Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tajuk Kelas Masa Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif

: 3 Pertukangan : 2 Cempaka : 8.00-8.30 pagi : 3.1 membolehkan murid mengenal alat pertukangan : 3.1.1 Alatan di bengkel/ bilik pertukangan : Pada akhir pembelajaran, murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya 5 alatan pertukangan daripada 10 alatan yang dipelajari.

Elemen Merentas Kurikulum Pengetahuan Sedia Ada

: Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani : Murid pernah didedahkan dengan peralatan tangan ketika lawatan ke bengkel kemahiran hidup.

KBKK

: Murid dapat mengenal nama alatan tangan dan fungsinya dengan betul.

Nilai Elemen Unsur Terapi Bahan Bantu Belajar

: Berdikari, Bekerjasama, Bertanggungjawab, Berdisiplin. : Pengulangan, Motor Halus, Pertuturan : Laptop, LCD, skrin layar, kad ayat, model alatan tangan Kertas A4, Speaker, pensel.

Penilaian P&P

: Murid diuji dengan menggunakan lembaran kerja.

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

Langkah Set Induksi

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran -Guru menayangkan sebuah video berkaitan dengan perabot-perabot yang dijual dikedai. -Murid menyaksikan video yang disediakan oleh guru.

Catatan/BBM/BBB Laptop, LCD, Skrin layar, speaker,

Langkah 1

-Guru menyoal murid berkenaan bahan yang digunakan untuk membuat perabot yang telah disaksikan. -Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. -Guru menunjukkan kad gambar alatan tangan dan menanyakan kepada murid alatan yang digunakan untuk membuat perabot. -Murid cuba mengenal alatan yang ditunjukkan dan menyatakan peralatan yang biasa digunakan untuk membuat perabot.

KBKK : Menyatakan pendapat.

BBB: Kad gambar dan kad ayat

Nilai : Berani, bekerjasama, berdisiplin.

Elemen Merentas Kurikulum : Bahasa Melayu

Langkah 2

-Guru mengedarkan model peralatan tangan daripada kertas keras kepada murid dan meminta mereka untuk membacakan kad ayat yang dilekatkan bersama pada model alatan berkenaan. -Murid memilih alatan tangan yang dikehendaki dan membaca kad ayat yang ada bersama dengan model alatan tersebut. -Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid dan meminta mereka melukis alatan tangan yang ada pada diri masing-masing. -Murid menerima kertas A4 yang disediakan oleh guru dan melaksanakan arahan yang diberikan.

Model alatan tangan, kertas A4, pensel, kad ayat.

Nilai : Yakin diri, berdisiplin, bekerjasama.

Langkah 3

-Guru mengedarkan soalan berkaitan isi pelajaran yang dipelajari.

KBKK : Menyatakan pendapat

KEMAHIRAN ASAS UNTUK BERDIKARI

-Murid menjawab soalan yang diedarkan oleh guru. Penutup -Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan kandungan pembelajaran yang mereka telah ikuti/lalui. -Murid menjawab persoalan yang diberikan oleh guru. -Guru membuat demonstrasi berkenaan cara menggunakan alatan tangan yang ada pada murid. -murid memerhatikan perlakuan guru. -Guru meminta murid mengulangi demonstrasi yang telah dilakukan. -Murid bertindak seperti mana yang diarahkan seorang demi seorang. Nilai : Berani, Yakin diri, bekerjasama. Elemen merentas kurikulum : Pendidikan Jasmani