Anda di halaman 1dari 47

1.0 PENDAHULUAN Mesir mula ditakluk oleh Turki Uthmaniyah pada tahun 1517.

Pentadbiran Uthmaniyah memiliki fungsi utama iaitu menjaga kebajikan wilayah Mesir kerana ia mempunyai banyak kepentingan. Keistimewaan geopolitiknya dalam pengendalian wilayah Laut Merah dan tempat suci di Jazirah Arab adalah penting kerana betul-betul berada di kawasan strategik iaitu laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan wilayah timur dan barat. Hal ini telah menyebabkan ramai kuasa-kuasa barat ingin menguasai Mesir bagi menjaga dan menguasai jalan-jalan yang penting untuk perdagangan. Kedudukan Mesir yang terletak disebelah Laut Mediterranean

membolehkan banyak manfaat dapat diambil daripadanya terutama dari sudut peluang ekonomi yang menjadi rebutan kuasa barat. Perancis adalah kuasa barat yang mula menceroboh Mesir di bawah pimpinan Jeneralnya yang hebat iaitu Nepoleon Bonarparte. Pada tahun 1801, kekuatan Perancis di Mesir dikalahkan oleh British yang kemudian mengembalikan kekuasaan Turki Uthmaniayah1. Pengusiran tentera Perancis ini dibantu oleh Mehmet Ali, seorang Jeneral tentera yang dihantar Sultan Daulah Uthmaniyah. Penulisan ilmiah ini dibuat untuk menghuraikan pengaruh British di Mesir. Pada masa yang sama penulisan ini turut membincangkan impak yang berlaku keatas Daulah Uthmaniayah sepanjang pendudukan British di Mesir. Rangka waktu perbincangan mengenai persoalan ini adalah dalam lingkungan abad ke 19 sehingga awal ke 20 iaitu dimulai dengan pemerintahan rejim turun temurun Muhamad Ali di Mesir. Peranan British di Mesir amatlah luas dari pelbagai aspek, ini dapat dilihat apabila British terlibat dalam memberikan kemerdekaan kepada Mesir.

Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 114.

2.0 PENGARUH BRITISH DI MESIR (JASMI BIN JOHARI D20112052046) Secara ringkasnya, apabila kita menyingkap kembali sejarah polisi British di Arabia secara umum dan barat daya Arabia sebelum meletusnya Perang Dunia Pertama, hubungan persahabatan dengan pemimpin Arab tempatan telah diadakan tetapi tujuannya hanyalah untuk keselamatan. Ini mencetuskan perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al-Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-Yafai, al-Fadli, alHawshabi, al-Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protestorate Treaties ) sejak tahun 1880-an.2 Perkembangan terbaru ini ialah ekoran dari munculnya kembali pengaruh Empayar Uthmaniyah di Yaman setelah menduduki semula Sanaa pada tahun 1872, juga disebabkan oleh bertambahnya minat kuasa asing di Arabia selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Oleh itu, sejak 1880-an British telah memilih polisi campurtangan di dalam urusan halehwal negeri jiran di Arabia. Hubungan persahabatan antara kerajaan Uthmaniyah dengan Britain terus kekal sehinggalah apabila Uthmaniyah menyebelahi German pada 31 Oktober 1914. Sehingga ke tarikh tersebut Britain masih berpegang kepada polisi menyokong keutuhan Empayar Uthmaniyah walaupun mereka telah menduduki Cyprus dalam tahun 1878 dan Mesir 1882. Misalnya sejak 1882 hingga 1914 Mesir masih lagi diiktiraf sebagai salah sebuah wilayah dalam Empayar Uthmaniyah. Mesir dikuasai kerana dorongan untuk menyelesaikan kekusutan ekonominya serta kepentingan British di Terusan Suez dan sekali gus bagi membendung mana-mana kuasa lain dari bertapak di Laut Merah yang menjadi jalan keluar dari Barat ke Timur. Walaupun kerajaan Uthmaniyah masih mengambil sikap berkecuali setelah meletusnya Perang Dunia Pertama pada Julai 1914, namun Britain sejak awal Ogos 1914 lagi
2

C.U.Aitchison(1909). A Collection of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries, Calcutta,hlm.46,52,99,129.

telah menduga kemungkinan keterlibatan Empayar Uthmaniyah ke kancah peperangan dengan memihak kepada German dan sekutunya. Kementerian Hal-Ehwal India dan kementerian Luar Negeri di London telah menerima laporan daripada pegawai-pegawai mereka di India, Mesir dan Istanbul mengenai persediaan tentera Uthmaniyah untuk memasuki perang. Reaksi terhadap laporan di atas berbagai-bagai, Gabenor General di India mencadangkan supaya kerajaan British mengistiharkan perlindungan ke atas Tanah suci di Mekah dan Madinah dari sebarang serangan.3 Lord Kitchener, bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Mesir ketika itu menjawat jawatan sebagai menteri Perang, telah mencadangkan supaya diajukan pertanyaan kepada Sharif Husayn mengenai apa reaksi beliau dan orangorang Arab sekiranya Empayar Uthmaniyah berperang menentang British.4 Kementerian Luar Negeri juga mempunyai cadangannya sendiri. Duta British di Istanbul diarahkan supaya menyampaikan mesej kepada Sultan Uthmaniyah supaya berkecuali, jika tidak akan buruk padahnya nanti kepada empayar Uthmaniyah iaitu pihak British akan menuntut dan mengistiharkan Mesir merdeka dan dipisahkan dari menjadi wilayah empayar Uthmaniyah.5 Terdapat satu persamaan antara kementerian Hal-ehwal India dengan kementerian Luar Negeri di London iaitu mereka hanya bersetuju pada dasarnya tentang bagaimana mereka harus menggunakan orang-orang Arab bagi menentang Uthmaniyah. Di Mesir, usaha memujuk Sharif Husayn dimulakan oleh Lord Kitchener berasaskan adanya hubungan persahabatan yang telah wujud sejak Februari 1914 lagi, apabila Abdullah yang mewakili ayahnya Sharif Husayn iaitu telah menemui Kitchener di Kaherah, bertanyakan sama ada Britain sanggup atau tidak memberikan bantuan kepada Sharif sekiranya beliau menghadapi masalah dengan Istanbul. Tetapi pada tahap ini usaha Sharif Husayn tidak diberi perhatian
3 4

Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139. Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139. 5 Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138.

yang wajar berdasarkan adanya hubungan baik antara London dengan Istanbul, tetapi apabila ada tanda-tanda yang menunjukkan kecenderungan Uthmaniyah untuk menyebelahi German maka Kitchener telah mengambil peluang ini untuk memulakan hubungan dengan Sharif. Pada bulan September 1914 mesej beliau telah disampaikan kepada Abdullah melalui Milne Cheetham pemangku Pesuruhjaya Tinggi di Mesir. Mesej kedua Kitchener telah disampaikan kepada Abdullah menjanjikan sekiranya bangsa Arab membantu British dalam perang, British akan memastikan Arabia tidak akan terancam Kitchener menambah, it may be that the Arab of true race will assume the khalifate at Mecca or Medina and so good may come by the help of God out of all the evil that is now occurring.6

Mesej Kitchener tentang khalifah Islam sekali lagi telah dirujuk oleh Mc Mohan kepada Sharif pada 30 Ogos 1915 berserta janji-janji kemerdekaan Arab yang terdapat dalam hubungan Mc Mohan-Sharif Husayn yang telah membuka jalan kepada sokongan Sharif menentang Empayar Uthmaniyah pada bulan Jun 1916. Walaupun Sharif Husayn masih yakin tentang masa depan gagasannya, tetapi beliau mulai ragu-ragu apabila mendapati Britain secara rahsia telah mengadakan kemerdekaan yang sama seperti Ibn Saud dan Sayyid Idrisi. Kewujudan berbagai-bagai komitmen British dengan beberapa pemimpin Arab di Arabia merupakan halangan yang besar dalam penyelesaian British selepas perang di Arabia. British dan India mempunyai hubungan yang baik dari segi politik. Oleh sebab itu, apabila berlakunya perang antara Perancis dan India pada 1756-1763 hubungan ini bertambah baik setelah India menang dan menyebabkan British mendapat Kanada dan India. Ini

Elie Kedouries (1978). England and the Middle East : The Destruction of the Ottoman Empire,1914-1921. London,hlm.52

menyebabkan Perancis bertambah marah kepada British.7 Mesir dilihat sebagai wilayah yang berharga berbanding wilayah-wilayah lain berikutan kemampuannya memberi keuntungan dan faedah yang banyak kerana potensinya yang tinggi sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Ekoran inilah Mesir menjadi rebutan antara kuasa Perancis dan British. British juga mempunyai pengaruh ke atas Tanjung Harapan ( Cape of God Hope) yang menyebabkan perdagangan British di Timur dan India bertambah lancar. 8 Bagi memastikan hubungan British dengan jajahannya di India selamat ketika melalui Timur Tengah, British telah menjalinkan hubungan dengan pemimpin Mamluk yang memerintah Mesir pada 1798 dan secara langsung berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah. 9 Mesir dijadikan sebagai pangkalan untuk berhubung dengan pusat-pusat perdagangannya di India dan Timur.

British juga sentiasa berminat untuk menguasai wilayah-wilayah Uthmaaniyah selain Mesir. British berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di Afrika Utara dan Levant. British sedar akan potensi ekonomi dan kekayaan bumi Mesir. Justeru, British telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan pihak Uthmaniyah bagi mengusir Perancis dari bumi tersebut dan juga bertindak menghantar bantuan tentera ke situ bagi membantu Uthmaniyah merebut kembali haknya. Hebatnya pengaruh British di Mesir ini sehinggakan setelah British terpaksa berundur selaras dengan tuntutan dalam Perjanjian Amiens10 telah menimbulkan masalah perebutan kuasa yang serius antara pihak Uthmaniyah dan golongan Mamluk. Pihak Uthmaniyah telah melantik Khusraw Pasha sebagai gabenor di Mesir tetapi
7

Goldschmidt, A(1990). Modern The Formation of a Nation-State. Kaherah : The American University Press,hlm.14 8 Silvera, Alian(1974). The Origin of The French Expedition to Eygpt in 1798. The Islamic Quarterly 18:2130,hlm.4 9 Armajani,Yahya & Ricks,T.M(1970). Middle East Past and Present. N.J : Prentice-Hall, Engle Cliff,hlm.210 10 Heywoth-Dume, J(1968). An Introduction to the History of Education in Modern Egypt . London : Frank Cass & Company Limited,hlm.162

tidak kekal lama. British cuba menguasai Mesir kembali pada 1807 melalui hubungan yang dijalinkan antara British dengan Alfi Bey sekitar tahun 1806. Hasil hubungan tersebut, pihak British sanggup membantu Alfi Bey untuk menguasai Mesir dengan syarat selepas beliau berjaya pihak British perlu diberi peluang menguasai pantai-pantai negara Mesir. British telah mengambil peluang untuk menguasai Mesir dengan hubungan tersebut . Walaupun mengetahui Alfi Bey telah meninggal dunia pada Januari 1807, namun mereka tetap juga meneruskan hasrat tersebut. Bukan itu saja, apabila berlakunya perang Dunia pertama dalam empayar uthmaniyyah, kerajaan British telah menukar Abbas Hilmi II kepada Husayn Kamil yang dianggap senang untuk dipengaruhi. Bersama perlantikan ini ialah Pengisytiharan dasar perlindungan pada 18 Disember 1914. Disamping itu, kerajaan British juga telah menukar gelaran Khedif yang diguna pakai sewaktu empayar Uthmaniyyah kepada Sultan.11 Pihak British telah banyak mengambil bangunan awam untuk menempatkan tenteranya dan juga sebagai hospital.12 Dengan pengisytiharan dasar perlindungan, pihak British telah berjaya menyekat kegiatan pergerakan kebangsaan melalui penapisan-penapisan maklumat. Selain itu, pihak British juga memberikan hak perwakilan (wafd) kepada penduduk Mesir ke persidangan damai. Hal ini adalah selari dengan empat belas perkara Wilson dan bagi memenuhi harapan rakyat Mesir. Kerajaan British melalui Perjanjian Versailles yang turut disertai oleh kuasa besar Eropah lain telah disahkan sebagai pelindung bagi negara Mesir. Amerika Syarikat juga telah memberikan pengakuan formal tentang hal ini pada bulan April 1919.13

