Anda di halaman 1dari 6

2.

3 Aplikasi/Pengunaan

2.3.1 Gelombang inframerah digunakan dengan meluas pada hari ini. Gelombang
inframerah juga banyak digunakan untuk kegunaan ketenteraan, komunikasi,
astronomi / kaji cuaca, perkilangan dan banyak lagi. Antara kegunaannya yang paling
umum seperti diketahui ialah pengesan pergerakan inframerah.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.4 Contoh pengunaan inframerah dalam Komunikasi

2.4.1 Kemudahan media bergelombang inframerah ini, boleh digunakan di dalam


sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat atau Local Area Network (LAN)
dimana pengguna boleh memasang pemancar (transmitter) dan penerima (receiver)
gelombang infra merah dalam rangkaian mereka. Dengan pemasangan ini,
penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dapat digunakan
dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal contohnya kabel LAN
terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada. Oleh itu, rangkaian antara
komputer-komputer atau pengguna-pengguna tidak memerlukan plug in untuk
perlaksanaan. Kelebihan media bergelombang jenis ini adalah mudah untuk dipasang,
kosnya yang rendah dan selamat digunakan kerana ianya tidak mudah tersebar kepada
media gelombang jenis lain. Ini dapat mengelakkan kecurian atau pengintipan ke atas
sebarang data oleh pihak-pihak yang tidak berkenaan.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.4.2 Komunikasi optik ruang bebas atau Free space optical communication
beroperasi menggunakan pancaran inframerah. Ia merupakan satu cara menjimatkan
kos di mana kos pemasangan perhubungan komunikasi di dalam sebuah kawasan
bandar yang boleh menghantar atau menerima data sehingga 4 gigabit/s yang mana
adalah lebih murah berbanding kos pemasangan kabel fiber optik bawah tanah.
Pancaran laser inframerah digunakan untuk memancarkan cahaya untuk sistem
komunikasi fiber optik. Cahaya inframerah dengan panjang gelombang diantara 1,330
nm(nanometer) atau 1,550 nm adalah pilihan yang paling baik untuk fiber jenis silika.
(http://en.wikipedia.org/wiki/Infrared)

2.4.3 Penghantaran data inframerah yang diprogramkan dengan tanda cetak versi
audio sedang diselidik sebagai satu langkah untuk membantu golongan kurang upaya
khususnya orang cacat penglihatan melalui projek RIAS (Remote Infrared Audible
Signage).
(http://en.wikipedia.org/wiki/Infrared)

2.5 Contoh pengunaan inframerah dalam Ketenteraan

2.5.1 Inframerah digunakan dalam teknologi alat penglihatan malam (night vision).
Peranti night vision beroperasi melalui satu proses yang melibatkan penukaran
photon cahaya persekitaran kepada elektron yang kemudiannya dikuatkan oleh proses
kimia dan elektrik dan ditukarkan kepada cahaya nyata.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.5.2 Radiasi inframerah juga digunakan untuk menentukan suhu sesuatu objek
objek. Ianya dikenali sebagai thermography. Alat yang boleh menentukan suhu
tersebut ialah kamera thermografi. Oleh kerana radiasi inframerah dipancarkan oleh
semua objek bergantung kepada suhu sesuatu objek, thermography membolehkan kita
untuk melihat imej sesuatu objek berdasarkan perubahan dalam suhu objek. Kamera
thermografi boleh mengesan radiasi inframerah dalam julat spectrum elektromagnetik
dari 900 – 14,000 nm (nanometer) dan menghasilkan imej radiasi tersebut.
Disebabkan radiasi inframerah dihasilkan oleh semua objek melalui suhu objek
tersebut, thermografi boleh melihat radiasi tersebut dengan pencerahan atau tanpa
pencerahan. Jumlah radiasi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut
suhu objek. Oleh itu, kamera thermografi membolehkan seseorang untuk melihat
variasi warna imej suhu sesuatu objek.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)
Rajah 2.5a Imej termografi manusia

