SKRIP TEATER AZFA HANANI DIADAPTASI DARIPADA NOVEL AZFA HANANI KARYA HALIS AZHAN MOHD HANAFIAH OLEH

SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR

1

SENARAI WATAK AZFA HANANI BINTI ZAINAL ARIFF/TENGKU MURNI/NINI/NANI – Gadis kampung berumur 17 tahun tingkatan lima MUHAMMAD EKRAN BIN MUHAMMAD/EKRAN-Pemimpin pelajar tingkatan lima FALINA – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian KAMILAH – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian AINI – Rakan Azfa Hanani di SM Sri Dian NORDIN – Pengawas di SM Sri Dian ROZLAN – Pengawas di SM Sri Dian HISHAM dan Rakan-rakan – Pelajar sekelas dengan Azfa Hanani di SM Sri Dian KIM SENG – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian KAWAN HISHAM I – Rakan sekelas Azfa Hanani di SM Sri Dian PENGETUA – Pengetua sekolah di SM Sri Dian SYARIFAH ROZAN/KAK ROZAN – Kakak ipar Nordin TENGKU MAZRAN/ENCIK MAZRAN/ABANG RAN- Abang Tengku Murni PUAN SYAFINAZ/ KAK FINAZ – Isteri Tengku Mazran PAK MADI/PAK LONG – Bapa saudara Azafa Hanani MAK DIAH/MAK LONG-Isteri Pak Madi ZAHIDIN – Berumur lima tahun anak Pak Madi ZAHIR – Berumur 11 tahun anak Pak Madi ZURINA – Berumur 12 tahun anak Pak Madi ZURAINI – Anak Pak Madi yang lumpuh PAK HAJI ARSHAD – Rakan Pak Madi TENGKU MUZAFFAR – Abang Tengku Murni

2

DATIN MAZIAH/MAMA- Ibu Tengku Murni DATUK TENGKU MAKMUR/PAPA – Bapa Tengku Murni MAK CIK LEHA – Pembantu rumah Datin Maziah ELLINA –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari CIKGU RAMZAN – Guru Bahasa Inggeris ADRIANI – Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari YUSNIZAN, LAILI, SYAFIKAH, FUZIANA, SYAMSUL, FAIZAN –Rakan Azfa Hanani di SM Taman Sari dan fasih Bahasa Inggeris ISKANDAR- Pelajar nakal yang menganggu Azfa Hanani GADIS TIONGHUA dan RAKAN – Teman tuisyen Azfa Hanani ABANG NORMAN –Isteri Kak Rozan

3

nak buat uji kaji ke tak nak? AINI: (Sambil mengelap-lap tangan dengan tuala) Entahlah dia ni.. Di sebelah AZFA HANANI. Suasana tempat lain dalam cahaya suram. aku pasti dihukum. Waktu pentas dibuka lampu disorotkan ke arah AZFA HANANI yang sedang mengelamun sambil membaca buku rujukan kimia. Tentu anggapan semua orang. (Wajah AZFA HANANI berubah dan dia menundukkan mukanya menatap buku kimia) AINI: Boleh jumpa Cikgu Zamin lama-lama. itulah penyebabnya dan aku sendiri tidak akan cuba menafikannya. AZFA HANANI: (Mukanya masih tersembunyi disebalik buku rujukan Kimia dan hanya terdengar suara hati) Hm . bangkai gajah tidak akan tertutup dek sehelai daun.. macam ada masalah saja. Sama ada digantung atau dibuang sekolah. FALINA.BABAK 1 Pentas menunjukkan situasi kelas makmal kimia dengan ada kumpulan pelajar lelaki yang sedang melakukan uji kaji manakala CIKGU SOFEA sibuk memberi penerangan sesudah itu sibuk pula menulis sesuatu pada bukunya.. Sejak tadi aku tengok. murid marhaen Tingkatan Lima Kenanga. dia nak mengelamun.. Tapi aku saja . Nani . Ya tak? (Rakan-rakan AZFA HANANI kembali melakukan tugas masing-masing. Ah. Orang lain masuk makmal nak belajar.. Jantungku berdegup kencang mendengar penerangan Kamilah. KAMILAH dan AINI sibuk menyusun radas dan bahan-bahan kimia. (AZFA HANANI tersenyum memandang wajah AINI) KAMILAH: Kalau ada masalah. akulah pencuri itu! Azfa Hanani. Aku cuma mahu belajar. Adakah aku terlalu melayan gusar? Atau. HASHIM dan rakan-rakan sedang menggunakan tabung didih untuk memanaskan bahan kimia. terlanjur bersalah. Kamilah dan Aini akan tahu perkara sebenar. FALINA: Kau ni. 4 . malas nak tegur. Aku yakin dengan kenyataan Kamilah dalam kelas pagi tadi bahawa identiti murid yang mencuri buku-buku rujukan SPM telah dikenal pasti tetapi identitinya masih dirahsiakan. Terdengar suara monolong AZFA HANANI. Aku pasti lambat-laun Falina. ingin meraih ilmu sebanyak mungkin dan semoga pada suatu hari nanti.. AZFA HANANI mengelamun kembali memikirkan peristiwa kecurian buku di perpustakaan dan dia bimbang rahsia itu akan terbongkar) AZFA HANANI: (AZFA HANANI kembali bermonolong dan lampu kawasan lain suram dan hanya fokus kepada AZFA HANANI) Hm . Benar. Pergilah ke bilik kaunseling. Hidupku daif. berupaya menggenggam segulung ijazah idaman setiap pelajar. persoalan inikah yang terlalu hebat berombak dalam dada? Aku bersalah tetapi sesungguhnya tindakan itu bersebab... jangan masuk makmal.

(AZFA HANANI agak kelam-kabut dan tiba-tiba dia menarik buku rujukan Kimia milik Falina) 5 .. (Ulas FALINA sambil memberi tumpuan pada buku kerja Kimianya) AINI: (AINI bercakap sambil menanti menuang air ke dalam silinder penyukat )Tapi Nani . kenapa mengelamun lagi? AZFA HANANI: (Secara tergagap-gagap) Aku . Analisis tu mungkin tak lengkap. nak belajar ke tak nak ni? AZFA HANANI: (AZFA HANANI terkejut dan mengangkat kepala seraya memandang FALINA) Nak . pak long. aku akan sentiasa dipandang serong. aku tiada bahan lain yang dapat kujadikan panduan belajar. AZFA HANANI: Sebenarnya. Buku rujukan Inggeris apa yang elok aku nak beli. FALINA: (Lampu kembali difokus kepada rakan-rakan Azfa Hanani) Oi... Mengomel... mak long dan seluruh keluarga kami akan turut menanggung aib. siapa pencuri tu?” KAMILAH: Aku rasa. Kalau kau nak beli buat analisis dulu. aku yang malu. di sekolah ini penggunaan bahasa Inggeris sangat terhad dan hanya digunakan dalam kelas sahaja . Banyak buku dah hilang. Lanjutannya. AINI: Tahu pun. Baru tak rugi.(Muka AZFA HANANI berubah) FALINA: (Seraya menyindir) Kenapa pula? Pagi tadi. kau juga yang bising-bising bercerita. KAMILAH: Serkap jarang tak elok..kesannya sama sahaja.. Kalau tak mengena. FALINA: Habis tu.. selain buku teks . Nama baikku akan tergadai dan selepas ini.. kau kena berhati-hati sikit.. AZFA HANANI: Kau tidak boleh salahkan aku kerana lemah dalam Bahasa Inggeris kerana sebelum aku bersekolah di Sekolah Menengah Sri Dian aku bersekolah di sekolah kampung . aku tahu. (supaya tidak timbul kecurigaan AZFA HANANI mencapai sebiji tabung didih dan sebotol asid) FALINA: Memanglah kau lemah dalam Bahasa Inggeris tetapi sekarang kau kena beri tumpuan pada uji kaji kimia ni. aku tak boleh beritahu. Dosaku akan bertimpa-timpa. Pilih buku mana yang kau rasa elok.. aku sedang berfikir. Cuba engkau tengok keputusan SRP aku cemerlang kecuali kertas Bahasa Inggeris aku memperoleh P7 FALINA: Buku rujukan Bahasa Inggeris ada banyak di perpustakaan. Cuma..

cikgu.. Tuan Pengetua nak berjumpa dengan Azfa Hanani.... kau yang tak cermat .. gas tu tak berbunyi ‘pop’ tapi bunyinya . Lampu kembali disorot kepada kumpulan AZFA HANANI) FALINA: Nani. (Lampu disorotkan kepada AZFA HANANI sahaja dan suasana tempat lain digelapkan) AZFA HANANI: (Merungut dalam hati) Memanglah dia setiausaha badan pustakawan .. mari kita bersihkan kaca yang bersepah ni. FALINA: Milah kalau kau jadi pengetua. kita punya pun dah retak sikit tu. 6 ... Aku rasa... Mereka saling menyalahkan) HISHAM: Itulah .. Hah . Tapi orang yang panjang tangan. (AINI ketawa terkekeh-kekeh) (Pranggg! bunyi tabung didih jatuh berderai di lantai. (AZFA HANANI beredar untuk mendapatkan tabung didih yang baru di rak) (Tiba-tiba masuk dua orang pengawas lelaki memberi salam kepada CIKGU SOFEA) NORDIN: Assalamualaikum . kita kenalah kerat sikit. Elok sangat kalau ditukar.. pengetua nak jumpa awak.. Nanti bila diuji dengan kayu uji menyala. CIKGU SOFEA: Waalaikumussalam .. ya ada apa.KAMILAH: Sekurang-kurangnya Cikgu Yazid dah senang hati dan semua pustakawan pun tak kena marah lagi.. itulah dia menghambur kemarahan hatinya. kau nak gantung ke atau kau nak buang si pencuri tu? (AZFA HANANI menundukkan kepalanya) KAMILAH: Kedua-duanya sekali. sekarang dah pecah. (Mereka bertiga mengambil penyapu dan membersihkan kaca yang bersepah atas lantai.. Nani. (AZFA HANANI membelek-belek tabung didih di tangannya) ANI: Dah retak tu.. ROZLAN: Cikgu . Biar sama macam orang lain.. tadi suruh pilih tabung didih yang baik kau tak ambil... CIKGU SOFEA: (Matanya memandang sekeliling kelas akhirnya tertumpu ke arah AZFA HANANI) Hanani. sekarang nak tuduh pulak kita pulak! KAWAN HISHAM I: Sudahlah . elok kita tukar tabung didih kita. Lampu disorotkan tempat kumpulan HISHAM. ‘bomm’. KIM SENG: Hei . Semua mata tertumpu ke arah kumpulan kumpulan HISHAM.

ya. kau tolong bawakan buku kerja aku ke kelas. (Tirai ditutup) 7 .AZFA HANANI: (Dengan langkah berat lantas bangun dan menatap wajah FALINA) Lina. kalau aku tak masuk makmal semula.

CC panggil. Aku tak pernah dipanggil ke bilik pengetua macam ni. polis bukan.(NORDIN dan ROZLAN beredar meninggalkan AZFA HANANI yang meneruskan perjalanan ke pejabat. ROZLAN: Kalau tak buat salah.. Aku pun tak dapat mengagak kenapa dia nak jumpa aku. AZFA HANANI: (Dengan suara cemas) Din. Bila hampir dengan kerani . katanya. AZFA HANANI: (Mengangguk) Ada apa di sana? NORDIN: Aku tak pasti. kita ni macam nak pergi mahkamahlah pula.. Kau kenal aku pun bukannya sehari dua hari. tapi semua pengawas lelaki kena panggil. gerunlah sikit. Aku ingatlah . Lan. AZFA HANANI: (Sambil mengerling ke arah Nordin) Betul ke ni? NORDIN: Betullah.. (Mereka semakin hampir ke bilik pejabat pengetua)Nani. Azfa Hanani? 8 ..Buat apa aku nak berbohong? Aku tak biasa berbohong. Nani. AZFA HANANI ditegur oleh pembantu am pejabat) PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni .. ROZLAN: Kau ada buat salah ke? AZFA HANANI: Tak.BABAK 2 Suasana depan pentas digunakan dengan tirai tertutup.. baik kau berjalan di tepi.. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang berjalan diiringi oleh Nordin dan Roslan yang sedang berjalan seolah-olah mengiringi pesalah ke mahkamah. Nani.. kenapa pengetua nak jumpa aku. Kenapa? AZFA HANANI: (Tergamam dan terdiam sejenak seolah-olah kehilangan kata-kata) Err . (ROZLAN melambatkan langkahnya sambil mengemaskan ikatan tali lehernya) NORDIN: (Tersenyum meleret) Betul kata kau tu. Elok-elok tadi aku berjalan di depan pejabat sekolah dengan Lan. Lampu di kawasan itu digelapkan. Segera. pengetua nak jumpa. (Azfa Hanani hanya mengangguk) ROZLAN: Kau ni macam taku saja. Lagipun aku sekampung dengan kau. Sambil berjalan Azfa Hanani bertanyakan sesuatu kepada Nordin. Dia suruh cari kau. Ada set sofa dengan tetamu yang duduk menghadap pengetua. aku dengan Lan nak ke bilik pengawas. NORDIN: (Mengangkat bahu) Manalah aku tahu. Di ruangan tengah ada meja dan kerusi kerani. Kami ni . warder penjara pun bukan. Tak ada. ya. Kau pergilah naik ke pejabat sendiri.

tentulah ada yang tersangkut-sangkut nanti.. Masa itulah Abang Mazran mengatakan wajah Nani seiras dengan wajah Murni.. PENGETUA: Waalaikumussalam . (AZFA HANANI mengenggam erat tangan KAK ROZAN) PENGETUA: Saya serahkan kepada Encik Mazran dan Puan Syafinaz untuk berbincang dengan Azfa Hanani.. mereka terlihat gambar Nani sedang memangku anak sulung kak. Kalau saya yang terangkan. PUAN SYAFINAZ: Saya pun sukar nak percaya.. Kesatlah dulu. KAK FINAZ: Kak sangat mengharapkan persetujuan Nani.. Kebetulan semasa mereka membelek album gambar . saya Azfa Hanani. PEMBANTU AM PEJABAT: CC pesan . Malangnya Mama yang terbabit dalam tragedi itu tidak dapat menerima hakikat pemergian Nani. PEMBANTU AM PEJABAT: Adik ni nampak pucat dan berpeluh. selamat tengah hari.. Azfa Hanani. Ada tetamu nak berjumpa (Pembantu Am Pejabat tersenyum ke arah AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih. Kami semua dalam dilema hendak merungkaikan kemelut Mama.. Itulah Abang Mazran mengajak kak untuk bertemu muka dengan Nani. Malahan sehingga Mama menuduh anakanak lelaki Mama sengaja melarikan Nini. bila adik sampai. Setelah mengelap peluh AZFA HANANI mengetuk pintu. Tengku Murni telah meninggal dunia. TENGKU MAZRAN: Untuk pengetahuan Nani.. (Sambil menghulurkan sehelai tisu kepada AZFA HANANI. Mereka bagaikan kembar..AZFA HANANI: Ya. (AZFA HANANI termangu-mangu dan duduk di sebelah KAK ROZAN. terus masuk ke bilik pengetua.. AZFA HANANI: (Terus masuk) Assalamualaikum . adik bongsu Abang Mazran. cikgu. semalam petang Abang Mazran dan Kak Finaz datang ke rumah. KAK ROZAN: Sebenarnya begini Nani . 9 . selamat pagi. Jemput duduk. Mama pula asyik bertanya bila Nini akan pulang.) PENGETUA: (Suara garau) Masuk. cikgu. Bertentangan duduk dengan TENGKU MAZRAN dan TENGKU MAZRAN tergaman serta tidak berkedip memandang AZFA HANANI manakala AZFA HANANI malu-malu dan serta serba salah) TENGKU MAZRAN: (Sambil memandang wajah pengetua) Seiras.

