Anda di halaman 1dari 61

1.

PENGENALAN DAN KONSEP KEPADA TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah berdasarkan konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid berkeperluan khas mempunyai sama ada ketidakupayaan, kecacatan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, social atau psikomotor. Sehubungan itu kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, setiap murid Pendidikan Khas yang mempunyai kelemahan, kecacatan, halangan atau rintangan tertentu yang mengganggu mereka menjalani kehidupan seharian atau pembelajaran harus melibatkan diri dalam terapi yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk terapi yang boleh membantu mereka dalam setiap kekurangan tersebut. Sebagai contoh, jika murid berkenaan mempunyai masalah dalam pertuturan, dia boleh menjalani terapi pertuturan. Jika dia menghadapi masalah dalam pergerakan motor kasar atau halus (psikomotor), dia boleh didedahkan dengan terapi fisio atau cara kerja. Pelaksanaan kaedah terapi ke atas murid haruslah dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan seperti doktor atau pakar kesihatan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa terapi yang boleh dijalankan sendiri oleh ibu bapa dan guru seperti terapi muzik, terapi seni,terapi pertuturan dan terapi pergerakan. Namun begitu, untuk menjalankan terapi tersebut, pihak berkenaan haruslah mendapatkan maklumat atau pengetahuan yang sesuai sama ada melalui pembacaan atau rujukan pada pakar.
1

2.0

KEPENTINGAN AKTIVITI TERAPI KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS

Aktiviti terapi amat membantu murid Pendidikan Khas khususnya bermasalah pembelajaran sama ada di dalam proses pembelajaran atau kehidupan seharian mereka. Seperti yang diketahui, murid-murid Pendidikan Khas mempunyai masalah tersendiri sehinggakan ada di antara mereka yang tidak dapat menguruskan diri dengan baik dan mempunyai halangan dalam menjalani kehidupan seharian.

Di sini, saya menyenaraikan beberapa kepentingan terapi kepada murid Pendidikan Khas : 1. Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan. Melalui aktiviti terapi, murid Pendidikan Khas dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga dapat dijaga dengan baik.Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid dalammengawal mental dan emosi mereka ketika bermain dengan kawankawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badandalam bentuk riadah.

2. Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan Murid-murid Pendidikan Khas yang mempunyai masalah dalam psikomotor mereka boleh dipulihkan dengan melakukan terapi yang sesuai. Sebagai contoh, melalui aktiviti terapi hidro yang dapat memberi sokongan ke atas tubuh badan
2

melalui apungan air sedikit sebanyak membantu murid mengawal tubuh badan. Selain itu, terapi fisio juga boleh membantu murid seperti cerebral palsy atau lumpuh untuk menggerakkan psikomotornya untuk menjalankan aktiviti harian atau pembelajaran. 3. Merangsang pemikiran dan kreativiti murid Aktiviti terapi juga dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam pemikiran dan kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dan terapi pergerakan dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta, membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka.Melalui terapi seni dan terapi pergerakan juga menggalakkan murid untuk menggunakan keupayaan kognitif mereka ke tahap yang maksimum.

4. Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti yang membantumurid untuk mempunyai masalah dengan alat artikulasi merekaseperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya. Melalui aktivititerapi pertuturan, mereka dapat melatih dan merangsang alatpertuturan mereka untuk berkomunikasi dengan lebih baik danmembantu mereka menyampaikan maklumat kepada individu lain.

5. Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi Murid-murid Pendidikan Khas biasanya menghadapi gangguan atau tekanan mental dan emosi sama ada dari keluarga atau persekitaran mereka. Oleh yang demikian, melalui aktiviti seperti terapi bermain, terapi muzik atau aroma tera
3

pi dapat membantu mereka dalam menenangkan perasaan, emosi dan mental. Hal ini kerana terapi-terapi tersebut dalam membuatkan mereka melupakan tekanan atau trauma yang pernah dihadapi dalam kehidupan melalui permainan yang mereka gemari, lagu atau muzik yang perlahan dan bau-bauan yang menenangkan.

6. Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri. Murid-murid yang mempunyai masalah dalam pengurusan kehidupan seharian boleh dibantu dengan terapi yang sesuai.Sebagai contoh, terapi cara kerja yang melatih murid dalam membuat kerja atau aktiviti yang mendatangkan hasil. Murid juga akan diajar untuk melakukan kerja-kerja yang membantu nya dalam kehidupan seharian seperti memasak, mendobi, menukang,menanam, menjahit, menguruskan diri dan sebagainya. Melalui terapi ini juga mereka dapat meningkatkan keyakinan diri dengan mempercayai keupayaan dan kebolehan diri mereka dalam meningkatkan kualiti hidup mereka dan untuk membantu orang lain.

7. Membantu untuk meningkatkan kemahiran bersosial murid. Melalui aktiviti terapi, murid dapat bergaul dan berkomunikasi dengan individu dan masyarakat di sekitar mereka. Sebagai contoh, terapi main yang melibatkan murid dengan murid lain akan membantu mereka untuk berkomunikasi dan bergaul sesame sendiri. Selain itu, terapi membeli belah juga dapat membantu murid untuk berinteraksi dengan masyarakat dalam proses jual beli.

8. Meningkatkan kemahiran pengamatan (pendengaran dan penglihatan) Kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai masalah dalam pengamatan sama ada pendengaran atau penglihatan boleh dibantu dengan menjalani beberapa terapi tertentu. Sebagai contoh, terapi muzik dapat meningkatkan pengamatan mereka dalam pendengaran dan terapi visual atau penglihatan dapat membantu meningkatkan pengamatan dalam penglihatan.

3.0

JENIS-JENIS TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

3.1

Terapi Fisio

Maksud terapi ini adalah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan kaedah seperti yg berikut: 1. mengurut 2. manipulasi 3. latihan teraputik 4. pemanasan & penyejukan 5. terapi hidro 6. rangsangan menggunakan elektrik dan cahaya Fisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu anak

mengembangkan kemampuan motor kasar (gross motor skill). Kemampuan motor kasar meliputi otot-otot besar pada seluruh tubuh yang memungkinkan

tubuh melakukan fungsi berjalan, melompat, membongkok, berlari, menendang, duduk tegak, mengangkat, dan melempar bola. Kemampuan motor kasar sangat penting kerana membuat tubuh boleh melakukan aktivitinya, menjaga keseimbangan, koordinasi, dan lain-lain. Kemampuan motor kasar juga sangat berhubungan dengan fungsi badan lainnya. Contohnya, kemampuan anak untuk memangku tubuh bahagian atasnya akan berpengaruh pada kemampuannya menulis (motor halus, fine motor skill). Kanak-kanak dengan kemampuan motor kasar yang kurang, akan mempunyai kesulitan dengan kemampuan lain seperti menulis, duduk segera dari keadaan berbaring, memperhatikan aktiviti kelas, dan menulis di papan tulis. Bagi mereka, aktiviti - aktiviti ini sangat memerlukan tenaga. Pada orang dewasa, biasanya fisio terapi diperlukan setelah trauma pada fisik (pasca kecederaan, strok, dan trauma lainnya yang menyebabkan performa badan terganggu). Fisio terapi untuk orang dewasa ini umumnya tersedia di hospital atau klinik fisio terapi yang memiliki peralatan khusus untuk itu. 3.2 Terapi Cara Kerja

Terapi Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapy (OT) adalah satu profesion kesihatan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian (activities of daily living), produktiviti (work) dan pelbagai aktiviti riadah (leisure).
6

