Anda di halaman 1dari 75

PN3362 1

SEJARAH KEMUNCULAN OREINTALISME.

1. Pengenalan.

Dua kata dasar yang digabungkan , iaitu oreint dan isme. Oreint adalah bermaksud
Timur, atau negara-negara sebelah timur daripada Meditteranie terutama sebelah Asia
Timur (Hawkins 1985, 591) Sementara isme pula adalah suatu penambahan yang boleh
membentuk satu kata nama bagi membawa maksud sebarang doktrin atau praktis yang
tertentu. Sebagai contoh ia ditambah untuk menunjukkan sesuatu sistem atau prinsip
(Conservatism), sebarang keadaan atau kualiti (Barbarisme , Heroisme) atau yang
menunjukkan seuatu kelainan , yakni pemusatan sifat-sifat istimewa yang ada pada
seseorang individu atau hakmilik secara ekslusif yang tiada pada yang lain (
Americanism) (Hawkins 1989,434)

Ungkapan Oreintalis secara umumnya disebut untuk orang-orang barat yang pakar dalam
mengkaji ilmu Timur, sama ada kepakaran mereka sampai kepuncaknya, pertengahan
atau peringkat rendah , sama ada dalam bidang bahasa, sastera, tamaddun dan agama .
Walau pun pengajian Timur itu boleh diberikan pengertian yang begitu luas, namun yang
penting dalam kajian ini ialah tentang kajian barat yang berkaitan dengan Islam dan
penganutnya , sama ada menyentuh bidang bahasa , sastera, akidah , syariah dan
tamadun secara umum . Makna inilah yang terlintas dalam pemikiran dunia Islam
apabila menyebut ungkapan oreintalis ( al Isytishraq) .

Bagi Edward W. Said , Terdapat tiga pengertian yang biasa diinterpritasi untuk
Oreintalime:

i- Pengertian yang lebih bersifat akademik . Sesiapa sahaja yang memberi


pengajaran , menulis dan mengkaji mengenai Timur, tidak kira sama ada ia
seorang ahli antropologi, sosiologi, ahli sejarah, filologi dan lain-lain , maka ia
digelar sebagai oreintalis dan hasilan aktiviti mereka itu disebut Oreintalisme.
PN3362 2

ii- Oreintalisme ialah suatu stail pemikiran yang diasaskan kepada perbezaan-
perbezaan ontologikal episitmologikal yang dilakukan di antara oreint dan
Occident. Di sini didapati sejumlah besar penulis –penulis , antaranya penyair ,
novelis, ahli falsafah, politik dan ekonomi telah menerima perbezaan asas di
antara Timur dan barat sebagai garis permulaan untuk mereka menghuraikan
teori , epik, novel , sosial , politik, adat , matlamat dan minda orang-orang Timur.

iii- Pengetian yang lebih bercorak sejarah dan material berbanding dengan kedua-dua
definisi yang awal di atas . Dengan memandang suasana akhir di abad ke 18 ,
Oreintalisme boleh didiskusi dan di analisakan sebagai institusi koporat yang
berurusan dengan Timur,sama ada dalam bentuk membuat kenyataan terhadap
Timur, mengulas, mengajar, menguasai dan mengawalnya. Atau dalam kata lain
ia adalah satu stail Barat yang bertujuan untuk mendominasi, mengatur dan
memilikkuasa ke atas Timur.

2. Bilakah Bermulanya Gerakan Oreintalis:

Tidak ada satu tarikh yang tepat dan jelas bila ia bermula. Bagi sejarawan barat mereka
mencatatkan kemunculannya secara resmi adalah selepas Vienna Church Cionference
yang telah memutuskan untuk membentuk Jabatan bahasa Arab , Greek, Hebrew dan
Syria dibeberapa buah Universiti di Eropah (Said 1978,50)

Sebenarnya gerakan oreintalime gereja memang telah wujud lama sebelum tarikh
perhimpunan gereja di Vienna itu lagi , tetapi ia merupakan suatu aktiviti atau gerakan
yang tidak resmi. Oleh itulah para pengkaji Eropah tidak mahu berpegang dengan tarikh
itu dan kajian terus dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan oreintalisme
berdasarkan tahun-tahun anggran .

Menurut rekod kristian, golongan pendita kristian yang terawal mengkaji Islam ialah
Yuhana al Dimashqi (676-749M) yang telah menghasilkan beberapa buah buku yang
berbentuk panduan untuk mengadakan dialog atau panduan untuk berurusan dengan
kaum Muslimin. Oleh kerana Yuhana adalah seorang kristian dari Timur yang hidup di
PN3362 3

zaman kerajaan umawiyyah dan pernah berkhidmat di istana kerajaan itu , maka ia tidak
boleh dikira sebagai tarikh permulaan yang sebenar .

Ada Sesetengah pengkaji mengatakan ia bermula pada kurun yang ke sebelas Mesihi,
sementara Rodi Poret berpendapat bahawa permulaan kajian tentang Islam dan Bahasa
arab di Eropah bermula pada kurun ke dua belas . pada masa yang sama juga al Quran
telah diterjemah ke Bahasa Latindan satu kamus Bahasa Arab-Latin telah disusun.(Dr
Mustafa Mahir, 1967 .al Dirasat al Islamiyah Fi al Jamicah al cIlmaniyah)

Ada juga yang pengkaji yang mengatakan orentalisme telah bermula pada kurun yang
ke sepuluh Masihi. Pendapat ini di dokong oleh Najib al cAqiqi yang mengatakan
bahawa oreintalisme telah wujud sejak seribu tahun dulu lagi bersandarkan kepada
wujudnya seorang Pederi dari Perancis (940-1003) yang telah pergi menuntut ke
Andalusia di Sevilla dan Cordova sehingga menjadi alim di kalangan pendita di Eropah
pada zaman itu. Beliau adalah mahir dalam Bahasa Arab , Ilmu Hisab dan Ilmu Falak.
Beliau kemudiannya memegang jawatan ketua pederi di Rom dengan memakai nama
Silvester II pada tahun 999-1003 Masihi. (al cAqiqi, al Mushtashriqun , 1:110)

Sementara mengikut penelitian Sheikh Mahmud Hamdi Zaqzuq tarikh yang tepat
terhadap kemunculan oreintalisme ini pada tahun 1799M di Britain dan sejurus selepas
itu lahir pula di Perancis . Pada tahun 1883M oreintalisme telah menjadi maddah
akademik secara resmi di Perancis ( Zaqzuq 1984 , 7).

3. Faktor Kelahiran Oreintalisme :

Kalau dirujuk kepada perbincangan tentang kelahiran oreintalisme tadi, maka kita dapati
ada dua sudut yang perlu diperhatikan :

i- Yang diterima barat sebagai aktiviti resmi iaitu selepas berlakunya perhimpunan
gereja yang memutuskan untuk mewujudkan pengajian oreintal di pusat-pusat
pengajian di barat.

ii . Aktiviti yang dicatatkan sebelum itu , iaitu yang berlaku sebelum keputusan
PN3362 4

perhimpunan Veinna tersebut .

Meskipun dari satu sudut, oreintalime ini dikaitkan dengan bidang akademik dan usaha-
usaha akademik, tetapi kelahirannya secara rasmi mempunyai tujuan, matlamat dan
faktor-faktor lain yang bukan semata-mata akademik tersbut. Ia bertaut dengan sejarah
hubungan diantara Barat dan Timur atau lebih tepat lagi antara Islam dan Kristian.
Pergeseran yang berpanjangan berlaku di antara kedua-duanya sehingga membawa
kepada perang salib dan seumpamanya adalah merupakan faktor pendorong yang sangat
besar kepada lahirnya keputusan oleh perhimpunan gereja di Veinna itu. Ia kemudian
dikuti dan dilaksana dengan matlamat dan strategi yang diatur bagi mencapai tujuan
yang melampaui matlamat akademik dan keilmuan semata-mata .

Kita akan lihat selepas ini bahawa oreintalisme dengan maksud yang eksklusif , bukan
sahaja bermaksud untuk memahami dan mendalami Islam , tetapi adalah mempunyai
kaitan rapat dengan penjajahan politik dan ekonomi, Ia juga sangat berkait rapat dengan
gerakan dakwah kristian . Ini akan kita bincangkan dalam tujuan dan matlamat
oreintalisme nanti .
PN3362 5

DORONGAN DAN TUJUAN ORIENTALIS.

1. Tujuan Akademik,

Aktiviti dan usaha penyelidikan dan pengajian tentang Timur oleh kalangan Barat
adalah didorong oleh matlamat keilmuan dan akademik iaitu untuk memahami dan
mendalami selok belok Timur, termasuk bahasa, budaya dan adat resam mereka telah
berlaku dan berjalan sejak lama dahulu iaitu sejak berlaku perhubungan dan keilmuan
diantara orang-orang Timur khususnya Orang Islam dan Barat melalui pertukaran
maklumat , penterjemahan dan sebagainya . Tetapi pengajian dengan maksud yang lain
disebaliknya tidak berlaku hanya setelah resolosi dibuat dalam Perhimpunan gereja-
gereja di Veianna yang telah berlaku pada tahun 1312 M.

2. Tujuan Keagamaan ;

Seikh Hamdi Zaqzuq telah menjelaskan bahawa para sejarawan oreintalis meyakini
bahawa tujuan agama adalah merupakan motif besar bagi perkembangan fahaman
oreintalisme dan peubuhan akademi pengajian dan pengajaran Bahasa arab dan Kajian
Islam di Eropah. Motif keagamaan oreintalis ini dapat dihuraikan sebagai berikut :
(zaqzuq 1984 , 66) :-

i- Menyerang Islam dan mencari titik kelemahannya, meyakinkan orang lain


bahawa Islam adalah agama yang diambil dari agama Nasrani dan Yahudi,
merendah-rendahkan nilai-nilai Islam dan menjatuhkan martabat Nabi-nabi
Islam dan lain-lain .

ii- Memelihara penganut nasrani atau kristian daripada bahaya Islam dengan cara
menutup kebenaran Islam , meyakinkan penganut kristian tentang kekurangan
Islam serta memperingatkan mereka supaya tidah menyerah kalah kepada Islam .
PN3362 6

iii- Di sana ada lagi satu matalamat yang sentiasa tidak dilupai oleh golongan
oreintalis dalam setiap kegiatan dan kajian “ilmiah” yang mereka lakukan iaitu
matlamat untuk menyebarkan agama kristian dikalangan orang timur, Oleh itu
mereka telah cuba sedaya upaya mereka untuk merosakkan kemuliaan Islam
dan menanamkan keraguan dalam hati pengikut dan penganutnya.

Dorongan keagaman ini adalah kerana kegiatan oreintalais itu sendiri adalah dimulakan
oleh gereja, Pada mereka . Islam adalah merupakan satu-satunya musuh yang
mengancam kristian dan ia adalah satu agama yang sepatutnya tidak boleh berkembang,
Kegiatan oreintalis yang didorong oleh tujuan keagamaan ini dapat dirumuskan daripada
kenyataan-kenyataan yang telah dibuat oleh kalangan tokoh-tokoh oreintalis sendiri
tentang tujuan mereka dan juga penelitian terhadap hasil-hasil kajian mereka berkaitan
dengan Islam. Kenyataan dan pandangan yang dikemukakan oleh oreintalis tentang
Islam dan ajarannya , tentang dasar-dasar dan perundangannya , berkaitan dengan Nabi,
al-Quran, al-Hadis dan lain-lain yang dibuat secara memutarbelitkan apa yang
sebenarnya, adalah memperlihatkan matlamat dan tujun ini.

Antara kenyataan oleh para oreintalis yang mendedahkan tujuan mereka adalah :

i- Kenyataan oleh Pierri Clury tentang tujuan usaha dan aktiviti beliau yang
mempelopori usaha terjemahan al Quran ke bahasa Latin yang dimulakan pada
tahun 1143 M bersama Robert Ketton beliau mengatakan :

“ Jika usaha ini ternyata di antara perkara-perkara tambahan, dan keduanya kerana
musuh tidak perlu diserang dengan senjata , tetapi aku berhasrat supaya dinegeri yang
ada raja yang agung mestilah ada benteng sama ada untuk pertahanan atau perhiasan
atau kedua-duanya sekali. Nabi Sulaiman membuat senjata untuk pertahanan
walaupun ia tidak perlu pada zaman itu Nabi Daud membuat perhiasan walau pun
bukan untuk , kegunaan zamannya ….. Begitu jugalah halnya dengan usaha ini, walau
pun tidak boleh mengkristiankan umat Islam, tetapi cukup sekadar pihak gereja
dapat memberikan pertolongan kepada orang yang lemah dan susah “
PN3362 7

ii- Seorang oreiantlis Jerman menyatakan : “Memang wujud sikap perseteruan


Kristian terhadap Islam , kerana sewaktu Islam berkembang di kurun pertengahan ia
telah mendirikan satu benteng yang kukuh menghalang penjajahan dan perkembangan
kristian, kemudian Islam telah menyelinap pula ke negara-negara yang dulunya dibawa
kedaulatan kristian”

iii-Lawrans Brown juga menyatakan: “Bahaya yang sebenar adalah wujud dalam sistem
Islam yang berkemampuan untuk berkembang dan mempengaruhi serta kesesuaiannya
yang mana ia dengan ini dapat menjadi satu-satunya benteng yang boleh menyekat
penjajahan Eropah”

Dalam hasil penulisan dan kajian yang dibuat oleh kalangan oreintalis pula dapat
dilihat terlalu banyak penyelewengan yang sengaja dibuat bagi menyerang dan
memburuk-burukkan Islam dari pelbagai sudut. (Saudara boleh melihat kenyataan
yang dibuat oleh mereka ini dan jawapan terhadapnya dalam buku-buku yang telah ditulis
oleh ulama Islam bagi menjawab tuduhan-tuduhan mereka : Antara buku-buku
berkenaan ialah :

Iftira’at al Mushtashriqin ‘ala al Islam oleh Dr Abdul ‘Azim Ibrahim


Difa’ an al ‘Aqidah wa al Syari’ah Did mata’in alMushtashriqin oleh Muhamad
al Ghazali.
Al Islam Bayn Shubahat al Dallin , Yusuf al Qardawi
Al Islam Wa al-mushtashriqun oleh Muhamad al Dusuqiy.

3. Dorongan Penjajahan

Peperangan salib telah berlaku dalam tujuh pusingan dan berakhir dengan kekalahan di
pihak musuh Islam, Ia pada zahirnya adalah peperang yang berlaku atas sebab agama
tetapi pada hakikatnya adalah merupakan peperangan untuk matlamat penjajahan ,
Bagaimana pun barat tidak berputus asa untuk terus kembali dan menjajah negara-
negara arab dan Islam setelah kekalahan dan kejatuhan kerajaan Othmanyah turki yang
menjadi pelindung dan penaung kepad umat Islam , Mereka telah menjajah negara-negara
Arab dan negara-negara Islam yang lain. Selepas itu mereka telah berusaha untuk
PN3362 8

mengkaji semua aspek yang ada di negara-negara berkenaan , sama ada di sudut akidah ,
adatresam , corak dan perangai masyarakat juga hasil bumi yang ada , Tujuannya ialah
untuk mengenalpasti sudut kekuatan yang ada untuk supaya dapat dilemahkan dan
dikuasai , Juga di selidikan aspek-aspek kel;emahannya agar dapat digunakan bagi
melaksanakan tujuan mereka .

4. Dorongan Perniagaan .

Diantara faktor yang mendorong kegiatan oreitalis ialah keinginan barat untuk
berdagang dengan orang Islam sama ada untuk melariskan barangan keluaran mereka
dan juga untuk memperolehi dan membeli barangan mentah yang ada pada orang Islam
dengan harga yang murah disamping dapat mematikan kilang-kilang perusahaan
setempat yang bersaing dengan kilang-kilang mereka yang besar-besar yang diwujudkan
diserata tempat dinegara Islam .

5. Dorongan Siasah ( Politik).

Pada masa kini setelah negara-negara Arab dan negara-negara Islam telah mencapai
kebebasan , maka terserlah pula satu lagi pendorong baru untuk kegiatan oreintalis ini.
Di kedutaan-kedutaan barat yang terdapay dinegara-negara Arab dan negara Islam
terdapat pegawai khas yang fasih berbahasa arab atau bahasa umat Islam di negara-
negara yang berkenaan. Dengan itu membolehkan mereka berhubung secara terus
dengan para pemikir, wartawan dan ahli politik untuk mereka menyelami arah pemikiran
mereka . Mereka akan berusaha untuk menyuntik pemikiran yang selari dengan siasah
dan kemahuan negara mereka . Di negara-negara arab misalnya mereka berusaha untuk
menanam pemikiran yang bertentangan dan memecah belahkan pemimpin-pemimpin
negara Arab agar saling bertentang antara satu dengan yang lain. Hal ini dilakukan dalam
bentuk nasihat dan menyampaikan bantuan . Ia dilakuakn setekah mereka dapat
mengenali sikap kebanyak pemimpin utama yang bertanggungan jawab dalam
mengatus strategi negara.
PN3362 9

3. Matlamat dan Tujuan Oreintalis.

Ada tiga bentuk tujuan dan matlamat golongan oreitalis ini mengikut kelompok
mereka.

Pertama: Golongan yang dikuasaioleh rasa fanatik dan mempunyai rasa permusuhan
yang jelas terhadap Islam dan penganutnya .

Kegiatan golongan ini adalah bermatlamat untuk :

i- Menimbulkan keraguan tentang kesahihan kerasuluan Nabi Muhamad s.a.w. dan


menanam prasangka terhadap sumbernya. Kebanyakan mereka menyangkal
bahawa nabi Muhamad itu seorang Rasul yang menerima wahyu dari Allah
S.W.T. Mereka berusaha untuk membuat pelbagai tafsiran yang menyeleweng
tentang wahyu dan al-Quran .

ii- Penolakan mereka terhadap al-Quran yang sebagai yang datang dari langit
membawa kepada usaha mereka menolak Islam sebagai agama Allah . Islam
didakwa sebagai hasil ciplakan dari dua agama sebelumnya iaiatu Yahudi dan
Nasrani.

iii- Menimbulkan keraguan terhadap kesahihan hadith yang menjadi asas pegangan
umat Islam dan asas perundangan hukumnya. Mereka bersandarkan kepada
wujudnya hadis palsu dengan membutakan matanya terhadap usaha yang
dilakukan oleh para ulama hadith membersihkan hadith daripada semua
pemalsuan itu. Ia dibuat oleh para ulama dengan kaedah dan metod yang cukup
teliti dan kemas yang belum pernah ada tandingannya. Sebenarnya mereka
merasa iri hati melihat hadith Nabi yang lengakap dan sempurna serta kaya
dengan khazanah perundangan yang begitu mengkagumkan sedang mereka tidak
mahu mengakui tentang kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. lalu mereka dakwa
adalah tidak munasabah ia datang dari seorang yang ummiy yang tak tahu
membaca dan manulis.
PN3362 10

iv- Menanam keraguan tentang nilai Fiqh Islam itu sendiri. Iaitu suatu
perbendaharan yang begitu agung dan tidak pernah ada pada mana-mana umat di
sepanjang zaman.

v- Menanam keraguan terhadap kemampuan Bahasa Arab untuk mengikuti


perkembangan dan kemajuan akademik . Dengan adanya keyakinan demikian
maka umat Islam khas umat Arab akan sentiasa mengemis untuk menggunakan
istilah dan bahasa mereka . Orang Islam akan merasa mereka tidak akan mampu
menandingi barat dalam semua bidang .

Kedua : Golongan oreintalis yang mempunyai sikap yang tidak fanatik.

Golongan ini melakukan kajian dan penyelidikan mereka semata-mata kerana keinginan
untuk mengetahui secara tepat tentang Islam . Dengan kata lain kegiatan mereka adalah
didorong oleh maksud akademik . Walau bagaimana pun terkadang-kadang terdapa juga
fakta-fakta yang kurang tepat berhubung dengan Islam . Ini adalah disebabkan oleh
kurangnya pengetahuan mereka tentang Bhasa Arab dan selok beloknya , atau pun
disebabkan kejahialan mereka tentang iklim yang ada dalam sejarah Islam dan
kedudukan suasana masyarakat yang berbeza . Apabila mereka cuba enggambarkan
makaia cuba digambar dalam suasana dan iklim yang mereka alami . Merekalupa dan
tidak dapat dapat menghayati . Bezanya diantara kumpulan ini dengan kumpulan
pertama ialah mereka akan segera mengakui kesilapan mereka dan membetuklkan
tanggapan mereka apabila dijelaskan dengan fakta yang mempunyai bukti dan asas yang
sebenar, tidak berkeras dengan kebatilan dan pembohongan walau pun ternyata ia tidak
berasas.

Tidak dapat dinafikan bahawa setelah beberapa abad wujudnya jabatan-jabatan


pengajian Timur yang ditubuhkan melalui keputusan gereja , maka lahir pula
sekumpulan pelajar dan penyelidik yang mempunyai sikap yang tidak fanatik terhadap
kristian dan yang tidak mahu terjebak dengan tujuan dan matlamat yang tidak ilmiyah.
Golongan ini telah menjalankan kajian mereka dengan tujuan yang bersih dari kebencian
dan dengki kesumat tetapi dengan tujuan-tujuan dan kepentingan yang lain . Antara
tujuan dan matlamat ini ialah
PN3362 11

i- Kajian yang dibuat dengan tujuan ilmiyah semata-mata . Motif ilmiah ini muncul di
abad keemasan oreintalis iaitu zaman perkembagan penulisan dan penerbitan .

ii- Tujuan Perdagangan : Motif ini menjadi keutamaan oreiantalis di abad ke 19 dan 20
ketika misi perdagangan dan pelayaran giat dilaksanakan oleh pemerintah .
Perdagangan dengan Timur banyak memberikan kuntungan kepada oreintalis selain
daripada memperolehi bahan-bahan mentah yang diperlukan . Mereka juga
menimba pengalaman denagn mengenali geografi dan kebudayaan Timur.

iii- Tujuan Politik : Pihak pemerintah memberi sokongan dan dokongan sepenuhnya
kepada oreintalis untuk mendalami dan mempelajari bahasa, tradisi , agama Timur
dengan tujuan supaya dapat mengenali teknik-teknik dan tektik yang sesuai bagi
mendekati, mempengaruhi dan menguasai penduduk tempatan yang dijajah.

