Anda di halaman 1dari 22

1 a.

Kaunseling boleh diertikan sebagai satu proses pertolongan yang profesional bertujuan untuk membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Namun terdapat beberapa ciri yang bukan dianggap sebagai kaunseling. Berikan dua daripada ciri tersebut. i ii iii iv v dengan memberi nasihat sahaja penerapan nilai dan kepercayaan kaunselor kepada klien terlalu intelektual dan cuba menunjukkan kehebatannya menyoal siasat klien mana-mana jawapan yang munasabah 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 2 markah 2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

1 b.

Nyatakan tigakepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. i Guru biasa tidak mempunyai cukup kemahiran untuk memberi bantuan menyeluruh kepada individu Kesedaran tentang perbezaan individu menjadi lebih utama Perkembangan pendidikan begitu pesat , ibu bapa tidak berupaya membimbing pelajar dengan baik dan bermakna Membantu pelajar membuat pilihan kerjaya selaras dengan keupayaan dan minat Perubahan nilai dan rombakan sistem keluarga menyebabkan timbulnya gejala sosial 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

ii iii

iv

2. a.

Jelaskan tiga ciri utama yang perlu dimiliki oleh seseorang Guru Bimbingan. i Kepercayaan kepada klien

Mempunyai kepercayaan yang klien unik, berharga, dan keupayaan berubah ii Pengetahuan dan kemahiran Mempunyai pengetahuan bagaimana individu efektif berfungsi dan berkemahiran membantu klien

iii

Penglibatan diri Mempunyai komitmen yang tinggi dan kesanggupan melibatkan diri dalam proses interpersonal

iv

Mengenali diri Mempunyai konsep kendiri yang positif, tahu menyelesaikan masalah sendiri dan batasan kebolehan sendiri

mana-mana jawapan yang munasabah 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 = 6 markah

b. Huraikan secara ringkas dua peranan guru biasa dalam membantu perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. i Menemubual murid bagi mendapatkan maklumat untuk disalurkan kepada guru bimbingan Merekodkan segala maklumat yang diperolehi dari buku kedatangan, kad kemajuan pelajar dan sebagainyam Sebagai penghubung antara murid dan guru bimbingan Membantu segala program dan aktiviti yang dianjurkan oleh unit bimbingan dan kaunseling mana-mana jawapan yang munasabah 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 2 markah 2 fakta + huraian x 2 = 4 markah

ii

iii iv

3 a. Terdapat beberapa jenis intervensi yang dapat dilaksanakan dalam perkhidmatan kaunseling kanak-kanak. Senaraikan empat jenis intervensi tersebut. i Intervensi Terapi Bermain

ii iii iv v vi

Inervensi Terapi Seni Kreatif Intervensi Terapi Muzik Intervensi Terapi Biblio Terapi Tarian Terapi Drama/Bercerita 1 fakta = 1 markah 4 fakta x 1 = 4 markah

3. b. Pilih dua daripada intervensi di atas dan terangkan kaedah melaksanakannya secara ringkas. i Terapi Bermain Kanak-kanak suka bermain, melalui bermain mereka dapat memahami dunia ini. Melalui bermain mereka dapat meneroka diri dan indentiti mereka serta menguji pilihan secara imiginasi semasa bermain. Boleh menggunakan alat atau tanpa alat, dalam atau di luar . Contoh jenis permainan perlu nyatakan ii Terapi Seni Kreatif Antara jenis terapi seni kreatif ialah Terapi Bercerita, ia berkesan untuk membina rappo serta mengenali kanak-kanak dengan lebih mesra. Melalui cerita yang diampaikan kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam.Melalui lukisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam dikisan juga dapat menyampaikan hasrat dan perasaan terpendam di atas kertas yang boleh diagnosis. iii Terapi Muzik Secara intrinsik, muzik adalah sebahagian dari budaya kita dan disukai kanak-kanak.Melalui muzik kanak-kanak dapat mengenali pemikiran dan perasaan yang terpendam.Melodi dan irama mengandungi unsur terapi yang memberi ketenangan kepada sesiapa sahaja.Muzik mempunyai struktur asas untuk menstruktur semula pemikiran yang bercelaru. iv Terapi Tarian Terapi tarian melibatkan gabungan minda (kognitif) dan gerakan ( fizikal). Ia dapat mencerminkan mood kanak-kanak dan menunjukkan kelenturan atau ketegaran. Eksperisi kendiri kanak-kanak dilahirkan dalam bentuk tarian.

