Anda di halaman 1dari 29

KERTAS KERJA

PENGELOLAAN PERTANDINGAN
SUKAN RAGAM

1. RASIONAL
Adalah menjadi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya
Bahagian Pendidikan Guru, untuk melahirkan guru-guru lepasan Institut
Perguruan Malaysia (IPGM) yang berkualiti di samping mempunyai
pengalaman yang luas sebagai persediaan untuk mendukung
profesionalisme perguruan. Penglibatan guru-guru pelatih dalam pelbagai
kegiatan berfaedah di sepanjang tempoh kursus selain kuliah-kuliah wajib
adalah diharapkan dapat membantu mencapai hasrat ini. Sehubungan
dengan ini, Jabatan Pendidikan Jasmani IPTI telah menganjurkan pesta
sukan ragam yang bertema “Satu Keluarga, Satu Usaha”. Tema ini dipilih
kerana pesta ini akan dirancang, dilaksana dan disertai oleh guru-guru
pelatih KPLI Ambilan 2008.

2. MATLAMAT
Hari Sukan Ragam ini dapat memberikan pendedahan awal kepada guru-
guru pelatih mengenai suasana sebenar apabila berada di sekolah kelak.
Menerusi acara-acara yang dipertandingkan ini, guru-guru pelatih dapat
memperoleh pelbagai pengetahuan termasuklah aspek-aspek
pentadbiran, pengadilan, pengurusan pertandingan dan perkara lain
mengenai pengelolaan sebarang aktiviti pertandingan atau pesta. Oleh itu,
pesta sukan ragam ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan kepada
guru-guru pelatih KPLI Ambilan Januari 2008 khususnya dan warga
institut amnya dan seterusnya mempraktikkan segala kemahiran yang ada
dan telah dipelajari.
3. OBJEKTIF
3.1 Mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan semangat
kesukanan dalam kalangan guru pelatih KPLI Ambilan Januari
2008.
3.2 Menambahkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran
asas dalam aspek teknikal dan mahupun penganjuran sesuatu
pertandingan.
3.3 Memahami tentang peraturan, pengurusan pertandingan dan cara
pengadilan dalam acara sukaneka.
3.4 Menjana idea mengenai aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh bakal
guru ketika mereka di alam pekerjaan kelak.
3.5 Memupuk nilai-nilai murni di kalangan anggota pasukan seperti
bekerjasama, tolong-menolong dalam mencapai objektif pasukan.
3.6 Menjadikan pesta sukan raga mini sebahagian daripada acara
tahunan di dalam kalendar IPTI.

4. TARIKH DAN MASA

Tarikh Masa
5 Mei 2008 4.00 petang – 6.00 petang

5. TEMPAT
Padang Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

6. PENGANJUR
Guru pelatih KPLI ambilan Januari 2008 dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Jasmani, Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor
Bahru .

7. PENYERTAAN

2
Wajib kepada semua guru-guru pelatih KPLI Ambilan Januari 2008
7.1 Jumlah pasukan : 10 pasukan
7.2 Satu kumpulan : 20 pemain

8. HAL-HAL LAIN.
Pihak Jawatankuasa Penganjur berhak meminda atau menambah
perkara-perkara yang dirasakan sesuai bagi menjalankan pertandingan
sukaneka ini dengan licin dan berkesan.

9. SENARAI PEGAWAI-PEGAWAI PERTANDINGAN SUKAN RAGAM


IPTI

Penaung:
Tuan Hj. Zakaria bin Hj A. Shukor
(Pengarah Institut Perguruan Temenggung Ibrahim)

Pengerusi GERKO:
Puan Hajah Rapaah binti Kamdi
(Pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran IPTI)

Ketua Unit GERKO:


Tuan Hj Jamian bin Giman

Penyelaras:
Encik Hj Norhizan bin Zainol

JAWATANKUASA KERJA HARI SUKAN RAGAM IPTI 2008

Penasihat : Encik Poniran bin Salamon

Pengerusi KPLI : Encik Ahmad Shahrin bin Ab Samat

3
Naib Pengerusi : Encik Mohamad Nasir bin Idris

Setiausaha : Cik Malina bt Nordin

Bendahari : Encik Mohd. Norhan bin Mohd Hanif

Pegawai Teknik Kepegawaian : Encik Saiful Afzan bin Abdul Rashid

Ketua Hakim : Encik Huszarudin bin Hussin

AHLI JAWATANKUASA TEKNIK PERTANDINGAN SUKAN RAGAM

Pembantu Teknik :
Cik Azilah binti Mustapha
Puan Roziah binti Ismail
Cik Wei Pei Tei
Ramuna A/P Ramasamy
Cik Latifah binti Hj. Hasyim
Encik Razlan bin Kardi