Ketiga : Golongan Oreitalis Yang Mendapat Hidayat .

Golongan ini adalah merupakan mereka yang menyelidik dan mengkaji dengan maksud
untuk mencaari kebenaran . Apabila kajian mereka menjelaskan kebenaran apa yang
dibawa oleh Islam maka mereka untuk menerima dan menganut Islam dengan rela hati .
PN3362 12

MATLAMAT DAN STARTEGI ORIENTALIS

Apabila orang Islam berbicara tentang orientalis , maka pembicaraan mereka adalah
tertumpu kepada golongan orientalis yang sikap dan tindak tanduk serta aktiviti mereka adalah
digerakkan oleh sikap fanatik dan perseteruan mereka terhadap Islam dan penganutnya,
sehingga mereka dengan sengaja melancarkan berbagai-bagai serangan yang tidak berasaskan
terhadap Islam dan apa saja yang berkaitan dengan agama ini dan penganutnya. Fokus yang
akan di berikan penekanan dalam pembicaraan ini ialah perancangan dan strategi golongan
orientalis yang mempunyai matlamat dan tujuan menjadikan Islam sebagai sasaran mereka
dalam usaha mereka menyekat pengaruh dan kewibawaan Islam terhadap manusia sejagat.

Kelahiran gerakan orietalisme adalah berkait rapat dengan gerakan untuk penyebaran agama
kristian dan juga penjajahan, maka strategi gerakan dan usaha awal mereka adalah diatur untuk
mencapai matlamat bersama . Apa yang diatur oleh pihak pengembang kristian adalah
mendapat dokongan berbentuk akademik dari golongan orientalis. Pendakwah kristian telah
menggunakan pelbagai cara dalam menjayakan misi mereka terhadap bangsa Timur. Antaranya
ialah dengan mengiksploitasi semua bidang keperluan manusia untuk tujuannya, termasuklah
melalui bidang pendidikan dengan menubuhkan institusi pendidikan di semua peringkat dengan
kurikulum dan pengisian yang sesuai dengan agama kristian, mengiksploitasi pelajar-pelajar
yang dihantar ke barat untuk mengubah pendirian dan pemikiran mereka terhadap ajaran Islam
yang sedia ada dalam diri mereka agar menerima pandangan , pemikiran yang sesuai dengan
anutan mereka . Selain dari bidang pendidikan , maka bidang-bidang seperti perubatan , media
dan kewartawanan , penerbitan majallah dan sebaran digunakan untuk maksud tersebut .

Selain daripada gerak kerja yang dilaksanakan melalui kegiatan missionari ini ,maka orientalis
juga menjalankan kegiatan mereka dalam bidang akademik yang meliputi pelbagai bidang . Al
Sayid Mustafa al Siba’y telah mengemukakan 5 aktiviti yang dijalankan oleh orientalis
i) meliputi pengajian di Universiti ,
ii) pengumpulan manuskrip dan membut katlog,
iii) penyuntingan dan penerbitan ,
iv) penterjemahan dari bahasa Arab ke Bahasa Eropah ,
v) Penulisan dalam berbagai-bagai bidang ilmu Islam .
PN3362 13

Matlamat orang barat termasuk golongan orientalis sejak awal lagi adalah merupakan
serampang dua mata :

i- Untuk menyekat masyarakat barat atau kristian daripada terpengaruh dengan ajaran Islam
dan menerima Islam sebagai anutan mereka . Dalam hal ini mereka menumpukan kerja-
kerja yang dilihat boleh memburukkan wajah Islam serta menutup semua keindahan dan
keistimewaannya agar dapat meyakinkan kaum kristian bahawa Islam adalah tidak sesuai
untuk mereka.

ii- Menumpukan kajian mereka tentang umat Islam dan mereka mula menimbulkan dan
membuat pelbagai dakwaan dan pembohongan terhadap akidah dan syariah Islam juga
sumber-sumber Islam . Tujuan mereka adalah bagi melemahkan pegangan umat Islam
terhadap agama serta menimbulkan perpecahan dikalangan umat Islam . Disamping itu ia
disertai dengan usaha yang kuat dan bersungguh-sungguh ke arah menjadikan mereka
sebagai penganut kristian .

iii. Menjadi konco kepada penjajah dan berusaha bagi membuka jalan dan memudahkan
pihak penjajah menundukkan negara-negara umat Islam agar menerima pemikiran
mereka yang akhirnya mereka akan turut mendewa-dewakan nilai-nilai barat , dan pada
waktu yang sama mengurangkan pegangan mereka kepada nilai dan ajaran Islam .

Berikut adalah huraian ringkas tentang beberapa strtegi yang dilaksasanakan oleh orientalis
dalam gerak kerja mereka .

Polisi Pendidikan .

Barat yang telah berjaya menguasai negeri-negeri umat Islam secara leceknya menyusun dan
mengatur strategi mereka melalui pendidikan disemua peringkat pengajian kepada
masyarakat. . Mereka membangun dan mendirikan sekolah-sekolah di semua peringkat dari
pra persekolahan sehingga peringkat tinggi. Banyak sekolah yang kemudahan yang lengkap
didirikan dan diletakkan dibawah kendalian pihak gereja atau misionari kristian . Di tanah
Melayu semasa dibawah penjajahan , sekolah-sekolah yang baik dan lengkap
kemudahannya adalah dikendalikan oleh pihak gereja dan diletakkan berhampiran dengan
gereja . Bangunan sekolah pula kadang-kadang merupakan sebahagian daripada kawasan
PN3362 14

gerejaitu sendiri . Ia selalunya dilengkapi dengan corak dan bentuknya. Terdapat banyak
bangunan sekolah yang diletakkan dipuncaknya lambang salib sama seperti bangunan
gereja sendiri. Paling tidak nama sekolah yang terkenal pada masa pnjajahan dan pada
permulaan kemerdekaan seperti convent, Sent John, La Salle , dan sebagainya hingga kini
masih kekal sebagai bukti.

Peranan orientalis adalah membantu pihak penjajah dan pihak gereja atau misionari agar
merangka kurikulum yang boleh diterima oleh masyarakat orng Islam dan juga yang akan
memberikan hasil kepada mereka dalam jangka panjang . Penyusunan kurikulum adalah
dengan tujuan untuk menanam secara halus nilai-nilai barat sehingga mereka membesar
dengan pemikiran dan kecenderungan kepada barat dan diwaktu yang sama nilai-nilai Islam
akan terhakis secara halus sedikit demi sedikit dari jiwa mereka .

Sepanjang tempoh penjajahan oleh barat di negara-negara umat Islam , mereka telah juga
menubuh dan mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi. Bahkan kadang -kadang institusi
pengajian tinggi itu didirikan dengan kerjasama rapat pihak misionari dan dalam bentuk
yang jelas sebagai sebuah institusi kristian . Antara contohnya ialah :

i. Amerikan Universiti di Qahirah . Ia didirikan di sana bagi menyaingi Universiti al-


Azhar yang dikira sebagai satu benteng kekuatan Umat Islam di Mesir . Institusi ini
setiap tahun melahirkan para pendidik dan pendakwah untuk sekolah-sekolah yang
mereka dirikan di seluruh pelosok negeri Timur dekat .

ii. Universiti Amerika di Beirut. Ia dinamakan juga sebagai Fakulti Syria Injil dan
selepas itu diubah nama sebagai Universiti Beirut . Institusi ini telah ditubuhkan pada
tahun 1865 M ( Dr cAbd al Muncim : 2001) .

Kedua-dua Uninversiti Amerika ini di katakan memaksa pelajar-pelajar yang


memasuki pengajiannya supaya mereka masuk ke gereja setiap pagi dan mengikuti
upacara keagamaan yang dilakukan. Sewaktu di bantah oleh pelajar-elajar Islam ,
maka salah seorang dari pihak berkuasa dan pentadbirnya telah mengemukakan akta
dan dokumen penubuhannya yang menyebut : « Faedah agama kristian wajib
diberikan kepada setiap pelajar . Injil adalah antara mata pelajaran asas/ utama yang
PN3362 15

teras . Setiap palajar yang memasuki institusi ini perlu tahu sejak awal lagi apa yang
diperlukan untuk lakukan oleh mereka.

iii. Di Istambul Turki, Universiti yang serupa telah ditubuhkan oleh seorang
pendakwah kristian dan sehingga kini ia terus diketuai oleh pihak misionari
kristian.

iv- Pusat-pusat pengajian tinggi seumpamanya ditubuhkan juga dinegara-negara umat


Islam yang lain seperti di Sudan , di Lahore, di Lubnan dan lain-lain .

Semua pusat pengajian tinggi dan institusi pendidikan lain adalah membantu
menyebarkan matlamat yang ingin dicapai oleh orientalis . Ia bekerja sepanjang masa
bagi membantutkan pertumbuhan belia yang bersemangat Islam dan memelihara
nilai-nilai agama Islam yang tulin .

Penulisan Buku Dan Penerbitan .

Satu kegiatan dan strategi yang sangat luas digunakan oleh golongan orientalis ialah
penulisan dan penerbitan buku-buku dan apa yang dikatakan sebagai hasil kajian dan
penyelidikan oleh kalangan mereka , tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan
Islam dengan pelbagai arah bentuk dan jodol. Ianya menyentuh tentang Agama Islam
secara menyeluruh atau Rasulullah atau tentang al Quran dan sebagainya .
Kebanyakannya ditulis dan mereka dengan sengaja memutar belitkan fakta dan hakikat
kebenaran yang ada, sama ada dengan mengubah maksud atau menafikan hakikat yang
sebenar dan sebagainya .

Kalangan orientalis sangat giat dan produktif dalam usaha mereka ini. Mereka secara
berkumpulan menerbitkan beberapa hasil penulisan yang begitu besar dan menjadi
pegangan dan rujukan oleh para pelajar Islam . Antaranya ialah The Encyclopaedia of
Islam yang telah disusun pada mulanya dalam bahasa Inggeris dan kemudiannya
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Ia kemudian telah mula diterjemahkan ke
dalam Bahasa Arab pada tahun 1956.Penerbitan pertama dalam edisi Bahasa Arab
mengandungi 13 Jilid. Banyak perkara dan fakta yang tidak tepat tentang Islam
terkandung dalam buku ini..( Dr Mustafa al Sibaciy: Cet3 1985) Oleh kerana sistem
PN3362 16

kandungan yang begitu baik maka para penulis Islam telah berusaha untuk meneliti dan
memperbetulkan semula fakta-fakta dan kandungan yang tidak tepat di dalamnya.
Selain itu buku yang diberikan jodol Shorter Encyclopaedia of Islam , dan
Encyclopaedia of Religion And Ethics, Encyclopaedia of Sosial Sciences dan banyak
lagi.

Demikian juga dengan buku Mucjam Mufahras untuk hadis yang telah disusun oleh
Wensink dan rakan-rakannya . Walau pun tujuan asalnya adalah untuk meneliti mencari
hadis-hadis dan bagi meneliti aspek-aspek kelemahan yang boleh dipergunakan bagi
menentang Islam, tetapi susunannya telah dapat digunakan oleh para pelajar Islam dalam
penyelidikan dan pengajian mereka.

Dalam usaha orientalis mencapai matlamat mereka , beberapa perkara menjadi tumpuan
dan sangat dititikberatkan oleh mereka untuk dicapai:

a- Menanam keraguan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhamad s.a.w. serta al-
Quran yang sumbernya dari Allah SWT. . Ini sentiasa diulang dan diwar-warkan
oleh para orientalis dalam pelbagai bentuk dan ibarat.

b. Penolakan terhadap al-Quran itu sebagai kitab yang diturunkan dari langit. Ini
dibuat dengan pelbagai cara dan alasan .

c. Ekoran dari itu maka usaha dilakukan bagi menolak Islam sebagai satu agama
langit.

d. Menimbulkan keraguan dan kesangsian tentang kesahihan hadis Nabi s.a.w. Ini
disebabkan adanya apa yang disebutkan sebagai pemalsuan dalam hadis.

e. Menanamkan keraguan tentang nilai fiqh dan perundangan Islam .

f. Menimbulkan keraguan dan tidak yakin terhadap kemampuan Bahasa Arab dan
bahasa umat Islam lain untuk mengikuti kepesatan dari perkembangan
keilmuan . Orang lain - umat Islam khususnya- akhirnya tunduk mengakui dan
terpaksa mengemis bahasa dan istilah ilmu dari mereka untuk mampu bersaing .
PN3362 17

g. Menghakiskan penghormatan umat kepada tokoh-tokoh dan ulama-ulama Islam


yang komited dan yang ulung.

Penubuhan Kesatuan dan Penerbitan Majalah.

Antara kegiatan yang dilaksanakan oleh orientalis dalam usaha mereka ialah
menerbitkan majalah untuk menjadi tatapan dan bahan bacaan masyarakat. Dalam
Majalah ini dimuatkan pemikiran atau yang disebut sebagai hasil kajian mereka tentang
sesuatu permasalahan yang mahu disampaikan kepada pembaca.

Penerbitan majalah dilakukan oleh kesatuan orientalis . Kesatuan ini telah ditubuhkan di
pelbagai negeri mengumpulkan tenaga orientalis. Antaranya ialah Kesatuan Orientalis
Asia yang ditubuhkan di Paris pada tahuan 1822, Kesatuan Diraja Asia yang
ditubuhkan di Britan dan Ireland pada tahun 1942 dan di German pada 1845 . Majalah
yang mengandungi hasil kajian penyelidikan mereka tentang Islam ini diterbit dan
diedarkan oleh kesatuan/ pertubuhan ini dalam jumlah yang besar. Antaranya ialah :

1. Majallah Orientalis yang pertama diterbitkan di veinna pada tahun 1809-1818M .

2. Majallah Islam diterbitkan oleh guru-guru bantuan Prancis yang dihantar ke Moroco
pada tahun 1895. Ia kemudian digantikan dengan majallah « Dunia Islam » pada tahun
1906M yang kemudiannya ditukakan lagi jodolnya kepada majalah « Kajian Islam ».

3. Di German diterbitkan majalah « Derlslam » atau Islam . Ia diterbitkan pada tahun


1910M.

4. Di Rusia diterbitkan satu majalah pada tahun 1912M , yang diberikan jodol
« Mirlslama » atau Dunia Islam .

5. Di Britan diterbitkan sejak 1911 majalah yang juga dinamaka sebagai « dunia Islam »
The Muslim World. Ia di asaskan oleh S. Zweimer.
PN3362 18

Lebih jauh dari itu para orientalis juga telah merebut peluang menggunakan akhbar-
akhbar tempatan di negari-negeri umat Islam yang dibeli oleh mereka dan dikekalkan
penerbitannya dengan pengisian dari pihak mereka. Di mesir misalnya mereka berjaya
menggunakan akhbar-akhbar tertentu bagi menyetakan pandangan dan pendapat agama
kristian secara lebih bebas dan meluas berbanding dengan negeri-negeri lain . (Dr
Mustafa al Sibaciy: )

Mengadakan Muktamar Atau Persidangan.

Atara Kegiatan yang sering di atur oleh orientalis ialah persidangan dan muktamar
diperingkat dunia atau kawasan dan negeri tertentu menghimpunkan para tokoh-tokoh
akademik bagi membincangan hasil kajian yang mereka buat berkaitan Islam . Kegiatan
seperti ini telah lama dimulakan . Untuk peringkat antara bangsa ia telah dimulakan sejak
1763M dan berterusaan hingga kini . Sementara untuk peringkat wilayah atau negeri
telah dimulakan di German 1849M.

6. Kegiatan Yang Berbaur Politik.

Jika diperhatikan nama-nama orientalis yang begitu menonjol dan yang begitu terserlah
pendapat dan pemikiran mereka tentang Islam dan umat Islam , maka didapati
sebilangan mereka adalah merupakan tenaga yang bergiat dibawah kendalian kerjaan
penjajah . Mereka menjadi ahli pemikir yang berpengaruh bagi mengatur strategi dalam
menghadapi umat Islam di negeri-negeri yang terletak dibawah penjajahan kerajaan
barat. Pembentukan dasar dan keputusan politik di negara-negara umat Islam sangat
berkait rapat dengan kajian dan penyeliidikan oleh kalangan orietalis ini. Ramai
kalangan orientalis yang bekerja sebagai penasihat atau atache di pejabat kedutaan
mereka dinegara Islam yang dijajah . Antara mereka ialah :

Snouck Hurgronje. Beliau merupakan seorang penasihat dalam merangka strtegi


politik untuk kerajaan Belanda menghadapi umat Islam rakyat Indonesia yang dijajah.
Beliau juga bertanggungjawab dalam merangka , menggalakkan agar usaha
mengkristiankan umat Islam di sana dilaksanakan disamping syor melaksanakan
peraturan dan undang-undang sekular untuk umat Islam Indonesia.
PN3362 19

Macdonald pula adalah orientalis yang menjadi penasihat kepada kerajaan British bagi
merangka dasar dan strategi politik menghadapi umat Islam di Benua kecil India .

Orientalis Gibb pula adalah juga penasihat kepada kerajaan British dan merangka
stategi politik untuk Britan dan Amerika yang bersekongkol dengan Isra’il memusuhi
negara Arab dan Umat Islam.

L. Massignon pula adalah merupakan penasihat kepada kerajaan Perancis dalam


mengatur strategi mereka terhadap umat Islam di Afrika Utara terutama Algeria.
Nasihat dan cadangan yang diberikan olehnya telah mengakibatkan lebih sejuta umat
Islam di Algeria mati syahid dalam jihad mereka menentang penjajahan Perancis.
PN3362 20

SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL QURAN .

Pendahuluan :

Al Quran adalah merupakan asas utama kepada Islam dan Syariatnya . Ia adalah sumber utama
kepada semua ajarannya . Sikap golongan orientalis yang memusuhi Islam terhadap Al-Quran
adalah sama seperti sikap mereka terhadap Rasulullah saw. dan hadithnya. Bagi mereka al
Quran tidak patut dibiarkan menjadi pegangan umat Islam dan menguasai pemikiran mereka.
Umat Islam harus dipisah atau dijauhi darinya.

Atas sikap ini maka didapati pelbagai kekeliruan dan tuduhan tidak benar yang telah
dilemparkan secara berterusan oleh golongan orientalis terhadap al Quran ini, baik dari segi
kedudukannya sebagai wahyu, isi kandungannya dan ajaran-ajaran yang terkandung di
dalamnya . Semua kekeliruan yang ditimbulkan adalah untuk menafikan al Quran itu sebagai
wahyu dari Allah dan untuk membukti atau mengithbatkan bahawa ia adalah hasil ciptaan Nabi
Muhamad s.a.w.

Berikut akan dilihat beberapa tuduhan dan kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh mereka serta
ulasan yang dibuat oleh penulis-penulis dan ilmuan Islam terhadapnya.

1. Al Quran Adalah Hasil Ciptaan Nabi Muhamad .

Kaum orientalis sama ada mereka terdiri dari kalangan yahudi atau nasara memang
tidak senang untuk menerima pandangan bahawa al Quran itu merupakan wahyu dari
Allah. Mereka sendiri menganggap kitab suci mereka sebagai hasil dari susunan dan
ciptaan yang dilakukan oleh para Nabi atau pendita mereka , maka begitu juga dakwaan
mereka terhadap al Quran . Mereka seboleh-bolehnya mahu memadamkan keyakinan
terhadap nilai ketinggian dan kesucian al-Quran dari hati sanubari penganut Islam .
PN3362 21

Tuduhan seperti ini dikemukakan oleh para orientalis dalam pelbagai cara. Montgomery
Watt , Noldeke , Goldizher dan lain-lain membuat tuduhan sedemikian dalam bentuk
yang berbeza tetapi maksudnya sama..