Ingat tu.. Dan lagi. bolehlah uruskan pertukaran sekolah Azfa Hanani. TENGKU MAZRAN: Ini untuk kebaikan Nani juga. Nani akan cuba. KAK FINAZ: Kak Finaz dan Abang Ran bukan sengaja mahu merampas kebahagiaan Nani.. Kenapa? (AZFA HANANI tiada beri respons hanya memandang KAK ROZAN dan tersenyum nipis serta mengangguk) AZFA HANANI: Ya. Nani sebut saja. Nani anak orang miskin. KAK FINAZ: Kenapa takut? AZFA HANANI: (AZFA HANANI menjawab dengan perlahan-lahan) Nani tak kenal Murni. Nani pandai dan tak patut keciciran. Nani kena panggil dia .. Satu lagi. KAK ROZAN: Kak Rozan akan jelaskan perkara ini kepada Pak Madi dan Mak Diah. mereka semua beredar dari bilik pejabat TUAN PENGETUA) 10 .. Fikirlah masak-masak dan buat keputusan. TENGKU MAZRAN: Abang Ran harap. Nanti datin tu perasan. Nani memang takut.. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengangguk kepala seolah-olah bersetuju.. Keadaan yang memaksa. saya benarkan kamu pulang. Kalau Abang Norman dapat cuti. KAK FINAS: Kak Finaz akan beritahu apa yang patut dan apa yang tak patut Nani buat. wang belanja. Kami akan uruskan segala-galanya. kak. mama. (TENGKU MAZRAN setelah bersalam-salaman . hiburan . Nani bertenanglah. bukan datin. teruklah Nani. Cuma. kesalahan dan kepincangan itu tetap akan ada. AZFA HANANI: Kalau pak long dan mak long izinkan Nani pergi. Encik Mazran dan Puan Shafinaz kalau semuanya berjalan lancar . KAK FINAZ: Kak Finaz rasa.TENGKU MAZRAN: Kami akan berikan apa saja yang Nani mahu. Kami akan sediakan. mereka akan izinkan. KAK ROZAN: Sekurang-kurangnya. tak pandai menyamar jadi anak orang kaya. dia pun akan balik ke Kampung Merpati petang ini. Peluang belajar..) PENGETUA: Azfa Hanani. kak.. Nani akan dapat peluang belajar yang lebih baik. Nani akan dapat ikut kami balik. KAK ROZAN: Kak Rozan tengok Nani macam takut saja.

jangan bercakap masa makan. (AZFA HANANI memberi alasan mudah) ZAHIDIN: Eh. Tiada perabot mewah. cepatlah pergi mandi . tentu adik pun dapat belajar di KL.. tak adalah! Adik tengok Kak Nani sihat saja. ya mak? 11 . Tengah hari semalam mereka tak dapat bertemu kerana Zuraini demam dan dibawa ke hospital dengan kereta Pak Haji Arshad akibat disengat tebuan. Kalau adik rajin-rajin macam Kak Nani. Azfa Hanani banyak bermonolog memikirkan peristiwa lalu tentang pertemuannya dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz serta Kak Rozan. Nak tanya Pak Long dan Mak Long semalam ..Tengah sibuk menghidang dan Zahir. ZAHIR: Kak Nani dapat belajar di KL. (Sambil menguap panjang AZFA HANANI bermonolog panjang ) Hmm . Kak Nani tak sihat. ZURINA: Kak Nani nak jadi doktor. Tentu mereka akan datang hari ini untuk bertemu dengan Pak Long dan Mak Long. Hah . Kak Nani malas. Hanya sekadar sebidang tikar mengkuang yang digunakan untuk duduk apabila menghadap makanan.. (Tiba-tiba terdengar suara Mak Long) MAK LONG: Azfa . Zahidin yang petah bercakap menegur) ZAHIDIN: Kak Nani tak pergi sekolah ke hari ini? AZFA HANANI: Tak... (AZFA HANANI hanya mengangguk sahaja.... Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang mencangkung di suatu sudut dengan berselubungkan selimut.. seronoknya.BABAK 3 Pentas menunjukkan situasi rumah Pak Long Azfa Hanani yang agak daif. (Dia tersedak dan beberapa butir nasi terkeluar dari mulutnya) AZFA HANANI: (Mengurut-urut belakang ZAHIR) Kan Kak Nani selalu pesan. dik.. Dia nak belajar di sekolah yang lebih bagus. bagaimana janjiku dengan Abang Mazran dan Kak Finaz. ya? ( AZFA HANANI memandang wajak MAK LONG seolah-olah meminta usulan untuk menjawab) MAK LONG: Kak Nani nak pergi jauh. Abang Mazran dan Kak Finaz tentu menginap di hotel Johor Baharu... Mak Long nak masak nasi lemak pagi ni. dah lewat malam pula. AZFA HANANI: Hah .) (Kemudian selepas bersiap AZFA HANANI sibuk menghidang untuk sarapan pagi.. Zurina dan Zahidin duduk menunggu hidangan. jangan lupa pula lepas mandi nanti ambil daun pandan sekali. Mungkinkah Pak Long dan Mak Long telah memutuskan sesuatu.

Abang Norman dan Pak Haji Arshad.. Kami sekeluarga sudah sepakat untuk merahsiakan dulu hal yang sebenar. (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. AZFA HANANI: Mak Long ... TENGKU MAZRAN: Entahlah ...... nama Nini yang pertama disebut. Kami tahu. Pemandu meninggal di tempat kejadian. Tiba-tiba Pak Long Menjengah) PAK LONG: Hah . dia tentu tak akan percaya dan menuduh kami berbohong.... kerana ini untuk kebaikan pelajaran Azfa juga.. seperti yang saya khabarkan kepada Madi tentang hajat Encik Mazran yang ingin bergalang ganti akan Azfa Hanani ni dengan Tengku Murni yang kemalangan tu .. Ehm . adakah Azfa ni mempunyai kembar? MAK LONG: Tak delah.. PAK LONG: Kalau Azfa dah bersetuju . Pak Long mempersilakan masuk Abang Mazran. Manakala Murni yang cuba diselamatkan menghembuskan nafas yang terakhir dalam perjalanan ke hospital. Mereka semua dijemput sarapan.. awak tambahlah hidangan tu ....... ( Selepas bersalaman dengan AZFA HANANI mereka beredar) MAK LONG: Bila mereka nak sampai ni? PAK LONG: Kejap lagi mereka sampailah .. Abang Mazran dan Kak Finaz nampak kekok duduk bersila dan bersimpuh) PAK HAJI ARSHAD: Nampaknya . bolehlah Kak Nani sendiri yang ubatkan.. Mak Long yang menjadi bidan menyambut kelahiran kau... jip remuk dirempuh bas mini. Dia ni belum cukup umur untuk memiliki lesen memandu dan terpaksalah ditemani oleh pemandu keluarga. cepat bergerak ke sekolah. sebelum mereka sempat menyahut tawaran lumayan kerajaan takdir Allah telah mengatasi segala-galanya. Mama terselamat tetapi koma selama beberapa hari. Murni ni seperti sengaja menempa nahas apabila mahu mencuba memandu jip hadiah Mama sempena hari jadinya yang ke-16. (ZURINA mengangguk seolah-olah tanda setuju. (ABANG MAZRAN menarik nafas dalam-dalam seperti cuba melepaskan sesuatu yang tersekat di dadanya) 12 .. Dan Azfa sememangnya anak tunggal. apa malangnya juga. Rina dan Zahir dah lewat ni . Yalah . saya tiada halangan . takut mereka datang tak dengar pula saya. Mama tergerak hati untuk turut serta.. Namun. saya nak ke depan ni .. Kebetulan hari itu hujan lebat . macam mana adiknya kemalangan tu .MAK LONG: Ya. Kak Finaz...Sebenarnya ibu dan ayah Azfa telah berkahwin di sebuah universiti tempatan 19 tahun yang lalu dan beroleh kejayaan cemerlang dalam kursus masing-masing. serupa itu mungkin secara kebetulan. Bila Mama sedar.... Entahlah .. Kalau Rina pun sakit macam Kak Zura.

. Bila keadaan dah jadi macam ni. kami beritahu dia Nini terselamat. Kadang-kadang kami pun mati akal.. fahamfaham sajalah. Selama ini pun kami memang berbohong. Janganlah abaikan dia. KAK FINAZ: Sejak sebulan yang lalu.. PAK HAJI ARSHAD: (Sambil mengurut-urut janggut) Ini semua kuasa Allah. kami akan tanggung segala-galanya. kami harap dia dijaga dengan baik. (PAK LONG mengangguk-angguk kepala manakala MAK LONG memandang ke lain) TENGKU MAZRAN: Kadang-kadang. Kami ni . kami kata Nini ikut program pertukaran murid ke Jepun. Kos perubatan Zuraini di mana saja. pun atas kehendak-Nya. Bila bergaduh dengan abang-abang. Tapi. Bila Nini tak pernah pergi jenguk dia di hospital. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena berlaku dalam keluarga. baliklah dia. Cukup masa. kenapa datin tu kata Murni . Madi. TENGKU MAZRAN: Entahlah. Memang mujurlah di pihak saya. Saya tak pasti. 13 . PAK LONG: Demi masa depan Nani. Keras kepala dan tak suka mengalah pula tu.. Nani tu anak yatim piatu. Nini dilarikan oleh abang-abangnya? TENGKU MAZRAN: Nini tu manja sangat. mak cik. Diah. Mama nampaknya dah mula ragu-ragu. selama ini dia memang tak percaya adik encik tu dah meninggal dunia.. pergilah berkemas..PAK LONG: Jadi.. MAK LONG: Kalau ada peluang. Bila dia betul-betul sihat nanti. memang sebayalah. encik. Susah nak ke KL tu. err . Dia yang Maha Agung. pak cik izinkan. ( PAK LONG semacam hendak berkata tetapi KAK FINAS bersuara dahulu) KAK FINAZ: Kami akan kotakan janji kami. Budak berdua ni seiras walaupun bukan kembar. katanya dia mahu dibawa melawat Nini di Jepun. kami rasa dah tak sanggup berdalih lagi. Sebab itulah kami berharap sangat pak cik dan mak cik dapat izinkan Nani ikut kami balik ke KL. mulalah mama menaruh syak yang bukan-bukan. MAK LONG: Dahlah tu Nani . mama akan berpihak kepada dia. MAK LONG: Nini tu sebaya dengan Nani ke? TENGKU MAZRAN: Kalau umur Nani 17 tahun sekarang. izinkanlah dia balik sesekali ke sini. Semasa Mama baru sedar. (ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ mengangguk) AZFA HANANI: Boleh tak Abang Ran terangkan..

(Semasa AZFA HANANI bergerak dengan ABANG MAZRAN dan KAK FINAS . Mak Long doakan kesejahteraan kau. Nani Cuma nak bawa sehelai dua pakaian dan buku-buku rujukan.KAK FINAZ: Tak payahlah Nani bawa pakaian .. AZFA HANANI: Taklah kak . nak.. AZFA HANANI juga memandang NORDIN) Tirai ditutup. agar sesuai dengan cara berpakaian Nini tu .... kerana semuanya pakaian telah kami siapkan . (Setelah bersiap dengan sebuah beg AZFA HANANI bersalam-salaman) MAK LONG: (MAK LONG berkata dalam tangis pilunya) Pergilah.. NORDIN memandang dengan sayu.. 14 .... Nani.

KAK FINAZ: Sabarlah Nani . AZFA HANANI: (Sambil berjalan berjengket) Hah . TENGKU MAZRAN: Nampaknya Nini cepat belajar . KAK FINAZ: Cuba Nini tunjukkan semula cara makan dengan sudu garpu yang kak ajar tu. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan ABANG MAZRAN dan KAK FINAZ) 15 .. KAK FINAS: Baik sekarang Kak tunjukkan bagaimana hendak mencium mama seperti yang dilakukan Murni (KAK FINAZ gayakan dengan NINI) Sekarang cara menonton televisyen dengan mama... Opss . TENGKU MAZRAN: Sebab tulah Abang Ran dan Kak mengajak untuk Nini menginap di hotel beberapa hari.. Lampu disorot kepada Azfa Hanani yang sedang berjalan ke arah Kak Finaz dan Abang Mazran. KAK FINAZ: Ini ada beberapa dialog yang Nini perlu hafal.. ( AZFA HANANI cuba makan dengan peralatan tersebut) TENGKU MAZRAN: Bagus tu . Azfa Hanani sedang berjalan dengan kasut baru yang bertumit dan pakaian baharu. Dia kelihatan agak kekok untuk mengayakan kasut dan pakaian tersebut. esok kita boleh balik ke rumah. sudu garpu dan gelas berkaki.. Apabila Nini dapat mempelajari semuanya barulah kita akan ke rumah Abang Ran.. Kak Finas dan Abang Mazran ada berhampiran meja tersebut... susahlah kak dengan kasut ni.. selepas ni kak akan panggil Nani dengan Nini dan Nani juga kena biasakan dengan panggilan Nini.BABAK 4 Pentas di hadapan tirai dan diletakkan sebuah meja dan kerusi yang mengandungi piring makan.

.. Kita pergi ambil barang-barang dia dulu. Kak Finaz berbisik sesuatu pada Azfa Hanani. Merendah diri. Nani akan cuba. Nini naiklah ke bilik dulu. Ingat ya. Mak cik betul-betul ingatkan Nini yang sebenar tadi .. macam yang Kak Finas ajar. Ingat tau . KAK FINAS: (Seolah-olah berbisik) Jangan jadi macam rusa masuk kampung. AZFA HANANI: H-a-m-b-e-l ? Oh . Mak Cik Leha sedang tekun mengemaskan kawasan ruangan tamu. bukan Nani.. Kemudian ada ruangan seolah-olah bilik ada meja komputer dan dipenuhi dengan patung watak-watak kartun. (Di ruangan tamu pembantu rumah amat terkejut melihatku) TENGKU MAZRAN: Mama tidur . sekarang Nini bukan lagi Nani. ( AZFA HANANI bersalam dan mencium tangan MAK CIK LEHA) MAK CIK LEHA: Mak cik . mak cik macam tak percayalah. Kak nanti biarlah Nini belajar tambahan untuk subjek bahasa Inggeris secara intensif. mak cik.BABAK 5 Pentas menunjukkan rumah banglo milik Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur. KAK FINAS: Mak Cik Leha inilah Azfa Hanani kembar Nini yang saya beritahu tempoh hari.... AZFA HANANI: Alhmadulillah . (KAK FINAZ dan AZFA HANANI bergerak ke bilik) KAK FINAZ: Inilah bilik Nini. Tengah hari ni kita boleh makan sama-sama.. Kak Finaz dan Abang Mazran sedang berjalan masuk.. jangan cakap macam tu! Nini kan akan tinggal lama di sini. Nini bolehlah naik ke bilik.. Hah .. AZFA HANANI: (AZFA HANANI mengangguk) Insya-Allah. Lampu disorot pada Mak Cik Leha. eh. nama timangan Nani sekarang ialah Nini. KAK FINAZ: Nini .. (Dia mengesat-gesat kelopak matanya yang basah) TENGKU MAZRAN: Nini nak berehat.. Nani. kemudian mak cik bolehlah masak makanan kegemaran Nini. kak. 16 . Nini ni humble sangatlah. bilik ini tak sesuai dengan Nani. (AZFA HANANI tergamam melihat suasana bilik tersebut) AZFA HANANI: Kak. Buat biasa saja. Nini. (Sambil melabuhkan punggungnya di kerusi di bilik tersebut) KAK FINAZ: Isy. Ada set sofa di ruangan utama.. Azfa Hanani.

KAK FINAZ: Hah ... tentang tu Nini jangan risau ... Kan Abang Mazran dan berjanji akan menghantar Nini belajar di sebuat pusat tuisyen. (Manakala Nini sibuk membelek-belek hiasan-hiasan karektor kartun) AZFA HANANI: Banyak sangatlah hiasan kartun. KAK FINAZ: Adik ipar kakak tu suka sangar dengan kartun. Sebab itulah bilik ini banyak sangat hiasan macam tu. (AZFA HANANI mengangguk kepala) AZFA HANANI: (Terlaku sukar untuk menggunakan kata panggila Nini lantas menggunakan kata panggilan ‘saya’) Saya tak berapa minat dengan patung bentuk kartunlah kak. KAK FINAZ: Boleh diubah kalau mahu. (ABANG MAZRAN dan MAK CIK LEHA masuk dengan membawa dua buah beg. Setelah meletakkan beg ... mereka macam nak beredar) TENGKU MAZRAN: Kalau mama tanya Nini menghilang diri ke mana? AZFA HANANI: Ke Tokyo untuk program pertukaran murid Malaysia dan Jepun selama empat bulan. KAK FINAZ: Kenapa tak hubungi mama? AZFA HANANI: Nini terlampau sibuk. Banyak sangat atur cara dan tak sempat cari masa yang sesuai. TENGKU MAZRAN: Walaupun untuk sekali? AZFA HANANI: Mama sakit, dan Nini tak nak ganggu mama berehat. TENGKU MAZRAN: Nini tak rindu pada mama? AZFA HANANI: Terlalu rindu. Empat bulan tu Nini rasa macam empat tahun. KAK FINAZ: Nini boleh ajar mama cakap bahasa Jepun? AZFA HANANI:(Terpinga-pinga kerana soalan ini tidak termasuk dalam latihan) Lain kali bila kita sama-sama pergi melawat Jepun. Nini akan ajar mama. Nini janji. Sekarang ... tak boleh. (Jawab AZFA HANANI dengan lancar tanpa dirancang) TENGKU MAZRAN: Bagus. Nini boleh jadi pelakon yang baik. (Di muka pintu bilik TENGKU MUZAFFAR bersandar sambil memerhati) TENGKU MUZAFFAR: Mula-mula tu memanglah berlakon jadi anak orang kaya. Lepas tu betulbetul jadi anak orang kaya, kan? (Muka AZFA HANANI berubah dan dia menundukan wajah ke lantai)
17

TENGKU MAZRAN: Jaga mulut kau sikit, Muz. Abang bawa dia ke mari untuk tolong kita. Kau tak kasihan pada mama? TENGKU MUZAFFAR: Muz tak kisah, bang. Muz Cuma ingatkan saja. Manalah tahu ... takut kalau-kalau dia akan beraja di mata bersultan di hati nanti. KAK FINAZ: Muz dah selalu sangat berperang dengan Murni dulu. Cukuplah. Janganlah cari fasal dengan Hanani pula. TENGKU MUZAFFAR: Okey, okey, okey! Muz janji. (ABANG MUZ berlalu meninggalkan mereka) KAK FINAZ: Sabarlah, Nini. Muz memang macam tu. Tapi, hatinya ... percayalah cakap Kak Finaz, baik. Sabarlah, ya. (AZFA HANANI memang tersinggung tetapi dia cuba mententeramkan hatinya) AZFA HANANI: Sikap ayah abang Macam Abang Muz juga ke? TENGKU MAZRAN: Abang akan jumpa papa dan beritahu dia perkara sebenar. Nini jangan bimbang dan berehatlah dulu KAK FINAZ: Jangan bimbang papa jarang ada di rumah. Ini pun sudah dua minggu dia berada di rumah isteri mudanya. (Sebelum meninggalkan AZFA HANANI, KAK FINAZ memetik suis penyaman udara) (Hanya tinggal AZFA HANANI seorang dalam bilik. Dia duduk seorang diri sambil bermonolog) AZFA HANANI: (Suara monolog) Ah ... alangkah seronoknya kalau Zahidin berada di sini. Tentu dia akan melompat riang atas tilam yang besar dan anjal ini. Hmm ... tentu Zuraini akan dirawat dengan kaedah perubatan yang terbagus. Tetapi ... keadaan akan berubah ... ah ... mereka tetap akan kuhubungi ... insya-Allah...harap-harap Abang Mazran dan Abang Norman akan membantu sebagai orang perantaraan. Aku juga mesti berhati-hati agar kesahihanku sebagai Murni di mata Datin Maziah akan terselindung. Malahan Kak Finaz dan Abang Mazran telah berpesan agar setiap surat mencatat namaku mesti melalui alamat pejabat Abang Mazran. Tetapi ... masalah buku rujukan yang kucuri ... pinjam ... di Sekolah Menengah Sri Dian perlu dipulangkan ... tetapi siapa penerimanya ... pengetua ... tak boleh ... sebab nama baik aku akan tercemar ... ah ... Cikgu Zaminlah yang pasti ... kerana selama ini Cikgu Zamin sering cuba memahami masalahku. (Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Apabila dibuka kepala KAK FINAZ terjongol) KAK FINAZ: Mama sudah sedar. Cepat Nini, kita turun ke bawah. (Setelah bersiap ala kadar aku menuju ke arah Mama dan dia dari jauh telah tersenyum meleret.)
18

DATIN MAZIAH: Mari dekat mama, sayang. (DATIN MAZIAH mengangkat tangan kanannya dan AZFA HANANI menyambut dengan ciuman dan dengan merendahkan diri untuk memberi peluang DATIN MAZIAH mencium dahi. KAK FINAZ menarik nafas lega) DATIN MAZIAH: Nini tahu, mama selalu runsing bila teringatkan Nini. Mama rindukan Nini, tau? (DATIN MAZIAH bercakap sambil mengusap-usap kepala AZFA HANANI) AZFA HANANI: Nini tahu, mama. Nini pun dah lama nak balik. TENGKU MAZRAN: Masa Nini di Tokyo dulu, dia selalu telefon Ran tanya fasal mama. Katanya, dia nak balik tapi Ran tak bagi sebab mama perlu berehat. (AZFA HANANI terpinga-pinga bila disebut nama Tokyo) DATIN MAZIAH: Suara Nini pun kedengaran lain sikit sekarang. (AZFA HANANI terkedu dan cuba memikirkan jawapan yang sesuai) AZFA HANANI: Tokyo tu tempat baru pada Nini. Iklimnya kan berbeza. Lagipun, Nini dah besar. Suara pun ikut berubahlah. DATIN MAZIAH: (Sambil memeluk erat tubuh AZFA HANANI) Mama pun berharap Nini akan cepat dewasa. Cukup umur nanti, ambil lesen memandu dan tengoklah ... dalam beberapa hari lagi mama akan belikan jip baru untuk Nini. Sama macam yang dulu. ( AZFA HANANI hanya tergamam mendengar janji DATIN MAZIAH) Tirai ditutup.

19

Tengku Ellina. Nama sebenar. ELLINA: Abang Ran ada beritahu keluarga saya fasal Hanani. nanti akan kenal juga. AZFA HANANI: Panggilah Nani atau Nini. seiras betul dengan Murni. Ada papan tanda nama sekolah. tapi tak nampak pula Nina dalam kelas.. Hanani pun .. ada Kak Finaz menyatakan yang Nina ni saudara dua pupu Murni.. ELLINA: Dah kenal kawan-kawan sekelas. ini pun Abang Mazran yang menyuruh memakai tanda nama Tengku Murni . AZFA HANANI: Betul. Saya minta maaf. (AZFA HANANI dan ELLINA meninggalkan pentas) 20 .. (ELLINA tersenyum) AZFA HANANI: Nani dan Nini.. ELLINA: Jomlah ke kelas. (ELLINA menggulum senyum manakala Azfa Hanani termenung memikirkan sesuatu) AZFA HANANI: Entahlah . cikgu pula hendak menempah nama Azfa Hanani untuk dibuat tanda nama baru. begitu harmoni! ELLINA: Betul. dan sekarang Nina pula. ELLINA: Saya Nina. Tapi..BABAK 6 Pentas di hadapan tirai menunjukkan Ellina sedang berjalan dengan pakaian lengkap sekolah dan beg sekolah tersandang di bahu.. Nina. bunyinya seakan-akan pula. ELLINA: Tak apalah.. Ramai orang pun masih susah nak percaya jelmaan Murni ada di sini sekarang. Apabila Azfa Hanani terserempak dengan Ellina dia ditegur oleh Ellina. Azfa Hanani. Tak sempat nak telefon Ni . Kemudian tiba-tiba masuk Azfa Hanani yang baru dihantar oleh Abang Mazran ke Sekolah Menengah Taman Sari... langsung tertidur awal... AZFA HANANI: Oh . ELLINA: Ini Hanani.. Malam semalam pun terlalu letih . ya? AZFA HANANI: (Sambil berjabat tangan) Ya. saya rasa elok Nina panggil saya Nini sebab Abang Mazran dan Kak Finaz mahu semua orang mengenali saya dengan nama itu. Banyak sangat urusan di pejabat. (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Belum. mana-mana pun boleh. Tapi saya dah terpaksa berlakon sebagai Murni di rumah dan saya harap saya akan diterima sebagai diri saya yang sebenar di sekolah.. Ah. Semalam saya lewat masuk ke kelas. Saya sibuk sangat sehari dua ni kerana mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja. Nini semalam dah lapor diri .

.. Manakala Ellina menarik kerusi tempat duduk Adriani untuk mengambil tempat duduk... water. AZFA HANANI: Dia baik dengan semua orang? ELLINA: Hampir semua orang.BABAK 7 Pentas dibuka dengan suasana dalam bilik darjah. Sastisfying need without awareness causes. Nini Tengku Murni pun macam itulah.. introduce yourself. 21 . CIKGU RAMZAN: Good . ADRIANI berbisik ke telingku) ADRIANI: Sekejap lagi subjek Bahasa Inggeris. My name a. (AZFA HANANI hanya mengangguk kepala) CIKGU RAMZAN: Ok .. Azfa Hanani duduk di kerusinya. yes Laili your opinion LAILI: When we say about pollution it involve the pollution of air. (Loceng berbunyi panjang. I .. Semua murid duduk di tempat masing. CIKGU RAMZAN: You’re seem pair twin of Murni . ok Syafikah .. SYAFIKAH: Pollution relates to human and development. I’m from Johor and studied at Sekolah Menengah Sri Dian. saya masih meneka sampai sekarang..... our class will desqust the issues of nature’s pollution . environmental pollution.. anyone care to add move . AZFA HANANI: Sebenarnya? ELLINA: Murni tak pernah beritahu saya..... Siapa dia.. dia berkenan dengan seorang murid lelaki.(AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Err .. Tapi dia pernah menyebut.. sound and etc. ADRIANI kembali duduk di sebelahku.. ELLINA: Nini yang sebenar amat peramah orangnya. ELLINA kembali ke tempat duduknya. is there anyone have any opinion . Cikgu Ramzan tu garang sikit. but she’s good in English... is Azfa Hanani .. AZFA HANANI: (Dengan tersekat-sekat) Hmm . (ELLINA mengangkat bahu tetapi bibirnya mengukir senyuman sinis) ELLINA: Nini Azfa Hanani tentu ramai peminat di sekolah lama. Beberapa kerusi lagi telah dipenuhi oleh pelajar. Nina. ( Tiba-tiba Cikgu Ramzan masuk selepas ucapan salam dia memandang ke arahku) CIKGU RAMZAN: Are you the new student . Murni ada kawan istimewa ke..

ELLINA: Tak apalah. FUZIANA: The effect of this ozone layer became thick and it can cause cancer and the extinction of flora and fauna CIKGU RAMZAN: That’s good . Cuma nak menjawab tu yang susah. Nini. Dia tidak dapat mengikut perbincangan tersebut.. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki berpakaian kemas selaku pemimpin pelajar menegur.. Semua pelajar mengambil buku Fizik untuk bergerak ke makmal Fizik..) 22 . yes Fuziana ... awareness campaign and conservation concept. ELLINA: Jom kita ke kelas Fizik (Tirai ditutup. Err .. (ELLINA mengangguk sedikit kepada ADRIANI) ADRIANI: Tentu. How would we avoid it? Oh Syamsul what’s your opinion SYAMSUL: Actually every person should play their part such as enforcement. (AZFA HANANI mencari buku Fizik dalam begnya) ELLINA: Kenapa kata macam tu?(ADRIANA hanya mengikuti perbualan antara AZFA HANANI dengan ELLINA) AZFA HANANI: Saya budak kampung.. Insya-Allah. tunggu dulu. what are the effect . Teringatkan siapa? Seseorang?(AZFA HANANI hanya tersenyum) AZFA HANANI: Tak adalah. tapi yalah .. ELLINA sambil memegang buku Fizik datang menghampiri AZFA HANANI) ELLINA: Jauh mengelamun tadi.CIKGU RAMZAN: Oh ... good . tak pernah guna bahasa Inggeris di rumah. Nak bercakap banyak-banyak. (ADRIANI memandang wajah AZFA HANANI) ADRIANI: Nini tak fahama lansgung apa yang Cikgu Ramzan ajar tadi? AZFA HANANI: Sikit-sikit tu. CIKGU RAMZAN: Good. AZFA HANANI: Terima kasih atas niat ikhlas tu.) EKRAN: Saudari yang macam Tengku Murni tu. (AZFA HANANI hanya menundukkan kepala dan mengelamun jauh.. Nina. fahamlah. Didi pun boleh... Loceng berbunyi dan CIKGU RAMZAN beredar. Yes. saya tak pandai. kalau dibuat dalam bahasa Melayu kan mudah.. Saya akan tolong. (Mereka bertiga berhenti dan menoleh kepada pelajar lelaki tersebut. idea ada untuk mencelah semasa perbincangan tadi. Mereka bertiga bergerak dan muncul di hadapan pentas sambil berjalan dengan mengkepit buku Fizik.