Ahli terapi carakerja akan bekerjasama dengan pelbagai profesion kesihatan dan perubatan lain bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah dalam fizikal, neurologi, orthopedik, medikal, pediatrik, geriatrik dan psikiatrik. Ahli terapi carakerja perlu kreatif dan inovatif dalam mengadaptasikan setiap sesuatu yang ada di sekeliling pesakit agar boleh digunakan dan memberi manfaat bagi membolehkan pesakit mencapai tahap kefungsian yang optima dalam kehidupan.Terapi cara kerja, yang dibantu oleh ahli terapi cara kerja, adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Ia bertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti hidup seharian, penjagaan diri dan kemandirian di tempat kerja dan riadah. Seringkali kita tertanya-tanya bagaimanakah terapi cara kerja ini dapat membantu kanak-kanak berkeperluan khas?. Sebenarnya,terapi cara kerja melibatkan penilaian fungsi kognitif dan persepsi. Sebagai contoh, mangsa strok, mampu dan berkebolehan menjalankan tugas harian seperti berjalan, mandi, memakai baju,makan dan membuat kerja rumah. Memandangkan skop yang luas ini, terdapat sedikit pertindihan dengan tugas ahli fisioterapi dan ahli patologi pertuturan; secara ideal, semua ahli terapi perlu bekerja secara kumpulan dengan mangsa strok.Terapi cara kerja melibatkan latihan semula otak mangsa strok untuk menyesuaikan diri kepada kekurangan yang disebabkan oleh strok. Ini dilaksanakan untuk menjalankan tugas-tugas kehidupan harian dengan paling berkesan dan cermat untuk mengelakkan kecacatan atau komplikasi. Contohnya, cara yang betul membantu mangsa strok

bangun dari katil, duduk, masuk ke dalam kereta dan sebagainya tanpa mengabaikan bahagian tubuh yang terjejas, kerana ini boleh menambah kekakuan dan kesakitan. Pemulihan Carakerja (Terapi Carakerja) atau lebih dikenali dengan nama Occupational Therapy adalah satu profesyen kesihatan yang memberi fokus kepada penghakupayaan individu dalam merawat kecederaan, penyakit, kecacatan dan keuzuran bagi mencapai kehidupan produktif, berdikari dan bermakna. Rawatan adalah berbentuk modaliti adjunktif, aktiviti terapeutik, sensori integrasi dan rundingcara pemantauan dan pencegahan. Terdapat tiga aspek yang mengimbangi kehidupan manusia menjadi teras terapi carakerja untuk dicapai oleh pesakit iaitu berdikari dalam aktiviti kehidupan harian (ADL), menyumbang kepada produktiviti (Work) dan melaksanakan dan mempelbagai aktiviti riadah (Leisure). 3.2.1 Peranan Ahli Terapi Cara Kerja Pegawai Pemulihan Perubatan (Carakerja) dan Jurupulih Carakerja atau lebih dikenali sebagai Occupational Therapist (OT) mempunyai peranan berikut iaitu menjalankan penilaian piawai untuk mengenal pasti bidang prestasi carakerja pesakit dari tiga aspek ADL, Work dan Leisure, menjalankan penilaian terhadap komponen prestasi carakerja yang terlibat untuk melaksanakan ADL, Work dan Leisure, menjalankan penilaian persekitaran (rumah, tempat kerja, sekolah dan persekitaran awam) untuk membolehkan pesakit berdikari dengan kecacatan (handicap) yang ada dan
8

mengimplementasikan terapi mengikut tahap keperluan pesakit menurut empat piawai . Selain itu, cara adjunktif, dan aktiviti terapeutik dapat menggalakkan penyembuhan (enabling). Aktiviti kefungsian yang bermakna untuk

disembuhkan (purposeful), dan pelaksanaan carakerja juga turut berkaitan dengan peranan yang perlu dilakukan oleh ahli tedrapi cara kerja. Peranan mereka juga adalah memberi preskripsi dan latihan menggunakan alat-alat bantuan sementara atau kekal berdasarkan penilaian ke atas bidang dan komponen prestasi carakerja pesakit. Tambahan lagi, perkhidmatan runding cara promotif, curative dan rehabilitatif dari aspek terapi carakerja turut dijalankan dari semasa ke semasa. Akhirnya, mereka akan melaksanakan dokumentasi mengikut piawai yang ditentukan.

3.3

Terapi Pertuturan

Definisi kepada terapi pertuturan ialah ia merupakan proses perkongsian idea di antara penyampai yang encodes mesej dan penerima yang decodes mesej; proses ini memerlukan penggunaan sistem biasa seperti simbol, percakapan, isyarat, penulisan, atau isyarat tangan. Masalah bahasa merupakan satu gangguan dan halangan kepada kefahaman dan penggunaan bahasa pertuturan, penulisan dan sistem simbol yang lain (Amarican Speech and Language Association,2000)

Kanak-kanak bermasalah pendengaran boleh dibantu mendengar dan bertutur. (Warren Estabrook, 2000) Teknologi ABD & Koklea Implan boleh membantu potensi mendengar dan bertutur, namun ia bergantung kepada terapi yang diperolehi. Terapi pertuturan merupajan kaedah yang ideal untuk kanak-kanak belajar mendengar . (Judith L Simser, 1999) Satu kaedah untuk mengajar kanak-kanak pekak menggunakan pendengaran mereka bagi mempelajari bahasa pertuturan melalui ABD atau C dimana penekanan diberikan kepada kemahiran mendengar bunyi pertuturan tanpa membaca pergerakan bibir serta penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak mereka. (Unit pertuturan U)

3.4

Terapi Muzik dan Nyanyian

Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut, marilah kita sama-sama mengenali apakah yang dimaksudkan dengan muzik dan apakah pula yang dimaksudkan dengan terapi muzik.

Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza.Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.

10

Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah bukuajaran Cina I Ching menyatakan muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.

Epik India juga telah membuktikan bahawa muzik adalah punca oyang palingberkuasa yang seringkali bergema seiringan dengan alunan alam semula jadi.Nota muzik yang berbeza juga dikatakan mampu untuk mencipta perubahan dalam keadaan alam semula jadi. Kehidupan botani juga memberikan reaksi kepada muzik. Apalagi jika ia dikaitkan dengan manusia yang boleh bertindak balas dengan muzik pada tahap-tahap tertentu.

Bagaimana pula dengan terapi muzik? Menggunakan muzik sebagai terapibukan sesuatu yang baru diperkatakan, sebaliknya ia sudah digunakan denganmeluas sejak lama dulu. Terapi muzik merupakan satu bidang profesional yang menggunakan muzik untuk pemulihan, pemuliharaan dan peningkatan tarafkesihatan mental dan fizikal seseorang. Perubahan dari segi kognitif, sosial danemosi dapat dicapai dengan teknik-teknik muzik tertentu. Seramai 6000 hingga 10 000 orang pakar terapi di seluruh dunia memberi perkhidmatan kepada golongan masyarakat terutamanya yang menghadapi trauma, gangguan emosi, kerencatan akal, stress, termasuk penyakit kanser dan AIDS.

11

Di

antara

matlamat

muzik

terapi

adalah

pemulihan

kekuatan

fizikal,

mengurangkan pesakit menanggung kepedihan rawatan, memberi sokongan emosi kepada pesakit dan keluarga serta memberi peluang melepaskan perasaan dan menenangkan fikiran. Setelah penaksiran klinikal dibuat, pakar terapi muzik akan menjalankan program terapi muzik yang mungkin melibatkan teknik-teknik seperti mendengar, seleksi muzik tertentu, bermain alat muzik, menyanyi, perbincangan lirik lagu, menari atau melukis dengan muzik.

3.5

Terapi Seni Visual

Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pembelajaran mendapat perhatian yang serius daripada pihak kerajaan dan berbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan kanak-kanak ini mendapat perhatian yang sewajarnya. Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia digubal berasaskan keupayaan individu berkeperluan khas. Kurikulum ini terdiri daripada empat bidang iaitu bidang pengurusan hidup, bidang akademik dan berfungsi, bidang kerohanian dan nilai-nilai murni serta bidang sosial, riadah dan aktiviti. Salah satu dari bidang ini komponennya adalah pendidikan seni yang terletak di bawah bidang sosial, riadah dan kreativiti.

Komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum pendidikan khas bermasalah pembelajaran bertujuan untuk mengembangkan potensi kanak-kanak bermasalah pembelajaran supaya mereka dapat

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi. Oleh itu


12

pengajaran dan pembelajaran seni dapat mengembangkan bakat, kreativiti kanak-kanak tersebut serta menggalakkan perkembangan sosial mereka menerusi nilai yang dipelajari.