Ulasan ilmuan Islam terhadap tuduhan dan kekeliruan :

Tuduhan yang dibuat oleh orientalis ini adalah tidak mempunyai sebarang asas yang
kukuh. Tidak ada sebarang sandaran bukti sejarah . Ia hanya merupakan khayalan
mereka semata-mata . Tuduhan itu tidak lebih dari ulangan semula terhadap apa yang
pernah di katakan oleh kaum kafir quraisy dahulu seperti yang dijelaskan oleh al Quran
dalam ayat 4-5 Surah al Furqan , dan telah pun dijawab oleh al Quran dalam ayat 6 .
Jika tuduhan mengatakan bahawa Nabi belajar dari seseorang maka ia juga telah dijawab
oleh al-Quran dalam ayat 103 surah al Nahl.

i- Sejarah memang nyata bahawa Nabi Muhamad s.a.w. adalah seorang yang ummi
– tak tahu membaca dan menulis- dan al –Qur’an mula dipaparkan oleh
Rasulullah s.a.w setelah baginda berumur 40 tahun , sedang corak kehidupan
Rasulullah dalam tempoh sebelum itu tidak memberikan sebarang peluang untuk
baginda mempelajari dari mana-mana sumber. Bagaimana seorang yang ummi
boleh mengarang dan mencipta suatu kitab yang sebegini unik bentuknya?.

ii- Ada juga kalangan yang mendakwa bahawa Nabi telah meperolehi maklumat
dari kalangan kaum ahl kitab ( Yahudi dan Nasara ) . Dakwaan ini boleh
diberikan pertimbangan sekiranya dapat dibuktikan bahawa baginda ada peluang
dan kesempatan yang cukup untuk berhubung dengan mereka yang dikatakan
itu dan mendapatkan maklumat seperti yang terkandung dalam al-Quran itu!.

iii- Kalau al Quran itu Nabi cipta hasil penglibatannya dengan kaum Yahudi dan
Nasara, soalannya ; mengapa orang yang lebih lama dan lebih banyak bergaul
dengan kaum berkenaan tidak mampu untuk mengemukakan hasil seperti itu.
Dan mengapa tidak ada kalangan yahudi dan Nasara yang menjadi sumber itu
sendiri yang mampu. Sedangkan mereka sangat-sangat ingin menyekat pengaruh
dan ajaran Nabi Muhamad s.a.w. disamping dicabar untuk berbuat demikian.
PN3362 22

iv- Kalau al Quran itu ciptaan Nabi Muhamad mengapa pula terdapat ayat-ayat yang
mengkritik dan menegur baginda sendiri dalam al Quran itu.

v- Secara logiknya apakah seorang yang ummi mampu untuk mengemukakan dalam
al Quran itu perkara-perkara yang seluruh ahli ilmu di masa itu tidak mempunyai
sebarang pengetahuan berhubung dengannya seperti ilmu yang berkaitan unsur
alam / fakta sains dan sebagainya .

vi- Dari sudut masa dan tempoh . Tempoh kerasulan adalah sekitar 23 tahun sahaja
sedang Rasulullah s.a.w berada 13 tahun di Makkah dengan menghadapi dan
berdepan dengan pelbagai tindakan oleh kaum kafir quraisy , sementara tempoh
10 tahun di Madinah di penuhi dengan pelbagai tugas yang dihadapi oleh
Rasulullah saw. Dari pentadbiran, kepada megharungi medan perang ,
menguruskan berbagai-bagai perkara lain lagi . Logiknya bagaimana baginda
mempunyai peluang untuk berfikir dan duduk merenung mencipta dan
mengarang al –Quran , pada hal kitab ini begitu sempurna dan lengkap
kandungannya mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia yang tidak dapat
ditandingi oleh mana-kitab pun sebelum dan sesudahnya .

2. Isi Kandungan Al Quran Adalah Di Saring Dari Kitab Taurat dan Injil.

Di antara dakwaan dan kekeliruan yang mereka timbulkan berkaitan al-Quran adalah ;
ia adalah saringan atau dengan lain ungkapan berasal dari kandungan kitah Taurat dan
Injil .

Sandaran yang menjadi latar belakang kepada dakwaan ini ialah

i- Dakwaan mereka bahawa al Quran itu ciptaan Nabi .


ii- Adanya titik persamaan antara kandungan al-Quran dan kandungan kedua
kitab berkenaan. Iaitu tentang kisah nabi-nabi dan umat dahulu.
PN3362 23

Matlamat dari tuduhan ini tetap bermaksud untuk mengisbatkan bahawa al Quran itu
ciptaan Nabi Muhamad dan bukannya wahyu Allah . Tujuan akhirnya ialah menghakis
keyakinan dan mengikis penghormatan manusia terhadap kitab suci ini.

Ulasan Terhadap Tuduhan :

i- Tuduhan ini adalah berkait dengan anggapan mereka bahawa nabi Muhamad adalah
pencipta dan pengarang kepada al Quran. Jika mereka menerima bahawa al-Quran itu
datangnya dari Allah maka dakwaan bahawa al-Quran itu disaring atau diambil daripada
apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil tidak timbul. Bila dakwaan itu dibuat
sudah tentulah ada pihak atau orang yang mengambil atau menyaringnya . Maka yang
mereka maksudkan ialah Nabi Muhamad sendiri. Anggapan dan dakwaan ini telah pun
di ulas dan dijawab serta dinyatakan kepalsuannya . Oleh itu tak perlu dipanjangkan lagi
jawapannya.

ii- Kandungan Kisah yang Berbeza.

Adapun tentang terdapatnya persamaan di antara kisah dan cerita-cerita yang terdapat
dalam al-Quran dan dalam kedua kitab berkenaan berhubung dengan para nabi dan umat
dahulu , maka adalah benar dan tak dapat dinafikan bahawa topik dan isu yang sama
terdapat dalam al-Quran dan kitab-kitab sebelumnya . Persoalannya apakah keseluruhan
cerita dan kandungan kisah itu benar-benar sama ?

Jika diteliti maka persamaan yang ada hanya pada tajuk ceritanya dan mereka yang
berkenaan sahaja, tetapi isi kandungannya adalah jauh berbeza. Cerita dan kisah yang
terdapat di dalam al-Quran adalah tertumpu kepada pekara-perkara penting yang menjadi
pengajaran dan perkara yang boleh dijadikan contoh teladan dan iktibar , sedang yang
terdapat di dalam Taurat dan Injil adalah lebih tertumpu kepada jalan cerita dan kisah
itu semata-mata tanpa sebarang penekanan kepada apa-apa aspek pengajaran. Bahkan
kadang apa yang dikemukakan adalah suatu yang tidak munasabah dan bertentangan
dengan logik dan kehormatan para Nabi dan Rasul .
PN3362 24

Bahkan terdapat perbezaan yang jelas di antara apa yang dipaparkan di dalam al-Quran
dengan yang terdapat dalam kedua sumber ini walau pun tentang kisah yang sama.
Seperti cerita yang berkaitan dengan Nabi Yusuf dengan isteri pembesar Mesir , kisah
kelahiran Nabi Isa adalah sangat berbeza.

Bahkan terdapat perkara-perkara yang dinyatakan oleh al Quran tentang kisah umat-
umat dahulu yang langsung tidak disebut di dalam Taurat dan Injil. Contohnya kisah
tentang kaum cAd dan Thamud, Tentang Mariam yang dijaga oleh Nabi Zakaria , dan
dialog yang berlaku antara Nabi Nuh dan juga anaknya sewaktu dilanda gelombang
banjir besar .

iii. Perbezaan dalam perkara asas yang penting.

Selain perbezaan yang begitu ketara wujud dalam perkara yang pada mulanya dilihat
ada kebetulannya, maka terdapat perbezaan dan pertentangan yang begitu jelas antara
kedua kitab ini dalam perkara-perkara asas yang utama , seperti akidah , hukum syariah,

a- Dalam akidah :

- Al Quran memandu dan mengajar konsep tauhid yang tegas akidah dalam
kedua kitab ini tidak menegakan tauhid. Dalam Injil tuhan itu berbilang . Ini
dijelaskan dalam al Quran :
. ‫وقالت اليهود عزير ابن ال وقالت النصارى المسيح ابن ال‬
Dalam injil yang menjadi pegangan mereka ( orientalis) konsep trinity
adalah merupakan ajarannya. Sedang di dalam al-Quran konsep tauhid adalah
suatu yang tidak ada tolak ansurnya. Al Quran menolak semua bentuk syirik
terhadap Allah s.w.t.

- Al Quran menjadikan hak memberikan keampunan hanya oleh Allah – ajaran


yang dipegang oleh nasara pula ialah , para padri mereka adalah diberikan
hak untuk menerima pengakuan dosa oleh setiap orang dan boleh
mengampunkan dosa mereka .
PN3362 25

- Mengikut ajaran al-Quran ,dosa adalah ditanggung oleh yang melakukannya


tidak seorang pun boleh menanggung dosa orang lain tapi dalam ajaran injil
Isa yang dikira sebagai salah satu tuhan mereka adalah dibunuh dan disalib
sebagai penebus kepada dosa yang yang ditangung oleh umat manusia.
(Adam dan anak cucunya)

- Dalam Injil Nabi Isa dibunuh dan salib sedang di dalam al-Quran
menegaskan abahawa Nabi Isa tidak dibunuh dan tidak disalib.

- Dalam ajaran al Quran para rasul di berikan nilai yang tinggi dan merupakan
hamba yang maksum dan terpelihara dari dosa tetapi dalam ajaran taurat
dan injil tidak melihat Nabi sedemikian bahkan kadang mereka di lihat
sebagai penjenayah yang melakukan bebagai kejahatan .

b- Dalam Hukum /Perundangan /

- Dalam Taurat yang menjadi pegangan Yahudi tidak banyak peraturan hukum
hakam yang mengatur penghidupan. Yang ada itu pun berbeza. Contohnya
Taurat membenarkan kaum yahudi mengambil riba dari golongan lain tetapi
tidak membenarkannya sesama yahudi. Ia berbeza dari yang ada dalam al-
Quran yang mengharamkan riba untuk semua .

- Di dalam al Quran peraturan hukum hakam yang mengatur semua aspek


penghidupan adalah lengkap semantara di dalam Injil dan Taurat hampir tak
ada.

c- Tentang Fakta Ilmiah .

- Al-Quran mengandungi fakta-fakta ilmu yang begitu tinggi dan nyata dan
fakta-fakta yang menepati dengan hakikat yang diketahui itu tidak terdapat
PN3362 26

sedikit pun dalam kedua kitab yang didakwa menjadi sumbernya . Contohnya
seperti ilmu berkaitan unsur alam, kejadian manusia dan lain-lain .

- Ilmu ilmu berkenaan yang termuat dalam al-Qur’an bukan sahaja tidak
terdapat dalam Taurat dan Injil tetapi tidak terlintas pun dalam fikiran
manusia pada masa itu, bahkan sebahagian daripada perkara yang terkandung
dalam al-Quran itu hanya baru boleh difahami oleh manusia hampir seribu
tahun selepas ia diturunkan.

d- Penilaian al –Quran terhadap Kedua Kitab dan pengajarannya.

- Al-Quran telah mengkritik dan menjelaskan berbagai-bagai keburukan yang


adalah dalam Taurat dan Injil .
- Al-Quran juga mendedahklan perbuatan kaum Yahudi dan Nasara dalam
meminda dan mengubah kandungan kedua kitab ini.
- Dalam al-Quran dipenuhi dengan kritikan dan penjelasan terhadap
keburukan amalan kaum yahudi dan nasara.

Adakah layak untuk mendakwa bahawa kandungan al-Quran itu diambil daripada
Taurat dan Injil pada hal hampir keseluruhan kandungannya itu berbeza dan bahkan
bertentangan dengan apa yang ada dalam kedua-dua kitab berkenaan. Apakah logik
untuk dikatakan al Quran itu merupakan saringan atau dicedok dari kedua kitab itu
sedangkan al Quran mendedah dan menelanjang segala keburukan dan kepincangan
yang terdapat di dalam kedua-dua nya. Tentunya dakwaan itu tidak berasas langsung.

3. Pengharaman Arak Di Dalam Al Quran Ditangguhkan Kerana Takutkan Quraisy.

Suatu dakwaan yang dibuat oleh sebahagian orientalis khususnya oleh Montgomery Watt
yang telah menulis dalam bukunya “ Muhamad di Makkah” mengatakan bahawa al
PN3362 27

Quran telah mendiamkan diri dan tidak mengharamkan arak dan riba secara tegas
sebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Ini adalah disebabkan oleh ketakutan dan
kegerunan Islam terhadap kebengisan dan tindakan oleh kaum kafir Quraisy.

Sekali lagi dakwaan ini dibuat atas landasan bahawa al Quran itu merupakan ciptaan
nabi Muhamad s.a.w. dan berasaskan bahawa kedua perkara tersebut iaitu arak dan riba
adalah merupakan dua perkara yang menjadi darah daging dalam amalan dan
kehidupan kaum quraish di Makkah. Golongan kafir quraisy pula dilihat sebagai satu
bangsa yang bengis dan ganas , melalui tindakan yang mereka lakukan terhadap pengikut
Nabi. Contohnya terhadapBilal , terhadap keluarga Amamr dan lain-lain. Satu bangsa
yang di lihat tidak berperik kemanusiaan apabila sanggup menanam ank perempuan
mereka hidup-hidup .

Yang nyata dakwaan ini adalah merupakan andaian palsu yang tidak berasaskan sesuatu
alasan yang kukuh .

Memang benar pengharaman arak dan riba tidak berlaku pada peringkat Makkah .
Bukan sahaja dua perkara ini , bahkan semua pensyariatan hukum tidak dikemukakan
oleh al Quran pada peringkat ini Bukan disebabkan ketakutan dan kegerunan terhadap
kaum quraisy seperti yang di dakwa, tetapi
disebabkan oleh hikmah yang Allah tentukan . Antara hikmat yang boleh difahami ,
bahawa Islam di peringkat Makkah adalah merupakan perinngkat memberikan tarbiyah .
Ia menerap dan melaksanakan strategi mendahulu yang terpenting daripada yang
penting dan kurang penting . Perkara yang paling penting diberikan tumpuan pada
peringkat awal dakwah diMakkah ini ialah membetulkan akidah dan pegangan serta
keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Kerana apabila akidah dapat diperbetulkan
maka segala hukum hakam akan dapat dikemukakan dan ia akan dilaksanakan dengan
mudah dan penuh kepatuhan .

Apakah dengan pengharaman arak itu dilewatkan maka boleh dibua dakwaan wujud
ketakutan dalam diri Muhamad? Sedangkan sejarah perjalanan dakwah di Makkah
memang diketahui dengan jelas oleh semua termasuk orientalis ini. Yang manakah lebih
utama antara arak dan riba yang di amalkan dengan akidah dan keyakinan yang menjadi
PN3362 28

tunjang kehidupan quraisy.Akidah penyembahan berhala . Tentunya akidah adalah lebih


utama .

Bagaimana boleh diterima dakwaan Nabi Muhamad gerun dan takut sedangkan dalam
sepanjang tempoh 13 tahundi Makkah Al Quran yang disampaikan oleh Baginda adalah
mengkritik dan menghentam perkara yang lebih asas dan terpenting bagi kaum quraisy
ini, iaitu seluruh akidah yang menjadi pegangan hidup mereka sambil mepersendakan
kebodohan mereka kerana menyembah berhala yang mereka bentuk dengan tangan
mereka sendiri. Sedangkang sewaktu mengatakan tentang perkara ini Nabi Muhamad
masih sendirian tanpa sebarang kekuatan atau hanya disokong oleh beberapa kerat
pengikutnya sahaja.

Nabi dan kaum muslimin berada di Makkah selama 13 tahun menghadapi pelbagai
tindakan zalim yang dilakukan oleh kafir quraisy terhadap baginda dan pengikutnya ,
termasuk ejekan , penyiksaan , pemulauan dan sebagainya . Kalau ada rasa takut dan
gerun masakan baginda terus berada di Makkah selama tempoh itu dan terus melakukan
dakwah yang ditentang oleh kaum quraisy . Sejarah mengenali sikap Rasulullah s.a.w
ini, yang terpancar dalam ungkapan baginda sewaktu menjawab tawaran yang dibuat
oleh quraisy melalui bapa saudaranya Abu Talib supaya berhenti daripada dakwah
Baginda . Baginda menegaskan “ Demi Allah jika mereka boleh meletakkan matahari di
kananku dan bulan di kiriku supaya aku berhenti dari urusanku ini maka aku tetap tidak
akan berhenti sehingga urusan ini selesai atau pun aku terkorban kerana mempertahan
kannya “.

Apakah orang yang bersikap begini boleh dituduh sebagai pengecut dan takut.
Sesungguhnya melewatkan pengharaman arak itu tidak ada sangkut paut dengan
perasaan demikian tetapi ia dilaksanakan mengikut perintah Allah yang mempunyai
hikmatnya.

Orientalisma
PN3362 29

TA'RIF
Orientalisma adalah gagasan pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian tentang negara-
negara timur Islam. Objek kajiannya meliputi peradaban, agama, seni, sastera, bahasa dan
kebudayaannya. Gagasan pemikiran ini telah memberikan kesan yang besar dalam membentuk
persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan menyebarkan
kemunduran cara berfikir dunia Islam dalam pertarungan peradaban antara Timur (Islam)
dengan Barat.

SEJARAH KEMUCULAN DAN TOKOH-TOKOHNYA

1. Awal Kemunculannya

Amat sukar untuk menentukan secara pasti bilakan munculnya Orientalisma. Sebagian ahli
sejarah berkecenderungan mengatakan bahwa Orientalisma bermula dari zaman Daulah
Islamiyah di Andalusia (Sepanyol). Sedangkan sebagian ahli sejarah yang lain mengatakan ia
muncul ketika terjadi Perang Salib.

Orientalisma Ketuhanan (Lahuti) sudah wujud secara rasmi sejak dikeluarkan keputusan
Perundingan Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan subjek bahasa Arab ke berbagai
Universiti di Eropah.

Orientalisma muncul di Eropah hanya pada penghujung abad ke 18 M di mana pertama kali
muncul di England pada tahun 1779 M, di Perancis pada tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam
Kamus Akademi Perancis pada tahun 1838.

Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang paderi Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia
belajar dengan seorang profesor. Setelah kembali ke tanah air, dia dipilih sebagai Paderi Agung
dengan gelaran Silvester II (999—1003) M. Beliau merupakan Paus yang pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Ketua Paderi Toledo menterjemahkan beberapa buku ilmiah berbahasa Arab.
PN3362 30

Kemudiannya langkah ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Itali. Dia telah
pergi ke Toledo dan menterjemahkan buku-buku yang tidak kurang dari 87 judul di bidang
falsafah, kedoktoran, astronomi dan geologi.

Di Perancis, Pierre le Venerable (1094-1156), seorang paderi Venezia dan Kepala Biarawan
Cluny, menubuhkan kumpulan penterjemah. Tujuannya ialah untuk memperolehi ilmu dan
pengetahuan secara objektif tentang Islam. Dia sendiri adalah orang pertama yang
menterjemahkan al-Qur'an ke dalam bahasa Latin (1143 M). Manakala penterjemahan al-Qur'an
ke dalam bahasa Inggeris dilakukan pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, seorang Yahudi yang memeluk agama Kristian, muncul pada pertengahan abad
ke-12 dan memberi perhatian dalam bidang astronomi. Ia telah menterjemah 4 buah buku
berbahasa Arab karya Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penterjemahannya dibantu oleh
Adelard.

Roger Bacon (1214—1294 M), dari England . Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan mendapat
gelaran doktor di bidang Theologi. Ia menterjemahkan buku berbahasa Arab berjudul ‘Mir'at al-
Kimia’ dalam tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif (tidak berat sebelah)

Hardrian Roland (meninggal pada tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur di
Universiti Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism dalam bahasa Latin sebanyak
dua jilid (1705 M). Gereja-gereja di Eropah telah mengharamkan buku tersebut.

Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut dikenang. Ia
dituduh murtad (atheis) karena sikapnya yang adil terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati
karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam memperkenalkan dan mengembangkan pengajian
Bahasa Arab di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang memberi tumpuan kepada
sastera dan nahu Arab. Ia mengelak dari terlibat dalam pengkajian tentang agama Islam. Ia juga
sangat berjasa dalam menjadikan Paris sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang
PN3362 31

pernah berurusan dengan beliau ialah Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864—1930 M) dari England . Bukunya yang berjudul ‘Preaching in Islam’
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab.

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan ahli falsafah materialisma. Ia tidak percaya
kepada agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyentuh tentang peradaban Islam.
Disebabkan hasil kajian-kajiannya beliau tidak dipedulikan malah dibenci oleh orang Barat.

Z. Honke dianggap tidak berat sebelah kerana buku-bukunya yang objektif yang
memperkenalkan pengaruh peradaban Arab terhadap Barat. Di antara bukunya yang termasyhur
ialah ‘Matahari Arab Bersinar di Barat’.

Jack Burke, Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut, Dr. Granier dan Gocthe
adalah orientalis-orientalis yang tergolong sederhana.

3. Orientalis Fanatik (Melampau)

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berketurunan Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran
Tafsir dalam Islam, adalah tokoh Pengajian Islam di Eropah. Ketokohan dan juga
kefanatikannya tidak dapat dipertikaikan

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang Pengarang
Majalah ‘Islamic Studies’.

S.M. Zwemer, orientalis dan pendawah Kristian , adalah pengasas majalah ‘Islamic World’ di
Amerika. Di antara bukunya yang bernada fitnah ialah ‘Islam Memasung Aqidah’, terbit tahun
1908 M dan ‘Al-Islam’ yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan dalam
Persidangan Kristianisasi II pada tahun 1911 M di Lucknow, India.

G. Von Grunebaum, seorang Yahudi berbangsa Jerman yang pernah belajar di universiti-
PN3362 32

universiti Amerika. Tulisannya antara lain ialah ‘Upacara-upacara Agama Muhammad’, terbit
tahun 1951 M dan ‘Beberapa Kajian Tentang Sejarah Kebudayaan Islam’ terbit pada tahun 1954
M.

A.J. Wensinek adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul ‘Aqidah
Islam’ yang diterbitkan dalam tahun 1932, mengandungi banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku ‘Da'wah dan Menara Azan’
yang diterbitkan pada tahun 1956 M.

L. Massignon, pendakwah Kristian berbangsa Perancis, pernah menjadi penasihat kepada


Departmen Jajahan Perancis Berkenaan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah ‘Hallaj;
Shufi yang Syahid dalam Islam’, terbit pada tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan pendakwah Kristian berbangsa Amerika ialah seorang yang
terkenal fanatik. Ia menulis buku ‘Perkembangan Ilmu Kalam’, ‘Fiqh dan Teori Undang-Undang
Negara’, terbit pada tahun 1930 M, dan buku ‘Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut
Islam’, terbit pada tahun 1908 M.

