Anda di halaman 1dari 56

SUFI

dalam
ISLAM
Sufisme dalam Islam
1

SUFISME DALAM ISLAM

Oleh:

Mawlana Syaikh Muhamad Hasan Sahib Najafi Marhum


Mujtahid Bombay

Daripada Buletin Bulanan Ithna ‘Asyari Bombay

EBRAHIM TRUST, INDIA.

1
Sufisme dalam Islam
2

BISMI’LLAH AL-RAHMAN AL-RAHIM

SUFISME

Al-Tasawwuf (Sufisme)

Perkataan sufi berasal daripada perkataan Arab suf yang


bermaksud “bulu” dan ia dihubungkan dengan huruf ya’
untuk menjadikannya sufi sama seperti Baghdad dan Hind
yang ditambahi huruf i menjadikannya Baghdadi dan Hindi.
Kata kerja tasawwuf juga merujuk kepada perbuatan
menjadi seorang ahli sufi atau hukum dan amalan ahli sufi.
Demikian juga, tasawwuf (sufisme) adalah kata nama
abstrak daripada sufi, yang bermaksud kepercayaan dan
amalan ahli sufi. 1

Sejarah tasawwuf sudah lama, tetapi sejak bila sistem


tersebut wujud tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi
dapat dibuktikan bahawa sistem tersebut menyusup masuk
disebabkan amalan pengekangan dan penyucian diri oleh
ahli-ahli sufi. Para pengikut yang menggantikan mereka
telah membentuk dan merangka peraturan-peraturan
tertentu.

Tasawwuf (sufisme) dalam Islam tidak pernah wujud


semasa hayat Rasulullah (s.a.w) malahan tiada seorang pun
di kalangan umat Islam dikenali sebagai ahli sufi. Tasawwuf
(sufisme) menyusup masuk di kalangan umat Islam pada
abad ke-2/8 dan dalam abad ke-3/9, orang-orang yang
menganuti (mempercayainya) sudah biasa dikenali sebagai

1_________, Sufism, PeerMohamed Ebrahim Trust, Karachi, t.t, h.168. ( Petikan


daripada tulisan Mawlana Syaikh Muhammad Hasan Sahib Najafi Marhum,
Mujtahid dari Bombay).

2
Sufisme dalam Islam
3
ahli sufi. Nabi Muhammad (s.a.w) dikatakan pernah
meramalkan kelahiran orang-orang yang seumpama itu dan
angkara jahat mereka.

Orang Islam pertama yang menjadi ahli sufi dan yang


cuba sedaya mungkin menjadikan peristiwa ini sesuatu
yang terkenal ialah Abu Hasyim al-Kufi al-Sufi dari kota
Kufah. Ahli-ahli sufi muslim dikatakan mendapat tempat
atau institusi mereka yang pertama di perkampungan
Ramallah, di wilayah Syria yang telah didirikan oleh seorang
Kristian yang kaya.

Kemungkinan terdapat rahsia yang tersembunyi


menerusi pembinaan sebuah tempat atau institusi untuk
ahli-ahli sufi muslim oleh orang Kristian. Tidak lain dan
tidak bukan ia bertujuan untuk menanam benih tasawwuf
di kalangan umat Islam dengan memindahkan pemikiran
mereka dari masjid-masjid ke tempat atau institusi
berkenaan, dan dengan demikian, bebas mengamalkan
pengajaran mereka di institusi tersebut.

Pada mulanya hanya terdapat sekumpulan ahli sufi


sahaja yang wujud tetapi kerana cita-cita pemimpin (sufi),
banyak kumpulan mulai timbul dan setiap kumpulan
menggunakan nama-nama yang berbeza bagi mereka dan
kemudian dikenali dengan nama tersebut. Nama-nama
pelbagai aliran (tariqah) sufi di antaranya adalah:

1. Wahdatiyyah.
2. Wasiliyyah.
3. Habibiyyah.
4. Wilaytiyyah.
5. Syarkiyyah.
6. Syamrakiyyah.
7. Kalandariyyah.
8. Malamatiyyah.
9. Haliyyah.

3
Sufisme dalam Islam
4
10. Hurriyyah.
11. Waqifiyyah.
12. Taslimiyyah.
13. Talkiniyyah.
14. Kahiliyyah.
15. Alhamiyyah.
16. Nuriyyah.
17. Batiniyyah.
18. Jurriyyah.
19. Usysyakiyyah.
20. Zurrakiyyah.
21. Jamhuriyyah.

Menurut keterangan Kitab Bahr al-La‘ali, 2 dikatakan


terdapat banyak bahagian sufi di antaranya empat (4)
adalah yang asal, sementara yang lain-lain adalah cabang-
cabangnya. Empat (4) yang asal itu adalah:

1. Hululiyyah.
2. Ittihadiyyah.
3. Wasiliyyah.
4. ‘Usysyakiyyah.

Terdapat ahli sejarah menetapkan Wahdatiyyah dan


Tanasukhiyyah sebagai ganti kepada Wasiliyyah dan
‘Usysyakiyyah. Kepercayaan-kepercayaan sufi amat
berlawanan dengan Usul dan Furu‘ yang merupakan
tunjang, dasar dan amalan Islam. Bukan itu sahaja, bahkan
terdapat hadith-hadith Nabi (s.a.w) dan para Imam (a.s)
yang menentang kepercayaan-kepercayaan tersebut.

Pendapat-pendapat Pemikir Islam Mengenai al-Tasawwuf

Berikut adalah pendapat para pemikir muslim


mengenai al-tasawwuf. Dalam Kitab Jami (terj. Daripada

2 Kitab Bahr al-La‘ali, h.183

4
Sufisme dalam Islam
5
Kitab Nafi) menyebutkan sebuah aliran sufi bernama
Jamhuriyyah yang mempunyai bilangan pengikut yang
ramai pada masa kini. Terdapat aliran-aliran lain seperti
Rafaiyyah, Bakhtisyiyyah, Nur Bakhsyiyyah, Syah
Ni‘matullah Ali Syahiyyah, Syisygari, Gunabadi dan
sebagainya. Ahli sufi daripada aliran ini tersebar di seluruh
negara Islam. Kepercayaan mereka tentang Allah adalah
berdasarkan konsepsi al-Ittihad (iaitu alam seluruhnya
adalah Allah).

Nama Sufi

Dalam kitab Bahr al-La‘ali 3 menyebutkan al-Qusyairi


seorang sufi yang terulung telah mengatakan: “Sehingga
tahun 200H, nama sufi belum wujud di mana-mana” dan
dikatakan bahawa daripada Kitab Nafhat, Mulla Jami
menyebutkan: “Bahawa orang yang pertama di kalangan
orang Islam yang dikenali sebagai ahli sufi ialah Abu
Hasyim. Kitab-kitab Syi‘ah dan Sunni yang lain turut
menyokong kenyataan itu. Namun para pengikut Abu
Hasyim ‘Uthman al-Kufi yang setia cuba mengangkat
martabat atau nilai perkataan sufi dengan mengatakan
bahawa sufi bermaksud Ashab al-Suffah yang merujuk
kepada orang-orang miskin dan faqir yang kuat beribadah
pada zaman Nabi (s.a.w) yang pada kebiasaannya berada di
suffah di masjid Nabawi di Madinah.

Kenyataan atau teori ini dipalsukan untuk


mengembangkan kegiatan mereka dan untuk menyesatkan
orang ramai, dengan cara ini mereka dapat menarik orang
ramai kepada tasawwuf dan selepas perbincangan yang sia-
sia, mereka menyisihkan diri ke lembah kejahilan.Walau
dalam keadaan apa pun, orang pertama dari kalangan
muslim digelar ahli sufi ialah Abu Hasyim (‘Uthman) al-Kufi.

3 Kitab Bahr al-La`ali, h.179

5
Sufisme dalam Islam
6

Alasan istilah Sufi:

Abu Hasyim al-Kufi dinamakan sufi kerana dia


memutuskan hubungannya daripada urusan duniawi
seperti para paderi Kristian. Biasanya, dia memakai
pakaian suf dan percaya kepada inkarnasi (hulul) dan ittihad
seperti orang-orang Kristian percaya kepada Jesus Christ.
Dia menetapkan kedua-dua kepercayaan itu sebagai
prinsip-prinsip asas tasawwuf. Namun, dia sendiri masih
keliru sepanjang hayatnya kerana kedua-dua kepercayaan
tersebut. Oleh itu, tidaklah dapat dipastikan sama ada dia
percaya kepada hulul (inkarnasi) atau kepada ittihad (segala
sesuatu adalah Allah).

Dikatakan dalam Kitab Usul al-Diyanat bahawa Abu


Hasyim secara terbuka termasuk dalam kalangan Bani
Umaiyyah (Amawi) dan al-Jabariyyah. Amawi atau Bani
Umaiyyah adalah keturunan Umaiyyah, musuh Islam yang
paling jahat sementara al-Jabariyyah pula percaya bahawa
kedua-dua perbuatan baik dan buruk yang dilakukan
manusia di dalam kehendak dan kekuasaan Allah, atau
dengan kata-kata lain, Allah menyebabkan mereka
melakukan perbuatan baik atau buruk, tetapi sebenarnya
dia adalah lebih dari sekadar itu. Abu Hasyim pada
hakikatnya seorang yang jahil dan tidak beragama, dan
tujuannya mewujudkan tasawwuf adalah untuk
merosakkan Islam.

Para Imam yang ma‘sumun (a.s) telah menunjukkan


kebencian mereka terhadap tasawwuf.

Para pengikut Abu Hasyim sama ada mereka memakai


pakaian daripada bulu atau tidak, dikenali sebagai sufi, dan
dalam usaha untuk menunjukkan hubungan dengan Abu
Hasyim, ada kalanya mereka dikenali sebagai al-

6
Sufisme dalam Islam
7
Hasymiyyah – Abu Hasymiyyah, ‘Uthmaniyyah atau
Syarikiyyah.

Siapakah Ashab al-Suffah

Ashab al-Suffah terdiri daripada orang-orang yang pada


sepanjang zaman Nabi (s.a.w) menghabiskan hidup mereka
di masjid-masjid. Bilangan mereka mencapai 480 orang.
Mereka tidak mempunyai rumah untui didiami dan oleh
kerana itu mreka mendiami masjid. Para penduduk
Madinah biasanya memberikan makanan kepada mereka
dan juga menyediakan keperluan-keperluan lain. Kemudian
dengan perintah Allah, Nabi (s.`a.w) memindahkan mereka
daripada masjid dan dengan meletakkan atap di bahagian
platfom, memindahkan mereka ke Suffah iaitu suatu
platfom dan dengan itu, mereka dikenali sebagai Ashab al-
Suffah.

Dalam Kitab Rawdat al-Jannah, Abu Nu`aim


menyebutkan dalam Kitab Hilyah al-Awliya’ bahawa selepas
wafat Nabi (s.`a.w) perubahan menyudup masuk dalam
kehidupan Ashab al-Suffah. Sebahagian daripada mereka
masih tetap dengan kepercayaan-kepercayaan mereka tetapi
sebahagian yang lain tertarik kepada duniawi dan menjadi
pencinta duniawi. Keterangan lengkap mengenai Asbah al-
Suffah diberikan dalam Kitab bertajuk Ahkam al-Masjid.

Golongan Sufi menyeret nama Ashab al-Suffah dan


mengisytiharkan hubungan mereka dengan golongan itu
semata-mata dengan tujuan untuk menjadikan nama sufi
sebagai mulia dan untuk membuktikan kesahihan prinsip-
prinsip mereka, tetapi ahli sejarah, para ulama dan para
pengkaji telah mencatatkan selepas kajian dilakukan
bahawa tiada dasar atau faktra (bagi mereka) mendakwa
hubungan ini dan sebaliknya mereka cuba untuk
menunjukkan hubungan dengan Ashab al-Suffah hanya

7
Sufisme dalam Islam
8
dengan harapan untuk melonjakkan penyebaran
kepercayaan-kepercayaan mereka.

Kenyataan salah mengenai hubungan Sufi dengan tokoh-tokoh


terkemuka dalam Islam

Bahar mencatatkan suatu andaian dalam Kitabnya,


Tarikh Tasawwuf-e-Nasre Farsi, h.178 mengenai tasawwuf,
keadaan dan kemasukannya dalam kalangan orang Islam
bahawa sukar untuk mendapatkan kepastian tentang
permulaan tasawwuf. Sebahagian cuba untuk
mengandaikan asal-usul tasawwuf menerusi Nabi (s.a.w)
manakala yang lain pula kepada Ashab al-Suffah,
seterusnya kepada Khalifah Abu Bakr dan yang lain pula
kepada ‘Ali (a.s).

Andaian (Asumsi) Mengenai Asal-Usul Tasawwuf

Sebahagian berpendapat Tasawwuf (Sufisme) asalnya


muncul daripada Greece dan ia adalah akibat daripada
Falsafah Greek. Abu Rayhan al-Biruni (m.430H) dan tokoh-
tokoh yang terkemudian berpendapat tasawwuf datang dari
India dan akar umbinya adalah agama atau kepercayaan
yang diperlihatkan oleh para Brahmin, cendekiawan dan
tokoh-tokoh agama Buddha.

Mereka mengatakan pada abad ke-3H/9M, sekumpulan


ahli bid`ah (Bid`atis) termasuk Husayn bin Mansur al-Hallaj
telah pergi ke India untuk mempelajari ilmu sihir (simiya’),
kuasa dan ilmu ghaib dan dari situ, mereka mempelajari
prinsip-prinsip sufisme dan selepas itu, sebahagian
daripada mereka menyelubungi idea-idea itu dengan
pakaian Islam.

Sebahagian berpendapat Tasawwuf diciplak daripada


agama Mani dari Iran. Seterusnya dikatakan bahawa para
pengikut Mani yang menerima Islam dari aspek luaran

8
Sufisme dalam Islam
9
semata-mata, biasanya mendakyahkan idea-idea
keberhalaan (wathani) mereka. Ketika umat Islam dikatakan
mengetahui taktik-taktik mereka, menganggap membunuh
mereka adalah halal. Maklumat mengenai niat umat Islam
itu menyebabkan mereka mengubahkan kaedah (metode @
manhaj) dakyah mereka. Mereka berhenti berdakwah secara
terang-terangan sebaliknya mulai menyebarkan
kepercayaan mereka menerusi tasawwuf, berpakaian
dengan pakaian muslim dan ketika menyediakan formula
untuk prinsip-prinsip mereka, mereka telah
mengisytiharkan hubungan mereka dengan Ashab al-
Suffah.