11

Lois A.Arion & Richard P.Mitchell (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Terjemahan oleh Mohammad Redzuan Othman). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm.190 12 Ibid,hlm.191

Pada 1922, British telah mengisytiharkan Mesir merdeka dengan bersyarat. Selaras dengan pengisytiharan tersebut, sebuah perlembagaan Mesir diumumkan pada 1923. Akan tetapi, terdapat banyak gerakan anti-British dan hal ini telah menimbulkan masalah kepada British. Sir Lee Stack, yang merupakan Gabenor Sudan dan juga Panglima Angkatan Tertinggi Tentera di Mesir telah dibunuh di Kaherah. Hal ini telah menimbulkan kemarahan British yang menyebabkan British menuntut ganti rugi. Antaranya ialah meminta Mesir mengalirkan air di sungai Nil untuk kawasan ladang di Sudan.14 MESIR DI ZAMAN PENJAJAHAN INGGERIS ( MOHD HAKIMI BIN HASSAN D20112052057)

Dalam zaman penjajahan British di Mesir, umat Islam di negara itu amatlah mundur dan lemah akibat dilayan dengan buruk oleh penjajah, malah mereka dilayan seperti hamba abdi walaupun mereka sebenarnya peribumi negara itu. Mereka menggalakkan rakyat Mesir, khususnya umat Islam hidup bergelumang dengan maksiat, fasik dan bebas lepas tanpa sebarang ikatan, seperti haiwan-haiwan yang hidup melata di permukaan bumi. Dengan itu bererti mereka dengan sewenang-wenangnya melanggar segala peraturan yang telah ditetap oleh Islam. Seperti biasa, penjajah berusaha keras untuk melenyapkan akar umbi Islam yang sudah sekian lama bertunjang dalam masyarakat Mesir, terutama selepas kejatuhan pemerintahan sistem berkhalifah daah dalam Empayar Islam Turki yang ranap pada tahun 1924, akibat permainan jahat penjajah yang mendapat kerjasama sang Yahudi15. Tindakan jahat penjajah itu menyebabkan sebilangan besar rakyat Mesir tersingkir dari agama mereka, agama Islam yang suci dan murni yang menjadi pegangan rohani mereka sejak sekian lama.
13

Fadhlullah Jamil (2007). Islam di Asia Barat Moden Penjajahan dan Pergolakan . Shah Alam : Karisma Publications Sdn.Bhd,hlm.285 14 Ibid,hlm.286 15 Mohd zain salleh,(2011). http://pondokrahmat.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false.html

Penyelewengan umat Islam dari akidah Islam yang sebenarnya itu dapat dilihat dengan jelas dalam kehidupan penduduk-penduduk yang tinggal di bandar-bandar besar khususnya di Khaerah, malah mereka telah menjual agama mereka dengan harga yang amat murah, dan mereka bersedia melakukan berbagai-bagai perkara yang amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya. PERGERAKAN MAHDI DI SUDAN DAN PENAKLUKAN INGGERIS MESIR Pergerakan Mahdi di Sudan biasanya dipersalahkan kerana menyebabkan penidasan Turki-Mesir yang berlaku serentak dengan kemerosotan kepimpinan di Mesir dan Sudan menjelang penggulingan Ismail dari tahkta kerajaan16. Pergerakan ini bermula di Kordafan dan merebak ke bahagian lain di Sudan. Mahdi iaitu Muhammad Ahmad ibn Abdullah, dengan sepenuhnya mempercayai (seperti pergerakkan Wahhabi di semenanjung Tanah Arab sebelum dan selepas kemunculannnya) bahawa tugasnya adalah untuk menubuhkan sebuah pemerintahan islamyang adil seperti pada zaman Nabi Muhammad (S.A.W.). walaupun Nampaknya beliau memusnahkan kemerdekaan Sudan, namun komponen teologi dalam peruntusannya adalah yang teragung, terutamanya sejak beliau mendakwa dirinya sebagai khalifah dan imam. Penyokong Mahdi termasuklah, mereka yang warak mempercayai utusanya, pedagang hamba abdi dan kaum normad yang tidak menyukai pemerintah pada waktu itu. Oleh itu tidak hairanlah jika mesir bimbang dengan kenaikan Mahdi pada bulan Jun 1881. Tentera Mahdi telah bergabung dengan tentera sukarela Berjaya menewaskan angkatan tentera Mesir yang kecil yang diperburukkan lagi kekacauan yang meletus di Mesir. Selepas Inggeris menjajah Mesir, Inggeris menghantar sepasukan tentera yang dibiayai oleh Mesir ke selatan tetapi di bawah arahan pegawai Inggeris, William Hicks. Tentera Mahdi menghancurkan tentera itu pada tahun 1883. Bekas ketua gabenor , Jeneral Charles Gordon

16

Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 133

yang tiba pada tahun 1884 mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat di Khartum dan enggan menarik keluar tenteranya. Pada bulan Januari 1885 tentera Mahdi masuk ke Bandar itu dan membunuh Gordon. Tentera bantuan hanya tiba dua hari kemudian. Menjelang bulan Jun, Mahdi meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifahnya yang paling rapat, iaitu Abdullahi. Kekalahan belanja perang membawa kepada perjanjian Inggeris-Uthmaniyah untuk pengunduran dari Mesir17. Perjanjian itu dirundingi oleh Sir Henry Drummond-Wolff dan sultan Abdul Hamid II. Satu perjanjian sementara yang ditandatangani pada bulan Oktober 1885 menetapkan bahawa British terus mengiktiraf Empayar Uthmaniyah dan membayar ufti. Wakil kedua-dua belah pihak, Uthmaniyah dan Inggeris akan menyelia kerajaan Mesir. Britain akan mengumumkan jadual penarikan dirinya kemudian. Menurut syarat-syarat dalam persetujuan terakhir yang dicadangkan pada tahun 1887, Inggeris akan meninggalkan kawasan itu pada tahun 1890.sementara itu, sultan Abdul Hamid II merumuskan bahawa pihak Inggeris akan menanggung bebanan kewangan Mesir dan ini memberikan hak kepada Inggeris untuk campur tangan pada masa hadapan. Kerajaan Uthmaniyah mengekalkan dan memperluaskan pengaruhnya di kalangan orang TurkiCircassia dan penduduk elit tempatan Mesir yang seing pergi ke Istanbul untuk melanjutkan pelajaran atau bercuti. Di sudan, Negara yang yang di warisi oleh Abdullah cuba untuk memperluaskan jajahannya pada bulan April 1887, Abdullah menyeru supaya Kedif Tawfiq tunduk kepadanya tetapi dua tahun kemudian, tenteranya dikalahkan oleh tentera InggerisMesir di Tushki. Beliau juga menjalankan penaklukan yang tidak berkeputusan di Ethiopia. Dengan berakhir perluasan di utara dan bermulanya kebuluran dalam Negara Mahdi, Abdullah suku kaumnya ke Khartum. Apabila berhadapan dengan tentangan, beliau mula berjauhan diri daripada pengikutnya. Disebabkan oleh desakan diplomatic, kerajaan Inggeris pada tahun 1896 mengambil keputusan untuk menghantar semula satu pasukan tentera Mesir

17

Ibid

ke Sudan. Pada bulan Mac 1896, pemerintah Ethiopia, Menelik II mengalahkan pencerobohan Itali. Oleh itu, dengan hasrat untuk menjaga keselamatan suku Italinya daripada serangan tentera Mahdi dan mengekalkan hubungan baik dengan Jerman, Cromer dengan bersusah payah melancarkan satu peperangan yang menelan belanja yang besar yang diketuai oleh Herbert Kitchener, ketua Gabenor Inggeris di Mesir yang berikutnya. Menjelang akhir tahun 1896, Dongola ditawan semula dan sebuah landasan kereta api timurbarat dibina antara Dongola dan Abu Hamad untuk menggantikan jalan melalui sungai Nil yang lebih panjang. Pada bulan Julai 1897, Abu Hamad jatuh ke tangan angkatan InggeriSMesir. Dengan perlahan-lahan, pernaklukan ini tiba di kawasan Barbar. Dalam satu peperangan berhampiran engan Sungai Atabara pada 8 April 1898, tentera Inggeris-Mesir dilengkapi dengan kelengkapan yang lebih moden menimpakan pukulan yang lebih teruk terhadap pengikut Mahdi dan kemudiannya mara pula ke Omdurman dengan menyeberangi Khartum. Sementara itu, di Kharari, enam di utara Bandar itu, pengikut Mahdi bertahan buat kali terakhir yang mengakibatkan kira-kira 27000 terbunuh berbanding beberapa ratus sahaja di pihak Inggeris dan Mesir. Abdullahi melarikan diri ke selatan tetapi terbunuh di satu pertempuran di Umm Diwaykarat pada November 1899. Tentera Inggeris menghapuskan beliau demi untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh membawa kepada pembentukan semula pergerakan itu.

PERSIDANGAN INGGERIS MESIR PADA 1899 Persidangan Inggeris-Mesir pada tahun 1899 menetapkan syarat-syarat pemerintahan bersama ke atas Sudan dan menjamin mengelakkan persaingan di kalangan Negara-negara eropah yang terdapat di Mesir. Kedif memerintah secara sampingan sahaja kerana Inggerislah
10

yang melantik Gabenor. Bendera kedua-dua Negara dikibarkan tetapi peruntukan yang lain mengecualikan hak rakyat Mesir. Sudan akan menggubal undang-undangnya sendiri kecuali jika dibenarkan bertindak sebaliknya oleh ketua gabenor Inggeris. Mahkamah campuran Mesir tidak mempunyai hak perundangan di Sudan dan peruntukan perundangan diambil atau disesuaikan daripada undang-undang di India18. Britain bertindak seolah-olah Mesir tidak memainkan sebarang peranan dalam pernaklukan semula itu. Malah Inggeris tidak pernah berlagak untuk mengiktiraf kekuasaan Mesir yang sepatutnya wujud dalam semua jajahan yang dijajah oleh Mesir. Orang Eropah menjawab jawatan utama, sementara jawatan pegawai yang pada mulanya dijawat oleh orang Mesir beransur ansur diganti oleh orang Sudan. Orang Lubnan juga dilantik sementara kehidupan rakyat Mesir di korbankan atas kepentingan orang Inggeris dengan tiada apa-apa faedah yang diberikan kepada mereka. Selepas kurang kurang dari setahun menjadi gabenor di Sudan, Kitchener diganti oleh Sir Reginald Wingate yang mengetuai angkatan tentera dalam penaklukan semula. Diantara tahun 1899-1916. Sebelum beliau menggariskan dasar untuk sebuah kerajaan Sudan. Pada tahun 1902, beliau menubuhkan Kolej Peringatan Gordon, tetapi kolej itu hanya melatih segelintir rakyat Sudan. Rancangan penanaman kapas Ismail diteruskan dan diperluaskan, sementara perdagangan hamba abdi dihapuskan sama sekali. Walaupun Britain melihat pemerintah itu suatu yang kosong, namun orang Mesir sedaya upaya untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan.