Kemudian nampak CIKGU SANI masuk ke dalam kelas FIZIK. Teori berdasarkan “model titisan cecair” dan boleh digunakan bagi kebanyakan sebutan dalam rumus.. Nini. (AZFA HANANI mengangguk) EKRAN: Selamat datang ke SMTS (Sambil menghulurkan tangan) AZFA HANANI: (AZFA HANANI tidak menyambut tangan tersebut) Maafkan saya.. Seperti juga namanya. tak apa . Laili tu memang sejak dulu tak sebulu dengan Murni.. tergagap-gagap. rumus jisim separa empirik. iaitu rumus untuk menganggarkan jisim dan ciri lain bagi nuklues atom... ADRIANI dan AZFA HANANI turut berada dalam kelas tu.. (EKRAN menundukkan kepala dan beredar) AZFA HANANI: (Sambil memandang ELLINA) Siapa dia tu? ELLINA: Muhammad Ekran bin Muhammad. Pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima SMTS. (Mereka bertiga bergerak masuk ke dalam pentas. boleh pelajar baru kita Azfa Hanani menjelaskan sedikit tentang keputusan uji kaji berkaitan rumus jisim separa empirik. AZFA HANANI: Dalam fizik nuklear. Dia pernah belajar sekelas dengan saya dan MURNI. Tirai dibuka dan kelas dipenuhi pelajar kelas yang sama.EKRAN: (Setelah hampir . ELLINA: Bolehlah dikatakan baik. masuk kelas sains sosial sebab katanya nak jadi akauntan. dan memberikan anggaran secara kasar bagi nilai pekali. ia sebahagiannya diasaskan daripada teori dan sebahagian lagi pengukuran empirik. Lepas SRP. berlagak! Depan Cikgu Ramzan tadi.) CIKGU SANI: Hmm . kadang kala dikenali sebagai rumus Weizsacker. (AZFA HANANI berubah air mukanya) ELLINA: Jangan ambil hati. jangan lupa pergi ke bilik persatuan untuk ambil borang keahlian.. Kelihatan ELLINA. AZFA HANANI: Dia baik dengan Murni. LAILI: (Apabila AZFA HANANI duduk) Eleh. 23 . EKRAN mencabut pen dan buku catatan seolah-olah ingin mencatat) Boleh saya tahu nama saudari? AZFA HANANI: Azfa Hanani binti Zainal Ariff EKRAN: Terima kasih.. EKRAN: Oh . Masa rehat nanti.

(AZFA HANANI hanya mendengar dan tidak memberi respons) ELLINA: Sebenarnya. Hilang tak tahulah di mana.) 24 .(AZFA HANANI terkejut dan keningnya bertaut) AZFA HANANI: Saya tak faham. apakah Murni benar-benar dah tak ada. Laili masih sangsi.(Loceng berbunyi. Budak-budak sekolah ni panggil mereka tu Budak Glamur. Mereka berdua berjalan dan masuk ke dalam pentas. Nini. Nina. (AZFA HANANI terkedu.) ELLINA: Lili. AZFA HANANI dengan memegang borang sedang berjalan dengan ELLINA di hadapan pentas. AZFA HANANI: Kenapa? ELLINA: Dia tak pasti. ELLINA: Abang Ran tak beritahu misteri ini? AZFA HANANI: (Semakin terkejut) Misteri? ELLINA: Kad pengenalan dan kad ATM Murni dengan beg duitnya sekali sampai sekarang tak ditemui. Ika dan Fuzi memang begitu. Tirai sekali ditutup.

makan . Finaz dah suruh semalam. Macam semalam. Semasa di Jepun. (KAK FINAZ melawak dan cuba menyelamatkan keadaan) DATIN MAZIAH: Peliknya pula.BABAK 8 Pentas masih menggambarkan suasana banglo milik Datin Maziah. Entahentah Nini ni teringatkan seseorang di sana tak? (AZFA HANANI terkejut dan menggeleng kepala dan beberapa biji nasi terkeluar dari mulut) 25 . Nini seronok dapat belajar semula bersama kawan-kawan. dia makan sikit sangat sekarang. Kalau ada manamana bahagian yang Nini tak faham. DATIN MAZIAH: Tentulah. Tak apalah. bukannya nak belajar memasak. Lampu disorot kepada Datin Maziah yang sedang menunggu Azfa Hanani pulang dari sekolah. KAK FINAZ: Mama jangan pula minta dia masakkan apa-apa yang dia makan di sana tu. mama sendiri yang masakkan ayam masak merah tu... apa salahnya kalau mama ajar sekali lagi. Nanti bila Nini ada masa lapang. (AZFA HANANI melebarkan senyuman kepada DATIN MAZIAH sambil memandang KAK FINAZ dan KAK FINAZ mengangguk-angguk) DATIN MAZIAH: Marilah Nini . DATIN MAZIAH: Hari ini macama mana? Ada apa-apa yang Nini nak ceritakan pada mama? (DATIN MAZIAH memeluk mesra sambil mencium dahi AZFA HANANI) AZFA HANANI: Baik saja. (KAK FINAZ yang mengambil aku setelah membayar duit teksi terus masuk ke dalam rumah) DATIN MAZIAH: Nini tak rasa ketinggalan dalam pelajaran? (AZFA HANANI menggeleng) AZFA HANANI: Tak adalah. mama. Nini kata . Nini kan dah pernah belajar dulu?(AZFA HANANI tergamam) AZFA HANANI: Nini dah lupa... Dari jauh Azfa Hanani menguntum senyuman kepada Datin Maziah. Nini nak belajar daripada mama. walaupun lama di sana. dia pergi nak seronok-seronok. Nini tentu suka. kan DATIN MAZIAH: (Datin Maziah tersenyum) Ini tentu fasal suka sangat makan masakan orang Jepun. Tapi. AZFA HANANI: Terima kasih. Nina dan kawan-kawan lain pun ada yang tolong. Tapi.. Nini ada juga buka-buka buku. nanti mama ajar. kalau Nini nak tahu. DATIN MAZIAH: Eh.. Nini akan tanya cikgu. AZFA HANANI: Masakan mama memang sedap. mama.

. Kak Finaz sudah berada di katil sambil membelek-belek album gambar) AZFA HANANI: Kenapa Kak Finaz tak beritahu Nini awal-awal lagi fasal kehilangan tu? KAK FINAZ: Sebab kami rasa Nini tak perlu tahu. Nini sedang diet.Mama sajalah yang bawakan. Betul ke? (Wajah KAK FINAZ berubah) KAK FINAZ: Abang Ran dan Kak Finaz agak. ke bilik dulu ya mama. semua hiasan dan kusyen baharu. Mama tak akan dapat tengok. akuan dia selamat. DATIN MAZIAH: (Nyaring) Leha! AZFA HANANI: (Seolah-olah merengek) Nini tak nak Mak Cik Leha yang bawakan. AZFA HANANI: (Dengan manja) Mama. (AZFA HANANI tersedak dan mama datang mengurut belakang... Ada dua buah kotak besar. Ada buku-buku rujukan baru di atas meja. Hmm .KAK FINAZ: (Berkata dengan lembut) Nini.) Nini . Tanda-tanda pengenalan Murni ada di tempat terlindung. AZFA HANANI: Terima kasih. mama. orang tu tak dapat cari nombor PIN. 26 . Ada sebuah album di atas katil. Hiasan anak-anak patung telah dilonggokkan di tempat lain. berhati-hati bila makan. ada orang yang ambil di tempat kemalangan. Nini nak minum air sejuk. (Sesudah makan AZFA HANANI meminta izin untuk ke bilik. Tak penting sebab jenazah Murni pun dah selamat disemadikan. Agaknya. Abang Ran dan Abang Muz yang sahkan. (DATIN MAZIAH bergegas ke dapur) AZFA HANANI: (Dengan suara perlahan) Kak Finaz. (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Tak adalah. Bolehlah kita kemaskan sekarang. Malam nantilah kita kemaskan. Tapi. jaga badan sebab tak mahu gemuk. Papa. Kak Finaz dah belikan apa yang Nini mahu. kak. KAK FINAZ: Kenapa Nini? AZFA HANANI: Nina beritahu Nini di sekolah tadi. mama. (DATIN MAZIAH muncul dengan menatang sgelas air suam di atas dulang) AZFA HANANI: Terima kasih. (Cahaya disorot ke bilik yang sudah berubah.. AZFA HANANI: Betuk ke dia tu Murni kak? KAK FINAZ: Betullah. Dalam dua buah kotak tu. kad pengenalan dan beg duit Murni belum lagi ditemukan sejak kemalangan tu. Nini janganlah bimbang sangat. Tapi Nini nak berehat dulu.

Saya akan kirim duit itu setiap awal bulan. tetapi untuk menyelami prinsip dan perwatakan Murni aku perlu membacanya . (AZFA HANANI serba salah) AZFA HANANI: Saya akan kirim sendiri..) Tirai ditutup. rasanya ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Murni . papa? DATUK TENGKU MAKMUR: Baik. AZFA HANANI: (Bermonolog) Sebenarnya tak elok baca diari orang lain . Sebentar kemudian masuk Datuk Tengku Makmur dan mengjenguk ke bilik Azfa Hanani.. (AZFA HANANI terkejut. AZFA HANANI memandang sayu wang tersebut.. Mint alamat keluarga awak di kampung. datuk. DATUK TENGKU MAKMUR: Mazran tak berjanji apa-apa? (AZFA HANANI tunduk dan berasa hiba.. Kenapa ada catatan yang dipadamkan. (KAK FINAZ beredar dari pentas dan AZFA HANANI sambil duduk di kerusi membelek-belek diari dan bermonolong.. Depan datin. Ah .. DATUK TENGKU MAKMUR: Berapa Mazran janji nak bayar upah? AZFA HANANI: Upah? (Terkejut) DATUK TENGKU MAKMUR: Ya.. Kak Finaz pun nak pergi mandi. keliru dan menggeleng kepala) AZFA HANANI: Dia tak berjanji macam tu.KAK FINAZ: Ini pula . tengoklah. tapi saya bukan ayah awak. Lampu diterangkan. Suasana senyap seketika) DATUK TENGKU MAKMUR: Saya bagi RM500 sebulan. DATUK TENGKU MAKMUR: Bagus. Lampu digelapkan. mama dah pulangkan album-album dan diari-diari Murni.... (AZFA HANANI terpempan) AZFA HANANI: Saya minta maaf.. (DATUK TENGKU MAKMUR mengeluarkan dompet dan mengambil jumlah wang tersebut dan dilempar di atas katil dan beredar dari situ. upah menyamar sebagai Murni.. Tapi .. 27 . (Lampu digelapkan.. cukup? AZFA HANANI: Err . bolehlah awak panggil saya macam tu.. Azfa Hanani terkejut) AZFA HANANI: Apa khabar. DATUK TENGKU MAKMUR: Cukup tak? AZFA HANANI: Cukup.. Nini nak tengok.

Mungkin Nini nak pergi ke Plaza Cahaya.. bang. Manalah tahu. Nini bukannya nak pergi berbelanja. Nini nak keluar jalan-jalan? (Abang Mazran mengulangi soalannya) AZFA HANANI: Err .. Jaga diri baik-baik. Tapi kalau boleh. Nini nak beli sesuatu nanti.. Nini ambil wang yang dihulurkan oleh ABANG MAZRAN) DATIN MAZIAH: Nini. buat belanja . Nini beritahu sebelum bersarapan tadi. Abang Ran. Nini hendak ke mana? AZFA HANANI: Sebenarnya di sekolah ada perjumpaan untuk membincangkan tentang Hari Sumbangsih. bang.. (Selepas hampir AZFA HANANI mendakap DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini pergi dulu ya. AZFA HANANI: Tak apalah. (TENGKU MAZRAN mengeluarkan dompet dan menarik keluar dua keping wang kertas RM50 dan menghulurkan kepada AZFA HANANI dan AZFA HANANI teragak-agak untuk menerima wang tersebut) TENGKU MAZRAN: Ambil ni. kalau-kalau Nini nak beli apa-apa di sana. mama. berstoking putih dan berkasut kanvas. Dia seolah-olah hendak keluar berjalan. DATIN MAZIAH: Pergilah sayang. Nini nak pergi ke mana lagi? AZFA HANANI: Tak tahu lagi. Nini nak keluar berjalan-jalan. TENGKU MAZRAN: Bersiap-siap ni .BABAK 9 Di hadapan pentas Azfa Hanani memakai baju T berkolar. seluar jeans putih.. TENGKU MAZRAN: Nini dah beritahu Kak Finaz? (AZFA HANANI tidak menjawab dan dia hanya memandang jauh seolah-olah mencari kelibat KAK FINAZ) TENGKU MAZRAN: Nini dan beritahu Kak Finaz. TENGKU MAZRAN: (Sambil menoleh ke belakang) Ke mana? AZFA HANANI: Entahlah .. Duit yang abang bagi hari tu pun banyak lagi.. dah.. TENGKU MAZRAN: Selepas perjumpaan tu. Kebetulan Abang Mazran juga berada di situ. (DATIN MAZIAH sedang masuk ke hadapan pentas. (Terdengar deruman kenderaan) 28 . nak tengok lokasi Institut Lingua Franca itu sekali. TENGKU MAZRAN: Ambilah.

Err . Masuk semula Azfa Hanani dan Ellina ke hadapan pentas. umurnya tak panjang.. ELLINA: Memang pun. sakit hati. ELLINA: Malam Bakat Sumbangsih. kau sakit ke. Nina? ELLINA: Ya... AZFA HANANI: Aku bergerak dululah. apa nak dikata .. adalah. (Wajah ELLINA menunjukkan rasa tidak puas hati) AZFA HANANI: Kau .AZFA HANANI: Apa yang kakak tahu fasal hari sumbangsih tu? KAK FINAZ: Projek cari duit untuk memperindahkan lagi kawasan sekolah. yang tak setuju geng-geng Laili saja. kau tak pernah beritahu aku fasal Hari Sumbangsih ni...) AZFA HANANI: Hebat sungguh cara Ekran berucap serta kelancarannya memberi penjelasan. Tak layak jadi pemimpin tapi nak bertanding juga dulu. AZFA HANANI: Sakit hati? Sakit hati pada siapa? ELLINA: Laili.. AZFA HANANI: Ah . Asyik memprotes saja. Nini kau dapat tugas apa untuk Hari Sumbangsih nanti . Tapi. dia nak bertanding pegang jawatan dalam persatuan tu.. (AZFA HANANI berpisah dengan ELLINA. tak ada kerja lain.. Nina.. AZFA HANANI: Dia ni memang ada tokoh jadi ahli pembangkang. Kenapa tak tanya orang lain? AZFA HANANI: Orang lain pun tak sebut apa-apa. (ELLINA geram) AZFA HANANI: Sebenarnya slot apa yang Budak Glamor mahu. Dia tu . Mujur tak menang.. Buat kerja bukannya tahu. Dulu. AZFA HANANI: Murni ada beritahu kakak apa-apa? KAK FINAZ: Sikit-sikit. Dia meneruskan perjalanan dan bertemu dengan ADRIANI) ADRIANI: Hei ... ELLINA: Itulah ... 29 . ELLINA: Lupa.. maksud aku tak beritahu. Apa-apa terbina daripada hasil kutipan sumbangsih akan dinamakan sempena kumpulan murid tingkatan lima tahun itu. (Mereka berjalan dan hilang daripada pentas.

. EKRAN: Ya.. 30 .. di mana sa... Dia ingin bertanyakan penjual burger yang baru memulakan perniagaan) AZFA HANANI: Bang. saya boleh cari teksi.. lebih kurang 10 minit perjalanan.AZFA HANANI: Namaku tergolong dalam senarai penjual burger. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI meneruskan perjalanan ke Plaza Cahaya.... hah ... nak beli .. (EKRAN menjuihkan mulut dan isyarat tangan.. kau naik bas mini nombor 19.. AZFA HANANI: Ke Plaza Cahaya . nak ke mana. AZFA HANANI pun berlalu) Pentas kosong. ADRIANI: Maaflah . ADRIANI: Kau nampak kalut saja ... kau nak ikut . EKRAN dan AZFA HANANI saling bertentangan mata) AZFA HANANI: Di . aku ada kerja ....... Setelah berjalan AZFA HANANI ternampak seorang pemuda menjual burger. sampailah ke Plaza Cahaya. aku bukan pernah ke sana. (Mereka terkejut.