Merujuk kepada Kitab Abu Rayhan al-Biruni, Bahar


mencatatkan dalam Kitab Tarikh Tasawwufnya bahawa
perkataan sufi diambil daripada perkataan Sufiyah dimulai
dengan huruf Sin dan perkataan kedua itu bermaksud “
falsafah “ dalam bahasa Greek.

Sebahagian umat Islam berpegang kepada pendapat-


pendpat seperti itu dan kemudian mereka dinamakan
Sufiyah. Selanjutnya, sebahagian mereka mulai percaya
perkataan Sufiyah diambil daripada Ashab al-Suffah dan
lain-lain pula mulai percaya bahawa ia diambil daripada
perkataan Suf.

Apa yang ditulis oleh Abu Rayhan al-Biruni tentang


perkataan Suf kelihatan dapat diterima tetapi pada
pendapat saya 4 bahawa Suf yang bermaksud bulu kelihatan
menjadi dasar @ asas tasawwuf. Ini kerana di khalayak
ramai, mereka yang mengisytiharkan diri mereka telah
menyisihkan diri mereka daripada aspek duniawi, biasanya
memakai pakaian daripada Suf yang bermaksud bulu. Ini
menyebabkan mereka dikenali Sufi.

4 Pendapat Syaikh Hasan al-Najafi sendiri.

9
Sufisme dalam Islam
10
Kenyataan ini disokong oleh pelbagai riwayat dan dapat
diringkaskan bahawa mereka dinamakan Sufi kerana
mereka biasanya memakai pakaian daripada bulu.

Ramalan Nabi (s.a.w) Mengenai Tasawwuf di Kalangan Umat Islam

Disebutkan dalam Kitab Hadiqat al-Syi`ah dan `Ayn al-


Hayat dan lain-lain bahawa Nabi (s.a.w) memberitahu Abu
Dhar al-Ghiffari:

“ Wahai Abu Dhar, pada masa-masa berikutnya akan


ada suatu kelompok manusia yang memakai pakaian
daripada bulu pada musim sejuk dan juga musim panas,
dan yang menganggap diri mereka lebih mulia berbanding
yang lain. Malaikat di bumi dan di langit akan melaknat
manusia seperti itu.”

Hadith Nabi (s.a.w) ini menyebutkan perkataan Sufiyah


telah dibentuk berdasarkan kalimah sufi (bulu). Terdapat
hadith-hadith Nabi (s.a.w) yang lain membuktikan bahawa
kalimah sufiyah mempunyai akar umbinya daripada suf
(bulu).

Dalam Kitab Sawa’ al-Sabil 5 Sayyid Abu al-Hasan Sahib


Mujtahid memetik hadith riwayat oleh Syaikh Baha’ al-Din
Muhammad al-‘Amili @ ‘Allamah Syaikh Bahai yang wafat
pada tahun 1030H dalam kitabnya, Jami ‘Abbasi (Punjabi).

Kebencian Rasulullah (s.a.w) Terhadap Ahli Sufi

Nabi (s.a.w) bersabda: “ Hari Qiyamat tidak akan datang


hingga masa @ mendekati masa itu terdapat sekumpulan
dari kalangan umatku muncul dikenali
sufiyah.Sesungguhnya orang-orang dalam kumpulan itu
adalah Yahudi di kalangan umatku. Oleh itu, mereka
bukanlah daripada umatku, bahkan mereka lebih jauh

5 Kitab Sawa’ al-Sabil, India, t.t., h.92.

10
Sufisme dalam Islam
11
berbanding orang yang kufur daripada agama dan mereka
ditaqdirkan ke neraka.”

Kalimah sufiyah dalam hadith ini tida dimulai dengan


huruf Sin tetapi dengan huruf sad, dan kalimah sufiyah
bermula dengan huruf sad terbentuk daripada Suf yang
bermaksud “bulu.” Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa
sekumpulan manusia di kalangan umat Islam dikenali
sufiyah dikatakan demikian kerana pakaian bulu yang
mereka pakai.

Celaan (Sabb @ ‘Itab) dan kata-kata kebencian yang digunakan


oleh Nabi (s.a.w) kepada ahli Sufi dalam hadith tersebut, alasan yang
kelihatan adalah kerana kekuatannya memahami peristiwa-peristiwa
masa hadapan yang akan berlaku, baginda (s.a.w) mengetahui kelahiran
ahli Sufi dan Tasawwuf di kalangan umat Islam, kepercayaan mereka
tentang perkara-perkara haram sebagai halal, di samping pengabaian
mereka terhadap syariah juga diketahui oleh baginda (s.a.w).

Ahli Sufi Membelakangi Syariah Islam

Sikap ahli-ahli Sufi yang mengabaikan syariah dapat


dilihat daripada beberapa contoh. Dalam kitab Risalah 6
mencatatkan mengenai Mawlana Syams al-Din bahawa:
“Mawlana Syams al-Din mengabaikan syariat dan bukanlah
orang yang taat sama sekali. Kata-kata tersebut yang
disebutkan kepada Mawlana Syams al-Din kelihatan
digunakan kerana dalam suatu insiden diceritakan dalam
kitab yang sama yang menjelaskan bahawa: “Mawlana
Syams al-Din bertanyakan soalan berikut kepada Avhad al-
Din al-Kirmani yang ingin menjadi muridnya, sama ada dia
sanggup minum arak (nabiz) di hadapan khalayak ramai di
pasar Baghdad? Kirmani menolaknya.

Mawlana Syams al-Din kemudian bertanya lagi sama


ada dia akan membawa arak untuknya? Kirmani sekali lagi
menolaknya. Akhirnya Mawlana Syams al-Din
6 Jalal al-Din Mawlana Badi` al-Zaman, Kitab Risalah-e Tahkike Ahwale,

11
Sufisme dalam Islam
12
menanyakannya sama ada dia sanggup duduk di
sebelahnya ketika dia minum arak? Soalan ini juga ditolak
olehnya. Kemudian Syams al-Din dengan lantang
memberitahunya supaya beredar.

Dicatatkan dalam Kitab Bahr al-La`ali bahawa dalam


Kitab al-Mizan 7 oleh al-Ghazali, pengarang mencatatkan
bahawa dia sendiri pernah bertanya salah seorang syaikh
(Pir) Sufi bahawa dia ingin mengamalkan kepercayaannya
menurut al-Qur’an sepenuhnya, tetapi dia melarangnya
berbuat demikian. 8

Tidak syak lagi bahawa di kalangan Sufi, kedudukan


seumpama itu adalah biasa, yang pada kenyataannya jelas
bercanggah dengan syariah sama sekali. Setiap orang Islam
mengetahuinya dengan baik bahawa menentang syariah
adalah menentang kehendak Allah dan kerana itu, Nabi
(s.a.w) dan para Imam (a.s) menentang atau menyanggahi
ahli-ahli Sufi.

Perbezaan Di antara Sufi dan ‘Arif

Sebahagian orang yang tidak memahami perbezaan di antara


Sufi dengan ‘Arif. Mereka mengakui Sufi sebagai ‘Arif dan sebaliknya.
Bagaimanapun terdapat perbezaan yang agak ketara di antara Sufi dan
‘Arif.

Sufi adalah seseorang yang dari segi luarannya


memperlihatkan (sikap) meninggalkan duniawi, tidak
mempedulikan hukum-hukum syariah dan percaya kepada
doktrin Ittihad dan Hulul, sedangkan ‘Arif pula mempunyai
ilmu tentang Allah (s.w.t), menjalani hidup menurut
perintah Allah seperti ditetapkan oleh syariah. Orang yang
tidak mentaati perintah Allah dalam syariah tidak dikatakan
sebagai ‘arif.

7 Al-Ghazali, Kitab al-Mizan (al-`Amal).


8 Sufism, h.179.

12
Sufisme dalam Islam
13

‘Ali (a.s) berkata: “Syi‘ah (sahabat-sahabat)ku adalah


‘Arif (iaitu mengakui Allah, mereka bertindak mengikut
perintah Allah), ‘Arif adalah orang yang mula dan berbicara
perkara-perkara yang baik.” 9

Definisi ‘Arif

Ahli falsafah ulung Islam, Bu ‘Ali Sina (Avicenna)


(m.428H) membuat catatan dalam kitabnya, Isyarat bahawa:
“‘Arif percaya kepada Allah tanpa sifat tamak sama sekali

9 Bukan itu sahaja, bahkan kepercayaan ahli sufi adalah seperti mentaati
perintah Pir (yang digelar Syaikh) dalam semua perkara, bahkan yang
berlawanan dengan syariah dan bertindak berlawanan dengan printah-perintah
Pir, hukuman juga turut ditetapkan.
Dicatatkan dalam Kitab Maratib al-Wusul, h.5, bahawa Syaikh hendaklah
dihormati dan perintahnya harus dianggap lebih utama daripada nyawa
(sendiri). Lebih-lebih lagi, apa sahaja perintah yang diberikannya dianggap wahy
(ilham) dan seseorang hendaklah melakukannya walaupun ia berlawanan
dengan hukum @ syariah ataupun dasar-dasar agama. Ahli sufi hendaklah
menghadirkan diri kepada Syaikh seperti mayat yang diserahkan kepada orang
yang akan memandikannya dan tidak patut dikritik idea-idea, kata-kata
ataupun tindakan Syaikh.
Dalam Kitab Mir`at al-`Arifin, h.137 oleh Mas`ud Beg dicatatkan bahawa “
murid-murid melihat wajah Allah pada Syiakh dan hendaklah merahu
kepadanya tentang hakikat, rahsia dan keajaiban-keajaiban. Sekiranya
perbuatan Syaikh didapati berlawanan dengan hukum-hukum seperti yang
diterangkan ulama’, murid-murid tidak wajar mengubahkan perbuatan-
perbuatan mereka dan tidak juga tidak patut menunjukkan sikap benci
(mereka).
Bahkan orang-orang tidak melihat sesuatu yang lain kecuali Pir dan mereka
menganggapkannya adalah segala-galanya dan membinasakan diri mereka
untuk berkhidmat kepada Pir. Mereka menganggap ketaatan kepada Pir
seumpama kewajipan agama walaupun menyembah seseorang selain Allah
adalah dosa besar.
Dalam Kitab Mir`at al-`Arifin, h.141 juga dicatatkan bahawa menyembah Pir
bukanlah suatu yang mudah tetapi ia adalah kerja seseorang yang melakukan
dua dunia?alam dan tidak kekal diri mereka iaitu murid tidak boleh berbuat
sesuatu berlawanan dengan kehendak Pir dan untuk tujuan itu, dia tidak perlu
memberikan perhatian termasuk kepada hukum-hukum agama.”
Dalam kitab yang sama, h.142 dicatatkan bahawa adalah wajar bgai murid-
murid tidak mempunyai kepercayaan (iman) kepada mana-mana agama kerana
agama berkembang dan utnuk mentaati agama bukanlah ma`rifah tetapi sia-sia
belaka. Murid-murid tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan tanpa
membebaskan diri daripada ikatan-ikatan keagamaan.

13
Sufisme dalam Islam
14
dan tidak mengharap kerana takut @ tamak tetapi
melakukannya kerana dia menganggap Dia (Allah) layak
disembah dan mempunyai pengetahuan mengenai-Nya.”

Berbicara tentang hubungan di antara ilmu Allah dan


menyembah-Nya, telah dinyatakan dengan jelas oleh Amir
al-Mu’minin (a.s) ketika beliau mengatakan: “Ya Allah, aku
tidak menyembah-Mu kerana mendapatkan syurga-Mu
tetapi menyembah-Mu kerana aku mengenali-Mu dan
Engkau sahaja yang layak disembah.”

Seorang ‘Arif tidak memberikan perhatian kepada


sesuatu selain daripada Pencipta (Khaliq) alam iaitu Allah,
dan apa sahaja yang dilakukannya, dilakukannya kerana
Allah semata-mata dan tidak mempedulikan makhluq yang
berlawanan dengan Khaliq sama sekali dan tidak mencintai
makhluq tetapi dia memberikan perhatian dan menyayangi
makhluk dalam ketaatannya kepada perintah-perintah
Allah.

Sebagai contoh, suatu hari Bibi Zaynab (a.s) bertanya


kepada bapanya, ‘Ali (a.s): “Wahai bapaku! Adakah engkau
mencintaiku dalam hatimu? Dijawab: Ya, anakku. Bibi
Zaynab (a.s) bertanya lagi: Adakah engkau mencintai Allah?
Dijawab: Ya, dan kini beralih kepada soalan seterusnya oleh
Bibi Zaynab (a.s): “Bapaku! Bolehkah cinta kepada dua
perkara berada dalam satu hati? ‘Ali (a.s) menjawab: Cinta
yang hakiki adalah kepada Allah dan bagimu, cinta itu
adalah dengan mengikut perintah-Nya.”

Keadaan mental seseorang ‘arif adalah seperti itu dan


kini marilah kita melihat keadaan seorang sufi.

Dalam Kitab Mir’at al-‘Arifin 10 dicatatkan berkaitan


dengan penyembahan Pir bahawa: “Bahkan sekiranya

10 Kitab Mir`at al-`Arifin, h.141, 142.

14
Sufisme dalam Islam
15
seseorang murid sedang bersalat, dia patut memberhentikan
salatnya dan menghadirkan dirinya kepada Pir sekiranya dia
memanggilnya. Sekiranya dia tidak memberhentikan
salatnya, bererti dia telah memutuskan kedudukannya
sebagai murid.”

Dalam Kitab Jami Tarjuma-e-Nafe11 dicatatkan


berhubung dengan kepercayaan ahli sufi bahawa: “Adalah
wajar pada masa bersalat, murid menumpukan
perhatiannya kepada Pir dan meniatkannya kepada Pir pada
masa membaca kalimah-kalimah Iyyaka na‘bukudu wa
iyyaka nasta‘in dalam salat.

Oleh itu, orang-orang yang berakal akan memahami


perbezaan di antara Sufi dan ‘Arif iaitu perhatian ahli Sufi
adalah terhadap makhluq manakala perhatian ‘Arif adalah
terhadap Khaliq.

Ada ketika sebahagian ahli Sufi dilihat menghormati


hukum-hukum syarak tetapi dari segi batinnya, mereka
merupakan para penentang agama seperti disebutkan dalam
kitab Mir’at al-‘Arifin, 12 para murid dinasihatkan bahawa:
“Adalah mustahak bagi murid-murid tidak terikat dengan
mana-mana agama kerana ia bukanlah tanda keilmuan,
sebaliknya ia adalah sia-sia.”

Islam memerintahkan keterikatan kepada agama


sedangkan ahli sufi bertindak berlawanan dengannya.
Sesiapa sahaja melarang seseorang mengikut hukum-
hukum agama adalah melawan Islam itu sendiri. Bagi
orang-orang yang berkenaan, Allah mengeluarkan perintah
dalam al-Qur’an: “Barang siapa mengingini agama selain
daripada Islam tidak akan sama sekali diterima.” (Man yurid
ghayr al-Islam dinan lan yuqbalah).