M. Green, setiausaha kepada Sidang Pengarang Majalah Timur Tengah.

D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis berbangsa Inggeris yang sangat fanatik ini pernah
mendidik dan mengasuh Thaha Husain dan Ahmad Amin . Buku-bukunya antara lain:
- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit pada tahun 1913 M.
- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit pada tahun 1905 M.
- Universiti Islam, terbit pada tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam.

Bukunya terkenal antara lain;


- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.
- Tashawwuf, terbit pada tahun 1950 M.
PN3362 33

Baron Carra de Vaux adalah Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk salah seorang
tokoh penting Sidang Pengarang Ensiklopedia Islam.

H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis berbangsa Inggeris penulis buku ‘Mohammedanism’,
diterbitkan dalam. tahun 1947 M dan ‘Aliran-aliran Moden dalam Islam’ yang diterbitkan juga
dalam tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis berbangsa Inggeris yang menolak aspek kerohanian Islam. la
menganggap Islam sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia.
Bukunya yang terkenal ialah ‘Shufi-Shufi Islam’ ( 1910 M) dan ‘Sejarah Kesusastraan Arab’
( 1930 M )

Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik yang menulis buku ‘Al-Islam’ dan ‘Tha'if’.
Dia juga salah seorang sidang pengarang Ensiklopedia Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku
‘Ushul Fiqh Islam’.

Blacherc yang pernah bekerja untuk Kementerian Luar Negara Perancis sebagai staf untuk
urusan Arab dan umat Islam.

Alfred Guillaume orientalis Inggeris yang sangat fanatik memusuhi Islam, penulis buku AI-
Islam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA

Pertama : Faktor-faktor munculnya Orientalisme

1. Faktor Agama

Faktor inilah yang menjadi asas kepada kemunculan dan pertumbuhan orientalisma yang
berlangsung begitu lama. Sasarannya antara lain ialah :
PN3362 34

a. Menimbulkan keraguan ke atas kerasulan Muhammad s.a.w dan menganggap hadis Nabi
sebagai amal perbuatan ummat Islam (bukannya daripada nabi) selama tiga abad pertama.
b. Menimbulkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar belitnnya.
c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai saduran dari hukum Romawi.
d. Menganaktirikan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin
berkembang.
e. Memperkenalkan teori bahwa Islam adalah berasal dari agama Yahudi dan Nasrani
f. Mengkristiankan ummat Islam.
g. Menggunakan hadis-hadis dha'if dan maudhu' untuk menyokong pendapatnya dan
mengembangkan teorinya.

2. Faktor ekonomi dan penjajahan

Institusi-institusi kewangan, industri-industri mega dan pihak pemerintah sendiri telah


mengeluarkan banyak modal untuk kajian-kajian bagi mengenalpasti keadaan negara-negara
Islam dengan lebih mendalam . Kajian tersebut sangat digalakkan terutamanya pada masa
sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Faktor politik

a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk membolehkan
mereka (orang-orang Islam) dikuasai

b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (bahasa pasar) dan mengubah adat istiadat yang
diamalkan.

c. Para pegawai di negara-negara Islam diarahkan untuk mempelajari bahasa asing (iaitu bahasa
penjajah) agar memahami kebudayaan dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah
dipengaruhi dan dikuasai.
PN3362 35

4. Faktor keilmuan

a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan kajian dan analisanya semata-mata untuk
menambah ilmu dan pengetahuan. Sebagian mereka ada yang memahami asas-asas dan roh
Islam malah ada yang memeluk Islam, seperti Thomas Arnold yang mempunyai peranan yang
besar dalam menyedarkan kaum muslimin dengan bukunya ‘The Preaching in Islam’, dan Dinet
yang telah memeluk Islam dan tinggal di Algeria. la menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam.
Ia meninggal di Perancis dan dikebumikan di Algeria.

Kedua: Karya-karya Orientalis yang Penting

1. Sejarah Kesusasteraan Arab, Carl Brockelmann (meninggal 1956 M).


2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman, antara
tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan
Perancis saja, 1945—1977 M.
3. Mu’jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk
mencari lafaz-lafaz hadits. Mu’jam ini mencakup Kitab Sunan
Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang
enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam
Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu’jam ini terdiri daripada tujuh jilid dan beredar sejak
tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Persidangan dan Organisasi

Pada tahun 1873 telah diadakan persidangan orientalis pertama di Paris. Setelah itu banyak kali
persidangan-persidangan seumpamanya diadakan. Setakat ini tidak kurang dari 30 kali
persidangan di peringkat antarabangsa dianjurkkan. Ini tidak termasuk sesi perbincangan,
seminar dan pertemuan-pertemuan di peringkat serantau, seperti Persidangan Orientalis Jerman
PN3362 36

yang dianjurkan di Bandar Dresden, Jerman Barat, pada tahun 1849 M. Sampai sekarang
persidangan-persidangan seperti itu masih tetap berjalan.

Dalam persidangan-persidangan seperti ini disertai beratus cendikiawan orientalis. Misalnya,


Persidangan Oxford yang dihadiri tidak kurang dari 900 cendikiawan dari 25 negara, 80
universiti dan 69 institusi ilmiah.

Kegiatannya ditaja oleh institusi-institusi orientalisma, seperti Institut Asiatik di Perancis,


ditubuhkan dalam tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di England, ditubuhkan dalam tahun
1823 M, Institut Orientalisma Amerika, ditubuhkan pada tahun 1842 M dan Institute
Orientalisma Jerman, didirikan tahun 1845 M.

Keempat : Majalah-majalah Orientalis

Mereka menerbitkan majalah dan mempunyai banyak kilang-kilang penerbitan. Lebih dari 300
majalah yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa diterbitkan, antara lain ;

1. The Muslim World, diasaskan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di England .
Dalam tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristianisasi di Timur Tengah.

2. Mir Islama terbit di Petersburg pada tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumur panjang.

3. Sumber Air Timur, diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.

4. Islam, terbit di Paris, pada tahun 1895 M. Kemudian dalam tahun 1906 M ditukar nama
kepada ‘Islamic World’. Majalah ini diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Morocco. Akhir
sekali, namanya ditukar menjadi majalah Islamic Studies.

5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.
PN3362 37

Kelima: Orientalisma Adalah Abdi kepada Penjajah

Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah yang bertanggungjawab menubuhkan
majalah Islam di Jerman. Ia melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajah di
Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pengasas majalah The Muslim World Rusia, yang telah
menjalankan kajian untuk menjaga kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah menziarahi Mekah pada tahun 1884
dengan nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Mekah selama lebih kurang setengah tahun. Kemudian
dia kembali ke Belanda dengan laporan-laporan untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam
bagian Timur. Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Institut bahasa-bahasa Timur di Paris, ditubuhkan dalam tahun 1885 M, bertugas sebagai
pengumpul data dan maklumat tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan
penjajah mengukuhkan cengkamannya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Pemikiran-pemikiran Orientalisma yang Sangat Merbahaya

George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa al-
Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, katanya, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menuduh Muhammad menyusun al-Qur'an berasaskan sumber dari kitab Yahudi,
khususnya Perjanjian Lama dan juga dari orang-orang Nasrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an mempunyai citarasa yang
sangat buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang
tidak menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggeris di dalam salah satu laporannya yang disampaikan kepada Ketua
PN3362 38

Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mendapat pelajaran dari perang”

Ternyata perpaduan Islam adalah sangat berbahaya. Ianya mesti diperangi oleh kerajaan. Bukan
hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat gembira karena
Khilafah Islamiyyah telah lumpuh. Saya berharap semoga ianya tidak akan bangkit kembali."

Saledon Amous berkata,bahwa 'Ajaran Muhammad’ hanyalah merupakan ciplakan undang-


undang Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak
milik." Ia berkata lebih lanjut, "undang-undang Muhammad tidak lain hanyalah undang-undang
Justinian yang berbaju Arab.'

Ahli falsafah Perancis Ernest Renan berkata, "Falsafah Arab adalah falsafah Yunani yang ditulis
dalam bahasa Arab."

Sedangkan Louis Massignon, seorang tokoh perosak , menganjurkan agar bahasa Arab ditulis
dengan huruf latin dan menggalakkan penggunaan bahasa 'Amiyyah.

CATATAN

Walaupun demikian, para orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam
dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.

Banyak di antara mereka yang memiliki kaedah-kaedah ilmiah yang sangat berguna dalam
menjalankan kajian.

Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq,
menyaring dan menganalisai bahan-bahan dan masalah-masalah.

Seorang Muslim hendaknya bersikap kritis dalam menelaah karya-karya mereka, serta berhati-
hati terhadap hal-hal yang sesat dan menyimpang. Seorang Muslim hendaklah membuang yang
salah atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang
hilang milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."
PN3362 39

ASAS PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA

Sebenarnya orientalisme adalah hasil pergeseran yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat
yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui
perjalanan-perjalanan.

Pendorong utamanya ialah ajaran Nasrani yang bercita-cita menghancurkan Islam dari dalam
dengan cara tipu daya dan pembelotan. Tetapi pada akhir-akhir ini, orientalisme nampaknya
mula cuba melepaskan diri dari belenggu tersebut dan beralih mendekati semangat ilmiah.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA

Barat merupakan medan gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri daripada orang-orang Jerman,
Inggeris, Perancis, Belanda dan Hungari. Sebahagiannya muncul di Itali dan Sepanyol.
Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang terkemuka. Di sana banyak terdapat pusat-
pusat orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak putus-putus


menyediakan dana untuk kepentingan orientalisma. Selain mengeluarkan dana keuangan dan
penajan , mereka juga menyediakan kemudahan untuk pengkajian tentang Islam di universiti-
universiti sehingga jumlah orientalis mecapai ribuan orang.

Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristianisasi.
Akhir-akhir ini gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya
dalam rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan mengukuhkan cengkamannya , baik
langsung ataupun tidak langsung.

Saringan dari “Ensaiklopedia Gerakan Keagamaan dan Pemikiran” dari www.al-


ahkam.net
PN3362 40

Mengenal Penentang Hadis


NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD

_____________________________________________________________________
______

Golongan yang "meragui" hadis (mereka menafikan diri mereka sebagai golongan antihadis)
sekali lagi muncul di persada negara, menggamatkan suasana hening dan damai masyarakat
Islam di Malaysia - sehangat isu artis ditangkap melacur dan isu politik wang. Walaupun kini
isunya reda lantaran tindakan bijak Pusat Islam untuk tidak menganjurkan sebarang dialog,
namun ramai di kalangan masyarakat masih kabur tentang asal usul fahaman meragui hadis ini.

Golongan seumpama ini pernah wujud di awal kurun Islam yang menggelari golongan mereka
sebagai "Ahlul Quran", iaitu golongan yang menolak hadis, menolak pendapat dan tafsiran
ulama serta menolak juga fakta sejarah. Kedudukan hadis sebagai sumber hukum Islam yang
kedua selepas al-Quran sepatutnya tidak dipersoalkan lagi, lebih-lebih lagi bagi kita umat Islam.
Saya melihat gerakan mempertikaikan autoriti hadis yang dihebohkan dewasa ini, khususnya di
Malaysia, sebenarnya disebabkan oleh empat faktor utama iaitu sekularisme, sosialisme,
orientalisme dan "bebalisme" (meminjam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas).

Sikap biadab golongan ini yang menolak pendirian ulama muktabar dan mengganggap mereka
sebagai pembohong, sebenarnya mencerminkan kepada kita akan "kebebasan" (freedom) mutlak
dan "tiada keterikatan" yang diperjuangkan oleh golongan ini. Sudah pasti dengan berpegang
hanya kepada al-Quran, tidak hadis dan pendapat para ulama, menjadikan paradigma agama
Islam itu semakin meluas berbanding dengan keadaan sebelumnya lantaran perincian
(refinements) yang dikemukakan oleh hadis dan para ulama dibakulsampahkan.

Dengan paradigama baru itu, sembahyang dari lima kali menjadi tiga kali sehari dan pelbagai
lagi tafsiran baru yang karut-marut dibuat; membawa kepada agama yang dulunya "Islam" telah
bertukar menjadi suatu ideologi atau agama baru.

Menyingkap timbulnya aliran pemikiran menentang serta mencerca ulama ini sebenarnya adalah
ciplakan daripada apa yang diistilahkan oleh Cornelis van Peursen sebagai "gerakan
pembebasan" seperti mana gerakan yang dipimpin oleh Martin Luther (1485-1546) menentang
para paderi gereja Katolik di awal abad ke-16 Masihi.

Martin Luther menganggap bahawa para paderi telah melakukan banyak pembohongan terhadap
masyarakat di dalam banyak perkara khususnya di dalam soal "pengampunan" - di mana paderi
mengenakan bayaran (atas khidmatnya sebagai perantaraan dengan Tuhan) ke atas setiap orang
yang ingin meminta ampun. Bagi mempengaruhi masyarakat menyokong perjuangannya, pada
1520, Martin Luther telah menerbitkan buku-buku mengkritik Pope Leo dan para paderi. Buku-
buku itu telah dikecam hebat oleh Pope Leo dan Majlis Paderi sebagai sesat dan menyeleweng.
Pun begitu, buku-buku itu telah mendapat sambutan hangat sekali di mana sekitar 300,000
naskhah telah dijual di Switzerland, Perancis, Sepanyol dan England. Sebaliknya buku-buku para
PN3362 41

paderi, seperti buku-buku Papal Bull, telah dibakar oleh para pengikut Luther dan akhirnya,
kemuncak kepada penentangan untuk membebaskan masyarakat dari kongkongan paderi gereja
itu ialah penubuhan Gereja Lutheran dan Gereja Protestan.

"Semangat Reformasi Martin Luther" golongan meragui hadis itulah yang sekarang ini melanda
negara ini ― bukan terhadap agama Kristian ― tetapi terhadap agama Islam yang suci bersih
dan dijaga oleh Allah s.w.t. Dalam benak kepala golongan ini para ulama Islam adalah sama saja
dengan para paderi Kristian. Lantas tuduhan membohong kini dihalakan pula kepada para ulama
Islam semata-mata kerana berandaian bahawa mereka juga telah menokok tambahkan ajaran
Islam seperti mana para paderi Kristian lakukan terhadap agama mereka.

Lanjutan daripada perjuangan Martin Luther itu telah membibitkan benih-benih ideologi yang
dipanggil "sekularisme", yang kemudiannya diperjuang dan dikembangkan lagi oleh para filsuf
seperti Descartes dan yang seangkatan dengannya, membawa kepada "Revolusi Sains" di kurun
ke-17.

"Sekular" yang berasal dari perkataan Latin saeculum itu sebenarnya bermakna "masa" dan
"tempat" iaitu dalam erti kata lain masa kini dan dunia ini. Oleh itu "sekularisme" adalah
ideologi yang memperjuangkan pembebasan masa kini daripada apa jua bentuk kongkongan atau
keterikatan sama ada terhadap nilai agama, politik, budaya dan termasuklah juga pembebasan
dari ikatan sejarah.

Lebih dari itu sejarah masa silam "dimatikan" dan "diputuskan" dari masa kini kerana ia juga
merupakan suatu bentuk pengongkongan, sebaliknya mengambil dunia masa kini yang terbuka
luas sebagaimana seadanya, dan mencorakkan masa depannya sebebas mungkin (lihat Prof. Dr.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam and Secularism).

Golongan Ahlul Quran juga adalah golongan yang menolak sejarah dan kini golongan yang
"sefahaman" dengannya, iaitu golongan meragui hadis, muncul kembali di penghujung abad ke-
20 ini, bercita-cita untuk bertapak di bumi Malaysia. Elemen terpenting sekularisme iaitu
pemutusan sejarah silam daripada kehidupan masa kini terus mendapat tempat di dalam
masyarakat moden dengan dipelopori oleh para filasuf Barat seperti Jean-Paul Sartre, Albert
Camus dan ramai lagi, malah telah berjaya menjajahi pemikiran umat Islam.

Bahaya pemikiran seumpama ini dalam masyarakat Islam sebenarnya sudah lama dibimbangi,
sejak dari 1972 lagi oleh cendekiawan agung zaman ini, Prof. Syed Muhammad Naquib apabila
beliau memberi amaran: "Keadaan memutuskan diri dari sejarah lampau inilah yang di sini
terlihat sebagai suatu bahaya besar, satu malapetaka telah menimpa jiwa kita dan akibat-
akibatnya nyata sekarang" (Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu)

Bagi umat Islam, sejarah bukan sahaja penting malah ia diterima pakai sebagai fakta dan bukti
kebenaran di dalam penghujahan. Kita lihat bagaimana kandungan Al-Quran sendiri
diperuntukkan untuk menceritakan tentang sejarah umat yang silam. Amat malang dan hinanya
bagi mereka yang menolak sejarah - lebih-lebih lagi sejarah agamanya, bangsanya dan
keturunannya sendiri. Meminjam ungkapan Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, " orang yang tidak
tahu sejarah keturunannya sendiri …. Mungkin cuba menyembunyikan asal kejadiannya yang
tidak sah".
PN3362 42

Api pemberontakan menentang para paderi yang dinyalakan oleh Martin Luther di abad ke-16 itu
terus marak hingga ke abad ke-19, memperlihatkan satu zaman di mana berlakunya penerusan
penentangan terhadap para paderi Kristian, kali ini di kalangan para pemikir Barat.

Ekoran dari itu, lahirlah "sosialisme" iaitu suatu ideologi yang dipopularkan oleh Karl Marx
(1818-1885) dan Engles (1820-1895) bagi melakukan peperangan ideologi terhadap para paderi
dan juga agama itu sendiri dengan menggunakan kaedah yang dipanggil dialectical materialism,
iaitu suatu scientific world outlook yang menentang sebarang kepercayaan terhadap kuasa ghaib.

Sosialisme yang masih menjadi teras anutan para pemuka golongan meragui hadis di Malaysia
ini, kini dijadikan asas bagi mereka untuk melihat Islam ini seperti mana Kristian. Kononnya
telah wujudnya penindasan kelas ulama terhadap kelas Muslim awam sebagaimana wujudnya
golongan paderi yang menindas golongan Kristian awam. Mereka melihat Islam itu dari
kerangka atau "paradigma" sosialisme Barat.

Kalau awal 70-an dahulu di Malaysia pejuang sosialis menjadi jaguh dan pujaan sebahagian
besar daripada golongan intelektual dan mahasiswa, maka kini perjuangan Islam lebih mendapat
tempat di kalangan masyarakat terpelajar. Diparahkan lagi dengan robohnya tembok Kremlin dan
gelombang kapitalisme yang semakin hebat, aliran sosialisme menjadi semakin nazak bahkan
jenama "sosialis" itu sendiri sudah tidak laku lagi.

Justeru untuk kembali menarik perhatian masyarakat dan memberikan nafas baru kepada para
pendokongnya di samping untuk merekrutkan ahli-ahli baru bagi golongan intelektual dan
profesional, maka mereka turut terjun menangani persoalan agama, yang sebelum ini dianggap
"candu masyarakat", kononnya bermatlamatkan untuk mengembalikan kesucian agama Islam itu
dari "tangan kotor" para ulama.

Dasar utama sosialisme, yang menentang pemilikan harta kekayaan oleh golongan kapitalis
sebagai lesen untuk menindas golongan pekerja (J.M. Roberts, History of the World, hal. 605),
kini digerakkan ke alam agama di mana golongan ulama pula kononnya dilihat berperanan
sebagai "kapitalis" dalam agama. Hak untuk bercakap mengenai agama mestilah dibebaskan dari
didominasikan oleh para ulama sahaja sebaliknya ia hendaklah dijadikan milik awam dalam
masyarakat yang tiada kelas (classless society) . Lantaran itu, para ulama perlu ditentang dan
digulingkan dari kedudukan mereka yang tinggi itu agar tiada lagi beza antara ulama dan massa.

Fahaman sosialisme anutan golongan meragui hadis ini yang juga memberi penekanan yang
begitu kuat terhadap kebebasan (liberty) dan persamaan (equality), telah berjaya menarik minat
sebahagian golongan intelektual wanita Islam yang sudah sekian lama berjuang atas nama
"pembebasan wanita" (women’s liberations/emancipation) untuk turut serta bersama mereka.

Kemasukan intelektual wanita Islam itu ke dalam "kandang" sosialisme golongan meragui hadis
ini, telah memberikan platform bagi mereka untuk bersuara dengan lebih lantang lagi atas nama
pembebasan dan persamaan hak wanita Islam, dan sekali gus bekerjasama memporak-
perandakan kesucian, kemurnian dan keutuhan agama Islam.Golongan berlatarbelakangkan
beginilah, yang mula ingin bercakap tentang Islam - bukan kerana cintakan Islam - tetapi kerana
terpaksa ikut serta dalam arus kebangkitan Islam dengan masih mengekalkan kerangka atau
"paradigma" sosialisme mereka. Namun malang kerana sosialisme usang tiada menyediakan apa-
apa buat mereka tentang agama.
PN3362 43

Justeru itu, mereka tercari-cari input agama bagi mengisinya di dalam kerangka yang kosong dan
lantas menemukannya dalam orientalisma. Ditambah lagi dengan tiada kemahiran bahasa Arab,
maka para orientalis Barat dan akal merekalah yang menjadi rujukan dan sandaran utama mereka
bagi memahami agama Islam, termasuklah memahami kedudukan dan autoriti hadis.

"Sumbangan" para orientalis Barat yang lebih banyak menimbulkan keraguan terhadap autoriti
hadis ini telah diambil sebagai asas ilmiah untuk mereka membebaskan diri dari hadis yang
dirasakan mengongkong kebebasan akal dan nafsu mereka dalam membuat tafsiran bebas
tentang agama, manakala para ulama dan perawi hadis pula dijadikan sasaran serangan mereka
seterusnya.