EKONOMI MESIR SEMASA PENJAJAHAN INGGERIS Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar Inggeris, tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir.

Tuan-tuan tanah mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. Tanah yang subur
18

Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 135

11

daripada beberapa lading yang besar yang dibahagikan, diberikan daripada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin. Menjelang 1860 dan 1870-an, cirri-ciri ekonomi Mesir yang ketara ialah jualan kapas yang melambung apabila perang saudara Amerika menutup bekalan kapas dari Amerika ke kilang Eropah19. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas, Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. Perkembangan sistem pengairan sepanjang tahun menyebabkan siput bilharzias membiak dan menyebarkan penyakit schistosomiasis, sejenis penyakit yang melumpuhkan mangsanya. Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan Inggeris. Tambahan pula. Landasan itu tidak menghubungkan Negara Mesir dengan Negara lain. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merentangi Sudan ke Mesir dipesongkan dan Iskandariah ke pelabuhan Sudan yang baru dibina. Hal ini akan mengancam perdagangan Mesir. Dasar-dasar Inggeris menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapat bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di Britain.

PENDIDIKAN PADA ZAMAN BRITISH Pada masa pendudukan Inggeris, dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang di mulakan oleh Ismail. Inggeris lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India. Segelintir guru terlatih akan dihantar ke
19

Edward W. Said (1993). Budaya dan Imperialisme, Kuala Lumpur : Institusi Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hal 154

12

England dengan andaian bahawa mereka yang akan pulang ke tanah air akan menyanjung tamadun Inggeris. Walau bagaimanapun, rancangan seperti ini hanya melibatkan sebahagian kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan seperti yang diharapkan. Pengabaian pendidikan oleh Inggeris menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dirancangkan. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis ( sebuah Negara yang manyokong nasionalis Mesir sehngga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904)20. Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang islam yang miskin bagi memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi. Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi, perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin, penduduk peribumi dan orang islam di luar Bandar. Kemudiannya Cromer mendakwa bahawa peraturan kewangan antarabangsa telah mengehadkan kebebasanya untuk membelanjakan lebih daripada 1.5-3 peratus bagi peruntukan pendidikan sejak penjajahan21. Bukti menunjukkan bahawa adalah keputusannya sendiri untuk tidak berbelanja lebih banyak dalam bidang itu. Orang Qibti dan orang Kristian mengambil kesempatan daripada pendidikan swasta untuk mengisi jawatan pengkeranian kerajaan dan mempertingkatkan ketegangan kaum. Ini menimbulkan kemarahan rakyat Mesir dengan mengisi jawatan kerajaan dengan lebih ramai penasihat Inggeris yang dibayar gaji yang lebih tinggi walaupun kurang berkelayakan. Pera penasihatnya mengeringkan peruntukan pentadbir Mesir. Rakyat Mesir yang berkelayakan tinggi termasuk mereka yang mempunyai ijazah luar negeri

20

Mohammad Redzuan Othman (1991). Timur Tengah dan Afrika Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 136 21 ibid

13

diletakkan jawatan yang rendah, sementara orang Inggeris dengan berpendidikan rendah menyelia pekerjaan mereka. Cromer meninggalkan Mesir dalam keadaan yang meragukan. Dalam peristiwa kontroversi dan mendapat publisiti yang terjadi di kampung Delta, Dinshaway pada bulan Jun1906, iaitu peristiwa yang mana pegawai inggeris pergi memburu burung merpati. Mereka kemudiannya mendapat tentangan penduduk kampung yang tidak mahu kehilangan merpati mereka. Akibatnya, seorang petani wanita tercedera. Pegawai tentera bersenjata membunuh seorang lelaki yang ingin membantu seorang pegawai yang jatuh pengsan kerana terik Matahari. Akibatnya, penduduk kampung lain bertindak menyerang pegawai itu. Walaupun peristiwa itu berlaku semasa cuti dan kabur dengan apa yang terjadi, namun Cromer mengambil keputusan untuk memberi satu teladan kepada penduduk kampung dengan mengadili mereka di mahkamah tentera. Empat penduduk kampung didapati bersalah kerana membunuh akan menerima hukuman gantung. Sementara yang lain akan dihukum penjara untuk satu masa yang panjang atau disebat.

TINDAK BALAS NASIONALIS Konsep nasionalisme arab secara konkrit dapat di semak dari dari sejarah Mesir. Gerakan nasionalisme Mesir merupakan salah satu gerakan responsive dari keadaan socialpolitik di Mesir22. Walaupun mereka membuat beberapa kemajuan dalam mengurangkan hutang Mesir, kehadiran warga asing dalam kerajaan Mesir memburukkan nasionalis. Perjuangan mereka terus disusuli oleh banjir luar biasa yang berlaku Sungai Nil pada tahun 1876 dan 1877 yang menyebabkan kekurangan makanan dan kebuluran di Mesir. Ketika kerajaan bergelumang dengan hutang yang melampau sehingga melebihi 6 juta pound23, ia

22 23

Ali Maschan Moesa (2007). Nasionalisme kiai. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Hal 49 Khairul Anam che Mentri, Ammar Gazali.( 2006). Al- ustadh al-imam Muhammad Abduh: Riwayat Hidup dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Middle- Eastern Graduates Centre Sdn. Bdh. Hal 17

14

mengalami kesukaran untuk membayar gaji kepada tentera. Pemberontakan tentera yang pertama berlaku pada Feb 1879 dan Ismail telah digulingkan semasa pemberontakan kedua pada Jun 1879. Anaknya, Taufik Pasha mengambil alih pemerintahan. Hal ini, membolehkan Eropah melakukan perubahan kerana mereka percaya Taufik merupakan pemerintah yang lemah dan boleh dipengaruhi dengan lebih mudah. Taufik terbukti terlalu lemah untuk mengawal nasionalis Mesir, namun, pemerintahannya ternyata menjadi bencana bagi semua pihak. Pegawai tentera Mesir meningkat terhadap kerajaan Taufik pada bulan Februari 1881 dan sekali lagi pada bulan September, kedua-dua kali di bawah pimpinan Kolonel Ahmed Arabi Pasha. Taufik bertindak balas dengan menolak pro-Eropah Perdana Menteri Cherif Pasha dan menggantikan dia dengan Mahmoud Pasha Sami, pemimpin nasionalis. Sami kemudiannya diambil Arabi Pasha untuk menjaga satu kementerian kerajaan. Takut bahawa nasionalis telah menjadi terlalu kuat, Perancis dan Britain cuba untuk mengukuhkan Taufik dengan menandatangani rahsia "Anglo-Perancis Nota Bersama" pada 8 Januari 1882, berikrar untuk menyokong Taufik terhadap sesiapa yang mengganggu ketenteraman. Langkah itu memakan diri sendiri, walau bagaimanapun, apabila nasionalis Mesir ditafsirkan ini sebagai isyarat bahawa Eropah akan menyerang untuk melindungi Tewfik. Pada Mei 1882, Perancis dan Britain masing-masing menghantar skuadron tentera laut kecil untuk melindungi "kepentingan Eropah," dan pada hari Ahad, 11 Jun, Mesir merusuh di Alexandria dan membunuh kira-kira 50 Eropah termasuk tiga anggota tentera British. Pihak British bertindak balas dengan membedil Alexandria pada 11 Julai, dan sebagai tindak balas, pengepungan tentera set Arabi ke Alexandria dan memotong bekalan air.

1.0 British muncul sabagai Imperialisme Terulung Barat dalam Daulah Uthmaniyyah. ( MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD D20112056401)

15

Peristiwa menandatangani Konvensyen Anglo-Uthmaniyyah Commercial pada tahun 1838 menandakan bermula ketuanan imperialis British di Daulah Uthmaniyyah. Walaupun Rusia dan Perancis kekal aktif dalam hal ehwal Uthmaniyyah, namun British lebih berpotensi sebagai kuasa imperial yang berpengaruh dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga sekurang-kurangnya tahun 1880. Pada abad keenam belas dan pertengahan abad kelapan belas telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Eropah khususnya negara Britain. Keadaan ini memperlihatkan sebanyak 40 peratus peningkatan rakyat Eropah iaitu dua kali ganda dan menjadikan jumlahnya 100 juta orang, 24 sekaligus dapat mengimbangi kuasa antara Eropah dan Daulah Uthmaniyyah. Hasil penemuan wilayah-wilayah baru, dasar import hasil galian serta permintaan bekalan makanan yang bertambah telah memberi kesan kepada Eropah, Asia Barat dan Afrika Utara.25 Sejak pendudukan British di Aden dari tahun 1839 hingga 1880 polisi British adalah berkecuali atau tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri di persekitaran Aden. Ini disebabkan oleh peranan Aden tidak lebih daripada tempat persinggahan kapal British dalam perjalanan ke India. Perjanjian persahabatan dengan pemimpin arab tempatan telah diadakan, tatapi tujuannya untuk keselamatan Aden.26 Perjanjian persahabatan dengan pemimpin tempatan seperti dengan qabilah-qabilah al- Abdali, al-Aqrabi, al-Subayhi, al-YafaI, al-Fadli, alHawshabi, al- Amiri, al-Alawi dan al-Awlaqi telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan (Protectorate Treaties) sejak tahun 1880.27 Selain itu, kedudukan dan keadaan tanah subur yang di miliki oleh Eropah memberikannya kelebihan dalam pembangunan industri dan perdagangan. Kebangkitan British pada awal abad kelapan belas telah memberi pengaruh yang kuat keatas Daulah
24

Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 73. 25 Ibid. hlm 73 26 Abdul Raub Yaacob. (1993). Kemelut Dunia Islam Moden 1 :sejarah campur Tangan Inggeris Di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Hlm 3 27 C.U.Aitchison, (1909). A Collaction of Treaties, Engagements and Sanads Relating to India Neighbouring Countries, Calcutta. Hlm 129.