Terapi Drama

Memberi peluang kanak-kanak belajar daripada pengalaman, dapat meluahkan perasaan, pemikiran impuls dan aksi melalui watak-watak yang dimainkan. Konflik emosi lebih mudah difahami apabila dipindahkan dalam bentuk aksi drama. Teknik main peranan secara spontan amat berkesan. vi Terapi Biblio Kanak kanak diminta membaca buku cerita dan menceritakan kembali kepada guru bimbingan dan mengaitkan watak dalam cerita tersebut dengan diri mereka. Melalui cara ini kanak-kanak berpeluang membuat pendedahan kendiri, kemudian mengkaji cara menyelesaikan konflik watak tersebut. Mereka dapat celikakal melalui kajian alternatif yang diambil oleh watak tersebut.Terapi ini memakan masa kerana beri peluang kanak-kanak membaca dan menceritakan kembali.Antara bahan yang boleh diguna ialah Cerita Pendek, Bibliografi, Buku Bantu Diri, cerita Dongeng, Buku Gambar. 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 3 markah

4. a. Saya tak tahu apa minat saya cikgu, kadangkala saya keliru siapa saya ini. Tengok cikgu, saya minat juga nak jadi guru, tapi bila tengok pegawai polis dalam cerita polis kat TV tu, rasanya minat juga. Berdasarkan pernyataan di atas, senaraikan empat perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pelajar tersebut ? i. ii iii. iv. v. Bimbingan Kerjaya Ujian Minat Kerjaya Kaunseling individu Inventori kaunseling kelompok 1 fakta = 1 markah 4 fakta = 4 markah

4. b.

Ujian minat kerjaya Self-Directed Search (SDS) oleh Holland telah mengkelaskan ciri manusia kepada enam ciri atau tema utama. Pilih dua daripadanya dan huraikan ciri-ciri personaliti berserta contoh pekerjaannya.

1.

Realistik Ciri personaliti: Gemar tugas konkrit, praktikal, menggunakan alat atau mesin. Kurang sosial. Contoh kerjaya : Jurutera, Jurugambar, Tukang paip dll

2.

Investigatif Ciri Personaliti: Mempunyai pemikiran abstrak, bersifat analitikal dan berdikiri, berorientasikan tugas Contoh kerjaya: Saintis(semua bidang), ahli matematik, Pegawai penyiasat dll

3.

Artistik Ciri Personaliti: Mempunyai daya imiganasi dan nilai estetika yang tinggi, eksperisi kendiri melalui bidang seni. Contoh kerjaya: Artistik-pelukis, pereka, Muzikal- guru muzik, ahli muzik, penulis, pengkritik dll.

4.

Sosial Ciri Personaliti: Mengutamakan masalah sosial, suka berkawan, peramah dan senang dalam kelompok yang ramai Contoh Kerjaya: Guru, Kaunselor, Pegawai kebajikan, jururawat ahli sosiologi dll.

5.

Daya usaha (enterprising) Ciri Personaliti: Bersifat ekstrovert, agresif, domonan, mempunyai daya pujuk yang tinggi dan suka memimpin Contoh Kerjaya: Pengurus, Pegawai pemasaran, Penyelia pengeluaran, pengurus jualan, ahli korporat.

6.

Konvensional Ciri Personaliti: Bersifat sosial, praktik dan konservatif, suka tugas yang berstruktur dan menerima arahan Contoh Kerjaya: Kerani fail, akauntan, setiausaha, pelayan tetamu, penyimpan kira-kira dll 1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 3 markah 2 fakta + huraian x 3 = 6 markah

Bahagian C

Jawab dua dari pada tiga soalan 1. Banding dan bezakan antara Teori Pemusatan Perorangan dengan Teori Terapi Rasional Emotif Tingkahlaku. Huraikan justifikasi berdasarkan aspek-aspek utama dalam teori-teori berkenaan. [20 markah] Aspek Pandangan teori /anggapan terhadap manusia Teori Pemusatan Perorangan Teori Terapi Rasional Emotif