Tetapi .. mikrofon dan entah apa-apa lagi pun tak tahu. suara awak bagus untuk jadi pengacara pada malam itu. AZFA HANANI: Fasal apa? FUZIANA: Okey... kita terus terang sajalah. budak-budak tu nak kendalikan amplifier. saya dan Ikah yang kena beritahu.BABAK 10 Pentas dibuka dan suasana seolah-olah di perpustakaan sekolah. Sambil itu dia bermonolog.... Sambil itu dia membelek-belek akhbar tu. pengacara majlis? SYAFIKAH: Ya. Sebab dia kena pergi mesyuarat. Saya dan Fuzi tak mahu bercakap fasal tu. (SYAFIKAH berkata-kata sambil jari jemarinya mengetuk meja) 31 . Hanani. Sebab itulah kami nak tolong mereka. Karangan ni tak semestinya kita siapkan sekarang. Aku mesti memastikan karangan yang aku tulis mesti mantap. pengacara yang glamor! (AZFA HANANI serba salah) FUZIANA: Awak kan murid baru? Inilah peluang paling baik untuk memperkenalkan diri . AZFA HANANI: (Terkejut) Jadi pe . (AZFA HANANI menoleh) FUZIANA: Boleh kita bercakap sebentar? (AZFA HANANI terkedua dan SYAFIKAH dan FUZIANA duduk di hadapan AZFA HANANI.. Laili kata. alamatnya banyaklah yang tak menjadi. Azfa Hanani tengah sibuk membuat rujukan untuk mencari bahan. awak tu Azfa Hanani bukannya Tengku Murni.. baru-baru ni Cikgu Zamri kata bahasaku amat baik. (AZFA HANANI mengerutkan kening lalu memandang sekeliling.Mengambil akhbar dan duduk di kerusi.(SYAFIKAH menggeleng pantas) SYAFIKAH: Bukanlah. mesti ketinggalan zaman punya..) AZFA HANANI: Fasal apa tu? FUZIANA: Ini rancangan Laili sebenarnya. (Tiba-tiba nama Hanani dipanggil) SYAFIKAH: Hanani.. Di rumah pun boleh tulis. Backdrop tak payah cakaplah ..) AZFA HANANI: Fasal karangan tu?(Suaranya rendah dan perlahan) Saya pilih tajuk kejayaan sektor perindustrian di negara kita. kalau dibiarkan kelas tu jadi pengelola.. AZFA HANANI: (Bermonolog) Ah . (FUZIANA tersenyum sinis) SYAFIKAH: Sebenarnya Laili dan berunding dengan Asmat dan beberapa orang murid kelas itu. aku perlu mencari fakta berkaitan kereta nasional . Saya rasa. Kami nak ajak awak jayakan Malam Bakat Sumbangsih.

budak kampung ni bukannya dapat diajak berunding.FUZIANA: Kelas tu pun memang khusus untuk budak-budak lembap. Ika. (FUZIANA mengangkat punggung dan SYAFIKAH bingkas dan merenung wajah AZFA HANANI) SYAFIKAH: You’re a very clumsy kampung girl! Tirai ditutup. (AZFA HANANI mengetap bibir) SYAFIKAH: Setuju? (AZFA HANANI menggeleng tetapi bukan bermaksud menolak) AZFA HANANI: Entahlah. kita kena tolong budak-budak tu. jangan kata begitu! Kalau Murni ada. Murni lain. (AZFA HANANI mengetap bibir) AZFA HANANI: Err . Ellina dah tahu... SYAFIKAH: Apa yang nak difikirkan lagi. (FUZIANA mencemik dan SYAFIKAH mendengus seraya genggaman tangan kanannya menumbuk meja) FUZIANA: Aku dah kata. kita nak tolong murid-murid kelas tu? SYAFIKAH: Ah. Hanani? Laili dan tawarkan peluang yang amat bagus. FUZIANA: Apa yang penting. saya lain. Ika . Saya tak dapat terima tawaran ini. (AZFA HANANI menggeleng kepala tetap dengan keputusannya) AZFA HANANI: Tak apalah. jangan menyesal kalau-kalu dia berubah fikiran. (AZFA HANANI menoleh ke sisi dan dapati ADRIANI sedang memerhatikan mereka) FUZIANA: Kami boleh ajar. (Kedengaran bunyi loceng berdering) AZFA HANANI: Ika. AZFA HANANI: Saya tak pernah jadi pengacara. Tak kan awak nak tolak? Lambat. Kalau kita tak ikut campur. Kolot. (AZFA HANANI tergamam apabila mendengar Ellina dikutuk) FUZIANA: Awak patut ikut cakap Lalili. saya minta maaf.. Hanani. segalanya boleh. SYAFIKAH: Kalau kita ada matlamat. Kadangkadang. Fuzi. Saya bukanlah orang yang sesuai untuk jadi pengacara yang glamor. Perangai dia pun sama macam Murni. entah-entah kutipan tiket pun tak balik modal. SYAFIKAH: Eh. Carilah orang lain. Saya perlu fikir dulu.. Keras kepala. 32 . macamlah sia seorang saja yang pandai dalam dunia ni. Jadi pengacara malam Bakat Sumbangsih ni glamor tau. dia pun tak akan tolak. Ellina tu tahu cakap saja! Buat kerja macam budak sekolah rendah.

. (TENGKU MUZAFFAR menganggukangguk) TENGKU MUZAFFAR: Abang suka dengar Nani baca surah Yasin tadi. Cuma.. TENGKU MUZAFFAR: Nani buat apa tu? AZFA HANANI: Tengok-tengok komputer ni.BABAK 11 Di hadapan pentas.. Nini . tunggulah masanya. Kemudian dia duduk sambil melihat-lihat komputer di atas meja. Nani akan tunggu. (Sambil menguntum senyuman) TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani nak belajar. Nani selalu sedekahkan bacaan Quran kepada ayah dan ibu kandung Nani. boleh kan? (Tiada jawapan daripada AZFA HANANI hanya memandang TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MUZAFFAR masuk ke dalam pentas meninggalkan AZFA HANANI kemudian AZFA HANANI juga meninggalkan pentas) 33 . AZFA HANANI: Err .. Kemudian kelihatan Abang Muzaffar menghampiri. eh. TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nani bacakan untuk Nini sekali. Azfa Hanani baharu sahaja melipat telekung sembahyang. Ni . Terdengar suara bacaan yasin. Suara Nani lunak sungguh. (Sambil cuba tersenyum balas kepada AZFA HANANI) AZFA HANANI: Terima kasih. bang. Tesis abang pun dah hampir siap sekarang. malam ini kan malam Jumaat... abang boleh ajarkan.

AZFA HANANI: Saya tak kenal abang. (AZFA HANANI tersentak) AZFA HANANI: Eh. bolehlah saya tunggu dan hantarkan Hanani balik.BABAK 12 Tirai dibuka. tapi ini prinsip saya. Abang ajaklah orang lain. 34 . kita perlu berkenalan. ISKANDAR: Sebab tak kenallah. Kawan saja. ISKANDAR: Kakak tak datang ambil hari ini. dekat-dekat rumah pun tak apalah. jangan! ISKANDAR: Kenapa? AZFA HANANI: Nanti keluarga saya marah dan saya juga tak kenal siapa abang ni. ISKANDAR: Kalau tak boleh hantar sampai ke tangga rumah. Saya ada janji nak jumpa kawan. Saya ada cukup duit untuk bayar tambang teksi dan saya juga tak suka berpanas. Tidak jauh daripada Hanani ada seorang gadis tionghua dan gadis melayu yang memerhati. Kenapa? ISKANDAR: Kalau betul bukan teman istimewa. betul. Azfa Hanani sedang menghadap penonton dengan di tangannya beberapa buku tentang bahasa Jepun. ISKANDAR: Kawan lelaki atau perempuan? AZFA HANANI: Lelaki.. Pentas menunjukkan ada gerai burger agak ke dalam. (Pemuda itu melangkah lebih hampir kepada AZFA HANANI) ISKANDAR: Teman istimewa.. sombongnya awak! AZFA HANANI: Saya tak sombong. (AZFA HANANI menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak. (AZFA HANANI semakin mengepit fail dan buku-buku ke dada) ISKANDAR: Betul ke ni? AZFA HANANI: Err . Hanani? (AZFA HANANI terkejut dan memandang ke wajah pemuda itu) AZFA HANANI: Tak. Hanani tak mahu cuba naik motosikal tu? AZFA HANANI: Tak apalah. ISKANDAR: Hai. Kemudian seorang pemuda berpakaian jaket memandu dan topi keledar menghampiri Azfa Hanani. Terima kasih sajalah.

Alhamdulillah. (Sambil menghulurkan bangku plastik kepada AZFA HANANI) 35 . (Wajah ISKANDAR berubah) ISKANDAR: (Nada suara agak tinggi) Awak jual mahal. dengar budak-budak ILF bercakap. bolehlah. Hanani pun saya rasa. Datang lagi ya. PEMUDA KERINTING: Insya-Allah (Pemuda itu meninggalkan mereka) AZFA HANANI: Pandai Ekran bercakap bahasa Perancis EKRAN: Sikit-sikit.. burger 10. sesuai dengan keadaan. tentu tahu banyak lagi. (Mereka berpisah dan AZFA HANANI berjalan untuk menghampiri gerai burger EKRAN dan EKRAN tidak sedar kehadiran AZFA HANANI) AZFA HANANI: Bang. saya tak kisah. agak-agak boleh tak? EKRAN: Eh. Hanani! (EKRAN tergelak dan ada seorang pemuda belajar bahasa asing membeli burger dan EKRAN kembali wang bakinya) EKRAN: Merci beau coup. ISKANDAR: Ah. berlagak! (AZFA HANANI mula melangkah kaki untuk meninggalkan ISKANDAR) Jangan menyesal. kurang saya gemari. (EKRAN tunduk terkial-kial mencari duit) EKRAN: 10 tak cukup. GADIS TIONGHUA menegurnya) GADIS TIONGHUA: Awak buat keputusan yang tepat. bang.. Kalau dua. Ha .. AZFA HANANI: Saya tak tahu perangai abang tu macam tu. Tau tak? AZFA HANANI: Pergilah cari. mata keranjang. GADIS MELAYU: Bagus adik buat begitu. AZFA HANANI: 1000 ketul. AZFA HANANI: Prinsip saya tak perlu diubah sebab keadaan macam ini pun . (Ketika AZFA HANANI sedang bergerak ke arah lain. EKRAN: (Terkejut dan mengerling) Gi . (EKRAN menjawab tanpa mengangkat kepala) AZFA HANANI: (sambil tersenyum) 100 ketul.. Hanani...ISKANDAR: Prinsip boleh diubah. Saya boleh cari sepuluh orang gadis lain yang lebih cantik daripada awak. Ajar sikit si Iskandar tu. Terima kasihlah kerana tolong beritahu. Iskandar bukannya budak baik.

Dengan berniaga. Saya ni Azfa Hanani. Letih.. kan? Pada Hari Sumbangsih nanti. tapi bukan sekarang sebab saya dah nak tutup gerai. wang masuk dan sebagainya. (Selesai kerja mereka berdua bergerak dan duduk di gerai nasi ayam.AZFA HANANI: Terima kasih. Tak salah. saya belajar secara tak lansgung mengenai akuan. Saya belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. ( AZFA HANANI kehairanan) EKRAN: Saya nak jadi akauntan. saya kena jual burger. Saya tak belajar bahasa Perancis. ( EKRAN mengeluarkan sehelai sapu tangan dan dikesat keringatnya) AZFA HANANI: Boleh saya tolong? EKRAN: Tak malu ke berkawan dengan penjual burger? AZFA HANANI: Tak. boleh? EKRAN: Boleh. Pelayan ambil pesanan) AZFA HANANI: Ekran berniaga setiap hari? (EKRAN mengangguk) EKRAN: Setiap hari.. EKRAN: Betul ke ni? AZFA HANANI: Betul. berniaga pun sebenarnya masa saya belajar juga. tentulah keluarga saya marah. (AZFA HANANI mengangguk-angguk) 36 . AZFA HANANI: Kalau sibuk berniaga. bukannya Tengku Murni. wang keluar. di sini pula pratikal. Tolong jangan anggap saya anak orang kaya. bila masanya Ekran belajar. Hanani. tapi. nak tengok Ekran bekerja saja. Cuma. Di sekolah saya belajar teori. Hanani tunggu nanti kita sama-sama ke gerai nasi ayam yang berdekatan. EKRAN: Malam . EKRAN: Tak apalah. EKRAN: Sebenarnya. kecuali kalau dekat musim periksa atau sakit. berapa ketul burger Hanani nak? AZFA HANANI: Saya tak mahu apa-apa. AZFA HANANI: Keluarga tak marah? EKRAN: Kalau saya buang masa dengan melepak tak tentu hala. Saya lebih bangga kerana dapat berkawan dengan pemimpin persatuan yang bagus. Kalau saya nak belajar daripada Ekran.

Tapi taklah sampai ke tahap kais pagi makan pagi. Sikit-sikit. (Hidangan sampai dan EKRAN basuh tangan dan AZFA HANAI juga berbuat demikian ) EKRAN: Hanani. Apa yang saya buat ni atas kerelaan sendiri. Murni tak pandai makan nasi dengan tangan AZFA HANANI: Kita hidup mesti berpijak di bumi nyata. Tirai ditutup. EKRAN: Betul (Ekran mengangguk) Hanani dan Murni memang ada perbezaannya. Lampu digelapkan. keluarga Hanani sekarang. AZFA HANANI: Keluarga Ekran? EKRAN: Keluarga saya tak sekaya keluarga Murni. Ayah dan ibu masih mampu menanggung persekolahan saya. Saya dan Murni tak boleh disamakan. Ekran. saya dapat simpan duit. untuk belanja sekolah.EKRAN: Dengan berniaga kecil-kecilan macam ini. kais petang makan petang. 37 .

