Anda di halaman 1dari 13

1.

PENGENALAN PENYIASATAN, EKSPERIMEN, DEMONSTRASI DAN DISCREPANT EVENT Seperti yang kita ketahui, strategi pengajaran dan pembelajaran Sains mengutamakan pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optimum. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pemerolehan ilmu

pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilakukan oleh guru ialah kaedah penyiasatan, Eksperimen, Demonstrasi dan Discrepant Event. Tujuan memilih berbagai-bagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid supaya mencapai objektif pengajaran guru. Oleh itu teknik pengajaran yang dipilih haruslah berdasarkan kepada umur, kecerdasan, kebolehan dan minat murid. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar.

1.1

KAEDAH PENYIASATAN

Sains merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah yang dilakukan justeru akan

memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik dan telah menjadi matlamat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses penyiasatan bukan sahaja matlamat utama yang perlu dicapai dan dikuasai di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di negara kita, malah proses penyiasatan juga menjadi matlamat hampir semua kurikulum sains di seluruh dunia (UNESCO, 2005). Proses penyiasatan didefinisikan sebagai proses mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan kaedah yang boleh duji kebenarannya (APU, 1991). Proses menyelesaikan masalah ini membolehkan pelajar mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan proses kognitif, kemahiran dan konsepkonsep yang dimiliki (Trowbridge et al, 2004; Got dan Dugan, 1996). Ia melibatkan proses merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti (National Curriculum, 2002). Kaedah penyiasatan ini penting bagi pelajar agar dapat menguasai proses penyiasatan bagi membantu mereka menguasai pemikiran saintifik, menguasai dan memahami fenomena yang berlaku di sekeliling mereka serta

menyelesaikan permasalahan yang wujud secara saintifik. Kaedah penyiasatan meliputi semua kemahiran proses sains iaitu: a) Memerhati b) Mengelas c) Mengukur dan menggunakan nombor d) Membuat inferens e) Meramal f) Berkomunikasi g) Menggunakan perhubungan ruang dan masa h) Mendefinisi secara operasi i) Meramal j) Mengawal pembolehubah k) Membuat hipotesis l) Mengeksperimen

Dalam proses penyiasatan pelajar perlu menggunakan proses pemikiran mereka secara kreatif dan kritis bagi menyelesaikan permasalahan yang diberikan dengan menggunakan kaedah yang saintifik. Ianya melibatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penguasaan terhadap konsep sains yang berkaitan dengan permasalahan yang cuba diselesaikan. Zurida et al., (2006) menjelaskan bahawa proses penyiasatan membawa kepada pembangunan pemikiran dan sikap saintifik pelajar. Ia berupaya untuk: Meningkatkan dan mempertahankan minat, sikap, kepuasan dan keterbukaan dalam pemikiran dan sikap ingin tahu dalam sains

Menggalakkan aspek pemikiran santifik dan kaedah saintifik

Membangunkan kemampuan eksperimen

Membangunkan kefahaman pengkonsepan dan kemampuan intelek

Membangunkan pemikiran kreatif dan kemampuan menyelesaikan masalah

Rajah 1: Kepentingan proses penyiasatan dalam diri pelajar Kesemua elemen di atas menjelaskan betapa pentingnya proses penyiasatan dalam proses pembangunan pelajar yang berupaya berfikir secara saintifik dan seterusnya mendorong mereka menyelesaikan permasalahan dan membuat keputusan secara sistematik dan berkesan.

Penekanan terhadap proses penyiasatan perlu dititikberatkan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Proses inkuiri terbuka perlu ditekankan dalam pengajaran sains di mana ia merupakan proses inkuiri yang menitikberatkan penglibatan aktif pelajar dalam proses penyiasatan serta mengoptimumkan pengajaran guru. Ia berlawanan dengan pendekatan

pembelajaran secara tradisional

yang banyak melibatkan bimbingan dan

bantuan guru sebagaimana yang sering diamalkan guru. Melalui proses inkuiri terbuka pelajar bebas untuk merancang, melaksana dan mengawal proses inkuiri mereka bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Lazimnya proses ini juga dikenali sebagai pembelajaran berasaskan masalah. Pelajar akan diberikan suatu permasalahan melibatkan usaha dan akan melaksanakan proses penyiasatan dirinya sendiri, seterusnya akan merancang yang dan

menyelesaikan masalah dengan pengawasan guru dengan kadar yang minimum. Kaedah pengajaran inkuiri terbuka bukan sahaja mendatangkan makna kepada pelajar malah pelajar akan menyedari bahawa proses penyiasatan yang dilakukan merupakan sesuatu yang amat kritikal, penting dan memberikan manfaat kepada pelajar. Sebagai contoh, mengaitkan ujikaji berkaitan asid dengan makanan yang mengandungi asid seperti cuka atau limau (sesuatu yang lazim mereka gunakan dalam kehidupan harian). Sehubungan itu, ia akan meningkatkan penerapan sikap terbuka, meminati sains, Sehubungan itu, strategi menggalakkan proses penyiasatan di samping saintifik seperti keyakinan, berdikari, berfikiran

bersistematik, berani mencuba dan sebagainya. pengajaran yang inkuiri yang lebih terbuka seperti

pembelajaran berasaskan masalah yang brmakna perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi menggalakkan proses penyiasatan dan meningkatkan pemikiran saintifik pelajar.