Hakim :
Encik Abdul Rahman bin Daud
Encik Rohaizad bin Bahari
Encik Zulfikar bin Kamsan
Encik George A/L Kalang
Encik Fahmi bin Saha
Encik Suffian bin Ibrahim
Encik Rahman bin Mahbib

4
Pencatat Keputusan :
Puan Haryati binti A. Razak
Puan Baiyah binti Ramli
Cik Aminah binti Ayub
Cik Wong Pei Tei
Cik Maznah binti Yusuf
Cik Garziah binti Karim
Aramugam A/L Paraipa

Pencatat Masa :
Encik Hisam bin Ngadin
Encik Abdul Latif bin Mahdar

Juru Acara :
Encik Khairul Munawar bin Kaspin
Puan Faridah binti Ab Hadi
Puan Azniwati binti Abdullah

AJK Pengelola Pertandingan :


Encik Sulaiman bin Mustapha
Cik Halimatun Damia binti Razali
Puan Salimah binti Mat Sirat

AJK Perasmian dan Penutup :


Encik Mazli bin Muhammad Idris

AJK Peralatan :
Encik Mohammad Nasir bin Goran
Encik Azrul Nor bin Fadzilah

5
Encik Mohammad Saifulddin bin Hassan

AJK Buku Aturcara :


Puan Noor Azlin binti Adenan
Cik Siti Aminah binti Azli

AJK Hadiah dan Cenderamata :


Encik Erving anak Kasong
Cik Irmayana binti Mohd Simin
Puan Nazlinda binti Idris

AJK Pertolongan Cemas :


Encik Mohamad Ayub bin Junoh
Cik Mahirah binti Mohd Fazil
Cik Haslina binti Hamzah

AJK Makanan dan Minuman Pegawai:


Puan Zalila binti Yahya @ Zakaria
Puan Nurhidayatul Hakima binti Md Adnani

AJK Jemputan :
Encik Muhadzir bin Ngani @ Ngadiran
Puan Khadijah binti Ayub
Cik Azharina binti Syuib
Cik Faizura binti Ismail

AJK Pengelola Peserta :


Enck Fuad bin Baharom
Encik Hamidon bin Kamdani

6
Cik Mahirah bte Ahmad
Cik Fatimah Binti Ladin

10. JAWATANKUASA PENGANJUR

Penaung:
Tuan Hj. Zakaria bin Hj A. Shukor
(Pengarah Institut Perguruan Temenggung Ibrahim)

Pengerusi GERKO:
Puan Hajah Rapaah binti Kamdi
(Pemangku Timbalan Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran IPTI)

Ketua Unit GERKO:


Tuan Hj Jamian bin Giman

Penyelaras:
Encik Poniran bin Salamon

JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN RAGAM IPTI 2008

Penasihat : Encik Poniran bin Salamon

Pengerusi KPLI : Encik Mohamad Nasir bin Idris

Naib Pengerusi : Encik Ahmad Shahrin bin Samad

Setiausaha : Cik Malina binti Nordin

Penolong Setiausaha : Cik Siti Zawiyah Binti Munawer

Bendahari : Cik Rabiul Hayatun Binti Abd. Hamid

Penolong Bendahari : Cik Norhalilah binti Mukibah

7
JAWATANKUASA UNIT INDUK HARI SUKAN RAGAM

Penyelaras Program
Encik Kamal bin Shahabuddin

Persiapan Dan Teknikal


Encik Hanis bin Mohd Fadzil

Kebajikan Dan Keselamatan


Encik Hafizullah bin Ali

Makanan dan Minuman


Encik Saiful bin Abd. Rasyid

Tugas-Tugas Khas
Encik Nasir bin Idris
Encik Norhan bin Musa

11. JAWATANKUASA KECIL PERMAINAN SUKAN RAGAM

11.1 Acara Baling Belon Air

Ketua : Encik Hisam bin Ngadin


AJK : Encik Suffian bin Ibrahim
Encik Rahman bin Mahbib
Cik Azharina binti Syuib
Cik Faizura binti Ismail

