Anda di halaman 1dari 11

PERANG DINGIN DI EROPAH

TAJUK:

UCAPAN PERDANA MENTERI BRITAIN, WINSTON CHURCHILL DI FULTON

MISSUORI PADA MAC 1946 BERHUBUNG FENOMENA ‘TIRAI BESI’

MENANDAKAN DETIK BERMULANYA PERANG DINGIN DI EROPAH.

BAHASKAN PENYATAAN INI.

PENGENALAN

- Perang Dingin merupakan satu krisis perperangan yang berlarutan antara 2 blok

kuasa besar dunia yang muncul selepas tamatnya perang dunia ke-2 iaitu Amerika

Syarikat( AS) dan Soviet Union ( SU).

- Perselisihan bermula pada tahun 1890 selepas AS cuba membuka Asia (china)

atas dasar pintu terbuka.

- Pada April 1917 Amerika telah menyertai Perang Dunia Pertama (PD1) dengan

berpihak kepada Britain, Woodrow Wilson (Presiden Amerika) mewujudkan

diplomasi & pendamaian dalam konflik, menyeru kepada “ ekonomi liberal

kapitalis & prinsip politik berasaskan kebebasan sivil” – Wilsonianism.

- Revolusi Bolshevik (diketuai oleh Lenin) telah berlaku pada okt 1917 dan ini

menyebabkan timbulnya pergeseran antara AS dan SU.

- Penubuhan Kerajaan Bolshevik merupakan kerajaan komunis yang berideologi

Marxist. Bertentangan AS yang memperjuangkan kapitlisme, kedua2 kuasa ini

cuba untuk menyebarkan ideologi masing2. Hutang2 Czar kepada Amerika telah

diabaikan oleh Lenin.

1
- Polisi tanpa pengiktirafan terhadap SU dijalankan oleh AS pada tahun 1920 -

bertujuan memencilkan pengaruh komunis. Namun pelaburan AS di SU tetap

bertambah. Akhirnya pada tahun 1934, Roosevelt menamatkan polisi tanpa

pengiktirafan kerana ingin melegakan kemerosotan ekonomi AS – dapat

meluaskan pasaran AS diluar negari. Namun AS tetap enggan bekerjasama

dengan SU.

Pertembungan Ideologi

- Zaman selepas tamatnya perang Dunia Ke-2 (PDII) merupakan satu jangka masa

perkembangan pengaruh kuasa AS dan juga SU. AS berusaha mengembangkan

idoelogi liberal dan demokrasi kapitalisnya manakala SU pula dengan ideologi

komunisnya - sangat bertentangan.

- Empayar AS tidak mengawal kebebasan rakyatnya, sebaliknya SU mengawal

rakyatnya dengan ketat. Bertepatan dengan ideologi yang dibawa, SU lebih

terdorong kepada cara peluasan pengaruh melalui penjajahan.

- Perkembangan parti politik komunis di Perancis dan Italy dilihat oleh Stalin

sebagai sesuatu yang baik. Di Eropah Barat pula Stalin berazam mengembangkan

pengaruhnya secara paksa.

- Penguasaan SU terhadap Eropah barat telah mengurangkan kekuatan pengaruh

AS, dan ini memberi tekanan kepada usaha peluasan pengaruh AS.

- Kerjasama antara AS dan SU telah wujud pada tahun 1941 dengan terjalinnya

Perikatan Agung antara AS, Britain dan SU dalam mengekang kemaraan

pengaruh Fasisme Jerman. (jaga kepentingan masing2).

2
- Mulanya AS telah berasa tergugat selepas Jerman menjalinkan perikatan dengan

SU pada tahun 1939. Namun Jerman telah menyerang SU secara tiba2 tahun

1941. AS ambil peluang ini untuk mengukuhkan pengaruh demokrasi

kapitalisnya.

Persidangan Tehran - Nov 1943

- Roosevelt dan Stalin telah berjumpa kali pertama dalam persidangan Tehran dan

Stalin telah mengemukakan apa yang dinyatakan dalam ‘Pelan Stalin’.

- Stalin telah berusaha untuk mendapatkan persetujuaan Roosevelt dan Churcill

supaya selepas perang, wilayah SU akan merangkumi Poland, Romania, Finland

dan negari2 Baltik.

- Tuntutan terhadap negari Baltik dipersetujui oleh Roosevelt, namun beliau enggan

membincangkan tuntutan terhadap wilayah lain. Menyebabkan Stalin mencurigai

keikhlasan AS berunding.

Persidangan Yalta - Feb 1945

- Stalin, Roosevelt dan Churchill telah bertemu di Yalta, Crimea untuk

membincangkan penyelesaian terutamanya pada zaman selepas perang.

- Persetujuan telah dicapai dan mereka bersetuju membahagikan wilayah Jerman

kepada 4 bahagian (dibawah kuasa SU, AS Britain dan Perancis). United Nation

juga telah ditubuhkan.

- Di Persidangan ini kuasa-kuasa barat telah mengakui kekuatan pengaruh SU

hampir di seluruh negara bahagian Timur Eropah, terutamanya di Poland.

3
- Namun Stalin dan Roosevelt telah bercanggah pendapat mengenai Poland.

Sebenarnya Poland dan SU telah lama bermusuhan. ( Poland menjadi laluan

kepada Jerman dalam melancarkan serangan mengejut terhadap SU pada tahun

1941) SU tidak mahu kejadian ini berulang dan mahu menutup laluan ini.

- Rusia telah menduduki Poland dan mendirikan sebuah kerajaan Poland dalam

buangan di London.

- Selepas kematian Roosevelt, Truman telah melaksanakan dasar yang tegas

terhadap SU. Beliau telah meminta SU mengubahsuai perjanjian kerajaan Poland

supaya disusun semula, namun SU enggan. AS kemudiannya telah menghentikan

bantuan pinjaman dan juga ketenteraan – menyebabkan tekanan ekonomi kepada

SU. Hal ini menyebabkan hubungan mereka bertambah tegang.

- AS telah menghentikan bantuan terhadap SU kerana keengganannya, sehingga

pada tahun tersebut SU setuju merombak semula perjanjian Poland itu.

Persidangan Postdam (Berlin) - Julai 1945

- Persidangan dihadiri oleh Stalin, Roosevelt dan Churchill

- Persidangan bertujuan untuk mencari masa depan Jerman.

- Truman dan Churchill menjadi marah apabila kawasan Timur Jerman ( garisan

Oder Neisse) telah diduduki oleh kerajaan Komunis Poland - menyebabkan 5 juta

rakyat Jerman telah dihalau keluar.

- Suasana berubah selepas itu, Churchill telah digantikan oleh Clement Attlee dan

kematian Roosevelt pada bulan April telah digantikan oleh Truman yang sebelum

itu memegang jawatan sebagai Naib-Presiden.

4
- Jerman merupakan negara perindustrian Eropah yang paling pantas membangun

selepas Perang Dunia ke-2. Kekalahan Jerman pada Mei 1945 merupakan satu

peluang kepada kepada kedua2 kuasa besar ini untuk memastikan ancaman

Jerman tidak wujud lagi.

- Setiap anggota perikatan Agung telah bersetuju untuk membahagikan jerman

kepada 4 bahagian dan masing2 mendapat satu bahagian wilayah Jerman.

- Setiap kuasa dibenarkan memperolehi ganti rugi daripada kawasan yang dikuasai

dan industri-industri perang Jerman telah dipersetujui akan dibubarkan.

- Pada tahun 1946 dasar pembubaran industri Jerman telah berubah. SU

menganggap bahawa tindakan tersebut adalah tidak praktikal dan mahukan bahan

mentah dan juga mesin-mesin dari Jerman dipindahkan ke dalam sektor industri

SU – Namun Kuasa barat tidak menyetujui pendirian SU ini.

- Sebagai tindak balas, pada tahun 1946 AS, Britain dan Perancis telah menyatukan

zon mereka. Pada bulan September AS telah umumkan dasarnya untuk

mengekalkan tentera di Jerman bergantung kepada keadaan. Ekoran itu Jerman

terbahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan Jerman Barat.

Reaksi Rusia

- Sebagai reaksi terhadap ancaman kuasa barat, Rusia telah mengukuhkan

cengkamannya terhadap negara-negara Eropah Timur.

- Sehingga selepas tahun 1947 kebanyakkan negara-negara di Eropah Timur adalah

Komunis kecuali Czechoslovakia.

5
- Stalin telah melaksanakan satu dasar baru dan telah menolak pinjaman 1 juta

Dollar US walaupun pada awalnya bersusah payah mendapatkan pinjaman

tersebut daripada AS.

- Hubungan SU dan AS telah terjejas selepas SU enggan menyertai Bank

Antarabangsa dan juga IMF.

- Stalin telah melancarkan satu siri rancangan 5 tahun untuk mempercepatkan

pemulihan ekonomi Soviet dan untuk membesarkan tentera tanpa bantuan luar.

- Menjelang Mac 1946, dasar Rusia telah berubah dan mereka mula mendirikan

kilang2 di Jerman dan pakar2 menghidupkan barang2 ke Timur.

Ucapan Churchill “ Tabir Besi” ( Iron Curtain)” - Mac 1946

- Pada Mac 1946, Winston Churchill telah menyampaikan ucapan yang kontroversi

iaitu The Iron Curtain.

- Ucapan beliau adalah sebagai satu ingatan bahawa Stalin sedang berusaha

meluaskan pengaruh komunisnya ke seluruh Eropah Timur.

- Kedegilan Stalin untuk mengubah sempadan Poland dan kemunculan golongan

pro- komunis di kalangan rakyat Poland di Lublin menyebabkan Churchill sedar

akan situasi yang sedang berlaku.

- Rusia dakwanya telah menutupi Eropah Timur dengan ‘pagar besi’. Namun tidak

semua negarawan barat setuju dengan kata-kata Churchill ini.

- Proses memagari Eropah ini telah berlaku antara tahun 1945 hingga tahun 1947

yang menyebabkan satu demi satu Negara Eropah Timur telah terseret ke dalam

lingkungan pengaruh komunisme SU.

6
- Kerajaan pro-komunis telah didirikan Di Poland, Bulgaria, Romania, Hungary

dan Albania - para ahli politik bukan komunis telah dihapuskan dan parti petani

telah disabotaj. Kerajaan-kerajaan campuran telah dilumpuhkan dengan

keganasan, ugutan dan pilihan raya yang diselewengkan.

- Stalin pula menganggap bahawa ucapan Churchill tersebut merupakan satu

panggilan kepada perperangan.

Doktrin Truman

- Bagi menyekat pengaruh Komunis yang semakin berkembang, AS telah

mengemukakan Doktrin Truman pada 12 Mac 1947 di Kongres.

- Golongan pro-Komunis di Greece telah cuba meruntuhkan kerajaan Monarki

yang disokong oleh Britain. Beliau telah menyampaikan ucapan dalam Truman

Doctrine kerana timbulnya ketakutan bahawa SU akan mengisi kekosongan kuasa

disebabkan oleh penarikan diri Britain daripada tanggungjawab terhadap Greece.

- Komunis telah mendapat sokongan di Albania, Bulgaria dan Yugoslavia..

- Truman telah meminta kongres meluluskan bantuan keatas Greece dan Turki yang

menghadapi perang saudara dalam membendung kemaraan Komunis.

- Truman mengatakan bahawa perang tersebut didalangi oleh komunis yang hendak

menguasai Eropah Barat, Asia Tenggara dan matlamat akhir mereka adalah untuk

merampas Jerman.

- Kongres telah meluluskan 400 juta untuk membantu Greece dan Turki dari segi

ekonomi dan ketenteraan.

7
- Turki telah diperkuatkan dengan bantuan AS dengan menolak secara tegas

tuntutan diplomatik daripada SU.

- Penasihat2 Amerika telah dibawa masuk ke Greece untuk cuba menewaskan

pemberontak Komunis dan mewujudkan suasana politik yang baik.

- Doktrin ini menunjukkan telah kesungguhan barat untuk terus kekal di Berlin

dan melambangkan bahawa mereka akan terus menetapkan batasan2 untuk

mengekang pengaruh komunis dalam apa jua cara.

Rancangan Marshall - Jun 1947

- Setiausaha Negara Amerika yang baru iaitu Jeneral George Marshall telah

mengumumkan untuk melaksanakan Rancangan Marshall pada bulan Jun 1947.

- Rancangan Marshall ini sebanarnya diwujudkan untuk membantu negara-negara

Eropah dari segi ekonomi dan mengembangkan pasaran industri AS disamping

cuba untuk mengekang pengaruh komunis SU.

- AS bimbang keadaan Eropah yang teruk akan menyebabkan mereka terdesak

hingga terpengaruh untuk menerima ideologi komunis.

- Bagi melaksanakan pelan Marshall, Marshall dalam ucapannya di Harvard

Universiti, telah menjemput negara-negara Eropah termasuk SU untuk bersama2

menjayakan pelan ini.

- Molotov (Menteri Luar SU ) telah menyertai pemimpin-pemimpin lain dalam

perbincangan awal namun akhirnya menolak rancangan Marshall ini. Beliau

menganggap pekara ini merupakan campur tangan AS terhadap hal ehwal negara

lain. SU juga telah memaksa negara lain untuk berbuat demikian.

8
- SU membantah syarat yang terkandung dalam pelan Marshall untuk membuka

Eropah Timur kepada perdagangan AS - Rancangan ini dianggap Molotov hanya

akan menguntungkan AS secara tidak langsung akan mengurangkan pengaruh SU

di Eropah.

- Negara di Eropah Barat telah bekerjasama dalam membaik pulih pengeluaran dan

diwakili 16 buah negara. European Economic Cooperation ( EEC ) telah

ditubuhkan di Paris pada 12 Julai 1947 bagi menjayakan pelan tersebut.

Seterusnya tertubuh pula Organization for Economic Cooperation dan

Development ( OECD ).

- SU telah bertindak balas dengan mengumumkan pembentukan Biro Penerangan

Komunis yang dengan ibu pejabatnya di Belgrade.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) - April 1949

- Sebenarnya pada Mac 1948, Britain, Perancis, Belgium, Holland & Luxembourgh

telah menandatangani ‘ Brussels Defence Treaty’ yang mensyaratkan kerjasama

tentera antara mereka sekiranya perang meletus.

- Penubuhan NATO pada Mac 1949 lebih condong kepada Pakatan Ketenteraan

yang ditubuhkan untuk menjamin keselamatan negara barat dari ancaman SU

kerana mereka tidak bersedia dari segi ketenteraan.

- Persetiaan ini bukan sahaja bertujuan untuk menentang pemulihan negara Jerman,

malah untuk menentang kehadiran SU di Eropah.

9
- Selanjutnya pakatan ini telah disertai oleh AS, Kanada, Portugal. Denmark,

Ireland, Itali & Norway. Asas kepada wujudnya pakatan ini adalah jika satu

diserang, semuanya akan terlibat.

- Dengan bertambahnya anggota NATO pada tahun 1950-an, AS berikrar akan

- ‘mempertahankan sebahagian besar benua Eropah malahan bahagian2 di Timur

dekat’.

- Sebagai tindak balas SU telah mengadakan Pakatan Warsaw pada 14 Mei 1955.

- Bagaimanapun, Penubuhan NATO sebenarnya tidak dapat menandingi kekuatan

SU dan sekutunya sekiranya tidak mendapat sokongan AS. AS merupakan kuasa

besar yang memberikan bantuan ekonomi kepada negara Eropah dan juga kuasa

yang maju dalam teknologi senjata atomnya.

KESIMPULAN

Perang Dingin telah berlaku disebabkan oleh ketidakmampuan Amerika Syarikat

dan Soviet Union yang menjadi 2 blok kuasa besar dunia dalam menyelesaikan

pertentangan ideologi, politik dan ekonomi selepas Perang Dunia II.walaupun terdapat

usaha untuk meredakan ketegangan yang wujud, namun kebanyakan usaha adalah tidak

berjaya mencapai kata sapakat kerana ingin menjaga kepentingan masing2 sehingga

Perang Dingin terus berlarutan.

10
Ahli kumpulan: Ahmad Khairi

Mohd Hamedy

Vasantakumar

11