11 Kitab Jami Tarjuma-e-Nafe, h.72.


12 Lihat: Kitab Mir`at al-`Arifin, h.142.

15
Sufisme dalam Islam
16

Hukum @ syariah Islam mengenai haram dan halal


adalah berdasarkan apa yang disampaikan kepada Nabi
(s.a.w) dan ia wajib diterima sebagai sebahagian daripada
Imam. Nabi (s.a.w) menetapkan bahawa “apa sahaja yang
dihalalkan oleh Muhammad (s.a.w) akan tetap halal sampai
Hari Qiyamat dan apa sahaja yang dianggap haram akan
tetap haram sampai Hari Qiyamat.”

Untuk melakukan sesuatu yang berlawanan dengan


perintah-perintah Nabi (s.a.w) dengan secara sedar, tidak
mahu patuh kepada syariah dan perundangan tentang halal
dan haram boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir.
Mengubahkan pemikiran (minda) ke arah manusia tertentu
pada masa mereka membaca Iyyaka na‘budu wa iyyaka
nasta‘in juga secara mutlak berlawanan dengan ajaran
Islam dan bahkan syirik. Ia dengan maksud menganggap
seseorang sebagai sekutu Allah dan dengan berbuat
demikian, salat tidak sah dan pelakunya menjadi musyrik.

Ma‘rifah – Salahfaham oleh Ahli Sufi

Perkara yang paling mendukacitakan adalah ma‘rifah


(Allah) mengambil bentuk yang berbeza dalam tasawwuf dan
akibatnya orang-orang yang jahil diselewengkan dari jalan
yang benar. Ramai orang menyebutkan kalimah tasawwuf
di bibir mereka iaitu mereka berbicara banyak mengenai
tasawwuf tetapi jahil tentang perinciannya.

Hubungan Ahli Sufi Dengan Para Pengikut Semua Agama

Tida ragu-ragu lagi bahawa tasawwuf amat


membingungkan kerana ia diperlihatkan dalam pelbagai
bentuk dan walaupun ahli sufi secaa luaran bercampurgaul
dengan para pengikut pelbagai agama namun orang-orang
yang jahil dalam setiap agama tetap tidak sedar mengenai
rahsia tasawwuf.

16
Sufisme dalam Islam
17

Dalam kitab berhubung dengan sejarah Iran, h.206, Sir


John Malcolm memetik kata-kata tokoh Mujtahid Syi‘ah
yang ulung dalam abad yang lepas iaitu Aqa Muhamad ‘Ali
Kirman Syahi (a.r) dengan kata-kata: “Ahli Sufi
menggunakan taktik-taktik penipuan mereka dengan
memuji ‘Ali (a.s) ketika bercakap dengan golongan Syi‘ah
dan memuji-muji para khalifah ketika bercakap dengan
golongan Sunni.”

Mereka menjadi Syi‘ah ketika bersama dengan Syi‘ah


dan menjadi Sunni ketika bersama-sama Sunni, tetapi pada
hakikatnya mereka tidak beragama dan tidak syak lagi
bahawa seseorang yang tidak mempunyai agama boleh
bercampurgaul dengan para pengikut agama mana-mana
sekalipun.

John Malcolm selanjutnya mencatatkan: “Aqa


Muhammad ‘Ali Kirman Syahi telah membuat catatan dalam
kitabnya tentang beberapa gambaran pelbagai kumpulan
ahli sufi yang memperlihatkan kejahilan.

Ahli Sufi dibenci para Pengikut Semua Agama

Rasyid Yasmi yang menterjemahkan (Kitab Sejarah


tulisan Mr. Edwards Brown ke Bahasa Parsi sebagai Tarikh
Adabiate, mencatatkan pada h.272, kitab tersebut bahawa
“kerana ahli percaya kepada prinsip Wahdat al-Wujud
(segala-galanya adalah Allah), “para pengikut semua agama
sama ada Syi‘ah, Sunni, Syaikhis, Babi @ Bahai, semua
kejahatan mereka dan kerana itu Mr. Henry Martin
mengumumkan bahawa dia dapat mengadakan hubungan
dengan para mulla Syiraz yang kuat lebih mudah
berbanding dengan ahli sufi kerana ahli sufi luaran (yang
mabuk) tidak mempedulikan agama.

17
Sufisme dalam Islam
18
Mr. Martin mengatakan seseorang penganut agama
selain Islam, tidak suka duduk bersama-sama dengan ahli
sufi kerana menganggap mereka tidak layak untuk dijadikan
kawan. Akibatnya orang-orang yang bijaksana harus
berhati-hati dan menjauhkan diri mereka daripada dijadikan
hamba oleh para musuh agama dan orang-orang yang
mengenepikan ilmu yang hakiki dan juga harus cuba
memahami apa sebenar ilmu itu, dan apakah bezanya di
antara ahli sufi dan ‘arif dan bagaimana kepercayaan–
kepercayaan ahli sufi berlawanan dengan agama.

“Keanehan kepercayaan dan pemikiran ahli sufi


diperlihatkan dalam Kitab Bahr al-La`ali yang menyebutkan
bahawa: “Apabila ahli sufi mencapai suatu peringkat kitab
mengenai wisalat iaitu apabila dia menjadi ahli sufi yang
sempurna menurut pengakuannya, dia bebas daripada
semua peraturan dan hukum-hukum biasa dan apa sahaja
yang dilakukannya, dianggap baik dan semua perbuatan-
perbuatan dosa yang (diharamkan) seperti minum arak,
berzina dan sebagainya dikatakan halal baginya.”

Pada h.72, Kitab Jame Tarjume Nafe, dicatatkan bahawa


dengan latihan konsentrasi minda harian terhadap Pir pada
masa membaca ayat Iyyaka na‘budu wa iyyaka nasta‘in,
menjadikan seseorang sebagai ahli sufi yang sempurna dan
selepas itu, dia tidak lagi perlu bersalat, dan tiada yang
tersembunyi baginya dan dia sendiri (na‘uzu bi-Llah) menjadi
tuhan dan menjadi objek penyembahan oleh makhluk.

Bukankah ajaran ini berlawanan dengan hadith Nabi


(s.a.w), apa sahaja yang dikatakan halal oleh Muhammad
(s.a.w) akan kekal hingga Hari Qiyamat dan lain-lain. Ia
untuk menjelaskan hakikat tasawwuf.

18
Sufisme dalam Islam
19

Kritikan Bukan Tulisan Tetapi Ancaman semata-mata

Apa sahaja tulisan dengan rujukan kepada kitab-kitab yang


muktabar bukanlah ditulis untuk mengkritik ahli sufi, tetapi adalah
dengan niat mengemukakan jawapan untuk kepuasan hati para
penanya dan untuk mencerahkan (pemikiran) orang ramai yang tidak
sedar fakta (hakikat) sebenar tentang tasawwuf dan dengan itu dapat
menyelamatkan mereka daripada kesesatan.

Berdasarkan keterangan sesetengah orang pada hari ini


terdapat 4000 atau lebih agama yang wujud di dunia ini dan
para pengikut setiap agama dikehendaki bertindak
berdasarkan perintah-perintah agama mereka. Kita tidak
memperhatikan hal itu, tetapi apabila didapati seseorang
bertindak menyimpang daripada perintah-perintah mana-
mana agama di dunia, atas nama agama dan dengan cara
itu, menipu orang-orang yang jahil dan menyesatkan
mereka, kita terpaksa ke depan sebagai suatu
tanggungjawab untuk menjelaskan fakta-fakta sebenar di
khalayak ramai dengan harapan orang ramai dapat
memahami yang benar dan yang salah.

Tambahan lagi, Allah (s.w.t) telah menetapkan kewajipan


ulama di kalangan ummah untuk menceritakan fakta-fakta
sebenar kepada orang ramai (massa) dan dengan itu dapat
menyelamatkan mereka daripada kehancuran. Mereka
harus cuba melaksanakan tugas mereka, sama ada orang
ramai sampai ke jalan yang benar atau tetap pada jalan
yang salah akan bergantung kepada pilihan mereka masing-
masing.

Perintah Nabi (s.a.w) Kepada Ulama Ummah Ini

Nabi (s.a.w) telah mengeluarkan perintah dan dicatatkan


dalam Usul al-Kafi: “Apabila sahaja sesuatu yang
bertentangan dengan peraturan dan hukum agama timbul,
adalah menjadi tanggungjawab ulama untuk

19
Sufisme dalam Islam
20
memperlihatkan keilmuan mereka, seandainya mereka gagal
melakukannya, laknat Allah akan menimpa mereka.

Hadith lain pula menyebutkan: “Sesiapa yang


mengetahui atau sedar akan sesuatu ilmu tertentu tetapi
menyembunyikannya, akan dihukum pada Hari Qiyamat
dengan hujanan api di mulutnya.”

Ahli Sufi Diakui Musuh Ulama Ummah Ini

Apabila tokoh pemikir menemui perkara-perkara yang


bertentangan dengan hukum dan peraturan agama
menyusup masuk, mereka wajib menyatakan fakta-fakta
sebenar kepada orang ramai, biarpun para penentang
agama menjadi marah.

Dalam dunia ini, terdapat banyak musuh kepada ulama


daripada yang lain. Alasannya adalah kerana ulama secara
berdepan menghadapi serangan para penyerang agama dan
mendedahkan musuh tersembunyi kepada agama itu
kepada orang ramai, dan mencela mereka. Begitulah juga
metode Sufi. Mereka cuba sedaya upaya untuk
memperlekehkan para ilmuan (ulama) bertujuan
menghapuskan kesan dan pengaruh ulama dan untuk
menyebarkan kepercayaan mereka di kalangan manusia.

Ahli Sufi cuba memperendahkan kedudukan ulama


dengan memberitahu orang ramai bahawa: “Ulama adalah
orang yang mengambil zahir hukum syarak sebagai
penekanan mereka sedangkan mereka pula adalah Ahl al-
Batin (iaitu orang yang mengetahui rahsia-rahsia yang
tersembunyi). Namun adalah jelas bahawa hukum dan
peraturan dalam Islam wujud adalah untuk kebaikan orang
ramai dan ia terbahagi kepada dua bahagian:

i) Halal.
ii) Haram.

20
Sufisme dalam Islam
21

Halal adalah hukum yang dengannya perintah-


perintah dikeluarkan untuk melakukan ibadah-ibadah
tertentu seperti salat, puasa, zakat dan lain-lain. Haram
pula adalah hukum dengannya perintah-perintah dilarang
seperti zina, minum arak, mencuri dan sebagainya.

Kemanusiaan sebenar seseorang itu diketahui hanya


daripada tindakan atau perbuatan yang dilakukannya.
Seandainya baik, seseorang itu dianggap baik dan
seandainya perbuatannya buruk, seseorang itu dikatakan
jahat.

Ulama (dalam bidang) syariah menarik orang ramai ke


arah kemanusiaan yang sebenar, mendedahkan diri mereka
dengan menjadikan mereka para pengikut syariah dari segi
amali, dan menggalakkan mereka untuk memperbaiki
tingkahlaku dan perbuatan dan bertindak berdasarkan
perintah-perintah Allah dan Nabi (s.a.w).

Sudah menjadi rahsia yang telah diketahui umum


bahawa sesiapa yang melakukan sesuatu berdasarkan
perintah Allah dan Nabi (s.a.w) biasanya menjadi manusia
yang baik tetapi ia tidaklah mungkin demikian kepada
orang yang dalam dirinya kelihatan jujur dan bersih tetapi
luarannya jahat. Seandainya perbuatan luaran itu jahat,
tindakan dalamannya pasti jahat. Oleh itu dikatakan: “Apa
yang zahir itu adalah menjadi gambaran yang batin
(tersembunyi).”

Secara ringkas, para pemikir (ulama) agama hanya


mendakwahkan perkara-perkara seperti itu yang ditetapkan
syariah. Namun, adalah menghairankan bahawa ahli sufi
menjadikan diri mereka seperti tuhan menurut kepercayaan
mereka, menganggap semua yang haram adalah halal bagi
mereka.

21
Sufisme dalam Islam
22
Kepercayaan dan Amalan Ahli Sufi Yang Dibenci

Dalam Kitab Bahr al-La‘ali 13 menyebutkan: “Terdapat


sekumpulan ahli sufi diberi nama Wasiliyyah yang percaya
apabila mereka mencapai Allah, mereka menjadi ma‘rifah @
Ahl al-Ma‘rifah (ahli Ilmu Allah) dan kewajipan-kewajipan
syariah seperti salat, puasa dan lain-lain tidak lagi mengikat
mereka. Apa sahaja yang mereka lakukan dianggap baik.

Sekiranya mereka mengadakan hubungan haram


dengan ibu @ nenek, adik perempuan, anak-anak
perempuan atau budak-budak lelaki mereka sendiri,
semuanya dianggap halal. Sekiranya mereka melakukan
perbuatan-perbuatan jahat tidak adalah orang yang layak
mengkritik mereka dan jika mereka menyebabkan orang
lain berbuat demikian, ia juga dikatakan halal. Sekiranya Pir
hendak mengadakan hubungan haram dengan mana-mana
wasil dan wasil itu menolak, dia tidak lagi dikatakan
sebagai wasil dan penolakan itu menjadikannya kufur dan
sekiranya mana-mana wanita atau kanak-kanak yang
bukan wasil menerima pelawaan untuk mengadakan
hubungan haram, dia (wanita @ lelaki) mencapai kedudukan
wilayah dan menjadi wali besar kerana dia (wanita @ lelaki)
telah memuaskan (hati) wasil.

Orang-orang inilah yang tidak mempunyai Iman


terhadap soaljawab dalam kubur selepas mati, pada hari
Qiyamat atau pada hari Hasyr.

Apabila ulama ummah ini mengetahui kepercayaan


mereka, adalah menjadi kewajipan mereka untuk
memberikan amaran kepada orang ramai terhadap mereka
dan menyampaikan perintah @ hukum syarak . Adakah
mereka patut dipersalahkan kerana itu? Tidak, itu sudah
menjadi tanggungjawab mereka berbuat demikian.

