Anda di halaman 1dari 17

KKBI PSS 3110

PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor danmenjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedahatau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secarasistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspekpendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaanatau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu prosesmembuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentuseperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/ soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantukita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yangbersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar

kita.Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujianperlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itusesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilaikesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebutterlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagimenentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan IndeksKesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yangdihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

HALAMAN

KKBI PSS 3110


JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Sebagai golongan profesional, guru seharusnya membina soalan yang berkualiti untuk menilai pencapaian murid-murid. Soalan yang dibina juga mestilah memenuhi aras yang telah ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pelajar. JSU hendaklah dibuat sebelum guru menggubal soalan tetapi terdapat juga guru melakukan penyalahgunaan JSU iaitu dengan membuat JSU selepas soalan selesai dibina. Walau bagimanapun, mulai sekarang kita harus bergerak dilandasan yang betul bagi meneruskan kelangsungan pendidikan kita yang bermutu. Sebelum sesuatu ujian hendak dibina, satu jadual penentu ujian mestilah dibentuk terlebih dahulu. Jadual ini dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Ianya merupakan satu pelan ujian atau kerangka bagi satu ujian yang berkenaan. Disamping itu ia juga disebut sebagai test blue print khas untuk sesuatu situasi yang dibina bagi sesuatu kelas. Bagaimanapun JSU dibina hanya setelah pembina ujian menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Konsep Jadual penentuan ujian (JPU) dan sekarang dikenali sebagai jadual spesifikasi ujian (JSU), adalah satu senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang hendak diuji dan menjadi satu panduan untuk menghasilkan satu set soalan yang mempunyai item-item soalan. Ia juga menghurai aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Ciri-ciri JSU Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi melintang (aras kemahiran) dan menegak (kandungan). Bilangan item dinyatakn dalam JSU mengikut aras kemahiran yg ditetapkan. Mengandungi aras yg mengikut aras taksonomi. Kandungan aras kemahiran mengikut lama masa mengajar dan kepentingan kemahiran. Kepayahan item dlm lingkungan 20% - 80%. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas khusus dan lainlain. HALAMAN

KKBI PSS 3110


Kandungan ujian berupa topik-topik pelajaran.

Kepentingan JSU JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah 1: Langkah Pembinaan JSU HALAMAN

KKBI PSS 3110

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik

kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka. Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan. Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan HALAMAN

KKBI PSS 3110


kesahan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan bahasa murid dan lain-lain.

Rajah 2: Contoh Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

HALAMAN

KKBI PSS 3110

PEMBINAAN ITEM UJIAN

Biasanya kita menganggap pembinaan item ujian dalam Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan atau Kajian Tempatan sebagai perkara mudah. Hanya apabila item-item ujian ini ditadbirkan kepada pelajar-pelajar barulah timbul pelbagai masalah umpamanya dari segi konsep, tiada jawapan yangtidak digunakan langsung, item yang terlalu mudah dan sukar, item yang bertindan,arahan yang tidak jelas, rangsangan yang kabur, tidak ada pengkhususan dalam bidang yang disoal dan item yang tidak seimbang dengan pemarkahan serta pelbagaikesalahan lain. Kesalahan-kesalahan ini akan menjejaskan kesahan dankebolehpercayaan bahan ujian kita itu.Sebelum membina sesuatu item ujian, kita perlu menentukan tujuan ujian itu dibuat, apa yang hendak diuji, jenis dan bentuk item ujian, bagaimana item ujian itu ditadbirkan dan bila serta masa ujian itu dijalankan. Item-item yang dibina dan dipilih juga hendaklah berasaskan kepada kemahiran-kemahiran bahasa, objektif dan isikandungan pelajaran.Selaku guru kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan ujian dalam penilaian pendidikan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajarpelajar dalam pembelajarannya. Ini berguna bagi guru dalam memperbaiki dan mempertingkatkan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Langkah Am Penyediaan Item Ujian

Rajah 3: Langkah AM Penyediaan Item Ujian

HALAMAN

KKBI PSS 3110


Ujian pencapaian adalah penting kepada guru untuk mengetahui sejauh mana pelajar- pelajarnya memahami apa yang mereka pelajari. Jika ujian ini dibina dengan baik, ia boleh diguna untuk membandingkan pencapaian antara pelajar-pelajar atau membandingkan pencapaian antara sekolah-sekolah. Biasanya, ujian pencapaian yang digunakan di sekolah-sekolah dibina sendiri oleh guru-guru mata pelajaran tertentu.