Antara para orientalis Barat yang mempelopori gerakan meragui autoriti hadis, yang menjadi
rujukan utama dan guru mereka ini ialah Ignaz Goldziher dan ramai lagi seperti Aloyer Sprenger
dan James Robinson Sprenger dan Muir misalnya, mendakwa bahawa hadis hanya mula
dikumpulkan oleh Abu Bakar bin Muhammad bin Amr bin Hazmi (meninggal 117H) atas arahan
Khalifah Umar b. Abdul Aziz.

Begitu juga dengan Goldziher dan Schact yang bersependapat bahawa hadis, khususnya yang
berkaitan dengan hukum-hakam, hanya mula dikumpul dan dilakukan pada pertengahan kurun
kedua selepas hijrah seperti oleh Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), Abdul Malik bin Juraij
(meninggal 150H) Imam Malik (meninggal 179H), Imam Shafei (meninggal 240H) dan lain-lain.

Memandangkan hadis mengikut pengajian mereka hanya mula dikumpul dan dibukukan selepas
lebih 150 tahun hijrah, besar kemungkinan berlakunya tokok-tambah dan pemalsuan hadis.
Mereka juga khususnya Goldziher, menolak pendapat majoriti ulama hadis yang mengatakan
pengumpulan hadis sudah bermula sejak dari zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
r.a lagi setelah menerima pandangan yang diberikan oleh Sayidina Umar r.a. agar pengumpulan
hadis dibuat.

Mereka berhujah bahawa memang benar Sayidina Umar pernah mengutus surat kepada Sayidina
Abu Bakar mencadangkan sedemikian, tetapi bukti Sayidina Abu Bakar menerima cadangan
Umar itu tidak dapat dikesan di dalam sejarah Islam.

Hujah para orientalis itu sebenarnya telah lama dijawab oleh para ulama dan sarjana Islam, dan
jika mereka (golongan yang meragui hadis itu) benar-benar berminat dan ikhlas mengkaji Islam,
mereka juga sepatutnya turut merujuk kepada jawapan balas para ulama dan sarjana Islam yang
telah mengemukakan bukti yang jelas menangkis tuduhan tersebut. Fuad Sezgin di dalam
bukunya Tarikh al-Turath al-‘Arabi dan Muhammad Mustafa Azmi di dalam Studies In Early
Hadis Literature misalnya, telah satu persatu mematahkan hujah Sprenger, Muir, Goldziher dan
Schacht.

Mengenai dakwaan para orientalis bahawa hadis mula dikumpulkan setelah lebih 150 tahun
selepas hijrah, Mustafa Azmi menjawab dengan mendakwa bahawa para orientalis itu
sebenarnya gagal memahami maksud sebenar bahasa Arab terhadap perkataan seperti Tadwin,
Tasnif, Risalah, Sahifah dan juga Nuskhah. Pengumpulan hadis sebenarnya telah wujud sejak
kurun pertama hijrah lagi, cuma ia di dalam bentuk Sahifah dan Nuskhah yang bertaburan dan
tidak tersusun secara kemas dan sistematik seperti Sahifah Hammam Ibn. Munabbih, Sahifah al-
Sadiqah, Nuskhah Salim bin Abdillah al-Khayyat dan seterusnya.
PN3362 44

Bertitik tolak dari sahifah dan nuskhah inilah para ulama hadis seawal kurun pertama lagi seperti
Abdul Malik bin Abdul Aziz bin Juraij (80-1150h), Muhammad bin Ishaq (80-151H), Ma’mar
bin Rashid (96-153H), Said bin Abi Aruba (80-155H), Muhammad bin Abdul Rahman Ibni abi.
Dh’ib) (80-158H), Abdul Rahman bin Amr al-Auzai (88-158H), Sufyah bin Said al-Thauri (96-
161H) dan ramai lagi, mula menyusun dan mengkelaskan hadis-hadis yang sememangnya sedia
terkumpul dalam bentuk sahifah dan naskhah itu tadi, kepada bentuk buku yang lebih kemas,
sistematik dan tersusun.

Kesilapan yang lebih besar yang terjadi pada kebanyakan orang ialah mereka beranggapan
bahawa hadis hanya mula dikumpulkan di zaman enam ulama hadis. (Sihah Sittah) pada awal
kurun ketiga hiujrah iaitu oleh Imam Bukhari (194-256H), Muslim (206-281H), al-Nasai (214-
303H) Abu Dawud (202-275H), al-Tkirmizi (209-274H) dan Ibn Majah (209-273H).

Tanpa mengkaji sejarah, pasti akan timbul keraguan bagaimana mungkin keenam-enam imam
tersebut yang hanya hidup setelah hampir 200 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w (wafat 11H)
dapat mengumpul hadis yang begitu banyak.Mereka tidak menyedari bahawa keenam-enam
imam hadis itu tadi bukanlah di peringkat pengumpulan hadis, sebaliknya mereka adalah di
peringkat memastikan kesahihan sesuatu hadis dan seterusnya mengklasifikasikan hadis-hadis
tersebut mengikut bad-bad tertentu sesuai dengan disiplin ilmu dalam Islam yang kemudiannya
di panggil Musnad dan Musannaf.

Kita tegaskan sekali lagi bahawa pengumpulan hadis memang telah bermula sejak dari
zaman pemerintahan Sayidina Abu Bakar lagi ( di dalam bentuk sahifah dan nuskhah
seperti mana yang kita jelaskan sebelum ini), dan bukannya hanya baru bermula di zaman
Khalifah Umar Abdul Aziz seperti mana yang didakwa oleh para orientalis, atau di zaman
Imam hadis yang enam.

Berhubung dengan kegagalan mengesan jawapan bertulis Sayidina Abu Bakar r.a. terhadap
cadangan Sayidina Umar sepertimana yang didakwa oleh Goldziher, ia juga telah dijawab oleh
Mustafa Azmi. Memang benar tiada bukti bertulis ( sama ada tidak diketahui atau sememangnya
tiada) sebagai menandakan persetujuan Sayidina Abu Bakar terhadap cadangan pengumpulan
hadis oleh Sayidina Umar. Namun persoalannya apakah bukti persetujuan itu mesti dalam bentuk
bertulis?Kita berpendapat bahawa sama ada Sayidina Abu Bakar menjawab secara bertulis atau
tidak, itu sepatutnya bukanlah perkara pokok. Apa yang lebih penting dari itu ialah apa yang
sejarah telah catatkan terhadap tindakan Sayidina Abu Bakar selepas menerima cadangan itu.
Apakah beliau hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, atau berbuat sesuatu ke arah
pengumpulan hadis seperti dicadangkan Umar.

Kajian sejarah secara teliti dan halusi khususnya terhadap manuskrip-manuskrip asal sejarah
Islam, terutamanya sejarah perkembangan hadis, yang masih tersimpan di beberapa perpustakaan
seperti di Maghrib, Turki, Mesir dan lain-lain telah menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya
50 orang sahabat, 48 orang tabi’un kurun pertama hijrah, 86 orang para ‘ulama akhir kurun
pertama dan awal kurun kedua hijrah dan 256 orang ulama awal kurun kedua telah mencatatkan
di dalam kitab-kitab mereka bahawa Sayidina Abu Bakar pernah mengerahkan pengumpulan
hadis dibuat, sekaligus membuktikan beliau menerima cadangan Umar itu tadi.

Semua ini boleh dilihat di dalam menuskrip Kitab al-Maghazi oleh Musa bin Uqba (60-141H),
manuskrip Kitab al-Siyar oleh Ibrahim b. Muhammad b. Harith al-Farasi yang masih selamat
tersimpan di Perpustakaan Qarawiyyih, Fez, Maghribi. Begitu juga manuskrip Seerah oleh
PN3362 45

Muhammad bin Ishaq bin Yaser (80-151H) yang baru ditemui dan Nuskhah, kepunyaan Salim
bin Abdillah al-Khayyat (85-150H). Inilah dia bukti dari segi sejarah.

Bagi kita yang mengkaji sejarah, sejarah Islam itu ibarat mata rantai bersambung dari satu
generasi ke generasi yang lain bermula dari Rasulullah s.a.w. kepada para sahabat dan
seterusnya. Kepentingan sejarah tidak dapat dinafikan lagi di dalam menentukan kebenaran
perisitwa yang berlaku di zaman silam. Jika mereka yang meragui hadis juga meragui sejarah,
maka manusia yang seumpama ini akan tiba suatu masa nanti turut meragui al-Quran dan sejarah
penurunannya, Rasul dan sejarah (seerah) kerasulannya, dan akhir sekali meragui kewujudan
Tuhan ini sendiri. Semuanya diragui, termasuk sejarah keturunannya sendiri.

Oleh itu sikap pihak kerajaan, khususnya Pusat Islam menolak muzakarah dengan golongan ini
bertepatan sekali dan patut dipuji. Golongan yang meragui hadis menolak ulama mu’tabar dan
menolak apa juga fakta dari sejarah Isalam sebenarnya adalah golongan yang tidak boleh diajak
berbincang bagi mencari kebenaran, kerana mereka seumpama golongan Sufastaiyah (Sophists)
suatu golongan yang hanya inginkan kemenangan, bijak menggunakan teknik-teknik retorika
dalam perdebatan untuk menampakkan kepalsuan itu suatu kebenaran dan kebenaran itu suatu
kepalsuan, atau dalam istilah Prof. Dr. Syed Husein Al-Attas golongan yang mempunyai bentuk
pemikiran bebalisme. (lihat Syed Husein Al-Atas, Intel-lectuals in Developing Societies, 1977,
hal.25).

Golongan Sufastaiyah ini percaya bahawa tiada "kebenaran mutlak" (absolute truth) kerana bagi
mereka kebenaran itu bersifat relatif bergantung atas setiap individu. Justeru itu mereka sering
bersikap skeptikal di dalam semua perkara sehinggalah kewujudan tuhan itu sendiri pun turut
diragui, contohnya seperti Protagoras of Abdera di kurun ke-5 sebelum Masihi.

Kesimpulannya, fahaman golongan ini telah melahirkan suatu "agama" (kalau pun masih mahu
dipanggil agama) atau ideologi baru yang merangkumi empat elemen terpenting mendasari
fahaman ini iaitu: Paradigmanya ialah sosialisme, inputnya pula dari para orientalis Barat,
pendiriannya terhadap perkaitan antara dunia dengan agama, sejarah dan lain-lain adalah atas
fahaman sekularisme, manakala pendukung ideologi baru ini pula adalah sejenis manusia yang
degil dan bebal.

[NIK ROSKIMAN ABDUL SAMAD adalah seorang pensyarah di Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan, UIAM. Rencana ini pernah tersiar di akhbar Utusan Malaysia tanggal 17.08.1995]

Orientalisme

TA'RIF
Orientalisme adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai studi ketimuran yang
Islami. Yang dijadikan obyek studi mencakup peradaban, agama, seni, sastra, bahasa dan
kebudayaannya. Gelombang pemikiran ini telah memberikan andil besar dalam membentuk
persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Caranya ialah dengan mengungkapkan
kemunduran pola fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur (Islam)
dengan Barat.
PN3362 46

SEJARAH BERDIRI DAN TOKOH-TOKOHNYA


1. Awal Pemunculannya
Sungguh sulit menentukan secara pasti awal tumbuh Orientalisme. Sebagian sejarawan
berkecenderungan bahwa Orientalisme bermula dari zaman Daulah Islamiyah di Andalusia
(Spanyol). Sedangkan sebagian ahli lain mengatakan ketika terjadi Perang Salib.

Khusus tentang Orientalisme Ketuhanan (Lahuti), keberadaannya sudah tampak secara resmi
sejak dikeluarkannya keputusan Konsili Gereja Viena tahun 1312 M dengan memasukkan materi
bahasa Arab ke berbagai Universitas di Eropa.

Orientalisme muncul di Eropa baru pada penghujung abad 18 M. Pertama kali muncul di Inggris
tahun 1779 M, di Perancis tahun 1799 dan dimasukkan ke dalam Kamus Akademi Perancis pada
tahun 1838.

Gerbert de Oraliac (938—1003 M), seorang pendeta Venezia, pergi ke Andalusia. Di sana ia
belajar kepada seorang profesor. Setelah kembali, ia terpilih sebagai Pendeta Agung dengan gelar
Silvester II (999—1003 M). Dengan demikian ia adalah Paus pertama dari Perancis.

Tahun 1130 M, Kepala Uskup Toledo menerjemahkan beberapa buku ilmiah Arab. Kemudian
jejak ini diikuti oleh Gerard de Cremona (1114—1187 M) dari Italia. Ia pergi ke Toledo dan
menerjemahkan buku tidak kurang dari 87 judul di bidang filsafat, kedokteran, astronomi dan
geologi.

Di Perancis muncul Pierre le Venerable (1094-i-1156). seorang pendeta Venezia dan Kepala
Biarawan Cluny, membentuk kelompok penerjemah. Tujuannya agar mendapat pengetahuan
objektif tentang Islam. Ia sendiri adalah orang pertama yang menerjemahkan al-Qur'an ke dalam
bahasa Latin (1143 M). Sedangkan penerjemahan al-Qur'an ke dalam bahasa Inggris dilakukan
pertama kali oleh Robert of Ketton.

Juan de Sevilla, Yahudi yang masuk Kristen ini muncul pada pertengahan abad ke-12 dan
menaruh perhatian pada bidang astronomi. Ia telah menyadur 4 buah buku berbahasa Arab karya
Abu Ma'syar al-Balkhi (1133 M). Tugas penerjemahannya dibantu oleh Adelard
PN3362 47

Roger Bacon (1214—1294 M), dari Inggris. Menuntut ilmu di Oxford dan Paris dan meraih gelar
doktor di bidang theologi. Ia menerjemahkan buku berbahasa ArabMir'at al-Kimia tahun 1251 M

2. Orientalis-orientalis yang Objektif


Hardrian Roland (meninggal tahun 1718 M), adalah profesor bahasa-bahasa Timur pada
Universitas Utrecht, Belanda. Ia menulis buku Muhammadanism, dua jilid, dalam bahasa Latin
(1705 M). Tetapi gereja-gereja di Eropa memasukkan buku tersebut sebagai buku terlarang.

Johann J. Reiske (1716—1774 M), seorang orientalis Jerman pertama yang patut diingat. Ia
dituduh zindik (atheis) karena sikapnya yang positif terhadap Islam. Ia hidup menderita dan mati
karena sakit paru-paru. Ia sangat berjasa dalam mengembangkan dan menampilkan Arabic
Studies di Jerman.

Silvestre de Sacy (meninggal 1838 M), seorang orientalis yang menekuni sastera dan nahwu. Ia
menghindari terlibat dalam pengkajian Islam. Ia juga sangat berjasa dalam menjadikan Paris
sebagai pusat pengkajian Islam. Salah seorang yang pernah berhubungan dengan beliau ialah
Syaikh Rifa'ah Thanthawi.

Thomas Arnold (1864—1930 M) dari Inggris. Bukunya yang berjudul Preaching in Islam telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Turki, Urdu dan Arab

Gustav le Bon, dikenal sebagai orientalis dan filosof materialis. Ia tidak pernah percaya kepada
agama. Pada umumnya kajian dan buku-bukunya menyoroti peradaban Islam. Kajian-
kajiannyalah yang menyebabkan orang-orang Barat tidak memperdulikan dan tidak
menghargainya.

Z. Honke buku-bukunya dinilai sebagai objektif dikarenakan menampilkan pengaruh peradaban


Arab terhadap Barat. Di antara Bukunya yang termasyhur ialah Matahari Arab Bersinar di Barat.

Jack Burke Anne Marie Simmel , Thomas Garlyle, Renier Ginaut Dr. Granier dan Gocthe adalah
orientalis-orientalis yang tergolong moderat.

3. Orientalis Fanatik
PN3362 48

Goldziher (1850—1920 M), orientalis berdarah Yahudi, penulis buku Sejarah Aliran-aliran Tafsir
dalam Islam, adalah tokoh Islamic Studies di Eropa. Ketokohan dan sekaligus kefanatikannya
tidak dapat diingkari.

J.Maynard, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini termasuk salah seorang anggota Dewan
Redaksi Majalah Islamic Studies.

S.M. Zwemer, orientalis dan zending Kristen , adalah pendiri majalah Islamic World Amerika.
Bukunya yang bernada fitnah antara lain Islam Memasung Aqidah, terbit tahun 1908 M dan Al-
Islam yang merupakan kumpulan makalah yang disampaikan pada mu'tamar Kristenisasi II tahun
1911 M di Lucknow India.

G. Von Grunebaum, Yahudi berkebangsaan Jerman ini belajar di universitas-universitas Amerika.


Tulisannya antara lain ; Upacara-upacara Agama Muhammad, terbit tahun 1951 M dan Beberapa
Studi Tentang Sejarah Kebudayaan Islam, terbit tahun 1854 M.

A.J. Wensinek, adalah orientalis yang sangat memusuhi Islam. Bukunya yang berjudul Aqidah
Islam, terbit tahun 1932, mengandung banyak kecaman terhadap Islam.

K.Cragg, orientalis Amerika yang sangat fanatik ini menulis buku Da'wah dan Menara Adzan
yang terbit tahun 1956 M.

L. Massignon, zending Kristen berkebangsaan Perancis ini pernah menjadi penasehat pada
Departemen Koloni Perancis Urusan Afrika Selatan. Bukunya yang terkenal ialah Hallaj; Shufi
yang Syahid dalam Islam, terbit tahun 1922 M.

D.B. Macdonald orientalis dan zending Kristen yang terkenal fanatiknya ini berkebangsaan
Amerika. Ia menulis buku Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Undang-Undang Negara,
terbit pada tahun 1930 M, dan buku Sikap Agama Terhadap Kehidupan Menurut Islam, terbit
tahun 1908 M.

M. Green, sekretaris Dewan Redaksi Majalah Timur Tengah.


D.S. Margoliouth (1885—1940 M), orientalis Inggris yang sangat fanatik ini pernah menelorkan
Thaha Husain dan Ahmad Amin dari sekolahnya. Buku-bukunya antara lain:
PN3362 49

- Perkembangan Baru dalam Islam, terbit tahun 1913 M.


- Muhammad Menjelang Kelahiran Islam, terbit tahun 1905 M.
- Universitas Islam, terbit tahun 1912 M.

A.J. Arberry, adalah orientalis Inggris yang sangat fanatik memusuhi Islam. Bukunya terkenal
antara lain;
- Islam Dewasa Ini, terbit tahun 1943 M.
- Tashawwuf terbit tahun 1950 M.

Baron Carra de Vaux Orientalis Perancis yang sangat fanatik dan termasuk seorang tokoh
penting Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam.

H.A.R. Gibb (1895—1965 M), orientalis Inggris penulis buku Mohammedanizm, terbit. tahun
1947 M dan Aliran-aliran Modern dalam Islam terbit tahun 1947 M.

R.A. Nicholson, orientalis Inggris yang menolak kespiritualan Islam. la menganggap Islam
sebagai agama materialistik dan tidak mengakui keluhuran manusia. Bukunya yang terkenal
ialah Shufi-Shufi Islam, 1910 dan Sejarah Kesusastraan Arab, 1930 M.

Henry Lammens (1872—1937M), orientalis fanatik penulis buku Al-Islam dan Tha'if Ia juga
termasuk Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam.

J. Schacht, terkenal sebagai orientalis Jerman yang sangat fanatik memusuhi Islam. Penulis buku
Ushul Fiqh Islam.

Blacherc yang pernah bekerja pada Departemen Luar Negeri Perancis sebagai staf ahli untuk
urusan Arab dan ummat Islam. Alfred Guillaume orientalis Inggris yang sangat fanatik
memusuhi Islam, penulis buku AI-Islam.

PEMIKIRAN DAN DOKTRIN-DOKTRINNYA


Pertama : Motivasi Orientalisme

1. Motivasi Agama
PN3362 50

Motivasi inilah yang melatarbelakangi pertumbuhan orientalisme yang berlangsung begitu lama.
Sasarannya antara lain :
a. Menumbuhkan keragu-raguan atas kerasulan Muhammad SAW dan menganggap hadits Nabi
sebagai perbuatan ummat Islam selama tiga abad pertama.
b. Menumbuhkan keraguan terhadap kebenaran al-Qur'an dan memutar balikkannya.
c. Memperkecil nilai fiqh Islam dan menganggapnya sebagai adopsi dari hukum Romawi.
d. Memojokkan bahasa Arab dan menjauhkannya dari ilmu pengetahuan yang semakin
berkembang.
e. Mengembalikan Islam kepada sumber Yahudi dan Nashrani
f. Mengkristenkan ummat Islam.
g. Mengangkat hadits-hadits dha'if dan maudhu' untuk mendukung pendapatnya dan membangun
teorinya.

2. Motivasi ekonomi dan penjajahan


Lembaga-lembaga keuangan, perusahaan-perusahaan raksasa dan pihak pemerintah sendiri telah
mengeluarkan biaya banyak untuk para peneliti dalam rangka mengenal lebih jauh tentang
kondisi negara-negara Islam melalui laporan lengkap mereka. Penelitian tersebut sangat
digalakkan terutama pada masa sebelum penjajahan Barat dalam abad 19 dan 20 M.

3. Motivasi politik
a. Melemahkan semangat ukhuwah Islamiyah dan memecah belah ummat untuk dikuasai
b. Menghidupkan bahasa Arab 'amiyyah (pasaran) dan mengkaji adat istiadat yang berlaku
c. Para pegawai di negara-negara diarahkan untuk mempelajari bahasa asing agar memahami
seni dan agama penjajah. Tujuannya agar mereka mudah dipengaruhi dan dikuasai.