Kepentingan

pendidikan

seni

dalam pendidikan

khas ialah

bagi

meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran persepsualmotor dan kreativiti seni. Seni digunakan sebagai medium meluahkan perasaan dan ekspresi murid bermasalah pembelajaran. Seni juga secara umumnya menggalakkan murid meneroka imaginasi, membentuk kecerdasan, meneroka fungsi simbolik dalam seni dan membina kemahiran penilaian kendiri. Jangan ambil mudah luahan artistik orang di sekeliling anda. Ia mungkinmenjadi kunci kepada sesuatu di dalam diri mereka. Setiap lukisan mempunyaikaitan psikologi dengan si pelukisnya. (20 Oktober 2008 - Fatimi Nadiah Zainudeen)

Lukisan bukan sahaja memiliki seribu makna malah pelukisnya mampu meluahkan perasaannya. Justeru itu seni lukis sudah lama diiktiraf sebagai salah satu daripada jenis terapi membantu pesakit yang berhadapan dengan psikotik. Sebuah lukisan pernah menimbulkan persoalan Paul Jambunathan, pakar konsultan psikologi klinikal dan pensyarah kanan dalam Sains Tingkah laku di Sekolah Perubatan, Pusat Perubatan Sunway, Selangor.

13

Gambaran seorang yang tidur di katil pada kedudukan terbalik dengan bahagian kepala diletakkan di hujung dan kaki di kepala katil jauh daripada telahan literalnya. Setelah ditanyakan kepada pemilik lukisan, nyata ia menyimpan luka yang dalam.

Menurut Paul (2008),medium lukisan, atau seni, termasuk menghasilkan skulptur, lagu, skor muzik dan sebagainya, boleh menjadi satu bentuk terapi dimana seseorang itu dapat meluahkan diri mereka yang sebenar. Beliau juga mengatakan bahawa, seni dapat membantu menggambarkan perasaan yang sukar untuk diluahkan dalam bentuk perkataan, kerana bukan semua orang dapat berkata-kata dan menyampaikan mesej secara lisan dengan baik. Malah cara ini sebenarnya menggalakkan curahan perasaan menggunakan pendekatan yang selamat dan diterima ramai.

3.6

Terapi Hidro

Terapi hidro bermakna menggunakan air dalam sebarang bentuk untuk mengembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan.Terdapat banyak jenis terapi air yang ditawarkan termasuklah sauna, mandi wap, mandi sitz (hanya merendamkan punggung dan paha) atau sekadar berendam dalam air suam. Malah, penggunaan pek panas atau sejuk bagi melegakan kesakitan otot juga dianggap sebahagian daripada hidro terapi. Berdasarkan sejarah, terapi air dipelopori paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan dengan menggunakan air bagi menyingkirkan bahan kumuh dan toksik daripada
14

badan. Sejarah rawatan menggunakan air bermula 4,500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno di Pakistan. Manakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah, pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis makalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam sangat baik dan berkesan kepada kesihatan tubuh badan. Selain itu, penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Kini air masih menjadi antara kaedah utama dalam rawatan moden untuk pelbagai jenis masalah kesihatan. Terapi air yang dijalankan di kolam renang khas mempunyai kelebihan tersendiri kerana ada pergerakan yang tidak boleh dilakukan di atas tanah (darat) terutama bagi individu yang alami masalah kecederaan tulang belakang, strok dan artritis boleh dilakukan dengan mudah di dalam air. Seringkali kita tertanya-tanya bagaimanakah terapi hidro ini boleh menjadi ejen rawatan? Sebenarnya,sifat air sangat unik. Ia boleh wujud dalam tiga bentuk iaitu cecair (air), pepejal (ais) dan wap. Air boleh menyimpan dan mengalirkan haba serta tenaga. Ia juga boleh melarutkan bahan lain seperti garam galian. Asas dalam terapi air ialah suhu air yang digunakan. Air sejuk akan memberi rangsangan kepada salur darah yang dekat dengan kulit untuk mengecut dan mengalihkan lebih banyak aliran darah ke organ dalam badan. Manakala air suam pula akan merehatkan otot, mengembangkan salur darah dan membantu menyingkirkan bahan buangan daripada tisu badan.

Menggunakan air sejuk dan suam secara berselang seli dikatakan boleh
15

memperbaiki proses penyingkiran bahan kumuh, mengurangkan keradangan dan merangsang aliran darah. 3.6.1 Ciri-Ciri Yang Membolehkan Air Menjadi Medium Rawatan Terdapat beberapa ciri penting yang membolehkan air menjadi medium rawatan iaitu daya apungan, kelikatan air, tekanan hidrostatik, . Dalam air, badan akan menjadi 90 peratus lebih ringan kerana ia ditampung oleh daya apungan air. Ciri ini amat berguna membantu pesakit yang tidak boleh bersenam akibat sakit pada sendi terutama pada lutut, tulang belakang dan pinggul selain dapat membantu merawat pesakit yang mengalami keretakan tulang dan masalah berlebihan berat badan. Daya apungan ini membolehkan pesakit menggerakkan anggota yang sakit dengan menggunakan sedikit tenaga dan mengurangkan ketegangan otot yang ditanggung otot tulang belakang dan kaki akan berkurang. Ciri yang kedua ialah kelikatan air. Ia memberi halangan kepada pergerakan. membolehkan Bagaimanapun,gabungan seseorang pesakit daya apungan dan kelikatan mengikut

melakukan

pergerakan

kemampuannya. Halangan ini tanpa disedari dapat membantu pesakit membina kekuatan pada otot yang cedera dan lemah tanpa perlu mengangkat beban. Pada peringkat permulaan, senaman boleh dilakukan mengikut arus air (arah pergerakan air dan kurang halangan) tetapi apabila apabila otot sudah kuat, senaman bolehlah dibuat melawan arus.Pergerakan

16

air ini juga dianggap sebagai urutan. Apabila berada dalam air, seluruh badan akan menerima urutan. Jadi seluruh badan akan menerima manfaatnya. Ketiga, tekanan hidrostatik. Air memberi tekanan dari semua arah. Tekanan ini membantu meningkatkan kepekaan pesakit terhadap pergerakan semua ototnya. Apabila mengalami kecederaan otot, kebanyakan pesakit tidak mahu menggerakkan otot berkenaan bagi mengelakkan rasa sakit tetapi perkara ini sebenarnya hanya akan menyebabkan otot menjadi tegang.Terapi air membantu pesakit menggerakkan otot yang cedera dan pada masa sama ia mengurangkan masalah bengkak pada otot. Ciri yang keempat pula ialah suhu air. Suhu air yang sesuai untuk terapi ialah antara 32 hingga 34 darjah Celsius (air terasa suam). Air suam akan merehatkan otot dan membolehkan ia digerakkan tanpa berasa sakit. Apabila berendam dalam air suam, salur darah akan menjadi kembang dan melancarkan aliran darah yang secara tidak langsung mempercepatkan proses penyembuhan. Keadaan ini juga membolehkan enzim dan endorfin (ejen penahan sakit semula jadi dalam badan) bekerja dengan lebih baik khususnya pada anggota yang sakit, bengkak atau cedera Seterusnya, haba. Ia juga membantu sel menyingkirkan bahan kumuh dan digantikan dengan oksigen serta nutrien. Bagaimanapun jangan berendam dalam air yang dirasakan terlalu panas kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan terutama kepada pesakit yang ada masalah jantung.

Kedalaman berbeza akan memberi tekanan, halangan dan daya apungan

17

yang berbeza. Jadi pesakit boleh memilih berada pada kedalaman mengikut kemampuan dan masalah yang dihadapi. 3.6.2 Kelebihan - Kelebihan Terapi Hidro Terdapat banyak kelebihan dalam terapi hidro ini antaranya dapat menguatkan otot, memperbaiki keupayaan melakukan senaman regangan (pergerakan yang tidak boleh dilakukan di darat boleh dibuat dalam air), meningkatkan daya ketahanan (melalui senaman dalam air). Ini amat baik untuk pesakit kanak-kanak serebral palsi atau pesakit dewasa yang kerap alami kekejangan otot. Tambahan lagi, terapi ini dapat memperbaiki keseimbangan, merehatkan minda dan badan serta dapat melegakan kesakitan yang dialami. Disamping itu juga, terapi ini dapat meningkatkan kepekaan deria, meningkatkan keyakinan diri khususnya pada pesakit yang tidak dapat mengikuti program di darat boleh mendapat manfaat melalui terapi air dan membuatkan mereka berada dalam keadaan yang lebih baik.Terapi ini juga dapat mengurangkan kesakitan dan bengkak akibat kecederaan apada badan. Jika kita seorang yang cepat demam dan mempunyai antibodi badan yang lemah, masalah ini dapat diatasi melalui terapi air kerana ia dapat mengurangkan suhu badan (ketika demam). Jika kita perhatikan , kita banyak mengambil makanan ringan yang mempunyai pelbagai perisa dan pewarna tambahan. Namun, melalui terapi ini, ia dapat membantu badan

menyingkirkan bahan toksin tersebut. Kelebihan terapi hidro ini juga ialah dimana air menjadi ejen anti pengecutan otot yang tidak terkawal, sekaligus
18

dapat membantu mengatasi masalah sembelit dan meningkatkan sistem imun badan. Ia juaga boleh membantu mengawal tekanan darah dan paras gula dalam badan dan memperbaiki pernafasan. 3.6.3 Kepentingan Terapi Hidro Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah: Menghilangkan tekanan Keupayaan berkomunikasi Simulasi sistem otak. Bina keyakinan diri Kreativiti. Kawalan diri. Latihan Social skill. Merangsang pertuturan. Melatih sikap bekerjasama. Meningkatkan kesabaran

3.6.4 Pengamatan Terdapat beberapa latihan dalam pengamatan antaranya ialah: Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain Latihan daya kepimpinan.
19

Manipulasi tangan dan jari-jemari. Daya konsentrasi. Pembentukan body image. Peningkatan self-esteem (keyakinan diri). 3.6.5 Panduan Keselamatan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut. 3.6.5.1 Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat. Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

20

3.6.5.2

Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

3.6.5.3 1. 2.

Aktiviti - Aktiviti Terapi Hidro (Renang)

Pendahuluan Memanaskan badan dan meregangkan otot. Mengenakan jaket keselamatan. Isi Pelajaran Bermain-main di tepi air.
21

Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul

Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan. Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.

3.

Penutup Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki. Mengemaskan dan membersihkan diri.

Aktiviti renang ini hendaklah dengan bantuan guru. Aktiviti renang bebas menggunakan bola juga perlu dengan pemerhatian guru. Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu. 3.7 TERAPI WARNA

Seringkah anda merasa tubuh kurang selesa? Bukan hanya tubuh, tetapi hati dan perasaan pun tidak selesa. Hal sedemikan sering dipanggil mood. Tubuh kita tidak sakit, tetapi tidak ada merasa untuk melakukan sesuatu. Jangan terburu-buru tetapi cuba berfikir mungkin kita mempunyai penyakit. Janganjangan tubuh kita hanya kekurangan salah satu unsur warna saja. Warna, sejak zaman Mesir Kuno memang sudah dipercayai mempunyai pengaruh yang besar pada tubuh (fizik, emosi, dan mental) manusia. Warna mempengaruhi aura tubuh sehingga jika tubuh berlebihan atau kekurangan salah

22

satu warna, akan terjadi ketidakseimbangan tubuh yang akhirnya mempengaruhi mood dan kesihatan tubuh.

Menurut Gitta S van Engelen, pengamal terapi warna, warna memang mempunyai kekuatan untuk tubuh. Warna bukanlah ubat, tetapi ia boleh membantu proses penyembuhan sebuah penyakit lewat gelombang atau vibrasinya. Dalam buku Colour Therapy, Pengaruh Dan Kekuatan Warna Dalam Kehidupan dikatakan, terapi warna adalah penyembuhan sebuah penyakit dengan mengaplikasikan warna-warna yang tepat untuk penyembuhan dalam bentuk yang lebih efektif berbanding sinaran matahari. Contohnya, sederhana bahawa warna sangat mempengaruhi tubuh jika seseorang masuk ke ruangan yang berwarna hitam kelam atau coklat tua. Tubuh dan fikiran orang itu tidak akan rasa berlama-lama di ruangan itu. Jika ada warna yang membuat tubuh dan fikiran merasa tidak selesa, tentu ada kombinasi warna lain yang boleh membuat orang merasa rileks dan tenang. 3.7.1 Kepentingan Terapi warna Terapi warna mengimbangkan aura tubuh Warna mempengaruhi setiap orang, walau apa pun isinya. Oleh kerana itu terapi warna juga boleh diterapkan pada kanak-kanak dengan keperluan khusus seperti sindrom down, autis, kanak-kanak dengan kecerdasan di bawah normal, disleksia, kanak-kanak kesulitan untuk belajar dan sebagainya.

23

Penggunaan terapi warna sangat membantu kanak-kanak untuk menyalurkan marahnya. Mereka mengamuk kerana orang lain tidak mengerti apa yang mereka inginkan. Jika mereka terlatih untuk menjalani terapi warna sendiri, mereka boleh menghilangkan rasa marah itu dengan menyerap warna tertentu, kata Gitta yang mempraktikkan terapi warna di sekolah International Center for Special Children in Education, Jakarta Selatan. Aura kanak-kanak dengan keperluan khusus biasanya tidak seimbang. Aura mereka cenderung berwarna hitam. Namun setiap kanakkanak mempunyai peningkatan kecenderungan yang berbeza. Terapi warna tidak boleh diberikan kepada seluruh murid sekaligus kerana keperluan mereka berbeza-beza. Biasanya saya melakukan bertanya dulu, baru menentukan warna apa yang mereka perlukan pada saat itu. Sebaiknya sebelum melakukan terapi warna, bincang dulu dengan ahli terapi warna untuk menentukan warna apa yang tubuh kita perlukan, jelas Gitta. Menentukan warna yang diperlukan memang sebaiknya dilakukan oleh ahli terapi warna. Namun seseorang boleh medapatkan sendiri warna yang diperlukan. Apa yang perlu diingat, tubuh memiliki tujuh buah cakra yang sangat dipengaruhi oleh warna. Dalam buku Colour Teraphy ditulis:

24

Warna merah berhubungan dengan cakra dasar yang mempengaruhi kecergasan, kekuatan, seksualiti, dan kesedaran. Merah boleh mengatasi anemia, kekurangan tenaga, mati pucuk, tekanan darah rendah, penyakit kulit, dan jangkitan saluran kencing.

Warna Jingga berhubungan dengan cakra limpa yang mengatur sirkulasi dan metabolisme. Warna ini juga berhubungan dengan kegembiraan dan keceriaan.

Kuning berhubungan dengan dengan cakra solar plexus yang mempengaruhi intelektual dan mengambil keputusan. Warna kuning juga boleh mengawal konsentrasi haid.

Hijau berhubungan dengan cakra jantung. Hijau adalah warna penyembuh kerana ia mengimbangkan dan menstabilkan tenaga tubuh.

Biru berhubungan dengan cakra kerongkong. Warna ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk insomnia, melegakan bawah pinggang, asma, dan migran.

Ungu merupakan warna cakra mahkota dan berhubungan dengan tenaga dari fungsi fikiran tertinggi. Warna ini membantu meningkatkan

25

rasa percaya diri, mengurangi rasa tidak berdaya, serta mengubati kelainan mental dan saraf.

Hitam sering dikaitkan untuk menekan nafsu makan. Bagi yang ingin mengurangi berat badan, pakai pelapik berwarna hitam untuk meja makan. Terapi warna boleh dilakukan sendiri dengan berbagai cara, lakukan maksima empat kali seminggu, lakukan selama lima hingga 10 minit setiap kali terapi, bergantung yang diperlukan. Gitta mengingatkan, jika rasa sudah tidak sedap, segera hentikan kerana bererti tubuh sudah cukup menerima warna itu. Namun jika tubuh masih merasa rileks dan sedap, terapi boleh diteruskan sampai tubuh merasa cukup. Cara terapi warna sangat banyak. Kita boleh menggunakan ruangan kecil dengan lampu berwarna. Di ruangan itu kita tidur dengan santai sambil mendengar muzik yang sesuai. Jika perlu, biarkan kulit terbuka tanpa penutup agar penyerapan warna lebih banyak. Selain itu, orang juga boleh memegang benda dengan warna yang kita perlukan, termasuk memakai baju dengan warna-warna yang diperlukan. Walau tidak secepat sinar, gelombang warna yang ada pada baju mampu merembat masuk melalui kulit. Jadi kalau kita ingin merasa
26

berani, pakailah baju warna merah. Bila mahu wawancara pakailah baju warna biru, kerana biru melancarkan komunikasi. Sedangkan warna hitam bisa meningkatkan rasa percaya diri. Batu permata asli mempunyai kesan yang lebih di dalam kegunaan untuk terapi kesihatan jika dibandingkan dengan kristal buatan. Kristal buatan manusia hanya bergantung kepada terapi warna sahaja. Manakala batu permata asli mempunyai kesan dari segi getaran warna yang terhasil dari Shumann Resonance Frecuency. Pancaran ini hanya dimiliki oleh benda-benda hidup dan jisim kurniaan Tuhan termasuk batu permata semula jadi ini. Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit. 7 bahagian ini dapat diterangkan dengan melihat kepada berikut: Meridian 1 : Warna Merah Jenis Batu Permata/Kristal: Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah. Keterangan : Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

27

Kegunaan Terapi: a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina. e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks f) Bagus untuk kanak-kanak sekolah g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan rendah. Meridian 2 : Warna Orange Jenis Batu Permata/Kristal: Kuartza Oren, Jasper Oren, Akik Oren, Amber Oren, Carnelian Oren dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna oren Keterangan: Warna untuk kesihatan, kegembiraan dan motivasi Kegunaan Terapi: a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru paru, pankreas dan limpa b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi d) Membantu mengurangkan kahak, asma, kejang, osteoperosis dan kemurungan. Meridian 3 : Warna Kuning darah

28

Jenis Batu Permata/Kristal: Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning Keterangan: Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai desicive yellow (kuning ketegasan) Kegunaan Terapi: a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan e) Melegakan masalah kekurangan kalsium f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi. Meridian 4 : Warna Hijau Jenis Batu Permata/Kristal: Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau Keterangan : Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
29

Kegunaan Terapi: a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan b) Menyeimbangkan emosi c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan Meridian 5 & 6 : Warna Biru Jenis Batu Permata/Kristal: Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru Keterangan: Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai colour of distance dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai communicative blue. Kegunaan Terapi: a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan. b)Memudahkan untuk mengingati ucapan c)Membuang racun dalam badan d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif

Meridian 7 : Warna Ungu Jenis Batu Permata/Kristal:

30

Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu Keterangan: Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang

menyembuhkan penyakit.

Kegunaan Terapi: a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut b) Merehatkan badan dan minda c) Anti bakteria baik untuk merawat jerawat dan ekzema

Meridian 8 - Warna Putih Jenis Batu Permata atau Kristal: Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli lain yang berwarna putih Keterangan: Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit Kegunaan Terapi:
31

a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak

penyembuhan. c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apaapa kesan

3.8

TERAPI PERGERAKAN KREATIF

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas. Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan.

32

Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari kehidupan. Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu Keinginan untuk bergerak, berjaya dan diperkenankan. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat, bersaing, memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik,mengembara, memperoleh kepuasan kreativiti, dan mengetahui. Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Keinginan-keinginan ini juga tidak terkecuali kepada murid berkeperluan khas. Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi. Menurut Pergerakan Gladys Andrew untuk Fleming (1976), geraktari menggunakan kanak-kanak. istilah Beliau

Kreatif

pendidikan
33

mentakrifkan istilah ini sebagai penghubung antara fikiran dan perasaan yang dipancarkan melalui perantaraan anggota tubuh badan. Ini membayangkan cara seseorang individu menggunakan pergerakan dalam menyelesaikan tiga komponen utama dalam geraktari untuk tujuan-tujuan ekspresi, komunikasi atau kepuasan peribadi. (Fleming,1976). Mengikut pendapat Margaret HDoubler (1925); geraktari kreatif ialah sejenis tarian berunsur pendidikan yang membantu proses pembesaran seseorang individu. Proses ini kemudian membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya berfikir, pertumbuhan fizikal dan spiritual. Ini akan membolehkan seseorang individu itu menghayati serta menghadapi tuntutantuntutan hidup dengan berkesan. (HDoubler, 1925). Bentuk geraktari seperti yang digariskan oleh definisi di atas merujuk kepada daya ekspresi mental dan jasmani yang dilakukan secara jujur dan spontan. Apa yang dipersembahkan oleh penari-penari itu bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk mencurahkan perasaan dalaman yang terbuku. Ini juga merupakan ekspresi emosi kendiri yang disalurkan melalui aktiviti pergerakan berirama.Berdasarkan difinisi dan takrifan yang diberikan, pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
34

I. Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson, 1982). II. Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalamanpengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan. III. Tumpuan kepada pengalaman (Combest,1975; Dimondstein, 1983). geraktari sebagai aktiviti yang

menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970; Fleming, 1976).

IV. Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan

35

ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984; Synder, 1975; Ayob, 1986).

V. Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982; Dimondstein, 1983).

VI. Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagianbahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk

meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

3.8.1 Kepentingan Terapi Pergerakan Menurut Jesse William (1964), pelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan serta mempengaruhi arah

perkembangan program pendidikan jasmani di sekitar tahun-tahun 1930 an hingga 1960-an berpendapat:
36

Pendidikan Jasmani sewajarnya bertujuan untuk menyediakan kepemimpinan yang cekap serta menjadi alat kepada individu atau kelompok untuk bertindak dalam pelbagai situasi secara konstruktif dari segi fizikal, mental dan sosial. Objektif yang disarankan oleh William itu pada hakikatnya mencabar para pendidik pendidikan jasmani untuk mempertingkatkan kemahiran mereka agar dapat mendidik dengan lebih berkesan untuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan. Bagaimanapun nilai-nilai positif yang bakal diperolehi daripada pergerakan kreatif bergantung kepada penyertaan seseorang individu dalam bidang tersebut. Menurut Way (1967), pendidikan Jasmani kreatif ialah pendidikan seluruh individu melalui pengalaman. Seperti dengan pengalamanpengalaman kreatif yang lain, pergerakan ini merangsang pemikiran yang beragama, imaginasi dan cara menyelesaikan masalah. Ia juga mengukuhkan emosi, sifat humor, berlakon dengan yakin dan pemahaman terhadap sesama insan yang berasaskan nilai-nilai kemanusiaan yang luhur (Davis, Helfert dan Shapiro 1973; Way 1967) serta pemikiran yang kritis dan bebas (Carelli, 1982). Menurut (Russell,1975), aktiviti ini juga bukan sahaja

menyeronokkan tetapi juga untuk mencurah keluar jiwa dalaman yang terdiri daripada perasaan dan mood.
37

Melalui pendidikan Jasmani kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehi banyak manfaat jika ia dilaksanakan dengan teratur dan sistematik oleh guru-guru. Untuk mengajar pendidikan jasmani kreatif, guru tidak memerlukan ilmu yang luas cukup sekadar minat dan rasa tanggungjawab terhadap murid-murid yang didik. Di antara kebaikan yang yang diperolehi dengan aktiviti pergerakan kreatif ialah murid akan dapat meningkatkan kecergasan. Murid-murid berkeperluan khas sering dilihat tidak berdaya dan mudah letih terutamanya murid sindrom dowan. Otot kanak-kanak ini lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatif mereka akan seronok bermain dan secara tidak langsung akan membina kecergasan pada diri kanak-kanak ini. Guru-guru hendaklah bijaksana mengatur aktiviti ini kerana senaman yang sistematik serta pemakanan yang seimbang adalah penting untuk menjamin kehidupan yang sihat dan tahan lasak. Kecergasan fizikal terdapat empat komponen penting iaitu kecergasan kardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dan kecergasan berat badan. Dalam tahun 1956 sebuah persidangan American Association for Health, physical Education and Recreational Fitness telah bersetuju dengan takrif berhubung kecergasan iaitu kecergasan ialah suatu keadaan yang menunjukkan sejauh mana seseorang itu mampu untuk berfungsi. Kecergasan merupakan soal individu. Namun ia memberi

38

implikasi terhadap terhadap keupayaan seseorang individu untuk hidup dengan cara yang paling efektif dengan potensi yang ada padanya. Keupayaan untuk berfungsi bergantung kepada aspek-aspek fizikal, mental, emosi, social dan spiritual yang menjadi komponenkomponen dalam konsep kecergasan yang mana kesemuanya saling berhubung dan berkait antara satu sama lain. (Schurr, 1975). Latihan jasmani yang sering dilakukan boleh mempertingkatkan kekuatan seseorang dan elemen kekuatan ini merupakan factor penting dalam mempelajari kemahiran-kemahiran motor (Rarick & Dobbins, 1975 : Pangrazi 1982). Aktiviti yang rancak juga menyebabkan bebanan tekanan ke atas tulang-tulang dan ini akan menyebabkan ukuran garis pusat tulang-tulang berkenaan menjadi bertambah besar serta memperbaiki strukturnya. Osteoporosis atau demineralization (kekurangan garam galian) adalah berpunca daripada kelembaman. Keadaan demikian akan menyebabkan tulang-tulang menjadi rapuh. Gejala ini dapat diatasi melalui pergerakan kreatif kerana ia boleh membalikkan proses ini di samping membina semula kekuatan tulang-tulang kanak-kanak berkeperluan khas.

3.8.2 Alat Teraputik


39

Pergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal dan mental. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan program latihan yang bersesuaian yang boleh mendorong mereka menjadi cergas dan efektif dari segi fizikal. Penggunaan pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektif dan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk murid-murid berkeperluan khas. Menurut Nancy Brooks Schmitz (1980), dalam tulisannya antara lain telah menyentuh peri mustahaknya pergerakan kreatif untuk kanakkanak ini. Beliau bersetuju bahawa pergerakan kreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memperkayakan pengalaman kanak-kanak. Ia patut digalakkan dan dimajukan oleh semua pihak. Guru pendidikan khas perlu mendalaminya untuk kebaikan murid-murid berkeperluan khas. Dalam buku Nancy Brook Schmitz yang berjudul Developing Creative Movement Experiences for the Handicapped, beliau menulis: Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan perkembangan imejkendiri yang positif, dengan

menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-

40

kebolehan fizikal dan kinestetik mereka, dan menyuburkan pengalamanpengalaman estetika. Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan, bakat keperluankeperluan yang unik dan tersendiri. Kanak-kanak berkeperluan khas juga tidak berbeza dari segi ini. Mereka juga perlukan kasih sayang, mahukan diri mereka diterima oleh orang ramai, menikmati rasa keriangan dan keseronokan bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti untuk

memperintkatkan keupayaan, menumpukan perhatian terhadap sesuatu koordinasi dan kecergasan. Mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin merasai cabaran dan kejayaan, ingin mencipta dan mengongsikan hasil-hasil ciptaan mereka dan ingin berhubung. Matlamat-matlamat dan garis-garis panduan kurikulum mengenai pendidikan khas ada menyatakan dengan jelas bahawa ia (pendidikan khas): :

mesti merangkumi segala kemahiran yang berfungsi, termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dan kebolehan motor, sama ada yang seni ataupun yang kasar, komunikasi yang besifat verbal dan non-verbal, keselamatan dan kesihatan, social dan rekreasi, dan kemahiran-kemahiran akademik yang fungsional. Guru-guru berkeperluan khas hendaklah sedar bahawa pergerakan kreatif mampu dijadikan alat yang ampuh untuk mendidik murid-muridnya

41

dengan cara yang efektif. Umpamanya aktiviti geraktari mampu meredakan ketegangan atau tekanan emosi dan menyemai rasa riang dalam kehidupan seseorang individu, dan ia boleh dijadikan sebagai senaman yang lasak untuk menggalakkan mereka menjadi aktif dan cergas. Menurut(Leventhal,1980), pergerakan kreatif memainkan peranan yang berguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresi dengan geraktari teraputik yang pada dasarnya dibina atas dasar kepercayaan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalam psikik atau batin. Pergerakan kreatif mampu mencapai matlamat psikoterapeutik dengan meredakan symptom, integrasi emosi dan fizikal dan

perkembangan peribadi kanak-kanak, dan memperkukuhkan pemahaman mereka. Mengikut pendapat Nellie Mc Caslin (1980), berhubung dengan ini, terdapat satu persetujuan umum terhadap pergerakan kreatif dan pergerakan ritual serta ekspresi sebagai wadah yang paling mujarab untuk merawat kecelaan yang dihidapi oleh kanak-kanak. Aktiviti jasmani memberikan kanak-kanak rasa kesedaran terhadap tubuh badan mereka, dan perlakuan pergerakan-pergerakan seperti melompat tali (skipping), lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah

42

di antara senaman yang sungguh menarik, terutamanya kepada mereka yang lemah daya koordinasinya. Guru-guru pendidikan khas yang peka, mereka akan memberikan tumpuan kepada kanak-kanak ceberal palsy dan mental retardation supaya kanak-kanak ini memberikan penyertaan yang aktif untuk aktiviti.

3.8.3 Sosialisasi Aktiviti pergerakan merupakan usaha kerjasama, menjalin rasa saling mempercayai dan memikul tanggungjawab menghadapi cabaran-cabaran, maka ia sewajarnya menjadi satu seni pergaulan (socialization) suatu perlakuan sosial yang mengembelingkan individu dalam dinamik

berkumpulan. Murid-murid berkeperluan khas sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana mereka begitu sukar untuk bergaul, menerima arahan dan kurang motivasi. Melalui aktiviti ini murid berpeluang menyertai kegiatan dengan rasa riang dan secara sihat, bersosialisasi, menyemai minat-minat baru, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain, membentuk gaya diri, personaliti dan kematangan dan mencari saluran untuk pernyataan kendiri. Namun guru memainkan peranan penting untuk membimbing dan menunjukkan contoh-contoh mengenai penerimaan sosial berdasarkan sanjungan terhadap hasil kerja yang memuaskan dan jalinan ikatan yang termetri hasil daripada bentuk kegiatan bermain dan mencipta yang dilakukan secara beramai-ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ia
43

memberi peluang luas kepada kanak-kanak untuk saling mempercayai, bekerjasama dan bersosial. Menurut Clara Furst dan Mildred Rockefeller (1981), kebanyakan kemahiran interaksi sosial yang penting yang dibentuk itu boleh diaplikasikan di luar bidang . Menurut Joyce Boorman (1971), mereka belajar cara memimpin dan menyatakan tentang pengalaman-pengalaman sosial yang bermanfaat ini dari segi memimpin dan mengikut, Adalah penting bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana hendak menjadikan diri mereka diterima dari segi sosial, jika tidak cara hidup mereka akan menjadikan hidup mereka bertambah sulit. Kerap kali kanak-kanak akan menghadapi masalah-masalah berkawan; suatu hari nanti akan menjadi ketua dan dengan itu akan timbul kemungkinan dirinya disisih oleh rakan-rakan utamanya. Dalam menghadapi dilema ini seseorang kanak-kanak itu terpaksa membuat melupakan penyesuaian-penyesuaian buat sementara waktu yang mungkin menuntutnya dan

kepimpinan

kelompoknya

sebaliknya menjadi sebagai pengikut. Seorang pengikut hendaklah digalakkan membina keyakinan motivasi dan minat agar dirinya menjadi berwibawa dan diterima oleh orang ramai dan ini membolehkannya memegang teraju kepemimpinan buat sementara waktu. Pergerakan tidak boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak
44

dalam kehidupan sehari-hari, namun ia amat berguna dalam membantu kanak-kanak meneroka dan memahami kedua-dua kualiti iaitu memimpin dan mengikut. Fokus konsepsi sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan menghubungkannya persaingan, dengan ciri-ciri dan maksud-maksud saling

kerjasama,

ketertiban,

kebertanggungjawaban,

mempercayai dan menghormati persahabatan dan kepimpinan yang unggul untuk kedua-duanya iaitu diri sendiri dan orang lain. Murid-murid khas boleh dibentuk ke arah ini walupun memerlukan masa yang agak lama. Guru hendaklah bersabar dan tekun melatih mereka untuk mendengar dan mengikut arahan, meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa. Murid-murid berkeperluan khas terutamanya yang hiperaktif tidak dapat mengawal peerasaan dan ketegangan yang dihadapi. Melalui pergerakan kreatif ketegangan tersebut dapat diredakan. Ini disebabkan kanak-kanak ini gemar bergerak. Kebijaksanaan guru menggunakan pergerakan kreatif untuk mengalihkan hiperaktif kanak-kanak dengan aktiviti yang berfaedah. Ini disebabkan pergerakan kreatif mempunyai unsure-unsur dorongan bermain yang semulajadi. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu

persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk

45

menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat. Marion North juga mengatakan bahawa pergerakan kreatif adalah kaedah katarik yang mampu melegakan tekanan-tekanan katanya, disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan oleh kerana bukanlah tujuan utamanya untuk melepaskan tekanan perasaan sematamata.Walaupun benar tekanan perasaan dapat diredakan namun itu bukanlah tujuan akhirnya sebaliknya perasaan atau emosi itu disalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin disiplin terbit daripada aktiviti itu sendiri, usaha untuk menggarap maksud yang lebih jitu daripada irama , bentuk serta hubungan antara gerakan tubuh gerakan yang merangkumi gerakan sebenar dan pada ketika membuat persediaan dalaman untuk bergerak dengan gerakan yang disudahi secara terkawal selepas selesainya sesuatu pergerakan. (North,1973) Di dalam kelas berkeperluan khas, murid yang slow learner juga kebanyakannya terdiri dari pelajaryang nakal dan tidak boleh duduk diam. Aktiviti pergerakan kreatif juga boleh dimanfaatkan untuk mereka. Muridmurid ini menjadi nakal kerana mereka tidak tahu hala tuju. Guru berperanan membentuk mereka. Katarsis konsep tujuan meredakan ketegangan adalah dinyatakan dalam contoh berikut:
46

Dikelilingi dan dihampiri oleh seribu orang musuh, kanak-kanak menentang mereka habis-habisan demi servival mereka. Dengan menggunakan dan menjadikan tangan-tangan mereka sebagai pedangpedang khayalan, mereka memusingkan tangan-tangan mereka

menghala ke semua arah dalam pergerakan yang memaparkan rasa kemarahan mereka terhadap musuh-musuh bayangan. (Ayob, 1985: 48) Kebanyakan aktiviti yang melibatkan pergerakan yang berjaya melibatkan lakonan peranan, improvisasi, sosio-drama tidak formal yang menggunakan tema-tema yang dinamik dan penggunaan tingkah laku egosentrik yang ganjil. Dalam aktiviti-aktiviti kreatif tersebut, kanak-kanak mempunyai kesempatan untuk melahir dan menangani emosi mereka dengan cara yang kreatif. Adalah menjadi kebiasaan melihat kanak-kanak khas gembira dan riang semasa bermain. Menurut Winters (1975), menyediakan satu senarai berhubung dengan perasaan-perasaan dan idea-idea yang dicurahkan oleh kanakkanak melalui pergerakan iaitu melahirkan perasaan terhadap apa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan mereka sejajar dengan tahap fizikal, psikologi, emosi dan sosial rakan sebaya. Lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan golongan dewasa, melahirkan perasaan mereka melalui pergerakan secara lebih spontan daripada golongan dewasa, mempunyai masa yang

47

terhad untuk mempelajari gerak-geri isyarat dan simbol-simbol pergerakan yang bersifat universal, dan oleh itu mereka melahirkan perasaan mereka dengan cara yang lebih spontan, bebas daripada sebarang tekanan. Mereka juga tidak memiliki perbendaharaan kata yang berbentuk verbal yang mencukupi untuk membolehkan mereka melahirkan perasaan mereka secara verbal Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif penting untuk mewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak khas memahami perasaan dan idea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan. 3.8.4 Kemahiran Bertutur Pada kebiasaanya pergerakan kreatif diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agar ia lebih menarik dan dan menambahkan minat murid terutamanya murid khas. Dengan adanya aktiviti menyanyi ini akan dapat meningkatkan kemahiran murid bertutur dan kemahiran fonologi. Ramai di kalangan murid khas yang gagal menyebut perkataan dengan betul. Mereka menyebut hanya dihujung perkataan sahaja. Menyanyi jika digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid dan mereka berasa seronok dan gembira. Muridmurid khas akan menganggap menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian mereka akan terhibur dan menenangkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan murid, ia sangat membantu guru mencapai matlamat tersebut. Ini kerana menyanyi memerlukan sebutan bunyi-bunyi
48

yang jelas dan betul mengikut rentak dan irama serta disampaikan mengikut tekanan, intonasi dan nada tertentu. Secara tidak langsung ia membantu murid memperbaiki lisan.

3.8.4 Meningkatkan Kreativiti Kreativiti merupakan elemen yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak. Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proses kreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan yang tertentu mereka didorong untuk mencurahkan tenaga kreatif mereka. kanak-kanak adalah individu yang unik. Murid-murid khas tidak terkecuali mereka juga adalah insan yang unik dan kreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain sama seperti

perkembangan fizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran. Oleh kerana kreativiti merupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah mengikut pendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat unik dan individualisti, ia dapat memberi penghidupan yang lebih jitu dan bermakna kepada kanakkanak. Murid-murid berkeperluan khas boleh meneroka dan

mengembangkan daya kreativiti mereka melalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakonkan idea-idea pergerakan secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awalan.
49

Kreativiti melambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan ia kerap kali tidak dapat dikembangkan di dalam bilik darjah yang bersifat

mengongkong. Menggunakan pendekatan kreativiti adalah pendekatan pengajaran yang bersifat semulajadi dan menyeronokkan. Dan ini amat digemari oleh pelajar-pelajar berkeperluan khas. Ini sesuai dengan kata-kata Fleming (1976) : Tenaga kreatif yang merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak, berkembang bersama penemuan dan penerokaan. Hasilnya ialah ekspresi yang kreatif,kanak-kanak yang giat bekerja, iaitu mereka yang sedang mengalami proses kreativiti ini, terpancar di wajahwajah mereka rasa keriangan yang tercetus daripada getaran

penggunaan tenaga,(fizikal dan mental). Menurut Fleming (1976), Kepuasan yang sepenuhnya, dan dihormatidi kalangan mereka. Seseorang dapat merasakan bagaimana kanak-kanak itu berfikir serta turut bersama mereka merasakan kegembiraan yang terbit daripada curahan perasaan mereka. Dalam diri setiap kanak-kanak termasuk murid khas terdapat kebebasan untuk berfikir yang memerlukan saluran untuk mengeluarkan perasaan mereka berhubung dengan pengalaman-pengalaman seharian: ekspresi yang spontan. Ini dapat dilakukan melalui pergerakan jasmani kreatif. 3.8.5 Rumusan Aktiviti pergerakan kreatif jika dijalankan dengan sempurna akan memberi
50

kesan yang mendalam kepada mnurid-murid berkeperluan khas. Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas

berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka. Guru-guru perlu membuang segala perasangka buruk terhadap murid-murid pendidikan khas yang sering di label sebagai nakal, tidak mendengar kata, tidak berdaya dan sebagainya. Sebaliknya guru hendaklah berusaha dan mencuba kerana setiap murid ada kelebihannya. Murid pendidikan khas tidak berdaya untuk mencungkil bakat mereka sendiri. Guru dan masyarakat disekelilingnya patut membantu mereka menjadi insan yang sempurna. Semua manusia mempunyai hak asasi individu begitu juga dengan kanak-kanak ini. Menurut Fleming (1976) telah mengubah satu Akta Hak Asasi untuk kanak-kanak yang berbunyi: Biarkan saya membesar mengikut keupayaan saya dan cuba memahami mengapa saya ingin membesar seperti saya; Tidak seperti yang dikehendaki oleh emak atau tidak seperti yang diharapkan oleh bapa atau guru saya memikirkan apakah

51

sepatutnya saya menjadi. Tolong cuba memahami dan menolong saya membesar seperti saya! Bagaimanakah kita menolong murid-murid membesar dan menjadi seperti mereka? Guru-guru mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk menolong murid-murid membesar dan berkembang sebagai individu. Guru-guru juga bertanggungjawab memberi peluang kepada murid-murid untuk mencipta dan melahirkan perasaan dan fikiran. Melaksanakan program pergerakan kreatif bukanlah satu tanggungjawab yang mudah, terutama jika kelas dipenuhi dengan kanak-kanak yang sangat aktif dan pelbagai masalah dengan tempoh masa perhatian yang singkat. Kanak-kanak yang mempunyai daya tenaga yang berlebihan sering mencabar keupayaan guru. Namun jika guru mempunyai kesedaran yang tinggi tentang pentingnya pergerakan kreatif kepada murid-murid berkeperluan khas ini, mereka akan mengajar bersungguh-sungguh di sekolah agar dapat membentuk sahsiah murid berkeperluan khas sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.9

TERAPI MAIN

Definisi Bermain adalah media semulajadi bagimengekspresi kendiri kanak-kanak.