Bagaimanapun, ujian yang disediakan oleh guru untuk pelajar-pelajarnya sendiri adalah lebih tepat untuk mengukur pencapaian mereka, sebab ujian ini hanya ditumpukan kepada kandungan pelajaran yang diajar guru. Seperti yang kita sedia maklum, item/ soalan objektif bermaksud item/ soalan yang mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.

Penggubalan Item Objektif

Rajah 4: Empat Jenis Item Objektif

HALAMAN

KKBI PSS 3110

PANDUAN PERMAKAHAN

Rajah 4 & 5: Kelebihan & kelemahan jenis-jenis item ujian

HALAMAN

KKBI PSS 3110


Pada umumnya, dalam sesuatu ujian atau peperiksaan, seseorang penggubal soalan atau guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Ini bermakna skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang. Terdapat tiga aspek yang perlu diberi perhatian oleh guru atau penggubal soalan semasa menyediakan skema pemarkahan bagi rujukan memeriksa jawapan ialah: a) Kandungan b) Pengelolaan c) Proses keaslian dan daya kreatif menjawab. Secara umumnya skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu: i. Skema Pemarkahan Holistik Skema jenis ini ialah sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan murid. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi. Pemarkahan holistik memerlukan pemeriksa membaca jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Murid bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksa pula perlu banyak pengalaman dan menguasai mata pelajaran yang berkaitan. Kelebihan skema pemarkahan secara holistik ialah pemeriksaan lebih cepat. Namun begitu, pemarkahan cara ini dianggap kurang objektif. Lantaran itu ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksan jawapan murid. mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten,

HALAMAN

KKBI PSS 3110


ii. Skema Pemarkahan Analitik Pemarkahan cara ini merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara terperinci yakni markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Misalnya, penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan akan dipertimbangkan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah adalah berdasarkan aspek-aspek seperti isi, fakta, persembahan dan bahasa. Pemarkahan analitik adalah lebih objektif kerana skemanya lebih terperinci, tetapi mengambil masa yang lama terutamanya jika bilangan calon terlalu ramai. ANALISIS ITEM UJIAN Analisis item ujian adalah untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Ianya juga berfungsi untuk menghasilkan ujian yang bermutu tinggi. Dengan adanya analisis item, anda boleh menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. i. Indeks Kesukaran Digunakan untuk menunjukkan sama ada soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Item yang baik adalah mempunyai aras kesukaran yang sederhana. Indeks Kesukaran Item (item difficulty index, p) dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item.Iaitu sama ada item tersebut berada pada aras terlalu sukar,sukar,sederhana sukar ,mudah atau terlalu mudah.Ia juga dapat menjelaskan kualiti sesuatu item ujian.Indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannyaa adalah seperti persamaan berikut: HALAMAN

10

KKBI PSS 3110

Contoh Pengiraan Indeks Kesukaran Item (p); (a) Item Objektif Satu item dapat dijawab oleh 5 orang pelajar daripada sejumlah 12 orang orang pelajar yang menjawab soalan tersebut. Cari nilai p.

p=

Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab =
5 12

= 0.416 (b) Item Subjektif Markah Purata = Jumlah Markah diperolehi Jumlah Pelajar Julat Markah Penuh = (Markah Penuh 1 Item 0)

p=

MarkahPurata JulatMarkahPenuh

Contoh: 40 markah daripada 48 markah dapat diperolehi oleh 12 orang murid. Markah penuh untuk satu item ialah 4. Nilai p ialah; Markah Purata =
40 = 3.333 12

Julat Markah Penuh = 4-0 = 4 p=


3.333 = 0.833 4

HALAMAN

11

KKBI PSS 3110


Nilai p ialah antara 0.00 hingga 1.00.Jika nilai p akan menjadi 0 maka (soalan amat sukar) atau item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah.Oleh itu,item yang sukar mempunyai nilai p yang rendah dan sebaliknya item yang mudah mempunyai nilai p yang tinggi,seperti yang ditunjukkan di bawah.

Mengikut (Wood,1960), bagi ujian aneka pilihan ,indeks kesukaran mengambarkan peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul.Lebih tinggi peratusan murid yang menjawab sesuatu item dengan betul,lebih mudah item tersebut.Sebagai panduan, aras kesukaran item dapat ditafsirkan mengikut nilai p seperti yang ditunjukan di bawah. Nilai ( p ) Pengkelasan Item

0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00

Terlalu sukar Sukar Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah

Jadual 1: Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik (ukuran psikologi) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua murid, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua murid. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat membezakan murid yang lebih rendah keupayaannya dengan murid yang tinggi keupayaannya.

HALAMAN

12

KKBI PSS 3110


Item / soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jumlah jawapan betul 5 7 9 4 6 5 5 7 5 6 4 6 7 6 8 8 3 7 6 8 Nilai indeks kesukaran 0.416 0.583 0.750 0.333 0.500 0.416 0.416 0.583 0.416 0.500 0.333 0.500 0.583 0.500 0.666 0.666 0.250 0.583 0.500 0.666 Pengkelasan item Sederhana sukar Sederhana sukar Mudah sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Mudah Mudah Sukar Sederhana sukar Sederhana sukar Mudah

Jadual 2: Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN A ( Soalan objektif )

Item / soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Jumlah markah diperolehi 40 20 36 28 16 34 4 14 20 30

Nilai indeks kesukaran 0.833 0.416 0.750 0.583 0.333 0.708 0.083 0.291 0.416 0.625

Pengkelasan item Terlalu mudah Sederhana sukar Mudah Sederhana Sukar Sukar Mudah Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah

Jadual 3: Jadual Pengkelasan Indeks Kesukaran Item BAHAGIAN B (Soalam subjektif)

HALAMAN

13

KKBI PSS 3110


ii. Indeks Diskriminasi Menunjukkan sama ada tiap-tiap satu soalan atau butiran itu membezakan pencapaian di antara pelajar-pelajar yang baik dengan yang lemah. Indeks Diskriminasi adalah bertujuan untuk membezakan calon-calon daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat. Sesuatu item/soalan yang baik akan dapat mendiskriminasikan antara keupayaan rendah dan yang tinggi. Indeks Diskriminasi boleh dikira melalui langkah-langkah Mehran & Lehmann (1991) seperti berikut: - Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan,iaitu (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian rendah), (50 % terdiri daripada 6 orang murid berpencapaian antara terendah dan tertinggi) dan (25 % terdiri daripada 3 orang murid berpencapaian tertinggi).

- Mengira bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian rendah (RL Right Lower), bilangan murid yang menjawab dengan betul di kalangan murid berpencapaian tinggi(RU Right Upper) dan jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi (T (L + U) Total). - Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan (RU RL) dengan separuh T(L + U) seperti berikut: (RU RL) Indeks Didskriminasi (d) =_________________ ( T (L + U)) T (L + U) = Jumlah murid pencapaian rendah dan tinggi Ru = Bilangan murid pencapaian tinggi yang menjawab betul (25% daripada jumlah murid) RL = Bilangan murid pencapaian rendah yang jawab betul (25% daripada jumlah murid)

HALAMAN

14

KKBI PSS 3110

Nilai (d) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00

Pengkelasan Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik

Jadual 4: Jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan murid yang berpencapaian tinggi dengan murid yang berpencapaian lemah.

Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan-soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan murid pandai dengan murid lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan murid pandai daripada murid lemah, iaitu lebih ramai murid lemah dapat menjawab soalan-soalan ini dengan betul berbanding murid pandai.

HALAMAN

15

KKBI PSS 3110


Item / soalan (d) = (RU RL) (1/2 T (L+U) (30) 3 (30) 3 (30) 3 (02) 3 (20) 3 (20) 3 (22) 3 (20) 3 (20) 3 (20) 3 (21) 3 (22) 3 (21) 3 (21) 3 (30) 3 Nilai Indeks Diskriminasi Item

Pengkelasan Item

1.00

Sangat baik

1.00

Sangat baik

1.00

Sangat baik

- 0.66

Tidak baik

0.66

Sangat baik

0.66

Sangat baik

0.00

Tidak baik

0.66

Sangat baik

0.66

Sangat baik

10

0.66

Sangat baik

11

0.33

Baik

12

0.00

Tidak Baik

13

0.33

Baik

14

0.33

Baik

15

1.00

Sangat Baik

HALAMAN

16

KKBI PSS 3110


16 (21) 3 (01) 3 (30) 3 (31) 3 (32) 3 0.33 Baik

17

- 0.33

Tidak Baik

18

1.00

Sangat Baik

19

0.66

Sangat Baik

20

0.33

Baik

Jadual 6: Jadual Pengkelasan Indeks Diskriminasi Item BAHAGIAN A (Soalan objektif)

HALAMAN

17

Anda mungkin juga menyukai