Anda di halaman 1dari 30

Bab 1:Masyarakat

1.1.Masyarakat Fedual

Hasil Pembelajaran

Memberi difinisi sistem fedual Menjelaskan ciri-ciri sistem fedual di England

Menjelaskan ciri-ciri sistem Fedual di Jepun


Membandingkan ciri-ciri sistem Fedual di England dan Jepun

Masyarakat

Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari suatu tempat dengan aturan dan cara tertentu atau pergaulan hidup. Komuniti manusia yang tinggal bersama dengan cara dan ukuran tertentu Jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup dan keseluruhan hidup sosial.

Definisi Fedual

Sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat.

Satu fenomena politik ketenteraan dengan menekankan kepada kewujudan unsur-unsur pembahagian kuasa, sistem undang-undang, daan kelas-kelas ketenteraan persendirian yang diasaskan hubungan vassalage-fief

Definisi Fedual

Seluruh kelakuan dan adat yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan March BlochFedual Society

Faktor Kemunculan Sistem Fedual di Eropah


A.Keperluan mendapatkan perlindungan Golongan rakyat memberi tanah kepada wakil raja (loard) untuk mendapatkan perlindungan. B.Pengaruh Rom Golongan bangsawan mengenakan kawalan dan mengutip cukai Menyebabkan petani gagal membayar cukai Petani terpaksa menyerahkan tanah kepada tuan-tuan tanah Untuk mendapatkan perlindungan. Loard akan pajakkan semula tanah kepada petani Rakyat miskin akan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan. C.Pengaruh Jerman Puak jerman di Eropah membawa amalan sistem Lord atau vassal Yang dipanggil comitatus. Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom. Hubungan ini dipanggil fedual.

Menjelaskan ciri-ciri masyarakat Fedual di England

Pemerintahan berkuasa mutlak/ lahir sistem masy. fedual Perang The War of Rose

Perang 100 Tahun England vs Perancis

1.1.3.Masyarakat Fedual di England

Raja
Golongan pemerintahan

Bangsawan/Pembesar (Barons,Bishop,Knight)

Self

Golongan diperintah

Rakyat/Petani

Rajah: Struktur masyarakat fedual di England

Raja

Raja mempunyai kuasa mutlak Raja menjadi pusat segala kekuasaan Rakyat tidak mempunyai hak membantah perintah raja Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan bukan rakyat Rakyat perlu memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua tuan tanah (lord) dan pemilik semua tanah

Ciri-ciri sistem beraja berkuasa mutlak masyaraka Fedual di England


1. Raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan semua perkara yang berkaitan dengan soal pemerintahan. 2.Raja dibantu oleh jentera pentadbiranya 3.Raja mempunyai kuasa untuk melantik pentadbir yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Raja 4.Jentera pentadbiran negara lazimnya dimonopoli oleh golongan Bangsawan.

Bangsawan/Pembesar (Barons,Bishop,Knight)

Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggal dan hiburan. golongan bangsawan perlu menghadirkan diri seandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalam membuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik kerajaan.

Peranan bangsawan dan baron; Raja mengurniakan gelaran kepada bangsawan Seperti count,duke, baron (lord) dan vassal Mengawal pengunaan tanah, mengawal undangundang sendiri dalam mengawal petani/serf yang mengusahakan tanah dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh golongan bangsawan. Dikenakan cukai ke atas tanah oleh raja Memberi kestetiaan kepada raja Memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja

Ciri-ciri baron: 1. Memberi kesetiaan kepada raja 2. Menerima tanah daripada raja sebagai balasan ketaatsetiaan. 3. Menyewakan tanah kepada petani (serf) 4. Membayar cukai ke atas tanah yanng diberi oleh raja

Knight Knight adalah golongan ketiga selepas bangsawan Knight mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf Untuk mengerjakan tanah tersebut Serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan melindungi serf dan keluarganya Ciri-ciri golongan knight 1.Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang ketenteraan seperti yang diminta oleh raja. 2.Berkhidmat dengan raja,lord atau baron dan mendapat ganjaran seperti tanah,harta dan barang rampasan 3.Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron daripada diserang. 4.Terikat dengan sumpah yang mengkhendaki mereka berkhidmat untuk baron dan raja. 5.Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa.

Peranan Rakyat/Petani Berada dilapisan terbawah Dikawal oleh tuan-tuan tanah/lord manor yg memberi perlindungan, mahkamah, mendirikan kilang, mendirikan geraja Petani akan berhutang kepada loard, bekerja untuk tuan tanah,berkongsi hasil tuan, membayar cukai, menjadi buruh. Keperluan petani seperti pakaian,makanan,peralatan dan keagamaan disediakan institusi manor. Hak petani berubah selepas berlaku perubahan ekonomi di England pada abad ke-16 dimana serf mula bebas daripada tuan tanah Self (Rakyat/Petani)
Ciri-ciri golongan serf: Kehidupan tidak bebas sepenuhnya dan tidak Boleh berpindah Berada dibawah pengawasan Raja dan baron Bercucuk tanam dan menternak binatang di Atas tanah untuk keperluan harian. Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah dan keperrluan lain.