16

Uthmaniyyah yang mana merupakan pemegang kunci perdagangan pada waktu itu. Keadaan ini berlaku akibat dari kekalahan Daulah Uthmaniyyah dalam menghadapi Eropah khasnya Austria pada akhir abad ketujuh belas dalam perperangan bagi menduduki kota Vienna pada tahun 1683. Hal ini merupakan titik tolak kepada sejarah kebangkitan kuasa Eropah khususnya Britain. Kebangkitan kuasa Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah tidaklah berlaku secara mendadak setelah mereka berjaya menyekat kemaraan tentera Uthmaniyyah dari menguasai Vienna, hasil kombinasi Austria dan Poland. Namun sejak dari tempoh itu,telah berlaku perubahan baru dalam Daulah Uthmaniyyah sehingga berhasil satu perjanjian diantara Daulah Uthmaniyyah dan kerajaan Austria pada tahun 1699 iaitu Perjanjian Carlowitz. Perjanjian ini, telah memberi kelebihan yang memihak kepada Negara Eropah dan peristiwa ini sangat penting kepada Eropah kerana buat pertama kali mereka mampu mempertahankan diri dari ancaman kekuasaan Uthmaniyyah di Eropah sejak ekspedisi penjelajahan oleh Daulah Uthmaniyyah. Sejak itu, Daulah Uthmaniyyah telah bertukar wajah dari Negara offensive kepada Negara defensive dan Eropah pula mula bertindak mengancam Daulah Uthmaniyah. Dalam Perjanjian Carlowitz, Daulah Uthmaniyyah buat pertama kali akur dan terpaksa menyerahkan wilayahnya, Hungary serta sebahagian Slovenia dan Crotia kepada Austria, sementara sebahagian Ukraine dan Podolia kepada Poland.28 Perjanjian ini telah membuka mata Eropah khususnya Britain yang mana telah memulakan kebangkitannya pada awal abad kelapan belas bagi mempertahankan diri sendiri dari Daulah Uthmaniyyah seterusnya menjalankan aktiviti peluasan tanah jajahannya. Jelaslah bahawa pada abad ketujuh belas dan lapan belas Eropah sentiasa memberikan tekanan yang

28

Lenczowski, George.(1982). The Middle East in World Affairs. Ithaca and London: Cornell University Press. hlm 82. 5 Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm 73

17

meletakkan Daulah Uthmaniyyah dalam keadaan perang atau ancaman perang.29 Hal ini kerana kekuatan yang dimiliki oleh Daulah Uthmaniyyah semakin goyah akibat peperangan dengan Perancis, disamping itu Daulah Uthmaniyyah perlu menyelesai masalah konfik dalaman yang berlaku di dalam wilayah taklukannya sebelum ini. Jika dilihat dari aspek ini, kerajaan Britain mula menguasai kawasan-kawasan yang sesuai bagi menjayakan hasyrat mereka terutamanya kawasan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang berada di laluan perdagangan British. Antara cara yang telah digunakan oleh pihak British adalah dengan menguasai jalan-jalan perdangangan yang di miliki oleh Daulah Uthmaniyyah melalui campur tangan dalam kepentingan Daulah Uthmaniyyah seperti yang berlaku dalam kerajaan Mesir. Pada abad kelapan belas Mesir merupakan sebahagian daripada Daulah Uthamaniyyah selepas berlakunya penaklukan oleh Sultan Salim I keatas Dinasti Mamluk di Mesir. Selain itu, Dinasti Mamluk ini juga merupakan kerajaan taklukan Daulah Uthmaniyyah yang mengekalkan autonominya dari segi pentadbiran.30 Hal ini, kerana Mesir merupakan Negara yang di perintah oleh golongan Mamluk yang mengamalkan pemerintahan secara zalim dan menindas rakyat. Dinasti Mamluk juga telah mengadakan hubungan Perdagangan dengan Eropah sejak abad kelapan belas lagi, ini kerana bagi penguasa Dinasti Mamluk hubungan perdagangan yang dijalankan dengan Eropah dianggap sebagai suatu pekara yang menguntungkan. 31 Hal ini

Robert O.Collins and Robert L. Tignor. (1967). Egypt and the Sudan, A Spectrum Book, Prentice Hall, Inc.Englewood Cliffs.N.J . hlm.37. 7 Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 78 8 B.A. Mojuetan. ( 1977). Egypt from Muhammad Ali to Ahmad Urabi ,Tarikh,vol.5, no. 2 , Histofical Society of Nigeria, longman Group ltd.,London. hlm. 26.

18

kerana bagi pemimpin Mamluk dasar ekonomi kapitalis yang diperkenalkan oleh Imperialis Barat akan mengukuhkan lagi ekonomi sesebuah Negara. Namun begitu, konflik tiga segi yang berlaku di dunia Eropah dan krisis kebangkitan Negara Perancis khususnya yang telah berjaya menundukkan sebahagian daripada kerajaan beraja di Britain dalam revolusi yang amat agresif telah memberi kesan kepada wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah terutamanya Mesir. Hal ini kerana jeneral tentera Perancis iaitu Napoleon Bonarparte berasa belum berpuas hati selagi musuh utama Perancis, iaitu Britain yang juga beraliran monarki, masih bebas menentang segala citacitanya. Lantaran itu, Nepoleon Bonarpate telah mengambil langkah untuk melanggar dan menakluki Mesir, yang terletak di tengah-tengah jalan perdagangan dan pelayaran bagi melemahkan ekonomi Britain. Ekpedisi Perancis ke Mesir merupakan hasil dari perancangan yang sudah lama di pertimbangkan oleh Perancis semasa pemerintahan Louis XIV bagi menghubungkan Laut Merah Dan Laut Tengah supaya dapat meluaskan pengaruhnya dan menyekat kemaraan British. Hasil dari perang yang dilancarkan oleh Perancis ini, telah menyebabkan Mesir mengalami kekalahan dalam pencerobohan tentera Perancis ke atas wilayah Mesir pada tahun 1798 Masihi, melalui angkatan perang yang di ketuai oleh Napoleon Bonarparte setelah tercetusnya Revolusi Perancis.32 Napoleon Bonarparte beranggapan dengan tindakan ini, dia akan berjaya menundukkan Britain. Namun begitu, cita-cita Napoleon Bonarparte telah hancur selepas Sultan Daulah Uthmaniyyah meminta bantuan British yang diketuai oleh Duke of Wollington, seorang panglima tentera Inggeris dan menghantar pasukannya yang di ketuai oleh Mehmet Ali untuk mengalahkan pihak Perancis di Mesir. Mehmet Ali bersama-sama 300 orang anggota tentera termasuk beliau telah dikirim ke Albania atas permintaan Sultan Daulah

19

Uthmaniyyah untuk mengusir Perancis.33 Akhirnya Perancis telah berjaya dikalahkan dah diusir keluar oleh Mehmet Ali pada 21 Mac 1801 dengan bantuan British selepas bertapak di Mesir selama tiga tahun. Kedatangan gabungan tentera Inggeris dan Uthamaniyyah ke wilayah Mesir yang tidak stabil pada bulan Ogos 1801 telah memberi peluang kepada Mehmat Ali bersama tentera Uthmaniyyah untuk berkuasa di Mesir kerana Mehmet Ali telah datang lebih awal pada tahun 1799 untuk mengambil alih kuasa dan memerintah Mesir.34 Perperangan ini membuka peluang bagi campurtangan British dalam hal ehwal Daulah Uthmaniyyah kerana menyedari kelemahan yang berlaku dalam pemerintahan Daulah Uthmaniyyah semasa menghadapi serangan Perancis keatas wilayah taklukan Daulah Uthmaniyyah. Dengan kemenangan ini, Mehammad Ali telah dilantik sebagai Wizurai Uthmaniyyah di Mesir dan diberi gelaran Pahsa setelah menumbangkan dan menghapuskan saki-baki pihak Mamluk yang merupakan musuh Daulah Uthmaniyyah, melalui perlantikan oleh sultan Salim III pada tahun 1805. Namun begitu, hubungan yang dijalinkan oleh Daulah Uthmaniyyah dengan dunia Eropah semakin kabur selepas konflik peperangan dengan Perancis dan masalah dalaman yang melanda Daulah Uthmaniyyah memberi peluang kepada Britain untuk memanipulasikan keadaan ini bagi menjalankan pengaruhnya terutamanya di Mesir. Peristiwa penting ini membolehkan British menjalinkan hubungan dengan pemimpin yang memerintah Mesir dan pada masa yang sama mengadakan hubungan dengan Daulah Uthmaniyyah. Walaubagaimanapun, kesan penaklukan Perancis oleh Nepoleon selama tiga tahun di Mesir telah berjaya membawa pengaruh ilmiah yang sangat penting kerana berbagai kaedah Eropah telah berkembang. Diantaranya ialah penubuhan Dewan Penasihat di Kaherah iaitu ibu negeri Mesir, dan

33

Siti Maryam .(2002). Sejarah Peradaban Islam dari Masa Klasik hingga Moden. Yogyakarta : LESFI .Hlm 302. 34 Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 81

20

kawasan-kawasan luar Bandar, membina sebuah kilang senjata, dan peluru untuk keperluan tentera-tentera Perancis, mengadakan perkhidmatan percetakan bagi

menerbitkan dua buah akhbar, dan arahan-arahan kerajaan, dan menggalakkan pengkajian melalui sekumpulan sarjana serta ahli-ahli sains yang didatangkan khas dari Perancis.35 Kesan dari perubahan yang dilakukan oleh Nepoleon sewaktu penaklukannya di Mesir mula menyedarkan rakyat Mesir, terutama para elitnya untuk berkerja dan membangunkan negara sendiri. Keadaan ini, telah memberikan impak yang besar kepada Mehmat Ali Pasha selaku pemerintah Mesir yang di lantik oleh Sultan Daulah Uthmaniyyah setelah berjaya mengusir Nepoleon untuk membuat pemodenan dalam kerajaan Mesir.

2.0 Dasar Buka Pintu oleh Mehmat Ali Pahsa

Mehmet Ali Pahsa mula menjalinkan hubungan dengan negera Eropah terutamanya Perancis dan Britain walaupun beliau berada dibawah penguasaan Daulah Utmnaiyyah. Mehmat Ali Pahsa juga, telah mengamalkan dasar buka pintu kepada pedagan-pedagan barat khususnya pedagan dari Perancis dan Britain untuk berdagan di Mesir, selain sentiasa menjaga hubungannya dengan Sultan Daulah Uthmaniyyah. Hasil kemenangan di pihak Mehmet Ali Pasha, telah mengukuhkan lagi kedudukan British di Mesir secara tidak langsung kerana dasar pemerintahan yang dijalankan oleh Mehmat Ali Pasha lebih berorientasikan Barat khususnya British. Namun begitu, atas kesedaran yang timbul Mehmat Ali mulai cenderung untuk mempelajari selok-belok kebangkitan negara Eropah keatas Daulah Uthmaniyyah telah memyebabkan secara tidak langsung British telah berjaya menguasai laluan perdagangan di Laut Merah hasil dari pengaruh itu. Hal ini
35

B.A. Mojuetan, Egypt from Muhammad Ali to Ahmad Urabi ,Tarikh,vol.5, no. 2 , Histofical Society of Nigeria, longman Group ltd.,London, 1977,hlm. 26.

21

kerana British ingin memastikan hubungannya dengan tanah jajahannya di India selamat ketika melalui kawasan Timur Tengah. Atas kehendak Mehmat Ali Pasha kemasukan pedagan dari Barat terutamanya pedagan-pedagan British ke Mesir telah mempercepatkan lagi proses penguasaan Imperialisme British di Mesir. Mehmet Ali Pasha yakin sekiranya pedangan-pedagan barat khususnya Syarikat-syarikat barat datang berdagang di Mesir kemajuan kerajaan Mesir dapat dicapai. Semasa Mesir di bawah pemerintahan Said telah berlaku kemasukan ahli perniagaan asing dalam tempoh yang singkat melebihi pendidik asing.36 Pedagan-pedagan Eropah ini telah ditempatkan di bahagian-bahagian tertentu bagi memudahkan pedagan dari British mereka diberi konsesi untuk menjalankan

kegiatan perdagangan di sepanjang Sungai Nil. Manakala bagi pedagang Perancis pula diberi konsesi di kawasan Terusan Suez. Kepesatan pembangunan ekonomi di Mesir telah menjadikan Mesir sebuah kerajaan yang kaya. Mehmat Ali Pasha juga telah memonopoli sumber negara yang produktif, membentuk satu dasar kapitalis negara yang mana beliau sendiri memegang terajunya.37 Perdagangan, perindustrian, dan pertanian, kesemuanya adalah dibawah arahan beliau. Hal ini kerana Mehmat Ali Pahsa ini mewujudkan kerajaan Mesir sebagai sebuah Negara yang kuat di rantau Afrika khususnya Timur Tengah setanding dengan Daulah Uthmaniyyah dan Eropah bagi mencapai matlamatnya menjadi penguasa kelak. Hasil pemodenan yang telah dilakukan oleh Mehmet Ali Pasha telah melahirkan Negara Mesir yang kuat dah akhirnya telah mencetuskan kebangkitan Mesir untuk bebas dari penguasaan Daulah Uthmaniyyah. Kecenderungan Mehammah Ali Pasha untuk memodenkan Mesir mengikut acuan Barat tidak disenangi oleh sultan Daulah Uthmaniyyah kerana bimbang akan kehilangan kuasanya di Mesir. Keadaan ini telah mencetuskan satu peperangan diantara Mesir dan Daulah Uthmaniyyah setelah

36

Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 37 Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Hlm 111 Redzuan Othman. (1991).Timur Tengah dan Hlm 84.

