Anda di halaman 1dari 6

Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik

Selalu kita dengar dua jenis motivasi ini. Intrinsik dan ekstrinsik. Apakah maksudnya? Saya cuba jelaskan satu persatu..

Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik merujuk kepada motivasi yang didorong oleh kepentingan atau keseronokan dalam tugas sendiri, dan wujud dalam individu dan bukannya bergantung pada sebarang tekanan luar.

Motivasi intrinsik berdasarkan kepada kepuasan diri sendiri, keseronokan dalam melaksanakan aktiviti dan bukannya berusaha ke arah ganjaran luaran.

Motivasi intrinsik telah dikaji sejak awal 1970-an. Pelajar yang bermotivasi intrinsik adalah lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam tugas sukarela seperti menolong orang lain yang berada dalam kesusahan, serta bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dan meningkatkan keupayaan mereka.

Pelajar mungkin intrinsik jika mereka:

menyifatkan keputusan pendidikan mereka kepada faktor-faktor di bawah kawalan mereka sendiri, juga dikenali sebagai autonomi, Contohnya jika pelajar tidak belajar akan gagal. Kalau rajin belajar boleh lulus.

mereka percaya bahawa kemahiran membolehkan mereka untuk menjadi agen perubahan yang berkesan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Bukan berserah kepada nasib semata-mata

berminat dan dapat menguasai topik yang dipelajari, bukannya hanya hafalan pembelajaran untuk mencapai gred yang baik.

Motivasi ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada prestasi aktiviti dalam usaha untuk mencapai hasil, ditentukan oleh kuasa luar. Biasanya motivasi ekstrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik.

Sebagai contohnya:

Intrinsik - pelajar menjadi rajin belajar kerana kesedaran dalaman. Ekstrinsik - pelajar yang cuba belajar kerana dimarahi ibubapa.

Biasanya motivasi ekstrinsik adalah datang kerana ganjaran seperti wang dan gred atau ancaman hukuman. Pertandingan juga menggalakkan motivasi ekstrinsik merana ia mengarahkan pelaku untuk menang dan mengalahkan orang lain. Sorakan, pujian dan kata-kata semangat dari orang lain adalah faktor pendorong yang kuat untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik. Motivasi ekstrinsik sesuai diterapkan dalam kalangan kanak-kanak yang belum mampu membuat perbandingan kesan baik dan buruk sesuatu perlakuan atau tindakan.

Sesuatu yang kita perlu tahu bahawa motivasi ekstrinsik boleh mengurangkan motivasi intrinsik dan begitu juga sebaiknya. Oleh itu, ini akan menjadi panduan kepada seseorang untuk membentukkan motivasi yang boleh mendatangkan lebih banyak faedah kepada diri sendiri.

Sebenarnya, pelajar memerlukan motivasi. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu motivasi intrinsik serta ekstrinsik. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman manakala kewujudan motivasi ekstrinsik adalah daripada rangsangan luaran. Motivasi intrinsik terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta sebarang ganjaran. Bagaimanapun, bukan semua motivasi jenis ini diwujudkan secara semula jadi, terdapat juga yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman. Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru untuk mendapat gred yang baik. Selain itu, mereka juga suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan atau bimbingan guru. Guru yang mahu meningkatkan motivasi intrinsik pelajar dalam bidang akademik perlu mewujudkan suasana akademik yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengawal. Tambahan pula, guru juga boleh menentukan pelajar itu dapat melakukannya dengan cemerlang dalam keadaan itu. Jadi, perlu ditentukan terlebih dahulu yang pelajar tersebut mempunyai persepsi yang diri mereka berkebolehan. Walaubagaimanapun, guru hanya memainkan peranan yang kecil dalam meningkatkan motivasi intrinsik dan yang paling penting tetap adalah pelajar itu sendiri. Cara-cara yang membolehkan pelajar memotivasikan dirinya

adalah seperti berikut: Visi yang jelas Pelajar perlu memastikan tujuan belajar dan harapan selepas menamatkan pelajarannya. Dengan berbuat demikian, mereka akan berusaha penuh dalam melakukan sesuatu tugas yang diarahkan. Konsep belajar bukan kerana paksaan Pelajar harus menjadikan belajar sebagai makanan, di mana mereka akan lapar jika tidak melakukannya. Jika menjalaninya dengan ikhlas, maka lamakelamaan mereka akan menikmati proses pembelajaran. Oleh itu, jadilah belajar sebagai satu aktiviti yang menyenangkan, bukan suatu paksaan. Fokus

