Anda di halaman 1dari 42

1

BAB I

LAPORAN PENEMPATAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

1.1 PENGENALAN

Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana
dengan limpah kurnia serta inayahNya telah memberikan kekuatan kepada kami sebagai
pelajar dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam
menyempurnakan tugasan penempatan Latihan Amali / Industri yang bertempat di
Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor. Penempatan Latihan Amali / Industri ini
telah banyak memberikan pengetahuan dan maklumat serta latihan kepada kami untuk
kami praktikkan di dalam belajar dan memahami situasi alam pekerjaan yang bakal kami
tempuhi kelak.

Pemilihan untuk menjalankan Latihan Amali / Industri di Pejabat Daerah Batu


Pahat, Batu Pahat, Johor sedikit sebanyak adalah bertepatan dengan kursus yang kami
ambil di Universiti Kebangsaan Malaysia. Latihan Amali / Industri ini juga telah melatih
kami untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik di kalangan masyarakat dan
membantu kami dalam memahami peranan agensi kerajaan yang ada di Malaysia amnya
dan negeri Johor khasnya. Melalui Latihan Amali / Industri ini juga, kami telah diberi
pendedahan sedikit sebanyak tentang peranan agensi kerajaan khususnya pejabat daerah
dalam merealisasikan pembangunan, pentadbiran, projek, majlis-majlis rasmi kerajaan
dan program bersempena setiap masa, keadaan dan tempat.
2

1.2 OBJEKTIF

Di antara tujuan utama Latihan Amali Dan Industri dijalankan bagi mengaplikasi
dan mempraktik ilmu yang di perolihi semasa belajar di sekolah mahupun universiti
supaya ilmu tersebut benar-benar mantap.
Selain dari itu, latihan in merupakan satu peluang bagi mahasiswa Membentuk
diri yang kental dan mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat serta
memberi peluang kepada mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat bagi melahirkan
individu yang benar-benar bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat,
agama dan negara.
Semangat bertanggungjawab merupakan sifat yang sangat penting kepada
mahasiswa atas perkara ini Latihan Amali Dan Industri berharap para pelajar praktikal
dapat memiliki sifat bertanggungjawab samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara selepas mereka selesai menjalankan Latihan Amali Dan
Industri ini.
Alam pekerjaan merupakan alam yang bakal ditempuhi oleh mahasiswa apabila
mereka menamatkan pengajian kelak. Olaeh yang demikian Latihan Amali Dan Industri
ini dijalankan kepada pelajar pra siswazah tahun 2 bagi memberi persediaan praktikal
awal sebelum menempuh alam pekerjaan.
3

LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH BATU PAHAT, JOHOR

BANGUNAN TUNKU MAHKOTAIBRAHIM ISMAIL

ALAMAT
PEJABAT DAERAH BATU PAHAT,
BANGUNAN TUNKU MAHKOTA IBRAHIM ISMAIL,
JALAN BAKAU CHONDONG,
83000 BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM

LUAS
4.55 EKAR

TARIKH MULA PEMBINAAN


11 APRIL 1982

TARIKH AKHIR PEMBINAAN


13 MARCH 1985

TARIKH DIRASMIKAN
21 SEPTEMBER 1985

TALIAN
TELEFON : 07-434 1333 @ 07-431 1858
FAKS : 07-434 7766
EMAIL : pdbph@johor.gov.my
4

2.1 LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

Projek pembinan semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat adalah cadangan bersama
Kerajaan Persekutuan dan Negeri di bawah Rancangan malaysia Ketiga dan Keempat.
Satu kawasan seluas lebih kurang 4.55 ekar telah dikhaskan untuk pembinaan Kompleks
Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Kawasan tersebut terletak di Jalan
Bukit Pasir/Bakau Chondong dan difikirkan paling sesuai dan strategik. Selain daripada
memperbaiki keadaan bangunan pejabat-pejabat Kerajaan dari segi lokasi dan fizikal,
rancangan ini dapat memberi faedah dari segi penjimatan sewa pejabat serta memberikan
kemudahan kepada orang-orang awam dalam urusan mereka dengan jabatan-jabatan
Kerajaan.

Pada peringkat pertama sebuah bangunan tiga tingkat dicadangkan untuk


menempatkan Pejabat daerah dan Pejabat Tanah. Semua jabatan negeri peringkat daerah
akan ditempatkan di bangunan menara yang dicadangkan dibina di bahagian belakang
bangunan tersebut dan ini merupakan peringkat kedua pembinaan. Kerja-kerja menambak
terpaksa dilakukan terlebih dahulu kerana tapak kawasan yang dipilih pada
keseluruhannya adalah rendah dan mudah dinaiki air dengan paras empat hingga lima
kaki di paras jalanraya. Bayaran-bayaran ganti rugi juga perlu dibuat kepada tuan punya
buah kedai dan rumah kediaman yang terpaksa dipindahkan untuk memulakan kerja-kerja
menambak oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Kerja-kerja yang tersebut diatas dan kerja-
kerja infrastruktur yang lain seperti pembekalan api, air dan sebagainya telah diselaraskan
supaya pembinaan di kawasan kompleks tersebut dapat dibuat secara terkawal oleh
Jawatankuasa Kerja Raya. Dalam fasa pertama pembinan Pejabat daerah dan Pejabat
Tanah Batu Pahat kos menambak kawasan telah menelan belanja sebanyak RM
199,000.00 bersamaan dengan 49,232.64 ela padu tanah yang telah dikendalikan oleh
5

pemborong Saujaya Sdn. Bhd. Kerja-kerja menambak bermula pada 11 April 1982 dan
telah selesai pada 19 Februari 1983. Di fasa kedua, kerja-kerja pembinaan bangunan telah
diselenggarakan oleh Kumpulan Yeoni Construction dimana tarikh pengambilan ialah
pada 14 September 1983.

Bangunan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Batu Pahat seluas 3,811 meter
persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah diserahkan untuk
kegunaan pada 21 September 1985. Operasi sepenuhnya telah dijalankan bermula pada 1
Oktober 1985. harga projek pada keseluruhannya ialah RM 4,161,000.00 dimana
sebanyak RM 3.02 juta adalah dari peruntukkan Negeri dan selebihnya sebanyak RM
1.14 juta adalah peruntukkan dari Persekutuan. Setelah kerja-kerja pemindahan dan
penyusunan serta pembersihan di persekitaran selesai dilakukan Pejabat Daerah lama
yang terletak di kawasan pejabat-pejabat Negeri di Jalan Pejabat telah berpindah ke
tingkat satu bangunan baru dan menjalankan operasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1985.
sementara Pejabat Tadbir Tanah Batu Pahat telah ditempatkan di tingkat bawah dan di
tingkat satu mengikut pembahagian tertentu. Pihak Pentadbiran Pejabat Tanah telah
memulakan operasi sepenuhnya pada minggu kedua bulan Oktober 1985. Beberapa buah
jabatan dibawah kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA
Daerah, Pejabat Majlis Sukan Negeri Daerah Dan Kemajuan Kampung Baru turut
dipindahkan ke tingkat kedua bangunan baru ini.

Kemudahan-kemudahan asas serta peralatan yang serba lengkap dapat dinikmati


secara menyeluruh oleh kakitangan pejabat dan orangawam yang berurusan dengan
pejabat ini. Keadaan ruang pejabat yang luas disediakan untuk pembahagian ruan-ruang
tertentu dimasa hadapan. Bilik-bilik berasingan untuk Pegawai Daerah Dan Penolong
Pegawai Daerah juga diperuntukkan bagi memudahkan bagi mengawasi agar kegiatan
pentadbiran berjalan dengan cermat dan teratur. Bilik sembahyang yang berasingan serta
tandas untuk kakitangan juga turut disediakan bagi keselesaan bersama. Sebuah Bilik
Gerakan yang ditempatkan ditingkat dua telah dilengkapkan dengan alat-alat seperti
’sliding board’ dan meja perundingan bagi memudahkan pengendalian mesyuarat dan
taklimat dari semasa ke semasa. Di bahagian luar kawasan pejabat telah disediakan
6

tempat-tempat letak kereta dan motosikal khas untuk memudahkan kakitangan serta
orang awam yang berurusan. Untuk mengeratkan lagi hubungan antara pekerja tempat
rekreasi juga disediakan seperti gelanggang sepaktakraw, tenis dan sebagainya khas bagi
mereka yang berminat dalam bidang sukan. Bangunan Pejabat Daerah dan tanah lama
pada masa ini telah diambilalih sepenuhnya oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat
bagi menjalankan perkhidmatan dengan lebih licin dan berkesan.