11.2 Acara Kerusi Muzik (rebut kerusi)

Ketua : Encik Fuad bin Baharom


AJK : Encik George A/L Kalang
Encik Fahmi bin Saha

11.3 Acara Pukul Belon

8
Ketua : Encik Mohamad Ayub bin Junoh
AJK : Cik Zaharah bte Md Som
Cik Rohaya bte Muhamad

11.4 Acara Jalan Batu-Bata

Ketua : Encik Khairul Munawar bin Kaspin


AJK : Encik Karim bin Sulaiman
Cik Aminah bte Kassim
Cik Mariam bte Ahmad

11.5 Acara Tiup Tepong

Ketua : Encik Mazli bin Muhammad Idris


AJK : En Zamri bin Wahab
En Yuhairi Bin Abdullah
Cik Suriavani A/P Ramalingam

11.6 Acara Isi Air Dalam Botol

Ketua : En Abd Ladi bin Hassan


AJK : En Mohd Azlan bte Mohamad
En Mustafa bte Ali
Cik Kalsom bte Rahman
Cik Zakiah bte Tahrir

11.7 Acara Lari 3 Kaki

Ketua : En Kamal bin Ahmad


AJK : Cik Maznah bte Hashim
Cik Badariah bte Ali

11.8 Acara Makan Buah

Ketua : Encik Sulaiman bin Maidin


AJK : Cik Raha bte Mohamad
Cik Sharipah bte Abdullah

11.9 Acara Tiup Belon

9
Ketua : Encik Hafiz bin Abd Rahman
AJK : Cik Azraiffa bte Abd Rahim
Cik Sariah bte Kamis

11.10 Acara Pancing Botol

Ketua : Encik Yahya bin Ahmad


AJK : Cik Ridwan bin Ahmad
Cik Fauziah bte Rahmat

12. Tugas-Tugas Jawatankuasa Kerja


Lampiran A.

13. Peraturan-Peraturan Pertandingan


Lampiran B.

14. Tentatif Program


Lampiran C.

15. KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Institut
1. Makanan dan Minuman
Makanan untuk AJK dan Peserta
RM 3.00 x 420 RM 1260

2. Hadiah (Hamper)
Johan Acara Jalan Lipan
RM 15.00 x 1 RM 15.00
Johan Acara Lari Bawa Bola
RM 15.00 x 1 RM 15.00
Johan Acara Tiup Tepung
RM 15.00 x 1 RM 15.00
Johan Acara Golek Gelung Rotan

10
RM 15.00 x 1 RM 15.00
Johan Acara Bawa Bola Ping Pong
RM 15.00 x 1 RM 15.00
Johan Acara Kerusi Beracun
RM 15.00 x 1 RM 15.00
4. Alat Tulis
Marker Pen 4 batang RM 5.00
Kertas A4 1 rim RM 8.00
Pemadam Papan Putih 1 unit RM 5.00
Pen 1 kotak RM 38.00
JUMLAH RM1306.00

Ulasan Kewangan
_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

____________________________________________-

______________________________

16. PENGESAHAN KERTAS KERJA, SEMAKAN DAN KELULUSAN

A. Disediakan oleh :

_________________________
(CIK MALINA BINTI NORDIN)
Setiausaha
Pengelolaan Pertandingan Sukaneka
KPLI Opsyen Pendidikan Islam
IPTI, Johor Bahru

11
B Disemak oleh :

____________________________
(ENCIK PONIRAN BIN SALAMON)
Pensyarah Penasihat
Pengelolaan Pertandingan Sukaneka
KPLI Opsyen Pendidikan Islam
IPTI, Johor Bahru

C. Ulasan/Sokongan Ketua Unit GERKO

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

___________________________________________________________

____

Tarikh : _________________________
(TN HJ JAMIAN BIN GIMAN)
Ketua Unit GERKO
IPTI, Johor Bahru

D. Kelulusan oleh Pengarah

12
Kertas kerja ini diluluskan/ tidak diluluskan.

Tarikh : __________________________________
(TN HJ ZAKARIA BIN HJ A. SHUKOR)
Pengarah
Institut Perguruan Temenggung Ibrahim
Johor Bahru

LAMPIRAN A

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA UNIT INDUK

13
1. Penyelaras Program
1.1 Memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar
mengikut urutan aktiviti.
1.2 Memastikan pemain yang terlibat sentiasa mematuhi peraturan
permainan yang berkuatkuasa.
1.3 Membuat pembahagian kumpulan pemain dengan adil.