4. Motivasi keilmuan
a. Sebagian orientalis ada yang mengarahkan penelitian dan analisisnya semata-mata untuk
pengetahuan. Sebagian mereka ada yang sampai kepada esensi Islam dan bahkan masuk Islam,
seperti Thomas Arnold yang telah mempunyai andil dalam menyadarkan kaum muslimin dengan
bukunya The Preaching in Islam, dan Dinet yang telah masuk Islam dan tinggal di Aljazair. la
menulis, buku Sinar Khusus Cahaya Islam. Ia meninggal di Perancis dan dikubur di Aljazair.

Kedua: Karya Tulis Orientalis yang Penting


PN3362 51

1. Sejarah Kesustraan Arab, Carl Brockelmann (wafat 1956 M).


2. Ensiklopedia Islam, cetakan pertama terbit dalam bahasa Inggris, Perancis dan Jerman, antara
tahun 1913—1938 M. Sedangkan cetakan berikutnya diterbitkan dalam bahasa Inggris dan
Perancis saja, 1945—1977 M.
3. Mu jam Mufahras li Alfazhi al-Hadits, sebuah kamus untuk
mencari lafaz-lafaz hadits. Mu jam ini mencakup Kutub al
Sittah, kumpulan hadits yang terhimpun dalam kitab yang
enam, ditambah dengan Musnad Darimi, Muwaththa' Imam
Malik, Musnad Ahmad bin Hanbal. Mu jam ini terdiri atas
tujuh jilid dan beredar sejak tahun 1936 M sampai sekarang.

Ketiga: Mu'tamar dan Organisasi


Pada tahun 1873 di Paris telah diselenggarakan Mu'tamar orientalis pertama. Setelah itu berulang
kali mu'tamar-mu'tamar sejenis diselenggarakan. Sampai hari ini tidak kurang dari 30 kali
mu'tamar tingkat internasional diselenggarakan. Belum lagi berupa diskusi, seminar dan
pertemuan-pertemuan yang bersifat regional, seperti Mu'tamar Orientalis Jerman yang
diselenggarakan di kota Dresden, Jerman Barat, tahun 1849 M. Sampai sekarang
mu'tamarmu'tamar seperti itu masih tetap berlangsung.

Dalam mu'tamar-mu'tamar semacam itu hadir ratusan ilmuwan orientalis. Misalnya, Mu'tamar
Oxford. Dalam mu'tamar ini telah hadir tidak kurang dari 900 ilmuwan dari 25 negara, 80
universitas dan 69 lembaga ilmiah.

Kegiatannya ditunjang oleh lembaga-lembaga orientalisme, seperti Lembaga Asiatik di Perancis,


didirikan tahun 1822 M. Lembaga Hak Milik Asia di Inggris, didirikan tahun 1823 M, Lembaga
Orientalisme Amerika, didirikan tahun 1842 M dan Lembaga Orientalisme Jerman, didirikan
tahun 1845 M.

Keempat : Majalah-majalah Orientalis


Mereka memiliki majalah dan penerbitan dalam jumlah besar. Lebih dari 300 majalah dalam
bentuknya yang beraneka ragam dan dalam berbagai bahasa, antara lain
1. The Muslim World, didirikan oleh Samuel Zwemer (meninggal tahun 1952 M) di Inggris.
Tahun 1911 M ia menjadi Ketua Gerakan Kristenisasi di Timur Tengah.
2. Mir Islama terbit di Petersburg tahun 1912 M. Tapi majalah ini tidak berumtr panjang.
PN3362 52

3. Sumber Air Timur', diterbitkan di Wina, 1809—1818 M.


4. Islam, terbit di Paris, 1895 M. Kemudian tahun 1906 M diubah menjadi majalah Islamic
World yang diterbitkan oleh Missi Ilmiah Perancis di Marokko. Terakhir berubah lagi menjadi
majalah Islamic Studies.
5. Tahun 1910 M di Jerman terbit sebuah majalah berbahasa Jerman, Der Islam.

Kelima: Orientalisme Mengabdi Penjajah


Carl Heinrich Becker (meninggal tahun 1933 M) adalah pendiri majalah Islam di Jerman. Ia
melakukan kajian tentang Timur untuk kepentingan penjajahan di Afrika.

Barthold (meninggal tahun 1930 M), pendiri majalah The Muslim World Rusia, melakukan
penelitian untuk kepentingan Rusia di Asia Tengah.

Snouck Horgronje dari Belanda (1857—1936) pernah datang ke Makkah tahun 1884 dengan
nama Abdulghaffar. Ia tinggal di Makkah selama kurang lebih setengah tahun. Kemudian
kembali dengan sejumlah la.poran untuk kepentingan penjajahan di dunia Islam bagian Timur.
Sebelumnya ia pernah tinggal di Indonesia selama 17 tahun.

Lembaga bahasa-bahasa Timur di Paris, didirikan tahun 1885 M, bertugas sebagai pengumpul
data dan informasi tentang negara-negara Timur dan Timur Jauh untuk memudahkan penjajah
menancapkan kukunya di kawasan-kawasan tersebut.

Keenam: Ide-ide Orientalisme yang Sangat Berbahaya


George Sale, dalam kata pengantar terjemahan al-Qur'annya (1736 M), menyatakan bahwa al-
Qur'an adalah produk dan karangan Muhammad. Ini, kata dia, tidak dapat dibantah.

Richard Bell menganggap Muhammad dalam menyusun al-Qur'an telah mengambil sumber
Yahudi, khususnya Perjanjian Lama dan sumber Nashrani.

Reinhart Dozy (Meninggal 1883 M) menganggap bahwa al-Qur'an -mengandung selera sangat
buruk. Di dalamnya tidak ada yang baru, kecuali sedikit. Selain gaya bahasanya yang tidak
menarik, kalimat-kalimatnya terlalu panjang dan membosankan.

Menteri urusan koloni Inggris di dalam salah satu isi laporannya yang disampaikan kepada
PN3362 53

Kepala Pemerintahan 9 Januari 1938 menyatakan, "Kami telah mengambil pelajaran dari perang.

Ternyata persatuan Islam adalah sangat berbahaya. Ini harus diperangi oleh kerajaan. Bukan
hanya Kerajaan yang merasakan demikian, tetapi juga Perancis. Kami sangat bahagia karena
Khilafah Islamiyyah telah hilang dari peredaran. Saya berharap semoga tidak akan muncul
kembali."

Saledon Amous berkata,'bahwa'Ajaran Muhammad hanyalah merupakan perundang-undangan


Romawi bagi sebuah kerajaan Timur, terutama dalam soal politik dan peraturan hak milik." Ia
berkata lebih lanjut, "Perundangundangan Muhammad tidak lain hanyalah perundang-undangan
Justinianus yang berbaju Arab.'

Filosof Perancis Ernest Renan berkata, "Filsafat Arab adalah filsafat Yunani yang ditulis dengan
huruf Arab."

Sedangkan Louis Massignon, tokoh perusak ini, menganjurkan agar bahasa Arab ditulis dengan
huruf latin dan menggunakan bahasa 'Amiyyah.

CATATAN
Meski demikian, orang-orang orientalis cukup berjasa dalam menggali buku-buku warisan Islam
dan disebarkannya setelah ditahqiq dan disistematikkan.

Banyak diantara mereka yang memiliki metodologi ilmiah yang cukup membantu dalam
penelitian.

Sebagian mereka ada juga yang memiliki kesabaran, ketekunan dan ketelitian dalam mentahqiq,
menyaring dan menelusuri persoalan.

Seorang Muslim hendaknya kritis dalam menelaah karya-karya mereka, seraya berhati-hati
terhadap hal-hal yang merusak dan menyimpang. Seorang Muslim harus membuang yang salah
atau membongkar kesalahannya kemudian dilakukan penolakan. "Hikmah adalah barang hilang
milik kaum muslimin. Di mana saja ia ditemukan, kaum muslimin berhak memilikinya."
PN3362 54

AKAR PEMIKIRAN DAN SIFAT IDEOLOGINYA


Sebenarnya orientalisme adalah akibat gesekan yang terjadi antara Timur yang Islam dan Barat
yang Nashrani pada masa Perang Salib dengan melalui delegasi-delegasi resmi ataupun melalui
perjalanan-perjalanan.

Pendorong utamanya ialah aspek theologi Nashrani yang berambisi menghancurkan Islam dari
dalam dengan cara tipu daya dan kecurangan. Tetapi kemudian, pada masa-masa terakhir ini,
orientalisme bagaimanapun juga mulai tampak melepaskan diri dari belenggu tersebut dan
beralih mendekati semangat ilmiah.

PENYEBARAN DAN KAWASAN PENGARUHNYA


Barat merupakan arena gerakan kaum orientalis. Mereka terdiri atas orang-orang Jerman,
Inggris, Perancis, Belanda dan Hongaria. Mereka sebagian muncul di Italia dan Spanyol.
Sekarang, Amerika merupakan pusat orientalis yang tersohor. Di sana banyak terdapat pusat-
pusat orientalisme dan pengkajian Islam.

Pemerintah, lembaga-lembaga ekonomi, yayasan dan bahkan gereja tidak segan-segan menguras
dana untuk kepentingan orientalisme. Selain mengeluarkan dana keuangan dan dukungan,
mereka juga menyediakan fasilitas untuk pengkajian keislaman
di universitas-universitas, sampai jumlahorientalis menjadi ribuan orang.

Gerakan orientalisme diciptakan untuk mengabdi kepada penjajahan dan gerakan Kristenisasi.
Terakhir gerakan ini dimanfaatkan kaum Yahudi dan Zionisme untuk kepentingannya dalam
rangka melumpuhkan Timur yang Islami dan menancapkan dominasinya, baik langsung ataupun
tidak langsung.

RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME Tarikh: 7/22/2002

RESOLUSI SEMINAR ISLAM DAN ORIENTALISME


PERINGKAT KEBANGSAAN

Anjuran: Persatuan Ulama’ Malaysia


Pada: 20-21 Julai 2002
PN3362 55

Seminar yang dihadiri oleh 150 orang peserta daripada para alim ulama’, para cendiakawan, para
profesional, para pelajar, para pemimpin dan ahli beberapa NGO Islam, para aktivis masyarakat
dan lain-lain; Setelah mengambilkira beberapa pembentangan Kertas Kerja dan Majlis Forum
seperti berikut:

• Ucap Utama dan Perasmian: Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin ( Yang Dipertua
Persatuan Ulama’ Malaysia)
• Ustaz Mohd Darus Senawi (Institut Ibnu Khaldun)
• Prof Madya Dr. Muhamed Redzuan Othman (UM)
• Tn. Haji Mohd Azmi Abdul Hamid (TERAS)
• Ustaz Uthman El- Muhammady (IKIM)
• Profesor Zakaria Stapa (UKM)
• Prof. Madya Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor (USM)
• Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid (UM)
• Professor Abd Fattah El- Awaisi (Al-Maktoum Institute, UK)
• Professor Muhammad Abu Bakar (UM)
• Ustaz Mat Taib Pa (UM)
• Forum Perdana daripada ahli panel berikut:
1. Ustaz Hj. Abdul Ghani Samsudin (YDP PUM)
2. Ustaz Alias Zakaria (USM)
3. En Shahrum TM Sulaiman (UiTM)

Maka Dengan ini Seminar Meluluskan Resolusi seperti Berikut:

1. Memahami bahawa orientalisme merupakan gerakan dan ideologi gabungan institusi


akademik, imperialis dan Kristianisasi yang mempunyai sikap permusuhan yang mendalam
terhadap Islam dan Timur. Ia membuat kajian, menulis, mengajar tentang selok-belok Timur
sama ada dalam bidang agama, sosiologi, sejarah, fisiologi, antropologi, bahasa dan lain-lain
dengan tujuan–tujuan untuk menabur penyelewengan, menanam kekeliruan dan menjajah tanah
air umat Timur serta Islam dalam usaha untuk mengubah wajar timur .
PN3362 56

2. Mengambil perhatian bahawa orientalis menggunakan pelbagai metod dan tindakan yang
sistematik tetapi imiginatif dan tidak objektif untuk merealisasikan tujuan jahat mereka.
Antaranya ialah menubuhkan pusat dan institut kajian, menerbitkan buku dan majalah,
“merompak” manuskrip khazanah Islam dan membandingkan Barat dengan Timur.

3. Mengambil perhatian bahawa hubungan yang amat rapat antara orientalis dan Kristianisasi
khususnya setelah perang Salib dalam usaha untuk mengkristiankan umat Islam dengan pelbagai
cara termasuk melalui memecahbelah dan memporak perandakan umat Islam.

4. Berpendirian bahawa pihak orientalis sentiasa tunduk dan diperkudakan oleh kuasa-kuasa
besar Barat, membenarkannya dan membantunya melalui hasil-hasil kajian mereka dalam
mengekalkan penguasaan politik dan meluaskan pengaruh ekonomi terhadap dunia Timur
khususnya umat Islam.

5. Mengingatkan bahawa gerakan orientalis telah menjalankan gerakan serangan pemikiran yang
hebat melalui usaha-usaha untuk mengubah imej Islam dan menyelewengkan fakta-fakta sebenar
mengenai Islam, al-Quran al-Karim, Hadis, akidah , Nabi Muhammad dan sebagainya melalui
kajian dalam bidang teras disiplin ilmu Islam seperti pengkajian Al-Quran, Hadith, Bahasa Arab,
Tasawwuf, Syariah dan lain-lain.

6. Mengambil perhatian bahawa gerakan orientalis berusaha mengurangkan perasaan sensitiviti


umat Islam terhadap Islam, mengagongkan tamadun barat, menjuzu`kan Islam dan menghakis
keyakinan umat Islam kepada sistem-sistem yang terdapat dalam Islam terutamanya dalam hal-
hal perundangan Islam , Pentadbiran Islam, hak asasi dalam Islam dan lain-lain.

7. Menyedari bahawa pengaruh-pengaruh negatif orientalis khususnya orientalis Amerika


terhadap masyarakat awam Islam melalui hiburan dan keseronokan yang disiarkan melalui media
massa dengan meracuni dan mengubah budaya dan institusi kemasyarakatan umat Islam.

8. Mengambil perhatian orientalisme yang sentiasa menjadikan umat Islam di kalangan pemikir
(cendiakiawan), pentadbir, pemimpin, pemilik-pemilik media sebagai penyampai idea-idea jahat
orientalis.
PN3362 57

9. Menginsafi bahawa orientalisme adalah gerakan yang mendokong dan memperjuangkan idea-
idea sekularis, liberalis, nasionalis dan modenis.

10. Menegaskan bahawa pengaruh orientalis di Malaysia amat jelas hari ini dengan pelbagai isu
yang dibangkitkan oleh pengikut-pengikutnya seperti penentangan terhadap hukum Islam
terutamanya hudud, penolakan Hadis dan penghinaan ulama’.

11. Menyedari bahawa pengaruh orientalis juga telah menular dalam sistem pendidikan di
sekolah dan universiti di Malaysia terutamanya yang berkaitan dengan penyelewengan fakta
sejarah Islam dan memberi penekanan kepada bahasa dan sastera Inggeris.

12. Mengambil perhatian bahawa bahasa Arab adalah bahasa Islam serta umat Islam dan tulisan
Arab atau jawi mempunyai kaitan dengan warisan ilmu-ilmu Islam yang apabila ditinggalkannya
akan memutuskan hubungan warisan tersebut.

13. Akur bahawa terdapat segelintir orientalis yang mengkaji dan menulis mengenai Islam
dengan objektif dan bertanggungjawab yang boleh dimanfaatkan oleh umat Islam terutamanya
dari aspek metodologi penyelidikan.

Maka Seminar Islam dan Orientalisme ini;

1. Menyeru umat Islam agar mengambil sikap kewaspadaan intelektual terhadap fakta-fakta,
hujah-hujah dan rumusan-rumusan yang diutarakan oleh pihak orientalis melalui ilmu Islam
yang sebenar dan memiliki kerohanian yang mantap.

2. Mendesak seluruh umat Islam bersepakat memusuhi orientalis dan menentang mereka melalui
gerakan dan organisasi dengan usaha bersungguh-sungguh dan tekun yang setara atau lebih
daripada apa yang dilakukan oleh orientalis itu sendiri.

3. Menyeru cendiakawan dan institusi-institusi Islam supaya bekerjasama dalam usaha


menyebarkan maklumat yang sebenar mengenai Islam dan mengkaji tentang barat dengan
PN3362 58

mendalam dan ilmiah seperti menyediakan enskelopedia Islam dan menterjemah sebahagian
daripada buku-buku utama mengenai orientalis.

4. Menegaskan perlunya umat Islam bersatu atas dasar akidah dan syariah supaya mereka
menjadi umat yang kuat dan ditakuti musuh.

5. Menyeru pengkaji-pengkaji sejarah supaya mengkaji sejarah Melayu yang sebenarnya dan
menilai semula fakta sejarah yang diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

6. Menolak orientasi Barat dalam pendidikan sama ada dalam bahasa atau mata pelajaran dan
kursus yang diajar.

7. Mendesak institusi ilmiah dan gerakan Islam menyediakan sistem pendidikan Islam yang
berkesan.

8. Mengingatkan orang Islam yang terpengaruh dengan orientalisme agar kembali kepada ajaran
Islam yang sebenar dan mendesak pihak berkuasa mengatur dialog ilmiah dengan golongan ini
serta mendedahkan kesilapan mereka kepada masyarakat umum sekiranya mereka masih terus
mengambil sikap yang sama.

9. Menyeru badan-badan Islam dan institusi pengajian memperbanyakkan seminar-seminar


berhubung dengan isme-isme dan aliran-aliran pemikiran moden yang bertentangan dengan
Islam terutamanya orientalis serta mendedahkannya kepada masyarakat umum melalui kuliah
dan ceramah.

10. Menegaskan keperluan memperbanyakkan pendakwah-pendakwah yang berwibawa dan


profesional.

11. Mendesak semua pihak terutamanya ahli-ahli politik dan pemimpin negara mempertahankan
Islam dengan penuh kejujuran.

12. Mendesak kerajaan Malaysia mendaulat tulisan jawi dan bahasa Arab.
PN3362 59

13. Mendesak Negara Arab mempermudahkan proses penerimaan pelajar asing khususnya dari
negara umat Islam dan membuka ruang yang luas kepada mereka untuk belajar di universiti di
sana.

Memahami Orientalis
Kiriman pada Friday, February 03 @ 23:05:08 MYT
Topik: Artikel
Mohd Rumaizuddin Ghazali
Menurut bahasa orientalisme diertikan dengan ilmu tentang ketimuran atau pengajian tentang
dunia Islam manakala orientalis adalah orang yang pakar dalam bidang pengajian ketimuran atau
pengajian Islam. Oleh itu, orientalisme adalah kajian akademik yang dilakukan oleh para ilmuan
Barat mengenai Islam dan kaum Muslimin dari seluruh aspeknya termasuk akidah, syariah,
kebudayaan, peradaban, sejarah dan manusia. Ia bertujuan untuk membentuk pandangan umum
dan dalam hal-hal tertentu untuk menguasai dunia Islam yang mencerminkan latar belakang
ideologi, sejarah dan kebudayaan antara Barat dan Timur.

Orientalisme adalah disiplin akademik yang digunakan Barat untuk mendekati Timur secara
sistematik sebagai topik ilmu ketimuran, penemuan dan pengalaman. Dengan pendekatan
orientalisme pula, Barat berhasil memantapkan kehadirannya dalam bentuk ketenteraan,
ekonomi, budaya dan ideologi di hampir seluruh dunia Islam yang kini pengaruhnya masih
dirasakan kuat.

Dalam buku Gerakan Keagamaan dan dan Pemikiran yang disusun oleh WAMY, orientalisme
adalah gelombang pemikiran yang mencerminkan berbagai kajian ketimuran yang berkaitan
dengan Islam.Biasanya aspek yang menjadi kajian golongan ini seperti agama, seni, bahasa dan
kebudayaan. Kesan dari aktiviti orientalisme menghasilkan pandangan besar dalam membentuk
persepsi Barat terhadap Islam dan dunia Islam. Persepsi yang terbentuk iaitu kemunduran pola
fikir dunia Islam dalam rangka pertarungan peradaban antara Timur dan Barat.

Kajian orientalisme memiliki karakteristik pokok yang tidak dapat dipisahkan dari pengertian
khusus yang secara singkatnya adalah bahawa orientalisme merupakan kajian yang mempunyai
ikatan yang kuat dengan penjajahan Barat ke atas dunia Timur, khususnya Britian dan Perancis
sejak akhir abad ke 18 hingga akhir Perang Dunia Kedua. Kemudian diwariskan kepada Amerika
PN3362 60

Syarikat yang mewakili negara-negara imperialis pasca Perang Dunia Kedua hingga sekarang. Di
samping itu, orientalisme juga berkait rapat dengan missionari. Hal ini dapat dilihat banyaknya
kaum Kristian dan Yahudi yang bekerjasama dengan kaum orientalis untuk melakukan kajian
Islam yang bertujuan untuk mengetahui celah-celah yang dapat dimasuki untuk memutar belit
fakta kebenaran Islam, menaburkan keraguan dan berusaha untuk menjauhkan mereka daripada
ajaran Islam.

Tidak ada satu kajian akademik yang mendapat nasib lebih buruk daripada kajian mengenai
keislaman di dunia Barat. Sejak awal memang telah terdapat akar-akar permusuhan Yahudi dan
Kristian terhadap Islam. Golongan ahli Kitab ketika mengetahui kedatangan nabi Muhammad,
mereka segera mendustakannya dan memutar belit peranan nabi sebagai pembawa amanah Allah
dan al-Quran berkali-kali memberi tantangan atas tuduhan mereka.

