Anda di halaman 1dari 6

Pertanian di Malaysia

Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak


bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian.
Kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika menerima hujan
tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari
dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam
lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan varaiti tanaman
tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum
dibangunkan dengan aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan
Sarawak.

Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih jenis


tanaman, perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan
kawasan seperti menebang, membakar, dan menanam. Kefahaman
jenis tanah, kecerunan dan penilaian kesesuaian tanah juga
diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi seperti di Sabah
dan Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu diambil
kira berbanding dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid
(pH4.0 hingga 4.5) dari jenis tanah laterait yang kandungan nutriennya
adalah rendah, memerlukan pHnya ditingkatkan dengan penggunaan
kapur dan tambahan baja yang tinggi bagi memastikan kadar
pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan tanah-tanah jenis laterait
(oxisol) dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Kegagalan menghasilkan
hasil yang produktif selalu dialami oleh pekebun-pekebun kecil.

Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di kawasan-kawasan


yang kesuburan yang rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit, dan
koko. Tanaman -tanaman ini dijalankan dalam bentuk estet. Harga-
harga komoditi pertanian ini bergantung kepada pengeluaran sedunia
dan ianya berkait rapat dengan perubahan iklim.

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi

1. Muka bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah


pamah beralun, berbukit-bukau, tanah tinggi berlembangan.
2. Jenis Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai
saliran yang baik.
3. Iklim - panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius,
hujan tahunan 2,500 mm.
4. Kepentingan - beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa
sawit, koko, dan kopi sebagai tanaman dagangan.
5. Sejarah - penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman
tersebut.
6. Teknlogi - penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan
teknik pengeluaran.
7. Pasaran - bergantung kepada permintaan tempatan dan
antarabangsa.
8. Keperluan - penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga
dan hasil eksport

Sistem Pertanian Malaysia

1. Pertanian Pindah
2. Pertanian Saradiri
3. Pertanian Dagang:-

a. Kebun Kecil
b. Perladangan (estet)

Pertanian Pindah

Sistem pertanian ini dikenali juga sebagai sistem Swiden. Diamalkan


oleh penduduk primitif di kawasan-kawasan pendalaman di tanah
bercerun dan berbukit bukau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang
lapisan tanah 'top soil' yang nipis dan biasanya tidak subur.

Kebanyakannya diusahakan oleh kaum asli di pendalaman


Semenanjung terutama di Pahang, Kelantan, dan Perak.
Di Sarawak pada 1976 kira-kira 60,463 hektar kawasan pertanian
pindah atau 0.5% dari keluasan Sarawak yang melibatkan kira-kira
70.6% kaum Iban. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah
penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam
tanaman utama seperti padi disamping tanaman makan iaitu jagung
,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah 3 atau 4 tahun
penanaman setelah tanah tidak lagi subur. Kemudian membuka tanah
baru yang lain.

Satu keluarga petani memiliki kawasan tidak lebih 2.5 hektar. Hasil
padi musim pertama 1,000 hingga 2,000 kg per hektar dan berikutnya
300 hingga 400 kg per hektar.

Masalah pertanian pindah:-

1. Kawasan terdedah kepada hakisan, tanah akan kehilangan


kesuburan, penimbunan aliran berlaku, dan banjir.
2. Pemusnahan sumber-sumber hutan dan kayu yang bernilai.
Aktiviti pertanian pindah di Semenanjung , Sabah dan Sarawak
semakin berkurangan hasil dari perkembangan infrastuktur dan
pembangunan ke atas orang Asli kepada jenis pertanian kekal.

Pertanian Sara Diri

Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya
mengerjakan sebidang tanah yang kecil yang ditanam dengan
tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak berpindah-pindah
kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada
masyarakat luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah.
Kaedah pertanian yang diamalkan adalah cara lama, pengeluaran hasil
rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian
pindah. Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung,
sayuran, dusun buah-buahan dan sedikit aktiviti penternakan seperti
ayam itik, lembu, kambing dan babi.

Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian,


Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah
turut campur tangan dalam membantu dan membangun taraf hidup
petani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga
dan penyakit, serta khidmat nasihat dan pemasaran.

Pertanian Dagangan

Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran


dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh
Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19.
Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman
seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti
getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas,
sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasan-
kawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini
memerlukan modal input yang tinggi. Terdapat 2 jenis pertanian
dagangan iaitu:-

a. Pertanian Kebun Kecil


b. Pertanian Perladangan

Pertanian Kebun Kecil

Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama


dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah.
Purata saiz kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar. Daya
pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak
ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah
mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang
tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga
pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah.