13 Bahr al-La‘ali, h.185

22
Sufisme dalam Islam
23

Penyamaran Ahli Sufi Untuk Menyesatkan Orang ramai

Sebahagian ahli sufi menyamar sebagai orang yang


kuat beribadat dan memakai pakaian orang zahid tetapi dari
segi batinnya, mereka adalah pencabul syariah yang amat
menakutkan. Seandainya ulama dan pengarang Islam tidak
mencatatkan salah laku mereka, orang yang jahil yang
melihat aspek luaran mereka akan sesat daripada agama.
Allah telah menetapkan ulama dengan kewajipan sebagai
pemberi petunjuk semasa ketiadaan Nabi atau Imam untuk
memimpin orang ramai ke jalan yang benar dan untuk
menyelamatkan mereka daripada jalan yang salah.

Bumi tidak pernah ketandusan Ulama pada


sebarang Masa

Dalam kitab Usul al-Kafi, 14 Abu Basir mencatatkan


hadith Imam (a.s): “Allah tidak akan membiarkan bumi ini
tanpa ulama (‘alim). Seandainya mereka tidak ada, tiadalah
orang yang dapat membezakan yang benar dan yang jahat.”

Dalam kitab Mustadrak, 15 dicatatkan petikan daripada


kitab Sahifah al-Rida bahawa “Suatu masa Nabi (s.a.w)
mengulangi (perkataan berikut) sebanyak 3 kali: “Ya Allah,
limpahkanlah rahmat-Mu kepada para khalifah-Ku. Orang
ramai bertanya siapakah khalifah baginda. Baginda (s.a.w)
lalu menjawab bahawa mereka akan menggantikanku.
Mereka akan menceritakan sunnah dan hadithku dan
dengan demikian, menyampaikan ajaranku kepada
ummahku.”

14 Usul al-Kafi, h.104


15 Mustadrak, Bhg. III, h.182

23
Sufisme dalam Islam
24
Kedudukan para Ulama Dalam Islam

Dalam kitab Mustadrak, 16 oleh ‘Allamah Nuri,


diceritakan bahawa Nabi (s.a.w) mengatakan: “Para ulama
adalah pewaris Nabi.” Dalam h.52 pula hadith lain
menyebutkan: “Ulama ummahku seperti para nabi Bani
Isra’il.”

Pada h.188, diceritakan pula: “Ulama yang adil dan jujur


pada setiap masa memikul tanggungjawab mengajarkan
agama, menghalang penambahan dan pindaan oleh orang-
orang jahil, mendedahkan dan menempatkan ide-ide yang
salah yang menyusup masuk dalam agama di kalangan
orang ramai yang telah disalahtafsirkan.”

Dikatakan Imam Muhammad al-Baqir (a.s) dalam Usul


al-Kafi mengatakan: “Ulama dengan ilmu mereka yang orang
ramai boleh mendapat manfaat adalah lebih mulia daripada
70 000 orang ahli ibadat yang berterusan.” Allah (s.w.t)
melantik para ulama Syi‘ah Ithna-‘Asyariah untuk tujuan
menyampaikan perintah dan hukum syarak, dan untuk
mendedahkan perkara-perkara yang berlawanan dengan
syariah yang menyerap masuk dalam agama.

Penyusupan Tasawwuf dalam Setiap Agama

Tasawwuf bukanlah menyusup masuk dalam Syi‘ah


tetapi dalam setiap agama. Sebelum diperlihatkan bahawa
tasawwuf telah berlangsung untuk suatu jangkamasa yang
lama dahulu dalam suatu bentuk atau yang lain dan
perkataan ahli sufi muncul di kalangan kaum muslim pada
abad ke-2H/8M. Apa yang dimaksudkan adalah Tasawwuf
muncul dengan pakaian Islam merupakan amalan-amalan
yang dilarang oleh Islam seperti menari, menyanyi, Qawwali
dan lain-lain yang diterima atas nama agama.

16 Mustadrak, Bhg.III, h.189

24
Sufisme dalam Islam
25
Dalam keadaan-keadaan tertentu, adalah menjadi
kewajipan para ulama untuk mengingatkan golongan
muslimin bahawa Nabi (s.a.w) tidak membenarkan (mereka)
terlibat sama sekali dalam tarian, nyanyian @ Qawwali.
Amalan atau perbuatan itu dilarang atas perintah Allah
(s.w.t) dan bertentangan dengan amalan dan ajaran Nabi
(s.a.w) dan para Imam (a.s).

Perbuatan @ Amalan bertentangan dengan agama oleh ahli Sufi

Perkataan dan akhlak luaran ahli sufi kelihatan menarik


kepada orang yang jahil dan dengan sebab itu, mereka
mudah tertarik kepada ahli-ahli sufi. Ahli sufi menggunakan
kata-kata seperti ‘Asyiq ‘Ali (Pencinta ‘Ali), Muhibb Mawla
(Pencinta tuan) @ kata-kata lain yang lebih disenangi, dan
dengan cara itu mereka dapat menarik orang ramai yang
mudah terpedaya dan terperangkap kepada mereka.

Sebahagian ahli sufi menarik orang ramai terhadap


mereka dengan melagukan puji-pujian kepada Nabi (s.a.w)
dan Panjatan Pak (a.s) dan mereka percaya bahawa Qawwali
adalah suatu bentuk doa walaupun ia diharamkan oleh
Islam. 17 Patut juga difahami bahawa perbuatan yang haram
tidak boleh dijadikan halal dengan cara melakukannya
untuk tujuan-tujuan yang baik, Sebagai contoh: Walaupun
untuk tujuan kebajikan, duit yang diperolehi menerusi
pelacuran tidak dibenarkan.

Begitu juga puji-pujian kepada Nabi (s.a.w) dan Panjatan


Pak (a.s) menerusi Qawwali tidak dibenarkan. Berlawanan
dengan keadaan itu juga, dilarang sama sekali menyebutkan
nama Nabi (s.a.w) dan Panjatan Pak (a.s) dalam nyanyian @
Qawwali. 18 Tidak ragu-ragu lagi, lagu puji-pujian dan
Qawwali adalah sesuatu yang menyeronokkan, yang dapat
menarik hati tetapi punca menyebabkan tarikan adalah

17 Ibid, h.194.
18 Lihat: Music and Qawwali, PMET, Karachi, t.t.

25
Sufisme dalam Islam
26
suara yang lunak dan sebutan yang baik dan bukanlah apa
yang dilagukan itu. Oleh kerana tarian, nyanyian dan
Qawwali bercanggah dengan perintah agama @ hukum
syarak, untuk terlibat di dalamnya adalah haram dan ia
samalah seperti suatu protes terhadap agama itu sendiri.

Pentafsir Sunni yang ulung, Jar-Allah al-Zamakhsyari


dalam kitab tafsirnya, al-Kasysyaf, 19 menyebutkan: “Orang
yang mendakwa mencintai Allah dan bertindak atau berbuat
sesuatu yang bercanggah dengan sunnah Nabi (s.a.w)
adalah pendusta. Al-Qur’an juga turut mengumumkannya
sebagai pembohong, ramai orang mungkin mendakwa cinta
– Allah tetapi pada masa yang sama, dia kelihatan berpeluk
tangan dengan gembira, dan juga mengulangi: Allah! Allah!
Dengan suara yang kuat. Orang seperti itu tidak patut
dikatakan mempunyai ma‘rifah Allah, bahkan lebih dari itu,
dia tidak megetahui apa yang dikatakan hubb-Allah. Alasan
di sebalik tepukan menunjukkan keseronokan dan suara
yang kuat adalah untuk menunjukkan gambaran yang
indah dengan kesedaran jahatnya dan menerusi
kejahilannya telah memberikannya atas nama Allah.

Inilah alasan menyebabkan dia menjerit dengan kuat


dan seronok! Kadang kala pada masa menjerit keseronokan
itu, dia terlupa akan dirinya. Apabila orang jahil melihatnya
dalam keadaan tersebut, mereka menjadi bersemangat dan
air mata pun mengalir keluar.

Pada masa ini, parti-parti, nyanyian dan Qawwali


diadakan pada banyak tempat, dengan lelaki dan wanita
menyanyikan lagu. Wanita yang terlibat pula
kebanyakannya terdiri daripada penyanyi profesional. Lelaki
yang terlibat pula memukul tabla, “sarangees”, harmonium
dan sebagainya untuk mengeluarkan bunyi.

19 al-Kasysyaf, I, h.301

26
Sufisme dalam Islam
27
Tidak ragu-ragu lagi, dari segi logik akal, etika (akhlak)
dan pandang agama, amalan menyanyi dan Qawwali adalah
bercanggah dengan agama. Kesan ini yang tercipta dalam
hati manusia yang awam adalah disebabkan kejahilan.
Mereka hanya dapat melihat kedudukan (posisi) luaran.
Biasanya nyanyian dan muzik membangkitkan syahwat @
nafsu dan keinginan yang buruk dalam hati dan dengan
demikian, perkara-perkara yang buruk tidak boleh menjadi
benar walaupun ia dikemukakan atas nama kebenaran.

Sebahagian ahli sufi adalah Syi‘ah. Mereka terlibat


adalam majlis ratapan Imam al-Husayn (a.s) dan
berkelakuan seperti Syi‘ah tetapi adalah sesuatu yang
memeranjatkan, mereka menganggap menyanyi dan parti
(majlis) muzik lebih baik daripada majlis meratapi Imam al-
Husayn (a.s). 20

Asal-Usul Muzik:

Nyanyian @ muzik adalah ciptaan orang Yahudi dan


Samiri telah memperkenalkannya. Samiri telah membuat
patung anak lembu. Orang ramai lalu menari dan menyanyi
apabila suara keluar daripada patung lembu itu. Oleh itu,
bolehlah dikatakan bahawa parti-parti nyanyian muzik atau
Qawwali pada masa kini adalah berbentuk ciplakan @
peniruan daripada Samiri. 21 Ia tidak menepati syariah
Islam. Aku benar-benar melihat dengan mataku orang-orang
mengamalkan (amalan) menurut syariah Islam di khalayak
ramai tetapi semasa bersendirian, melakukan perbuatan-
perbuatan yang bertentangan dengan agama dan terlibat
dalam nyanyian, parti muzik @ Qawwali.

Parti seperti itu tidak boleh menjadi halal dengan


menyanyikan pujian kepada Allah, Nabi (s.a.w), ‘Ali (a.s) dan
Ahl al-Bayt (a.s) @ tokoh-tokoh personaliti yang terlibat.
20 Ibid.
21 Ibid, h.197.

27
Sufisme dalam Islam
28
Orang-orang yang terlibat dalam nyanyian dan parti muzik
berada di luar kawalan dan haram.

Dalam nyanyian @ muzik, apabila nama Ahl al-Bayt (a.s)


@ mana-mana orang lain digunakan, ia tidaklah
menyebabkan kesan yang baik tetapi seperti sawab tidak
menjadi kenyataan dengan membina masjid dengan
menggunakan duit yang diperolehi melalui curian,
rampasan @ cara-cara yang tidak halal. Begitu juga
menggunakan nama-nama tokoh @ personaliti yang
bertaqwa, sesuatu yang salah tidak akan menjadikannya
benar, benda yang haram tidak akan boleh menjadi halal.

Oleh itu, orang muslim dan Syi‘ah yang mendakwa diri


sebagai orang yang beriman kepada Allah (s.w.t) dan para
pengikut Nabi (s.a.w) serta para Imam ma‘sumun dan
sepatutnya hendaklah mematuhi peraturan, hukum dan
amaran yang ditetapkan Allah menerusi Nabi (s.a.w) dan
para Imam dan tidaklah patut bertindak berdasarkan
dorongan nafsu yang jahat.

Mereka patut tidak cuba menghebahkan perbuatan


buruk mereka sendiri sebagai perintah @ hukum syarak.
Mereka tidak boleh melanggar peraturan dengan
menyanyikan puji-pujian kepada Ahl al-Bayt (a.s) dan
orang-orang yang mulia dalam agama. Begitu juga amalan
itu tidak dianggapkan sebagai halal.

Dalam ingatkan, bahawa anggapan perbuatan-


perbuatan yang haram dikatakan halal @ memaksa yang
lain-lain dan cuba untuk mengubahsuaikan syariah dengan
cara itu berhak menyebabkannya menjadi sia-sia.

Ulama Sunni yang terkenal, Syaikh Ahmad Faruqi


Naqsyabandi, seorang sufi dalam Kitabnya, Maktubate

28
Sufisme dalam Islam
29
Rabbani, 22 melarang upacara nyanyian, parti-parti muzik
atau melibatkan diri. Beliau mencatatkan bahawa: “Tokoh-
tokoh cendikiawan Greece, bijakpandai, Brahmin Hind
sangat terkesan dengan nyanyian dan muzik, tetapi tanda-
tanda jalan yang benar adalah bahawa kita hendaklah
mengikut peraturan hukum syarak, menjauhkan diri
daripada perkara-perkara yang haram dan juga pada ketika
seseorang berada dalam keraguan tentang perkara-perkara
yang haram. Jelaslah, muzik dan Qawwali termasuk dalam
lahw la`b (permainan yang melalaikan).

Keterangan al-Qur’an berikut mengharamkan muzik:

ٌ‫ﻚ َﻟ ُﻬﻢْ ﻋَﺬَاب‬


َ ‫ﻋﻠْ ٍﻢ وَﻳَﺘﱠﺨِﺬَهَﺎ ُه ُﺰوًا أُوَﻟ ِﺌ‬
ِ ‫ﻞ اﻟﻠﱠﻪِ ِﺑ َﻐﻴْ ِﺮ‬
ِ ‫ﺳﺒِﻴ‬
َ ْ‫ﻋﻦ‬
َ ‫ﻞ‬
‫ﻀﱠ‬
ِ ‫ﺚ ِﻟ ُﻴ‬
ِ ‫ﺤﺪِﻳ‬
َ ْ‫س َﻣﻦْ َﻳﺸْ َﺘﺮِي َﻟﻬْ َﻮ اﻟ‬
ِ ‫ﻦ اﻟﻨﱠﺎ‬
َ ‫َو ِﻣ‬
(6)ٌ‫ُﻣﻬِﻴﻦ‬

“Dan di antara manusia (ada) orang yang


mempergunakan perkataan yang tidak berguna
(lahw al-hadith) untukmenyesatkan (manusia)
daripada jalan Allah tanpa pengetahuan dan
menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka
itu memperolehi azab yang menghinakan.” 23

Dalam kitab yang sama dicatatkan bahawa Mujahid,


seorang murid kepada Ibn ‘Abbas adalah salah seorang
Tabi‘in yang dihormati menyatakan: “ Maksud (ayat itu)
adalah nyanyian lagu-lagu dan juga bermain alat-alat
muzik. Kemudian ketika meriwayatkan hadith dikatakan: “
Berhubung dengan nyanyian lagu-lagu dan bermain alat-
alat muzik, terdapat banyak hadith yang menganggapnya
sebagai haram. Tidak mungkin dapat dikemukakan
semuanya di sini tetapi memadailah dikatakan tiada seorang
ulama Kalam (teologi) dalam mana-mana zaman atau
keadaan, memberikan pendapat @ fatwa bahawa nyanyian
dan Qawwali @ sebarang bentuk muzik dihalalkan.
22 Maktubate Rabbani, h.334
23 Al-Qur’an, surah Luqman (31): 6 (Kalimah Lahw al-hadith).