22

berlaku satu kebangkitan untuk keluar dari pengaruh Daulah Uthmaniyyah dalam kerajaan Mesir. Peperangan ini tercetus apabila Mehmat Ali Pasha cuba menakluki kawasan Syria yang berada dibawah kekuasaan Daulah Uhmaniyyah semasa aktiviti peluasan kuasa oleh kerajaan Mesir. Dengan kelemahan pentadbiran dan kemunduran teknologi ketenteraan yang ada pada Daulah Uthmaniyyah, Sultan daulah Uthmaniyyah terpaksa meminta bantuan British bagi mengekang kemaraan Mehmat Ali Pasha dalam ekpedisi peluasan kuasanya ke Syria. Kesan perang ini telah memberi impak yang besar kepada Daulah Uthmaniyyah yang mana terpaksa menerima dan mengiktiraf Mehmat Ali Pahsa sebagai pemerintah di Mesir atas desakan pihak British. Dunia Islam khususnya Mesir, memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu kemajuan dalam bidang ketenteraan, pendidikan, pentadbiran dan ekonomi selepas berakhiranya perang Mesir dan Daulah Uthmaniyyah. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisma, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campurtangan dalam urusan negara Islam khususnya di Mesir. 3.0 Dasar British di Mesir Selain itu, tindakan British menukar dasar tidak campur tangan sebelum ini, kepada dasar campur tangan adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Daulah Uthmaniyyah di Mesir setelah Daulah Uthmaniyyah berjaya menduduki Sanaa pada tahun 1872. Selain itu faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya disebabkan oleh kuasa asing yang berminat keatas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Semua faktor ini ini telah menimbulkan kebimbangan kepada British terhadap kedudukan dan kekuasaan mereka di Mesir. Oleh hal yang demikian, British telah mengambil langkah untuk menukar dasar mereka bagi melindungi kepentingan mereka di perairan Timur Tengah. Secara tidak langsung, perubahan dasar ini telah membolehkan British
23

berhadapan dengan Daulah Uthmaniyyah dan membuat tuntutan keatas wilayah-wilayah di Arabia. Tuntutan yang meraka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan British di Arabia iaitu ketika krisis tuntutan kawasan teluk Aden yang berakhir buat sementara waktu di meja rundingan di London. Ini disebabkan oleh hubungan baik antara Daulah Uthmaniyyah dengan British telah terjalin sejak dulu lagi. Namun begitu krisis dalaman Daulah Uthmaniayyah masih belum berakhir, pada tahun 1881 Sultan Abdul Hamid telah menubuhkan Majlis Pentadbiran Hutang Rakyat Uthmaniyyah.38 Keadaan ini telah mengumpulkan ahli-ahli dari Perancis, Jerman, Austria, Itali, England, dan Belanda mewakili setiap negara sebagai pemegan bond. Bank Uthmaniyyah yang dikuasai oleh orang Eropah dan pemegang bond Uthmaniyyah juga menjadi ahli-ahli majlis itu. Bagai melangsaikan hutang-hutang Uthmaniyyah, majlis akan mempunyai kuasa keatas jumlah pendapatan tahunan negara yang dipilih. Hal ini telah memberi peluang ke British untuk menguasai Daulah Uthmaniyyah kerana mempunyai hubungan pemodalan yang banyak di Mesir. Menjelang tahun 1875, Ismail semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan wang hinggalah beliau menawarkan penjualan kesemua 44% saham biasa Syarikat Terusan Suez yang di milikinya.39 Benjamin Disraeli membeli saham itu bagi pihak British. Penjualan saham itu menyebabkan Ismail kehilangan sahamnya dan hanya mampu meraih 15% keuntungan tahuanan sahaja dari Syarikat Terusan Suez. Pada tahun 1879 Kedif mengakui bahawa beliau tidak lagi mampu membayar gaji pegawainya.40 Keadaan ini menyebabkan satu suruhanjaya antarabagsa mengenai hutang di tubuhkan di Mesir. Masalah dalaman yang turut melanda Mesir menambahkan lagi tekanan kepada Daualah Uthmaniyyah yang mana sebelum ini memperolehi sumber kewangan yang banyak daripada Mesir. Isu hutang yang di hadapi oleh Daulah Uthmaniyyah dan hutang
38

Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 39 Lois A.Aroian dan Richard P. Mitchell terjemahan Mohammad Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 40 Ibid. Hlm 115

Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Hlm 110. Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Hlm 114.

24

Mesir dengan Kuasa Eropah ini telah memulakan campur tangan British khususnya, melaluai sistem dwikawalan yang turut melibatkan Perancis dangan prinsip bahasanya penghutang hendaklah berkorban bagi pihak mereka yang telah memberi hutang. Sekitar dua pertiga daripada pendapatan Mesir telah digunakan bagi pembayaran hutang dan keadaan ini telah memberi tekanan kepada sumber Mesir di bawah pentadbiran baru. Keadaan ini telah memaksa Ismail menubuhkan kabinet baru yang membezakan pendapatan peribadinya dan pendapatan negara Mesir. Kabinet ini termasuklah seorang Perancis sebagai Menteri Kerja Raya dan seorang Inggeris sebagai Menteri Kewangan.41 Undang-undang Penyelesaian 1880 telah menjadikan Mesir tidak mendapat sebarang keuntungan daripada Terusan Suez selama 56 tahun berikutnya. Jelaslah bahawa

kemajuan yang cuba dicapai oleh Mesir mengikut acuan barat akhirnya menyebabkan Mesir terpaksa menanggung hutang akibat kesilapan dalam mengatur strategi perdagangannya. Hal ini telah membolehkan kuasa British memonopoli sumber ekonomi dan seterusnya mempengaruhi sistem pentadbiran di Mesir dan memberi kesan negetif kepada Daulah Uthmaniyyah. Walaubagaimanapun, semasa Mesir di bawah

pemerintahan Ismail proses perkembangan yang pesat telah berlaku dengan cepat dan menyentuh hampit segenap kehidupan rakyat Mesir. Kesinambungan perjuangan Ismail di teruskan oleh pengantinya Tawfiq. Dasar Tawfiq yang lebih berwaspada dengan British akhirnya telah membangkitkan penentangan dikalangan pemerintah Mesir dan telah mencutuskan pemberontakan Urabi bagi menentang British. Dengan bermotifkan persoalan kewangan Britain dan Perancis memutuskan untuk menghantar satu armada bersama ke Iskandariah. Keadaan ini telah disedari oleh Sultan Abdul Hamid II dan beliau telah menghantar wakilnya sendiri untuk berunding dengan kedua-dua belah pihak, Tawfiq dan golongan nasionalis bagi mengelakkan campurtangan kuasa Eropah. Namun
41

Ibid. Hlm 115

25

tindakan Sultan Daulah Uthmaniyyah ini gagal menemui jalan penyelesaian dah telah menyebabkan Urabi mengambil jalan untuk berkubu di Iskandariah bagi melindungi pelabuhanya. Hal ini telah menyebabkan British membedil pelabuhan Iskandariah dah menyebabkan kebakaran keatas pelabuhan itu. Kesan peristiwa membolehkan hasrat penjajah British menempatkan tenteranya kekel di Mesir sehingga tahun 1956. Kekuasan Daulah Uthmaniyyah di Mesir semakin merosot akibat campurtangan kuasa Barat khususnya British telah menyebabkan Daulah Uthmaniyyah kehilangan sepenuhnya penguasaan di Mesir menjelang abad ke 20. Kesan British kepada Uthmaniyyah. (MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN D20112052063) Pada abad ke-19, satu perubahan penting telah berlaku di Timur Tengah Empayar Turki Uthmaniyyah, sebuah empayar Islam yang besar ketika itu mengalami zaman kemerosotan. Banyak negara di bawah kekuasaannya telah ditakluki oleh kuasa-kuasa Barat seperti Perancis, British, Yunani dan Rusia. Keadaan itu juga memberi peluang kepada kuasa-kuasa Barat, khususnya British dan Perancis meluaskan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di Timur Tengah melalui kemajuan mereka dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sains dan teknologi. Perkembangan tersebut menimbulkan ancaman dari segi politik, ketenteraan dan ekonomi kepada Empayar Uthmaniyyah dan lain-lain kerajaan Islam yang kecil. Ini disebabkan seiring dengan perkembangan tersebut, idea-idea baru dari Barat mula tersebar. Antaranya, idea nasionalisme yang menyemai perasaan kebanggaan kepada kaum dan mula mengenepikan soal-soal keagamaan. Idea-idea dan pengaruh nasionalisme dari Barat kemudiannya tersebar dengan meluas dan meresapi pemikiran bangsa Arab. Pengaruh ini dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan, terutamanya di kalangan Arab Kristian dan Syria. Ini diikuti dengan seruan-seruan betapa pentingnya perpaduan, keadilan dan semangat

26

cintakan tanah air yang disebarkan melalui akhbar-akhbar. Mesej yang ingin disampaikan ialah ketaatan kini harus ditumpukan kepada negara dan bukan lagi kepada agama. (Hourani, 1970:263). Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah Kemerosotan Empayar Turki Uthmaniyyah telah meninggalkan kesan kepada rakyat Turki yang sebahagian besarnya beragama Islam. Ada antara mereka percaya bahawa kemerosotan Empayar Uthmaniyyah disebabkan sikap umat Islam di negara itu yang tidak mengambil berat soal-soal agama. Perkembangan tersebut mendorong kemunculan satu gerakan pembaharuan yang kuat pada akhir abad ke-19. Gerakan ini bertujuan memulihkan kepentingan agama Islam di Turki dengan mengembalikan semula zaman kegemilangan dunia Islam. Gerakan yang dikenali sebagai Fahaman Jamiah Islam menyeru orang Islam di seluruh dunia bersatu padu menentang ancaman imperialis Barat. Gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan Turki ketika itu, iaitu Sultan Abdul Hamid II (1876-1909).42 Pada asalnya, dasar British di Mesir sekitar perang dunia pertama didasarkan oleh national interest iaitu dari aspek politik, ekonomi dan sosial dari segi agama. Seperti yang diketahui, negara Mesir merupakan antara negara di Timur Tengah yang kaya dengan hasil minyak. Kekayaan dari segi ekonomi ini jugalah telah menarik minat British untuk meluaskan kuasa di Tanah Mesir. Pada awalnya, British menjalankan dasar tidak campur tangan di Mesir. Dasar ini lebih kepada dasar persahabatan antara kedua-dua pihak. Walau bagaimanapun, dasar tidak campur tangan yang ditandatangani antara kedua-dua pihak ini tidak kekal lama apabila British bertindak menukar dasar tersebut kepada dasar perlindungan iaitu Protectorate Treaties. Sebenarnya perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani dengan para qabilah Arab ini telah bertukar menjadi perjanjian perlindungan sejak tahun
42

Gabor Agoston. Bruce Alan Masters. (2009). Encyclopedia of The Ottoman Empire. Infobase Publishing. Hlm

8.