>>>Data Luas Kawasan Pekebun Kecil (perlu rujuk menu - Data


Pertanian)

Pertanian Perladangan (estet)

Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada skala yang
besar iaitu melebihi 100 ekar. Pengkhususan tanaman adalah kepada
satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang adalah tinggi dan
bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga
pengarah, pengurus, penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970
sebahagian besar ladang adalah milik pelabur asing. Kini pembukaan
tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA dan badan swasta
tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang
tinggi dan menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang
terpilih, baja kimia, racun, teknik-teknik yang baru, dan tenaga pakar.
Ladang-ladang berkeupayaan menghasilkan keluaran yang bermutu
tinggi. Pada tahun 1970 kira-kira 70% daripada 2492 buah estet
dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Tanaman ladang di Malaysia 1960.

Jenis Luas (ekar)


Getah 1,942,00
Kelapa Sawit 135,000
Kelapa 86,000
Nenas 15,000

Perkembangan Pertanian Dagangan

Pekembangan pertanian dagangan adalah di atas kesedaran akan


pentingnya pertanian dagang kepada negara terutamanya hasil getah
bermula sejak perang dunia kedua. Tanaman getah ketika ini dianggap
sebagai tulang belakang ekonomi negara. Pada tahun 1950 an usaha
untuk meninggikan mutu dan nilai eksport dalam Rangka Rancangan
Pembangunan Malaya, maka industri getah diberi perhatian khusus.
Pada 1954 getah asli telah menghadapi persaingan dengan getah
tiruan, maka usaha untuk meluaskan kawasan tanaman, penggalakan
hasil, dan kecekapan penggunaan dijalankan.

Sebagai langkah menghadapi persaingan hebat, maka tertubuhlah


Institut Piawaian Getah Malaysia (SMR) bagi menjamin mutu paras
minimum, mengadakan kawalan kilang keluaran pekebun kecil (RISDA)
samada dalam bentuk skrap, getah kering SMR, dan susu cair.

Sejak akhir tahun 1950an perkembangan pesat pengeluaran minyak


sawit berlaku melalui rancangan petempatan peneroka FELDA oleh
pihak kerajaan. Tanaman getah dan tebu juga diberi tumpuan, tetapi
kejayaannya adalah kecil berbanding dengan tanaman kelapa sawit.
Usaha pengeluaran pesat minyak kelapa sawit ini adalah kesan
daripada kepentingan pelbagaikan ekonomi negara dan kesan
daripada kemerosotan keluaran minyak sawit dan minyak sayuran
negara pengeluar lain.

Pertambahan luas kawasan penanaman kelapa sawit.

Senario Sistem Pertanian Malaysia Hari Ini

- Bertambah maju dan sebahagian besar bebentuk komersial


- Kaedah pertanian pindah dan pertanian sara diri semakin kurang
kesan pembangunan infrastruktur dan pembangunan tanah oleh
kerajaan dan swasta.
- Sistem pekebun kecil dan petempatan tanah rancangan telah
dimajukan melalui pembangunan pertanian bersepadu (IADP)
- Sektor pertanian mengalami kemerosotan dari segi sumbangannya
kepada eksport. Ini adalah kerana berkembangnya sektor industri dan
perkhidmatan. Berikutan itu kira 4 kali dasar pertanian telah
dilancarkan sejak tahun 1984. Antara objektif dasar ialah
memaksimakan pendapatan eksport pertanian, memaksimakan
kebajikan dan pendapatan para petani.
(Pasti anda dapatkan tahun perlancaran dasar, dan objektif/tumpuan
dalam setiap pelancaran dasar tersebut- pelajar HGM340 )
- Masalah pemecahan hak milik tanah dan pengurusan pekebun-
pekebun kecil yang tidak ekonomi dimajukan melalui pertanian
kelompok (in-situ) dan penanaman semula oleh agensi kerajaan.

- Pemulihan tanah terbiar. paya air masin, paya air tawar untuk padang
ragut (pastura), akuakultur melalui Jabatan Pertanian dan Perikanan.
- Melalui IADP dan berbagai agensi membuka kawasan padang ragut
dan kawasan berpotensi untuk ternak lembu daging, lembu susu,
kambing dan biri-biri. Memajukan bidang ternakan secara komersial
bagi menambahkan pendapatan petani serta sebagai langkah
menambahkan bekalan protin negara.

- Langkah menghakmilikkan ladang besar daripada pemodal asing


untuk mengawal imbangan pembayaran dan melicinkan sistem
perladangan dan langkah ke arah pensyarikatan.

Rumusan

-Sistem pertanian perdagangan mengalami pertambahan kawasan dan


pengeluaran.
- Sektor pertanian menghadapi masalah kemerosotan nilai eksport
negara dengan peningkatan sektor industri dan perkhidmatan. Berlaku
peningkatan kos buruh dan peratusan kemiskinan dikalangan petani
masih tinggi.
- Peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian bagi
menjamin kedudukannya dan sumbangannya terhadap ekonomi
negara