2.5.3 Pengesan inframerah juga digunakan untuk sistem panduan peluru berpandu. Ia
menggunakan pancaran daripada sasaran radiasi elektromagnetik dalam spectrum
inframerah untuk menjejak sesuatu objek. Peluru berpandu yang menggunakan
inframerah juga dipanggil peluru berpandu penjejak haba disebabkan sinar inframerah
yang dibawah frekuensi spektrum cahaya nyata dan suhu objek yang mengeluarkan
radiasi tersebut. Kebanyakkan objek seperti manusia, enjin kenderaan dan kapal yang
menghasilkan dan menyimpan tenaga haba boleh dikesan dalam julat panjang
gelombang cahaya inframerah.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

2.6 Contoh pengunaan inframerah dalam Astronomi/Kaji cuaca

2.6.1 Satelit kaji cuaca yang dilengkapi pengecam radiometer mengeluarkan imej
terma atau inframerah yang membolehkan seseorang penganalisis profesional untuk
menentukan ketinggian dan jenis awan, suhu darat dan lautan serta meramal bencana
seperti hurikan, tsunami dan lain-lain.

(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)
Rajah 2.6a Gambar satelit awan kumulonimbus di perairan Mexico

2.6.2 Dalam bidang astronomi, teleskop inframerah angkasa lepas digunakan untuk
melihat imej awan molekular seperti gas-gas dan zarah-zarah yang mengeluarkan
radiasi akibat daripada kematian dan kelahiran bintang. Ahli astronomi memerhati
objek dalam spektrum elektromagnetik inframerah komponen optik seperti cermin,
lensa dan pengesan digital keadaan pejal. Oleh itu, ianya diklasifikasikan sebagai
sebahagian daripada kajian astronomi optik. Untuk membentuk sesuatu objek,
komponen dalam teleskop inframerah haruslah dilindungi daripada sumber haba dan
pengesan inframerah disejukkan menggunakkan cecair helium. Disebabkan sensitiviti
teleskop inframerah yang terletak di bumi terganggu oleh wap-wap air di lapisan
atmosfera, teleskop tersebut dibawa ke altitud yang tinggi menggunakan belon udara
atau kapal terbang. Lokasi ideal bagi teleskop inframerah ialah di angkasa lepas
dimana ia mengesan radiasi haba dari gas dan zarah-zarah dalam galaksi.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Inframerah)

Rajah 2.6 b Teleskop inframerah angkasa lepas Spitzer


2.7 Contoh pengunaan inframerah dalam Perkilangan

2.7.1 Dalam industri pengeluaran kertas, inframerah digunakan untuk mengeringkan


pelekat neoprene dalam kad kertas, mengasingkan cecair daripada kertas,
mengeringkan dakwat pada kertas dan kanji dalam kertas tisu.
(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/paper.asp)

Rajah 2.7a Proses pengeringan kertas

2.7.2 Dalam sektor automotif, inframerah digunakan untuk mengeringkan cat pada
badan dan rangka kenderaan. Ini adalah kerana proses pengeringan yang tepat, cepat
dan efisien amat diperlukan dan suhu daripada inframerah adalah ideal. Inframerah
juga digunakan untuk mengimpal bekas cecair pencuci cermin depan dan belakang
dan kebanyakkan alat-alat dalam sesebuah kenderaan bergantung kepada penggunaan
inframerah. Alat yang biasa digunakan dalam pengeringan ialah satu alat yang
dikenali sebagai Pemanas inframerah Heraeus Noblelight.
(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/automotive.asp)

2.7.3 Dalam sektor pengeluaran makanan, inframerah digunakan untuk memanas,


memasak, mencair dan pembalutan. Contoh penggunaannya ialah mencairkan lapisan
coklat di atas kek, memanaskan kacang almond, menutup makanan dengan foil frame
inframerah yang khas daripada habuk atau bendasing dan banyak lagi kegunaan lain.
(http://www.noblelight.net/products/infrared/applications/food.asp)
Proses mencairkan coklat di atas kek