Anda di halaman 1dari 10

MENENTUKAN UTARA SEBENAR DAN MAGNETIK BESERTA PERBEZAAN SUDUT.

Uji kaji Masalah Hipotesis : Menentukan bandingan antara utara sebenar dan utara magnetik. : Apakah bandingan antara utara sebenar dan utara magnetik? : Utara sebenar dan utara magnetik berbeza dari sudut anjakan.

Objektif Ujikaji : 1. Menentukan utara magnetik 2. Membangunkan set ujikaji untuk menentukan utara sebenar 3. Menentukan perbezaan sudut 4. Perbandingan diantara nilai teori

Teori dan pengenalan uji kaji :

1.1

Utara

Utara terbahagi kepada dua jenis:a) b) Utara Geografi atau lebih dikenali dengan Utara Sebenar. Utara Magnet atau Utara Magnetik.

1.1.1 Utara Sebenar ialah arah sepanjang permukaan bumi ke arah Kutub Utara secara geografinya. Utara Sebenar kebiasaannya berbeza dengan Utara Magnetik. Utara sebenar adalah arah geografi yang diwakili pada peta dan glob oleh garisan longitud. Arah Utara Sebenar ditandai di langit oleh kutub cakerawala utara dan kedudukan ini ditandai dengan bintang Polaris. Kutub Utara sebenar dan Kutub Selatan dirujuk kepada titik-titik di mana paksi memotong bumi. Walau bagaimanapun, paksi putaran ini tidak tetap arahnya. Ia mengalami anjakan dengan tempoh 25.800 tahun.

Paksi putaran bumi hari ini terarah kepada bintang Polaris. Dalam 3000 Sebelum Masihi, ia menunjuk kepada bintang Thuban.

1.1.2 Model magnet iaitu dwikutub di mana menyinari daya magnet dari kutub utara magnet ke kutub selatan magnet. Bumi sebagai magnet yang besar mempunyai kutub magnet utara berhampiran geografi kutub selatan. Utara Magnetik sentiasa berubah. Kemagnetan bumi terhasil disebabkan oleh aliran elektron dalam bendalir teras logam di dalam bumi.

CARA UNTUK MENENTUKAN UTARA SEBENAR DAN UTARA MAGNETIK.

1. Utara Sebenar dapat dikenal pasti melalui pendekatan bayang-bayang yang terbentuk daripada pancaran matahari, menggunakan bintang dan bulan dan menggunakan peralatan pelayaran. 2. Utara Magnetik pula dapat dilihat dengan kaedah penggunaan kompas magnetik. BAHAN/PERALATAN YANG DIGUNAKAN : i. ii. iii. iv. v. Kompas Pensel Plastisin Kertas lukisan Jangka sudut

Pembolehubah (a) dimanipulasikan (b) bergerak balas (c) dimalarkan

: jangka masa : bayang-bayang pen : pen dan kompas magnetik

KAEDAH DAN METODOLOGI KAJIAN : 1. Lukiskan penunjuk arah di atas kertas lukisan. 2. Letakkan kompas di tengah penunjuk arah. (rajah 1.0) 3. Pusingkan kertas lukisan kearah utara magnetik. 4. Tegakkan tiang (pensel) disebelah barat penunjuk arah 5. Tandakan bayang-bayang yang wujud di atas kertas lukisan. (Rajah 1.3) 6. Selepas 15 minit, tandakan kedudukan bayang-bayang yang kedua yang terbentuk di atas kertas lukisan. (Rajah 1.4) 7. Setelah mendapat kedua-dua bayang, sambungkan dua titik bayang-bayang ke pusat kompas dan buat satu garis lurus. 8. Dapatkan sudut perbezaan antara utara magnetik dan utara sebenar.

DATA DAN HASIL DAPATAN : MASA PERMULAAN GAMBAR

SELEPAS 15 MINIT

AKHIR

PERBINCANGAN :

Berdasarkan ujikaji yang dijalankan terdapat perbezaan yang dilihat pada darjah bagi arah utara magnetik dan juga utara sebenar. Perbezaan darjah yang diperoleh ialah 27 . Ini kerana arah kutub utara magnetic tidak sama dengan paksi bumi berputar , yang mempunyai perbezaan 11 dan arah utara magnetic sentiasa mengalami perubahan arah. KESIMPULAN : Utara magnetik dan utara sebenar adalah berbeza sudut anjakan.

Rajah 1.0

Rajah 1.1

Rajah 1.3

Rajah 1.4

Rujukan : Peta topografi (2012). Retrieved 17, April, 2013, from http://www.ukm.my/kamal/asas%20kerjalapangan/kuliah%204%20%20peta%20topografi.pdf

Ibnu Umar. (Performer) (2012). Menentukan Utara Magnetik Dan Utara Sebenar [VHS]. Retrieved 17, April, 2013, from http://youtu.be/jjVbsXaI8xU

Towonsing, A. (2008). Bab 2: Arah Geografi Tingkatan Dua. Retrieved 17, April, 2013, from http://www.malaysian-ghost-research.org/education/files/nota/t2/Bab2-Arah.pdf

Amien Naseem. (2012). Nota Pintas Geografi Tingkatan 3. Nota Geografi Tingkatan 3 (Section A). Retrieved 17, April, 2013, from http://www.scribd.com/doc/47344411/NotaGeografi-Tingkatan-3

Mccoll. W. R. (2005). Encyclopedia Of World Geography. Kuala Lumpur: Facts On File Library Of World History.