2.2 SEJARAH PENUBUHAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

Pejabat Daerah Batu Pahat telah wujud pada akhir kurun ke -19 iaitu pada tahun
1894 seiring dengan pembukaan Kampung Batu Pahat pada ketika itu oleh
Dato’Muhammad Salleh bin Perang yang bergelar Dato’Bentara Luar.Ketika itu, Pejabat
Daerah diketuai seorang pegawai berjawatan Pesuruhjaya Kerajaan yang
bertanggungjawab mentadbir serta mengutip cukai didaerah Batu Pahat.Pada tahun 1942,
jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah diubah kepada District Officer atau Pegawai Daerah
hinggalah sekarang. Pejabat ini mentadbir 14 mukim,139 buah kampung induk dan 525
buah kampung rangkaian. Keluasan daerah ini adalah 1873 km persegi dengan jumlah
penduduknya seramai 335,368 orang mengikut maklumat banci penduduk tahun 2000
yang lalu.

Sehingga tahun 1894, pentadbiran PDBP beroperasi di Bangunan Pejabat


Kerajaan di jalan Pejabat bersebelahan dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan
Bekalan Air Johor (kini dikenali sebagai Syarikat Air Johor). Selaras dengan pembinaan
semula pejabat-pejabat kerajaan Batu Pahat bersama Kerajaan persekutuan dan negeri
dibawah Rancangan Malaysia Ketiga (RM 3) dan Keempat (RM 4), sebuah bangunan
baru untuk PDBP yang akan dikongsi dengan Pejabat Tanah Batu Pahat (PTBP) akan
dibina.

Pembinaan bangunan baru PDBP dan PTBP ini telah menelan belanja sebanyak
RM 4.161 juta dimana sebanyak RM 3.02 juta adalah dari peruntukan Negeri dan
bakinya RM 1.14 juta adalah merupakan peruntukan Persekutuan.Bangunan PDBP dan
7

PTBP seluas 3811 meter persegi ini telah siap pembinaannya pada 13 Mac 1985 dan telah
diserahkan untuk kegunaan pada 21 September 1985.Operasi sepenuhnya telah
dijalankan bermula pada 1 Oktober 198.Bangunan yang telah dinamakan Bangunan
Tunku Mahkota Ibrahim Ismail ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku
Mahkota Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar pada 20 April 1987.Terdapat beberapa buah
jabatan dibawah kelolaan Pejabat Daerah iaitu Pejabat Perpaduan Daerah, Pejabat RELA
Daerah, Pejabat Majlis Sukan Negeri Daerah Dan Kemajuan Kampung Baru. Dengan
wujudnya bangunan tetap PDBP ini, ia membolehkan segala keperluan rakyat dapat
disempurnakan dengan lebih mudah memandangkan ia adalah jentera pentadbiran yang
menjadi penghubung kerajaan dengan rakyat.

2.3 MISI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

“ Memajukan daerah dan masyarakat melalui kecermerlangan perkhidmatan dan


perlaksanaan pembangunan ”

2.4 MOTO PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

“ Keikhlasan melaksanakan amanah ”

2.5 SLOGAN PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

“ Melangkah terus menuju kecemerlangan ”

2.6 PIAGAM PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

1- Memberikan layanan dan perkhidmatan yang sempurna dan mesra kepada semua
pelanggan yang berurusan di Jabatan ini.
8

2- Menerima dan membantu bagi menguruskan tindakan ke arah menjelaskan atau


menyelesaikan bagi aduan / rungutan atau pemasalahan pelanggan yang sesuai
munasabah dengan cepat, cekap dan berkesan.
3- Urusan permohonan mendapatkan salinan Sijil Kerakyatan Negeri Johor yang
boleh didapati dalam tempoh satu minggu.
4- Urusan permohonan mendapatkan Lesen Menjual 'Liquor' dan keputusannya
dalam tempoh tiga bulan.
5- Urusan permohonan yang lengkap bagi mendapatkan Lesen Hiburan Raya, Lesen
Wayang Gambar / Cina /Patung /Nyanyian bagi keputusan dalam tempoh satu
bulan.
6- Urusan penerimaan bayaran mengikut jadual dibawah (melainkan hari cuti dan
hujung minggu) dan resit terimaan bayaran diberi selepas pembayaran dibuat,
iaitu:
Isnin hingga Khamis :Jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
:Jam 2.00 petang hingga 3.30 petang.
Jumaat :Jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.
:Jam 2.45 petang hingga 3.30 tengahari.
7- Urusan proses dan keputusan perakuan permohonan pembinaan bangunan dan
Leout perumahan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan dalam tempoh tiga
bulan dari penerimaan permohonan yang lengkap.
8- Urusan menguruskan pengeluaran pesanan kerajaan / arahan kerja dalam tempoh
satu minggu dari tarikh invois / butiran kerja yang lengkap diterima daripada
pelanggan berkaitan.
9- Urusan menguruskan program-program dan projek-projek dalam semua aspek
pembangunan yang berkaitan bagi penduduk dan masyarakat dengan penuh
keikhlasan, cekap, mesra dan berkesan.
10- Urusan memastikan setiap sudut dan ruang pejabat, bangunan dan persekitaran
dalam dan luaran sentiasa dalam keadaan bersih, kemas, teratur, indah, segar,
menarik dan menyenangkan.
9

2.7- CARTA ORGANISASI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT


10

SENARAI NAMA WARGAKERJA PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

BIL. NAMA JAWATAN


1 Dato' Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah N54
2 Hj. Mahadon bin Marnin Ketua Pen. Peg. Daerah N41
3 Kosong Pegawai Tadbir N41
4 En. Ibrahim bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir N32
5 En. Yaccob bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu Kanan) N27
6 En. Samuri bin Abd. Majid Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
7 En. Mohamed Yusof bin Abu Bakar Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
8 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
9 En. Hanaffi bin Shalehhan Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
10 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
11 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
12 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
13 En. Selamat bin Hj. Mohamad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
14 En. Zakaria bin Ahmad Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
15 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
16 En. Mansor bin Hj. Mohd. Yusof Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
17 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
Tn. Hj. Ishak@Mohd. Farid bin Hj.
18 Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
Siraj
19 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
20 En. Mohd. Salleh bin Abd. Rahman Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
21 En. Mustaffa Kamal bin Abdullah Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
22 Kosong Pen. Peg. Tadbir (Penghulu) N27
23 Tn. Hj. Omar bin Abu Bakar Juruteknik Kanan J22
24 En. Mohd. Zober bin Mohd. Said Juruteknik J17
25 En. Kemat bin Kasnon Juruteknik J17
26 Pn. Norlina bte Md. Noh Juruteknik J17
27 Muhd Fauzul Bin Othman Juruteknik J17
28 Zulkepli Bin Bunawam Juruteknik J17
Pembantu Tadbir Kanan (P/O) (Kew) W22
29 Pn. Hjh. Ramlah bte Awaldeen
(Ketua Unit Kewangan & Hasil)
Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22
30 En. Pakarwara bin A. Rahman
(Ketua Unit Pentadbiran Am)
Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22
31 Tn. Hj. Mohdzar bin Khalid
(Ketua Unit Pembangunan)
11

Pembantu Tadbir Kanan (P/O) N22


32 En. Mohamad bin Ismail
(Ketua Unit Perkhidmatan)
33 Siti Zaharah bte Ramlan Pembantu Tadbir (P/O) (S/U) N17
34 Pn. Pariam bte Bahrom Pembantu Tadbir (P/O) (Kew) W17
35 Pn. Raminah bte Mohd. Yassin Pembantu Tadbir (P/O) (Kew) W17
36 Pn. Rohayah bte Sarip Pembantu Tadbir (P/O) N17
37 Pn. Zaiton bte Zanon Pembantu Tadbir (P/O) N17
38 Pn. Hjh. Zaiton bte Abd. Aziz Pembantu Tadbir (P/O) N17
39 Pn. Hjh. Fuziah bte Abd. Aziz Pembantu Tadbir (P/O) N17
40 Pn. Roslina bte Ahmad Pembantu Tadbir (P/O) N17
41 Pn. Siti Zaharah bte Abd. Manap Pembantu Tadbir (P/O) N17
Pembantu Tadbir (P/O) N17
42 Pn. Hjh. Rohani bte Harun
(Jawatan Cadang)
Pembantu Tadbir (P/O) N17
43 Pn. Merani bte Suradi
(Jawatan Cadang)
44 Pn. Hjh. Zubaidah bte Hj. Ismail Pem. Tadbir Rendah N10
45 En. Mohd. Najib bin Mohd. Taib Pem. Am Rendah N1
46 En. Mohd. Salleh bin Atan Pem. Am Rendah N1
47 En. Khairul Anuar bin Toaman Pem. Am Rendah N1
48 Pn. Noraini bte Baharon@Ismail Pem. Am Rendah N1
49 En. Jamaludin bin Aris Pemandu Kend. Bermotor R3
50 En. Rezal bin Muahad Pemandu Kend. Bermotor R3
51 En. Idisawaludin bin Pangat Pemandu Kend. Bermotor R3
52 Kosong Jaga R1
53 En. Aris bin Mohd. Yusof Jaga R1
54 En. Yusof bin Ismail Pekerja Ren. Awam R1
55 En. Rosli bin Ishak Pekerja Ren. Awam R1
56 En. Sazali bin Jafri Pekerja Ren. Awam R1
57 En. Sulaiman bin A. Ghani Pekerja Ren. Awam R1
58 En. Md. Ariyazid bin Auyob Pekerja Ren. Awam R1
59 En. Harnizan bin Ardani Pekerja Ren. Awam R1

