Anda di halaman 1dari 3

BAB 1

1.1 Pengenalan

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis alat keselamatan yang terdapat di
pasaran. Antara contoh alat keselamatan yang sering digunakan adalah interkom iaitu
sejenis alat komunikasi keselamatan. Ia banyak digunakan oleh pegawai keselamatan
contohnya polis, pengawal, dan banyak lagi. Namun begitu, interkom kerap
digunakan sebagai alat penghubung kepada pusat kawalan utama. Tujuan alat ini
digunakan adalah untuk menjamin keselamatan dari diceroboh serta untuk membuat
panggilan kecemasan.

Oleh itu, Alarm System Motion Detector telah dicadangkan untuk menjamin
mutu keselamatan yang ingin dilindungi. Ianya boleh digunakan sebagai pengesan
pergerakan inframerah untuk pembuka pintu automatik dan penghidup lampu
automatik. Alarm System Motion Detector akan dipasangkan dengan penjana bunyi
yang akan berbunyi apabila alat ini mengesan sebarang pergerakan.

Penggunaan “Alarm System Motion Detector” ini dapat mengurangkan risiko


rumah atau kawasan tempat kerja mereka daripada diceroboh atau dicuri. Pengguna
tidak perlu merasa bimbang tentang keselamatan rumah atau kawasan tempat kerja
dengan pemasangan alat ini.
1.2 Pernyataan masalah

Dewasa ini kita sering terdengar berlaku kejadian kecurian harta benda sama
ada di dalam rumah atau kawasan tempat kerja. Selain daripada kecuaian manusia itu
sendiri, antara faktor kejadian seperti ini berlaku adalah disebabkan sistem
keselamatan yang kurang efisyen dan kurang cekap. Dalam kehidupan kita yang serba
canggih seiring dengan kemajuan teknologi yang begitu pesat, masih lagi berlaku
kejadian pencerobohan dan kecurian.

Oleh itu, tujuan alat ini dicipta adalah untuk mengatasi masalah keselamatan
yang sering berlaku sama ada di rumah, kawasan tempat kerja atau kawasan
perindustrian. Dengan itu, penggunaan Alarm System Motion Detector ini dapat
mengatasi atau mengurangkan risiko seperti permasalahan di atas.

1.2 Objektif

1) Membina litar pengesan pergerakan dengan menggunakan Passive Infrared


Sensor.

2) Mengetahui operasi empat bahagian yang terdapat di dalam


binaan Alarm System Motion Detector seperti Pengawal Mikro PIC16F876A,
PIR Sensor, L.E.D dan Buzzer.

3) Mencipta satu sistem keselamatan yang tidak menggunakan bekalan kuasa


yang besar.
1.3 Skop

Alat yang dihasilkan ini digunakan khusus untuk mengukuhkan


sistem keselamatan serta melindungi barang berharga samada ketika berada di
rumah atau di tempat kerja dimana pengesan yang digunakan dalam litar ini
berfungsi apabila terdapat objek yang bergerak dalam jarak 5 meter. Projek ini
juga akan memberikan isyarat yang telah dikesan melalui keluaran isyarat
bunyi dari buzer. Oleh itu, objek yang tidak diketahui kewujudannya akan
dapat dikesan. Projek ini juga menggunakan bekalan kuasa yang rendah dan
ia mudah dikendalikan.