(EKRAN meleret senyum) AZFA HANANI: Kenapa senyum-senyum ni? EKRAN: Tak ada apa-apa. susah juga ya. Kalau balik lambat pula. Dia sedang menanti kedatangan Azfa Hanani. Cuma . datin tentu tak akan senang hati. jadi anak manja orang kaya ni. Lepas tengok.. (AZFA HANANI melabuhkan punggung dan duduk di situ) EKRAN: Kakak ipar Murni tu tak tanya Hanani nak pergi ke sana dengan siapa? ( AZFA HANANI macam serba salah hendak menjawab) AZFA HANANI: Apa pula taknya? EKRAN: Apa yang Hanani beritahu dia? AZFA HANANI: (Mengajuk ujaran di hadapan KAKAK FINAZ) Pergi dengan kawan. Tak lama.BABAK 13 Dihadapan pentas. Kejap saja. kak? EKRAN: Dia tak tanya ke. kan? AZFA HANANI: Ran. perempuan. kena beritahu dulu. Susahlah kakak kalau mama marah.. Kawan mesti ada .. AZFA HANANI: (Mengajuk kata-kata Kak Finaz) Jangan balik lambat. Boleh ya. Nini baliklah. kawan lelaki atau kawan perempuan? AZFA HANANI: Ekran tentu boleh agak (EKRAN tersenyum dan ketawa) EKRAN: Apa lagi pesan Kak Finaz.. EKRAN: Kenapa ni. kalau ada buku-buku yang sesuai untuk dibeli. Hanani? 38 . kak. Nak keluar ke mana-mana. Kalau datin sendiri. EKRAN: Kenapa? AZFA HANANI: Err . Ekran sedang duduk disebuah bangku panjang. Tiba-tiba kelihatan kelibat Azfa Hanani yang mengepit fail merah dan buku-buku bahasa Jepun.. Kak Finaz yang benarkan. EKRAN: Boleh pergi? AZFA HANANI: Boleh. belum tahu lagi..

saya nak ingatkan Ekran suatu perkara. Tolonglah . Jangan samakan kami lagi. hidup saya sebelum ini amat daif.. AZFA HANANI: Tak.AZFA HANANI: Saya nak .. Nama itu lebih sesuai untuk Azfa Hanani. tak ada ibu dan sekarang sedang merasa tuah diuntung. kan? Kalau diizinkan saya nak panggil Hanani dengan nama yang saya rasa lebih sesuai.. AZFA HANANI terpandang kelibat TENGKU MUZAFFAR.. Murni sudah tiada lagi. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Nama apa itu? EKRAN: Nani. Saya anak orang miskin dan yatim piatu.. Mereka terus hilang ke dalam pentas) 39 . EKRAN: Sebenarnya .. (EKRAN dan AZFA HANANI sedang berjalan-jalan. Tak salah kerana semua orang dah anggap macam tu. ( Suasana sunyi sebentar) EKRAN: Sebenarnya saya tak pernah anggap Hanani dan Murni sebagai orang yang sama. Tiada respons daripada AZFA HANANI) EKRAN: Pada saya. EKRAN: Perkara apa tu? (AZFA HANANI menarik nafas panjang) AZFA HANANI: Saya cuma seorang budak kampung. (Suasana masih sunyi. Tak ada ayah. Hanani tetap Hanani. EKRAN: Salahkah kata-kata saya tadi. apa yang Hanani nak katakan? AZFA HANANI: Saya bukan anak manja Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah. Kalaupun tak merempat. Keserupaan saya dengan Murni itu hanya kebetulan. (AZFA HANANI mengangkat kepala tetapi tiada bersuara) EKRAN: Hanani sebenarnya tak suka dipanggil Nini.

bolehlah kami sama-sama tanya cikgu esok. Kemudian dia kembali ke meja makan. Betul tak? AZFA HANANI: Ah ... TENGKU MUZAFFAR: Kalau Nini tak pergi. Nini memang pandai dalam subjek Bahasa Inggeris dan Muz ingatlah. Dia . mama mahu Nini jadi pelajar terbaik macam Abang Dad. ikut jadual . seelok-eloknya Nini.. DATIN MAZIAH: Nini kan ada kelas tuisyen petang ni? AZFA HANANI: Ada tu memang ada.. Nini rasa. Azfa Hanani baharu menjawab panggilan telefon. mama. ah! Bahasa Inggeris dan Biologi... Kenapa Nini? AZFA HANANI: Err . (AZFA HANANI hanya mengangguk) 40 . Nini nak pergi ke rumah Nina sebab nak belajar. Di sekolah tadi.. macam tak nak pergilah. tapi Nini rasa . Sesekali apa salahnya. petang ni Nini ada kelas Bahasa Inggeris. Nina dan kawan-kawan bincang dulu. dia nak Nini pergi ke rumahnya. Nina pun bukan orang lain. (AZFA HANANI menarik nafas lega) AZFA HANANI: Lagipun.... Mama cuma teringat SPM dah tak lama lagi. Kalau boleh. biarlah Nini tinggalkan kelas tuisyen dia. (DATIN MAZIAH terdiam. Rasa rugi pula kalau tak dapat ikut serta dengan Nina dan kawan-kawan lain tu. Dia sedang mengerat sepotong daging) DATIN MAZIAH: Nini pergilah ke rumah Nina . DATIN MAZIAH: Siapa yang telefon tu. nanti apa pula kata kawan-kawannya. Bukannya nak berborak-borak. (AZFA HANANI cuba menyuap nasi) TENGKU MUZAFFAR: Kalau abang tak silap. (AZFA HANANI mengangguk-angguk) TENGKU MUZAFFAR: Kalau dua subjek tu. Dia berkawan dengan Nini sejak kecil lagi. Mama tak mahu anak kesayangan mama gagal. DATIN MAZIAH: Ponteng kelas tuisyen pun rugi juga. kan? Satu subjek lagi. mama. Petang ini. keputusan subjek Biologi dia pun memang bagus.. ramai yang tak faham formula Matematik Tambahan yang Cikgu Fitri ajar. kami nak buat study group. Biologi. Nini? AZFA HANANI: Nina. (AZFA HANANI serba salah dan macam tak keruan) TENGKU MUZAFFAR: Macam ada yang tak kena saja ni.BABAK 14 Pentas dibuka dan suasana di rumah banglo Datin Maziah. periksa dah dekat. kemudian kalau semua masih tak faham..

Nani bersiaplah. (AZFA HANANI selesai makan lantas bergerak ke arah biliknya. Nani boleh pergi dengan teksi. Nini kan dah besar.. ( TENGKU MUZAFFAR beredar dari bilik AZFA HANANI) Lampu digelapkan. (TENGKU MUZAFFAR hanya tersenyum) TENGKU MUZAFFAR: Nani bersiaplah macam biasa.TENGKU MUZAFFAR: Ala . Dia bercadang hendak menyandang semula jawatannya yang telah dilepaskannya. (AZFA HANANI hanya menggeleng kepala) AZFA HANANI: Tak payahlah bang... 41 . TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz ada urusan dengan bekas majikannya. (Sambil menyerahkan sepucuk surat) AZFA HANANI: Terima kasih . abang tunggu Nani di ruang rehat. Abang dan berjanji dengan Kak Finaz. Tirai ditutup.ABANG MUZAFFAR juga mengikuti AZFA HANANI ke biliknya) TENGKU MUZAFFAR: Kak Finaz minta abang berikan surat ini pada Nani. Pukul 3. (AZFA HANANI memandang ke wajah TENGKU MUZAFFAR) Terima kasih juga kerana tolong Nani tadi. mama? Pandailah dia bahagikan masa dengan betul..30 petang. Abang akan hantar Nani ke rumah Nina.

AZFA HANANI: Berapa ramai kawan kita yang ada di sini. dekat-dekat hari pertandingan. kau tolong ambil alih peranan aku sebagai pengerusi forum. Nina? ELLINA: Ramai.. (AZFA HANANI bersalam-salaman dengan rakan wanita) AZFA HANANI: Ramai betul . Terdengar deruman motosikal) AZFA HANANI: Bingitnya. Nini.. Tengku Muzaffar memakai jaket. kau tolong dengar dan komen. (ELLINA dan sebahagian rakan berlalu ke suatu bahagian di pentas dan AZFA HANANI bergerak ke kumpulan Forum Remaja) 42 . topi keledar serta membimbit sebuah lagi topi keledar. Kedua. Tak sempat nak kira. (TENGKU MUZAFFAR meninggalkan mereka. kena kendalikan mesyuarat sekretariat pameran luar untuk Hari Sumbangsih. tarikh pertandingan Forum Remaja pusingan pertama dipercepatkan... kena berlatih dan berbincang untuk pertandingan Forum Remaja. Err . Ellina dan beberapa orang rakan sekolah lelaki dan perempuan berada di hadapan pentas. ELLINA: Abang Muz tak nak masuk ke rumah dulu. Semasa aku berbincang dan berlatih. Tengok keadaan. Cikgu Zamri pula beritahu. aku ada dua kerja petang ni. Sebenarnya. AZFA HANANI: Apa tugasan aku sebenarnya ELLINA: Semasa aku bermesyuarat. Nina. abang jemput sahaja Nani selepas selesai urusan abang di kampus. Ahli simpanan forum pun satu hal. (TENGKU MUZAFFAR mengangkat sedikit visor topi keledarnya) TENGKU MUZAFFAR: Tak apalah. Pertama. Tiba-tiba Tengku Muzaffar dan Ellina masuk. Nasib baik kau sanggup datang. Nina . Abang Muz memang begitu. Marilah aku kenalkan dengan rakan-rakan kita.BABAK 15 Di hadapan Pentas. ELLINA: Aku tak ada pilihan.. Abang nak ke kampus kejap.. ELLINA: Biasalah. Terpaksa ajak budak-budak ni datang ke sini. AZFA HANANI: Tak apalah . terkena sakit mata pula.. Ada beberapa buah kerusi untuk mereka duduk. Lain kali saja. pukul berapa agaknya perbincangan selesai? ELLINA: Tak tahu lagi..

. kami tak akan ajak Nini. Esok. Nina pun tak perlu susah hati lagi. ibu pun dah ajak minum petang. FAZLINA: Cikgu Zamri selalu beritahu kami. Intonasi salah pun tak apa. (Sambil mengerling ke arah kumpulan ELLINA) FUAD: Betul. Nini memang bagus..) AZFA HANANI:(Bermonolog) Oh. (Tiba-tiba ELLINA menghampiri kumpulan forum) ELLINA: Marilah kawan-kawan . untuk rancangan bicarawan atau sembang pagi. (Semua masuk ke dalam pentas kecuali AZFA HANANI yang memandang ke hadapan risau dan bermonolog. Kalau bukan dia yang kata begitu. benarkah aku akan mempengerusikan forum bertajuk “Peranan Belia dalam Merealisasikan Wawasan Negara” pada pagi lusa? (Kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 43 ..FUAD: Tak susah sangat. Nini. suara Nini amat bagus untuk jadi pengerusi forum. Nina akan sertai kami semula.. Awak cuma perlu baca skrip. Tak ada hakim yang akan potong markah ADLAN: Hari ini saja. Nini. Dia pun nampak macam tak cukup masa saja. ADLAN: Nini sebenarnya sesuai sangat jadi personaliti TV . (Mereka pun berlatih) FAZLINA: Nampaknya kalau macam ni.

. serebeh! (AZFA HANANI tersindir manakala FAZLINA tersenyum) AZFA HANANI: Aku memang tak pandai ikat tali leher. lepas tu aku nak cuba sendiri. Ikat tali timba . (AZFA HANANI mengenakan tali leher dan memakai blazeer yang disangkutkan di kerusi. Janganlah nanti ada yang terlupa atau tersalah sebut pula. Nani? (ELLINA menegur AZFA HANANI yang sedang mengukur-ukur kepanjangan tali lehernya) AZFA HANANI: Ikat tali leherlah. pakai yang itu.. nampaknya macam ikat tali timba..(EELINA mengambil tali leher daripada tangan AZFA HANANI) ELLINA: Budak-budak tu tak ajar kau ke? AZFA HANANI: (Sambil mengerling kepada rakan-rakan forum) Ajar.. aku nak tengok skrip sekejap.) Nina. Ellina turut berada di situ.BABAK 17 Beberapa orang kawan yang terlibat dengan forum remaja seperti Fuad. ELLINA: Teringat? Teringatkan siapa? Teman istimewa? 44 .. agaknya tahulah. Azfa Hanani yang juga berpakaian pengawas sedang sibuk mengikat-ikat tali lehernya dan masuk ke hadapan pentas. (ELLINA cuba memberi tunjuk ajar) ELLINA: Kau nak pakai yang ini ke . Fazlina dan Adlan telah berada di hadapan pentas dengan pakaian kemas pengawas dan blazzer.. ikat tali leher ke. ELLINA: Tengoklah. ( AZFA HANANI mengambil skrip tetapi dia lebih banyak mengelamun) ELLINA: Kau ni sedang menghafal skrip ke berkhayal. Sekali saja.. kenapa?(ELLINA tersenyum sambil menggeleng-geleng) ELLINA: Heh. atau nak cuba ikat sendiri? AZFA HANANI: Err . Nini? (AZFA HANANI tersentak dan mengerling memandang ELLINA) AZFA HANANI: Berkhayal. ELLINA : Kau ni . Di tangan masing-masing ada skrip forum remaja. (AZFA HANANI merungkai ikatan tali leher warna biru tersebut) ELLINA: Tak tahu langsung? (AZFA HANANI memandang blazzer kelabu yang disangkut di atas kerusi) AZFA HANANI: Tak. Teringat..

Kalau kepala aku tak berserabut sekarang.. Iskandar. Insya-Allah . janganlah berbaik-baik. Jangan bimbang sangat fasal Forum Remaja. aku kena angguk. Aku pun tak tahu Nini . ELLINA: Iskandar? (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Iskandar? (ELLINA mengangguk) ELLINA: Ya. (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Siapa yang beritahu kau? ELLINA: Semua orang bercakap fasal tu di bilik persatuan tadi. Aku dengarlah. tak tahu nak kata apa-apa. Kalau kau dah kenal dia. kita boleh menang. janganlah buat sampai macam tu.. apa Kak Finaz cakap? AZFA HANANI: Err . Nina? Apa dah jadi? ELLINA: (ELLINA memeluk tubuh dan membawa lengan ke dada) Gerai burger Ekran kena bakar malam tadi. aku boleh beritahu kau segala cerita fasal dia. kawan Murni tu ada hal lain. tinggal arang. Aku dah tak tahu nak cakap bohong bila dia tanya kenapa aku tak ajak kawan yang datang dengan kereta sport masa parti tahun lalu.. Hangus semua sekali. Err . Kalau tak suka tengok orang maju. AZFA HANANI: Ekran ada di situ? ELLINA: Ada.. AZFA HANANI: Dah tahu kau ada mesyuarat. Murni. Aku cuma kasihan pada Ekran. siapa yang dengki sangat tu. Adriani dan ramai lagi pelajar sekolah ini tak berkenan dengan budak tu. 45 . Nasib baiklah Kak Finaz ada. Dia tu buaya darat. (AZFA HANANI mula membelek skrip) ELLINA: Hah. ELLINA: Aku. (Wajah ELLINA masih menunjukkan tidak ceria) ELLINA: Aku tak bimbang fasal tu.AZFA HANANI: Teringatkan kisah-kisah lalu dan kisah-kisah sekarang. tapi dia macam orang bingung.. Kasihan.. (Sambil menarik nafas dalamdalam) AZFA HANANI: Kenapa dengan Ekran. dia bercerita lagi fasal parti Murni yang sudah-sudah. apa kisah terbaru? Jadi ke Datin Maziah nak buat majlis hari jadi tu hujung minggu ini? AZFA HANANI: Jadilah. pergilah rehat dulu. Pagi tadi pun. Apaapa yang dia cakap...

sebenarnya. Tapi.. Ika dan Fuzi nak tolong budak-budak Tingkatan Lima Sastera II tu. Apa salahnya kalau aku nak dengar cerita sebenar daripada mulutnya. lebih baik diam sahaja. (AZFA HANANI bergerak masuk ke dalam pentas. Nanti mengamuk pula Cikgu Zamri. Saya tak pandai. Ekran. LAILI: (Mencemik) Bagus. AZFA HANANI: Saya ganti Ellina sebagai pengerusi forum pagi ini.. jangan lama-lama sangat. Cuma saya terpaksa tolak tawaran awak atas dasar prinsip. Memang inilah perkara yang aku nak cakap pada kau.. Hanani. Ika dan Fuzi. ELLINA: Kau nak buat apa di situ. LAILI: Apa prinsip kau? AZFA HANANI: Slot Malam Bakat Sumbangsih milik budak-budak kelas tu. jadi pengacara majlis tak boleh. (LAILI menunding telunjuk kanannya ke arah AZFA HANANI dan AZFA HANANI tergamam) 46 . macam rusa masuk kampung. AZFA HANANI: Ekran juga kawan aku. ya? AZFA HANANI: Jangan salah faham. Aku Cuma nak tolong kau sebab kau ni . saya memang nak berkawan dengan awak. jadi pengacara glamor sangat. (ELLINA terdiam kemudian mengangguk-angguk) ELLINA: Pergilah. Dia ada mesyuarat. AZFA HANANI yang keluar semula ke hadapan pentas tidak menemui EKRAN. (AZFA HANANI cubacuba tersenyum) LAILI: Aku tak kisah. Serba-serbi nampak kolot. Laili yang ada di samping memerhati dan menyindir Azfa Hanani) LAILI: Seronok juga ya. Ellina. Err . saya bukanlah pilihan awak yang terbaik. mungkin saya akan terima. Dia ternampak cermin dan cuba mengayakan dirinya. Kalau kau tak bising. Laili. Kau tak tahu apa-apa.. Kalau slot itu milik kita. Macam itu.. ( Laili tersenyum sinis sambil menghampiri kepada AZFA HANANI) LAILI: Jadi pengerusi forum boleh. Saya rasa. exco persatuan tak akan tahu bahawa aku. Itu hak mereka dan kita tak boleh kacau. Laili. Kalau boleh. dapat jadi pengawas sekejap. tapi memandai-mandai. Nina. AZFA HANANI: Perkara apa tu? LAILI: Kau jangan campur tangan dalam urusan aku. Kau tak sedar ke? AZFA HANANI: Saya tak mahu cari gaduh.. Kau memang tak pandai. Kemudian rakan-rakannya masuk ke dalam pentas.AZFA HANANI: Aku nak pergi ke bilik persatuan sekejap.