27

1880-an lagi.43 Tindakan British menukar dasar tersebut adalah disebabkan kemunculan semula kuasa Empayar Uthmaniyyah di Mesir setelah Empayar Uthmaniyyah menduduki semula Sanaa pada tahun 1872. Selain daripada itu, faktor lain yang mendorong British menukar dasarnya juga adalah disebabkan oleh kuasa asing yang berminat ke atas Mesir setelah pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869. Hasil daripada perkembangan imperialisme British telah menggugat kedudukan Daulat Uthmaniyyah di negara bawah naungannya. British telah mengambil langkah dengan menukar dasar mereka untuk melindungi kepentingan mereka. Secara tidak langsung, perubahan dasar yang dilakukan oleh British ini telah membawa British untuk berhadapan dengan Empayar Uthmaniyyah yang pada yang sama, mereka mempunyai tuntutan terhadap wilayah-wilayah di Mesir. Tuntutan yang mereka buat adalah berdasarkan sejarah awal penguasaan mereka di Mesir. Walau bagaimanapun, krisis tuntutan dan kes Aden ini dapat diselesaikan buat sementara waktu di meja rundingan di London.44 Ini disebabkan hubungan baik antara Turki dan Istanbul telah terjalin sejak sekian lama. Untuk sementara waktu, Suruhanjaya Turki-British berhasil menyelesaikan hal yang timbul tentang sempadan. Perubahan dasar ini juga boleh dikatakan sebagai dasar penguasaan secara langsung tehadap Mesir. Sehinggalah Perang Dunia Pertama meletus, dasar British di Mesir adalah dasar berkecuali iaitu sejak tahun 1906 lagi. Setelah British menguasai Tanah Arab para pemimpin tempatan memberontak dan tidak menerima sepenuhnya kemunculan semula Empayar Uthmaniyyah. Terdapat beberapa pemimpin tempatan yang Empayar Uthmaniyyah ingin tundukkan iaitu Imam Syiah Zaydiyah dan Sayyid Idrisi. Sekitar tahun 1911, Empayar Uthmaniyyah telah

43

C.U. Atchison. (1991). A Collection of Treaties: Engagement and Sanads Relating to India and Neighbouring Countries. Calcutta : Government of India Central Publication Branch. Hlm 129. 44 Abdul Rauh Yaacob. (1993). Kemelut Dunia Islam Moden 1 : sejarah Campur Tangan Inggeris di Arabia Dalam Perang Dunia Pertama. Selangor : Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Hlm 4.

28

menandatangani satu perjanjian dengan Imam Syiah Zaydiah iaitu Perjanjian Daan. Melalui perjanjian ini, kuasa Imam Syiah Zaydiyah diiktiraf oleh Empayar Uthmaniyyah seterusnya menamatkan sengketa dan permusuhan yang wujud antara kedua-dua pihak.45 Walaupun begitu, keadaan berbeza dengan Sayyid Idrisi apabila Uthmaniyyah gagal membuat perjanjian dengan beliau. Sebelum ini, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di Arabia namun dasar ini telah berubah apabila pegawai British di Mesir, India dan Istanbul mendapat khabar dan mengesahkan bahawa Uthmaniyyah akan menyertai perang dengan menyokong Jerman. Pelbagai reaksi muncul dan Lord Kitchener yang ketika itu memegang jawatan Menteri Perang telah membuka semula perjanjian dengan Sharif Hussein. Akhirnya, pada September 1914, Lord Kitchener telah membantu Sharif Hussein untuk melepaskan diri dan seterusnya membantu menundukkan Uthmaniyyah. Empayar Uthmaniyyah telah tergugat akibat daripada pihak lain yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya dan berniat untuk menjatuhkannya. Mr. Ronald Stoor juga berjaya memujuk Sharif Hussein untuk berpihak kepada British namun dengan syarat British melantik beliau sebagai Raja Arab di kawasan yang dimintanya. Perbincangan berkaitan dengan pembentukan negara Arab seperti yang diminta Syarif Hussein mengambil masa yang panjang. Kedua-dua pihak ini saling berutus surat mengenai hal tersebut. Perhubungan surat menyurat ini dikenali sebagai Surat Menyurat Husayn-MacMahon di mana perjanjian ini, British akan memberikan kemerdekaan kepada orang Arab sebagai balasan kepada mereka yang membantu British menentang Uthmaniyyah.46 Kawasan taklukan Uthmaniyyah telah tergugat disebabkan oleh gerakan

pemberontakan Sharif Hussein. Sharif Hussein telah melancarkan gerakan pemberontakan


45 46

Ibid. Hlm. 5 Karen Amstrong. (2003). Perang Suci: dari Perang Salib hingga Perang Teluk. Jakarta : Penerbit Serambi. Hlm 160.

29

sebagai tanda sokongan beliau kepada usaha British dalam memerangi Uthmaniyyah pada tahun 1916.47 Pada tahun 1915, Sharif Hussein telah mendapat persetujuan perwakilan AlAhd dan Al-Fatat di Syria berkaitan dengan hal tersebut dan melantik beliau menjadi wakil iaitu Raja Arab. Dalam masa yang sama juga, British dan Perancis telah mengadakan perjanjian sulit yang dikenali sebagai Sykes-Picot Agreements untuk membahagikan kawasan Uthmaniyyah.48 British hanya mengadakan perjanjian dengan pemimpin Arab bertujuan untuk melindungi kepentingan mereka di kawasan Aden. Perubahan dasar yang dibuat oleh British bertujuan untuk menguasai kawasan Arabia agar ia tidak jatuh ke tangan Empayar Uthmaniyyah. Bukan itu sahaja, British turut melakukan hal sedemikian bagi mengelakkan penguasaan kuasa Barat yang lain. Ini dapat dilihat daripada perjanjian yang dilakukan British dengan kuasa Barat lain seperti Perancis dan Russia. British telah mempergunakan orang Arab dan orang Arab telah tertipu dengan perjanjian yang dibuat antara orang Arab dengan British. Pelbagai cara telah dilakukan British untuk mendapat sokongan orang Arab terutama sekali pemimpin Arab dan seterusnya membantu mereka dalam menghadapi Uthmaniyyah. Semua perjanjian yang dibuat British hanyalah gimik dan taktik British dalam menaungi hati pemimpin Arab. Walaupun pihak British membuat perjanjian dengan menjanjikan pelbagai perkara kepada pemimpin Arab, namun mereka sebenarnya belum bersedia lagi untuk memenuhi permintaan para pemimpin yang diajukan kepada mereka. British menunjukkan minat mereka untuk campur tangan dalam pentadbiran Uthmaniyyah, pemimpin dunia umat Islam. Tambahan pula negara Islam sendiri mulai cenderung untuk mempelajari selok belok kebangkitan negara Eropah dan kejayaan mereka. Dunia Islam

47

Lois A. Aroian & Richard P.Mitchel. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 169. 48 Ibid. Hlm 171.

30

memilih untuk melaksanakan program pembaharuan dengan mencontohi kemajuan Barat dalam semua bidang iaitu bidang ketenteraan, pendidikan, pentadbiran dan ekonomi. Gerakan reformasi ala Barat bukan sahaja mengimport budaya dan cara hidup Barat seperti sekularisme, bahkan mengundang kuasa Barat untuk campur tangan dalam urusan negara Islam. Mempraktis sistem ekonomi kapitalis Barat bererti menyerah badan dan nyawa negara Islam kepada negara Barat apabila berlakunya kesulitan. Pengalaman Mesir jelas membuktikannya. Pembabitan dalam sistem kapitalis membawa golongan pemodal Barat menguasai ekonomi Mesir. Pinjaman bank asing digunakan secara berleluasa dalam mengendalikan projek prasarana termasuk pembinaan Terusan Suez. Apabila faedah gagal dibayar oleh kerajaan Mesir, bukan sahaja terpaksa diisytiharkan bankrap bahkan British mengambil peluang ini untuk menjajah Mesir demi menjaga kepentingan golongan kapitalis Barat dan saham British dalam Terusan Suez. Rampasan kuasa oleh Cromer British telah mengawal dan menguasai dari pelbagai aspek seperti menyeliakan ketenteraan, pertanian, pentadbiran dan perundingan dasar luar Mesir. Ia memberi kuasa kepada British untuk mengawal aspek kesihatan, pendidikan, komunikasi dan percukaian. Cukai ke atas tembakau, landasan kereta api, import melalui laut dan juga ke atas cukai tanah baru dan kecekapan mengutip hasil menyumbang kepada peningkatan keuntungan. Cromer mempunyai niat untuk memansuhkan penyalahangunaan kuasa oleh tuan-tuan tanah di luar bandar dan untuk memperbaiki keadaan hidup ramai petani di Mesir. Beliau mengambil contoh pemansuhan perbuatan merotan dan buruh kerahan sebagai dua kejayaannya yang paling bermakna.49

49

Evelyn Baring. (1908). Modern Egypt, Vol II. London : Macmillan. Hlm 250.

31

Di bawah Cromer, penanaman kapas diperluaskan untuk mengeluarkan lebih banyak bahan mentah tersebut untuk kilang Inggeris dan membawa wang tunai ke Mesir. Penyiapan Empangan Aswan (1902) membolehkan lebih banyak tanah digunakan untuk pertanian dengan sistem pengairan sepanjang tahun. Seperti yang dihasratkan oleh British, Cromer menguruskan kewangan Mesir dengan cekap sehingga berupaya mengurangkan hutang negara, malah menghasilkan lebihan pendapatan.50 Perkhidmatan kesihatan menjadi semakin baik dan jumlah penduduk bertambah. Di samping empangan, British juga membina penampan air sungai dan keperluan-keperluan awam lain. Landasan kereta api dipanjangkan dua kali ganda pada masa zaman penjajahan. Dasar-dasar British menggalakkan pembahagian hak milik ladang-ladang yang besar. Sejarawan menganggapnya sebagai salah satu kejayaan penjajah. Kesan Ekonomi Perkembangan ini mungkin mencerminkan dasar-dasar British, tetapi ia tidak semestinya mewakili kemajuan atau usaha untuk memperbaiki kebajikan rakyat Mesir. Tuan-tuan tanah terus mempunyai banyak kuasa untuk mengawal petani. Tanah yang subur daripada beberapa ladang besar yang dibahagikan diberikan kepada golongan atasan dan bukan kepada petani yang miskin. Dengan memperluaskan penggunaan tanah untuk penanaman kapas, Mesir untuk pertama kalinya perlu mengimport makanan. Jarak landasan kereta api yang berganda juga menyebabkan kemerosotan perdagangan melalui sungai dan mengakibatkan kesesakan jalan bukan disebabkan oleh kemalangan tetapi oleh pendekatan yang bertujuan mengembangkan kepentingan perdagangan British. Tambahan pula landasan itu tidak menghubungkan negara Mesir dengan negara lain. Perdagangan persinggahan melalui darat yang merintangi Sudan ke Mesir dipesongkan dari Iskandariah ke Pelabuhan Sudan yang

50

Hibba Abugideiri. (2010). Gender and The Making Of Modern Medicine In Colonial Egypt . Farnham : Ashgate Publishing, Ltd. Hlm 55.