29
Sufisme dalam Islam
30

Dalam kitab yang sama, beliau dikatakan mencatatkan:


“ Perbuatan atau amalan kaum sufi bukanlah mengesahkan
(sesuatu) halal atau haram. Amalan atau perbuatan Abu
Bakr al-Syibli, ahli sufi dan Abu al-Hasan al-Nuri, seorang
lagi ahli sufi tidak boleh diterima sama sekali. Orang-orang
yang dikatakan ahli-ahli sufi menjadikan amalan-amalan Pir
mereka sebagai pedinding diri mereka dan mendakwa
nyanyian dan muzik sama seperti agama dan mereka
menganggapkannya sebagai suatu bentuk ibadah.

Al-Qur’an menjelaskan:

‫ﺤﻴَﺎ ُة اﻟﺪﱡﻧْﻴَﺎ َو َذ ﱢآﺮْ ِﺑ ِﻪ‬


َ ْ‫ﺨﺬُوا دِﻳ َﻨ ُﻬ ْﻢ َﻟ ِﻌﺒًﺎ وَﻟَﻬْﻮًا َو َﻏﺮﱠ ْﺗ ُﻬ ُﻢ اﻟ‬
َ ‫َو َذ ِر اﱠﻟﺬِﻳ َﻦ ا ﱠﺗ‬
ٌ‫ﻲ وَﻟَﺎ ﺷَﻔِﻴﻊ‬
‫ن اﻟﻠﱠﻪِ َوِﻟ ﱞ‬
ِ ‫ﺲ َﻟﻬَﺎ ِﻣﻦْ دُو‬
َ ْ‫ﺴ َﺒﺖْ َﻟﻴ‬
َ ‫ﻞ ﻧَﻔْﺲٌ ِﺑﻤَﺎ َآ‬
َ‫ﺴ‬
َ ْ‫َأنْ ُﺗﺒ‬

“ Dan tinggalkanlah orang-orang yang


menjadikan agama mereka sebagai main-main
dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh
kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka)
dengan al-Qur’an itu agar masing-masing diri
tidak dijerumuskan ke dalam neraka kerana
perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya
pelindung dan tidak (pula) pemberi syafaat
selain daripada Allah.” 24

Dalam hadith dijelaskan: “Sesiapa yang menganggap


amalan-amalan yang haram sebagai baik adalah kufr. Oleh
itu, perlulah diketahui dengan sebenar-benarnya bahawa
majlis nyanyian, Qawwali dan muzik dianggap sebagai
faktor penyebab majlis Qawwali muzik dikatakan sebagai
bentuk-bentuk ibadat pastilah ia membuktikan bahawa “ia
boleh merosakkan” dan kacau-bilau sementara orang-orang

24 Al-Qur’an, surah al-An`am (6): 70.

30
Sufisme dalam Islam
31
yang menganggapkan aktiviti-aktiviti ini sebagai haram
namun terlibat di dalam menjadi para pendosa.

Oleh itu, dinasihatkan agar mematuhi hukum syarak,


tidak mentaati keinginan jahat dan tidak menghadirkan diri
dalam majlis atau pertemuan dengan menganggapkan
amalan itu sebagai haram.

Nyanyian dan Muzik memudaratkan

Nyanyian, muzik, Qawwali dan sebagainya diharamkan


oleh syarak. Semuanya dikatakan memudaratkan ditinjau
dari perspektif akal. Catatan ini bukanlah dengan maksud
untuk menyerang mana-mana amal ibadat dalam agama
tetapi sebagai jawapan kepada persoalan yang sering
ditanyakan. Jawapan yang diberikan menurut hukum
syarak dan menurut pandangan Syi‘ah Ithna ‘Asyariah.

Titik Perbezaan Di antara Mu’min dan Sufi

Tidak ragu-ragu lagi dalam dunia ini orang yang


berkelakuan baik dan adil, memperbaiki hidup secara
persendirian ataupun di khalayak umum adalah menjadi
tanda-tanda “ kemanusiaan “ seseorang. Semuanya adalah
daripada ajaran Islam. Islam mengajar kebersihan dalam
segala tindakan secara terbuka mahupun tertutup, dan juga
mengamalkan sifat taqwa.

Islam mengurniakan gelaran muslim kepada penerima


agama dan menamakan orang-orang yang suci dan kuat
beribadat yang mengikuti ajaran-ajarannya sebagai mu’min.
Apalah pentingnya mengenepikan nama ini dan memanggil
seseorang sebagai sufi? Seandainya tasawwuf dikira sebagai
berdasarkan Islam dan hukum-hukumnya, ia harus
dikatakan sebagai Islam.

31
Sufisme dalam Islam
32
Tidak perlu bagi seseorang murid dikenali sebagai ahli
sufi muslim tetapi seandainya tasawwuf adalah jalan yang
berbeza daripada Islam, murid-murid kepada perkara atau
jalan itu biasanya dianggap sebagai penentang agama dan
bukannya “salah seorang di antara dua atau lebih yang
menganuti agama yang sama.”

Ahli Sufi – Wabak Penyakit Batin

Ramai yang dikenali sebagai ahli sufi dan Islam secara


serentak, tetapi mereka didapati bertindak berlawanan
dengan ajaran-ajaran Islam dan kerana itu, ulama Sunni
dan Syi‘ah mengkritik mereka dan mendedahkan fakta-fakta
mengenai mereka.

Ibn al-Jawzi dalam kitab Sifat al-Safwah 25 menyebutkan


bahawa Abu Nu‘aim menuliskan kitabnya, dengan suatu
bab tentang al-Syafi‘i:

“ Akar umbi tasawwuf adalah malas. Sesiapa


yang menjadi ahli sufi pada awal hari, pada pagi
akan menjadi si jahil sebelum tengahari.”

Beliau selanjutnya mengatakan: “ Saya banyak


menulis mengenai tasawwuf dalam kitab saya, Talbis Iblis.
Ibn al-Jawzi mengekalkan nama kitabnya tentang tasawwuf
sebagai Talbis Iblis kerana kebanyakan ajaran dan amalan
itu bertentangan dengan Islam. Atas alasan ini, para Imam
(a.s) menasihati para pengikutnya menjauhi ahli sufi.

Dalam kitab Sawa’ al-Sabil 26 diriwayatkan bahawa


seseorang menanyakan Imam Ja‘far al-Sadiq (a.s) mengenai
pendapatnya tentang sekumpulan manusia yang

25 Ibn al-Jawzi, Sifat al-Safwah, bhg. I, h.4


26 Sawa’ al-Sabil, h.92.

32
Sufisme dalam Islam
33
menggelarkan diri mereka sebagai ahli sufi. Beliau
mengatakan:

“ Mereka musuh kita, dan sesiapa yang


menghubungkan diri mereka dengan orang-
orang tersebut adalah bersama-sama dengan
mereka dan akan bersama-sama mereka pada
Hari Qiyamat.”

Mereka akan digantikan dengan orang-orang seperti


itu yang mendakwa mencintai kami tetapi menghubungkan
diri kepada mereka (ahli sufi). Mereka menjadikan diri
mereka seperti ahli sufi dan memilih nama dan stail mereka
(ahli sufi) bagi diri mereka dan cuba mempertahankan
perbuatan-perbuatan mereka yang bukan berbentuk Islam.
Selanjutnya, para Imam (a.s) menambah:

“ Perhatikanlah, awasilah sesiapa yang


menghubungkan diri kepada mereka, bukanlah
daripada kalangan kami, dan kami akan
menyisihkan diri daripada mereka dan sesiapa
yang enggan berhubung dengan mereka,
penolakan mereka bolehlah diumpamakan
seperti Jihad terhadap orang-orang kafir pada
zaman Nabi (s.a.w).”

Hadith yang sama diriwayatkan oleh Muqaddas


Ardabili dalam Hadiqat al-Syi‘ah, dicatatkan dengan rujukan
kepada Isma‘il bin Buzaiq bahawa Imam al-Rida (a.s)
berkata:

“ Seandainya ahli sufi disebutkan di hadapan


seseorang dan dia tidak menyatakan
penentangnya, dia bukanlah daripada kami,
dan sesiapa yang menentang melantik mereka
seperti seseorang dalam Jihad dengan orang-
orang kafir pada zaman Nabi (s.a.w).”

33
Sufisme dalam Islam
34

Hadith riwayat oleh Imam al-Rida (a.s) 27 ditulis dalam


Kitab Safinah Bihar al-Anwar dengan ‘Allamah al-Majlisi
(a.r) mengatakan:

“Tiada seorang pun menerima tasawwuf kecuali


untuk menipu dan menyesatkan orang ramai.”

Hadith riwayat Imam ‘Ali al-Naqi (a.s), 28 katanya:

“ Semua ahli sufi adalah musuh kami dan


amalan mereka bercanggah dengan amalan
kami dan mereka adalah orang-orang Kristian
dan Yahudi umat ini.”

Banyak hadith lain turut mengatakan bahawa:

“ Amalan-amalan ahli sufi berlawanan dengan


hukum Islam dan bertentangan dengan ajaran
Syi‘ah. Amalan-amalan mereka bukan
berbentuk Islam kerana sejarah mencatatkan
mereka telah wujud beberapa ribu tahun
sebelum Islam.”

Walaupun faktor utama kewujudan tasawwuf adalah


disebabkan penolakan yang kuat terhadap diri dan
kehidupan sebagai orang yang bertapa (petapa) namun
kemudian para pengikut ajaran itu menerima ide-ide Greek,
Mani, Mazdak, laku perbuatan golongan Yogis,” ajaran-
ajaran orang Kaldaen, Mesir dan Syria, dan semuanya telah
menyebabkan kelahiran “amalan” sufi.

Sistem ibadat ini menyusup masuk di kalangan orang


Islam menerusi Abu Hasyim al-Kufi dan memakai jubah

27 Lihat: `Allamah al-Majlisi, Kitab Safinah Bihar al-Anwar, bhg.II, h.58.


28 Lihat: Sawa’ al-Sabil, h.92.

34
Sufisme dalam Islam
35
(khil‘ah) secara beransur-ansur tersebar di kalangan
mazhab-mazhab yang berlainan yang menerimanya dan
menerusi madhhab tersebut mereka pula menyebarkannya.

Sebahagian Syi‘ah menerima tasawwuf,


menyebarkannya dengan nama Syi‘isme dan melakukannya
kerana kepentingan duniawi dan hidup gembira atas dasar
zuhud dan sebagai amalan fana. Mereka menjadi para
pejalan (salik) di jalan fana dan jalan yang dikatakan hanya
untuk orang yang meninggalkan dunia namun mereka
bertentangan sesama mereka. Akibatnya, lahirlah banyak
aliran dan aliran-aliran lebih kecil (sub-sekte) di kalangan
mereka, yang juga menjadi penentang sesama mereka.
Semua aliran itu menentang ulama Syi‘ah yang
mendedahkan kelemahan dan memperlihatkan pemikiran
mereka yang buruk. Mereka cuba menjatuhkan ulama
dengan tuduhan-tuduhan palsu terhadap tentangan mereka
kepada ajaran Nabi (s.a.w) dan para Imam. Oleh itu, mereka
memerangkap murid-murid di dalam lingkungan dan
persekitaran mereka.

Namun sebarang tindakan berhati-hati para Imam


(a.s) (ma‘sum) telah menarik perhatian umat muslim dan
menasihatkan mereka agar menyelamatkan diri daripada
perangkap sufi. Dengan adanya, mereka akan mendapati
setiap aliran bertentangan dengan yang lain dan amalan-
amalan mereka berlawanan dengan Islam. Dalam Kitab
Jame-Tarjuma-e-Nafe, 29 dicatatkan bahawa:

“ Kepercayaan ahli sufi biasa adalah ada tuhan


selain Tuhan dalam setiap dasar dan dalam
segala sesuatu. Dengan itu, mereka mengatakan
kufr dan Islam, Ibrahim dan Namrud, Musa dan
Fir‘aun, Muhammad dan Abu Jahl, ‘Ali dan Ibn
Muljim, Husayn dan Yazid, mu’min dan kafir,

29 Lihat: Kitab Jame-Tarjuma-e-Nafe, h.90

35
Sufisme dalam Islam
36
semuanya adalah baik. Mereka menganggap
anjing dan babi yang najis sebagai bersih yang
jelas bertentangan dengan hukum syarak. Ada
ahli sufi menganggap orang-orang kafir juga
adalah bersih seperti orang-orang mu’min dan
menganggapkannya halal untuk membeli
barangan daripada mereka. Mereka tidak
menganggap mana-mana orang yang muhram
(diharamkan berkahwin) daripada seseorang.”

Kepercayaan lain adalah manusia bukanlah bebas


melakukan sesuatu, mereka percaya Allah mempunyai jisim
dan wajah. Mereka menamakan cinta Allah sebagai ‘Isyq
dan mendakwa mempunyai ilmu batin untuk diri mereka.
Mereka menganggap hukum-hukum syarak oleh Nabi (s.a.w)
dan segala perintahnya sebagai ilmu zahir. Rahsia di sebalik
penyebaran ide-ide itu adalah apa sahaja perbuatan jahat
mereka sendiri melakukannya bolehlah diselindungkan
sebagai berdasarkan ilmu batin. Mereka benar-benar
mencela ajaran-ajaran agama dengan menamakan diri
mereka sebagai ‘Ilm al-Zahir.

Mereka percaya kepada konsep Wahdat al-Wujud


(setiap sesuatu itu Allah dan dengan itu, menganggap
Fir‘aun, Namrud, Ibn Muljim dan lain-lain satu dengan Allah
dan menganggap mencintai orang kafir adalah mencintai
Allah, yang jelas berlawanan dengan ajaran al-Qur’an
daripada Allah dan Abu Yazid al-Bistami tidak mati sebelum
seluruh al-Qur’an diwahyukan kepadanya.

