Anda di halaman 1dari 14

PERMAINAN TRADISIONAL

CONGKAK

Congkak merupakan sejenis permainan tradisional yang sering dimainkan sebagai


aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan.

Latar belakang

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada
teori mana yang anda percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali
purba yang dibiayai oleh Persatuan National Geographic menjumpai kepingan batu
kapur yang mempunyai dua liang selari bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di
masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari
Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak


dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali
sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di
Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan


papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak dimainkan
di seluruh dunia.
Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta
pelbagai laman web di internet. Dalam laman-laman web ini disenaraikan pelbagai
maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga
permainan congkak dalam talian.

Asas permainan

Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai


kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

Papan congkak berbentuk bangau menyudu. Dalam permainan congkak,


terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak boleh
diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang
dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang
dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm
dan lebanya 18 cm.

Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka


akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke
dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam,
sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah'
kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang
lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu
setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan
meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi
lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah
akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan
memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup
buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua
pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan
kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang
bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Peraturan permainan

Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa.

1. Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan


dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing
dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan
pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
2. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh
menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat
satu pusingan.
3. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.
4. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran
berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah
kepada pihak lawan.
5. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung
dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap
terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang
kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Perbezaan peraturan

Walaupun permainan congkak kelihatan sama dengan permainan lain yang berasaskan
lubang dan buah seperti Manchala dan Sungka, terdapat beberapa perbezaan dari segi
peraturan.

Perbezaan utama ialah semasa permulaan permainan di mana permainan congkak


bermula serentak antara kedua-dua pemain. Pengagihan buah dalam permainan
congkak juga bergerak mengikut arah jam berbanding dengan permainan lain yang
bergerak secara melawan arah jam.

Cara membuat congkak

Lazimnya dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari kayu rambutan, nangka dan sebagainya,
mengikut kemampuan si tukang pembuat congkak.

1. Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong mengikut kepanjangan papan


congkak yang bergantung kepada lubang rumah yang dihasilkan kelak.
2. Kayu yang masih buah dibelah dua bahagian. Hanya satu bahagian sahaja yang
diperlukan dalam membuat congkak.
3. Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk mengerat lebihan kayu yang tidak
terpakai. Parang atau pahat digunakan untuk melicinkan batang kayu tersebut.
4. Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat lubang. Lubang-lubang ditebuk
dalam dua baris dan dinamakan ‘kampung’ yang mempunyai jumlah bilangan
tertentu.
5. Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai ‘rumah’.
6. Pahat bermata halus digunakan untuk melicinkan lubang tersebut. Ini penting
supaya tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu bermain.
7. Setelah siap, papan tersebut akan diukir dengan pelbagai hiasan seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan sebagainya.
8. Papan congkak divarniskan dengan warna perang kekuningan, perang
kemerahan, perang atau hitam.

Congkak juga dihasilkan daripada logam ataupun tanah di kawasan pendalaman.


Tempurung kelapa digunakan supaya tangan tidak kotor terkena tanah. Buah congkak
yang paling biasa digunakan ialah guli, namun apa-apa biji atau batu kecil yang agak
bulat boleh digunakan.

Papan Congkak

Memasukkan buah kelubang kampung


Konda-kondi

Konda-kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan
kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan
mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan
kawasan lapang.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada:

 Dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang
kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek
dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga
dikorek bagi meletakkan kayu panjang.
 Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan
menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu.

Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang


lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke
udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli
pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu
sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain
daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih
pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana
ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena
kayu panjang.

Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang
diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika
kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu,
pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari
lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua

Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian
memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika
pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.

Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh
mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata
daripada langkah pertama tadi.

Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu
dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke
udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke
tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata,
iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti
sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

JALA ITIK
Permainan ini bertujuan menentukan pasukan mana yang mempunyai bilangan ahli
paling ramai. Tiada sebarang alatan diperlukan, cuma sebuah lagu yang menarik
dinyanyikan untuk mengiringi setiap langkah permainan.

Cara Bermain

Dua orang dipilih menjadi ketua, kebiasaanya bertubuh besar dan menggunakan nama
samaran yang hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja. Kedua-dua ketua ini akan
berhadapan antara satu sama lain dengan memegang tangan masing-masing yang
diangkat keatas, bagi memudahkan para ahlinya melintasi dibawahnya. Semasa ini
sebuah nyanyian dialunkan 'Jan-jan jala Jala itik jala ayam. Berapa lubang kancil?
Seratus lima puluh. Singgah Cik Dayang singgah. Makan sirih mulut merah." Sebaik
sahaja lagu itu selesai dinyanyikan, ketua-ketua itu akan menangkap pemain terakhir
yang sedang melintas.

Menentukan Pemain

Setelah itu, pemain yang ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk
disoal. Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum
permainan. Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut.
Pemain-pemain tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih
oleh ahli tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian
permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai
memilih ketua masing-masing.

Pertukaran Pemain

Jika ada kumpulan mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang
satu lagi, rayuan boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangkan jumlah ahli
setiap pasukan. Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di
antara kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan
akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli yang paling
ramai.

Menentukan Pemenang

Sebaliknya jika ini terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi
membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri
sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain. Pemain-
pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang pinggang.
Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya melangkah
garisan itu, dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika pasukan yang kurang
ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan itu, pasukannya dianggap
menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain yang dikehendakinya untuk
mengimbangi pasukannya dengan pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika
pasukannya gagal berbuat demikian, maka dia dianggap kalah.
PERMAINAN KECIL

BALING BOLA (HANTARAN BOLA JARING)

Baling bola ini diambil daripada pergerakkan kecil cara balingan yang terdapat dalam
permainan bola jarring. Ia bertujuan melatih pelajar tentang beberapa teknik hantaran
atau balingan yang boleh dilakukan dalam permainan bola jaring. Terdapat beberapa
teknik balingan yang boleh dilakukan seperti :

 Balingan paras dada


 Balingan tinggi
 Balingan sisi
 Balingan bawah

Sebelum memulakan aktiviti ini, guru dikehendaki membentuk beberapa kumpulan


kecil. Seterusnya, setiap kumpulan diberikan sebiji bola. Kumpulan boleh dibentuk
dalam bulatan atau pun mengadap secara berpasangan. Jika kumpulan dibentuk dalam
bentuk bulatan, seorang pelajar dikehendaki duduk di bahagian tengah bulatan begi
membuat hantaran kepada pelajar lain secara pusingan. Jika kumpulan di bentuk dalam
keadaan menghadap, pelajar dihendaki menghadap pasangan mereka. Hantaran bola
biasanya dalam bentuk zig zag.
Balingan Paras Dada

Pelajar dikehendaki membuat hantaran balingan bola separas dengan dada. Pelajar
meletakkan bola separas dengan dada kemudian membaling bola tersebut kepada
pelajar lain dengan cara satu kaki kehadapan. Ia bertujuan untuk melatih pelajar
memberi bola pada jarak yang dekat.

Balingan Tinggi

Pelajar dikehendaki membuat hantaran balingan bola tinggi kepada pelajar lain, dengan
memberikan sedikit daya kepada hantaran tersebut. Ia bertujuan untuk melatih pelajar
memberi bola pada jarak yang jauh.

Balingan Sisi

Pelajar dikehendaki membuat hantaran balingan bola samada dari sisi kiri atau kanan
kepada pelajar lain. Ia bertujuan untuk melatih pelajar memberi bola pada sisi yang
berlainan dan sekaligus boleh mengelirukan pihak lawan.

Balingan Bawah

Pelajar dikehendaki membuat hantaran balingan bola dari bahagian bawah kepada
pelajar lain. Ia bertujuan untuk melatih pelajar memberi bola pada jarak yang dekat dan
sukar di kenal pasti jaraknya oleh pihak lawan. Ini akan mengelirukan pihak lawan.

JAMBATAN SUDAH ROBOH


Permainan ini tidak menggunakan sebarang alatan. Ianya hanya memerlukan pelajar
dibahagikan kepada dua kumpulan. Cara permaianan ini dijalankan ialah dua orang
pelajar menjadi jambatan dan sekumpulan pelajar yang lain bakal menjadi mangsa
jambatan roboh.

Peraturan

Dua orang pelajar yang menjadi jambatan, hendaklah menyanyikan sebuah lagu.

‘ Jambatan sudah roboh, sudah roboh, sudah roboh……


Jambatan sudah roboh, sudah roboh, sudah roboh…
Hari ini…’

Pelajar yang berada dalam kumpulan lain perlulah melalui bawah tangan dua orang
pelajar tadi sepanjang nyanyian berkumandang, Selesai menyanyikan lagu ini orang last
dari kumpulan lain yang melalui pengangan tangan tadi hendaklah di peluk,
menandakan dia adalah mangsa jambatan roboh. Pelajar yang di peluk dikehendaki
duduk di belakang orang yang menjadi jambatan. Begitulah seterusnya, sehingga
semua menjadi mangsa jambatan roboh.

JAN JAN JALA

Ia lagu yang dimainkan bersama oleh kanak-kanak masyarakat Melayu. Lazimnya,


permainan ini perlu dimainkan lebih dari empat orang. Dua orang akan saling berpaut
pada bahu masing-masing atau memegang tangan masing-masing dan meninggalkan
ruang tengah untuk memberi laluan. Pemain lain akan memasuki ruangan itu ketika lagu
dinyanyikan dan sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan, pemain yang masih di ruangan
tengah itu akan ditangkap dan dikira kalah dan didenda.
Lagu

Janjanjala
Jalaitikjalaayam
Dimanalubangkancil
Seratuslimapuluh
CikCikGayah
Makan sirih mulut... me... me...merah

Cara Bermain

 Dua orang 'ketua /Kepala' yang dipilih, memilih nama benda atau lain-lain yang
berlainan antara satu sama lain tanpa diketahui oleh para pemain yang lain.
 Ketika lagu dinyanyikan, pemain lain akan berbaris dan berjalan melalui lorong
kedua-dua ketua tadi. 'Lorong' merupakan perlakuan kedua-dua ketua
menemukan tapak tangan masing-masing dan diangkat ke atas, membentuk
lorong bagi membolehkan pemain lain melaluinya.
 Apabila lagu selesai dinyanyikan, kedua-dua ketua tadi akan menurunkan tangan
masing-masing dan mengurung pemain yang tidak melepasi lorong selepas
tamat lagu. Kedua-dua ketua tadi akan membawa pemain yang terperangkap
jauh daripada pemain lain dan meminta memilih nama benda atau lain-lain yang
menjadi pilihan kedua-dua ketua sebelum permainan dimulakan tadi.
 Pilihan pemain tadi menentukan dia akan menjadi pengikut ketua yang mana
satu. Pemain akan berada di belakang ketua yang dipilihnya dengan memegang
pinggang ketuanya. Hal ini akan diulang kepada pemain lain sehingga habis
semuanya. Jika bernasib baik ketua akan mempunyai jumlah pengikut yang lebih
ramai di belakangnya.
 Ketua akan saling menarik tangan dan dibantu oleh pengikut yang menarik di
belakangnya. Satu garis pemisah akan dibuat antara dua kumpulan dan ahli
kumpulan yang tertarik ke sebelah dianggap menjadi pengikut. Begitulah
seterusnya sehingga habis semua ahli kumpulan ditarik ke sebelah dan
dianggap sebagai pemenang.