32

baru dibina.51 Ini mengancam pedagang Mesir. Dasar-dasar British menghalang pembangunan perindustrian bagi mengelakkan meningkatnya saingan untuk mendapatkan bahan mentah daripada dieksport ke kilang-kilang di British. Pengabaian Pendidikan Pada masa pendudukan British di Mesir, dasar-dasar digubal dengan sengaja untuk menghalang rancangan pendidikan yang dimulakan oleh Ismail. British lebih suka memberikan pendidikan kuttab dan pendidikan khusus kepada penduduk tempatan untuk memenuhi keperluan asas birokrasi tetapi ia tidak akan menyebabkan penentangan kebangsaan seperti apa yang berlaku di India.52 Segelintir guru yang terlatih dihantar ke England dengan andaian bahawa mereka akan pulang ke tanah air sebagai penyanjung tamadun British. Walaubagaimanapun, rancangan seperti ini hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja rakyat dan gagal mencapai kesan yang diharapkan. Pengabaian pendidikan oleh British menimbulkan kesan yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan. Rakyat Mesir dengan perbelanjaan mereka sendiri menghantar penuntut bukan ke England tetapi ke Perancis (sebuah negara yang menyokong nasionalis Mesir sehingga diwujudkan kembali persefahaman Inggeris-Perancis pada tahun 1904). Pengabaian terhadap pendidikan menengah dan tinggi oleh kerajaan juga meningkatkan pendidikan swasta. Cromer dan rakan-rakannya tidak mempedulikan hakikat bahawa pendidikan tajaan kerajaan merupakan satu-satunya peluang orang Islam yang miskin bagi

51

Don Peretz. (1994). The Middle East Today: Sixth Edition. United States : Greenwood Publishing Group. Hlm 217. 52 Jakob Skovgaard-Petersen. (1997). Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar AlIfta. New York : Brill. Hlm 39.

33

memperbaiki taraf hidup mereka kerana sekolah-sekolah asing dan swasta kebanyakannya masih disediakan untuk orang Kristian dan Yahudi.53 Dengan ketiadaan satu rancangan pendidikan menengah dan tinggi, perkembangan pendidikan kuttab tidak akan memajukan kerjaya mereka yang miskin, penduduk pribumi dan orang Islam di luar bandar. Mereka boleh melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar jika bernasib baik atau mungkin mendapat jaminan untuk meningkatkan taraf hidup selepas menamatkan pendidikan dari Darul Ulum, tetapi Cromer membiarkan Darul Ulum terus tidak berkembang kerana hanya terdapat sedikit sahaja sekolah kebangsaan yang boleh diajar oleh para siswazahnya. KHAIRIN BIN SHAREP (D20112052048) KABURNYA KUASA UTHMANIYAH TERHADAP MESIR Kes Terusan Suez Tahun-tahun berikutnya apabila Muhammad Ali melaksanakan pelbagai pembaharuan di Mesir serta meluaskan kuasanya di daerah Levant iaitu di pesisir pantai Syria dan Lubnan, British mula menekan Sultan Turki Uthmaniyah agar tentera Muhammad Ali pulang ke Mesir dan mengembalikan Syria kepada Sultan pada tahun 1840. Pada 1841, Rusia dan British bersepakat untuk memperbolehkan Muhammad Ali mendirikan regim turun-temurun di Mesir. Pada abad ke 19, kerjasama Eropah bersetuju dari segi ideologi utk mengekalkan kuasa elit sah (legitimist elit) pada peringkat dalam negeri disamping bersetuju berhubung keperluan untuk keamanan dan kestabilan antarabangsa.54 Mereka melemahkan pengaruh Muhammad Ali di Mesir dalam pemberontakannya terhadap Empayar Uthmaniyah pada

53

Mohammad Redzuan Othman. 1991. Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 137. 54 Richard Rosecrance. 2009. Kebangkitan Negara Maya: Kekayaan dan Kuasa pada Abad Mendatang . Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Hlm 107.

34

tahun 1839 hingga 1841, ditambah penggantinya yang lemah Abbas Hilmi I dan Muhammad Said. Bermula pada lewat 1840 an, perusahaan kapitalis Eropah semakin rancak ditubuhkan dengan perkembangan kapasiti dan lingkungan pengaruhnya.55 Minat British terhadap Mesir mula meluap lanjutan pencarian bahan mentah dan pasaran baru di Mediterrenean khususnya di Mesir bagi menampung keperluan kapasiti industri British yang semakin bertambah. Hingga tahun 1878, Inggeris dan Rusia saling berebut pengaruh.56 Rusia bercita-cita untuk menakluk wilayah kekuasaan Turki Uthmaniyah yang terdapat di semenanjung Balkan serta berkeinginan untuk mewujudkan kawalan terhadap Mediterranean. Hal ini mendorong British mula mainkan peranannya di Mesir dengan melibatkan diri dalam masalah pentadbiran yang dihadapi Ismail Pasha iaitu penguasa keturunan Muhammad Ali. Ismail Pasha bergelut dengan krisis hutang yang melambung apabila dia berusaha untuk membuat pembaharuan dan pemodenan di Mesir menerusi projek-projek mega seperti pembinaan landasan keretapi dan membeli kilang memproses gula. Menurut Robert Hunter dalam Egypt Under The Khedives, pada 11 Jun 1873, kerajaan Mesir telah membuat pinjaman paling besar iaitu 32 Juta Pound Sterling. Perolehan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh belum cukup untuk membayar balik hutang-piutang kerajaan Mesir terhadap bank-bank milik Eropah. Sehubungan dengan itu, Ismail memutuskan untuk menjual sahamnya dalam Terusan Suez. Benjamin Disraeli yang merupakan Perdana Menteri Britain ketika itu telah membeli saham dalam terusan Suez demi memelihara peranannya menguasai jalan perdagangan utama dunia. Ferdinand de Lesseps (jurutera Perancis) dan

55

M.W.Daly. 1998. The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 181. 56 Dr. Syafiq A Mughni. 1997. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Pamulang Timur, Ciputat: Logos Wacana Ilmu. Hlm 115.

35

Perancis membina Terusan Suez berdasrkan objektif British yang mana kawalan trafiknya adalah 80% dibawah kelolaan British.57 Apakah tindakan Kerajaan Turki di Istanbul terhadap situasi ini? Sungguhpun Mesir masih lagi dianggap sebagai wilayah dalam Uthmaniyah, secara rasminya pada tahun 1860 ia berfungsi bebas sepenuhnya.58 Pada 30 Januari, 1863, Ismail Pasha mengeluarkan firman, melarang penggunaan buruh paksa di terusan. Kerajaan Turki telah menghantar nota, di mana ia dibuat pengesahan konsesi tertakluk kepada pengharaman penggunaan buruh paksa di terusan dan menuntut pulangan tanah beri hakmilik bagi manfaat syarikat. Kerajaan Turki beranggapan pembinaan Terusan Suez ini akan memanfaatkan Daulah Uthmaniyah dari segi perkongsian dalam bidang ekonomi, namun campur tangan British dalam pentadbiran Mesir memunahkan harapan itu, apabila British menjadi pemegang saham tunggal terbesar Terusan Suez. Tidak cukup dengan itu, masalah lain juga timbul ke atas Daulah Uthmaniyah apabila berlaku krisis pemberontakan di Bosnia Herzegovina 1876 menentang kekuasaan Turki Uthmaniyah di sana dan tuntutan kemerdekaan oleh masyarakat Balkan. Tekanan yang begitu hebat ini tidak memungkinkan Kerajaan Turki Uthmaniyah membantu Mesir malah terpaksa akur tindakan pihak British yang menyuruh status international diakui pada tahun 1888 oleh Konvension Konstantinople, sebuah perjanjian ditandatangani oleh negara besar Eropah dan Daulah Uthmaniyah. Kes Kebankrapan Ismail Detik kebankrapan Mesir bermula sejurus British menguasai saham terbesar Suez. Pada 8 April 1875, Ismail Pasha membuat penangguhan bayaran pinjaman dan mengumumkan Mesir telah bankrap. Hutang terbesar kerajaan Mesir adalah pada Fruhling &
57

M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 219. 58 Stefan Illich. (2007). Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study. Hlm 90.

36

Goshen milik British. Pada 1876 masalah bankrup telah memaksa Kedif Ismail menerima caisse de la dette publique (public debt commision).59 Suruhanjaya tersebut dijawat oleh dua pengawal kewangan (Dual Control) yang terdiri dari orang British dan Perancis dalam kerajaan. Suruhanjaya ini berperanan mengendalikan hutang-hutang Mesir yang dibuat oleh Ismail khususnya terhadap bank-bank Eropah. Pada masa sama, Kerajaan Turki Uthmaniyah pula bergelut dengan hutang dalam Imperial Ottomen Bank kepunyaan Sultan Uthmaniyah dan Eropah. Pegawai tertinggi kerajaaan Uthmaniyah sebelum itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Sultan kerana pelaburan yang dibuat oleh sebuah bank Eropah ke dalam Imperial Ottomen Bank telah menjadikan mereka (pihak Eropah) berkuasa mengawal semua pendapatan Daulah Uthmaniyah. Bantahan tersebut menyebabkan Sultan terpaksa membuat penyemakan hubungan antara Daulah Uthmaniyah dengan bank itu. Eropah pula tidak melayani tuntutan Sultan yang mahu pengaruh bank luar dikurangkan, sebaliknya terus mengembangkan matlamat imperialis kewangan mereka selepas Sultan gagal menjelaskan hutang dalam Imperialis Ottomen Bank pada tahun 1875. Lantaran itu kuasa Eropah menubuhkan Ottoman Public Debt Administration kononnya bagi menguruskan bebanan hutang yang dibuat kerajaan Daulah Uthmaniyah, rupa-rupanya matlamat sebenar mereka adalah untuk memanjangkan kuasa imperialisnya dalam bank tersebut seperti yang dinyatakan oleh Niles Stefan Illich (2007). Penerimaaan Public Debt Commision oleh Ismail adalah disebabkan kegagalannya mengurus kewangan Mesir dengan baik. Justeru British mengambil peluang melalui penubuhan badan tersebut sebagai satu cara untuk membolot ekonomi Mesir, manakala Kerajaan Daulah Uthmaniyah di Istanbul turut menerima kesan dengan tertubuhnya Ottomen

59

Paula Sanders. (2008). Creating Medieval Cairo: Empire, Religion, and Architectural Preservation in Nineteenth-Century Egypt. Cairo: The American University in Cairo. Hlm 9.

37

Public Debt Administration. Jadi, adalah mustahil untuk Kerajaan Sultan di Istanbul menawarkan bantuan kepada Ismail kerana Sultan sendiri menghadapi masalah hutang dengan kuasa Eropah. Dual Control di Mesir turut berjaya mendesak Sultan Uthmaniyah memecat Ismail kerana beliau cuba melawan arahan mereka. England dan Perancis cuba untuk memanfaatkan pengaruh mereka ke atas Mesir untuk mencekik Empayar Uthmaniyah.60 Mereka merancang untuk menawarkan pinjaman bagi mengurangkan bebanan hutang Mesir menerusi Persidangan Antarabangsa yang diadakan di Istanbul dengan syarat Sultan Uthmaniyah sanggup untuk menanggung kesemua liabiliti terhadap tawaran tersebut. Sultan Abdul Hamid (1876-1908) menolak tawaran tersebut kerana menurutnya, taktik itu adalah salah satu cara untuk memerangkap Daulah Uthmaniyah dibawah pimpinannya untuk terus jatuh dengan mempergunakan Mesir sebagai subjek mereka. Tindakan Sultan ini harus dipuji, sekiranya Sultan menerima tawaran tersebut tidak mustahil bagi kuasa Eropah mencengkam pentadbiran kerajaan Turki di Istanbul sekaligus mengawal wilayah Daulah Uthmaniyah. Kabinet Eropah, Produk British Selepas pengumuman Mesir muflis, Ismail Pasha hilang kawalan ke atas hartanah keluarga dan kabinetnya sendiri kerana Bogos Nubar menubuhkan kabinet Eropah dengan menempatkan orang Inggeris di bahagian kewangan dan Perancis dalam pentadbiran awam.61 Sir Evelyn Baring (lebih dikenali sebagai Lord Cromer) merupakan seorang pegawai British yang memulakan dominasi pentadbiran secara langsung di Mesir sebagai consul jeneral. Dalam satu akaunnya mengenai persoalan Why Britain Acquired Egypt in 1882, Cromer menyatakan ia adalah satu contoh baik dalam political imperialisme, kita memang tidak

60

http://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012. 61 M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 219.