Mengenai al-Nubuwwah pula, kepercayaan ahli sufi


adalah Nubuwwah ‘Ammah tidak terhenti, ia berterusan
untuk semua dan sehingga Hari Qiyamah. Nubuwwah yang
telah terhenti dan sempurna adalah Nubuwwah Tasyri‘iyyah
iaitu kenabian membawa syariah. 30

30 Lihat: Al-Futuhat, Bhg.II, h.3-9.

36
Sufisme dalam Islam
37

Pendapat Ahli Sufi Mengenai al-Nubuwwah

Secara umumnya, ahli sufi tidak menggunakan


perkataan nabi tetapi menggunakan perkataan yang
merujuk kepada pengertian nubuwwah dan mereka
mengkritik orang yang mematuhi syariah dengan kata-kata:
“Kamu menerima peraturan dan hukum daripada orang
yang telah mati.” Suatu hari, beberapa orang ulama
meriwayatkan beberapa buah hadith. Ahli sufi yang besar,
Syams Tabriz mengkritik mereka: “Kamu orang ramai
meriwayatkan hadith yang diucapkan oleh orang yang telah
mati tetapi meriwayatkan menerusi Allah, dalam keadaan
seperti ia dikatakan oleh satu hati.”

Inilah alasan mereka mengenai syariah dan amalan Ahl


al-Bayt (a.s) dan ketua ahli sufi Abu Yazid berkata: “
Bendera kami lebih tinggi daripada Muhammad (s.a.w)” 31
dan juga Syams Tabriz mengatakan Syaikh Abu Yazid lebih
mulia daripada Nabi Muhammad (s.a.w). Ketika Jalal al-Din
al-Rumi bertanyakan Syams Tabriz, bagaimana dia boleh
mengatakan Syaikh Abu Yazid lebih mulia daripada Nabi
Muhammad (s.a.w) dijawab: Muhammad mengatakan: “ Ya
Tuhanku! Kami tidak mengenali (ma‘rifah) Engkau sampai
ke suatu tahap yang kami patut lakukan,” sedangkan Abu
Yazid mengatakan: “Alangkah besarnya kedudukanku.” 32

Persoalannya adakah syariah berdasarkan ajaran dan


amalan Nabi (s.a.w), para khalifah dan Imam (a.s), atau
syariah Islam hanyalah sebuah syariah dalam bentuk kata-
kata, dan sama ada frasa yang diulangi dalam al-Qur’an
iaitu Khatam al-Nabiyyin benar-benar membawa maksud
atau ia hanyalah kata-kata semata-mata, atau sama ada
orang-orang yang beriman kepada kepada doktrin “segala-
galanya jelmaan Allah.” Proses Nubuwwah adalah
31 Lihat: Maktubate Rabbani, Bhg. I, h.102.
32 Lihat: Risalah Mawlana Jalal al-Din, h.61

37
Sufisme dalam Islam
38
berterusan, al-Qur’an diwahyukan kepada Abu Yazid,
hukum dan peraturan diterima oleh ahli sufi secara
langsung daripada Allah dan perbuatan mereka menentang
syariah menerusi kasyf adalah benar (sahih), anggapan
wasil (ahli sufi yang telah bersebati dengan Allah agar setipa
sesuatu adalah untuknya, Allah) dapat dihormati sebaik-
baiknya ataupun benar-benar murid-murid Ahl al-Bayt (a.s)
dan para pengikut al-Qur’an?

Setiap orang yang rasional mengetahui Nubuwwah telah


tamat, al-Qur’an diwahyukan kepada Nabi (s.a.w) dan
bukan kepada orang lain, perkara halal dan haram yang
diperkatakan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) akan kekal
sehingga ke Hari Qiyamah tiada penambahan dan pindaan
mungkin berlaku, Allah Maha Esa, Wahid dan Ahad, iaitu
Wahid, Qadir, Mukhtar, Murid, Mudrik dan Mumit (Yang
Mematikan). Hanya Dia sahaja menyampaikan perintah-Nya
kepada para nabi dan memerintahkan manusia mengikuti
mereka dengan firman-Nya:

‫ﺷﺪِﻳ ُﺪ‬
َ ‫ن اﻟﱠﻠ َﻪ‬
‫ﻋﻨْ ُﻪ ﻓَﺎﻧْﺘَﻬُﻮا وَاﺗﱠﻘُﻮا اﻟﻠﱠﻪَ ِإ ﱠ‬
َ ْ‫ﺨﺬُو ُﻩ َوﻣَﺎ َﻧﻬَﺎ ُآﻢ‬
ُ ‫ل َﻓ‬
ُ ‫َوﻣَﺎ ءَاﺗَﺎ ُآ ُﻢ اﻟ ﱠﺮﺳُﻮ‬
(7)‫ب‬ ِ ‫اﻟْ ِﻌﻘَﺎ‬

“ Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka


terimalah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu
maka tinggalkanlah, dan bertakwalah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras
hukuman-Nya.” 33

Musaylamah al-Kadhdhab mendakwa menjadi nabi


tetapi pernah berlaku orang-orang tertentu tidak mendakwa
menjadi nabi secara zahir tetapi secara tidak langsung

33 Al-Qur’an, surah al-Hasyr (59): 7

38
Sufisme dalam Islam
39
mereka mendakwa diri mereka menjadi tuhan atau nabi dan
sebagainya. Oleh itu, para pencinta kebenaran tidak wajar
menjadi hamba kepada kata-kata tetapi perlu menyelidiki
bertujuan untuk mencari fakta. Orang yang meninggalkan
penyembahan berhala, menerima Islam sebagai muslim, dan
sekiranya dia menerima dasar-dasar Islam dan Iman dengan
sepenuh hati, dia menjadi seorang mu’min. Apabila orang
mu’min memperolehi sifat-sifat baik dan meninggalkan yang
buruk, dia dikatakan muttaqi dan apabila dia melakukan
tanggungjawab agamanya kerana Allah dia menjadi seorang
mukhlis. Di manakah perlunya untuk dikenali sebagai sufi?
Apakah kekurangan Islam menyebabkan orang ramai perlu
bergantung kepada tasawwuf?

Islam memerintahkan segala amalan yang baik seperti


persaudaraan, keadilan, cinta, berfikir dengan benar, zikr
Allah, taqwa, ibadah, berani, takut kepada Allah, kasihan,
pemaaf, simpati dan lain-lain. Islam melarang perbuatan-
perbuatan tidak baik seperti iri hati, tamak, bangga diri,
mencuri, berzina, berjudi, malas, menipu, zalim, mencela,
meminta sedekah (mengemis), menari, menyanyi dan lain-
lain. Dengan cara ini, Islam memerintah kepada kebaikan
dan melarang keburukan, seseorang itu tidaklah perlu
bergantung kepada amalan ibadah seperti tasawwuf.

Konsep-konsep Sufi berlawanan dengan Islam

Para Imam yang ma‘sum (a.s) sebagai pemberi petunjuk


kepada kejujuran dan kemanusiaan, telah mengkritik ajaran
dan amalan sufi yang bertentangan dengan Islam. Dalam
bab “temubual ahli sufi dengan Imam Ja‘far al-Sadiq (a.s)
dalam kitab al-Kafi, terdapat hadith yang menjelaskan
bahawa sufi adalah berlawanan dengan Islam. Ahli sufi
biasanya berbicara perkara-perkara yang berlawanan
dengan kebenaran dan Imam (a.s) biasanya menjawab dan
menerangkannya tetapi kejahilan menguasai hati dan
mereka tidak dapat melalui jalan yang lurus.

39
Sufisme dalam Islam
40

Ahli sufi memperolehi zauq bagi menarik orang ramai


terhadap mereka. Mereka bergaul dengan para pengikut
agama lain, menjauhkan diri mereka daripada salat dan
sebagainya dengan menjadikan mereka (orang ramai)
percaya dengan cara meninggalkan hal-hal duniawi, cinta
dan lain-lain sebagai perkara yang baik, dan menarik orang
ramai ke arah diri mereka atas nama tafakkur (meditasi)
dan zikr dan kemudian menyesatkan orangramai.

Islam juga memerintahkan meditasi dan zikr, cinta


(‘isyq), taqwa, fikrah yang suci dan lain-lain tetapi ahli sufi
melampaui batas. Mereka menjauhkan orang ramai
daripada salat dan kewajipan-kewajipan lain. Biasanya
orang-orang yang mencari keseronokan dan yang malas
serta bebas secara khusus mengharapkan agar perbuatan-
perbuatan buruk dijadikan halal oleh syariah. Mereka suka
kepada ide-ide sufi dan tertarik terhadap tasawwuf yang
jelas bercanggah dengan dasar Iman dan Syariah. Mereka
gembira dengan idea-idea sufi dan tertarik kepada tasawuf
yang jelas berlawanan dengan akidah dan syariah. Kaum
Muslimin tersebut yang taat, melakukan amalan-amalan
mereka dengan baik merupakan para pembaca al-Qur’an
yang tetap dan mahir dengan hukum syarak, mengetahui
sistem, kepercayaan dan akidah sufi adalah bertentangan
dengan ajaran Islam.

Dalam surah al-Mu’minun pada 11 ayat yang awal


dalam al-Qur’an, Allah (s.w.t) menggambarkan sifat orang
mu’min yang berjaya iaitu:

(3)‫ن‬
َ ‫ﻦ اﻟﱠﻠﻐْ ِﻮ ُﻣﻌْ ِﺮﺿُﻮ‬
ِ‫ﻋ‬ َ ْ‫ﻦ ُهﻢ‬ َ ‫(وَاﱠﻟﺬِﻳ‬2)‫ن‬ َ ‫ﺷﻌُﻮ‬ ِ ‫ﺻﻠَﺎ ِﺗ ِﻬﻢْ ﺧَﺎ‬
َ ‫ﻦ ُهﻢْ ﻓِﻲ‬ َ ‫(اﱠﻟﺬِﻳ‬1)‫ن‬ َ ‫ﺢ اﻟْ ُﻤﺆْ ِﻣﻨُﻮ‬
َ ‫َﻗﺪْ َأﻓَْﻠ‬
(5)‫ن‬ َ ‫ﺟ ِﻬﻢْ ﺣَﺎ ِﻓﻈُﻮ‬ ِ ‫ﻦ ُهﻢْ ِﻟ ُﻔﺮُو‬ َ ‫(وَاﱠﻟﺬِﻳ‬4)‫ن‬ َ ‫ﻋﻠُﻮ‬ ِ ‫ﻦ ُهﻢْ ﻟِﻠ ﱠﺰآَﺎ ِة ﻓَﺎ‬ َ ‫وَاﱠﻟﺬِﻳ‬
(6)‫ﻦ‬ َ ‫ﻏﻴْ ُﺮ َﻣﻠُﻮﻣِﻴ‬ َ ْ‫ﺟ ِﻬﻢْ أوْ ﻣَﺎ َﻣَﻠ َﻜﺖْ َأﻳْﻤَﺎ ُﻧ ُﻬﻢْ َﻓِﺈ ﱠﻧ ُﻬﻢ‬ ِ ‫ﻋﻠَﻰ َأزْوَا‬ َ ‫إِﻟﱠﺎ‬
(8)‫ن‬َ ‫ﻋﻬْ ِﺪ ِهﻢْ رَاﻋُﻮ‬
َ ‫ﻦ ُهﻢْ ِﻟَﺄﻣَﺎﻧَﺎ ِﺗ ِﻬﻢْ َو‬ َ ‫(وَاﱠﻟﺬِﻳ‬7)‫ن‬ َ ‫ﻚ ُه ُﻢ اﻟْﻌَﺎدُو‬ َ ‫ﻚ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬َ ‫ﻦ اﺑْﺘَﻐَﻰ َورَا َء َذِﻟ‬ ِ ‫َﻓ َﻤ‬
(9)‫ن‬ َ ‫ﺻَﻠﻮَا ِﺗ ِﻬﻢْ ُﻳﺤَﺎ ِﻓﻈُﻮ‬ َ ‫ﻋﻠَﻰ‬ َ ْ‫ﻦ ُهﻢ‬ َ ‫وَاﱠﻟﺬِﻳ‬
(11)‫ن‬ َ ‫س ُهﻢْ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺧَﺎِﻟﺪُو‬ َ ْ‫ن اﻟْ ِﻔﺮْ َدو‬ َ ‫ﻦ َﻳ ِﺮﺛُﻮ‬ َ ‫(اﱠﻟ ِﺬﻳ‬10)‫ن‬ َ ‫ﻚ ُه ُﻢ اﻟْﻮَا ِرﺛُﻮ‬ َ ‫أُوَﻟ ِﺌ‬

40
Sufisme dalam Islam
41

“ Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang


beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk
dalam sembahyangnya, dan orang-orang yang
menjauhkan diri daripada (perbuatan dan
perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang
yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang
menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-
isteri mereka atau budak yang mereka miliki,
maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada
tercela. Barangsiapa mencari yang dibalik itu
maka mereka itulah orang-orang yang
melampaui batas, dan orang-orang yang
memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya)
dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara
sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang
yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi
syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.” 34

Bagaimanapun, aneh sekali keadaan golongan sufi yang


percaya setiap sesuatu dan setiap perbuatan sebagai baik,
dan dengan kenyataan seumpama itu, mereka menarik
orang ramai ke arah mereka. Terdapat suatu riwayat tokoh
sufi 35 oleh Sayyid Syahrastani Mujtahid Karbala’i iaitu:

“Golongan sufi berpegang kepada bahawa tiada sesuatu


harus dianggap buruk kerana setiap sesuatu mengandungi
sebahagian Allah dan keadaan yang sama kepada kufur dan
Islam; Ibrahim dan Namrud; Musa dan Fir‘aun; Muhammad
(s.a.w) dan Abu Jahl; ‘Ali (a.s) dan Mu‘awiyah; Husayn (a.s)
dan Yazid; orang beriman dan orang berdosa dan penzalim
dan kena zalim dan berpendapat mereka semuanya sama
sahaja.”

34 Al-Qur’an, surah al-Mu’minun (23): 1-11


35 Kitab Jami, h.90

41
Sufisme dalam Islam
42
Kenyataan golongan sufi tersebut ternyata berlawanan
sama sekali dengan logik akal dan terbukti bahawa tasawuf
bukanlah sama sekali suatu jalan yang layak dan patut
diikuti. Sekiranya kajian dilakukan daripada pelbagai
mazhab sufi, didapati bahawa terdapat banyak sekali isu
dan persoalan mereka itu berlawanan dengan Islam dan
hukum syarak. Contoh: Malamatiyyah daripada Malamiyyah
merupakan sebuah aliran sufi yang terkenal dan dihormati
aliran-aliran sufi yang lain, percaya bahawa adalah amat
wajar melakukan dosa seperti mengundang celaan dan
cacian orang awam.

