Anda di halaman 1dari 10

Senarai Fasilitator : Kumpulan 1 1. Siti Khadijah Bt. Rosli 2. Noor Hiruani Haslina Bt. Hassan 3.

Desiga a/p Veswanahan Kumpulan 2 1. Mohd Hilmi B. Mat Daud 2. Siti Nor Balkis 3. Nor Rasyidah Bt. Mohd Rashid Kumpulan 3 1. Jamizan B. Jamil 2. Nursyazwani Bt. Syawal 3. Nur Syuhada Bt. Abdul Rahim Kumpulan 4 1. Mohd Amin Al-Matin B. Ibrahim 2. Nur Amalina Bt. Ahmad 3. Mariamma a/p Subramaniam Kumpulan 5 1. Jamima Bt. Esoop 2. Nur Amalina Bt. Rozak 3. Psalms Anak Stephen Kumpulan 6 1. Mohd Fahmi b. Moh Hijazi 2. Nor Asikim Bt. Mohd Azman 3. Nurulain Akmal Bt. Abd. Aziz

Ice-Breaking Aktiviti 1 : Mari berkenalan 1. 2. 3. 4. Aktiviti ini memperlihatkan kemahiran interaksi antara setiap peserta program. Peserta diberikan sehelai kertas A4 setiap seorang dan salotape serta pen. Peserta diminta menampal kertas A4 tersebut di belakang baju Fasilitator mengarahkan peserta untuk mencari seberapa ramai rakan dan meminta rakan mereka menulis nama timangan di kertas tersebut. 5. Peserta diminta untuk mengucapkan hai kepada rakan mereka dan setelah rakan mereka menulis nama di atas kertas ucapkan pula terima kasih. 6. Peserta hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya 15 nama rakan yang lain. Aktiviti 2 : Pembentukan kumpulan 1. Fasilitator mengarahkan peserta untuk berdiri dalam satu kumpulan mengikut kriteria berikut : Perempuan lelaki Bulan kelahiran Cita cita Umur atau tingkatan Kawan baik (10 Orang) Kawan tak kenal (10 orang) Umur yang bercampur (10 orang) 2. 3. 4. 5. Kriteria terakhir akan dijadikan kumpulan yang tetap iaitu umur yang bercampur. Setiap satu kumpulan diberikan tiga orang fasilitator. Fasilitator akan membuat ice-breking dalam kumpulan masing-masing Fasilitator mengarahkan kumpulan membina nama kumpulan, Motto kumpulan, logo kumpulan, penerangan lagu kumpulan dan trademark kumpulan 6. Setiap kumpulan dibekalkan sehelai kertas mahjung, sehelai kertas A4 dan marker pen. Tindakan semua Fasilitator

LDK 1 : Aktiviti 1 : Tahniah Anda Seorang Jutawan Masa : 30 minit Alat : Kertas Mahjung dan pen marker bagi setiap kumpulan Objektif : 1. Menggalakkan ahli berfikiran terbuka dan positif 2. Menyedarkan ahli bagaimana kesan terhadap harga diri seseorang apabila dia dipuji dan dihargai kerana sumbanganya. 3. Melatih ahli supaya berasa selesa memuji dengan ikhlas terhadap sumbangan orang lain. Langkah : 1. Terangkan kepada ahli harga diri memainkan peranan penting dalam membina keyakinan. Minta ahli memberi maksud harga diri seperti yang mereka fahami. 2. Harga diri seseorang boleh terjejas jika dia selalu dikutuk atau dipandang rendah kerana maklum balas negatif akan membuatkannya berasa rendah diri. 3. Kumpulkan ahli dalam kumpulan 10 orang. Berikan setiap kumpulan sehelai kertas mahjung dan pen marker. 4. Dalam masa 10 minit, minta ahli menulis di atas kertas mahjung seberapa banyak kata-kata penghargaan atau pujian apabila seseorang itu telah melakukan kerja dengan baik. Contohnya saya bangga dengan tugasan anda yang sangat baik ini 5. Minta kumpulan membacakan catatan mereka. Kumpulan lain perlu bersetuju sama ada kata-kata itu positif atau tidak 6. Tanyakan kumpulan apakah reaksi mereka apabila membuat tugasan ini.Sukarkah bagi mereka memikirkan kata-kata penghargaan? Mereka? 7. Rumusan : Masih ramai individu berasa sukar atau malu untuk memberikan pujian atau penghargaan kepada orang lain. Kesannya, kita dapati sukar mengingat himpunan kata-kata pujian ini kerana terhad. Terdapat individu yang merasakan memberi pujian atau penghargaan itu menunjukkan individu itu lemah. Pujian atau penghargaan hendaklah diberikan dengan jujur dan ikhlas supaya si penerima dapat merasakan nikmatnya. Pujian dan penghargaan yang palsu tidak membantu si penerima membina harga diri yang positif, malah sebaliknya berlaku.

Aktiviti 2 : Bertolak Ansur Masa : 15 Minit Alat : Kertas A4 bagi setiap kumpulan Objektif : 1. Menyedarkan ahli bahawa sesuatu pekerjaan atau tugas akan lebih cepat diselesaikan jika mereka berbincang dan bertolak ansur. 2. Menyedarkan ahli bahawa jika mereka hanya mementingkan diri sendiri, tugas akan menjadi kurang berkesan atau mungkin menghadapi kegagalan. Langkah : 1. Bahagikan kelompok kepada 10 orang. 2. Terangkan bahawa sehelai kertas A4 akan diberikan kepada setiap kumpulan dan setiap ahli dikehendaki memegang kertas tersebut. 3. Ahli ditugaskan berusaha mendapatkan kertas tersebut tanpa mengoyakkan atau terkoyak. 4. Mereka diberi masa tiga minit untuk menjalankan aktiviti ini. 5. Fasilitator memimpin perbincangan dengan bertanya : Apakah yang berlaku ? Adakah setiap kumpulan berjaya mendapatkan kertas itu tanpa terkoyak? Bagaimana? Adakah terdapat kumpulan yang gagal? Mengapa? Apakah pembelajaran yang mereka dapat dari ativiti ini? Adakah peristiwa yang berlaku terdapat persamaan dengan kehidupan seharian mereka?

6. Rumusan : Hidup bermasyarakat memerlukan tolenransi dan bertolak ansur supaya konflik tidak berlaku. Berusaha berbincang dan merancang bagaimana setiap individu dapat menikmati hasilnya. Hormat menghormati akan membantu masyarakat hidup dalam keadaan harmoni.

Slot malam Perundingan (Negotiation) Tajuk : Hidup-Mati Kita Bersama Masa : 60 Minit Alat : Sebatang lilin bagi setiap kumpulan, manscis api, pita kaset bunyi binatang atau unggas di hutan(jika ada) Objektif : 1. Menyedarkan ahli bahawa apabila dalam keadaan terdesak, seseorang itu selalu memikirkan kepentingan dirinya dahulu. 2. Menghadapi keadaan terdesak dengan tenang dan tidak panik. 3. Membina kemahiran berunding untuk kepentingan bersama. Langkah : 1. Fasilitator menerangkan kepada peserta bahawa ini merupakan satu aktiviti simulasi dan meminta mereka mengambil bahagian dengan serius seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. 2. Minta peserta membuat kumpulan yang mengandungi lima orang ahli. Padamkan lampu dan tutup langsir. Seelok-eloknya dilakukan paa waktu malam. 3. Berikan setiap kumpulan sebatang lilin dan mancis api untuk menyalakan lilin. Ahli duduk dalam bulatan mengelilingi lilin tersebut. Bunyikan muzik, unggas, hujan atau petir perlahan-lahan bunyi latar. 4. Minta semua ahli memejamkan mata mereka sambil menggambarkan diri mereka berada dalam senario yang akan dibacakan seperti berikut : Gambarkan diri anda bersama rakan-rakan sedang mengembara di dalam hutan tebal. Dengan berpandukan kompas pengalaman, anda semua tahu di mana anda berada. Anda dalam perjalanan kembali ke khemah kerana barang-barang makanan telah kehabisan. Hutan tersebut memang diketahui mempunyai banyak binatang buas seperti harimau, beruang sebagai, gajah dan ular berbisa serta cerita yang menggerunkan. Hari semakin gelap dan cuaca bertukar mendung. Tiada talian telefon bimbit dikawasan itu. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan terdengar bunyi petir sambar menyambar. Ini mengejutkan semua ahli kumpulan dan anda semua berada alam ketakutan. Semakin jauh kumpulan anda berjalan, semakin tebal hutan yang anda semua lalui. Hujan turun mencurah-curah diiringi dengan dentuman petir. Kumpulan anda perlukan tempat berlindung. Akhirnya anda ternampak dan sebuah gua kecil dan di situlah anda semua berehat dan berlinung menunggu hujan berhenti. Malangnya hujan dan petir semakin bertambah hebat.

Tiba-tiba tanah bukit runtuh lalu menutup pintu gua itu. Batu-batu bukit yang besar telah menutup pintu gua. Kumpulan anda sekarang sudah terperangkap tidak ada cahaya yang menembusi pintu gua itu. Semua ahli dalam kumpulan bertambah takut dan panik serta hilang akal bagaimana hendak menyelamatkan diri. Hujan dan petir kemudiannya menjadi reda sedikit. Berpandukan cahaya lilin, seorang ahli berjaya mengali lubang dipintu gua yang boleh dilalui oleh seorang sahaja dengan meloloskan diri perlahan-lahan. Namun sekiranya tidak berhati-hati, keseluruhan pintu gua itu boleh tertutup kembali dengan runtuhan batu dan tanah. Keadaannya sangat berbahaya. Jika tersilap langkah, pintu gua itu akan terkambus sepenuhnya. Jika terperangkap dalam gua itu, anda semua akan lemas kerana ketiadaan oksigen. Anda semua menghadapi dilema. Siapakah yang harus keluar dahulu? Setiap ahli ingin menyelamatkan diri dengan keluar dahulu dan mendapatkan pertolongan walaupun hari gelap gelita dan banyak binatang buas berkeliaran di dalam hutan itu. Tugas setiap ahli ialah menawarkan diri untuk keluar dahulu an menyatakan sebab-sebab mengapa anda harus diberi peluang itu. Apakah keputusan yang di ambil? 5. Berikan masa 20 minit untuk ahli berbincang dan membuat keputusan. 6. Dalam kumpulan besar, fasilitator meminta setiap kumpulan menceritakan perbincangan mereka dan hasilnya. 7. Fasilitator membimbing perbincangan dengan bertanyakan soalan. Apakah reaksi atau perasaan anda semasa melakukan aktiviti ini. Mengapa? Bagaimanakah proses perbincangan dan membuat keputusan dilakukan? Pernahkah anda mengalami situasi serba salah seperti dalam aktiviti ini? Cuba ceritakan pengalaman anda dan pengajaran yang didapati. Apakah kesedaran yang timbul dalam diri hasil daripada aktiviti ini. 8. Fasilitator merumuskan bahawa apabila berada dalam keadaan terdesak, seseorang individu akan berasa panik dan hilang pertimbangan. Sangat penting individu tersebut bertenang supaya pemikirannya menjadi jelas tentang apakah tindakan yang sesuai i ambil. Dalam proses beruning, perunding perlu menyatakan faktor-faktor logik dan konkrit supaya ideanya diterima sebulat suara. Sikap kerjasama dan bertolak ansur sesama ahli merupakan satu faktor penting untuk menjayakan sesuatu projek.

Aktiviti : Night Walk Matlamat : 1.Menggambarkan bahawa masih ada lagi insan yang lebih malang berbanding dengan diri kita. 2. Memberi keinsafan kepada para peserta tentang peri pentingnya memahami golongan yang tidak berupaya dan bersedia membantu mereka. 3. Mengajak peserta bertafakur. Langkah : 1. Peserta akan di asingkan mengikut jantina. 2. Peserta akan diarahkan menutup mata mereka dengan kain masing-masing. 3. Peserta akan dibawa berjalan ke sekitar kolej yang dipandu oleh penunjuk jalan(margina). 4. Setelah beberapa ketika mereka akan ditinggalkan secara berasingan tanpa berkata apa-apa dengan di awasi fasilitator. 5. Selepas 30 minit, mereka akan dipandu balik. 6. Sesi perbincangan dibuka. Rasional : 1. Peserta akan dapat merasai peri pentingnya menghargai pancaindera. 2. Peserta apat menilai sejauh manakah ketahanan diri mereka. Tindakan : semua fasilitator.

Aktiviti : Siapa Saya? 1. Peserta dibekalkan dengan sehelai kertas A4 an pen. 2. Peserta diarahkan untuk menulis satu perkataan yang mengambarkan dirinya, keluarga ataupun kehidupannya kini dalam masa 5 minit. Contohnya : istimewa unik 3. Kemudian fasilitator akan memungut kertas tersebut dan peserta akan dipilih secara rawak untuk menceritakan mengapa dia memilih perkataan itu untuk menggambarkan dirinya. 4. fasilitator akan mengulas apa yang dikongsikan peserta jika perlu.

LDK 2 : Modul Komunikasi Cerita Dari Rakan. Objektif : 1. Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan daripada seorang individu kepada individu lain melalui komunikasi lisan. 2. Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas mengetahui kebenaran berita atau mesej itu. 3. Meningkatkan kemahiran menghafal dan mengingat Alatan : Skrip Langkah Perlaksanaan : 1. Peserta akan dibahagi kepada 4 kumpulan terdiri daripada 15 orang. 2. Setiap ahli dalam kumpulan tadi diminta untuk duduk dalam satu barisan dengan jarak yang ditentukan oleh fasilitator. 3. Peserta pertama dalam kumpulan tadi akan diberikan sekeping kertas yang mengandungi sebuah cerita yang mengelirukan. Peserta diberikan 1 minit menghafal cerita itu dan kemudian kertas itu akan diambil semula. 4. Peserta pertama dikehendaki menyampaikan cerita itu secara lisan dalam masa 30 saat kepada peserta kedua yang berada dibelakangnya tadi. Peserta kedua diberi masa 30 saat untuk menghafal cerita tersebut. Seterusnya peserta kedua akan menyampaikan kepada peserta ketiga dan seterusnya. 5. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk mengulang sebanyak dua kali sahaja untuk menyampaikan cerita tersebut. 6. Peserta terakhir akan menyampaikan cerita tersebut. 7. Contoh cerita : Ai ling pergi ke Seri Petaling melalui Second Link. Ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan terlanggar tenggiling lalu jatuh terguling-guling. Rupanya dia juling. Ada seorang saudagar garam, dia merasa amat geram kerana semua kapalnya karam di muara dalam.Anak kapalnya semua tenggelam, keadaannya begitu kelam isterinya pula mengidam, dia merasa terancam dan begitu mural. Beritahu rakan anda, bahawa kita akan berkelah di Beserah, untuk tujuan itu, tolong bawa seekor camping, untuk dibuat bbq, bawa ekor kambing 2 ekor untuk dibuat sup ekor, kepala kambing tidak mahu, bermakan kambing tanpa kepala, garam 600 gram, gula 300 gram, teh wangi, cerek untuk rebus air, bawang merah 2 kilo dan bahan-bahan lain semuanya telah sedia ada.

Falsafah dan Pengajaran :

1. Komunikasi dua hala dapat memupuk interaksi yang lebih berkesan bagi mempertingkatkan pencapaian para pelajar. 2. Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat mengikut tafsiran sendiri. 3. Pentingnya mendengar secara aktif amat perlu untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan. 4. Cerita yang ditokok tambah akan menyebabkan mesej hendak disampaikan tidak kesampaian dan mengelak salah faham mesej. Aktiviti 2 : Dengarlah Saya...Tanyalah Saya Objektif : 1. Melatih pelajar supaya peka kepada arahan 2. Menjadikan pelajar memberi tumpuan kepada setiap maklumat yang diberi 3. Memupuk pelajar untuk menanam sifat keyakinan diri dalam bertanyakan maklumat kepada guru. 4. Memberi maklumat kepada pelajar tentang kemahiran belajar yang boleh digunakan. Alatan : Kertas mahjong dan marker pen Langkah :

1. Setiap kumpulan menghantar seorang wakil kumpulan. Wakil tersebut akan diikat tangannya. 2. Fasilitator akan mengasingkan wakil kumpulan dan menunjukkan sebuah objek. Wakil kumpulan diberi 3 minit untuk meneliti gambar tersebut. 3. Wakil kumpulan tadi akan kembali kepada kumpulannya untuk menyampaikan arahan agar ahli dalam kumpulan. 4. Ahli dalam kumpulan akan melukis gambar seperti yang diarahkan oleh wakil kumpulan. 5. Setiap kumpulan diberi masa 10 minit untuk menyelesaikannya. Falsafah : Falsafah aktiviti ini dilakukan adalah untuk menjadikan pelajar supaya sentiasa bersedia dalam menuntut ilmu dan sentiasa peka kepada maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Menyedarkan pelajar kebaikan bertanya dalam proses pembelajaran. Malu bertanya sesat jalan

Aktiviti 3 : Gelang Si Paku Gelang Objektif : Menamatkan sesi dengan gembira. Langkah : 1. Minta peserta mengingati lirik lagu Gelang Si Paku Gelang. 2. Contoh : Gelang si paku gelang Gelang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama (2x diulang ramai-ramai) 3. Disambung dengan pantun 4 kerat Kalau ada sumur di ladang Bolehlah saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi 4. Lakukan berulang kali sehingga semua peserta berasa puas untuk memberhentikan nyayian ini. 5. Mereka digalakan bersalam salaman semasa bernyanyi.