Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Alangkah selesanya kalau dia dapat hidup seperti Hanani. Alangkah! Getus hatinya. Namun, Basirah segera menggetapkan giginya atas bawah. Gadis genius tidak boleh buat begitu. Gadis genius harus sentiasa kelihatan serius macam orang dewasa kerana dia sering menjadi perhatian. Mesti! Bagaimanapun, kadangkala, apabila ada masa terluang, Basirah akan cuba mencari-cari maklumat

dalam internet komputernya. Maklumat tentang bagaimana hendak menjalin sebuah persahabatan. Tetapi, oleh sebab dia sibuk dengan hal yang lain, maklumat yang diperoleh sedikit sahaja dan ternyata maklumat ini tidak langsung membantunya. Dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta memerah otak. Tanpa sedar, Basirah tersengguk keharuan. Dia teringat akan ayahnya yang datang dan pergi macam angin, meninggalkan mereka di bawah jagaan pembantu rumah. Ayahnya ahli perniagaan yang sentiasa sibuk dan sentiasa terpaksa bertugas luar. Ayahnya tidak putus-putus memberi perangsang berbentuk pujian melangit terhadap setiap pencapaiannya. Entah mengapa, kata-kata perangsang itu kedengaran seperti amaran bagi Basirah; kalau tidak, siap!
"Cuba awak congak ini ... heh, heh, heh! Cuba buat kami kagum," ujar pengurus sistem komputer itu ketika melonggokkan masalah "busut" itu di meja pejabatnya, empat bulan yang lalu.

Waktu itu, mata Basirah terkedip-kedip pantas. Basirah yang berusia genap 13 tahun lapan bulan menatap lelaki berusia lewat empat puluhan yang bertubuh besar gempal itu. Basirah hampir tidak pasti sama ada harus memilih untuk berasa tersinggung atau tercabar. Itulah pengalaman pada detik pertama, hari pertamanya bertugas di situ, empat bulan yang lalu. Hari pertama dia dihantar menjalani praktikal oleh pusat pengajian tingginya dengan menduduki kerusi di makmal swasta itu. Kerusi sebagai salah seorang daripada tiga timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan diperlakukan seperti "budak- budak" sahaja.

(Dipetik daripada cerpen Gema Sepi Gadis Genius, antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

31. Bagi Basirah, gadis genius harus sentiasa... A kelihatan serius seperti orang dewasa. B sering menjadi perhatian orang lain. C rajin mencari maklumat dalam internet.

D pengurus sistem komputer


33. Dia sentiasa sibuk belajar dan bekerja serta

D pandai menjalin persahabatan.

memerah otak.

32. Siapakah yang tidak putus-putus memberi perangsang kepada Basirah atas setiap pencapaiannya?
A kakak Basirah B ibu Basirah C bapa Basirah

Petikan di atas menggambarkan nilai... A kerjasama.

B kasih sayang. C keprihatinan. D ketekunan.

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 34. Di manakah peristiwa dalam petikan cerpen tersebut berlaku? A di rumah B di sebuah kilang C di pejabat A Kita hendaklah sedar bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing. B Kita hendaklah menerima kekurangan dan kelemahan diri kita sendiri. C Janganlah bersikap cemburu akan kejayaan orang lain. D Kita haruslah berani menjatuhkan orang

D di makmal komputer

35. Pilih pengajaran yang tidak terdapat dalam cerpen Gema Sepi Gadis Genius.

lain demi kepentingan diri sendiri.

Padankan aspek gaya bahasa yang berikut dengan rangkai kata yang sesuai

Bayang-bayang yang silam menjengah semula dalam ingatannya

PENGULANGAN

Macam putting beliung yang mencabut rumah atau pohon daripada akar umbinya

HIPERBOLA

Dipujinya macam bidadari. Diraikan macam puteri; contohnya macam hari ini Entah mengapa, terasa amat apabila Hanani yang dua tahun lebih tua daripadanya itu cuba mengambil berat.. Bahananya akan menggunung

PERSONIFIKASI

PERIBAHASA

SIMILE

Nyatakan teknik plot yang digunakan dalam ayat berikut 1. Kek itu diletakkan ditengah-tengah meja tulis, beberapa langkah dari meja computer Basirah. Kek itu bagai dilupakan sejenak, ketika semua remaja yang mengiringi Hanani tersipu-sipu mmeperkenalkan diri

2. Alangkah selesanya kalau dia dapat hidup seperti Hanani. Alangkah! Getus hatinya.

3. Percakapan antara Hanani dan Basirah. "Pada hari esok pun Ira nak pergi kerja juga?" Tanya Hanani lewat malam tadi. "Dah terpaksa, kak. Banyak tugas yang belum siap," jawab Basirah.

4. Seingatnya, sewaktu Hanani baru menjejaki tadika biasa dulu, Basirah sudah pun lulus peperiksaan untuk memasuki peperiksaan kanak-kanak pintar yang terletak di pinggir bandar. 5. Hanani terus menghadapi masa hadapan dengan tenang dan tabah.