Dalam Kitab Jami Tarjumah-e-Nafs, 36 dinyatakan


bahawa tokoh sufi Malamiyyah beranggapan berbuat dosa
begitu penting hingga mereka mengatakan sekiranya arak
tidak boleh diperolehi, jus perahan buah-buahan (pome-
granates) boleh diisikan dalam botol dan hendaklah
diminum di khalayak ramai, membenarkan orangramai
mengambilnya sebagai arak, diikuti celaan dan tempelakan.
Mereka mengatakan perbuatan baik dan buruk adalah
disebabkan kehendak Allah dan kedudukan para pelaku
dosa lebih tinggi berbanding ahli ibadat. Mereka berhujah
bahawa khalayak ramai mungkin mencela dan menempelak
mereka dan mengatakan bahawa ini adalah keadaan yang
tidak boleh dicapai mana-mana ahli ibadat dan pengamal
salat secara tetap. Semua tokoh sufi menghormati ahli-ahli
sufi daripada mazhab ini, dan menganggapkan mereka
sebagai tokoh-tokoh terkemuka di kalangan sufi.

Dengan memperlihatkan perbuatan buruk kaum sufi,


tokoh sejarah terkenal, Nazir Jamalu’l-Din al-Qifti (m.646) 37
mencatatkan dalam kitab Akhbar al-Hukama’ bahawa “ Ahli
falsafah Greek Reverend Jons telah memberikan latihan
seperti ini kepada para murid atau pelajarnya iaitu mereka

36 Kitab Jami Tarjumah-e-Nafs, h.84.


37 Kitab Akhbar al-Hukama’, h.125.

42
Sufisme dalam Islam
43
tidak akan terikat kepada mana-mana peraturan atau
undang-undang apa pun, tetapi mereka boleh melakukan
apa sahaja yang dikehendaki hati mereka…perbuatan-
perbuatan tersebut sebagai sangat dibenci sebagaimana
……mengadakan jalan sebagai W.C.S mereka atau
mengadakan hubungan dengan wanita secara terbuka atau
mencium wanita yang telah menjadi isteri orang lain.
Mereka dibenar melakukannya, dan kerana dengan
perbuatan buruk itulah, maka mereka dikenali sebagai
Kilabiyyah (pemilik sifat anjing). Sekumpulan orang tersebut
wujud pada zaman kita dan mereka menamakan diri mereka
Malamiyyah.

Apakah sesuatu dalam diri seseorang yang


menyesatkannya

Para pembaca budiman sudah pasti mengetahui kini


dengan sebenar-benarnya bahawa amalan-amalan sufi sama
sekali berlawanan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Pada
hakikatnya, mereka telah menanamkan kejahatan,
kebebasan dan hawa nafsu sebagai tuhan mereka. Allah
(s.w.t) telah berfirman mengenai golongan tersebut:

(43)‫ﻋَﻠﻴْ ِﻪ َوآِﻴﻠًﺎ‬
َ ‫ن‬
ُ ‫ﺖ َﺗﻜُﻮ‬
َ ْ‫ﺨ َﺬ ِإَﻟ َﻬ ُﻪ َهﻮَا ُﻩ َأ َﻓَﺄﻧ‬
َ ‫ﻦ ا ﱠﺗ‬
ِ ‫ﺖ َﻣ‬
َ ْ‫َأ َرَأﻳ‬

“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang


menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya.
Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara
atasnya?” 38

Golongan tersebut tidak mengatakan dengan


pemikiran mereka bahawa mereka menentang Islam, tetapi
perbuatan dan amalan mereka ternyata bertentangan
dengan Islam, dan bertindak berlawanan dengan Islam
adalah polisi mereka, dan justeru itu, para Imam yang

38 Al-Qur’an, surah al-Furqan (25): 43.

43
Sufisme dalam Islam
44
ma‘sum telah mengkritik mereka. Bukan itu sahaja,
malahan mereka telah menasihatkan agar tidak menemui
golongan itu. Imam ‘Ali al-Hadi (Imam ke-10) (a.s) telah
memberikan penjelasan bahawa: “Berjumpa ahli sufi ketika
mereka masih hidup dan menziarahi kubur mereka ketika
mereka mati adalah sama dengan berjumpa syaitan dan
menziarahi berhala. Sesiapa sahaja membantu mereka
bererti membantu Yazid. Semua tokoh sufi adalah musuh
kami dan amalan mereka berlawanan dengan amalan kami,
bercanggah dengan ajaran kami. Mereka golongan Nasrani
dan Majusi umat ini. Mereka cuba padamkan cahaya yang
diterangi Allah (s.w.t), tetapi Allah (s.w.t) sentiasa menjadi
pelindung cahaya-Nya dan menjadinya sempurna.
Usaha-usaha golongan sufi memadamkan cahaya
Allah

Terdapat banyak usaha untuk memadamkan cahaya


Allah. Salah satu yang termasuk dalam agama adalah
mengisytiharkan perkara-perkara yang berlawanan dengan
agama sebagai harus dan menjadikan sesuatu perkara atas
nama (sebahagian) daripada agama, menyebarkan (ajaran
itu) di kalangan orang ramai dan menamakannya sebagai
amal salih dan suci, dan dengan demikian, mereka mencela
khalayak ramai. Sesungguhnya orang-orang seperti itu
menyamar atas nama agama dengan cuba memadamkan
cahaya Allah (s.w.t) tetapi Allah (s.w.t) telah berjanji dalam
al-Qur’an untuk menjaga agama universal untuk manusia
iaitu Islam.

Islam telah mengajar keesaan Allah (s.w.t) dengan


cara ini: “Allah Maha Esa, Esa bahawa tiada dua
selepasnya. Dia bebas daripada sebarang
pertanggungjawaban. Dia tidak mempunyai teman, isteri
atau isu-isu. Dia telah menciptakan semua perkara dan Dia
Maha Berkuasa dan tidaklah halal untuk menyembah
sesiapa yang lain selain Dia sendiri sahaja.” Namun, kaum
sufi menganggap seluruh dunia sebagai penjelmaan Tuhan.

44
Sufisme dalam Islam
45
Dicatatkan dalam kitab Fath al-Mubin, 39 bahawa “ahli-ahli
sufi menyatakan Tuhan bukanlah wujud yang berbeza
daripada alam dan oleh itu, mereka menganggap
menyembah sesuatu dan setiap benda sama seperti
menyembah Tuhan.”

Dalam kitab yang sama, 40 diceritakan menerusi


Syaikh Muhyi’l-Din ‘Arabi bahawa “sesiapa sahaja
menyembah berhala menyembah Tuhan.” Kepercayaan ini
dan kepercayaan-kepercayaan Hindu adalah satu dan sama
dan tiada bezanya. Kepercayaan Hindu telah disebutkan
dalam kitab Tuhfat al-Hind 41 tetapi orang-orang yang
menarik orang ramai ke arah tasawuf menerusi sistem
berpengikut tidak pula mendedahkan fakta ini.

Bahkan kanak-kanak muslim mengetahuinya dengan


jelas bahawa kenabian berakhir dengan Nabi Muhammad
(s.a.w). Baginda (s.a.w) merupakan nabi terakhir daripada
sekalian nabi, dan justeru tiada seorang jua pun diiktiraf
sebagai nabi selepas baginda (s.a.w), tetapi ahli-ahli sufi
percaya bahawa kenabian masih berterusan dan mereka
menamakannya sebagai Nubuwwah ‘Ammah iaitu kenabian
umum, manakala kenabian yang berakhir dengan Nabi
Muhammad (s.a.w) dinamakan oleh mereka sebagai
Nubuwwah Tasyri‘iyyah (kenabian dengan syariah). 42

Sujud (sajdah) ahli-ahli Sufi kepada orang mati


ataupun hidup

Untuk memenuhi matlamat mereka, ahli-ahli sufi


menggunakan perkataan-perkataan tertentu dengan
berhati-hati untuk mengelakkan kritikan orang ramai
terhadap mereka. Disepakati umum bahawa menurut ajaran

39 Kitab Fath al-Mubin, h.21.


40 Ibid, h.21.
41 Kitab Tuhfat al-Hind, h.58
42 Lihat: Futuhat Ibn ‘Arabi.

45
Sufisme dalam Islam
46
Islam, melakukan sajdah (sujud) hanyalah kepada Allah
(s.w.t) dan tiada seorang pun layak mendapat
penghormatan. Diceritakan bahawa pada bahagian 2 kitab
Majma‘ al-Bayan, yang merupakan tafsiran al-Qur’an
bahawa “seorang Arab berhasrat melakukan sajdah kepada
Nabi (s.a.w) tetapi baginda (s.a.w) menghalanginya sambil
memberitahunya bahawa sajdah hanya dibenarkan kepada
Allah (s.w.t) dan untuk Allah (s.w.t) semata-mata. Ia tidak
dibenarkan kepada selain Allah (s.w.t) tetapi ahli-ahli sufi
menganggap sajdah kepada Pir (pemimpin agama) mereka
dibenarkan (lihat kitab Mir’at al-‘Arifin) tetapi untuk
menghindari kritikan, mereka mengatakan sajdah kepada
Pir itu adalah sajdah ta‘zim (kerana penghormatan semata-
mata).

Amalan ahli sufi menuntut seseorang agar mengingati


Pir mereka atau bahkan dalam akal fikiran mereka pada
masa membacakan ayat:

“Iyyaka na‘budu wa iyyaka nasta‘in” ‫ﻦ إِﻳﱠﺎك‬


ُ ‫ك َﻧﺴْ َﺘﻌِﻴ‬
َ ‫َﻧﻌْ ُﺒ ُﺪ َوِإﻳﱠﺎ‬

“iaitu hanya Engkau kami sembah dan kepada


Engkau kami meminta pertolongan. 43

Dicatatkan dalam kitab Jami Tarjumae Nafe 44 bahawa


“seseorang murid (pengikut) hendaklah menumpukan
perhatiannya terhadap Pirnya pada masa membawa “Iyyaka
na‘budu wa iyyaka nasta‘in” dengan mengucapkan
perkataan tersebut kepada Pir.

Bersujud di hadapan seseorang selain daripada Allah


(s.w.t) atau menumpukan perhatian adalah “syirik” dan
menjadi tanda dan bukti penyembahan berhala. Oleh itu,
sesiapa sahaja yang memujuk orang ramai bersujud kepada

43 Al-Qur’an, surah al-Baqarah (1): 5.


44 Kitab Jami Tarjumae Nafe, h.72.

46
Sufisme dalam Islam
47
sesuatu selain Allah (s.w.t) atau menumpukan perhatian
kepada sesuatu yang lain daripada Allah (s.w.t) semasa
bersalat, tidak berkaitan sama sekali dengan Islam dan
menganuti agama berhala kerana perbuatan seumpama itu
bertentangan dengan perintah Allah (s.w.t) dan Rasulullah
(s.a.w). Dalam al-Qur’an, Allah (s.w.t) berfirman:

‫ن‬
َ ‫ﻚ ُه ُﻢ اﻟْﻜَﺎ ِﻓﺮُو‬
َ ‫ل اﻟﱠﻠ ُﻪ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫َو َﻣﻦْ َﻟﻢْ َﻳﺤْ ُﻜﻢْ ِﺑﻤَﺎ َأﻧْ َﺰ‬

“ Barang siapa yang tidak memutuskan


menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” 45

(45)‫ن‬
َ ‫ﻚ ُه ُﻢ اﻟﻈﱠﺎِﻟﻤُﻮ‬
َ ‫ل اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫َو َﻣﻦْ َﻟﻢْ َﻳﺤْ ُﻜﻢْ ِﺑﻤَﺎ َأﻧْ َﺰ‬

“ Barang siapa tidak memutuskan perkara


menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” 46

(47)‫ن‬
َ ‫ﺳﻘُﻮ‬
ِ ‫ﻚ ُه ُﻢ اﻟْﻔَﺎ‬
َ ‫ل اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻓﺄُوَﻟ ِﺌ‬
َ ‫َو َﻣﻦْ َﻟﻢْ َﻳﺤْ ُﻜﻢْ ِﺑﻤَﺎ َأﻧْ َﺰ‬

“ Barang siapa tidak memutuskan perkara


menurut apa yang diturunkan Allah, maka
mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” 47

Ahli-ahli sufi percaya sujud (sajdah) kepada Pir adalah


dibenarkan. Demikianlah selanjutnya, kepada apa sahaja
perintah yang dikeluarkan ……………

Sa‘adi, Firdawsi, Hafiz Shirazi, Shakespeare, Tagore,


Iqbal dan lain-lain telah menuliskan hasil sastera penuh
dengan nasihat dalam bentuk prosa dan puisi. Untuk
memperlihatkan nasihat-nasihat yang bijaksana dalam

45 Al-Qur’an, surah al-Ma’idah (5): 44


46 Al-Qur’an, surah al-Ma’idah (5): 45
47 Al-Qur’an, surah al-Ma’idah (5): 47

47
Sufisme dalam Islam
48
bentuk prosa atau puisi tidaklah boleh diambil sebagai
bukti kenabian.

Tanpa ragu-ragu lagi, kita boleh mengatakan bahawa


musuh-musuh Islam menentang Islam dengan pelbagai
cara, sebahagian menerusi perang dan pertempuran,
sebahagian menerusi hadith-hadith salah dan
menyebarkannya sebagai benar, sebahagian seperti Ibn
Muqaffa‘, Ibn Abi Awja dan lain-lain yang menentang al-
Qur’an dan menyediakan Qur’an baru ciptaan mereka
sendiri tetapi tidak berjaya.

