Anda di halaman 1dari 4

Tamadun Mesopotamia (a) Dimanakah lokasi tamadun Mesopotamia. 1. Tamadun paling awal. 2.

Mesopotamia dalam bahasa Greek bermakna tanah di antara dua sungai. 3. Terletak di sungai Tigris dan Euphrates yang mengalir dari pergunungan Turki ke lembah Iraq hingga ke Teluk Parsi. 4. Dikelilingi pergunungan Zagros di timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan teluk Paarsi di selatan. b) Bilakah tamadun Mesopotamia berlaku. 1. Bermula daripada zaman Neolitik. 2. Kemudian muncul kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon, Kassities, Assyria,Chaldea dan Parsi. 3. Selepas kerajaan Parsi maka runtuhlah kerajaan orang Mesopotamia. (c) Proses pembentukan tamadun Mesopotamia. 1. Terbahagi dua iaitu utara dan selatan Bandar Baghdad. 2. Tamadun bermula di selatan iaitu Sumer. 3. Ia dimulakan oleh masyarakat Neolitik. 4. Kemudian orang Sumeria Berhijrah ke situ membina petempatan, bertani dan membina pengairan, sehingga berlaku lebihan makanan dan pertambahan pendudukan. 5. Daripada kampung akhirnya menjadi Bandar seperti Kish, Ur dan Mari yang terletak di sepanjang sungai dan terusan. d) Ciri- ciri tamadun Mesopotamia. 1. Negara Kota : Mempunyai kawasan utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Kubu pertahanan lengkap dengan pelbagai pintu gerbang. Dalam kota ada istana, rumah kediaman, rumah ibadat, pasar dan jalan yang lurus dan lebar. Pusat kota ialah rumah ibadat. Pengangkutan seperti kapal, pedati dan keldai. Hubungan luar melalui jalann laut, Bandar dan negara kota. 2. Organisasi sosial :

Terbahagi dua iaitu pemerintah dan rakyat . Pemerintah terdiri dari raja , ketua pendeta , ketua tentera , dan bangsawan . Rakyat terbahagi dua iaitu rakyat bebas ( seperti petani , artisan , pedagang ) dan hamba (tawanan perang ) . 3. Sistem pemerintahan : Berbentuk Teokrasi raja dianggap tuhan ,wakil tuhan dan pemilik negara kota . Walau bagaimanapun mereka tidak menyembah raja , kecuali raja Raja Naramsin di Akkad yang menganggap dirinya terlalu agung bergelar Raja Empat Penjuru Alam . Raja menjadi ketua pentadbir , ketua tentera , ketua pendeta . Raja juga menjadi ketua agama dan beliau melantik keluarganya memegang jawatan di Zigurat . Zigurat ialah pusat ibadat , perdagangan ,dan menyimpan khazanah negara . Raja turut dalam soal tanah , cukai, pertanian ,dan perniagaan . Raja dibantu oleh bangsawan yang ada ikatan keluarga . 4. Pengkhususan kerja : Ia berlaku kerana wujudnya lebihan pertanian . Maka ada petani bertukar kerja menjadi perniaga , pedagang . Mereka berniaga hingga ke Lembah Indus . Perdagangan penting kerana kurangnya hasil bahan mentah . Maka logam , kayu kayan , emas ,dari luar kerajaan ditukarkan dengan hasil pertanian mereka Terdapat juga pengusaha tekstil , tembikar dan tukang rumah kesan pertambahan penduduk . Ada juga rakyat yang menjadi tentera mempertahankan negara kota daripada musuh . 5. Sistem Tulisan : Ia bermula dalam bentuk gambar . Kemudian berbentuk simbol yang ditulis di atas tanah liat kerana tiada kertas . Tulisan ini berbentuk pepaku dikenali sebagai cuneiform . e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia . 1. Kod Undang undang Hammurabi : Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .

Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan . Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat . Ia dipahat pada tembok dan tiang besar . Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia . Undang undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan . 2. Hasil Tulisan : Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan lengkap dengan resit , nota dan surat kredit Lahirnya epik Gilgamesh hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia . 3. Ilmu pengetahuan : Ilmu astronomi pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi . Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut. Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ). Ilmu perubatan mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan . 4. Pengangkutan : Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir . Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean . 5. Seni bina : Mereka membuat batu bata dari tanah liat . Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes . Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat . 6. Empayar pertama dunia : Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah wilayah kerajaan Sumeria . Beliau juga membentuk masyarakat berestika .

7. Perpustakaan diraja : Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .