Anda di halaman 1dari 2

PENYATA RAHMAN TALIB MEMUPUK PERPADUAN NASIONAL

Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma Perlembagaan Malaysia Perkara 12, Perlembagaan Rakyat 1947 Seksyen 15 dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 Perkara 26 menyatakan setiap rakyat mempunyai hak untuk mendapat pendidikan. Hari ini pendidikan sudah menjadi satu perniagaan dan hanya golongan yang mampu dan mempunyai duit sahaja dapat menikmatinya. Sedangkan daripada 28 juta rakyat Malaysia, 40% iaitu 11 juta rakyat masih berpendapatan dibawah RM1500 sebulan. Ini menunjukkan kebanyakkan rakyat Malaysia masih miskin dan terdapat pelajar-pelajar yang tidak mampu ke sekolah kerana kemiskinan. Tidak ada pendidikan percuma di sekolah rendah seperti yang diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bajet 2008. Di sekolah rendah pelajar masih dikenakan yuran tambahan yang mencecah RM100-200 untuk seorang pelajar. Lagi menyedihkan yuran bagi pelajar-pelajar tadika adalah RM300-400 setahun dan belum dicampur dengan yuran bulanan. Oleh itu pendidikan perlu diberi percuma dan tidak seorang pun menjadi mangsa kerakusan sistem kapitalis yang memperniagakan pendidikan! Pendidikan adalah hak rakyat dan bukan komoditi. Perkara ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat kerana sistem pendidikan yang diberikan adalah secara percuma. Hal ini dapat meningkatkan pemupukan perpaduan nasional dengan pemberian pendidikan secara percuma kepada golongan yang tidak berkemampuan terutamanya golongan miskin di luar Bandar tidak kira agama bangsa dan budaya yang diamalkan oleh mereka. Pendidikan percuma untuk semua murid ini akan memberikan kesan yang sangat mendalam terutamya bagi Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. Selain itu, jumlah murid yang mendaftar masuk ke sekolah rendah semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana mereka sedar akan kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka. Dasar pendidikan percuma akan meluaskan aksesnya kepada pendidikan tinggi percuma kepada lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum. Pada masa yang sama, ia menukar model pembiayaan pendidikan tinggi yang kini terbukti menindas rakyat dan tidak dapat bertahan di masa hadapan. Semua sekolah rendah dan menengah dan peperiksaan awam hendaklah menggunakan bahasa rasmi sahaja Bagi sekolah menengah, ke semua peperiksaan awam hendaklah dijalankan dalam bahasa rasmi sahaja iaitu Bahasa kebangsaan ataupun bahasa Inggeris sahaja. Hal ini kerana dapat memupuk semangat perpaduan di antara rakyat yang berbilang kaum di Negara kita ini. Selain itu, murid dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai bahasa itu sendiri dan dapat menuturkan bahasa tersebut dengan lebih fasih dan menjadikan mereka seseorang yang berguna. Hal ini juga dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara mereka kerana mereka menggunakan satu bahasa yang sama dan juga memudahkan mereka untuk bertutur antara satu sama lain. Hal ini juga kerana bahasa melambangkan bangsa itu sendiri. Cara ini juga penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia iaitu melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di negara ini. Rancangan kerajaan untuk menyeragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama. Jika kita lihat sekarang, dasar pendidikan yang dijalankan kerajaan kini menampakkan hasilnya. Oleh itu, ditekankan bahawa pendidikan menjadi alat membentuk perpaduan kaum. Belajar dan kajilah sejarah untuk mendapatkan manfaat berguna dan meningkatkan kualiti hidup kita. Kita sepatutnya mencontohi Dr. Mahathir Mohamad yang rajin membaca dan mengkaji bahan sejarah serta berjaya menaikkan nama Malaysia di persada dunia dengan kekuatan pembacaannya. Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Pelajar-pelajar bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsinya sebagai bahasa perpaduan rakyat, perhubungan utama, dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat. Menjalankan peperiksaan darjah 5 dan memajukan teknik dan vokasional. Pendidikan teknik dan vokasional adalah penting untuk memperkembangkan ekonomi dan juga pendidikan di Negara ini. Laporan Rahman Talib mencadangkan penubuhan Institusi Teknologi di Kuala Lumpur, Ipoh, Pulau Pinang dan juga Pantai Timur. Sekolah pertukangan juga harus ditubuhkan supaya menyediakan kursus 3 tahun untuk murid-murid yang telah belajar 2 tahun di sekolah menengah. Dengan adanya sekolah seperti ini, pemupukan perpaduan dapat dijalankan melalui pergaulan antara pelbagai kaum yang memasuki sekolah tersebut kerana sekolah tersebut adalah terbuka untuk semua kaum yang telah menduduki sekolah menengah selama 2 tahun. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara. Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Sukatan pelajaran yang seragam

membolehkan pandangan dunia (world view) setiap kaum di Malaysia hampir sama & tidak mewujudkan perselisihan dalam persefahaman. Pendidikan teknik dan vokasional merupakan salah satu cabang pendidikan yang ditawarkan pada masa kini. Ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan kepada pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi keperluan tenaga kerja di industri di dalam mahupun diluar negara. Bagi merealisasikan program pendidikan teknikal ini, banyak program yang berkaitan telah diwujud dan ditawarkan. Sistem latihan ini juga telah diperkenalkan diperingkat Sekolah Menengah sehinggalah ke peringkat Universiti. Usaha-usaha ini adalah bagi membolehkan pelajar-pelajar yang berpotensi dilatih untuk menjadi tenaga kerja professional dan separa profesional di dalam pelbagai bidang teknologi dan kejuruteraan. Pendidikan teknik dan vokasional ini sebenarnya dapat membantu pelajar tercicir dalam pelajaran bersifat akademik tetapi berpotensi besar untuk menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kemahiran dan seterusnya dapat menjana ekonomi negara secara keseluruhannya. Murid naik darjah secara automatik Bagi menampung semua murid sekolah sekolah rendah naik ke sekolah menengah, cadangan umur persekolahan dinaikkan daripada 12 tahun kepada 15 tahun. Hal ini kerana pengangguran murid-murid akan meminbulkan pelbagai masalah sosial. Dengan adanya sistem naik darjah secara automatik, perpaduan dapat dikekalkan antara kaum kerana tali silaturrahim tidak akan putus kerana kita perlulah memberikan memupuk perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi. Kenaikan darjah secara automatik juga dilaksanakan di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan. Peluang pendidikan juga diberikan selama 9 tahun yang disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendah. Kursus sekolah dasar memakan masa enam tahun dan sepanjang enam tahun ini, proses naik darjah adalah secara automatik. Murid-murid yang tamat mengikuti kursus ini kemudian mengambil Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah dan hanya 30% muridmurid sahaja yang terpilih untuk masuk ke sekolah menengah. Murid-murid yang gagal dibenarkan menunggu setahun lagi di Darjah 6 jika ada tempat. Sistem ini didapati tidak memuaskan kerana bagi kebanyakan murid, pendidikan rasmi mereka tamat sernasa mereka berumur 11 atau 12 tahun. Kawalan mutu pelajaran di sekolah rendah ditingkatkan oleh Jemaah Nazir Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolahsekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. Jemaah Nazir Sekolah (JNS) iaitu nama asal Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) adalah sebuah badan ikhtisas yang telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1956 atas perakuan Penyata Razak 1956 dan seterusnya diberi pengesahan di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Penubuhan sebuah badan pengawalan dalam pendidikan seperti JNS telah disarankan semenjak tahun 1938 oleh sebuah Suruhanjaya Khas berkenaan dengan Dasar Pelajaran Tahun 1952 dan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak) yang menyokong penubuhan sistem pengawalan khas bagi seluruh negara. Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara (modal insan).

Anda mungkin juga menyukai