Oleh itu, sesuatu kajian yng bersifat apa pun di dunia Barat mengenai pengajian Islam baik yang
bersifat polimek, agama, perdagangan, diplomatik, ilmiah dan akademik terus berlangsung sejak
masa lalu yang sebahagian besarnya masih diwarnai oleh akar-akar kebencian yang mendalam.
Mereka mendakwa kemunduran umat Islam adalah disebabkan mereka terpengaruh dengan
tradisi Islam yang ketinggalan zaman.

Oleh itu, kaum orientalis berkesimpulan bahawa satu-satunya jalan menuju kemajuan adalah
dengan mengadopsi materialisme Barat dan tamadunnya. Mereka juga menimbulkan keraguan
terhadap Islam dan kaum Muslimin yang berkisar pada; bahawa al-Quran adalah hasil karya nabi
Muhammad, hadith nabi tidak boleh dijamin kebenarannya, Islam tidak lebih daripada gerakan
politik di dunia Arab sahaja, Islam anti kehidupan metropolitan dan sebagainya. Anggapan-
anggapan keliru hampir selalu mewarnai potret yang ditulis oleh kaum orientalis mengenai
agama, kebudayaan, sejarah dan peradaban Islam.

Satu-satunya jalan untuk mengatasi kebatilan yang digemburkan oleh Barat adalah
tanggungjawab ilmuan Muslim untuk segera mendirikan pusat-pusat pengkajian yang
menyelidik kebatilan dan kekeliruan ilmiah kaum orientalis. Dengan kata lain, untuk
menghancurkan kebatilan pemikiran harus dengan pemikiran yang lurus berdasarkan logika dan
hujah akal. Walaupun begitu, tidak kesemuanya orientalis adalah jahat. Orientalis turut memberi
sumbangan yang bererti bagi kajian ketimuran dan keislaman. Dunia orientalis telah melahirkan
sejumlah sarjana yang bersimpati yang mengabdikan sebahagian besar hidupnya untuk menkaji
PN3362 61

masalah-masalah keislaman semata-mata dengan tujuan ilmiah murni yang dijiwai semangat dan
sikap objektif.

Jika bukan kerana jasa-jasa mereka, banyak karya-karya ulamak Muslim klasik barang kali tidak
dapat ditemukan sekarang. Yang lebih positif lagi, tidak sedikit di antara mereka yng memeluk
Islam setelah terlebih dahulu mengadakan pengkajian. Kemudian mereka menangkis karya-karya
orientalis yang lain yang diwarnai sikap bias dan kedengkian.

Namun begitu, mempelajari orientalis juga merupakan keperluan kepada orang Islam bagi tujuan
mengkaji dan menelaah sikap orang bukan Islam tentang Islam, al-Quran, kenabian dan umat
Islam yang ilmiah. Perkara ini merupakan kewajipan bagi orang Islam untuk mengetahui
penilaian pihak lain terhadap ajaran Islam dan merupakan haknya untuk nenelaah pandangan dan
penilaian tersebut secara kritis.

Di samping itu, menyanggah tuduhan-tuduhan kaum orientalis terhadap Islam dan umat Islam
dengan mengungkap, menganalisisa dan meluruskan tuduhan-tuduhan baik disengaja ataupun
kerana kesalahan metodologi dan material. Ia juga bertujuan menumbuhkan kesedaran terhadap
kesalahan yang dilakukan oleh orientalis kerana kejahilan, salah faham atau kerana sempitnya
wawasan keislaman yang mereka miliki.

Orang Islam juga perlu mengambil manfaat hasil karya orientalis khususnya kajian objektif
ilmiah murni yang tidak dicemari motif-motif misi keagamaan dan penjajahan terutama beberapa
orientalis moden seperti Thomas Arnold. Orientalis yang menunjukkan sikap bermusuhan dan
tidak ilmiah sebenarnya bukan sahaja merosakkan citra rasa Islam akan tetapi juga mencemari
nama baik kaum orientalis yang objektif, sehingga setiap karya orientalis dipandang sebagai
kumpulan sikap permusuhan terhadap Islam yang diilmiahkan.

Sering kali juga kaum orientalis melemparkan Islam sebagai agama keganasan dan orang Islam
sebagai ganas. Mereka mendakwa Islam masih ganas kepada mereka berdasarkan kepada hanya
beberapa kerat pemimpin Islam yang berani tampil memberi pendapat yang bertentangan dengan
pendapat mereka ataupun beberapa peristiwa ganas yang dilakukan oleh segelintir pejuang Islam
kerana kezaliman Barat sendiri.
PN3362 62

Niat mereka adalah untuk memberi suatu persepsi terhadap Islam iaitu Islam itu ganas dan
jahat.Mereka tidak perlu memberi alasan lagi jika mereka ingin melakukan sebarang kekejaman
terhadap orang Islam. Justeru itu, orang Islam harus sentiasa berwaspada dan mengambil langkah
yang positif dan strategik untuk mengatasi hal ini. Antara langkah yang harus diambil ialah
menjelaskan tentang agama Islam melalui pelbagi cara termasuk penulisan dan media massa
yang berdasarkan fakta dan bukan sekadar kata-kata retorik.

Orang Islam juga harus berusaha meningkatkan keilmuan terutama dari segi sains dan teknologi
yang boleh menandingi kemampuan orang-orang Barat dan menampilkan cara hidup yang lebih
progresif, dinamik, mampu menangani krisis secara bijak dan mampu menggerakkan manusia ke
arah kemajuan. Oleh itu, menjadi kewajipan orang Islam di Malaysia untuk berusaha mewujukan
satu masyarakat yang harmonis dengan meningkatkan kemajuan dirinya melalui prinsip Islam.
Islam harus dirasai oleh orang Islam dan orang bukan Muslim dalam segala aspek kehidupan di
negara ini kerana agama Islam rahmat untuk alam sejagat.

Akar Pemikiran Islam Liberal


Posted by Administrator on 2006/4/11 18:40:56 (1242 reads)
Oleh:Khalif Muammar A. Harris (KDH)

Mukaddimah

Di akhir abad keduapuluh Masehi, Umat Islam dikejutkan dengan fenomena baru dalam
pemikiran Islam. Golongan yang memperkenalkan diri dengan nama Islam Liberal telah
menggemparkan dunia Islam dengan isu-isu yang kontroversial dan ide-ide yang berani. Gerakan
Islam Liberal cukup popular di Indonesia, namun begitu tidak ramai yang menyedari sebenarnya
gerakan ini mempunyai jaringan yang luas bukan sahaja di dunia Islam bahkan juga hampir di
serata dunia: Mesir, India, Pakistan, Bangladesh, Amerika, Perancis, Malaysia, Turki, Jordan,
Sudan, Syria, Moroko, Tunisia, Lebanon, Algeria, Nigeria dll.

Pada dasarnya, Islam Liberal merupakan ‘produk’ baru untuk menjelmakan kembali modenisme
di Abad ke-21. Modenisme Islam telah lama muncul di kalangan intelektual Muslim dan menjadi
satu tren pemikiran yang berpengaruh dalam dunia Islam sejak Abad ke-19M. Tulisan ini
PN3362 63

bertujuan untuk melacak dan mencari penjelasan tentang akar ideologis gerakan Islam Liberal
sekaligus menyorot perkembangan terbaru yang berlaku kepada tren pemikiran ini yang cukup
banyak diperdebatkan dalam perbahasan ilmiah dewasa ini. Hipotesis kajian ini adalah bahawa
adanya kesinambungan dan pengaruh yang kuat antara sekularisme, orientalisme, modenisme
Islam dengan Islam Liberal.

Kemunculan Modenisme Islam adalah akibat dari pertemuan yang tidak seimbang daripada dua
dunia: Islam dan Barat. Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun terhadap umat Islam sedikit
sebanyak menyebabkan sikap rendah diri atau inferiority-complex apabila berhadapan dengan
peradaban yang canggih dan hebat. Perlu digarisbawahi di sini bahawa modenisme Islam
bukanlah aliran pemikiran yang tunggal dan jelas, tetapi ia mencakupi beberapa aliran pemikiran
sesuai dengan istilah modenisme itu sendiri yang kabur. Gerakan modenisme telah mengalami
banyak perubahan setelah kemunculan Fazlur Rahman (1919-1988) yang telah merangka
framework pemikiran neomodenisme pada awal 80an. Usaha beliau walaubagaimanapun telah
‘dimanfaatkan’ oleh orang-orang yang berkepentingan, untuk menjustifikasikan lahirnya
pemikiran yang lebih radikal, liberal dan berani. Golongan ini kemudian diberi nama Islam
Liberal.

Modenisme Islam mengambil semangat pembaharuan dan reformasi. Dengan melihat model
pembaharuan (modenisasi) yang telah berjaya merubah masyarakat di Barat. Modenisme di
Barat telah menghasilkan apa yang dinamakan enlightenment, revolusi industri dan akhirnya
telah meletakkan Barat sebagai negara yang maju dan pemimpin dunia. Menyedari kemunduran
dan keterbelakangan Umat Islam, dan setelah mereka mengkaji faktor kemajuan Barat maka
golongan modenis mengambil kesimpulan bahawa Umat Islam perlu bersikap terbuka terhadap
tamadun Barat untuk menguasai sains Barat dan seterusnya mengikuti rentak kemajuan. Sikap
keterbukaan ini didasari oleh pendirian bahawa ilmu itu bersifat bebas nilai atau neutral tidak
diwarnai oleh ideologi pembawanya dan terserah sepenuhnya kepada pengguna sains tersebut
untuk dapat digunakan sesuai kehendaknya. Apabila telah terbukti bahawa sains yang sama telah
berjaya memberi kemajuan kepada masyarakat Barat, maka tentunya apabila digunakan oleh
Umat Islam ianya juga akan dapat menjanjikan kemajuan.

Modenisme Islam dan Modenisme Barat.


PN3362 64

Oleh kerana modenisme Islam sangat berkait rapat dengan modenisme Barat, maka sebelum
membicarakan tentang modenisme Islam, sangat penting sekali untuk memahami konsep
modenisme dan modenisasi dan kemunculannya di Barat. Perlu digaris bawahi di sini bahawa
kemunculan modenisme Islam hanya berlaku sebagai satu konsekuensi daripada interaksi dunia
Islam dengan tamadun Barat. Satu fakta yang perlu diingat adalah bahawa Umat Islam sejak
abad ke 16/17M telah dijajah dan diinfiltrasi oleh pemikiran dan budaya yang asing daripada
pemikiran, budaya dan agama mereka. Reaksi dari diri Umat pada ketika itu adalah di antara
penolakan dan penerimaan. Golongan tradisionalis lebih cenderung untuk menentang dan
mengasingkan diri dari segala bentuk pembaratan (Westernization). Adapun golongan modenis
yang pada masa itu mempunyai latarbelakang pendidikan Barat, melihat segala kebaikan berada
dalam tamadun Barat, dan adalah satu kerugian besar bahkan dianggap kekolotan berfikir apabila
umat Islam tidak tampil untuk memperolehinya.

Modenisme di Barat digerakkan oleh falsafah enlightenment-humanism yang berhasil


mempengaruhi pemikiran sebagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual mereka.
Kemunculan ahli-ahli falsafah seperti Immanuel Kant, David Hume, Nietzsche dan lain-lain
telah memberikan penekanan terhadap rasionalisme dan kebebasan (liberalisme) atau
pembebasan manusia daripada tradisi dan dogma. Gerakan keintelektualan ini semakin kuat
dengan munculnya falsafah eksistensialisme oleh Sartre dan logical-positivism oleh kelompok
yang dikenali dengan Vienna Circle.

Pada hari ini gerakan humanisme dipelopori oleh Council for Secular Humanism. Menurut
mereka secular humanism bermaksud “cara berfikir dan cara hidup yang bertujuan untuk
memberikan yang terbaik bagi manusia dengan menolak segala kepercayaan agama dan kuasa di
luar tabi’i. Humanisme sekular menekankan rasio manusia dan pengkajian saintifik, kebebasan
individu dan pertanggung-jawaban, nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang dan keperluan
terhadap toleransi dan kerjasama”.

Penjelasan tentang humanisme sekular di atas memperlihatkan wujudnya dikotomi antara agama
dan sains, antara moralitas dan kebebasan individu, antara Tuhan dan nilai-nilai kemanusiaan.
Terlepas daripada elemen-elemen yang tampak baik yang terdapat dalam pemikiran ini,
penumpuan kepada kerasionalan, penolakan terhadap agama, dan kebebasan individu dalam
menentukan segala sesuatu, pastinya memberi kesan negatif khususnya bagi seorang Muslim.
Oleh kerana itu, penilaian perlu dilakukan secara menyeluruh dan sebaiknya penjelasan tentang
PN3362 65

modenisme dilakukan dari dua sudut pandang yang berbeza: Barat dan Islam. Seorang penulis
Muslim berasal dari Perancis dan menetap di Mesir, Renė Guenon, menjelaskan bahawa
modenisme pada intinya adalah penolakan terhadap segala apa yang berbentuk divine,
transcendent dan supernatural. Ia adalah penolakan yang dilakukan oleh enlightment-humanist
terhadap tradisi dan otoriti, demi kepentingan akal dan sains tabi'i. Ia dicipta atas dasar perkiraan
bahawa kuasa individu yang menjadi satu-satunya sumber bagi makna dan kebenaran.

Demikianlah dapat disimpulkan bahawa pengaruh humanisme Barat sangat kuat dalam kerangka
pemikiran modenisme Islam. Dalam menjelaskan hakikat liberalisme Islam, Leonard Binder
menegaskan bahawa perbahasan rasional menjadi tonggak utama golongan Islam Liberal ini.
Rasionalisme, dalam erti mendewakan akal fikiran dan menjadikannya kayu ukur dalam menilai
segala sesuatu, yang menjadi asas peradaban Barat juga dianut oleh golongan modenis dan
liberal Muslim. Dalam mendefinisikan modenisme Islam Charles Kurzman, seorang lagi ideolog
Islam Liberal, dalam bukunya Modernist Islam mengatakan bahawa seorang modenis bukan
sahaja menerima nilai-nilai moden dari Barat sebagai sesuatu yang benar melainkan juga usaha
untuk memperjuangkan modenisme Barat (proponent of modernity) yang termasuk di dalamnya
rasionaliti, sains, kedaulatan perlembagaan (constitutionalism), dan persamaan manusia.

Bahkan peranan seorang modenis menurut beliau bukan sahaja dalam mencari persamaan di
antara nilai-nilai moden dengan nilai-nilai atau ajaran Islam. Lebih dari itu, seorang modenis
mesti berusaha untuk memperkasakan dan membangunkan teori yang kukuh yang dapat
membuktikan adanya persamaan dan kesesuaian tersebut. Dari sini tampak jelas bahwa gerakan
ini mempunyai prakonsepsi dalam memahami Islam. Penyatuan di antara modern values dan
ajaran Islam pada realitinya dilakukan dengan tidak adil iaitu dengan memilih sebahagian tradisi
dan teks-teks agama yang mampu menyokong nilai-nilai Barat. Sedangkan kajian terhadap
tradisi Barat sendiri dilakukan dengan penuh apresiasi dan tidak kritis.

Berkenaan dengan tema-tema Islam Liberal, mengikut tulisan mereka sendiri, dapat dilihat
sebenarnya tidak jauh berbeda dengan modernist Islam. Di antaranya adalah demokrasi,
pembelaan hak-hak perempuan, kebebasan bersuara, dan masa depan kemajuan manusia. Tema-
tema yang diangkat memberikan impresi bahwa siapapun yang rasional tidak mungkin menolak
perjuangan mereka. Di sebalik itu ada keinginan untuk memonopoli perjuangan untuk
kemanusiaan, sedangkan agama Islam sejak mula telah memperjuangkan kepentingan manusia.
Tema-tema di atas tampak menarik dan segar, tetapi ini berbeda dengan tema-tema yang selalu
PN3362 66

menjadi perdebatan hangat di kalangan umat Islam. Isu-isu seperti penolakan Syari'at, pluralisme
agama, kebebasan berijtihad, penolakan otoriti agama dan hermeneutik sebenarya yang menjadi
perbahasan utama gerakan ini.
Pandangan bahawa perlunya penyesuaian di antara Islam dan nilai-nilai Barat, di antara wahyu
dan kemodenan, adalah dengan andaian bahawa keduanya tidak bertentangan dan sesuai
(compatible). Atas andaian inilah maka peranan menyesuaikan di antara keduanya bukan perkara
yang rumit. Persoalannya adalah adakah andaian ini betul? Apakah tidak ada pertembungan nilai/
prinsip di antara worldview Islam dan worldview Barat. Pemikir Islam seperti Syed Muhammad
Naquib al-Attas menyatakan bahawa Islam mempunyai pandangan hidup yang jauh berbeza
dengan pandangan hidup Barat. Pandangan hidup Barat meletakkan falsafah humanisme,
rasionalisme, sekularisme sebagai asas peradaban mereka. Sedangkan falsafah-falsafah ini amat
asing dan tidak perlu dalam konteks umat yang beragama Islam. Isma'il al-Faruqi mengatakan
bahawa humanisme Barat sekarang banyak dipengaruhi oleh humanisme Greco-Roman, yang
terlalu mendewakan manusia dan sebagai reaksi kepada tradisi Kristian yang sebenarnya
merendahkan nilai-nilai kemanusiaan. sebaliknya Islam telah dengan secara tidak langsung
meninggikan martabat manusia, maka dari itu, al-Fa>ru>qi> menyimpulkan bahawa humanisme
dalam Islam adalah satu-satunya yang asli dan terbaik. Dengan alasan kuatnya pengaruh
sekularisme dan humanisme dalam tamadun Barat, al-Attas menekankan perlunya ilmu-ilmu
Barat diIslamisasikan terlebih dahulu sebelum ianya diterima oleh umat Islam untuk
mengelakkan berlakunya dikotomi dalam diri umat Islam dan wujudnya dilema atau krisis minda
yang menjadikan umat Islam keliru, lemah dan berpecah belah.

Untuk melihat sejauh manakah kesan dan pengaruh secular humanisme dan postmodenisme
terhadap pemikiran Islam Liberal kita dapat lihat dalam tema-tema yang dibangkitkan oleh
ideolog-ideolog Islam Liberal seperti Nasr Hamid Abu Zayd (lahir 1943), Muhammad Said al-
Ashmawi (l. 1932), Muhammed Arkoun (l. 1928), Abdullahi Ahmed al-Nai'im (l. 1946) dan
Asghar 'Ali Engineer (l. 1939). Abu Zayd misalnya mengatakan bahawa Islam adalah agama
sekular (al-di>n al-ilma>ni>) dan hanya diskursus sekularisme ('ilma>niyyah), yang menurut
beliau berasal dari perkataan ilmu ('ilm), yang dapat membawa Umat Islam kepada pemodenan
dan kemajuan dan menyelamatkan mereka daripada kekolotan berfikir.

Adapun Muhammad Arkoun, beliau banyak terpengaruh dengan pemikiran postmodenisme


khususnya Jacques Derrida. Amat jelas terlihat metode deconstruct dan no truth-claim dalam
pemikiran Arkoun. Robert D. Lee dalam kata pengantarnya terhadap buku Arkoun, Rethinking
PN3362 67

Islam, mengatakan: "In the world Arkoun proposes, there would be no margins and no center, no
marginalized groups and no dominant ones, no inferior beliefs and no superior, truth-producing
logic."

Muhammad Said Ashmawi seperti pendahulunya 'Ali Abd al-Raziq, Wahid Ra'fat dan Faraj
Fawdah menentang konsep Islam syumul (way of life), baginya permasalahan politik terpisah
daripada agama. Beliau juga menolak keras pelaksanaan Syari'at Islam dengan alasan bahawa ia
akan memberikan kuasa politik kepada golongan agama dan mengakibatkan lahirnya negara
teokrasi. Dalam bukunya The Islamic State, Bagi Asghar Ali Engineer Hukum Islam adalah
ciptaan fuqaha, pelaksanaan Shari'at Islam bermakna pemerintahan teokrasi. Dan beliau juga
menyokong sepenuhnya pemerintahan sekular:

Secularism is highly necessary if India has to survive as a nation. But apart from survival of
Indian nationalism and Indian unity, secularism is necessary for modern democratic polity. And
this need for secular polity becomes much greater if the country happens to be as diverse and
plural as India. Secularism is a great need for democratic pluralism…. The most Orthodox
Muslim 'Ulama of Deobandi school preferred secular India to Muslim homeland or theocratic
Pakistan. They outright rejected the idea of Pakistan when mooted by Jinnah. They denounced
two nation theory on the basis of religion.

Radwan Masmoudi, seorang presiden Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) yang
merupakan sebuah pertubuhan yang berpengaruh di Amerika dan baru-baru ini menjelaskan
pendiriannya terhadap Islam Liberal. Beliau menjelaskan bahawa Liberal Islam memperjuangkan
kerajaan yang bertanggungjawab, kebebasan individu, dan hak-hak asasi manusia. Oleh karena
itu menurut beliau golongan ini merupakan Muslim majority di dunia Islam. Tentunya anggapan
bahawa golongan Islam Liberal adalah golongan majoriti umat Islam tidak berasas dan boleh
dipertikaikan. Ini kerana imej liberal yang mereka ketengahkan berbesa dengan apa yang mereka
maksudkan. Dalam hal ini istilah yang tepat bagi golongan yang mereka sebutkan adalah
progressif, bukan liberal. Jelas sekali istilah Islam Liberal itu sendiri sangat kabur dan
kontradiktif. Bahkan tokoh-tokoh yang disebutkan oleh Masmoudi, yang mengikut kategorisasi
Kurzman, seperti Muhammad Sali>m al-'Awwa>, Anwar Ibrahim dan Fathi Osman tidak pernah
dikategorikan sebagai Islam Liberal, tidak ada indikasi yang dapat mengaitkan pemikiran mereka
dengan pemikiran Islam Liberal. Tokoh-tokoh yang lain yang juga disebutkan seperti T}a>riq al-
PN3362 68

Bishri>, Abdul Karim Soroush, Abdulaziz Sachedina lebih dikenal sebagai modenis. Mungkin
ada yang bertanya mengapa tokoh-tokoh seperti Muhammad Iqbal, Yu>suf al-Qarad}a>wi,
Muhammad Natsir, Rashid Ghannouchi, Anwar Ibrahim disebut sebagai tokoh-tokoh dan
pendukung Islam Liberal? Terlepas daripada samada ia adalah satu kesilapan yang disengajakan
ataupun tidak, tentunya ia bertujuan untuk menarik perhatian umat Islam agar mudah
terpengaruh. Ironisnya, kenyataan Kurzman tersebut disangkal oleh kalangan Barat sendiri yang
majoritinya mengkategorikan al-Qaradawi sebagai fundamentalis.

