Anda di halaman 1dari 5

www.sagadbl.

com

Nota Sains Tingkatan 3 5.1 Pertumbuhan Manusia

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 5 Pertumbuhan
Pertumbuhan Proses perubahan dari segi saiz, rupa bentuk dan fungsi dalam organisma

Pertumbuhan adalah satu proses yang dialami di dalam semua organisma hidup. Proses pertumbuhan adalah melibatkan: 1. 2. 3. 4. Peningkatan saiz (pembesaran) organisma. Perubahan penampilan / rupa organisma. Peningkatan dalam bilangan sel-sel. Pembangunan fungsi organ organisma.

Pertumbuhan / tumbesaran manusia boleh diukur dengan dua cara, iaitu melalui: 1. Ketinggian badan 2. Berat badan

Proses pertumbuhan manusia boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Pada setiap peringkat, akan terdapat perubahan dari segi bentuk, saiz dan rupa.

Secara umumnya, terdapat lima peringkat kehidupan pada manusia: 1. 2. 3. 4. 5. Peringkat awal (bayi) Zaman kanak-kanak Remaja Dewasa Usia tua

CIKGU IRWAN@2013

Page 1

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 5 Pertumbuhan
Lima peringkat kehidupan manusia ini, boleh dipaparkan melalui lengkung pertumbuhan (growth curve). Lengkung pertumbuhan ini adalah berbentuk S (S-shaped) atau sigmoid.

Lengkung pertumbuhan manusia.

Berdasarkan rajah di atas, tumbesaran manusia terbahagi kepada peringkat berikut: 1. Peringkat awal (peringkat I). Peringkat awal adalah dari umur 0 - 1 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah cepat. 2. Zaman kanak-kanak (peringkat II). Peringkat zaman kanak-kanak adalah dari umur 1 - 12 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah perlahan sehinggalah remaja. 3. Remaja (peringkat III). Peringkat remaja adalah dari umur 12 - 20 tahun. Kadar pertumbuhan pada peringkat ini terdapat sedikit peningkatan. 4. Dewasa (peringkat IV). Kadar pertumbuhan pada peringkat ini adalah malar (constant) atau sifar. Ini bermakna bahawa pertumbuhan/tumbesaran manusia telah berhenti. Walau bagaimanapun, terdapat bahagian yang tumbuh sepanjang hayat, iaitu kulit, kuku dan rambut. 5. Usia tua (peringkat V). Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan adalah negatif dan saiz tubuh manusia juga mula mengurang. Peringkat ini berakhir dengan kematian.

CIKGU IRWAN@2013

Page 2

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 5 Pertumbuhan
Walaupun lengkung pertumbuhan (growth curve) manusia secara umumnya adalah sigmoid, tetapi terdapat perbezaan dalam pertumbuhan pada lelaki dan wanita.

Lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan.

Berdasarkan lengkung pertumbuhan lelaki dan perempuan/wanita di atas;


Kadar pertumbuhan budak lelaki adalah sama seperti budak perempuan semasa peringkat awal (bayi). Walau bagaimanapun, kadar pertumbuhan budak lelaki adalah melebihi budak perempuan semasa zaman kanak-kanak. Antara umur 12-14 tahun, kadar pertumbuhan adalah dilebihi oleh budak perempuan. Ini adalah kerana seorang budak perempuan mencapai akil baligh (puberty) pada usia yang lebih awal (kira-kira 12 tahun) dan zaman remajanya juga berakhir awal (kira-kira 16 tahun). Seorang budak lelaki mencapai akil baligh pada usia lewat sedikit (kira-kira 14 tahun) dan zaman remajanya pula berakhir pada umur kira-kira 18 tahun. Jadi, ketinggian perempuan adalah melebihi lelaki pada peringkat remaja. Disebabkan tempoh pertumbuhan seorang lelaki adalah lebih panjang, jadi ketinggian seorang lelaki melebihi seorang perempuan, adalah pada umur 18 tahun dan ke atas.

CIKGU IRWAN@2013

Page 3

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 5 Pertumbuhan
Zaman kanak-kanak (chilhood) adalah peringkat yang paling penting dalam pertumbuhan manusia. Jadi, kanakkanak mestilah diberi: 1. Diet yang seimbang kerana nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral boleh memastikan pertumbuhan yang sihat dan mencegah pelbagai penyakit kekurangan seperti marasmus (lemah seluruh badan), riket, kwashiorkor dan beri-beri. 2. Bimbingan, perlindungan, kasih sayang dan pendidikan bagi memastikan pertumbuhan rohani yang sempurna.

Ekstra NOTES!!!!

LENGKUNG PERTUMBUHAN MANUSIA 1. Pertumbuhan manusia boleh disukat pada ketinggian dan berat badan 2. Sepanjang hidup manusia, terdapat 5 fasa pertumbuhan yang berbeza, iaitu fasa bayi, fasa kanak-kanak, fasa remaja, fasa dewasa dan fasa orang tua FASA BAYI 1. Berumur dari mula lahir sehingga 2 tahun. 2. Pertumbuhan bayi lelaki dan perempuan adalah sama. 3.Kadar pertumbuhan juga sangat cepat. FASA KANAK-KANAK 1. Berumur 3 hingga 12 tahun (sekolah rendah) 2. Pada masa ini, ada kanak-kanak perempuan yang mula akil baligh dan membesar lebih cepat darupada budak lelaki. FASA REMAJA 1. Berumur 13 hingga 20 tahun (sekolam menengah sampai tingkatan 6 atas) 2. Remaja lelaki akan lebih cepat membesar pada ketika ini kerana akil baligh.
CIKGU IRWAN@2013 Page 4

www.sagadbl.com

Nota Sains Tingkatan 3

CREATED BY : CIKGU IRWAN

Bab 5 Pertumbuhan
FASA DEWASA 1. Berumur 21 hingga 64 tahun 2. Pertumbuhan normal berhenti pada umur 21 tahun. 3. Akan berlaku pertambahan berat badan. FASA ORANG TUA 1. Berumur 65 dan ke atas 2. Mula mengalami pertumbuhan negatif di mana, berat dan ketinggian semakin susut

CIKGU IRWAN@2013

Page 5

Anda mungkin juga menyukai