SENARAI NAMA WARGAKERJA PEJABAT PERUMAHAN

BIL. NAMA JAWATAN


60 En. Awang bin Jufri Pem. Tadbir (P/O) (Kew) W17
61 En. Asanai bin Zainuri Pengawas Bangunan N11

SENARAI NAMA WARGAKERJA KONTRAK PEJABAT DAERAH BATU


12

PAHAT

BIL. NAMA JAWATAN


Pn. Sufatini @ Nadzariah bte Abd.
62 Pem. Tadbir (P/O) N17
Shukor
63 En. Shaifuddin bin Mohri Pem. Tadbir (P/O) N17
64 Pn. Norliana bte Sabnon Pem. Tadbir (P/O) N17
65 Pn. Liza bte Mohd Pem. Tadbir Rendah (Operator Tel.) N11

SENARAI NAMA WARGAKERJA KONTRAK


UNIT SAINS TEKNOLOGI & ICT NEGERI JOHOR

BIL. NAMA JAWATAN


66 En. Mohd. Asyran bin M. Ghazali Juruteknik Komputer FT17
67 En. Mohd. Ariff bin Mohd. Samani Pen. Pegawai Siatem Maklumat F29

2.8- DASAR KUALITI PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

“ Kami adalah komited untuk menjadikan pejabat daerah sebagai nadi bagi menggerak,
menyelaras dan melaksanakan program dan projek-projek dalam semua aspek
pembangunan bagi penduduk dan masyarakat di daerah melalui perlaksanaan tugas
dengan cekap dan berkesan serta menyediakan perkhidmatan yang komprehensif
(menyeluruh) dengan ikhlas, mesra dan bersopan serta dapat memberi kepuasan kepada
pelanggan di daerah serta memenuhi kehendak "stakeholder" ”.

2.9- OBJEKTIF UMUM PEJABAT DAERAH BATU PAHAT

“ Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan bagi menggerak, menyelaras dan
melaksanakan program-program dan projek-projek dalam semua aspek pembangunan dan
13

perkhidmatan yang berkaitan bagi mencapai pembangunan yang seimbang untuk


penduduk dan masyarakat, sesuai dan selaras dengan dasar-dasar kerajaan khususnya,
dasar pembangunan nasional dan wawasan 2020 ”

2.10- FUNGSIlPEJABAT DAERAH BATU PAHAT ain.

1- Mengendalikan majlis-majlis keraian rasmi kerajaan seperti Hari Kebangsaan,


Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, Hari Keputeraan DYMM Yang Dipertuan
Agong dan lain-lain acara keraian.
2- Mengeluarkan permit dan memungut cukai serta mengawal hiburan awam.
3- Menerima aduan orang ramai mengenai semua aspek pentadbiran kerajaan di
dalam daerah yang meliputi perkara-perkara pembangunan, keselamatan dan
sosial serta berusaha menyelesaikannya.
4- Menguruskan kerja-kerja pilihanraya, banci penduduk, program pembangunan,
rakyat termiskin dan lain-lain.
5- Mengendalikan rumah-rumah kerajaan, rumah-rumah murah dan rumah-rumah
pangsa.
6- Merancang dan melaksanakan projek-projek seperti pembinaan jalan tar dan batu
merah (untuk jalan kampung), surau, balai raya, masjid, padang permainan dan
lain-lain.

2.11- UNIT PENTADBIRAN AM

Fungsi dan Tanggungjawab Unit Pentadbiran Am Pejabat Daerah Batu Pahat.

1- Mengendalikan urusan Surat-menyurat jabatan/kad jemputan (terima mel, rekod


dan pos/despatch)
2- Mengendalikan proses Sistem Fail Jabatan termasuk pendaftaraan fail-fail sulit.
3- Membantu dalam hal pengurusan protokol, majlis-majis rasmi dan acara-acara
sambutan yang dikelolakan oleh Pejabat Daerah dari masa ke semasa.
4- Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan aktiviti
Pilihanraya dan Banci Penduduk
14

5- Bertanggungjawab mengenai keceriaan persekitaran, kebajikan dan kakitangan


serta keselamatan bangunan pejabat.
6- Membantu dalam hal pengurusan dan pemantauan MS ISO 9000 Pejabat
Daerah Batu Pahat.
7- Menerima, merekod dan memproses permohonan menduduki rumah kerajaan.
8- Menerima, merekod dan membuka fail bagi permohonan pelan
bangunan/rumah kediaman di luar Majlis sebelum dikembalikan ke jabatan
berkaitan.
9- Menerima, merekod serta menyimpanan fail-fail telah siap diproses sebelum
dikembalikan ke jabatan berkaitan.
10- Mengurus, menyiasat dan menjawab segala permohonan ubah syarat dan
SBKS.
11- Membantu menguruskan mesyuarat termasuk menyediakan agenda dan minit.
12- Menguruskan program Perhimpunan Pagi setiap Isnin minggu pertama setiap 2
bulan sekali.
13- Menguruskan setiap penyertaan Anugerah.
14- Mengedar, mengumpul dan memajukan pencalonan bagi Penganugerahan Bintang
dan Pingat Negeri/ Persekutuan sebelum tarikh tutup pencalonan.
15- Menyediakan dan merekod laporan dan kad perakam waktu
16- Mengurus hal-hal Peperiksaan Perkhidamatan Kerajaan sama ada yang dianjurkan
oleh Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan.
17- Membantu Urusetia Lembaga Perlantikan Jawatan-Jawatan di bawah Klasifikasi
Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir dan Tidak Mahir.
18- Menguruskan kutipan Tabung Hari Pahlawan.
19- Membantu Urusan IKS

2.12- UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Fungsi Dan Tanggungjawab :


15

1- Mengendalikan semua urusan perkhidmatan Pegawai dan Anggota Pejabat Daerah


Batu Pahat berkaitan dengan perkara-perkara berikut:
2- Pengesahan dalam perkhidmatan
3- Perletakan ke dalam jawatan berpencen.
4- Permohonan perletakan jawatan/perlepasan jawatan dengan izin.
5- Permohonan mengambilkira perkhidmatan yang lepas.
6- Permohonan kenaikan pangkat dan lain-lain jawatan.
7- Menyediakan kertas-kertas persaraan wajib dan mengendalikan permohonan-
permohonan persaraan pilihan sendiri,persaraan atas syor Lembaga Perubatan dan
lain-lain jenis persaraan termasuk pengurusan Pencen Terbitan.
8- Menyediakan dan menyemak perkiraan bayaran hadiah wang tunai sebagai
gantian cuti rehat bagi semua bakal pesara.
9- Merekod dan mengemaskinikan buku-buku rekod perkhidmatan bagi Pegawai dan
Anggota Daerah Pejabat Batu Pahat.
10- Menyelaras perisian sistem maklumat personal (SISPEN) supaya maklumat-
maklumat yang perlu diisi sentiasa dikemaskini mengikut perubahan-perubahan
dan arahan yang diterima daripada KPSU (cawangan perkhidmatan) Johor dan
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia dari masa ke semasa.
11- Menyelaras dan mengemaskinikan maklumat Senarai Perjawatan.
12- Mengurus hal-hal berkaitan perkhidmatan Ketua-Ketua Kampung.
13- Memproses permohonan dan merekodkan kelulusan Cuti Rehat, Cuti Sakit, Cuti
Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Tanpa Rekod, Cuti Ke Luar Negara, dan lain-
lain jenis cuti.
14- Mengurus permohanan untuk pengumpulan cuti rehat bagi tujuan GCR atau
membawa ke hadapan bagi cuti rehat tahunan pada setiap awal tahun.
15- Menguruskan proses Pengisytiharan Harta Pegawai Awam bagi kelulusan
Pegawai Daerah, merekod kelulusan serta manyedikan laporan-laporan
mengenainya.
16- Membantu Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia dalam pengedaran
borang-borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, pengumpulan, penyemakan
dan penyediaan kertas bagi pertimbangan panel.
16

17- Membantu Urusetia Panel Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)


memproses permohanan untuk menduduki PTK dan urusan-urusan yang berkaitan
dengannya.
18- Mengendalikan permohonan dan pencalonan pegawai / anggota bagi menghadiri
seminar, kursus, bengkel dan lain-lain.
19- Membantu Urusetia Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (2) (Klasifikasi
Perkhidmatan Mahir/Separuh Mahir/Tidak Mahir) Pejabat Daerah Batu Pahat
dalam menyediakan kertas-kertas Pertimbangan Pengerusi, Penentuan Kes Prima
dan lain-lain surat menyurat yang berkaitan dengan tindakan-tindakan Lembaga
Tatatertib/Lembaga.
20- Menyemak dan memajukan Perakuan Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja
kepada KPSU (Pengurusan Sumber Manusia) Johor.
21- Mengurus hal-hal perlantikan dan perkhidmatan Anggota Kontrak.
22- Meguruskan hal-hal pelatih IPTA.