Peranan Kaunseling

1. mempunyai maruah dan harga diri 2. mempunyai kebolehan untuk mencapai arah kesempurnaan kendiri 3. berkebolehan untuk memilih nilai masingmasing 4. berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masingmasing 5. berpotensi melakukan perubahan yang konstruktif 1. Klien dalam keadaan tidak kongruen dan guru bimbingan dan kaunseling pula dalam keadaan kongruen. 2. Sesi kaunseling bermatlamat supaya klien menjadi kongruen dan berjaya mencapai kesempurnaan kendiri
Guru bimbingan dan kaunseling 1) ketulenan

1. manusia bersifat tidak rasional dan cenderung kepada kegagalan. 2. manusia berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing jika berada dalam keadaan rasional. 3. Manusia berpotensi untuk berubah menjadi lebih rasional

1. Menstruktur semula pemikiran klien yang tidak rasional sehingga klien memperolehi falsafah hidup yang lebih positif dan rasional.

Teknik Kaunseling

tidak terikat dengan peranan bersifat spontan tidak bersifat defensif bersifat tekal membuat pengkongsian diri

Teknik kognitif

menstruktur semula

pemikiran dan kepercayaan tidak rasional menggunakan Teori ABCDE A - peristiwa pencetus B- penilaian terhadap peristiwa C-konsekuen akibat penilaian D- rawatan

2)Penerimaan Positif tanpa syarat

E pemikiran menjadi rasional

memberi perhatian yang berkualiti bersikap tidak menghukum menyedari dan meningkatkan potensi dan kebolehan klien

mendefinisi semula situasi negatif menjadi positif menkonseptualisasi masalah menjadi holistik unsur kecindan membentuk pola-pola emosi yang positif latihan menyerang perasaan/provokasi latihan asertif dan pembentukan pengurusan kendiri pemantauan kendiri

Teknik Emotif

3) Empati

kemahiran melayan dan kesenyapan.

Teknik Behavioral

mana-mana aspek yang munasabah.seperti matlamat kaunseling, kelemahan dan kekuatan teori.

1 fakta = 1 markah I fakta + huraian = 3 markah I fakta + huraian + contoh = 4 markah 5 fakta + huraian + contoh x 4 = 20 markah

2.Bincangkan keberkesanan kemahiran melayan dan mendengar yang bolehanda aplikasikan untuk membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengar

i. Kemahiran Melayan [10 markah]


Kemahiran membina hubungan Kemahiran memberi perhatian 1. Ekspresi wajah 2. Gaya badan

3. Gerak isyarat 4. Kontak mata 5. Nada suara

Memahami klien Bersifat tidak menghukum Kesenyapan 1 fakta = 1 markah 1 fakta +huraian =3 markah 1 fakta,huraian dan contoh = 5 markah 2 fakta,huraian dan contoh x 5 = 10 markah markah penuh = 10 markah

ii. Kemahiran mendengar [10 markah] Soalan terbuka Parafrasa Refleksi perasaan Dorongan minima Meminta penjelasan Merumus Menyemak persepsi
1 fakta = 1 markah 1 fakta +huraian = 3 markah 1 fakta,huraian dan contoh = 5 markah 2 fakta,huraian dan contoh x 5 = 10 markah markah penuh = 10 markah

Peringatan
Dalam huraian,pelajar perlu mengaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar dengan membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling kelompok bagi membantu murid-murid yang mendapat prestasi rendah dalam peperiksaan semester. Bincangkan tahap-tahap kaunseling kelompok yang akan anda laksanakan.
Tahap satu : Permulaan /orientasi Membincangkan

tujuan dan matlamat kelompok prosedur dan peraturan kelompok limitasi dan had kerahsiaan

Tahap kedua :

Konflik Pembinaan kepercayaan dan kejelekitan antara satu sama lain

Menjaga keharmonian kelompok Saling berkompromi

Tahap Ketiga : Kesepaduan Ahli kelompok bebas meneroka pemikiran dan perasaan masing-masing Berusaha menangani kebimbangan dalam kelompok Mengubah celik akal Melakukan perubahan ke arah pencapaian matlamat Tahap keempat : Kejayaan Memberi dan menerima maklumbalas Mengaplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian Memberi sokongan serta dorongan kepada ahli-ahli yang lain.
[ fakta = 1 markah] [ huraian dan contoh = 4 markah] [fakta + huraian + contoh = 5 markah

[fakta + huraian + contoh x 4 = 20 markah]

Peringatan Dalam huraian, pelajar perlu mengaitkan setiap tahap dengan cara membantu meningkatkan prestasi murid-murid beserta contoh.

