Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah merupakan satu

program yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya,

Johor Bahru bersama dengan AADK cawangan Johor Bahru.

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid-murid

tentang bahaya dadah kepada mereka serta menanamkan budaya membenci

dadah di kalangan murid-murid. Ini merupakan antara langkah pencegahan

yang terbaik bagi menyahut seruan kerajaan supaya membenci dadah kerana

dadah telah terbukti memusnahkan pemuda-pemudi harapan negara pada

hari ini.

2.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

2.1 Maklumat Sekolah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Maju Jaya

Alamat Sekolah : Jalan Kampung Maju Jaya, Johor

Bahru

Telefon : 07-

Laman Web : -

E-mail Sekolah : -

Nama Guru Besar : Pn Hjh Saerah binti Yasar

Jumlah Guru : 42 orang


Jumlah Murid : 697 orang

2.2 Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Sekolah

Kursus anti dadah :”Anda Cuba, Anda Sengsara”

3.0 CADANGAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

3.1 Matlamat Program

- Menanam budaya membenci dadah

- Mewujudkan sikap bertanggungjwab dan rasa sayang terhadap diri

sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara

3.2 Objektif Program

- Melahirkan insan yang mempunyai sifat sayang pada diri sendiri

- Mensyukuri dan menghargai pemberian Pencipta

3.3 Program Yang Akan Dijalankan

i) Pameran

Pameran mengenai jenis-jenis dadah seperti ganja, heroin,

candu dan lain-lain lagi serta alat-alat yang digunakan oleh

penagih seperti jarum suntikan. Selain itu, ada juga pameran

mengenai hukuman yang akan dikenakan bagi pesalah

pengedar dadah atau penagih dadah seperti sebat dan penjara.


ii) Ceramah

Ceramah-ceramah mengenai dadah juga dijalankan serta

disampaikan oleh penceramah-penceramah dari PEMADAM,

AADK Johor Bahru dan juga pihak polis yang terlibat bagi

menangani masalah ini.

iii) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

LDK ini adalah untuk menilai pemahaman murid mengenai

dadah serta semangat kerjasama antara murid. Selain itu, ia juga

untuk mencungkil bakat murid dari segi berani berdepan dengan

orang ramai dan pengetahuan mereka tentang bahaya dadah.

iv) Explorace

Kuiz akan dijalankan pada hujung program untuk menilai sejauh

mana murid-murid memahami tentang dadah serta ancamannya

kepada individu dan masyarakat.

3.4 Kumpulan Sasaran

Semua murid-murid tahap dua iaitu Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah

Kebangsaan Kampung Maju Jaya, Johor Bahru iaitu seramai 360 orang

murid.

3.5 Tempoh Program

Program akan dijalankan selama dua hari iaitu 4 Ogos 2008 hingga 6

Ogos 2008.
3.6 Tenaga Pengajar

i) Penceramah-penceramah dari PEMADAM dan AADK Johor

Bahru.

ii) Pegawai Polis yang terlibat dalam membasmi kegiatan dadah

iii) Bekas Penagih Dadah

3.7 Tempat Program Dijalankan

Program ini akan dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan

Kebangsaan Maju Jaya, Johor Bahru.

3.8 Penilaian

i) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

ii) Explorace

4.0 PENUTUP

Program pencegahan dadah yang diadakan pada kali ini amat berbeza daripada

program pencegahan dadah yang diadakan sebelum ini. Pada kali ini, program lebih

praktikal kerana bukan hanya tertumpu pada ceramah semata-mata, bahkan

bengkel-bengkel dan pertandingan turut diadakan dalam rangka menanamkan

kebencian dalam hati murid-murid terhadap dadah. Di samping itu, diharapkan

program pencegahan dadah yang diadakan mampu meningkatkan jati diri dan moral

murid-murid supaya mereka tidak terjebak dengan bahana dadah kelak.


LAMPIRAN A

ATURCARA KURSUS ANTI DADAH

”ANDA CUBA, ANDA SENGSARA”

12 OGOS 2008 ( Selasa)

8.00-8.15 pg : Pendaftaran peserta

8.15 -10.00 pg : Ceramah

Oleh Timbalan Pengarah PEMADAM cawangan Johor Bahru

10.00-10.15 pg : Minum pagi

10.15-11.00 pg : Ceramah

Oleh Ketua AADK Johor Bahru, Tuan Sukumaran.

11.00-12.00 tghri : Pameran

12.00-2.00 ptg : Makan tengahari

Solat Zohor

2.00-3.00 ptg : LDK (slot 1)

3.00-3.30 ptg : Minum petang

4.30-5.30 ptg : LDK (slot 2)

13 OGOS 2008 (Rabu)

8.00-8.30 pg : Kehadiran peserta

8.30-10.00pg : Explorace Anti-Dadah ”Anda Cuba, Anda Sengsara”

10.00-10.15pg : Minum pagi


10.15-12.00tghri : Majlis Penutupan

Penyampaian Hadiah& Cenderahati

12.00 tengahari : Bersurai


LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA

”JAUHI DADAH, HINDARI PADAH”

Penasihat : Puan Saerah Binti Yasar

Pengerusi : En Azali Kalki

Setiausaha :En. Rahim

AJK

Penyelaras Program : Puan Halilah binti Mukibah (bahagian penceramah)

: Puan Malina binti Nordin (bahagian Pameran)

: Puan Mahirah binti Fazil (bahagian LDK & Kuiz)

Makanan & Minuman: Puan Nirmala binti Arif

Pendaftaran : En. Suffian bin Jalil

Hadiah & Cenderahati:En.Nik Rosdi bin Jemali


LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN

”ANDA CUBA, ANDA SENGSARA”

1. PERBELANJAAN

Bil. Perkara Kos Perbelanjaan Jumlah


1. Penceramah RM 300 RM300
2. Makanan (RM 3.00 x 4) x 360 orang RM4320

murid
3. Hadiah & Cenderahati RM 200 RM200
JUMLAH BESAR RM4820

2. PUNCA PENDAPATAN

Bil. Perkara Kos Pendapatan Jumlah


1. Sumbangan Sekolah RM 3.00x 360 orang RM1050
2. Sumbangan PIBG RM 2770 RM2770
3. Sumbangan PEMADAM RM 1000 RM1000
JUMLAH BESAR RM4820

Anda mungkin juga menyukai