2.13- UNIT KEWANGAN DAN HASIL

Fungsi dan Tanggungjawab :

1- Bertanggungjawab atas penyediaan semua Baucer bayaran bil-bil Projek


Pembangunan Dan Belanja Mengurus.
2- Bertanggungjawab bagi membuat semakan dan bayaran Elaun Perjalanan serta
Elaun Lebih Masa Kakitangan.
3- Menyelenggara Buku Peruntukan Jabatan.
4- Menyelaras Wang Panjar Runcit.
5- Menyediakan Penyata Penyesuaian Vot Bendahari Dan Akauntan Negara.
6- Membantu kerja-kerja penyediaan anggaran belanjawan mengurus bagi jabatan .
7- Mengurus dan menyelenggarakan cek dari segi pembatalan, penggantian dan
pembukaan palang.
8- Menyelenggara Akaun JPMM DUN Daerah Batu Pahat.
17

9- Mengurus bayaran gaji, KWSP dan lain-lain potongan.


10- Mengemaskan Buku Gaji.
11- Menguruskan permohonan pinjaman perumahan, kenderaan dan pinjaman
komputer.
12- Menyediakan baucer-baucer bayaran bagi Projek Pembangunan Negeri
13- ( Peruntukan Menteri Besar) dan tugasan merekod dalam buku daftar dan buku
vot .
14- Menyemak dan menyediakan baucer-baucer bayaran bagi Elaun Ketua Kampung /
Ketua Masyarakat / Elaun Perjalanan / Elaun Mesyuarat Ketua Kampung dan
Elaun Hadir Mesyuarat JKKK dan Ketua Masyarakat.
15- Menjaga dan menguruskan akaun Perayaan dan Kebajikan Serta Tabung Hari
Kebangsaan.
16- Membantu urusan IKS.
17- Menyediakan Borang Cukai Pendapatan ( Borang EC ) bagi kakitangan Pejabat
Daerah.
18- Menyimpan, menyerah dan menguruskan cek-cek Bekas Anggota Tentera dan
Tabung Hari Pahlawan.
19- Membuat pesanan tahunan bagi alat tulis,borang percetakan dan buku-buku serta
menjaga / merekod mengemaskini barang-barang diterima.
20- Menguruskan inventori dan harta modal.
21- Menerima dan memproses permohonan Lesen-Lesen Hiburan dan lain bentuk
perlesenan yang sehubungan dengannya seperti permohonan lesen barang lusuh,
menjual minuman liquor yang memabukkan.
22- Menerima hasil-hasil jabatan daripada jenis-jenis lesen cukai hiburan, bil telefon
dan sebagainya.
23- Menyediakan tuntutan duti hiburan.
24- Menyelenggara buku tunai / klasifikasi hasil dan menghantar penyata bulanan
hasil untuk auditan Pejabat Perbendaharaan Johor.
25- Menghantar hasil-hasil pejabat ke bank.
26- Menerima dan memproses permohonan lesen-lesen Wayang Cina/Gambar, Ekspo
dan lain-lain jenis hiburan serta mengecop Tiket Cukai Hiburan.
18

27- Bertanggungjawab menjaga dan menyemak buku-buku amanah, membuat


penyata penyesuaian amanah dan membuat baucer-baucer bagi bayaran .
28- Menerima hasil, menyediakan pengeluaran lesen wayang cina, sewa
rumah/pejabat kerajaan,amanah dan lain-lain bayaran hasil kerajaan.
29- Menerima dan memproses lesen penulis raya.
30- Menyediakan resit bagi sebut harga/tender.

2.13.1 JENIS-JENIS LESEN YANG DIKELUARKAN OLEH PEJABAT DAERAH


BATU PAHAT

1- Lesen Hiburan Raya


2- Pentas Nyanyian dan Berdansa
3- Family Amusement Centre
4- Aktiviti Hi-Tech Machines
5- Karaoke
6- Juke-Box
7- Cinaplex & Movie Televisyen
8- Muzik
9- Billirad / Snooker
10- Panggung Wayang
11- Lesen Arak Kelas 1
12- Lesen Arak Kelas 2
13- Lesen Arak Runcit
14- Lesen Arak Borong
15- Lesen Penjaja di Luar Bandar
16- Lesen Penulis Raya
17- Lesen Panggung Wayang Gambar
18- Lesen Pertunjukkan Konsert / Peraduan Nyanyian
19- Fun Fair (Expo Perdagangan, Carnival)

2.14- OBJEKTIF UMUM BAHAGIAN PEMBANGUNAN


19

1- Dapat melaksanakan semua urusan berkaitan dengan pentadbiran jabatan dan


perkhidmatan yang adil dan saksama yang diberikan kepada pelanggan sama ada
pelanggan dalaman atau luaran dengan cekap, cepat dan sempurna.
2- Menyelaras program dan projek pembangunan daerah di bawah dasar
pembangunan Nasional agar ianya dapat dilaksanakan dengan berkesan.
3- Menigkatkan taraf hidup dan pendapatan penduduk tempatan melalui aktiviti-
aktiviti pembangunan.
4- Mewujudkan suatu suasana yang lebih aman dan harmoni di kalangan anggota
masyarakat berbilanga kaum ke arah kesejahteraan hidup dan kemakmuran
negara.
5- Berusaha dengan giat bagi mempertingkatkan lagi mutu keupayaan pegawai /
anggota supaya dapat memberikan perkhidmatan kepada rakyat dengan lebih
berkesan.

2.14.1- FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN

1- Membuat perancangan, menyusun dan melaksanakan projek pembangunan kecil


yang meliputi pembinaan infrastuktur, jalan – jalan kampung seperti jalan batu
merah, jalan tar, pembinaan jambatan, rumah ibadat seperti masjid dan surau serta
kemudahan-kemudahan lainnya.
2- Merancang, mentadbir dan melaksanakan stuktur pembangunan fizikal dan sosial
masyarakat luar bandar sesuai dengan aspirasi negara untuk kemakmuran dan
kesejahteraan rakyat.
3- Pengagihan peruntukan-peruntukan dari Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Persekutuan kepada masyarakat luar bandar untuk pembangunan dan
kesejahteraan rakyat.
20

TUGASAN HAKIKI

Sepanjang menjalani Latihan Amali Dan Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat
tugasan hakiki atau sebenar yang saya lakukan ialah punch card kedatangan. Punch card
kedatangan merupakan perkara yang wajib dibuat bagi semua pegawai dan kakitangan
Pejabat Daerah bagi merekod kedatangan harian mereka.
Aktiviti bacaan al-Quran atau membudayakan al-Quran serta doa pagi pada setiap
pagi sebelum menjalankan tugas merupakan aktiviti yang perlu dilakukan bagi
kakitangan Pejabat Daerah. Aktiviti ini disarankan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada
semua Jabatan-jabatan Kerajaan di Negeri Johor. Sebagai seorang pelajar Pengajian Islam
aktiviti ini banyak diberi keutamaan kepada saya untuk dijalankan.

1.2 TUGASAN HARIAN


21

Latihan Amali / Industri di Pejabat Daerah Batu Pahat, Batu Pahat, Johor telah bermula
pada 8 Mei hingga 1 Julai 2006. Latihan ini memakan masa selama lebih kurang 2 bulan.
Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih-pelatih telah diberikan tugasan untuk
membantu setiap unit / bahagian pejabat daerah dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang
perlu diselesaikan dan sebagainya. Berikut adalah laporan tugasan mingguan pelatih
sepanjang tempoh Latihan Amali / Industri tersebut dijalankan:-

MINGGU PERTAMA

Isnin ( 8 Mei 2006)


• Pelajar praktikal melaporkan diri kepada pihak pentadbiran Pejabat Daerah Batu
Pahat iaitu Encik Pakarwara bin Abd Rahman selaku Ketua Unit Pentadbiran dan
mendengar taklimat daripada beliau mengenai fungsi dan peraturan-peraturan
Pejabat Daerah.
• Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan Encik Ibrahim bin Ahmad
selaku Penolong Pegawai Tadbir merangkap penyelia pelajar praktikal berkenaan
dengan penempatan latihan.
• Memperkenalkan diri dan minta memperkenalkan diri kepada semua pegawai
dan kakitangan Pejabat Daerah Batu Pahat.
• Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan di Bilik Gerakan Pejabat
Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Hmasan
Bin Saringat, Pegawai Daerah Batu Pahat.
• Menyertai mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya Inisiatif Penggunaan Tali
Pinggang Kaledar Belakang Kenderaan Peringkat Negeri Johor kali pertama pada
jam 11.00 pg. Majlis akan diadakan di ruang legar kompleks Summit, Jalan Bakau
Chondong, Batu Pahat pada 26 Mei 2006 (Jumaat), jam 3.30 ptg yang dirasmikan
oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki, Pengerusi Jawatankuasa
Perumahan dan Kerja Raya merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya
Negeri Johor.
• Menyertai mesyuarat program Johore Extreme Challenge Unit-unit Beruniform
Agensi Bukan Kerajaan yang akan diadakan di Kem Jubli Intan Tanjung Labuh,
22

Batu Pahat pada 6 Jun 2006 (Selasa). Program ini akan dirasmikan oleh Yang
Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor dan
akan dirasmikan penutupnya oleh Yang Berhormat Datuk Azalina Binti Dato’
Othman Said. Mesyuarat ini diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu
Pahat.