Nyatakan empat matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di Sekolah i ii iii iv v Memudah dan menggerakkan perubahan tingkah laku Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan Memperbaiki hubungan dengan individu yang lain Memperkembangkan potensi diri

1 fakta = 1 markah 4 fakta = 4 markah Jumlah = 4 markah b. Jelaskan kepentingan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah i Membantu pelajar berkembang dalam semua bidang ii ii iv v Membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya Membantu pelajar membuat penyesuaian di sekolah Memotivasikan pelajar Mengenalpasti dan menolong pelajar yang memerlukan pertolongan khas Membantu pelajar mengurus masa dengan baik 1 fakta = 1 markah 6 fakta = 6 markah Jumlah = 6 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah 2. a. maklumat. Kaedah temu bual boleh dilaksanakan bagi tujuan pengumpulan Huraikan tiga jenis temu bual di bawah ini. Temubual berstruktur: Temubual berdasarkan soalan-soalan yang dibina lebih awal. Temubual tanpa struktur: Murid-murid diberi kebebasan untuk bercakap berdasarkan soalan umum. Temubual separa berstruktur: Gabungan kedua-dua teknik di atas. 1 fakta = 1markah 1 fakta dan contoh = 2 markah 3 fakta dan contoh = 6 markah Jumlah = 6 markah

vi

b. Masa 11.00 pagi 11.15 pagi

Murid-murid sedang membuat latihan yang diberi oleh guru di dalam kelas

11.20 pagi

11.40 pagi

Terdapat murid-murid yang berjalan-jalan dalam kelas. Guru menegur murid dengan mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing, tetapi terdapat dua orang murid yang curi-curi duduk di tempat murid lain. Dua orang murid tadi telah mengganggu murid lain tanpa disedari oleh guru. Mereka meniru latihan yang diberi oleh guru daripada murid lain. Murid yang telah siap latihan mula berbual dan bermain. Terdapat juga murid yang tertidur di dalam kelas.

Kenal pasti empat persamaan yang dihadapi oleh murid-murid di dalam kelas dan kategorikan permasalahan tersebut berdasarkan pemerhatian tingkah laku di atas. Perlakuan Kognitif
i. ii. Murid main dalam kelas Tidak membuat latihan

Kategori Emosi

Fizikal

iii. Meniru kerja kawan iv. Mengganggu ketenteraman kelas v. Murid tidur dalam kelas vi. Tidak mendengar arahan guru

1 fakta = markah 1 fakta dan kategori = 1 markah 4 fakta dan kategori = 4 markah Jumlah = 4 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah 3. a. Terapi bermain dapat digunakan sebagai satu kaedah teraputik. Berikan justifikasi bagaimana terapi bermain dapat membantu muridmurid menghadapi tekanan emosi. . i. Terapi bermain membolehkan kanak-kanak memanipulasi dunia dalam skala yang lebih kecil. Dengan cara menggunakan bahanbahan terpilih dalam aktiviti bermain di samping menerima

bimbingan guru, kanak-kanak akan bermain dengan perasaan mereka dan meluahkan perasaan yang tersembunyi. ii. Persekitaran yang selamat ketika bermain dengan bimbingan guru yang berempati dan menerima tanpa syarat membolehkan kanakkanak menyatakan sesuatu tanpa berasa takut dikenakan hukuman atau seumpamanya 1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah 1 fakta + huraian x 2 = 2 markah 2 fakta + huraian x 2 = 4 markah Jumlah = 4 markah

Terapi bercerita merupakan medium komunikasi antara ahli terapi dan klien. Jelaskan tiga panduan menggunakan aktiviti bercerita sebagai terapi yang berkesan kepada murid-murid. i. Laksanakan secara tidak langsung Ahli terapi perlu sensitif dan melaksanakan cerita yang tidak menyamai situasi yang dialami dengan menukar watak cerita Laksanakan secara kreatif
Ahli terapi perlu bercerita secara kreatif, menarik dan penuh semangat. Mempelbagaikan nada suara dan penuh perasaan serta menggunakan bahan-bahan bersesuaian seperti anak patung sebagai sokongan bercerita

ii.

iii.