Tudor Dinasty Permulaan sistem Fedual di England

Era dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elezebeth I meninggal Dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan pemerintah England yang memulakan Pemerintahan Dinasti Stuarts 1603-1625

Dinasti Stuarts

Golongan pemerintahan

Golongan diperintah

Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja,pembesar dan daimyo Golongan diperintah samurai, petani, tukang mahir dan saudagar 1.Maharaja Kedudukan yang paling atas Semasa pemerintahan Shogun Tokugawa, Maharaja merupakan ketua Negara. Namun, baginda tidak mendapat mandat sepenuhnya dalam pemerintahan Negara dan hanya dianggap sebagai lambang perpaduan semata-mata , Kuasa pemerintahan terletak di tangan Shogun Tokugawa. Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pemerintahan dan pentadbiran sebenarnya terletak di Edo. Sistem yang diamalkan ini telah menyebabkan kedudukan dan sistem maharaja di Jepun kekal hingga ke hari ini.

2. Shogun kedudukan kedua pula diduduki oleh Shogun. Shogun merupakan golongan yang paling berkuasa dalam stuktur pemerintahan dan pentadbiran di Jepun. Shogun yang paling berkuasa ialah Shogun Tokugawa. Mereka menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah serta dibantu oleh daimyo. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan shogun terjamin . Shogun juga akan memberi kawasan-kawasan pemerintahan nya untuk ditadbir oleh daimyo. Daimyo yang menyokong shogun akan diberi tanah manakala daimyo yang menentang akan ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa. Pemerintahan Shogun akan dibantu oleh daimyo.

3. Daimyo Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan yang penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, daimyo Shimpan dan daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga shogun tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun dan daimyo ini telah banyak membantu Tokugawa pentadbiran. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga dan mereka dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan keluarga yang utama dikenali sebagai go-sanke. Mereka diberi tanah tidak jauh Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang memusuhi shogun. Mereka telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelakkan ancaman daripada mereka. Tindak-tanduk mereka juga sentiasa dikawal oleh Tokugawa dan sekutunya. Daimyo ini juga tidak dibenarkan memasuki istana maharaja, tidak mempunyai sebarang jawatan, dan tidak dibenarkan mengumpul harta.

4. Samurai Samurai merupakan kelas panglima yang mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan Negara dan daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain walaupun Negara dalam keadaan aman. Oleh itu, ketika Negara aman dan tiada peperangan, samurai akan ditanggung oleh golongan petani.

5. Petani Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana Jepun merupakan Negara pertanian dan dengan dasar tutup pintu Jepun kepada perdagangan telah meletakkan petani di tahap yang mulia. Mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi sumber makanan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka akan diberi secukup makan sahaja, kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk Negara. Golongan petani juga terpaksa menghadapi sistem kerah iaitu dengan mengangkut barang-barang pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido. Sistem kerah ini amat menyusahkan dan membebankan para petani. Masyarakat petani juga diberi pendidikan dengan penubuhan terakoya ( sekolah-sekolah kampung) untuk pendidikan anak-anak petani.

5. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) Kelas tukang-tukang mahir (artisan) adalah dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Oleh kerana sumbangan mereka terhadap masyarakat mereka telah diberi penghargaan dan penghormatan , gaji yang menarik serta rumah yang baik. Tukang kayu juga diberi layanan yang baik dan menerima gaji yang sama seperti tukang mahir iaitu sebanyak 500 koku dan mereka dibenarkan menggunakan pedang. Bagi tukang-tukang yang tidak berkemahiran pula, mereka tidak mendapat layanan baik malah terpaksa bekerja untuk daimyo.

6. Kelas pedagang (chonin) Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat jepun yang mengamalkan feudal tentera dan tidak dibenarkan berlaku mobility social. Namun setelah keadaan aman, ekonomi turut berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudiannya telah memperbaiki status diri mereka dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang dan ada antara mereka yang mempunyai kekayaaan melebihi daimyo.

Perbandingan Sistem Fedual Eropah denhan Jepun

Persamaan 1.Konsep-satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan sebuah ikatan peribadi kesetiaan. 2.Pembinaan masyarakat- dasar keturunan atau istem kelas 3.Mobiliti Sosial-Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti sosial. 4.Peperangan- sering dilanda peperangan, peranan Knight dan Samurai penting. 5.Peralatan peperangan-Menggunakan kuda, pedang dan baju perisai

Perbandingan Sistem Fedual Eropah denhan Jepun


Aspek Eropah Jepun KayuMenekankan aspek moral Kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu kuasa mutlak Golongan semurai tidak mempunyai tanah Pembinaan istana Batu untuk melindungi raja dan vassal daripada serangan Konsep undangundang Perkongsian kuasa Pemilikan tanah Menekankan hak, undangundang dan kebajikan Berkongsi dengan badan perwakilan Golongan knight mendapat tanah

Penyatuan

Raja-Raja

Jeneral Tentera

Contoh soalan 1.Jelaskan susun lapis masyarakat Fedual di Eropah. 2.Nyatakan ciri-ciri masyarakat Fedual England dan ciri-ciri masyarakat Fedual di Jepun. 3.Bandingkan ciri-ciri sistem Fedual di England dengan di Jepun 4.Bandingkan peranan golongan bangsawan di England dengan golongan Daimyo di Jepun