Selasa ( 9 Mei 2006)


• Aktiviti harian dimulakan dengan bacaan al-Quran / membudayakan al-Quran
secara jemaah dan bertadarus yang diketuai oleh Encik Pakarawa bin Abd
Rahman Ketua Unit Pentadbiran Pejabat Daerah Batu Pahat dan terjemahannya
dibaca oleh Encik Khairul penghantar surat Pejabat Daerah Batu Pahat.
• Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh penyelia agensi Pejabat
Daerah Batu Pahat iaitu Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan tugasan
yang diberikan iaitu Skim Pembangunan Keluarga Termiskin / Program
Pembanguanan Rakyat Termiskin (SPKR / PPRT), Pengurusan bencana alam,
Tabung Perayaan dan Keagamaan dan Pengurusan Projek-projek Kecil Luar
Bandar dengan mencari maklumat dan menyenaraikan maklumat berkenaan
dalam bentuk power point untuk dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor Yang Berhormat Datin Paduka Norsiah di bilik executif Kerajaan
Negeri Johor pada 16 Mei 2006 (Selasa) dan menyenaraikannya dalam bentuk
microsoftword.

Rabu ( 10 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran secara tadarus.
• Mendengar taklimat lanjutan dari penyelia Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan
dengan tugasan semalam.
• Membuat kertas kerja Manual Prosedur Kerja (MPK) mengenai bencana alam.
• Membuat perjumpaan dengan penyelia agensi untuk melihat hasil kerja Manual
Prosedur Kerjaya (MPK) yang telah dilakukan.

Khamis ( 11 Mei 2006)


23

• Menyiapkan dan membukukan kerja-kerja Manual Prosedur Kerjaya (MPK)


mengenai bencana alam, SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Kecil
Luar Bandar PIA / PIAS.

Jumaat ( 12 Mei 2006)


• Walaupun cuti umum kami di tugaskan untuk membantu kakitangan Pejabat
Daerah Batu Pahat bagi menyiapkan Modul Prosedur Kerja bencana alam, SPKR
/ PPRT dan Pembangunan Projek-projek Luar Bandar PIA / PIAS.

MINGGU KEDUA

Isnin ( 15 Mei 2006)


• Mengikut kakitangan Pejabat Daerah ke Kampung Parit Tengah sempena lawatan
Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman
bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC) peringkat Negeri
Johor dari pagi hingga ke petang. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan
menyambut tetamu yang datang dan ketibaan Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Johor serta mengedarkan risalah atau pamplet kepada tetamu yang hadir.
• Selepas solat Zohor saya ditugaskan memphotostat dan membainding Manual
Prosedur Kerja.

Selasa ( 16 Mei 2006)


• Menaip senarai nama Skim Pembangunan Rakyat Termiskin SPKR mengikut
mukim Daerah Batu Pahat yang diberi oleh kakitangan Pejabat Daerah Puan
Hajah Rohani binti Haron kerani unit pembangunan Pejabat Daerah.
• Menyertai mesyuarat Lawatan D.Y.M.M Sultanah Johor sempena Majlis
Penerimaan Ahli Baru Majlis Wanita Negeri Johor (MAWAR) yang akan
diadakan pada 22 Mei 2006 di Dewan Orang Ramai Yong Peng.

Rabu ( 17 Mei 2006)


24

• Bacaan al-Quran di bilik mensyuarat 2 Pejabat Daerah Batu Pahat. Pada


kebiasaannya saya dan Akmal akan mengetuai bacaan al-Quran dan diikuti
terjemahannya oleh kakitangan Pejabat Daerah serta diakhiri dengan bacaan doa.
• Menyiapkan kerja penaipan senarai nama SPKR yang diberi oleh staf (Puan Hjah
Rohani bte Haron) bagi sambungan semalam.

Khamis ( 18 Mei 2006)


• Membudayakan al-Quran.
• Menyertai Majlis Taklimat PDBP (Pejabat Daerah Batu Pahat) yang disampaikan
oleh Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat
bersama pelatih dan jurulatih PLKN Kem Sembrong serta taklimat daripada
Jabatan Pertanian di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Saya telah ditugaskan
menjadi juru acara majlis dan menguruskan peralatan teknikal seperti pemasangan
lap top, skrin layar dan lain-lain lagi.

Jumaat ( 19 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran dan terjemahan serta Tahlil bersama Penghulu-penghulu Mukim
dan warga kakitangan Pejabat Daerah. Majlis ini diadakan di Bilik Gerakan
Pejabat Daerah dan saya ditugaskan membaca terjemahan ayat al-Quran yang
dibaca oleh saudara Mohammad Akmal bin Abd Hamid surah Yusof.
• Membantu staf-staf melakukan kerja-kerja menyiapkan kad jemputan untuk
Kempen Keselamatan Jalan raya peringkat Negeri Johor.

MINGGU KETIGA

Isnin ( 22 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran.
• Menyertai Mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor kali
ke-2 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.
25

• Menyertai Lawatan Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru


MAWAR (Majlis Wanita Negeri Johor) yang diadakan di Dewan Orang Ramai
Yong Peng. Saya telah diarahkan oleh Penolong Pegawai Tadbir untuk
menyambut Tuanku Sultanah Johor di istana singgahan kampung istana Batu
Pahat bagi memberi peluang kepada Tuanku Sultanah beristirehat sebelum
meneruskan perjalanannya ke Dewan Serbaguna Yong Peng.

Selasa ( 23 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran.
• Membantu kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Menyertai mesyuarat Perhimpunan Hari Belia yang akan diadakan pada 8 Jun
2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.
• Membantu Puan Hajah Rohani binti Haron menyiapkan senarai maklumat
penerima Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) mukim kampung
Bahru dan sungai Phuchong.
• Membuat modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan pemantauan
dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06).
• Menghadiri taklimat yang disampaikan oleh penyelia praktikal Encik Ibrahim bin
Ahmad.

Rabu ( 24 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Mengedit modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan, pemantauan
dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06).
• Menghadiri mesyuarat Pertandingan Ghazal dan Keroncong yang akan diadakan
pada 18 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.

Khamis ( 25 Mei 2006)


26

• Bacaan al-Quran dan terjemahan @ membudayakan al-Quran.


• Taklimat daripada En Ibrahim bin Ahmad (penyelia praktikal).
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Menyertai Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Johor di Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Amat
Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Dalam
Majlis ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut tetamu yang
datang ke majlis tersebut.
• Menghadiri mesyuarat Johore Extreme Challenges Persatuan Pengakap yang akan
diadakan di kem pengakap Tanjung Laboh. Dalam mesyuarat ini saya telah
ditugaskan menyiarkan slide show kepada hadirin di Bilik Gerakan Pejabat
Daerah Batu Pahat.
• Selang beberapa jam saya diarahkan oleh penyelia untuk menghadiri mesyuarat
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat. Tugas yang sama
dipertanggungjawabkan kepada saya.

Jumaat ( 26 Mei 2006)


• Menghadiri Majlis Sambutan Maulidurrasul S.A.W. peringkat Pejabat Daerah
Batu Pahat, di Bilik Gerakan Pejabat Daerah. Penceramah undangan Ustaz
Samsul Rizalaris, Imam Masjid Yong Peng, Batu Pahat, Johor.
• Menyertai Majlis Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor di
Summit Parade Batu Pahat. Pada kali ini saya telah ditugaskan oleh penyelia
untuk menyambut ketibaan tetamu dan dif-dif terhormat serta mengedarkan
risalah atau pamplet yang berkaitan keselamatan jalan raya.

MINGGU KEEMPAT

Isnin ( 29 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran.
27

• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.


• Mencari dan mengumpul maklumat mengenai Pejabat Daerah Batu Pahat melalui
memuat turun data maklumat dari internet, memilih buku yang berkaitan di
perpustakaan Pejabat Daerah dan menyoal selidik secara langsung dengan
kakitangan Pejabat Daerah.
• Diarahkan pergi ke Pejabat Agama Daerah Batu Pahat bahagian Majlis Agama
Islam.
• Pergi ke Pejabat Pos Daerah Batu Pahat untuk mengepos surat.

