Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Pada semester ini, tugasan bagi pentaksiran dan pengurusan mata pelajaran pendidikan moral di sekolah rendah

(ELM 3103) adalah mencari dan mengumpul maklumat tentang pengurusan mata pelajaran pendidikan Moral serta membina satu fail meja ketua panitia pendidikan moral. Terdapat beberapa masalah yang telah kami hadapi semasa menjalankan kerja kursus ini. Semasa melaksanakan kerja kursus ini, kami telah menghadapi masalah mencari fail meja yang dalam bahasa melayu. Ini adalah kerana sekolah praktikum kami adalah sekolah cina dan fail meja ketua panitia pendidikan moral adalah dalam bahasa cina. Selain itu, sekolah rendah sekarang yang tidak mementingkan subjek pendidikan moral juga merupakan satu masalah untuk kami mendapatkan fail meja. Ada sekolah yang mengabungkan subjek moral dengan subjek pendidikan seni. Nanum, kami tetap tidak berputus asa mencarinya dan akhirnya kami telah berjaya mendapatkan satu fail meja atas bantuan dari senior. Melalui kerja kursus ini, saya telah mengetahui tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru panitia pendidikan moral. Peranan seorang guru panitia mata pelajaran pendidikan moral terbahagi kepada tiga peringkat iaitu sebelum, semasa dan selepas. Guru panitia pendidikan moral perlu memahami kandungan Huraian Sukatan Pendidikan Moral setiap tahun untuk memastikan perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) selaras dengan huraian sukatan pendidikan. Tugas-tugas bagi panitia pendidikan moral adalah menyediakan takwim panitia dan melaksanakan perancangan, menyelaraskan penyediaan rancangan tahunan, mingguan dan harian setiap tahun, membuat sasaran peratusan kelulusan, menyemak draf soalan ujian dan peperiksaan dan sebagainya. Sebagai seorang guru panitia pendidikam moral di sekolah turut perlu mengajar dalam kelas mata pelajaran Pendidikan Moral. Guru perlu menentukan objektif P&P dengan jelas dan mempelbagaikan kaedah mengajar supaya pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar dan menarik. Guru moral perlu menerapkan nilai-nilai moral kepada murid-muridnya semasa P&P dijalankan supaya murid dapat menerapkan nilai moral dalam kehidupan mereka. Selepas pengajaran, guru moral juga perlu membuat penilaian dan menentukan sama ada

tindakan susulan perlu dijalankan. Sekolah-sekolah yang tidak mementingkan pendidikan moral harus berubah kerana pendidikan moral dapat membantu membentukkan murid-murid yang baik dan bermoral. Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu En. Khairul Zamri Othman kerana telah banyak membantu kami dalam kerja kursus ini. Beliau sanggup meluang masa berbincang dengan kami tentang kehendak kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan saya yang lain kerana banyak membantu saya dalam tugasan ini. Tanpa bantuan dari rakan saya yang lain, tidak mungkinlah kerja kursus ini dapat menyiapkan dalam masa yang ditentukan.