2. Persiapan Dan Teknikal


2.1 Menyediakan peralatan sukan dan peralatan lain mencukupi dan
selamat digunakan.
2.2 Menyimpan semula peralatan permainan yang telah digunakan ke
tempat asal.

3. Kebajikan Dan Keselamatan


3.1 Memastikan kebajikan petugas dan peserta terjaga.
3.2 Sentiasa bersiap sedia, bertindak sekiranya perkhidmatan
diperlukan.
3.3 Mengemas dan membersihkan kawasan aktiviti setelah acara
selesai.
3.4 Memastikan kawasan aktiviti yang dijalankan berada dalam
keadaan selamat dan selesa.
3.5 Menyediakan peralatan pertolongan cemas semasa hari sukaneka.
3.6 Memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kecederaan pada
para pemain yang terlibat.

4. Makanan
4.1 Menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta dan
jemputan yang terlibat.

14
4.2 Menentukan menu makanan yang perlu disediakan.
4.3 Mengedar makanan kepada semua petugas.

5. Tugas-Tugas Khas
5.1 Menyediakan hadiah bagi acara sukaneka yang dipertandingkan
dan cendermata untuk penasihat.
5.2 Menguruskan upacara penyampaian hadiah dan sentiasa
berhubung dengan juruacara majlis.
5.3 Menyusun hadiah mengikut tertib, selaras dengan AJK Aktiviti pada
majlis penutup.
5.4 Memberikan bantuan kepada AJK yang memerlukan.
5.5 Sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan permasalahan
yang akan berlaku.
5.6 Memastikan masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan segera dan memuaskan.
5.7 Menyediakan buku aturcara.
5.8 Menyediakan senarai jemputan pada hari sukaneka.
5.9 Menyediakan buku ataurcara kepada para jemputan.

LAMPIRAN B

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

15
1. Permainan Baling Belon Air

Peralatan : Belon Air.

1.1 Pemain dibahagikan kepada lima kumpulan. Mereka diberikan


masa 5 minit untuk menamatkan permainan.

1.2 Setiap kumpulan terdiri daripada 2 opsyen (Setiap opsyen


dikehendaki menghantar seorang wakil).

1.3 Pada permulaan permainan, setiap kumpulan akan berada dalam


keadaan mengadap pasangan masing-masing dalam jarak yang
dekat.

1.4 Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebiji belon yang berisi air.

1.5 Mereka akan membaling belon kepada pasangan dan pasangan


mereka akan menyambut belon tersebut.

1.6 Setelah itu, mereka dikehendaki melangkah 2 langkah kebelakang,


dan membuat balingan seterusnya. Begitulah seterusnya.

1.7 Peserta dikira mati sekiranya belon yang dibaling jatuh ke tanah
dan pecah.

1.8 Peserta yang dapat mengekalkan belon dan berada pada jarak
yang paling jauh di antara pasangan dikira sebagai pemenang.

2. Permainan Kerusi Muzik (Rebut Kerusi)

16
Peralatan : Kerusi dan Radio.

2.1 Semua peserta terlibat dalam permainan ini kecuali penjaga radio.
Terdapat 10 orang guru pelatih yang terlibat (1 wakil setiap opsyen).

2.2 Permainan dimulakan dengan meletakkan 9 buah kerusi dengan


kedudukan bulat. Semua peserta akan berdiri di hadapan kerusi
dan bergerak apabila muzik dimainkan.

2.3 Apabila muzik dihentikan, kesemua peserta perlu berebut untuk


mendapatkan kerusi yang ada. Sekiranya ada pemain yang tidak
berjaya mendapatkan kerusi, pemain tersebut terkeluar daripada
permainan ini.

2.4 Sebelum permainan disambung, sebuah kerusi akan dikeluarkan.


permainan diteruskan sehingga hanya tinggal sebuah kerusi bagi
dua orang pemain.

2.5 Pemenang dikira berdasarkan kepada pemain terakhir yang berjaya


merebut kerusi yang tinggal.

3. Permainan Pukul Belon

Peralatan : Kayu Besball, Tali, dan Belon berisi air.

3.1 Setiap opsyen dikehendaki menghantar seorang wakil.

17
3.2 Mereka akan diletakkan dalam satu barisan di belakang garisan
permulaan. Peserta pertama dikehendaki melangkah 5 langkah
kehadapan dengan mata tertutup dengan membawa kayu besball.

3.3 Tiba di station, peserta akan di pusingkan sebanyak 5 kali dan


dikehendaki memukul belon berisi air yang tergantung sehingga
pecah.

3.4 Peserta boleh dibantu oleh rakan seopsyen dengan mendengar


arahan daripada mereka tentang kedudukan belon itu tergantung.

3.5 Masa yang diberikan kepada setiap peserta ialah 3 minit.

3.6 Peserta dikira menang sekiranya dapat memecah belon yang berisi
air tersebut.

4. Permainan Jalan Batu Bata

Peralatan : Batu-bata

4.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan (A, B, C, D, dan E). Setiap
kumpulan mewakili dua opsyen. Setiap opsyen dikehendaki
menghantar seorang orang wakil.

4.2 Peserta akan berada dalam kedudukan menghadap kumpulan


masing-masing dengan jarak diantara mereka ialah 100 meter.
Setiap kumpulan akan dibekalkan tiga biji batu bata.

18
4.3 Peserta pertama dari kumpulan pertama bagi setiap kumpulan
akan berjalan sehingga ke tempat kumpulan satu lagi dengan
syarat hanya berjalan dengan menggunakan batu bata sahaja.

4.4 Peserta tadi akan menyerahkan batu bata pada kumpulan satu lagi,
dan permainan ini akan berterusan sehingga habis semua peserta.
Peserta dikira mati sekiranya kaki mereka jejak tanah ketika
berjalan. Ia akan diganti pada peserta seterusnya, dan di situ akan
di tolak satu point.

4.5 Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang pertama dapat


menghabiskan permainan paling awal.

5. Permainan Tiup Tepung

Peralatan : Pinggan Kertas, Gula-Gula, dan Tepung

5.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap


kumpulan mewakili dua opsyen. Setiap opsyen dikehendaki
menghantar seorang orang wakil. Setiap kumpulan akan duduk
dalam satu baris di belakang garisan permulaan.

5.2 Peserta pertama dari setiap kumpulan akan berlari ke pinggan


yang telah diletakkan gula-gula dan ditutupi dengan tepung.

5.3 Peserta pertama perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-


gula yang ada di dalam tepung dengan menggunakan mulut dan
kemudian berlari semula ke tempat permulaan.

19
5.4 Peserta pertama tadi akan duduk di barisan belakang sementara
menunggu gilirannya semula. Kumpulan B, C, D, dan E akan
melakukan gerakan yang sama seperti kumpulan A.

5.5 Permainan diteruskan sehingga semua peserta berjaya mengambil


kesemua gula-gula.

5.6 Pasukan yang menang dikira daripada pasukan yang awal tiba ke
garisan penamat dan berjaya mengambil kesemua gula-gula yang ada
di dalam tepung.

6. Permainan Isi Air Dalam Botol

Peralatan : Botol dan Baldi berisi air.

6.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap


kumpulan mewakili dua opsyen. Setiap opsyen dikehendaki
menghantar seorang orang wakil. Setiap kumpulan akan duduk
dalam satu baris di belakang garisan permulaan.

6.2 Peserta pertama dari setiap kumpulan akan menakung air


menggunakan tangan mereka dan berlari ke arah botol mineral
yang berada 100 meter di hadapan mereka.

6.3 Pemain pertama perlu menuangkan air ke dalam botol mineral


tersebut, kemudian berlari semula ke tempat permulaan.

6.4 Pemain pertama tadi akan duduk di barisan belakang dan disambung
oleh peserta yang seterusnya. Kumpulan B, C, D, dan E akan
melakukan gerakan yang sama seperti kumpulan A.

20
6.4 Permainan akan ditamatkan sekiranya kesemua peserta telah
mengambil bahagian. Kumpulan yang mempunyai aras air yang
paling tinggi dikira sebagai pemenang.

7. Permainan 3 Kaki

Peralatan : Tali

7.1 Peserta dibahagi kepada lima kumpulan. A, B, C, D dan E. Setiap


kumpulan mewakili dua opsyen. Setiap opsyen dikehendaki
menghantar seorang orang wakil. Dua kumpulan akan duduk
secara berhadapan dengan jarak 100 meter .

7.2 Peserta dikehendaki duduk dalam keadaan berpasangan. Kaki


mereka akan diikat dengan menggunakan tali. Mereka akan
berjalan sehingga ke kumpulan mereka yang satu lagi.

7.3 Kemudian, peserta seterusnya akan melakukan aktiviti yang sama


sehingga kesemua peserta habis. Kumpulan B, C, D, dan E akan
melakukan gerakan yang sama seperti kumpulan A.

7.4 Kumpulan yang dapat menamatkan permainan dalam masa yang


singkat dikira sebagai pemenang.

8. Permainan Makan Buah

Peralatan : Buah pisang

21
8.1 Setiap opsyen dikehendaki menghantar seorang wakil.

8.2 Mereka akan diletakkan dalam satu barisan di belakang garisan


permulaan.

8.3 Setelah wisel dibunyikan, peserta dikehendaki berlari ke arah buah


pisang yang berada 100 meter dihadapan mereka. Mereka
hendaklah memakan seberapa banyak pisang tersebut dalam
masa tiga minit.

8.4 Peserta yang dapat menghabiskan buah pisang dalam jumlah yang
banyak dalam tempoh tiga minit dikira sebagai pemenang.

9. Permainan Tiup Belon

Peralatan : Tepung dan Belon

9.1 Setiap opsyen dikehendaki menghantar seorang wakil.

9.2 Peserta dari setiap kumpulan akan berlari ke pinggan yang telah
diletakkan belon dan ditutupi dengan tepung.

9.3 Peserta perlu meniup tepung untuk mendapatkan belon yang ada di
dalam tepung dengan menggunakan mulut kemudian meniupnya
sehingga pecah.

9.4 Peserta yang berjaya memecahkan belon dalam masa yang singkat
dikira sebagai pemenang.

22
10. Permainan Pancing Botol

Peralatan : Ranting kayu, Tali rapia, dan paku kecil.

10.1 Setiap opsyen dikehendaki menghantar seorang wakil.

10.2 Mereka akan diletakkan dalam satu barisan di belakang garisan


permulaan.

10.3 Setelah wisel dibunyikan, peserta dikehendaki mengikat tali pada


ranting dan paku diikat pada hujung tali tersebut.

10.4 Kemudian, peserta dikehendaki memancing botol yang berada


dihadapan mereka.

10.5 Peserta yang dapat memancing dan mengangkat botol dalam waktu
yang singkat dikira sebagai pemenang.

LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

23
4.00 petang : Pendaftaran pasukan

4.30 petang : Acara Sukaneka bermula

1. Baling Telur
2. Kerusi Muzik(Rebut Kerusi)
3. Pukul Belon
4. Jalan Batu-Bata
5. Tiup Tepong
6. Isi Air Dalam Botol
7. Lari 3 Kaki
8. Makan Buah
9. Tiup Belon
10. Pancing Botol

5.00 petang – : Rehat


5.30 petang

6.00 ptg : Penyampaian sijil dan hadiah

Majlis Penutup

Bersurai

LAMPIRAN A

24
BIDANG-BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KERJA

1. Teknik Pertandingan
a. Menyediakan borang pendaftaran dan jadual pertandingan
b. Menyediakan program berkaitan statistik, data dan perangkaan
c. Mengemaskina keputusan rasmi dan rekod dari masa ke semasa.
d. Membukukan semua keputusan rasmi.
e. Menyelaras aspek teknikal kejohanan.

2. Pengelola Hadiah Dan Cenderahati


a. Mendapatkan senarai hadiah, menyemak dan menyusun atur
hadiah yang akan disampaikan kepada pemenang
b. Memastikan pemenang-pemenang mendapat hadiah masing-
masing.
c. Mengiringi penyampai hadiah ke pentas penyampaian.
d. Menyelaras tugas bersama Pengelola Pemenang.

3. Pengelola Pemenang
a. Mendapatkan senarai pemenang dari Pencatat Keputusan
b. Menyediakan pemenang-pemenang untuk upacara penyampaian
hadiah.
c. Menyediakan pembantu untuk mengiringi pemenang-pemenang ke
pentas penyampaian
d. Menyelaras tugas bersama Pengelola Hadiah.

4. Perasmian Dan Penutup


a. Menyelaras upacara pembukaan rasmi sebagaimana yang
dirancang

5. Jemputan

25
a. Memaklumkan dan menghantar jemputan rasmi kepada tetamu
khas.
b. Mendapatkan pengesahan kehadiran tetamu khas.
c. Menyelaras protocol kejohanan untuk tetamu khas.
d. Menyambut dan mengiringi tetamu khas ke khemah VIP.