Dengan berfokus, maka pelajar akan lebih tajam dalam menentukan sasaran. Selepas itu, mereka boleh berjuang untuk sasaran yang ditetapkan itu. "Kehidupan tidak akan pernah menjadi luar biasa tanpa fokus, dedikasi dan disiplin." Prinsip tidak ada kamus menyerah Setiap orang pastinya pernah mengalami kegagalan. Tetapi, kejayaan pasti akan mendatangi kepada sesiapa yang tidak takut terhadap kegagalan. Pergaulan dengan orang-orang yang berfikiran positif Biasanya, pelajar akan lebih bersemangat, gairah dan optimis jika sering bergaul dengan orang yang berfikiran positif. Ini bermakna pelajar akan bersifat optimis semasa menghadapi halangan-halangan dalam pembelajaran. Motivator Pelajar boleh mencari atau bertemu dengan orang yang mampu memotivasikan dirinya seperti mentor, kaunselor mahupun ahli keluarga apabila menghadapi masalah yang tidak mampu diatasi sendiri. Maka, mereka akan meneruskan usaha untuk berjaya. Motivasi ekstrinsik diwujudkan dengan tujuan menggerakkan seseorang supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya. Motivasi ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred serta membentuk suasana dan iklim persekitaran yang konduksif bagi mendorongkan pelajar. Peneguhan merupakan suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan kepada tingkah laku seseorang pelajar. Di dalam kelas, guru perlu memastikan jenis peneguhan yang hendak diberikan dan sekerap mana ia perlu diberikan. Untuk meningkatkan motivasi ekstrinsik pelajar, guru boleh mempraktikkan pendekatan-pendekatan seperti berikut: Penerangan yang jelas Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang kepentingan tugasan yang diberikan, kaitan suatu subjek dengan kehidupan, penilaian terhadap hasil kerja dan memastikan pengetahuan mereka mantap. Penetapan matlamat Setiap pelajar mestilah disuruh menetapkan matlamat untuk setiap mata pelajaran yang diambil. Kemudian, guru akan mengikuti perkembangan pelajar dan memastikan mereka mampu merealisasikan matlamat masingmasing. Perasaan mengambil berat

Pelajar akan memberikan tindak balas yang positif terhadap guru yang mengambil berat tentang diri dan masalah mereka. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan bertanggungjawab. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, guru boleh memastikan mereka memahami supaya semua orang akan melakukan kesilapan dan menjelaskan bahawa manusia yang berjaya ialah yang belajar dari kesilapan. "Pelajar tidak prihatin sejauh mana anda tahu sehinggalah mereka tahu sejauh mana anda prihatin terhadap mereka." Penglibatan pelajar Salah satu kunci motivasi ialah penglibatan aktif pelajar dalam pembelajaran. Jadi, guru perlu merangsang pelajar untuk terlibat dalam aktiviti seperti perbincangan kumpulan, penyelesaian masalah, aktiviti luar, interaksi antara pelajar dan lain-lainnya. Pembelajaran visual Penerangan dalam bentuk visual harus diberikan oleh guru agar pelajar mampu memahami dan mengingati dengan lebih berkesan. Pendekatan ini adalah menggunakan bahasa visual, gambar, lakaran, graf, carta, imej 3D dan yang lainnya. Ini membolehkan pelajar membentuk rangka asas terhadap topik baru dan seterusnya menimbulkan minat serta meningkatkan pengalaman mereka. Strategi dan teknik belajar Guru boleh mengajarkan pelajar tentang teknik pelajaran yang berkesan, pengurusan masa, kaedah mengambil nota dan sebagainya. Konsep "Belajar itu mudah" harus ditanam. Sebarang halangan mental terhadap mata pelajaran akibat terpengaruh oleh pendapat orang lain seterusnya dapat dipecahkan. Kata-kata perangsang Ciptaan kata-kata jaya akan merangsang pelajar supaya berjuang untuk kejayaan dalam pelajaran. "Melakukan yang terbaik pada masa kini akan memberikan anda yang terbaik pada masa hadapan." "Tiada sesiapa yang merancang untuk gagal tetapi banyak yang gagal untuk merencang. Jadi, marilah merancang kerja kita dan melaksanakannya." "Masalah dan kesusahan memberi peluang untuk kita menjadi lebih kuat, baik...dan tabah." Dalam bidang pembelajaran, pelajar mahupun guru memainkan peranan masing-masing bagi menumbuhkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Pelajar harus berinisiatif untuk memotivasikan diri sendiri tanpa bergantung kepada guru. Di samping itu, guru perlu mengetahui langkah-langkah yang praktikal

sejajar dengan diri seseorang pelajar demi memenuhi kehendak mereka. Dengan sedemikian, kepuasan belajar dalam keperluan motivasi dapat dicapai dan seterusnya menanam minat pelajar untuk mengembangkan potensinya.