleh digagal internship keseluruhan.

23.Kaunselor pelatih juga dikehendaki menulis rancangan harian dan mingguan di dalam Buku Rekod Bimbingan dan Kaunseling untuk diserahkan kepada pentadbir sekolah pada setiap minggu untuk tujuan pengesahan.

Anda mungkin juga menyukai