52

(VirginaAxline, 1974) Dianggap sebagai percakapan kanak-kanak, alat mainan adalah kata-katanya. (Thompson, Rudolph &Henderson, 2004)

3.9.1 Konsep Terapi Bermain Melalui bermain, kanak-kanak lebih mengenali dunia. Unsur simbolik memberi peluang untuk mengkaji serta menguji pilihan secara imaginasi. Ruang fizikal dan teraputik disediakanmelalui aktiviti bermain. Memberi kanak-kanak peluang untuk menemui dan meneroka identiti masing-masing.

3.9.2 Matlamat Mewujudkan hubungan yang rapo dengan kanak-kanak, menerima mereka tanpa syarat, peka kepada perasaan yang dilahirkan oleh kanak-kanak dan membuat refleksiterhadap perasaan tersebut, menghormati kanak-kanak

untukmenyelesaikan masalah yang dihadapi sekiranya diberi peluang, menyedarkan kanak-kanak tentangtanggungjawab mereka. 3.9.3 Kelebihan Terapi Bermain Memberi peluang pada kanak-kanakmembuat pilihan sendiri,

membolehkan melahirkan masalah, menyediakan tempat selamat bagi meluahkan perasaan. 3.9.4 Persediaan Melaksanakan Terapi Main Bilik terapi
53

Kelengkapan bilik terapi bersesuaianbergantung kepada kesesuaian kanak kanak, disertakan dengan bahan-bahan resos. Alatan

asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

3.9.4 Media Mainan (kriteria) Mendorong ekspresi pemikiran danperasaan kanak-kanak, peluang untuk menguji realiti kanak-kanak, membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini, mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak 3.9.5 Kategori Main Mainan 3.9.5.1 Mainan mencirikan kehidupan sebenar

Contohnya pondok anak patung yang lengkap dengan perabot, Set permainan pekerjaan seperti polis,doktor, tukang masak, set

permainan item rumah seperti seterika,kerusi, meja, telefon. 3.9.5.2 Mainan Bercirikan Luahan Perasaan agresif

Gari, Penukul, Peralatan military, topeng 3.9.5.3 Mainan bercirikan luahan perasaan dan kreativiti

Crayon, Play doh, Kad, Boneka, Bekas pas

4.0

TERAPI ALTERNATIF

i. ii.

Aroma terapi Terapi herba


54

iii. iv. v. vi. vii. 4.1

Terapi ozon Terapi floortime Terapi pasir Terapi haiwan Terapi snoozelan Aroma Terapi

Dapat mengurangkan stres, menenangkan fikiran dan membangkitkan semangat serta ghairah.Dipercayai dapat membersihkan racun/toksid dalam tubuh. 4.1.2 Jenis dan manfaat aroma terapi i. Citronella boleh mengurangkan ketegangan,meredakan

hidung tersumbat ii. iii. Lavender boleh memudahkan tidur,meredakan kegelisahan Teh hijau dapat memperbaiki sistem peredaran

darah,membersihkan paru-paru iv. Rose dapat membaiki metabolisma dan sistem peredaran darah,seimbangkan hormon v. Green apple dapat menyembuhkan mabuk,menguatkan sistem pencernaan

4.2

Terapi Herba

55

Herba

adalah

segala

bahan

(tumbuhan,haiwan,ikan,garam/batuan)

yang

mengandungi satuatau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan pengubatan. Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar untuk sembuhkan penyakit. Dilakukan secara sinergi (tidak berasingan,diikuti dengan herba lain yang ada sifat yang berbeza dr herba yg telah digunakan)

4.2.1 Tujuan dilakukan sinergi Mempercepatkan penyembuhan, menambah khasiat ubat, mengurangkan sifat kekuatan ubat, menghilangkan kesan sampingan.

4.2.2 Proses terapi herba i. Release(mengeluarkan) racun dan toksid dikeluarkan dari badan ii. Relax(merehatkan) badan diletakkan dalam keadaan suhu yang stabil,alkali dan asid dalam tahap paling bagus dan dapat bantu sistem imunisasi. iii. Regeneration (pembinaan semula) mengganti sel-sel yang mati dengan yang baru v. Refunction(mengembalikan berfungsi secara normal fungsi) organ kembali

4.3

Terapi Ozon

56

Dikenalpasti sebagai satu terapi yang amat selamat tanpa kesan sampingan, berguna untuk tujuan pencegahan pelbagai penyakit. Awalnya digunakan untuk merawat luka yang dijangkiti kanser, Medical ozon iaitu campuran ozon dan hidrogen yang dihasilkan dalam bentuk gas digunakan, dan menghapuskan pelbagai virus,yis,fugus dan protozoa

4.3.1 Tujuan terapi ozon Meningkatkan pertahanan badan, normalkan proses penghasilan hormon dan enzim, mengurangkan keradangan, menenangkan sistem saraf, dan memberhentikan pendarahan

4.4

Terapi Floortime segala keupayaan kanak-kanak menerusi interaksi yang

Menggunakan

dirancang sesuai dengan sistem saraf kanak-kanak dalam suasana yang menyeronokkan, mengikut kehendak dan kegemaran kanak-kanak, boleh dilaksanakan oleh ibu bapa atau individu dengan pengalaman yang minima dan menyeronokkan, kanak-kanak dapat meningkatkan dan membina hubungan yang lebih baik dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan mereka.

4.4.1 i. ii.

6 peringkat asas perkembangan: Self regulation and interest in the world Intimacy or a special love for the world of human relation

57

iii. iv. v. vi.

Komunikasi 2 hala Komunikasi kompleks Emotional idea Emotional thinking

4.5Terapi Pasir Memberi peluang kepada mereka meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan, penggunaan terapi permainan pasir membuatkan kanak-kanak lebih rileks, pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan, pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya. 4.5.1 Tujuan terapi pasir i. ii. iii. iv. v. Melatih daya kreativiti kanak-kanak Menghilangkan rasa marah Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu Meningkatkan keyakinan diri Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

58

4.6

Terapi Haiwan

Haiwan peliharaan yang terdiri daripada binatang seperti kucing, anjing, burung, ikan, kuda biasanya digunakan dalam terapi ini, membantu dalam masalah psikologi, mental, emosional, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan bertutur sertaautisme. ( terapi berkuda) 4.6.1 Tujuan terapi haiwan i. ii. iii. iv. v. vi. Melatih rasa tanggung jawab dan kasih sayang Mengurangkan kadar kemarahan Tingkatkan semangat dan belaian kasih sayang Melatih kawalan emosi diri Melatih sifat berdikari dan memotivasi diri sendiri Tingkatkan tahap komunikasi

4.7

Terapi Snoozeland

Terapi stimulasi multisensori (visual,auditori,taktile,pembauan) yang digunakan untuk kanak-kanak masalah mental, autisma, cedera otak dan masalah perkembangan fizikal, dirancang untuk memberi stimulus pada berbagai pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, suara, muzik, bau dan sebagainya.Suasana untuk terapi ini mestilah kondusif, tenang, rekreasional dan tidak menganca, dapat membina kawalan diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya kepada diri dan mengurangkan stress. 4.7.1 Aktiviti yg boleh dijalankan
59

i. ii. iii. iv. v. vi.

Berbaring,bermain dan memeluk bantal Menikmati buaian Dengar muzik instrumental Buat suara lucu dgn alat khusus Bermain dgn tangga/cermin Perhatikan pola lampu berkelip-kelip

4.8

RUMUSAN

Snoezelen atau 'controlled multisensory stimulation' adalah terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, taktil, pembauan) yang digunakan untuk anak-anak dengan hambatan mental, autisma, dementia, cedera otak, dan hambatan tumbuh kembang lainnya. Terapi ini dirancang spesial untuk memberi stimuli pada berbagai indera dengan menggunakan efek lampu, warna, suara, musik, bau, dan lain-lain Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang ramah,

menyenangkan, rekreasional bagi anak dengan hambatan tumbuh kembang khusus. Lingkungan terapi snoezelen haruslah aman dan tidak mengancam. Anak dan orang dewasa yang menjalani terapi ini menikmati stimulasi yang lembut dari panca inderanya. Mereka mengalami kontrol diri yang lebih baik, peningkatan rasa percaya diri, dan penurunan tekanan atau stress.

60

61