Selasa ( 30 Mei 2006)


• Melakukan kerja-kerja staf pembangunan dan pentadbiran.
• Membahagi-bahagikan kerja MPK dikalangan pelajar-pelajar praktikal lain.
• Membahagikan tugas penyiapan laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat
tahun2005.

Rabu ( 31 Mei 2006)


• Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran bersama dengan pegawai dan
kakitangan Pejabat Daerah.
• Taklimat daripada En Pakawara bin Abd Rahman Ketua Unit Pentadbiran Pejabat
Daerah Batu Pahat.
• Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Jawatankuasa Daerah Batu Pahat.
• Menyiapkan tugasan Modul Prosedur Kerja (MPK) yang telah dibahagi-
bahagikan.

Khamis ( 1 Jun 2006)


• Bacaan al-Quran @ membudayakan al-Quran
• Taklimat daripada penyelia praktikal En Ibrahim bin Ahmad mengenai tugas yang
perlu dibuat pada hari ini.
28

• Menyertai mesyuarat program “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform”


agensi bukan kerajaan yang akan diadakan pada 6 Jun 2006 di Tanjung Labuh,
Batu Pahat.
• Menghadiri mesyuarat Hari Kebangsaan ke-49 peringkat Daerah Batu Pahat di
Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

Jumaat ( 2 Jun 2006)


• Bacaan al-Quran dan Tahlil bersama Tuan Pegawai Daerah dan Penghulu-
penghulu Mukim Daerah Batu Pahat.
• Menyiapkan, menyemak semula kerja-kerja MPK sebelum dibukukan.

MINGGU KELIMA

Isnin ( 5 Jun 2006)


• Mengikuti Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Batu
Pahat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Batu
Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat.
• Senamrobik (J-Robik) setiap awal bulan bersama Tuan Pegawai Pejabat Daerah
Batu Pahat dan kakitangan pejabat.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Menaip data maklumat keahlian baru Majlis Wanita Negeri Johor (MAWAR)
.
Selasa ( 6 Jun 2006)
• Cuti (Datuk kembali ke rahmatullah)

Rabu ( 7 Jun 2006)


• Bacaan doa.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan.
• Menyiapkan penaipan data maklumat ahli baru MAWAR.
29

Khamis ( 8 Jun 2006)


• Bacaan doa.
• Mendengar taklimat dan amanat yang disampaikan oleh penyelia agensi Pejabat
Daerah Batu Pahat iaitu Encik Ibrahim bin Ahmad berkenaan dengan program
Hari Belia peringkat Daerah dan Majlis penutupan Kem Perkemahan “Johore
Extreme Challenge Unit Beruniform yang akan diadakan di Tanjung Labuh, Batu
Pahat.
• Menyertai Perhimpunan Hari Belia yang diadakan di Dewan Jubli Intan Batu
Pahat.
• Pada jam 8.00 mlm kami diarahkan untuk pergi ke Majlis penutupan Kem
Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang diadakan di
Tanjung Labuh, Batu Pahat. Dalam majlis ini kami ditugaskan untuk serve
jamuan VVIP yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk
Azalina binti Dato’ Othman Said dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan
kerajaan Daerah Batu Pahat.

Jumaat ( 9 Jun 2006)


• Cuti (pergi ke Universiti Kebangsaan Malaysia).

MINGGU KEENAM

Isnin ( 12 Jun 2006)


• Bacaan doa (Program membudayakan al-Quran telah diganti dengan bacaan doa).
Bacaan doa telah dibaca oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Yang Berhormat Dato’
Hamsan bin Saringat.
• Melakukan kerja-kerja staf dan menyiapkan surat-surat unit pembangunan.
• Membuat rangka penulisan laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat tahun
2005.
• Berjumpa dengan Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj, Ahli
Parlimen Parit Sulong di pejabatnya.
30

Selasa ( 13 Jun 2006)


• Bacaan doa.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Menyediakan laporan tahunan Bahagian Pembangunan dengan menemuramah
kakitangan bahagian tersebut.
• Membuat tugasan laporan tahunan, MPK, dan senarai semak SPKR.
• Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam
(PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan
tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan
Persekutuan.

Rabu ( 14 Jun 2006)


• Bacaan doa pada pagi ini dibaca oleh Ustaz Huszarudin bin Haji Hussin.
• Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam
(PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan
tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan
Persekutuan.
• Mendengar taklimat projek PIA / PIAS 2006 oleh Dato’ Hajah Kamesah,
Penasihat Kewangan Putrajaya yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan
bin Sarigat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Ketua Pen. P

Khamis ( 15 Jun 2006)


• Bacaan doa.
• Membuat laporan tahunan Pejabat Daerah Batu Pahat 2005.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Bacaan doa yang dibaca oleh Encik Mohamad Ketua Unit Pembangunan Sumber
Manusia.
31

• Saya telah diarahkan Encik Mahdzar membantu Tuan Haji Mahadon bin Marnin
Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bagi mengedit Modul Proedur Kerja
di biliknya.
• Menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua kampung kawasan Pekan Parit
Sulong yang dipengerusikan Encik Mustapha Penghulu Kawasan Sri Medan bagi
menerangkan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang akan diadakan di Parit
Sulong Batu Pahat pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006.
• Saya telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Istiadat Hari
Kebangsaan ke 49 Peringkat Daerah Batu Pahat 31 Ogos 2006 di Bilik Gerakan
Pejabat Daerah.

Jumaat ( 16 Jun 2006)


• Bacaan al-Quran dan Tahlil bersama Tuan Pegawai Daerah dan Penghulu-
penghulu Mukim Daerah Batu Pahat.
• Membantu staf bahagian teknikal menaip senarai projek Pembangunan
Insfrastruktur Awam (PIA) 2006.
• Membantu unit kewangan dan hasil menyemak senarai gaji kakitangan.
• Mengikuti Encik Mohd Faizul Bin Othman Juruteknik N17 pergi melawati tapak
projek pembaikan surau parit Jambul Parit Raja. Dalam perkara saya diarahkan
untuk memperhatikan cara juruteknik memeriksa tempat projek serta anggaran
kewangan yang sesuai diperuntukan bagi projek tersebut.
• Membuat Manual Prosedur Kerja Pengurusan Projek-Projek Kecil Luar Bandar
yang diarahkan oleh Encik Mahdzar Ketua Unit Pembangunan Pejabat Daerah,
Tabung Perayaan dan Keagamaan atas arahan Encik Ibrahim Bin Ahmad
Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Batu Pahat.

MINGGU KETUJUH
32

(Isnin) 19 Jun 2006


• Membuat Modul Prosedur Kerja bagi dibentangkan dihadapan Pegawai Kerajaan
Negeri Johor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat jam 09.00 pg 20.Jun
2006. Dalam tugas ini saya telah diarahkan oleh Encik Mahdzar masuk ke bilik
Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mengedit Manual Prosedur Kerja yang
tidak betul.
• Menyambut kedatangan penyelia Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia Profesor Madya Dr Arifin bin Omar dan membawanya berjumpa Encik
Ibrahim bin Ahmad (PPT).
• Kami telah diarahkan oleh Ketua Unit Pembangunan datang ke Pejabat Daerah
pada pukul 9.00 mlm untuk membentangkan MPK kepada Yang Berhormat Dato’
Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan PDBP.

SELASA 20 JUN 2006


• Membuat persiapan teknikal seperti membantu pekerja teknikal on lap top dan
skrin layar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan lain-lain.
• Saya telah diarahkan untuk menyiarkan slide show di Bilik Gerakan dan
mengedarkan MPK kepada pegawai kerajaan yang hadir.

RABU 21 JUN 2006


• Bacaan doa
• Menghadiri Mesyuarat Rakan Muda Mutiara Kasih yang akan berlangsung pada
14 Julai 2006 sehingga 16 Julai 2006 di Semerah.
• Menghadiri Majlis Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri Johor 2006 yang
diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai
Daerah Batu Pahat. Dalam majlis ini saya telah diarahkan untuk melayang tetamu
VVIP makan.

KHAMIS 22 JUN 2006


• Cuti
33

JUMAAT 23 JUN 2006


• Bacaan al-Quran yang diketuai oleh Tok Penghulu Hanapi dan Tok Penghulu
Yakob.
• Menyenaraikan data maklumat pelajar-pelajar praktikal. Penyenaraian ini
diarahkan oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai Daerah.

MINNGU KELAPAN

ISNIN 26 JUN 2006


• Bacaan doa yang dibaca oleh Haji Omar Bin Abu Bakar Ketua Unit Teknikal.
• Menyerahkan borang pemarkahan praktikal kepada penyelia praktikal Encik
Ibrahim bin Ahmad.
• Menyediakan teks ucapan wakil pelajar praktikal bagi disampaikan pada Majlis
Perpisahan Pelajar Praktikal.
• Membantu kakitangan Pejabat Daerah menyelesaikan urusan mereka.