Agama dan Akal

Islam Liberal beranggapan bahawa gerakan yang mereka lakukan adalah satu-satunya alternatif
yang melakukan usaha penyatuan di antara agama (faith) dan akal fikiran (reason). Mereka
melihat majoriti umat Islam mengikut aliran tradisionalis konservatif yang jumud dan tidak
memberi ruang kepada akal fikiran untuk berperanan dan berijtihad. Lebih dari itu, golongan
fundamentalis dikatakan telah berusaha untuk memonopoli pemahaman Islam, sehingga apa
sahaja pandangan yang tidak sesuai dengan kerangka berfikir mereka akan dicap sebagai tidak
Islamik.

Kalau dilihat daripada sejarah pemikiran dan perundangan Islam, penyatuan agama dan akal
bukan perkara yang baru, ia sememangnya telah ada dalam tradisi Islam. Terlalu banyak ayat al-
Qur'an dan Hadith yang memberikan perhatian kepada penggunaan akal fikiran. Bahkan melihat
kepada pelaksanaan Rasulullah s.a.w. terhadap text, dan pemahaman dan pelaksanaan para
Sahabat tidak pernah membelakangi akal fikiran. Akal berfungsi dengan baik sebagai
penterjemah dan memikirkan cara terbaik dalam melaksanakan tuntutan agama. Imam-imam
mazhab mengenal dan mencipta istilah-istilah seperti qiya>s, istih}sa>n, mas}a>lih} al-mursalah
dan maqa>s}id al-shari>‘ah yang merupakan sumber perundangan Islam yang diakui dalam
tradisi Islam.

Apabila adanya kecenderungan ulama’ masa kini yang kolot dan jumud dalam berfikir, ia tidak
bermakna tradisi atau Islam sendiri yang menyebabkan perkara tersebut terjadi. Justeru, ajaran
Islam menggalakkan penggunaan optimum akal fikiran dalam kerangka yang dibenarkan oleh
syari’ah itu sendiri. Oleh sebab itu sebenarnya tidak timbul istilah literal Islam versus liberal
Islam dalam memahami agama.
PN3362 69

Di sini dapat dikesan kecenderungan Islam Liberal dalam melihat agama dan akal sebagai dua
entiti yang otonom dan independen. Agama ataupun shari’ah, kerana dilihat amat terbatas jumlah
teksnya, bergerak dalam ruanglingkupnya yang tersendiri dan akal mempunyai peranan dalam
kerangka yang lebih luas yang dapat memastikan kerelevanan agama dalam dunia masa kini.
Oleh kerana itu kontradiksi berlaku di antara dua aliran pemikiran modenis atau Islam Liberal
dan ramai ulama’ dan pemikir Islam yang meletakkan syarat penggunaan akal fikiran agar tidak
bertentangan dengan mana-mana teks al-Qur’an dan al-Sunnah.

Bagi Islam Liberal apabila pertentangan di antara keduanya berlaku, maka teks al-Qur’an ini
perlu ditafsirkan melalui kaedah hermeneutik ataupun melalui pemahaman substantif agar tidak
lagi terpaku kepada pemahaman literal terhadap shari’ah, akan tetapi pemahaman yang Liberal.
Berangkat dari metodologi dan cara berfikir inilah, tidak sedikit daripada mereka yang hanya
melihat daripada shari’ah itu nilai-nilai universal yang juga ada dalam tamadun Barat bahkan
juga dikongsi bersama oleh mana-mana agama di dunia ini.

Penolakan Terhadap Otoriti Agama.

Liberalisme dan modernisme Islam menolak otoriti agama. Dalam wacana Islam Liberal banyak
penekanan diberikan kepada kebebasan berpendapat oleh siapa saja tentang apapun
permasalahan agama. Metodologi yang digunakan adalah relativisme, iaitu dengan mengatakan
bahwa kebenaran itu relatif tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak. Penolakan otoriti agama
ini penting agar kebebasan berpendapat/ ijtihad dapat dilakukan dan hanya dengan inilah
liberalisasi Islam akan berhasil. Atas dasar kebebasan berpendapat dan berijtihad inilah maka
Islam Liberal banyak merujuk kepada karya-karya orientalis-kristian kerana melihat mereka
adalah otoriti yang cukup kritis dan telah dapat mengemukakan pendekatan yang lebih rasional
dan berlainan.

Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan sangat penting. Cukup banyak ayat
dan hadis yang menuntut umatnya menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu.
Disiplin ilmu apapun memerlukan otoriti. Islam adalah subjek ilmu yang cukup ketat dalam
menentukan siapa yang layak dijadikan guru. Tanpa adanya kriteria-kriteria tertentu dalam
pemilihan guru maka penyelewengan terhadap agama sangat mudah sekali berlaku. Setiap
disiplin ilmu ada otoriti masing-masing. Kalau dalam bidang perubatan, kejuruteraan dsb.
seseorang itu perlu merujuk kepada otoriti dan pakar-pakarnya maka sebenarnya tidak ada
PN3362 70

bezanya dengan agama Islam: shari>'ah, aqi>dah, tafsi>r, hadi>th, masing-masing cabang ilmu
ini memerlukan kepakaran yang juga memakan energi dan masa yang tidak kurang daripada
keperluan seseorang menguasai bidang perubatan dan sains. Bahkan dari ribuan orang yang
berusaha menguasai cabang keilmuan Islam hanya segelintir saja yang diakui sebagai pakar dan
otoriti yang menjadi rujukan.

Golongan Islam Liberal melihat bahawa otoriti agama hanya akan memberi kesan negatif. Ini
kerana ulama’ akan memonopoli kebenaran dan menghukum pandangan selain daripada ulama’
sebagai tidak islami, sesat dan sebagainya. Kekeliruan ini timbul akibat salah faham atau distorsi
yang disengajakan. Wujudnya otoriti ilmu ini tidak mengisyaratkan wujudnya hirarki dalam
Islam. Islam sama sekali tidak pernah meletakkan ulama’ sebagai wakil Tuhan atau pemegang
kuasa menggantikan Tuhan sepertimana berlaku dalam tradisi Nasrani dan pemerintahan gereja
di zaman kegelapan (Dark Ages). Dalam Islam ijtihad ulama’ tidak mutlak kebenarannya. Oleh
itu pandangan ulama’ tidak semestinya benar. Pandangan ulama’ hanya boleh diterima sekiranya
terbukti sesuai dengan kehendak syari’ah dan dipersetujui kebenarannya. Di sinilah dalam tradisi
Islam kita mengenal konsep qawl al-jumhu>r (pandangan majoriti), dan ijma>' (kesepakatan
ilmuwan) dan konsep ini sangat penting dalam tradisi keilmuan Islam.

Penolakan terhadap otoriti agama memberi ruang yang luas kepada golongan Islam Liberal untuk
berijtihad dengan bebas. Kurzman menggunakan istilah yang berlainan agar tampak
sophisticated iaitu “freedom of thought” dan “freedom of religious interpretation”. Bertolak dari
premis inilah golongan ini melihat perlunya umat Islam mempertimbangkan hermeneutika al-
Qur’an di samping tafsir al-Qur’an yang dianggap tidak sesuai lagi pada zaman modern ini. Nasr
Hamid Abu Zaid disebut sebagai tokoh hermeneutik Islam Liberal saat ini. Walaubagaimanapun
buku beliau, Mafhu>m al-Nas} mendapat tentangan yang keras dari para sarjana Muslim.

Konsep Pluralisme Agama

Perdebatan tentang pluralime agama baru-baru ini cukup hangat di Indonesia. Aliran modenisme
dan Islam Liberal mendukung kuat ide ini dan promosi besar-besaran telah dilakukan. Banyak
buku-buku telah diterbitkan dan diseminarkan. Di antara tokoh utama dalam hal ini adalah Alwi
Shihab yang telah menulis buku yang bertajuk: Islam Inklusif: Menuju Sikap Terbuka dalam
Beragama. Alwi mengatakan bahawa pluralisme agama adalah tuntutan penting untuk mencapai
kerukunan hidup beragama. Atas dasar ini seorang pluralis berusaha untuk tidak bersikap
PN3362 71

eksklusif dan tidak mengklaim kebenaran hanya terletak pada agama yang dianutnya. Setelah itu
barulah dialog dan toleransi beragama dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penulis melihat
adanya pra-asumsi bahawa yang menyebabkan permusuhan antara agama berlaku adalah semata-
mata kerana wujudnya sikap ekslusif dalam beragama.

Alwi menafikan bahawa syari'at yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. adalah
penghapus bagi syari'at-syari'at yang telah diturunkan sebelumnya. Alwi juga mengatakan bahwa
ayat al-Qur’an yang selalu digunakan untuk mengklaim eksklusivisme Islam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang mencari selain daripada Islam sebagai agama (di>nan) mereka maka tidak
akan diterima (oleh Allah) daripadanya” dalam penjelasan terhadap ayat ini beliau mengatakan
bahawa: hal itu (Islam) tidak hanya diperuntukkan bagi Muslim sahaja, tetapi bagi segenap
mereka yang percaya kepada Tuhan sepanjang sejarah umat manusia. Alasan Alwi adalah
bahawa Islam bermakna berserah diri, maka sesiapa sahaja yang dapat melaksanakan tuntutan
iman ini dengan menyerahkan diri terhadap kehendak Tuhan adalah termasuk orang yang
berserah diri.

Kekeliruan timbul akibat daripada pemikiran bahawa kebenaran tidak bersifat mutlak, kebenaran
tidak boleh dimiliki oleh mana-mana pihak lalu menafikan hak orang lain. Pemikiran relativisme
ini yang menjadi dasar falsafah pluralisme beragama. Terdapat beberapa tokoh falsafah Barat dan
Islam yang bertanggungjawab memperkenalkan ide ini antaranya adalah Frithjof Schuon dan
Syed Husein Nasr. Apa yang mereka ketengahkan adalah lebih kepada ide kesatuan agama pada
hakikatnya (the transcendent unity of religions) dan penekanan kepada agama Ibrahimiyyah.
Akan tetapi, pendekatan yang digunakan oleh Alwi Shihab cukup berani dan radikal. Kerana
beliau bukan sahaja bercakap dari segi pemikiran dan falsafah akan tetapi cuba untuk mengambil
pendekatan dari dalam, dengan mempergunakan tradisi Islam khususnya teks-teks al-Qur’an dan
mentafsirkannya dengan sewenang-wenang.

Alasan yang dianggap oleh pluralis cukup kuat dan dapat menyokong pandangannya bahawa al-
Qur’an mengakui keimanan komunitas beragama selain daripada umat Islam bahkan amalan
mereka juga akan diterima sebagaimana umat Islam. Dengan bersandarkan kepada ayat al-
Qur’an (al-Baqarah: 62 dan al-Ma>’idah: 69), Alwi menterjemahkan ayat tersebut sebagai
berikut: “Sesungguhnya mereka telah beriman, Yahudi, Kristen, dan Kaum Shabiin; Mereka
yang percaya pada tuhan dan hari akhir dan berbuat kebaikan, akan menerima pahala dari Tuhan
mereka. Mereka tidak akan merugi dan tidak akan berduka cita”. Sekilas pandang ayat ini seolah
PN3362 72

menjustifikasikan pandangan beliau, akan tetapi sesiapa yang faham bahasa Arab akan sedar
adanya kalimat yang sengaja ditambah dan tidak sesuai dengan kehendak ayat. Ayat tersebut
bermula dengan Innallazi>na a>manu> wallazi>na ha>du wannas}a>ra> was}s}}a>bi’i>na man
a>mana billa>h, jelas sekali ayat ini tidak mengatakan bahawa semua golongan yang dinyatakan
adalah dianggap beriman, ayat tersebut hanya menyatakan bahawa ada kemungkinan di antara
penganut agama tersebut ada orang-orang yang mempunyai keimanan (yang belum tercemari
oleh kesesatan) terhadap Allah dan hari akhirat. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa pendapat yang
kuat berdasarkan pendapat Ibn Abbas mengatakan bahawa ayat ini telah dimansuhkan dengan
ayat waman yabtaghi ghayr al-Isla>mi di>nan…Adapun pendapat yang mengatakan ia tidak
dimansuhkan mengatakan bahawa terdapat syarat implisit bagi ayat tersebut iaitu beriman
kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan ulama’ dan ramai mufassir mengatakan
bahawa ayat ini perlu difahami sebagai satu seruan agar ahlul Kitab yang masih mempunyai
secebis keimanan tersebut hendaklah menyempurnakannya dengan beriman kepada nabi
Muhammad s.a.w. kerana keimanan terhadap Allah tidak sempurna dan tidak akan diterima tanpa
keimanan terhadap Rasulullah begitu juga amalan mereka tidak akan diterima sebagai amal saleh
apabila mereka enggan mengikuti syari’at Rasulullah s.a.w. Pentafsiran seperti inilah yang sesuai
dengan mesej keseluruhan dan objektif al-Qur’an. Ini kerana seorang mufassir dikehendaki
melihat satu-satu ayat selari dengan ayat-ayat yang lain bukan mengasingkannya dan menutup
mata dari melihat kepada nas}-nas} (teks) yang justeru bertentangan dengan pemahamannya.
Mengenai kedudukan orang kafir baik Ahlul Kitab maupun Musyrikin terdapat banyak ayat-ayat
al-Qur’an yang menjelaskan tentang kesesatan dan kekufuran mereka.

Konsep pluralisme agama adalah selari dengan misi sekularisasi dan liberalisasi. Di Barat,
masyarakat pada umumnya sudah hilang kepercayaan pada agama. Agama Kristian tidak lagi
menjadi rujukan dalam masalah kemoralan apalagi masalah politik, dan sosial. Falsafah
eksistensialisme dan pragmatisme telah mengambil alih peranan dalam menentukan nilai-nilai
moral masyarakat Barat. Ini kerana agama secara umum telah disepakati merupakan produk
manusia tidak luput daripada silap dan salah. Bahkan banyak ajaran Injil hanya dianggap mitos
yang tidak rasional dan perlu ditinggalkan oleh orang yang telah bertamadun dan maju. Apabila
telah menjadi kesepakatan umum bahawa 'all religions are human inventions' maka tidak ada lagi
kebenaran mutlak, yang ada adalah kebenaran yang relatif, terserah kepada masing-masing
individu untuk memilih sesuai dengan 'selera'nya.

Penolakan terhadap Shari'at Islam


PN3362 73

Islam Liberal menolak pelaksanaan syari’at Islam, di Amerika al-Na’im pengikut setia tokoh
kontroversial Mahmud Muhammad Taha dari Sudan, menulis buku beliau pada tahun 1990
berjudul Toward an Islamic Reformation yang intinya adalah merombak pemahaman orang Islam
terhadap syari’at Islam. Menurut beliau syari’at Islam itu tidak suci (divine). Beliau
menyuarakan perlunya syari’at Islam khususnya Islamic public law dirubah karena teks agama
tidak perlu diikuti secara literal. Bahkan beliau mengatakan bahwa pelaksanaan hukum Islam
pada saat ini hanya akan memberi kesan counter-productive. Karena pelaksanaannya sangat
bertentangan dengan hak-hak asasi manusia dan tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Al-
Na'im menjelaskan:

I have shown that Shari'a was in fact constructed by Muslim jurists over the first three centuries
of Islam. Although derived from the fundamental divine sources of Islam, the Qur'an and Sunna,
Shari'a is not divine because it is the product of human interpretation of those sources. Moreover,
this process of construction through human interpretation took place within a specific historical
context which is drastically different from our own. It should therefore be possible for
contemporary Muslims to undertake a similar process of interpretation and application of the
Qur'an and Sunna in the present historical context to develop an alternative public law of Islam
which is appropriate for implementation today.

Di sini dapat dilihat pengaruh kajian Orientalist terhadap al-Na'im. Berasaskan kepada kajian
orientalis seperti Goldziher, Schacht dan Coulson yang mengatakan bahawa Syari’at Islam
adalah hasil ciptaan ulama’ dan fuqaha selama tiga ratus tahun. Malangnya amat kurang sekali
tulisan-tulisan ilmiah yang dapat mendongkrak idea-idea seperti ini, kecuali beberapa tulisan
yang masih perlu dilanjutkan seperti M. Mustafa al-Azami yang telahpun membatalkan premis-
premis Schacht tentang Shari'ah. Kajian mendalam orientalis terhadap hukum Islam
membuahkan hasil dengan diterimanya premis-premis mereka sebagai sandaran untuk menolak
hukum Islam.

Penolakan hukum Islam sebenarnya berakar daripada keengganan meletakkan agama sebagai
dasar kehidupan masyarakat. Oleh kerana itu penolakan syari'at Islam sebenarnya merupakan
kesinambungan daripada pemikiran sekularisme dan bahkan juga diakui oleh al-Naim sendiri. Di
Indonesia mesej penolakan Shari'at dikemukakan Jaringan Islam Liberal.
PN3362 74

Anggapan bahawa syari’at Islam tidak divine adalah disandarkan kepada kajian-kajian orientalis
yang mengatakan bahwa formulasi syari’at Islam berlaku selama 300 tahun setelah kewafatan
Rasulullah s.a.w. Oleh itu mereka menyimpulkan bahwa syari’ah adalah produk ulama dan
pemerintah yang tentunya bernuansa politik dan kekuasaan. Di sini sangat jelas kekeliruan
mereka karena tidak membezakan Syari’ah dengan Fiqh, di antara thawabit dan mutaghayyirat,
di antara perkara-perkara yang disepakati atau qat’iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa
melihat perkara-perkara seperti ini maka tentunya kekeliruan tersebut timbul.

Kesimpulan

Terdapat perbezaan yang ketara di antara teori yang dikemukakan oleh Kurzman dan Binder
dengan kenyataan lapangan. Teori Kurzman membawa mesej untuk mempopularkan gerakan ini
dan memberi justifikasi atas setiap ide dan pemikiran Islam Liberal. Untuk tujuan ini, Kurzman
telah berjaya mengelabui mata orang ramai dengan penggunaan istilah dan terminologi yang
diterima ramai seperti: progress, freedom of thought, democracy dsb. Penumpuan pada hal-hal
tersebut akan memberi kesan ketidakrelevenan golongan yang menolak Islam Liberal. Dan
menutup mata orang ramai terhadap banyak lagi ide-ide yang justru menjadi ciri-ciri utama
pemikiran Islam Liberal seperti: penolakan otoriti agama, pluralisme agama, penolakan Syari’ah
dll.

Hubungan dan pengaruh pemikiran Barat: sekularisme, orientalisme dan postmodernisme,


terhadap pemikiran Islam Liberal adalah berdasarkan bukti yang nyata dan tidak dapat disangkal.
Ini jelas dalam buku Kurzman Liberal Islam yang menjadikan tema-tema sekular sebagai elemen
penting dalam gerakan ini. Oleh yang demikian, ada benarnya pernyataan Islamis bahwa Islam
Liberal sebenarnya merupakan ‘produk’ Barat, dilahirkan dan dibentuk bukan di dalam
paradigma Islam akan tetapi di dalam paradigma pemikiran Barat. Walaupun para ideolog dan
promotor mereka mencoba untuk memberikan legitimasi daripada teks-teks agama untuk setiap
ide yang dilontarkan, ia hanyalah sebagai satu strategi dan hanya digunakan dengan tujuan
validasi.

Adalah tidak benar jika dikatakan bahwa Islam Liberal tidak mempunyai metodologi dalam
pemikirannya. Hasil kajian ini menunjukkan bahwa ideolog-ideolog Islam Liberal memakai
metodologi yang telah tersedia dan disadur daripada pemikiran Barat. Sebuah framework
pemikiran adalah hasil paradigma yang dibentuk oleh pemikir-pemikir yang berpengaruh dan
PN3362 75

tentunya ia tidak kelihatan, dalam bentuknya yang asli, pada gerakan ini. Kalau dalam diskursus
Islamis banyak menyebut tentang serangan pemikiran (al-Ghazw al-Fikri>) dan menjadikan
Orientalisme, sekularisme dan modernisme sebagian darinya, tentunya gerakan Islam Liberal ini
merupakan satu jelmaan baru serangan Barat terhadap Islam.

Pemikir-pemikir Islam seperti Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan penjelasan
tentang worldview Islam dan worldview Barat, dengan tujuan bahawa umat Islam tidak keliru
dan terpengaruh dengan pemikiran Barat yang pada intinya tidak mesra agama kalau bukan anti-
agama. Anggapan bahawa tidak adanya percanggahan di antara keduanya memberikan isyarat
bahawa Islam tidak mempunyai identiti tersendiri dan tidak memberikan pengaruh yang besar
dalam kehidupan manusia, dan anggapan ini tentunya tidak benar sama sekali.