.AZFA HANANI: Laili .. (LAILI berlalu dan kemudian AZFA HANANI juga masuk ke dalam pentas) 47 . Hanani. Sedarlah diri sikit. LAILI: Kau murid baru di sini.

biarlah. semuanya tampak yakin bila kau bercakap.. agaknya ada hallah tu. Berseronoklah sebab hari ini hari istimewa untuk Nini. suara kau bagus betul semasa jadi pengerusi forum. Yakah. Nini tunggu siapa lagi. lunak. hakim-hakim bagi kau markah bonus untuk itu. AZFA HANANI: Alhamdulillah . KAK FINAZ: Majlis dah nak bermula. Jelas. Aku ingat pun. Mungkin aku bernasib baik hari itu. Ada hadiah-hadiah hari lahir. AZFA HANANI: Ada lagi beberapa orang yang belum sampai. bukan kerana nasib. Ramai rakan-rakan Azfa Hanani yang hadir. Azfa Hanani memandang ke sana ke mari mencari kelibat Ekran . (DATIN MAZIAH mencium di dahi AZFA HANANI dan AZFA HANANI serba salah kerana rakanrakannya ramai. semua orang kata suara kau bagus. kak. Rumah banglo Datin Maziah dihias untuk sambutan hari lahir. Kalau tak datangdatang juga. Murid sekolah kita. Nini? 48 . RUDIAH: Apa cita-cita kau. Mereka mungkin sampai lewat.BABAK 18 Pentas dibuka. (AZFA HANANI menyuap kek ke dalam mulut yang berada dalam pinggan ELLINA) SUZANA: Tak. dan amat sedap didengar. Kau memang wajar menang sebagai pengerusi forum terbaik. kan? ADRIANI: Murid sekolah-sekolah lain pun kata begitu. AZFA HANANI: Siapa semua orang tu? Murid sekolah kita saja. aku cuma buat apa yang patut aku buat. bernada.. mama. (AZFA HANANI menyerahkan pisau kepada DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Nini nak pergi layan kawan-kawan dulu ya. Nini . (DATIN MAZIAH mengangguk) DATIN MAZIAH: Pergilah. (AZFA HANANI mengerling dan ABANG MAZRAN sedang menolak troli berisi kek. Mereka kata. Nini. KAK FINAZ: Setakat beberapa orang. Ada kek yang sedia untuk dipotong. AZFA HANANI beredar mencari kawan-kawannya) ELLINA: Nini di sini! (AZFA HANANI menghampiri ELLINA dan rakan-rakan) ELLINA: Budak-budak ni tengah memuji kau. Majlis dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai ‘Selamat Hari Jadi’ AZFA HANANI sibuk memotong kek) DATIN MAZIAH: Biar mama tolong ptong kek pula.

Ran pun kawan dia. Nani. Nak beri hadiah ni pada Nani. AZFA HANANI tidak menyambut hadiah tersebut. SUZANA: Nini. Lampu digelapkan) Tirai ditutup. 49 .. Su. Makan minum sikit . (AZFA HANANI menyambut hadiah yang dihulur) (Semua tetamu beransur pulang. Aku pun boleh tumpang seronok beritahu sesiapa saja.) EKRAN: Saya ada hal. ELLINA: Dah ramai orang beritahu dia. Majlis macam ini bukan untuk saya. EKRAN: Tak boleh. Saya datang sekejap saja. apa-apa saja yang ada. Tak tahu. Kawan-kawan kita hampir semuanya ada. AZFA HANANI: Sekejap saja. Dialah pengerusi persatuan murid tingkatan lima sekolah Nini. (EKRAN menghulur bungkusan berbalut. Tak pasti lagi... ( AZFA HANANI bergerak menghampiri ke arah EKRAN) AZFA HANANI: Kenapa tak terus masuk? (EKRAN menggeleng) EKRAN: Tak apalah. Apa salahnya Ran raikan sama. kak. aku cadangkan kau ambil kursus komunikasi di universiti. (AZFA HANANI tersenyum tetapi EKRAN tidak membalas) AZFA HANANI: Eh. kawan aku. lepas tu Ran baliklah. ( AZFA HANANI macam merengus) EKRAN: Ambilah hadiah ini. Saya terpaksa pergi sekarang.AZFA HANANI: Entahlah. (AZFA HANANI menuju ke arah KAK FINAZ) KAK FINAZ: Dia tu kawan Nini juga ke? (KAK FINAZ menunjukkan EKRAN yang ada di luar) AZFA HANANI: Ya. (ELLINA mencuit bahu AZFA HANANI menunjukkan ke arah KAK FINAS yang sedang melambai-lambai) AZFA HANANI: Kak Finaz panggil aku tu. Lain kali sajalah.. sebenarnya. pengacara atau pembaca berita di televisyen tu . tak bolehlah macam tu! Hari ini hari jadi tertunda Murni.

. (KAK FINAZ cuba memujuk) AZFA HANANI: Sekejap pun jadilah. (AZFA HANANI merayu) KAK FINAZ: Kakak faham. semasa cuti semester pertama nanti.. kak. Nini tak kisah balik sendiri. ya? (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Baiklah . Mereka akan balik ke JB malam ini. ertinya kakak berada di airport. dengan siapa lagi? Abang Ran sibuk sangat sekarang. tersenyum dan mengangguk. tapi .) 50 . AZFA HANANI terpandang ABANG MAZRAN.. Seelok-eloknya. Suasana sunyi seketika) KAK FINAZ: Nini kecil hati ke? (AZFA HANANI hanya menggeleng) AZFA HANANI: Entahlah.. KAK FINAZ: Tapi apa pula? AZFA HANANI: Kalau boleh . (AZFA HANANI terkejut) AZFA HANANI: Benarkah? KAK FINAZ: Sekarang . dah tentulah tak boleh. (AZFA HANANI terdiam. cuti Abang Norman dan habis. Nini nak jumpa pak long dan Zura. Nini. KAK FINAZ: Tak bolehlah macam itu.. Nini pergi ambil ujian dulu. Insya-Allah. Kalau ayah saudara dan sepupu Nini tak balik dengan dia... Kemudia semua beredar dari hadapan pentas.BABAK 19 Di hadapan pentas Azfa Hanani sedang bersiap-siap hendak menduduki ujian di pusat tuisyen. KAK FINAZ: Nini janganlah susah hati sangat. nanti tak dapat sijil. Kakak pula . kak. Nini baliklah sendiri dengan teksi. Kak Finaz turut ada untuk menghantar Azfa Hanani. kak.. orang perempuan. KAK FINAZ: Kalau kakak tak ada di sini selepas ujian itu selesai. Dia terpaksa bertugas semula esok. seluruh keluarga Nini juga. (AZFA HANANI terkedu) KAK FINAZ: Lagipun tiket dah dibeli. (AZFA HANANI ceria. Nini kan ada ujian bahasa Jepun petang ni? Kalau tak ambil ujian.. Tapi . Nini rindu sangat pada pak long dan Zura. Kemudian nampak seolah-olah AZFA HANANI keluar semula ke hadapan pentas seolaholah baru tamat mengikut ujian tuisyen bahasa Jepun... Abang Ran dan kakak akan bawa Nini balik ke kampung tak lama lagi. Hati-hati bila menjawab..

AZFA HANANI yang sampai menegur Pak Saudaranya. marilah kita cepat pulang. Dalam sehari tu.. Zura pun patut terima kasih kepada keluarga angkat kakak. Papa nak bercakap dengan ayah saudara Nani. alhamdulillah. Bolehlah juga. elok juga kalau mereka dibawa ke sini.. TENGKU MAZRAN: Mama mengikut Kak Finaz membeli-belah.. AZFA HANANI: Mama . (AZFA HANANI mengangguk) AZFA HANANI: Pak long beritahulah Zahir. lebih-lebih lagi si Zahir tu. kak. Ambilkan sekali coklat dari peti sejuk. Mengigau pun acap kali juga. Nani nak jumpa Pak Madi dan Zura. ZURAINI: Ya. ada sepuluh kali dia bertanya. bolehlah makan sekali. Kak Nani dia akan balik tak lama lagi. berkenalan dengan keluarga Abnag Ran. ( AZFA HANANI leraikan pelukan dan terpandang DATUK TENGKU MAKMUR yang selesa bersabdar di sofa sambil menghisap paip dan memerhatikan mereka) TENGKU MAZRAN: Kak Finaz beritahu abang tadi.TENGKU MAZRAN: Ayah saudara dan sepupu Nini ada di rumah sekarang. Nani . (AZFA HANANI terkejut dan tergamam memandang DATUK TENGKU MAKMUR) 51 .. Dia selalu tanya mak long. Ah .. alhamdulillah. (PAK LONG cuma mengangguk) DATUK TENGKU MAKMUR: Nani bawalah sepupu tu ke ruang rehat. bila Kak Nani nak balik. PAK LONG: Keluarga kita pun begitu.. (Mereka masuk ke dalam pentas. (AZFA HANANI memandang ke arah ZURAINI di atas kerusi roda dan dia tersenyum dan AZFA HANANI membalas senyuman) AZFA HANANI: Kak Nani gembira apabila dapat tahu Zura dapat berjalan semula. (AZFA HANANI mengangguk sahaja) AZFA HANANI: Nani memang dah lama nak jumpa keluarga. selain berjumpa dengan Nani. Tabir dibuka. pak long. Kelihatan Ayah saudara dan Zura berada di rumah. Nani pula bagaimana? AZFA HANANI: Nani pun sihat. ( Suasana sunyi seketika) ABANG NORMAN: Abang rasa.) AZFA HANANI: Apa khabar. pak long? PAK LONG: Pak long sihat. Sambil berbual-bual atau tengok video. Kita patut sama-sama bersyukur kepada Allah.

berbudi bahasa dan mudah dengar nasihat orang. AZFA HANANI: Apa lagi yang Datuk tu cakap? ZURAINI: Tak banyak. (AZFA HANANI macam tidak percaya dan terus menolak kereta roda ZURAINI masuk ke dalam) ZURAINI: Kak Nani suka tinggal di sini? (AZFA HANANI hanya memandang muka ZURAINI dan terus menolak kereta roda itu. cuma .PAK LONG: Pergilah. Nani. Tak sempat mereka bercakap lebih panjang.) 52 .. ( AZFA HANANI menolak kereta roda ZURAINI dan tirai ditutup.. Dia pun tahu. dia kata Kak Nani ni budak baik. ayah dan ibu Kak Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. kakak dah balik. AZFA HANANI kembali menolak dan berada di hadapan pentas) ZURAINI: Datuk tu macam kenal keluarga kita saja. Pak long ada hal sikit nak bercakap dengan Datuk ni.

cik abang .. ya? Baiklah. kami ni macam tunggul kayu menunggu di sini.. saya rasa macam nak bagi A. Kita kan sama-sama sampai tadi. Sehingga Adlan masuk dan menghampirinya. Kalau kita bernasib baik. Ekran memang bagus. Cuma . memang tak patutlah. Sekejap tadi. RM14. Kalau ada sesiapa yang cabar dia dulu.. Kumpulan pelajar SPM dua tahun lepas dapat kutipan terbanyak setakat ini.. Ada panggilan kecemasan. Azfa Hanani agak ralit membelek-belek buku cenderamata tersebut. Adik pergi ke tandas sekolah. Sasaran kutipan sumbangsih tu . (Tiba-tiba AZFA HANANI terpandang kelibat FAZLINA) ADLAN: Hah. kami pun samalah. dari hujung kuku sampai ke hujung rambut. kalau orang suruh bagi markah. Nini. ke mana kau pergi. tandas dewan besar dah penuh. tak mustahil dapat lebih banyak lagi. Permohonan maaf cik adik diterima.. Kalau kumpulan kita tahun ini dapat kutip paling kurang RM15. projek ni dapat untung besar ke? ADLAN: Selalunya begitulah.. ya? Saya tak nampak pun dia sejak tadi. dah cukup banyak tu. tak dapat dielakkan.00. (AZFA HANANI mengangkat muka dan memandang ADLAN) FUAD: Apa yang Nini cari? AZFA HANANI: Tak cari apa-apa. Kalau Nini tak tahu.. Lina? Tak tahu ke. FUAD: Jangan tanya soalan itu.. (Mereka sama-sama tersenyum) 53 . AZFA HANANI: Selalunya. buku cenderamata ni memang cantik. 000. (Mata ADLAN liar mencari FAZLINA) FUAD: Tengoklah siapa pula pengerusinya. Azfa Hanani tidak tersedar.00 .245. AZFA HANANI: Di mana Ekran. ADLAN: Dah berapa kali khatam baca buku cenderamata tu? AZFA HANANI: Ini baru kali kedua. FAZLINA: Minta maaflah. Saya rasa macam PM yang nak datang rasmi.. tengok-tengok macam tu saja. (Kata FAZLINA dengan suara mengada-ada) ADLAN: O . besar kemungkinan akan tercapai. FUAD: Hari Sumbangsih tahun ini memang lebih meriah. macam tu. Tengok sajalah tempat perasmiannya tadi.. Baguslah.BABAK 20 Azfa Hanani bergerak ke hadapan pentas dengan berpakaian seragam sekolah sambil memegang buku cenderamata.