SELASA 27 JUN 2006-06-29


• Bacaan doa di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat yang dibaca oleh Encik
Mohamad Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia.
• Menghadiri Majlis Perpisahan pelajar-pelajar praktikal seramai 8 pelajar di Bilik
Gerakan. Dalam majlis ini saya telah ditugaskan oleh kawan-kawan praktikal
saya bagi menyampaikan ucapan wakil pelajar-pelajar praktikal. Majlis telah
diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat Pegawai
Daerah.
• Menyiapkan laporan Latihan Amali / Industri.

RABU 28 JUN 2006


• Bacaan doa yang dibaca oleh saudara Saifudin kerani kontrak Unit Pembangunan.
34

• Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di


bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan
diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
• Pergi ke Yayasan Warisan Johor (YWJ) di Johor Bahru.
• Melawat tapak pameran Daerah Batu Pahat di Danga Bay Johor Bahru.
• Memphotostat Pelan Tapak Gerai Majlis Pelancongan Bulan Cita Rasa Malaysia
Danga Bay, Johor Bahru, Johor serta senarai nama dan nombor gerai / khemah
peserta-peserta pameran dan jualan bagi Bulan Citarasa Malaysia dan pamplet
Bulan Citarasa Malaysia.

KHAMIS 29 JUN 2006


• Membaca doa pagi yang diarahkan oleh Encik Mahdzar
• Menyiapkan Laporan Amali / Industri.
• Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan
Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana
Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan
Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad
PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke
kaunter Pejabat Daerah.
• Menyiapakan Laporan Latihan Amali / Industri.
• Diarahkan oleh Encik Ibrahim bagi menetukan pelajar praktikal yang dipilih
untuk mengikuti lawatan ke tapak pameran Pejabat Daerah di Danga Bay,
Johor Bahru.

JUMAAT 30 JUN 2006

• Program membudayakan al-Quran dan terjemahannya serta bacaan doa pagi


di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.
35

• Menghadiri mesyuarat Program Kembara Mahkota yang akan diadakan pada


14 September 2006 sehingga 17 September 2006.
• Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah
Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun
2006 sehingga 2 Julai 2006.

SABTU 1 JULAI 2006

• Cuti Umum bagi sektor swasta.

TUGASAN LUAR BIASA

• Menyertai mesyuarat Majlis Tindakan Pelancongan di Bilik Gerakan Pejabat


Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji
Hmasan Bin Saringat, Pegawai Daerah Batu Pahat.
• Menyertai mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya Inisiatif Penggunaan
Tali Pinggang Kaledar Belakang Kenderaan Peringkat Negeri Johor kali
pertama pada jam 11.00 pg. Majlis akan diadakan di ruang legar kompleks
Summit, Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat pada 26 Mei 2006 (Jumaat), jam
3.30 ptg yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Baderi bin Dasuki,
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerja Raya merangkap Pengerusi
Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Johor.
• Menyertai mesyuarat program Johore Extreme Challenge Unit-unit
Beruniform Agensi Bukan Kerajaan yang akan diadakan di Kem Jubli Intan
Tanjung Labuh, Batu Pahat pada 6 Jun 2006 (Selasa). Program ini akan
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman,
Menteri Besar Johor dan akan dirasmikan penutupnya oleh Yang Berhormat
Datuk Azalina Binti Dato’ Othman Said. Mesyuarat ini diadakan di Bilik
Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.
36

• Membuat penulisan Skim Pembangunan Keluarga Termiskin / Program


Pembanguanan Rakyat Termiskin (SPKR / PPRT), Pengurusan bencana alam,
Tabung Perayaan dan Keagamaan dan Pengurusan Projek-projek Kecil Luar
Bandar dengan mencari maklumat dan menyenaraikan maklumat berkenaan
dalam bentuk power point untuk dibentangkan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Johor Yang Berhormat Datin Paduka Norsiah di bilik executif
Kerajaan Negeri Johor pada 16 Mei 2006 (Selasa) dan menyenaraikannya
dalam bentuk microsoftword.
• Walaupun cuti umum kami di tugaskan untuk membantu kakitangan Pejabat
Daerah Batu Pahat bagi menyiapkan Modul Prosedur Kerja bencana alam,
SPKR / PPRT dan Pembangunan Projek-projek Luar Bandar PIA / PIAS.
• Mengikut kakitangan Pejabat Daerah ke Kampung Parit Tengah sempena
lawatan Menteri Besar Johor Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abdul Ghani
bin Othman bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Desa Cemerlang (ADC)
peringkat Negeri Johor dari pagi hingga ke petang. Dalam Majlis ini saya
telah ditugaskan menyambut tetamu yang datang dan ketibaan Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Johor serta mengedarkan risalah atau pamplet
kepada tetamu yang hadir.
• Menyertai Majlis Taklimat PDBP (Pejabat Daerah Batu Pahat) yang
disampaikan oleh Tuan Haji Mahadon bin Marnin Ketua Penolong Pegawai
Daerah Batu Pahat bersama pelatih dan jurulatih PLKN Kem Sembrong serta
taklimat daripada Jabatan Pertanian di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat. Saya
telah ditugaskan menjadi juru acara majlis dan menguruskan peralatan
teknikal seperti pemasangan lap top, skrin layar dan lain-lain lagi.
• Menyertai Mesyuarat Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor
kali ke-2 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.
• Menyertai Lawatan Sultanah Johor sempena Majlis Penerimaan Ahli Baru
MAWAR (Majlis Wanita Negeri Johor) yang diadakan di Dewan Orang Ramai
Yong Peng. Saya telah diarahkan oleh Penolong Pegawai Tadbir untuk
menyambut Tuanku Sultanah Johor di istana singgahan kampung istana Batu
37

Pahat bagi memberi peluang kepada Tuanku Sultanah beristirehat sebelum


meneruskan perjalanannya ke Dewan Serbaguna Yong Peng.

• Mengedit modul prosedur kerja yang bertajuk proses perlaksanaan,


pemantauan dan pengesahan projek (PK-PDBP[P]-06).
• Menghadiri mesyuarat Pertandingan Ghazal dan Keroncong yang akan
diadakan pada 18 Jun 2006 di Dewan Jubli Intan Batu Pahat.
• Melakukan kerja-kerja staf unit pembangunan dan pentadbiran.
• Menyertai Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Johor di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Majlis ini telah dirasmikan oleh
Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Abd Ghani Bin Othman, Menteri Besar
Johor. Dalam Majlis ini saya telah ditugaskan oleh penyelia untuk menyambut
tetamu yang datang ke majlis tersebut.
• Menghadiri mesyuarat Johore Extreme Challenges Persatuan Pengakap yang akan
diadakan di kem pengakap Tanjung Laboh. Dalam mesyuarat ini saya telah
ditugaskan menyiarkan slide show kepada hadirin di Bilik Gerakan Pejabat
Daerah Batu Pahat.
• Selang beberapa jam saya diarahkan oleh penyelia untuk menghadiri mesyuarat
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Batu Pahat. Tugas yang sama
dipertanggungjawabkan kepada saya.
• Menyertai Majlis Kempen Keselamatan Jalanraya peringkat Negeri Johor di
Summit Parade Batu Pahat. Pada kali ini saya telah ditugaskan oleh penyelia
untuk menyambut ketibaan tetamu dan dif-dif terhormat serta mengedarkan
risalah atau pamplet yang berkaitan keselamatan jalan raya.
• Menghadiri mesyuarat Hari Kebangsaan ke-49 peringkat Daerah Batu Pahat di
Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat.

• Menyertai mesyuarat program “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform”


agensi bukan kerajaan yang akan diadakan pada 6 Jun 2006 di Tanjung Labuh,
Batu Pahat.
38

• Mengikuti Perhimpunan Bulanan Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah Daerah Batu
Pahat bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Batu
Pahat, Yang Berhormat Dato’ Hamsan bin Saringat.
• Senamrobik (J-Robik) setiap awal bulan bersama Tuan Pegawai Pejabat Daerah
Batu Pahat dan kakitangan pejabat
• Pada jam 8.00 mlm kami diarahkan untuk pergi ke Majlis penutupan Kem
Perkemahan “Johore Extreme Challenge Unit Beruniform yang diadakan di
Tanjung Labuh, Batu Pahat. Dalam majlis ini kami ditugaskan untuk serve
jamuan VVIP yang mana majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk
Azalina binti Dato’ Othman Said dan dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan
kerajaan Daerah Batu Pahat.
• Berjumpa dengan Yang Berhormat Syed Hood bin Syed Edros al-Haj, Ahli
Parlimen Parit Sulong di pejabatnya.
• Membuat pengiraan waran peruntukan tahunan Pembangunan Infrastruktur Awam
(PIA / PIAS) bagi tahun 2005 mengikut dun, jenis projek samada peruntukan
tersebut daripada Pejabat Menteri Besar Negeri Johor atau dari Kerajaan
Persekutuan.
• Mendengar taklimat projek PIA / PIAS 2006 oleh Dato’ Hajah Kamesah,
Penasihat Kewangan Putrajaya yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Hamsan
bin Sarigat, Tuan Haji Mahadon bin Marnin, Ketua Pen. P
• Saya telah diarahkan untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Istiadat Hari
Kebangsaan ke 49 Peringkat Daerah Batu Pahat 31 Ogos 2006 di Bilik Gerakan
Pejabat Daerah.
• Menghadiri mesyuarat bersama ketua-ketua kampung kawasan Pekan Parit
Sulong yang dipengerusikan Encik Mustapha Penghulu Kawasan Sri Medan bagi
menerangkan Program Operasi Khidmat Masyarakat yang akan diadakan di Parit
Sulong Batu Pahat pada 18 Ogos 2006 sehingga 20 Ogos 2006.
• Saya telah diarahkan Encik Mahdzar membantu Tuan Haji Mahadon bin Marnin
Ketua Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat bagi mengedit Modul Proedur Kerja
di biliknya.
39