Bersikap positif
Sentiasa memastikan cerita yang disampaikan berakhir dengan peristiwa positif dan kejayaan

iv.

Mengajak kanak-kanak mereka-reka cerita


Menambah keyakinan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan menggalakkan mereka untuk mereka cerita serupa dengan tema yang disampaikan

1 fakta/isi x 1 markah = 1 markah 1 fakta + huraian x 2 = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 = 6 markah Jumlah = 6 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah

4.

a.

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, aspek perkembangan minat kerjaya murid-murid perlu diterapkan dalam perancangan aktiviti bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pemahaman anda terhadap Teori Tipologi Holland jelaskan lima andaian yang terdapat di dalam teori tersebut. i. ii. iii. iv. v. vi. Terdapat 6 jenis atau gaya personaliti individu iaitu; RIASEC Terdapat 6 jenis persekitaran kerjaya iaiatu; RIASEC Setiap gaya personaliti berpadanan dengan persekitaran kerjaya Individu sering mencari persekitaran kerjaya yang sepadan dengan gaya personaliti masing-masing Semakin kuat padanan gaya personaliti dengan persekitaran kerjaya kepuasan kerjaya akan semakin bertambah Sikap dan perlakuan individu adalah hasil dari interaksi di antara persekitaran dengan individu itu Terdapat gaya atau personaliti individu yang bersifat primer, sekunder atau tertiari. 1 fakta = 1 markah 5 fakta x 1 markah = 5markah

v.

Jumlah = 5 markah
b. Dalam aspek perkembangan kerjaya, konsep gaya hidup individu perlu diberi penekanan oleh guru bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan pernyataan di atas rumuskan 5 tema gaya hidup yang disarankan oleh Adler yang dapat dikaitkan dengan sifat murid-murid sekolah di sekolah. i. Rasa ingin dimiliki oleh lingkungan sosialnya suka bermain, perasaan dipunyai, menghormati dan memberi sokongan. Rasa inginkan pengiktirafan ingin mendapat pujian dan penghargaan. Rasa terlalu berhati-hati sehinggakan boleh mendatangkan masalah pada diri dan orang lain. Rasa bertanggungjawab mengawal dan ingin menguasai Rasa Pergantungan mengikut arahan dan akur berkaitan peraturan 1 fakta = 1 markah 5 fakta x 1 markah = 5markah

ii. iii.

iv. v..

Jumlah = 5 markah Jumlah keseluruhan = 10 markah

BAHAGIAN C [ 40 markah ]

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan prinsip ABCD yang telah diasaskan oleh Albert Ellis dalam Teori Terapi Rasional Emotif (RET). Teori Rasional Emotif Terapi telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat.Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan kepada teori tingkah laku kognitif. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosirasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar.

Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku.Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan.Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional.Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. (i) Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. (ii) RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan beberapa kecenderungan ke arah perkembangan dan pengiktirafan diri tetapi mereka akan mengkhianatinya disebabkan oleh kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari. Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Pandangan Teori Terhadap Manusia Terapi ini telah mengandaikan bahawa manusia bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama.

Terapi RET berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional.Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi, berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar, mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Fenomena ini meyakinkan terapi ini dapat membantu manusia untuk menerima kembali diri mereka sendiri setelah melakukan kesilapan dan belajar untuk hidup lebih harmonis.

Fakta ABCDE Kepercayaan - manusia perlu mengubah cara berfikir supaya betulkan fikiran yang tidak rasional.

Teori A

Perihalan Activating experience Peristiwa pencetus, kenyataan , cara bertingkah laku atau perlakuan seseorang individu. Belief system (system kepercayaan) Penilaian terhadap peristiwa. i. Rasional ii. Tidak rasional Rasional.

Contoh Gagal dalam peperiksaanwa pencetus

Rasional Saya masih ada peluang untuk terus sekolah Tidak rasional - Musnahlah masa depan saya - Kegagalan saya semuanya berpunca dari kesilapan saya sendiri. - Saya adalah merupakan manusia yang paling bodoh - Saya sangat kecewa dengan kegagalan peperiksaan ini.

Consequence @ akibat penilaian tadi.

Kesan A

Gangguan emosi hingga menyebabkan wujudnya depresi dan anxieti.


sentiasa keadaan muram dan tidak bersemangat.

Dispute (mencabar kepercayaan tidak rasional /kepercayaan rasional) kaedah untuk berhujah, mengajar, mencabar dan memperbetulkan sistem kepercayaan yang tidak rasional

Kaunselor akan bantu lawan fikiran tak rasional gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya kegagalan pertama kali adalah permulaan kepada kejayaaan Menjadi normal dan mempunyai sistem kepercayaan dan penilaian yang rasional dan positif Pemikiran tak rasional jadi rasional

Effect (kesan) Jawapan yang dijana lawan pemikiran tak rasional.

1 fakta/isi x 1 markah = 2 markah 1 fakta + huraian x 4 = 4 markah 5 fakta + huraian x 4 = 20 markah Jumlah keseluruhan = 20 markah

2.

Sebanyak tujuh peratus daripada perasaan kita disampaikan melalui saluran lisan, manakala 38 peratus disampaikan melalui nada suara dan 55 peratus melalui saluran bukan lisan termasuk mimik muka, isyarat tangan, kedudukan badan dan sebagainya. (Choong Lean Keow, 2010)

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, bincangkan dengan memberi contoh yang jelas, kemahiran menginterpretasi tingkahlaku bukan lisan yang boleh anda aplikasikan untuk membantu keberkesanan sesi kaunseling mencapai matlamatnya.
1. Kontak mata : mencerminkan perasaan, sikap dan merangsang suasana kondusif atau positif dalam perbincangan Contoh esei : Kemampuan menginterpretasi tingkahlaku dari aspek kontak mata sangat penting kepada semua Guru Bimbingan dan Kaunseling. Semasa sesi bersama klien, mereka akan menonjolkan pelbagai bentuk kontak mata kepada Guru Bimbingan. Kontak mata klien sebenarnya mencerminkan perasaan dan sikap sebenar klien yang cuba diberitahu secara tidak langsung kepada Guru Bimbingan. Jika Guru

Bimbingan gagal menginterpretasi tingkahlaku tersebut dengan tepat, maka guru bimbingan mungkin gagal untuk meneroka permasalahan sebenar klien. Contohnya Guru Bimbingan sedang meneroka kekecewaan seorang pelajar dengan sikap gurunya,.tetapi semasa sesi penerokaan, klien sentiasa mencerlung tajam pada Guru Bimbingan dan Kaunseling setiap kali dia berterus terang tentang sikap guru yang tidak disukainya. Sebenarnya kontak mata yang dipaparkan klien mengambarkan ketidakyakinan dirinya jika Guru Pembimbing bersedia menerima kritikannya terhadap guru yang tidak disukainya itu. Klien mungkin was-was jika Guru Pembimbing bersedia mendengar kritikan terhadap rakan sejawatnya. Guru Bimbingan yang berjaya menginterpretasi dengan tepat kontak mata klien, akan terus merangsang suasana yang positif dalam perbincangan. Sebaliknya guru Bimbingan yang gagal menginterpretasi dengan baik mungkin akan mengemukakan soalan-soalan yang akan menambah ketidak percayaan klien kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar keluhannya. Akibatnya keberkesanan sesi kaunseling berkenaan akan gagal mencapai matlamat sebenarnya. 2. Senyuman: sebagai penjalin hubungan yang baik, meredakan ketegangan emosi dan keselesaan untuk berbincang 3. Posisi badan; mengambarkan perasaan, mood, sikap dan persepsi seseorang 4. Pergerakan kaki dan tangan: membantu keberkesanan komunikasi seperti memberi penekanan kepada sesuatu fakta dalam perbincangan atau melahirkan emosi yang terlindung. Pergerakan yang terlalu banyak menghalang komunikasi berkesan atau menganggu konsenstrasi klien 5. Ekspresi muka: dapat menyampaikan mesej yang pelbagai termasuk identiti sosial, personaliti sertagambaran perasaan dan emosi seseorang 6. Sentuhan; memberi tafsiran seperti kemesraan, penguasaan, agresi, minat seksual, mengambil berat dan sebagainya. 7. Nada suara: memahami emosi klien seperti nada tegang, geram, marah, sedih, tidak bermaya, merungut dan sebagainya.

1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah 1 fakta, huraian dan contoh = 5 markah 4 fakta + huraian+ contoh x 5 = 20 markah

3.

Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling kelompok bagi membantu murid-murid yang berprestasi rendah dalam peperiksaan semester.
Sejauhmanakah ciri-ciri guru bimbingan dan kaunseling yang berkesan dapat memastikan kejayaan sesi kaunseling kelompok tersebut.Perjelaskan ciri-ciri tersebut dengan contoh yang sesuai. 1. Ketulenan: amanah, jujur dan ikhlas Contoh esei :

Guru Bimbingan yang berkesan akan bersikap amanah dengan luahan dan semua permasalahan klien. Mereka perlu sentiasa jujur dan ikhlas untuk mendengar dan berkongsi permasalahan klien. Sifat ketulenan ini akan membantu klien membina sikap rapo dan percaya kepada kesediaan Guru Bimbingan untuk mendengar dan membantu menyelesaikan permasalahan mereka. Contohnya klien yang menjadi mangsa sumbang mahram oleh ahli keluarga sendiri dan Guru Bimbingan ditugaskan untuk membantu klien membina semula keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif untuk meneruskan kehidupan. Guru Bimbingan yang menunjukkan ciri-ciri ketulenan akan menggalakkan klien mencurahkan perasaan dengan penuh sikap terbuka dan tidak berpura-pura. Walaupun isu yang dibicarakan mengaibkan klien. Keadaan ini akan merangsang suasana perbincangan yang kondusif dan mempastikan keberkesanan sesi kauseling tersebut .Jadi ciri Guru Bimbingan yang berkesan amat penting dalam usaha Guru Bimbingan untuk mempastikan kejayaan sesuatu sesi kaunseling. 2. Penerimaan tanpa syarat 3. Kefahaman empati yang tepat 4. Kemesraan 5. Kerahsiaan 6. Menghormati dan menghargai diri sendiri 7. Mempunyai ilmu dan kepakaran dalam kemahiran kaunseling 8. Mempunyai keyakinan diri dan percaya pada kebolehan orang lain 9. Mempunyai kredibiliti tinggi dan boleh dipercayaibersifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu 10. Kesanggupan dan kesediaan meibatkan diri dalam masalah pelajar 11. Persepsi positif terhadap pelajar 12. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada pelajar 13. Bertindak secara praktikal dan teliti

1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah 1 fakta, huraian dan contoh = 4 markah
5 fakta + huraian+ contoh x 4 = 20 markah

1.

Banding dan bezakan antara Teori Pemusatan Perorangan dan Teori Rasional Emotif (REBT). [[ 20 markah ] Aspek Pandangan /anggapan terhadap manusia Teori Pemusatan Perorangan mempunyai maruah dan harga diri mempunyai kebolehan untuk mencapai arah kesempurnaan kendiri berkebolehan untuk memilih nilai masingmasing berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masing-masing berpotensi melakukan perubahan yang konstruktif Teori Rasional Emotif

manusia bersifat tidak rasional dan cenderung kepada kegagalan. manusia berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkahlaku masingmasing jika berada dalam keadaan rasional. Manusia berpotensi untuk berubah menjadi lebih rasional 1fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian : 2.5 markah Markah penuh : 5 markah

Peranan Kaunseling

klien dalam keadaan tidak kongruen dan Guru Bimbingan dan Kaunseling pula dalam keadaan kongruen. sesi kaunseling bermatlamat supaya klien menjadi kongruen dan berjaya mencapai kesempurnaan kendiri

menstruktur semula pemikiran klien yang tidak rasional sehingga klien memperolehi falsafah hidup yang lebih positif dan rasional.

1fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah markah penuh = 3 markah Teknik Kaunseling 1) ketulenan tidak terikat dengan peranan bersifat spontan tidak bersifat defensif bersifat tekal Teknik kognitif menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional menggunakan Teori ABCDE

A - peristiwa pencetus B- penilaian terhadap peristiwa 2)Penerimaan Positif tanpa C-konsekuen akibat penilaian syarat memberi perhatian yang D- rawatan E pemikiran menjadi berkualiti rasional bersikap tidak mendefinisi semula menghukum situasi negatif menjadi menyedari dan positif meningkatkan potensi menkonseptualisasi dan kebolehan klien masalah menjadi holistik 3)Empati kemahiran melayan dan Teknik Emotif kesenyapan. unsur kecindan membentuk pola-pola emosi yang positif latihan menyerang perasaan/provokasi membuat pengkongsian diri Teknik Behavioral latihan asertif dan pembentukan pengurusan kendiri pemantauan kendiri 1 fakta = 1markah 1fakta dan huraian = 4 markah markah penuh = 12

2.

Sebagai seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling, bincangkan keberkesanan kemahiran melayan dan mendengar yang boleh anda aplikasikan untuk membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1) Definisi kemahiran melayan dan mendengar: [ 02 markah ] Bersedia untuk mendengar Mencari makna dalam apa yang dikatakan klien Berfokus kepada tindakan, perasaan dan sikap klien 2) Jenis-jenis Kemahiran melayan dan mendengar a) Mendengar secara aktif [ 09 markah ] Memahami klien

Bersifat tidak menghukum Memberikan tumpuan sepenuhnya Gunakan kesenyapan 1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah markah penuh = 09 markah Kemahiran mendengar dan melayan asas [ 09 markah ] Soalan terbuka Parafrasa Reflesi perasaan Dorongan minima Meminta penjelasan Merumus Menyemak persepsi 1 fakta = 1 markah 1 fakta dan huraian = 3 markah Markah penuh = 09 markah

b)

( Penting : Kaitkan semua kemahiran melayan dan mendengar dengan memberi contoh membantu murid-murid yang kurang bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran).

3.

Guru Besar telah mengarahkan anda untuk mengadakan satu sesi kaunseling kelompok bagi membantu murid-murid yang mendapat prestasi rendah dalam peperiksaan semester. Bincangkan sejauhmanakah halangan-halangan dalam komunikasi, boleh mengagalkan usaha anda untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling kelompok. 1) Halangan fizikal Benda-benda fizikal dalam persekitaran yang boleh menganggu proses komunikasi seperti tempat perjumpaan yang tidak selesa (pencahayaan,suhu, pengudaraan) kedudukan/susunatur meja kaunselor dan kerusi klien, gangguan di persekitaran 2) Halangan Psikologi Halangan dalam proses komunikasi yang disebabkan oleh faktor-faktor emosi,persepsi dan pemilihan, seperti Klien menghadapi tekanan emosi dan tidak bersedia untuk memberitahu masalahnya kepada klien Klien tidak dapat memberi fokus

Klien yang memberi jawapan yang salah Persepsi klien berbeza dengan kaunselor Klien melihat setiap situasi dengan cara yang berbeza dari pada kaunselor

3) Halangan Persekitaran Merujuk aktiviti-aktiviti dalam persekitaran yang boleh mempengaruhi corak komunikasi dan kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling seperti : Persekitaran yang bising Persekitaran yang menghalang komunikasi Persekitaran yang menggalakkan tingkahlaku sosial pasif Persekitaran dimana murid-murid selalu dikritik Persekitaran yang tidak membenarkan kejayaan 4) Halangan Sosial dan budaya Sumber konflik dan kesalahfahaman melalui tingkahlaku bukan verbal/verbal Contoh Kontak mata : bagi orang timur mata yang tidak bertentangan sebagai simbol hormat dan sopan santun, sebaliknya budaya barat kontak mata boleh ditafsirkan sebagai minat, kejujuran dan kredibiliti. Norma-norma sosial, adat, peraturan, kepercayaan, latarbelakang dan pendidikan yang berbeza Ekspresi,perkataan dan lawak jenaka yang boleh menjadi sensitif kepada klien-kliennya dengan latar belakang yang berbeza. 5) Halangan Bahasa Kekeliruan dalam pesanan atau mesej yang ingin disampaikan antara kaunselor dan klien mengakibatkan mesej yang disampaikan tidak jelas kepada penerima. Menggunakan bahasa pasar Bercakap mengenai topik lain pada masa yang sama (mana-mana jawapan yang munasabah dan menjadi halangan kepada komunikasi) 1 fakta = 1 markah Konsep = 1 markah Huraian = 3 markah 1 fakta + konsep + huraian = 5 markah. 4 fakta +konsep + huraian = 20 markah Markah penuh = 20 markah

Anda mungkin juga menyukai