38

mahu tempat yang teruk, tetapi jika kita tidak mengambilnya, orang lain akan mengambilnya dan seluruh saki baki kuasa dalam kawasan tersebut akan dipunahkan. Penguasaan British dalam pentadbiran Mesir sememangnya merugikan Daulah Uthmaniyah. Sebelum Mesir dikuasai British, kerajaan Turki Uthmaniyah memperkuat Mesir dengan tentera Janissari dan menempatkan komanden tentera dan gabenor disana untuk mensentralisasikan kekuasaan.62 Tindakan tersebut membolehkan kerajaan Turki Istanbul mengumpul dana dalam pembendaharaan bagi membantu wilayah Daulah Uthmaniyah lain yang memerlukan peruntukan pembangunan. Kuasa kerajaan Turki untuk mempertahankan empayarnya kian lemah apabila kuasa Eropah tidak henti-henti menceroboh Daulah Uthmaniyah yang lain seperti Mesir. Terputusnya pemberian dana dan penglibatan British dalam kabinet Mesir menyebabkan kerajaan Turki terpaksa memberi kemerdekaan kepada bangsa Bulgaria, Serbia, Rumania, dan Montenegro melalui perjanjian San Stefano yang dibuat bersama Rusia pada tahun 1877.Walaupun Kedif/khedwi (gelaran gabenor Turki di Mesir) tetap merupakan pemerintah rasmi Mesir, namun Cromer dan penggantinya bertindak seolah-olah merekalah yang berkuasa.63 Dalam bidang pertanian, Cromer menyekat penyalahgunaan kuasa oleh tuan tanah diluar bandar dengan cara memansuhkan perbuatan merotan dan kerahan buruh bagi memperbaiki kehidupan petani. British turut menghantar tentera Mesir ke Sudan dibawah arahan pegawai Inggeris William Hicks untuk menakluk wilayah itu kerana melakukan penindasan ke atas Turki-Mesir serentak dengan kemerosotan Mesir di akhir pemerintahan Ismail Pasha. Kekalahan dan perbelanjaan peperangan yang besar menyebabkan Kerajaan Turki Uthmaniyah meminta Inggeris berundur dari Mesir menerusi perjanjian. Perjanjian itu

62

Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat. Hlm 76. 63 Mohamad Redzuan Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 133.

39

dirundingi oleh oleh Sir Henry Drummond dan Sultan Abdul Hamid II. 64 British mengiktiraf kedaulatan Uthmaniyah ke atas Mesir dan perlu membayar ufti kepada Sultan selepas perjanjian sementara Oktober 1885 ditandatangani. Walaupun British masih lagi diberi ruang waktu menduduki Mesir, ketuanan Uthmaniyah keatas daulahnya itu tetap perlu diakui British melalui perluasan pengaruh oleh Uthmaniyah ke atas Mesir dan masyarakatnya terutama dalam kalangan orang Turki-Circassia dan penduduk elit tempatan yang sering pergi ke Istanbul. Lindungan British (British Protectorate) 1882, Membangkitkan Arab Tahun 1880-an merupakan episod rancak berlaku dalam masyarakat Mesir apabila British Protectorate telah ditubuhkan. Nasionalis Mesir dan pejuang islam menyalahkan Britain untuk kemiskinan dan kekurangan pembangunan negara. Mereka beranggapan pemerintah kedif gagal menyelesaikan masalah dalaman Mesir apabila melibatkan British secara langsung soal pentadbiran. Antara Februari dan September 1881, Urabi dengan cepat muncul daripada seorang kolonel kepada ahli politik kebangsaan.65. Slogan Mesir untuk Mesir menjadi tunjang kepada perjalanan Pemberontakan Urabi. Menurut M.W.Daly (1998) ia disebut pemberontakan atau revolusi kerana melibatkan orang awam dalam pergerakan yang meluas. Urabi dan pejuang kebangsaan yang lain cuba untuk merombak entiti kewangan Anglo-French dan penguasaan politik yang dimonopoli Turki-Circassia ke atas kepegawaian tertinggi ketenteraan serta autoriti Kedif Taufik. Pada masa sama, Taufik Pasha sendiri berada dalam bahaya. Nasionalis membawa rusuhan di Alexandria dan pelabuhan bandarbandar lain. Ini bukan sahaja mengancam Taufik Pasha, malah orang Eropah yang tinggal di

64

Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 134. 65 M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press. Hlm 225.

40

sana.66 Lantaran itu beberapa kumpulan membuat keputusan bercerai daripada gabungan revolusioner. Britain dan Perancis menghantar kapal perang bagi menyekat Alexandria. Tentera British mendarat dan membedil bandar-bandar besar di pelabuhan sekaligus mengalahkan serangan pemberontakan Urabi yang akhirnya mengisytiharkan Mesir sebagai wilayah lindungan British pada tahun 1882. Kolonel Ahmad Urabi memberi namanya untuk sebuah pemberontakan yang mencabar dinasti Muhammad Ali dan Kuasa Eropah. Tetapi pemberontakan tersebut gagal dengan pendudukan British, dan pengurangan kuasa Kedif sebagai boneka.67 Jauh disudut hati Kedif Mesir, mereka memang mendambakan bumi mereka aman walaupun dipayung Khalifah Uthmaniyah sebagai satu waris Empayar Islam yang agung. Namun kekurangan ditonjolkan oleh para kedif terutamanya yang tidak bersedia memegang tampuk pemerintahan seperti Kedif Taufik dan bebanan masalah tinggalan kedif sebelumnya memburukkan lagi keadaan. Pertumbuhan kuasa British di Mesir adalah satu hal yang rumit. Satu faktor di sini adalah disebabkan hubungan diplomatik antara Sultan di Constantinople dan kuasa Eropah yang lain. Kemunculan pemikir Islam Mesir seperti Sayyid Jamaludin Al-Afghani yang memperjuangkan kebebasan bangsa dari pengaruh barat seperti British membawa kesan besar terhadap Daulah Uthmaniyah. Pengembaraanya ke Istanbul dan menyuarakan pandangan mengenai pan-islam telah menarik minat pemerintah Turki. Sultan Abdul Hamid II menjadi simbol rasmi pan-Islamisme, satu pergerakan yang bertujuan untuk menyatukan semula dunia Islam dibawah dibawah seorang khalifah.68 Afghani menghabiskan 8 tahun berdakwah dan mengajar di Mesir menyebarkan idea-idea beliau dan pan-Islamisme dengan meluas sekali. Hal ini menimbulkan satu tempias positif kepada Sultan Abdul Hamid II bagi menambahkan kekuasaan serta mengekalkan Daulah Uthmaniyah.

66

http://histclo.com/country/other/egypt/ceh-prot.html . Diperoleh pada 27 Oktober 2012.

67

M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press Hlm 217.

41

Konsep Khalifah yang dijulang Sultan Turki mendapat tempat dalam hati masyarakat Islam dibawah empayarnya. Menerusi usaha Sultan Abdul Hamid II membina landasan kereta api di Hijaz menimbulkan reaksi baik masyarakat Islam khususnya dalam Daulah Uthmaniyah sendiri kerana memudahkan perjalanan para jemaah haji kerana ke tanah haram M

68

Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka. Hlm 124.

42

43

ekah dan Madinah serta penghantaran perisik ke kawasan Islam yang jauh. Keadaan Mesir yang pada ketika itu dipenuhi dengan cambahan idea perjuangan Islam oleh para ulama bermula dengan Jamaludin Al-Afghani, kemudian bersambung pula dengan pemikir Islam seperti Muhammad Abduh dan Sayyid Redha, membuka mata masyarakat Daulah Uthmaniyah untuk sama-sama bangkit menentang kuasa luar seperti British daripada terus menyebarluaskan ideologi dan dakyah sekular barat yang menjadi isu hangat dalam kalangan ulama pelbagai mazhab. Dikalangan penulis Islam pula, Abdul Rahman al-Kawakibi (18491903) adalah perintis nasionalisme Arab kerana beliau menggalakkan pemulihan semula sistem khalifah Arab yang bertentangan sistem khalifah orang Turki Uthmaniyah. 69Tetapi beliau merungsingkan Sultan Abdul Samad II kerana dia mengagungkan bangsa Arab daripada Turki meyebabkannya melindung diri ke Mesir. KESIMPULAN Pengaruh British keatas Mesir telah memberi kesan yang amat besar ke atas kerajaan Daulah Uthmaniyyah. Demi menjaga kepentingannya British telah campurtangan dalam pentadbiran Mesir. Hal ini bagi memastikan kuasa kolonial barat lain seperti Rusia dan Perancis tidak dapat menguasai Mesir. Pada ambang kedatangan British secara umumnya Mesir dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak stabil serta berlaku kemerosotan dalam aspek politik,ekonomi dan sosial. British juga terlibat secara langsung dalam kemerdekaan Mesir iaitu dengan menetapkan beberapa syarat. Hal ini menunjukkan kuasa imperialisme British keatas Mesir seperti kuasa-kuasa Eropah yang lain. Ekoran penglibatan kuasa imperialisme British ke atas Mesir,banyak peristiwa yang telah berlaku yang menyebabkan kerugian kepada kerajaan kerajaan Daulah Uthmaniyyah dan kuasa Islam. Daulah Uthmaniyyah telah kehilangan banyak tempat yang penting dan

69

Ibid 131.

44

kehilangan kuasanya ke atas Mesir. Hal ini dapat dilihat apabila kuasa-kuasa barat seperti British, Rusia dan Perancis bersetuju melantik Mehmet Ali sebagai sebagai pemerintah di Mesir. Keadaan ini sebenarnya telah menguntungkan pihak barat bagi menjaga kegiatan ekonomi dan dapat menguasai jalan-jalan penting perdagangan Laut Mediteranium.

45

BIBLIOGRAFI
Dr. Syafiq A Mughni. (1997). Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Logos Wacana Ilmu: Pamulang Timur, Ciputat
Grey kpd. Mallet, Duta British di Istanbul, 29 Ogos 1914, FO 371/2138. Jakob Skovgaard-Petersen. (1997). Defining Islam for the Egyptian State : Muftis and Fatwas of the Dar Al-Ifta. New York : Brill Kitchener kpd.Grey, 24 September 1914, FO 371/2139. M.W.Daly. (1998). The Cambridge History Of Egypt, Volume 2. United Kingdom: Cambridge Universiity Press

Mohamad Redzua Othman. (1991). Timur Tengah dan Afrika Utara Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Stefan Illich. (2007). Dissertation of German Imperialisme In The Ottoman Empire Ottomen Empire : A Comparative Study.

Viceroy kpd.Kementerian Hal Ehwal Luar, 1 September 1914, FO 371/2139.

http://histclo.com/country/other/egypt/ceh-prot.html . Diperoleh pada 27 Oktober 2012 http://historyofislam.com/contents/onset-of-the-colonial-age/egypt-and-the-suez-canal/ Diperoleh pada 25 Oktober 2012

46

KURSUS: HSI 3023 ISLAM DI ASIA BARAT ABAD KE-19 HINGGA 20 PENSYARAH: DR. NAZIRAH LEE SOALAN: 02 TAJUK TUGASAN KUMPULAN:

NILAIKAN PENGARUH BRITISH DI MESIR DAN KESANNYA KEPADA UTHMANIYAH


GROUP: A AHLI KUMPULAN: MOHD HAKIMI BIN HASSAN KHAIRIN BIN SHAREP MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN MUHAMMAD HAFIZ BIN DAUD MOHD JASMI BIN JOHARI :D20112052057 :D20112052048 :D20112052063 :D20112056401 :D20112052046

Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan

47