• Mengikuti Encik Mohd Faizul Bin Othman Juruteknik N17 pergi melawati tapak
projek pembaikan surau parit Jambul Parit Raja. Dalam perkara saya diarahkan
untuk memperhatikan cara juruteknik memeriksa tempat projek serta anggaran
kewangan yang sesuai diperuntukan bagi projek tersebut.
• Membuat Manual Prosedur Kerja Pengurusan Projek-Projek Kecil Luar Bandar
yang diarahkan oleh Encik Mahdzar Ketua Unit Pembangunan Pejabat Daerah,
Tabung Perayaan dan Keagamaan atas arahan Encik Ibrahim Bin Ahmad
Penolong Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Batu Pahat.
• Membuat Modul Prosedur Kerja bagi dibentangkan dihadapan Pegawai Kerajaan
Negeri Johor di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Batu Pahat jam 09.00 pg 20.Jun
2006. Dalam tugas ini saya telah diarahkan oleh Encik Mahdzar masuk ke bilik
Ketua Penolong Pegawai Daerah bagi mengedit Manual Prosedur Kerja yang
tidak betul.
• Kami telah diarahkan oleh Ketua Unit Pembangunan datang ke Pejabat Daerah
pada pukul 9.00 mlm untuk membentangkan MPK kepada Yang Berhormat Dato’
Hamsan bin Saringat Pegawai Daerah Batu Pahat di Bilik Gerakan PDBP.
• Membuat persiapan teknikal seperti membantu pekerja teknikal on lap top dan
skrin layar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan lain-lain.
• Menghadiri Majlis Pertandingan Keroncong Peringkat Negeri Johor 2006 yang
diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Hamsan Bin Saringat Pegawai
Daerah Batu Pahat. Dalam majlis ini saya telah diarahkan untuk melayang tetamu
VVIP makan.
• Mengahadiri Mesyuarat Bulan Citarasa Malaysia Peringkat Kebangsaan di
bangunan rasmi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor. Program ini akan
diadakan pada 30 Jun – 2 Julai 2006 di Dangan Bay yang akan dirasmikan oleh
Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
• Bertugas sebagai wakil Pejabat Daerah Batu Pahat di Program Kaunter Aduan
Bergerak Bersepadu anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana
Menteri Dan Pejabat Daerah Batu Pahat bertempat di Pasar Tani FAMA, Jalan
Omar, Batu Pahat, Johor. Saya telah diarahkan oleh Encik Ibrahim Bin Ahmad
40

PPT bagi menerima aduan yang diluahkan oleh orang awam yang datang ke
kaunter Pejabat Daerah.
• Mewakili Pejabat Daerah Batu Pahat bertugas di tapak pameran gerai Daerah
Batu Pahat di Teluk Danga bersempena Bulan Cita Rasa Malaysia dari 30. Jun
2006 sehingga 2 Julai 2006.
SUMBANGAN LATIHAN AMALI

Terdapat banyak sumbangan Latihan Amali Dan Industri terhadap saya selama
menjalani Latihan Amali Dan Industri samada jangka panjang atau jangka pendek
antaranya memberi peluang kepada pelajar mengaplikasi dan mempraktik ilmu yang di
perolihi semasa belajar di sekolah mahupun universiti supaya ilmu tersebut benar-benar
mantap.
Selain dari itu, latihan ini merupakan satu peluang membentuk diri yang kental
dan mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan masyarakat serta memberi
peluang untuk berbakti kepada masyarakat bagi melahirkan individu yang benar-benar
bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Semangat bertanggungjawab merupakan sifat yang sangat penting kepada
mahasiswa atas perkara ini Latihan Amali Dan Industri memberi saya peluang
membentuk sifat bertanggungjawab samada kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat,
agama, bangsa dan negara.
Alam pekerjaan merupakan alam yang bakal ditempuhi apabila menamatkan
pengajian kelak. Olaeh yang demikian Latihan Amali Dan Industri ini memberi
persediaan praktikal awal dan pengalaman pekerjaan sebelum menempuh alam pekerjaan
yang sebenar.
Pejabat Daerah merupakan sebuah jabatan yang terpenting dan ketua bagi semua
jabatan-jabatan yang lain di daerah Batu Pahat. Segala maklumat dan aktiviti yang
dijalankan di Daerah Batu Pahat di awasi di sini oleh yang demikian Latihan Amali Dan
Industri yang dijalankan di sini memberikan peluang kepada saya untuk mengetahui
peluang kerjaya atau pekerjaan yang terdapat di Kerajaan Persekutuaan mahupun
Kerajaan Negeri.
41

Sumbangan yang diberikan oleh Latihan Amali Dan Industri kepada Pejabat
Daerah Batu Pahat ialah membantu perjalanan kerja dan aktiviti yang dijalankan oleh
Pejabat Daerah Batu Pahat seperti membuat penulisan modul prosedur kerja, menjadi
juru acara majlis dan sebagainya. Ini kerana setiap pegawai dan kakitangan mempunyai
aktiviti dan kerja mereka yang telah ditetapkan oleh kerajaan akan tetapi terdapat tugas
dan kerja yang luar dari bidang mereka. Maka dengan kehadiran pelajar yang menjalani
Latihan Amali Dan Industri sedikit sebanyak membantu mereka menjalankan tugas
mereka.
Dengan kehadiran pelajar praktikal Fakulti Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia di sini menunjukkan bahawa UKM bukan sahaja sebuah universiti
yang mementingkan akademik semata-mata tetapi menitikberatkan pengamplimentasian
ilmu yang dipelajari dapat digunakan sebelum mereka benar-benar berada di alam
pekerjaan. Dengan ini dapat menaikkan nama dan memartabatkan UKM sebagai sebuah
universiti yang berpandangan jauh dan mempunyai misi dan visi yang tersendiri.

MASALAH KEPADA PELATIH

Selama 2 bulan 8 minggu saya menjalani Latihan Amali dan Industri di Pejabat
Daerah Batu Pahat, Johor sedikit sebanyak terdapat juga masalah dan kerumitan yang
saya alami selama menjalani praktikal di sini antaranya persediaan diri yang mantap dan
kental perlu di buat samada maklumat mengenai agensi dari segi fungsi, kedudukannya di
dalam hairarki kerajaan dan sebagainya sebelum menjalani praktikal. Pejabat Daerah
merupakan tulang belakang kepada jentera Kerajaan Negeri Johor pelbagai aktiviti dan
program yang melibatkan semua ketua-ketua jabatan, ahli-ahli yang berhormat samada
Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen, Spiker Kerajaan Negeri Johor,
penasihat-penasihat Kerajaan Persekutuan dan lain-lain lagi kerap berkumpul untuk
bermusywarat dan membentangkan kertas kerja. Oleh yang demikian pelajar-pelajar
praktikal dikehendaki menyertai aktiviti mereka. Pada mulanya saya termangu atau
tertanya-tanya apa yang mereka sedang bincangkan seperti Pengurusan Projek-projek
Kecil Luar Bandar (PIA/PIAS) dan sebagainya. Oleh yang demikian persediaan awal
seperti persediaan maklumat mengenai agensi, keterampilan diri dan sebagainya.
42

Saya dapat mengaplikasi ilmu yang diperlukan di sini seperti kemahiran komputer
dalam bahagian penulisan microsoft word, power point, excel dan publisher. Saya juga
boleh kehadapan bagi menguruskan majlis rasmi Pejabat Daerah dan sebagainya tetapi
mungkin saya terkebelakang sedikit jika dibandingkan dengan pelajar praktikal yang lain
dari Universiti Utara Malaysia dalam bidang multimedia kerana mereka boleh membuat
tayangan multimedia yang digunakan dalam majlis rasmi kerajaan pada masa sekarang.
Itulah masalah yang saya alami semasa menjalani praktikal di sini. Dari segi
komunikasi, kerjasama daripada agensi, kesesuaian penempatan, kemudahan penginapan
dan kemudahan pengankutan tidak menjadi masalah kepada saya. Tempoh masa selama 2
bulan 8 minggu adalah tempoh masa yang sesuai dijalankan bagi pelajar praktikal
menjalani Latihan Amali dan Industri.

CADANGAN

..........................................