6. Pertolongan Cemas
a. Memberikan perkhidmatan kecemasan serta-merta
b. Membawa peserta-peserta yang mempunyai kecederaan serius ke
Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat dengan segera.

7. Jamuan Dan Minuman Pegawai


a. Menyediakandan mengurus minuman dan jamuan pegawai
kejohanan dan tetamu-tetamu yang hadir.

8. Program
a. Mendapatkan semua maklumat berkaitan untuk dimasukkan ke
dalam buku program.
b. Menyelaras pengedaran Buku Program kepada Pegawai
Kejohanan dan tetamu.

9. Pengelola Peserta
a. Dapatkan semua borang penyertaan dari Teknik Pertandingan.
b. Buat panggilan peserta dengan jelas, tujukan khas.
c. Susun peserta mengikut kedudukan lorong.
d. Hantarkan peserta ke tempat pertandingan.

10. Pencatat Keputusan


a. Dapatkan keputusan semua pertandingan dari Ketua Hakim
Sukaneka
b. Sediakan carta pingat/markah kedudukan rumah sukan.

26
c. Menyediakan semua program pertandingan.
d. Mengurus borang penyertaan dan pendaftaran pertandingan.
11. Juru Acara
a. Mengumumkan acara yang akan dijalankan, nombor peserta, nama
i. peserta.
b. Mengumumkan keputusan yang disahkan sebaik sahaja diterima
dari
i. Pencatat.
c. Semasa membuat pengumuman pastikan tiada acara yang sedang
i. dijalankan.
d. Umumkan keputusan dengan menyatakan acara, pemenang dan
i. pencapaian yang dibuat serta penyampaian hadiah semasa
peserta
ii. menaiki pentas penyampaian.

12. Peralatan
a. Menyediakan balapan dan padang pertandingan.
b. Menyediakan dan menyelaras alatan teknikal pertandingan.
c. Menyediakan dan menyelaras susun atur khemah.
d. Mengurus semua alatan teknik di sepanjang kejohanan.
e. Memastikan semua peralatan berfungsi dan dalam keadaan baik,
sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

27
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA UNIT INDUK

1. Penyelaras Program
1.1 Memastikan aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar
mengikut urutan aktiviti.
1.2 Memastikan pemain yang terlibat sentiasa mematuhi peraturan
permainan yang berkuatkuasa.
1.3 Membuat pembahagian kumpulan pemain dengan adil.

2. Persiapan Dan Teknikal


2.1 Menyediakan peralatan sukan dan peralatan lain mencukupi dan
selamat digunakan.
2.2 Menyimpan semula peralatan permainan yang telah digunakan ke
tempat asal.

3. Kebajikan Dan Keselamatan


3.1 Memastikan kebajikan petugas dan peserta terjaga.
3.2 Sentiasa bersiap sedia, bertindak sekiranya perkhidmatan
diperlukan.
3.3 Mengemas dan membersihkan kawasan aktiviti setelah acara
selesai.
3.4 Memastikan kawasan aktiviti yang dijalankan berada dalam
keadaan selamat dan selesa.
3.5 Menyediakan peralatan pertolongan cemas semasa hari sukaneka.
3.6 Memberikan bantuan awal sekiranya berlaku kecederaan pada
para pemain yang terlibat.

4. Makanan

28
4.1 Menyediakan makanan dan minuman untuk para peserta dan
jemputan yang terlibat.
4.2 Menentukan menu makanan yang perlu disediakan.
4.3 Mengedar makanan kepada semua petugas.
5. Tugas-Tugas Khas
5.1 Menyediakan hadiah bagi acara sukaneka yang dipertandingkan
dan cendermata untuk penasihat.
5.2 Menguruskan upacara penyampaian hadiah dan sentiasa
berhubung dengan juruacara majlis.
5.3 Menyusun hadiah mengikut tertib, selaras dengan AJK Aktiviti pada
majlis penutup.
5.4 Memberikan bantuan kepada AJK yang memerlukan.
5.5 Sentiasa bersedia dengan pelbagai kemungkinan permasalahan
yang akan berlaku.
5.6 Memastikan masalah-masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan segera dan memuaskan.
5.7 Menyediakan buku aturcara.
5.8 Menyediakan senarai jemputan pada hari sukaneka.
5.9 Menyediakan buku ataurcara kepada para jemputan.

29

Anda mungkin juga menyukai