1.2

KAEDAH EKSPERIMEN Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Melalui kaedah ini, murid dapat menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Kaedah ini melibatkan penglibatan dua hala iaitu antara guru dengan pelajar dalam sesuatu pengajaran yang disampaikan

Tujuan kaedah ini adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru. Dalam kaedah ini, penyertaan dan pemerhatian pelajar secara langsung pada sesuatu projek ataupun proses adalah diutamakan. Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada pelajar sepanjang pengajaran melalui kaedah ini. Kaedah eksperimen memberi pengalaman amali secara langsung murid

membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami. Aktiviti ini melibatkan proses merancang, menyedia dan memasang alat atau radas, merekod, membuat analisis dan menginterpretasi data. Kaedah amali juga dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran,

pengetahuan, kesimpulan dan berkenaan.

celik akal dalam unit-unit pembelajaran

1.2.1 Tujuan menjalankan eksperimen

Meningkatkan penguasaan isi kandungan pembelajaran Membina kemahiran praktik yang generik Membina kemahiran berfikir kritis dan kreatif Membina kemahiran bekerja dalam kumpulan

Memberi peluang pelajar mengalami tabii, kaedah, dan semangat sains


Membina kemahiran dan sikap saintifik

Rajah 5: Tujuan amali dijalankan kepada para pelajar

1.2.2

Prinsip mengendali kerja amali

a) Guru perlu menentukan objektif kerja amali b) Sediakan bahan, peralatan, dan sumber secukupnya sebelum amali hendak dijalankan c) Pelajar perlu dibahagikan secara berpasangan atau bertiga (kumpulan kecil) d) Wujudkan persekitaran yang dapat menguja dan merangsang sifat ingin tahu pelajar agar bersemangat sains di makmal e) Guru perlu memberi peringatan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan di makmal

Langkah-langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:

Mengenal pasti masalah

Menganalisis data

Mentafsirkan data

Membuat hipothesis

Mengumpul data

Membuat kesimpulan

Merancang eksperimen

Melakukan eksperimen

Membuat laporan

Rajah 6: Langkah-langkah dalam menjalankan eksperimen

1.2.3 Kelebihan Kaedah Amali/Bengkel a) Dapat mengesahkan sesuatu konsep atau teori yang digunakan b) Melatih pelajar meguasai penggunaan peralatan bengkel c) Dapat memupuk semangat kerjasama antara pelajar d) Melatih pelajar mematuhi arahan dengan betul e) Dapat memberi idea kepada pelajar mengenai aplikasi kehidupan sebenar f) Pelajar dapat melakukan amali, memerhati dan membuat kesimpulan
7

1.3

KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah demonstrasi ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan

melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Kaedah ini melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Kaedah tunjuk cara ataupun demonstrasi adalah salah satu kaedah yang paling sesuai membawa pelajar kepada hidup berealiti. Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan

pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar murid-murid. Kaedah ini melihat kepada keupayaan pelajar untuk mengingat adalah lebih baik jika mereka membuat sesuatu sendiri berbanding dengan apa yang mereka dengar atau lihat. Kaedah serampang dua mata ini memberi peluang kepada untuk belajar bukan sahaja secara teori semata-mata, bahkan pelajar dapat melakukan apa yang dipelajari secara praktikal. Selain dapat memberi kefahaman yang lebih, kaedah ini juga dapat menarik perhatian murid. Murid akan dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta dapat meningkatkan mutu hasil kerja Tujuan membuat demonstrasi Merangsang pemikiran kritis dan kreatif

Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing

Membantu pelajar membina kefahaman

Rajah 2: Tujuan membuat demonstrasi

1.3.1 Ciri-ciri utama kaedah demonstrasi

Terdapat empat ciri utama kaedah tunjuk cara atau demonstrasi (Abd. Ghafar 2003) : a) Melihat kemahiran Guru akan memeperlihatkan sesuatu kemahiran kepada pelajarnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelaskan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidah hanya mendengar sebaliknya mereka melalui iatau melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan apa yang mereka dengar. b) Penglibatan pelajar Guru boleh melibatkan pelajar dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Pelajar yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain. Disamping mendedahkan pelajar dengan realiti sebenar, bakat pelajar juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini. c) Peluang untuk mendengar atau melihat Guru perlulah memastikan setiap pelajarnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan pelajar adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan pelajar mengikut kumpulan-kumpulan kecil. d) Kaitan antara teori dan praktikal Kaedah ini berkesan kerana pelajar dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal. Tunjuk cara jugak boleh mengelakkan pelajat tersalah faham dengan apa yang dipelajari.

1.3.2 Langkah Melaksanakan Kaedah Demonstrasi Kaedah Demonstrasi Sebelum Demonstrasi Semasa Demonstrasi Selepas Demonstrasi

Rajah 3: Langkah Melaksanakan Kaedah Demonstrasi Sebelum Demonstrasi a) Kenalpasti objektif, isi kandungan pelajaran dan kemahiran yang hendak ditunjukkan kepada pelajar b) Sediakan bahan yang akan digunakan dalam demonstrasi c) Rancangan tempat duduk pelajar untuk melihat demonstrasi d) Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas atau bahan yang boleh mengakibatkan kemalangan e) Terangkan tentang tujuan, prosedur dan kemahiran yang hendak ditunjukkan. Semasa Demonstrasi a) Demonstrasi dilaksanakan sambil memberikan penerangan . b) Beri perhatian terhadap reaksi pelajar c) Ulang penerangan jika pelajar kurang faham d) Motivasikan pelajar membuat ramalan dan bimbing dengan soalan e) Tegaskan bahagian yang penting f) Jika masa mencukupi, beri peluang kepada pelajar membuat demonstrasi Selepas Demonstrasi a) Berbincang dengan pelajar tentang aspek penting semasa demonstrasi b) Galakkan pelajar bertanya aspek yang kurang difahami c) Memberi aktiviti susulan untuk mengukuhkan lagi penguasaan kemahiran yang dipelajari
10

1.3.3 Jenis Demonstrasi Terdapat 3 jenis demonstrasi yang boleh dijalankan di dalam kelas (Mok Soon Sang 1992)

Demonstrasi Model Hidup Terdiri daripada guru dan pelajar yang telah menguasai kemahiran untuk menunjukkan demonstrasi aktiviti Menjadi contoh untuk diikuti oleh rakan pelajar yang lain

Demonstrasi Model Simbolik Menggunakan arahan, prosedur dan carta yang menerangkan cara melakukan sesuatu Contoh: melakukan satu ujikaji/eksperimen berdasarkan langkahlangkah yang ditunjukkan dalam gambarajah

Demonstrasi Model Persepsi

Penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi Pelajar memerhatikan caracara melakukannya dengan teliti

Rajah 4: Jenis demonstrasi

Secara keseluruhannya, kaedah demonstrasi memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan serta dapat membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah. Oleh itu, kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa pelajar kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik pelajar supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan seharian dan dalam lapangan masyarakat.

11

1.4

KAEDAH DISCREPANT EVENT/ Peristiwa Bercanggah

Menarik minat dan perhatian murid

Memperbetulkan miskonsepsi pelajar dalam masa yang singkat

DISCREPANT EVENT

Dapat melatih kemahiran berfikir

Murid akan lebih tertarik untuk meneruskan sesi pengajaran

Rajah 7: Kelebihan kaedah Discrepant Event Peristiwa Bercanggah atau lebih dikenali sebagai kaedah Discrepant event merupakan satu demonstrasi yang menghasilkan keputusan yang tidak dijangkakan oleh pelajar. Kaedah discrepant event merupakan salah satu pembelajaran berpusatkan guru, di mana guru akan membuat demonstrasi di hadapan murid-murid dan seterusnya akan memberi penerangan lanjut tentang hasil keputusan aktiviti. Kaedah ini digunakan dalam pembelajaran sains kerana kaedah ini mampu menarik minat dan perhatian murid terhadap sesuatu tajuk yang diajar. Biasanya kaedah ini dijalankan dalam fasa orientasi iaitu hendak ketika memulakan sesi pengajaran. Aktiviti discrepant event biasanya hanya mengambil masa yang singkat untuk dilaksanakan dan sangat mudah untuk dilakukan. Sebagai contoh, belon dicucuk dengan menggunakan pencucuk sate. Guru akan meminta murid-murid
12

membuat ramalan tentang keadaan belon tersebut selepas dicucuk. Sekiranya ramalan murid-murid salah, guru bertanggungjawab untuk memperbetulkan miskonsepsi murid-murid selepas aktiviti dijalankan. Pemusatan tumpuan pada aktiviti ini adalah pada hasil keputusan aktiviti, di mana keputusan tersebut menyebabkan murid berasa terkejut dan teruja kerana keputusan yang murid-murid jangkakan adalah berbeza seperti yang telah diramalkan. Hal ini sebenarnya menyebabkan konflik kognitif akan berlaku iaitu keadaan ketidakseimbangan yang berlaku dalam minda murid. Konflik yang berlaku menyebabkan timbul semangat ingin tahu yang tinggi pada murid sekaligus menyebabkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir masinhgmasing untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Peristiwa Bercanggah dikatakan mampu memotivasi secara intrinsik kerana mereka akan sebolehbolehnya cuba merungkai konflik kognitif tadi supaya berada dalam zon selesa semula.

13