Dengan cara yang sama, untuk menimbulkan huru-


hara dan kelam-kabut dalam Islam, ahli-ahli sufi
memperlihatkan isu-isu yang jelas berlawanan dengan Islam
sebagai Islam dan menyebarkannya. Seseorang muslim
seharusnya cuba membezakan kebenaran dan kepalsuan
dan menjauhkan diri daripada para pendusta dan
menghindarkan diri daripada terlibat dalam permainan
kata-kata. Allah (s.w.t) telah menetapkan ketaatan kepada
Rasulullah (s.a.w) sebagai tangga kepada cinta-Nya. Dia
telah firmankan:

‫ن‬
‫ﻋ ِﻤَﻠﺖْ ِﻣﻦْ ﺳُﻮ ٍء َﺗ َﻮ ﱡد َﻟﻮْ َأ ﱠ‬
َ ‫ﻀﺮًا َوﻣَﺎ‬َ ْ‫ﺧﻴْ ٍﺮ ُﻣﺤ‬ َ ْ‫ﻋ ِﻤَﻠﺖْ ِﻣﻦ‬ َ ‫ﺲ ﻣَﺎ‬ ٍ ْ‫ﺠ ُﺪ ُآﻞﱡ َﻧﻔ‬ ِ ‫َﻳﻮْ َم َﺗ‬
(30)‫ﺴ ُﻪ وَاﻟﻠﱠ ُﻪ رَءُوفٌ ﺑِﺎﻟْ ِﻌﺒَﺎ ِد‬َ ْ‫َﺑﻴْ َﻨﻬَﺎ َو َﺑﻴْ َﻨ ُﻪ َأ َﻣﺪًا َﺑﻌِﻴﺪًا وَ ُﻳﺤَﺬﱢ ُر ُآ ُﻢ اﻟﻠﱠ ُﻪ َﻧﻔ‬

“ Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati


segala kebaikan dihadapkan (ke hadapannya),
begitu (juga) kejahatan yang telah
dikerjakannya, dia ingin kalau kiranya antara
dia dengan hari itu ada masa yang jauh, dan
Allah memperingatkan kamu terhadap diri
(siksa-Nya), dan Allah sangat penyayang kepada
hamba-hamba-Nya.” 48

48 Al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3): 30

48
Sufisme dalam Islam
49
Pendapat ahli-ahli sufi mengenai Hajj

Haji di Ka‘bah adalah salah satu rukun Islam dan


menentangnya menyebabkan seseorang muslim boleh
menjadi kafir. Nabi (s.a.w) telah memerintahkan kaum
muslimin dengan peringatan supaya menunaikan haji bagi
yang berkemampuan, berkebolehan dan yang berkuasa.
Jelas dalam hadith-hadith bahawa jika sesiapa sahaja yang
mampu (istita‘ah) tetapi tidak menunaikan haji, dia akan
dipanggil pada akhir hayatnya: “ Wahai engkau (yang tidak
menunaikan haji), matilah seperti mati orang Yahudi,
Nasrani atau Majusi.”

Walaupun terdapat amaran seperti itu, tasawuf


mengajarkan sesuatu yang berlawanan dengannya, dan
dalam pelbagai keadaan atau cara, ahli sufi cuba
melemahkan dasar-dasar haji.

Sayyid Murtada Dai Razi dalam kitabnya, Tabsir al-


‘Awwam, 49 mencatatkan bahawa: “Abu Yazid al-Bistami
(m.261H) selalu mengatakan bahawa dia bermusafir ke
langit tetapi tidak melihat sesuatu di sana. Ahli sufi yang
sedang duduk di sebelahnya berkata, dia pergi pada setiap
hari ke Ka‘bah atau melakukan tawaf. Dia bahkan
mengulanginya dua atau tiga kali. Apabila mendengarnya,
Abu Yazid al-Bistami berkata: “Orang yang berziarah ke
Ka‘bah secara bersendirian pada setiap malam adalah lebih
baik daripada dirinya (ahli sufi). Alangkah sesatnya!”

Maksud kata-kata Abu Yazid al-Bistami adalah cukup


jelas iaitu adalah tidak wajar untuk menunaikan haji bagi
seseorang yang Ka‘bah itu sendiri menziarahi dirinya.
Mereka menyelewengkan orang jahil dengan kata-kata yang
salah dan tidak berguna.

49 Kitab Tabsir al-‘Awwam, h.127.

49
Sufisme dalam Islam
50
Nabi (s.a.w), para Imam dan ulama terkemuka selalu
menunaikan haji, ‘umrah dan sebagainya dan biasanya
mereka menasihati orang lain dengan kuat agar
menunaikannya, sedangkan ahli sufi pula, jelas berlawanan
dengan hadith-hadith, telah mengisytiharkan diri mereka
pula sebagai mazur (objek ziarah) dan menganggap Ka‘bah
sebagai za’ir (penziarah). Kita menjadi bingung untuk
memahami apa sebenarnya tanggapan mereka mengenai
Ka‘bah? Adakah ia hanya dinding, batu, pintu dan
atmosfera atau apa? Sesungguhnya Ka‘bah adalah tempat
suci yang kerananya, diwahyukan dalam al-Qur’an:

(96)‫ﻦ‬
َ ‫س ﻟَﱠﻠﺬِي ِﺑ َﺒ ﱠﻜ َﺔ ُﻣﺒَﺎ َرآًﺎ وَ ُهﺪًى ِﻟﻠْﻌَﺎَﻟﻤِﻴ‬
ِ ‫ﺿ َﻊ ﻟِﻠﻨﱠﺎ‬
ِ ‫ﺖ ُو‬
ٍ ْ‫ل َﺑﻴ‬
َ ‫ن َأ ﱠو‬
‫ِإ ﱠ‬

“Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun


untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang
di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi
petunjuk kepada semua manusia.” 50

Ka‘bah merupakan suatu pusat dan dirancangkan


untuk tujuan ini iaitu orang ramai boleh menziarahinya dan
mengingati Allah (s.w.t) dan memperlihatkan tanda-tanda
kesatuan dan persaudaraan seperti Nabi Ibrahim, Isma‘il
dan para nabi lain telah lakukan, namun ahli sufi, Abu
Yazid al-Bistami dengan perasaan angkuh telah
mengucapkan kata-kata yang tidak berguna dalam bentuk
penghinaan terhadap Ka‘bah yang dalam apa-apa keadaan
sekalipun tidak boleh dimaafkan. Dengan menyatakan
Ka‘bah sebagai za’ir (penziarah), dia ingin menjelaskan
kepada murid-muridnya agar bertawaf di sekelilingnya
dengan menganggapkan dirinya sendiri sebagai Ka‘bah yang
sebenar, yang dalam mana-mana keadaan sekalipun tidak
dapat diterima. Dengan cara ini, dia cuba membuat mereka
faham bahawa bukan Ka‘bah yang sebenar itu yang patut

50 Al-Qur’an, surah Ali ‘Imran (3): 96.

50
Sufisme dalam Islam
51
diziarahi kerana Ka‘bah itu sendiri sebenarnya selalu datang
menziarahinya (ma‘aza’Llah).

Abu Sa‘id Abu Khayr (meninggal di Nishapur, tahun


440H) seringkali menasihatkan murid-muridnya melakukan
tawaf ke maqam Pir mereka dan menghalangi mereka
daripada berziarah ke Ka‘bah.

Nicholson 51 dalam kitabnya, Islamic Mysticism


mencatatkan: “Pada suatu ketika, Abu Sa‘id Abu Khayr pergi
ke Sarakhs (sebuah kampung) bersama-sama murid-
muridnya untuk menziarahi maqam Pirnya, Abu al-Fadl
Hasan al-Sarakhsi. Di sana, dia memerintahkan para
penyanyi melagukan kata-kata berikut: “Inilah tempat
bergembira. Inilah tempat bergembira. Inilah tempat
pengampunan dan sumber (ilham). Semua mata melihat ke
arah Ka‘bah, tetapi mata-mata kami melihat ke arah yang
tersayang.”

Pada masa itu, Abu Sa‘id dan lain-lain sedang


berpusing (bertawaf) di sekeliling maqam (kubur) dengan
kepala terdedah dan tanpa alas kaki. Ketika mereka
menyelesaikan tugas, Abu Sa‘id memberitahu mereka
supaya mengingati hari tersebut. Dia memberitahu mereka
bahawa hari yang baik seperti itu tidak akan datang lagi.
Selepas itu, sekiranya mana-mana murid ingin pergi
menunaikan haji, dia selalu menasihati mereka supaya
bertawaf mengelilingi maqam Abu Fadl. Pada suatu ketika,
anaknya sendiri ingin menunaikan haji. Dia melarangnya.
Ringkasnya, terdapat perbezaan yang begitu ketara di
antara ajaran Sufisme dan Islam, dan menentang Islam
samalah seperti menjadi kafir.

Terdapat ramai orang muslim yang jujur dari


kalangan pelbagai aliran mazhab, didapati mengingkari

51 Nicholson, Islamic Mysticism, Cambridge.

51
Sufisme dalam Islam
52
nikmat duniawi, makanan mewah dan bahkan pakaian yang
mahal untuk diri mereka. Mereka dikenali dengan sufi oleh
orang awam tetapi apabila kami memperhatikan kehidupan
mereka dengan mendalam, kami dapati mereka tekun dalam
salat, berpuasa setiap hari pada bulan Ramadan,
menyimpan wang untuk menunaikan haji daripada
pendapatan halal yang mereka perolehi, menyedekahkan
sebanyak mana yang ada, sentiasa berusaha menjelaskan
khums 1/5 daripada hasil pendapatan bersih yang didapati,
sentiasa bersedia untuk melakukan jihad apabila sahaja
dikehendaki melaksanakan tugas, sentiasa mendorong
orang lain ke arah jalan yang lurus dan melarang perkara-
perkara yang haram, menyintai Nabi (s.a.w) dan Ahl al-Bayt
(a.s) dan sentiasa ingin menjauhi musuh-musuh Nabi (s.a.w)
dan Ahl al-Bayt (a.s).

Secara jujur, mereka merupakan golongan muslim


yang sebenarnya (hakiki) dan itulah golongan muslim yang
datang bersama-sama para penakluk muslim India dan
dengan sikap zuhud mereka telah memenangi hati
penduduk Hindu di India untuk menerima dan beriman
kepada Islam. Mereka menghadapi kehidupan penuh
dengan amalan baikdan selepas mati, mereka dikenangi
kerana kesalihan mereka. Para penakluk muslim datang
dan pergi seterusnya dilupakan. Sebahagian menjadikan
wilayah India sebagai kediaman mereka, dengan tinggal,
menetap dan meninggal dunia sebagai raja, maharaja,
golongan nawab dan sebagainya.

Dari kalangan mereka, hanya orang-orang yang


menjalani kehidupan seperti mereka yang benar-benar
mengikuti syariah sahaja dikenangi dan diingati sehingga
kini sebagai raja yang adil. Golongan Hindu dan Muslim dan
hampir semua masyarakat di sub-kontinen mengingati dan
memuji mereka kerana kezuhudan dan bahkan raja-raja
tersebut dikenali umum sebagai ahli sufi oleh khalayak
ramai. Sekiranya mereka yang dikenali ahli sufi mempunyai

52
Sufisme dalam Islam
53
sikap dan sifat seperti itu dan sekiranya mereka tidak
menerima doktrin al-Ittihad dan al-hulul, tentulah tidak
timbul persoalan menggelarkan mereka sebagai ahli sufi
sebagai ganti kepada Muslim. Perkataan Muslim sudah
tentu memadai untuk menjelaskan kedudukan penganut
Islam. Oleh kerana permusuhan mereka terhadap Islam,
ahli-ahli sufi membentuk kumpulan berasingan dan
menamakan diri mereka sebagai ahli sufi.

Golongan muslim hakiki yang digelar ahli sufi,


sebahagian besarnya telah cuba mengemukakan fakta-fakta
yang benar kepada umat Islam tentang golongan muslim
lepas yang sebenar-benarnya dan dengan itu, mereka
menasihati orang ramai agar menjauhi kesalahan-kesalahan
seperti itu sebagaimana yang telah dilakukan oleh golongan
muslim masa lampau. Mereka meletakkan amalan-amalan
‘Ali (a.s) di hadapan akal fikiran mereka yang sepenuhnya
selari dengan ajaran Nabi (s.a.w), Islam dan al-Qur’an.

Mereka memberikan kefahaman kepada golongan


massa atau orang ramai bahawa golongan bukan muslim
(non-muslim) dalam Islam telah memilih personaliti atau
peribadi ‘Ali (a.s) dari sekalian muslim masa lampau sebagai
simbol atau lambang muslim yang sebenar. Contohnya:
Profesor Faved Ifram Bastani, sasterawan Kristian, seorang
pencari kebenaran dan ahli sejarah yang menjadi professor
di kolej St. Joseph, Beirut dalam tahun-tahun 20-an pada
abad ini telah membuat catatan dalam kitabnya Muntakhab
Nahj al-Balaghah. Kami mengambil peluang ini memulakan
penyebaran Nahj al-Balaghah, kitab yang disusun oleh
tokoh falsafah muslim pertama dan utama, iaitu ‘Ali bin Abi
Talib (a.s).

Pada ketika tokoh besar dan terkemuka dalam


keilmuan Nabi (s.a.w) wafat dan meninggalkan dunia,
masjid Nabi (s.a.w) di Madinah terhenti daripada menjadi
pusat keilmuan. Namun demikian, ‘Ali (a.s) biarpun

53
Sufisme dalam Islam
54
dilucutkan daripada kedudukan Khilafah, telah memulakan
penyebaran ilmu mengikut ajaran Nabi (s.a.w). Al-Suyuti
menerusi kitabnya, Tarikh al-Khulafa’ telah memberikan
penjelasan dan pemahaman kepada kita bahawa koleksi
tulisan ‘Ali (a.s) telah tidak dibenarkan untuk diedar dan
disebar oleh kerajaan dan pemerintah pada masa itu.

Tokoh kepimpinan dalam masyarakat Sunni,


Muhammad ibn Sirin seringkali menyebutkan kata-kata ini
dengan penuh kekesalan: “Alangkah baik sekiranya koleksi
kata-kata ‘Ali (a.s) sampai kepada kita, tentulah kita
menjadi pemilik sebuah khazanah ilmu yang besar.”

Ameer Ali, pakar sejarah moden membuat kenyataan


dalam kitabnya, Ruh al-Islam @ Spirit of Islam dengan nada
penuh kecewa: “Kuliah dan syarahan ‘Ali (a.s) di suatu
sudut masjid Nabi (s.a.w) atau di sebahagian taman di kota
Madinah semasa waktu bekerja, tidak ada bersama-sama
kita.”

Kemungkinan bahawa polisi khalifah kedua pasti


datang dalam penulisan syarahan mereka. Perintahnya
bahawa: “Tidak perlu kepada kitab-kitab yang lain selain
daripada kitab Allah,” merupakan suatu perkara yang
benar-benar memeranjatkan, dan bahawa pada sepanjang
zaman tersebut, menulis dan mencatat sesuatu hadith Nabi
(s.a.w) dianggap sebagai suatu kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman.

Siapalah yang mempunyai keberanian untuk


memberikan perhatian kepada kata-kata ‘Ali (a.s) di
hadapan perintah ‘Umar yang benar-benar dikuatkuasakan.
Perhatikanlah kata-kata yang kekal dalam sejarah tentang
keadaan atau situasi waktu itu: “Kami biasanya
menganggap mencatat sesuatu berkaitan dengan ilmu
sebagai kesalahan.”

54
Sufisme dalam Islam
55
Keadaan tersebut benar-benar berubah pada ketika
‘Ali (a.s) menjawat jawatan khalifah. Perintah: “Tulislah
sesuatu berkenaan dengan ilmu” telah melahirkan
sekumpulan penulis. Dalam kitab Syarh Nahj al-Balaghah, 52
Ibn Abi al-Hadid telah menulis bahawa “Dunia Islam telah
mempelajari seni syarahan dan tulisan daripada ‘Ali (a.s).”

52 Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, Vol. I, h.8.

55