.(AZFA HANANI terkesima) FUAD: Iskandar tu budak jahat dan pernah kena buang sekolah. Betul ke? ADLAN: Aku tak tahu.. FAZLINA: Anak orang kaya. betullah. Ada suatu perkara yang saya minta Ran jelaskan..AZFA HANANI: Lina. ADLAN: Dengar-dengar cerita. Entahlah. Aku pun tak faham. aku nak minta diri . Nani buat apa di sini? (EKRAN bertanya tersekat-sekat) AZFA HANANI: Saya memang nak jumpa Ran. tak apalah.. dia dapat soalan bocor. dia dapat gred tiga SPM tahun lepas. FUAD: Kenapa. ) (AZFA HANANI kembali masuk ke hadapan pentas dan berjalan menuju ke arah ELLINA yang ada di pentas) AZFA HANANI: Nina .. Tapi kalau nak tanya fasal Laili . Huh. Ada hal. kalau tak silap akulah. Nini tak kenal dia sebab dia bukan murid sekolah ini lagi. dia sekarang sedang ambil kursus intensif bahasa Inggeris. bolehlah saya beritahu. Ambil SPM beberapa kali dan dapat SAP pun teringin juga nak belajar di luar negeri.. Ekran menuju ke bilik persatuan. AZFA HANANI: Terima kasih.. ELLINA: Tak silap aku . Elok juga dia tak ada.. berpegang-pegang tangan. meluat aku tengok! Tak malu langsung. ada nampak Ekran? (FAZLINA menggeleng kepala) FAZLINA: Tak. nak melawat gerai burger.. Saya tak nampak Ekran. Aku nak jumpa Ekran sekejap. Nina. dia buat hal lagi? FAZLINA: Dia berjalan dengan budak lelaki. Belajar pun bukannya bagus sangat. dah tentu sekolah kita tak akan dapat kekalkan rekod 100 peratus kelulusan SPM tahun tu. (AZFA HANANI bergerak meninggalkan pentas turut diikuti oleh rakan-rakannya. ( AZFA HANANI berjalan meninggalkan hadapan pentas.. Iskandar tu memang tak sedar diri. Keluar semula dan berjalan berjumpa EKRAN) EKRAN: Err . Tapi... Ran sibuk sekarang? (AZFA HANANI duduk di kerusi) 54 . Kalau tak. Ada orang cakap. tapi agaknya . AZFA HANANI: Hmm . dalam kawasan sekolah pula tu! AZFA HANANI: Siapa budak lelaki tu? Kita kenal ke dia? FAZLINA: Iskandar. kau nampak tak Ekran...

Selagi Hari Sumbangsih tak selesai. Ran perlu jelaskan kenapa Ran tinggalkan saya di pameran buku.. berterus teranglah. (AZFA HANANI tertegun. ( Wajah EKRAN berubah) AZFA HANANI: Ran. EKRAN: Saya dah beritahu Nani dalam nota itu. kami berpisah. Ran. Ran. EKRAN: Baiklah (EKRAN mengangguk dan menghulurkan beberapa keping gambar kepada AZFA HANANI) Murni ialah teman akrab saya.. semua exco persatuan ada kunci setiap kabinet dalam bilik itu. Atas suatu sebab yang tak dapat saya beritahu. ada orang terjumpa beg duit itu di dalam laci kabinet. EKRAN bergerak meninggalkan AZFA HANANI dan AZFA HANANI juga bergerak masuk ke dalam pentas. Ellina beritahu saya. Mustahil selama ini tak ada orang lain yang perasaan. Pada hari itu juga. Murni sunguh kecewa dan kali terakhir kami bertemu. dia tertinggal beg duit itu. Kenapa? EKRAN: Saya selalu sibuk. AZFA HANANI: Air muka Ran memberitahu saya. apa lagi yang dapat saya katakan.. dia terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.EKRAN: Saya . saya nak berehat sekejap. tapi pening kepala sikit. Ran perlu jelaskan segala-galanya kepada saya. kenapa tak mahu hadiri majlis hari jadi Murni dan paling penting . Apa lagi yang harus saya beritahu? AZFA HANANI: Bohong. kenapa Ran selalu sangat cuba menjauhi saya? Kalau bertembung pun.) 55 . Ada sebab-sebabnya yang Ran tak mahu jelaskan. (EKRAN tersenyum tipis) EKRAN: Kalau Nani tak percaya. Nani. taklah . apa kaitannya Ran dengan hadiah hari jadi itu.. Sibuk tu. Ran buat-buat tak nampak.. macam inilah. Memang itulah sebabnya. AZFA HANANI: Banyak. AZFA HANANI: Itu bukan perkara yang perlu kita cakapkan. Saya ingin tahu.. itu Cuma alasan.

(Wajah TENGKU MUZAFFAR berubah) TENGKU MUZAFFAR: Apa yang Nani cakapkan ni? Tiba-tiba marah tak tentu hala. (AZFA HANANI mencampakkan diari dan kertas-kertas atas katil) Nani rasa. Nani bukannya Tengku Murni. Nani. sama macam ayah abang. apa salahnya. Kalau mereka sama-sama ikhlas berkawan.BABAK 21 Pentas dibuka dan Azfa Hanani ada di biliknya. TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu sedar apa yang Nani cakapkan ini. Dia ligat memikirkan masalah yang melanda Tengku Murni. Nani harap abang dapat jelaskan sesuatu kepada Nani. Abang harap selepas ini. AZFA HANANI: Ini diari Murni tahun lalu dan hasil kerja Nani. Cuba beritahu abang baik-baik. Dulu dia nak ambil kesempatan ke atas Nini. Ekran memang bangsat. TENGKU MUZAFFAR: Dalam hal ini. Nani mahu abang pejamkan mata begitu saja. abang yang terlalu bongkak. (AZFA HANANI mengeleng kepala) 56 . AZFA HANANI: Kalau abang tak sibuk sekarang. Abang tak berhak menghalang hubungan persahabatan semata-mata kerana darjat. sekarang ke atas Nani pula. AZFA HANANI: Nani rasa abang tu yang tak faham. Sekarang pula. AZFA HANANI: Abang jangan lupa. Dulu abang perlu menjaga nama baik Nini dan keluarga abang. kan TENGKU MUZAFFAR: Nani perlu faham. ( AZFA HANANI tergamam) TENGKU MUZAFFAR: Abang lakukan semua ini untuk kebaikan keluarga kita. Nani ialah Azfa Hanani dan bukanlah adik kandung abang. Maklumat komputer jelas menunjukkan abang Mazran terbabit. abang berhak melindungi Nani. Sebenarnya. abang yang padamkan semua catatan tu dan abang juga yang curi beberapa keping gambar Murni. Nani mewarisi masalah ini daripada Nini. Dia adik abang. Dia bukanlah pilihan terbaik untuk Nini dan Nani. Nani. Dia asyik bermonolog. Nani? Macam ada yang tak kena. AZFA HANANI: (Bermonolog) Siapakah yang menyebabkan Murni berpisah dengan Ekran. Nani bukannya salah seorang ahli keluarga abang dan abang tak berhak campur tangan dalam urusan hidup Nani.? Mama memang tidak terlibat. (AZFA HANANI bergerak dan masuk ke bilik TENGKU MUZAFFAR) TENGKU MUZAFFAR: Kenapa ni. Budak penjual burger tu memang tak sedar diri. Nani dapat jauhkan diri daripada Ekran.

kau bukan anak aku. nama saya Azfa Hanani. Nini . kau ingat aku tak perasaan ke? (AZFA HANANI kehilangan kata-kata) DATIN MAZIAH: Sekarang . DATIN MAZIAH: Aku memang dah agak. ini bukanlah suatu masalah. memang betul kau penipu. selalu sangat nak mengelak. Murni tak selalu beri alasan apabila aku suruh apa-apa.. Mama tak kenal ke? DATIN MAZIAH: Bohong. AZFA HANANI: Apa ... eh. Aku kenal anak aku.AZFA HANANI: Abang.. mama . Nini .anak mama. Murni fasih membaca dalam bahaas Inggeris. kau selak baju kau sekarang. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Datin. (Tiba-tiba DATIN MAZIAN menampar pipi kiri AZFA HANANI) DATIN MAZIAH: Kau ni. Apabila dia menoleh dia terkejut melihat DATIN MAZIAH) AZFA HANANI: Eh. sebenarnya siapa? AZFA HANANI: Ini Ninilah.. Kami sama-sama berasal daripada keluarga miskin. Kau lain.. Kau keluar dari rumah ini sekarang juga. bukan macam keluarga abang.. Anak aku ada tahi lalat di perut. Berilah saya peluang untuk menerangkan perkara yang sebenar.. (AZFA HANANI tidak menyedari DATIN MAZIAH sedang berdiri di situ.. Apa .. Aku tak pernah dengar kau membaca dan kalau tersekat-sekat. DATIN MAZIAH: Tak perlu. apa yang mama cakapkan ni? Nani . Berambus! Kalau aku tengok muka kau sekali lagi. 57 . aku akan telefon polis.. (DATIN MAZIAH menampar pipi kanan AZFA HANANI sehingga dia terjelepok) (AZFA HANANI masih terisak-isak sambil membawa beg dan keluar ke hadapan pentas ada muzik sentimental yang mengiring.. (AZFA HANANI semakin takut) DATIN MAZIAH: Baiklah. Azfa Hanani dan Muhammad Ekran samasama setaraf. kau pergi baca majalah Focus tu...) Tirai ditutup.

temankan adik pergi ke dusun tu. Kak Nani . kak. bolehlah Kak Nani. dik.. pergilah. (ZURAINI tersenyum nipis dan AZFA HANANI sendiri mula mengelamun) ZAHIDIN: Kak nani. Nanti Kak Rina dan Abang Acir balik. ZAHIDIN: Marilah . (Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam. lambat lagi ke kita nak pergi ni? AZFA HANANI: Sekejap lagi. Azfa Hanani sedang sibuk membasuh cawan-cawan. ZURAINI: Kak Nani kan masih letih? AZFA HANANI: Kakak memang letih. AZFA HANANI: Tak apalah. Kak Finaz. Adik nak pergi sekarang. Kakak akan jaga dia. (ZURAINI cuba menatang dulang tetapi sukar) AZFA HANANI: Zura. Ada bersama Zahidin yang ingin mengajak Azfa Hanani berjalanjalan. Zura nak masuk ke dapur dulu.. Tunggulah di luar. ZAHIDIN: Tak nak. (ZAHIDIN menarik-narik tangan AZFA HANANI) ZURAINI: Sabarlah. (AZFA HANANI masih termenung. kan? (ZAHIDIN tersenyum dan mengangguk) ZURAINI: Sebab itulah ayah da mak tak nak bagi dia pergi. ZAHIDIN merayu lagi) Ala . dik. Datin Maziah dan Abang Muzaffar hadir) 58 . biar kakak yang buat kerja ni. Zuraini juga berada di situ.BAB 22 Tirai dibuka dan menunjukkan rumah suasana kampung. Kak Nani masih letih tu. tolonglah bawa adik ke sana. Datuk Tengku Makmur... ZURAINI: Kalau Kak Nani nak mandi. Biarlah dia berehat dulu. Rupa-rupanya Abang Mazran. Kak Rina dan Abang Acir tak bagi adik ikut tadi. adik naik main air di jeram. Zura. AZFA HANANI: Sebenarnya. kak. tapi setakat nak basuh pinggan mangkuk. (AZFA HANANI terus membilas cawancawan) ZAHIDIN: Cepat sikit ya. ZAHIDIN: Kak Nani. kakak masih bertenaga.

Saya ni orang miskin. (AZFA HANANI mengeleng kepala) AZFA HANANI: Sebenarnya. Biarlah papa dan mama sendiri yang sampaikan. AZFA HANANI: Datuk tak pernah berjanji apa-apa dengan saya dan kalau setakat apa yang Datuk katakan dulu. jangan lepaskan dia seorang diri. bukan Nini. ayah dan ibu kandung Nani meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan papa dan mama. Kak Nani nak bercakap dengan abang dan kakak tu sekejap. papa cuba mencari Nani demi menebus dosa itu. Nani memang tak tahu. Nani. (DATUK TENGKU MAKMUR berhenti sekejap) Papa dan mama tak dapat kesan di mana Nani berada setelah benar-benar pulih daripada kejutan kejadian itu. Rahsia dah terbongkar. Maafkan papa. Selama ini. Saya rasa. Nani akan kami 59 . bawa adik pergi mandi di tepi air terjun tu. dah memang nyata. KAK FINAZ: Kakak dan abang dah agak. Cuma berilah peluang kedua kepada ayah dan ibu Abang Ran. Ingat ya. Keluarga abang amat terhormat. Saya tak akan balik ke banglo itu. Saya memang tak patut menyamar sebagai Murni. Rajuk Nani bersebab.AZFA HANANI: Rina dan Acir. kak. AZFA HANANI: Peluang kedua itu tak perlu. Tak apalah. orang panggil saya Nani. Malahan ketika kemalangan itu Mama sendiri menyusukan Nani kerana kasihan melihat Nani melolonglolong menangis. Abang Ran dan Kak Finaz tak perlu datang ke mari lagi. Papa bersalah. Nani. Berilah kami peluang untuk menunaikan janji dan menebus dosa papa yang lalu. TENGKU MAZRAN: Nani tak kasihankan keluarga abang? AZFA HANANI: Entahlah. Nani akan merajuk. tak perlu apa-apa yang nak dikasihankan lagi. DATUK TENGKU MAKMUR. (KAK FINAZ. DATUK TENGKU MAKMUR: Ya. DATIN MAZIAH dan TENGKU MUZAFFAR menghampiri AZFA HANANI dan AZFA HANANI menundukkan kepalanya) TENGKU MAZRAN: Abang dan kakak tak pandai nak ceritakan perkara ini dengan sebaikbaiknya. saya patut kasihkan diri saya sendiri dulu. saya tak marak dan tak akan berdendam. tempat macam inilah yang sesuai untuk saya. TENGKU MUZAFFAR dan TENGKU MAZRAN bergerak jauh sedikit meninggalkan AZFA HANANI) DATUK TENGKU MAKMUR: Bukan. lebih 16 tahun yang lalu. Nani ni seorang penipu. Nani. Bukan sebab itu. Janji kami. (TENGKU MAZRAN dan KAK FINAZ saling berpandangan.memang patut pun Nani diusir. Dan lagi. (ZURINA dan ZAHIR serentak mengangguk) TENGKU MAZRAN: Abang Ran dan Kak Finaz nak bawa Nini balik.

. DATIN MAZIAH: Ok . Nani. ya? (AZFA HANANI memeluk DATIN MAZIAH dan DATIN MAZIAH mencium dahi AZFA HANANI) Ah .. Saya maafkan. 60 . Dialah yang memberitahu papa. (Semua menghampiri AZFA HANANI dan tersenyum) Tirai ditutup. siapa Nani yang sebenarnya. ok .. Itu pun saya maafkan (AZFA HANANI memandang wajah DATIN MAZIAH... Pak Madi berkunjung ke rumah petang itu...) DATIN MAZIAH: Nani balik dengan kami.. DATIN MAZIAH: Mama juga minta maaf atas keterlanjuran mama menampar dan menghina Nani. AZFA HANANI: Bukan Nini . AZFA HANANI. AZFA HANANI: Itu takdir Allah Taala. begitulah Nini anak mama . tapi Nani..berikan kasih sayang yang sewajarnya. Mujurlah.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful