Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim Assalamu`alaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Yang dimuliakan,saudara pengerusi majlis, Yang dihormati, Bonda Pengetua SMPK Vokasional Kuantan, Pn Hajah Norran Bt Hj Ahmad Guru Penolong kanan, En Mohd Noh B.Bahar, Guru-guru ketua Bidang ,barisan guru- guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka dapatlah kita bersama-sama pada hari ini, menyambut Hari Guru pada Tahun 2013 ini.
Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi, Setiap insan di dunia ini belajar daripada seorang guru. Tanpa guru kita tidak akan boleh membaca, menulis dan menguasai ilmu. Guru ibarat lampu yang menerangi kegelapan malam. Guru ialah insan yang mesti kita hormati selepas ibu bapa kita. Menghormati dan mematuhi arahan guru adalah sangat dituntut agar apa yang kita pelajari menjadi berkat dan dirahmati oleh Allah SWT.

Rakan-rakan sekalian, Marilah kita tanamkan tekad dan azam, untuk belajar bersungguh-sungguh bukan sahaja untuk diri kita dan ibu bapa kita, tetapi juga untuk guru-guru yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan buah fikiran demi untuk kecemerlangan kita semua. Guru-guru kita akan berasa bangga jika kita berjaya, namun guru juga akan turut kecewa dan berdukacita seandainya kita gagal dalam pelajaran.

Pada kesempatan ini, saya mewakili pelajar-pelajar sekolah ini, mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di SMPK Vokasional Kuantan . Semoga cikgu-cikgu terus dianugerahi kekuatan dan ketabahan dalam mendidik kami. Akhir kata, kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, seandainya antara kami telah melakukan kesalahan dan kesilapan kepada guru-guru sama ada kami sedari atau tidak.

Pohon sirih pohon selasih Tumbuh merimbun di hujung laman Kalungan budi junjungan kasih Menjadi kenangan sepanjang zaman

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai