Anda di halaman 1dari 8

RUMUSAN JURNAL KAJIAN TINDAKAN PENGGUNAAN JALUR PECAHAN DALAM MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT MENGUASAI KONSEP PECAHAN

SETARA TUJUAN KAJIAN Mengkaji kesan kaedah penggunaan jalur pecahan ke atas enam orang murid tahun 4 SK Sentosa

KAEDAH PENGUMPULAN DATA Lembaran kerja, borang pemerhatian dan borang temubual.

SUBJEK KAJIAN 6 Orang Murid Tahun 4 Zamrud Alfred, Bzlin, Cyril, Enyssa, Haziq dan Sarah(bukan nama sebenar)

MENGENAL PASTI MASALAH Murid gagal beri maklum balas dan menyelesaikan soalan guru terhadap pecahan. Latihan yang diberi di dalam kelas dan latihan tambahan yang dibuat kebanyakannya salah. Contoh kesalahan yang dibuat dalam buku latihan:

Rajah 1: Kesalahan Murid

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Kaedah konstruktivisme Guru memperkenal makna jalur pecahan dengan bahan konkrit kepada murid. Guru memberikan setiap murid 9 jalur pecahan yang berlainan warna. Sebelum jalur pecahan yang seterusnya diberikan, murid-murid diminta menulis pecahan dalam nombor di tengah-tengah setiap bahagian jalur kecuali jalur pecahan pertama, perkataan one whole ditulis. Selepas itu, mereka diminta menampal jalur-jalur pecahan ini pada kertas A4 dengan rapat untuk menjadikannya satu set jalur pecahan yang sempurna. Murid dapat melihat perbezaan saiz apabila jalur-jalur disusun dengan rapat dan teratur.

Rajah 2: Jalur pecahan dan perkaitan

Guru meminta murid mencari perkaitan antara jalur- jalur pecahan dalam masa 5 minit.

Guru mengedar satu set jalur pecahan(yang tiada warna) kepada setiap murid supaya murid boleh mewarnakan dan mengkategorikan jalur.

Guru menerangkanmaksud pecahan setara dan membina konsepnya di kalangan murid denganmenggunakan jalur pecahan.

Pendekatan Koperatif Guru meminta murid bekerja secara pasangan untuk mencari pecahan setara yang sebanyak mungkin dengan menggunakan jalur pecahan. Guru telah memilih peserta murid untuk tampil ke depan dan berkongsi pecahan setara yang dijumpai oleh mereka. Langkah yang terakhir ialah memberi latihan pengukuhan yang dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama- murid menggunakan jalur pecahan sebagai rujukan dalam menjawab soalan latihan. Peringkat kedua- murid sekali lagi diberikan latihan tetapi tidak dibenarkan merujuk kepada set jalur pecahan.

DATA YANG DIKUMPULKAN 1) Pemerhatian(dicatat pada nota lapangan)

2) Temubual(bersama rakan kolaborasi) Hasil temubual bersamakolaborasi mengatakan bahawa guru berjaya menarik perhatian murid-murid yang sebelum ini tidak berminat dalam p&p. Hasil temubual bersama murid, kesalahan berpunca daripada Cuai, Terpengaruh jawapan rakan Kesuntukan masa

3) Analisa Dokumen Murid telah dinilai melalui dua latihan pengukuhan(lembaran kerja). Lembaran Kerja Pertama - merupakan latihan sebelum pelaksanaan penggunaan jalur pecahan, Lembaran Kerja Kedua - merupakan latihan selepas penggunaan jalur pecahan.

REFLEKSI PEMBACAAN
Setelah membaca Kajian Tindakan Penggunaan Jalur Pecahan dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara yang disediakan oleh Wong Pak Ung, kami mendapati kajian diatas adalah kajian yang bagus untuk dibaca dan diambil perhatiah. Pengetahuan menukar sesuatu pecahan kepada setaranya

merupakan pengetahuan yang sangat penting untuk memahami dan menguasai kemahiran pengiraan serta sifat- sifat pecahan. Penguasaan kemahiran ini mestilah melibatkan beberapa aktiviti pada setiap tiga aras pembelajaran iaitu konkrit, separa konkrit dan abstrak. Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah. Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka menjalankan aktiviti pembelajaran dengan

menggunakan alat bantu mengajar. Oleh itu, kaedah kerja praktik seperti yang dilakukan di dalam kajian merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik. Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit. Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model. Antara komen positif yang boleh dibuat tentang kajian ini ialah, penggunaan jalur pecahan boleh diaplikasikan dalam menjawab soalan bertulis. Pengkaji menggalakkan murid untuk menggunakan kaedah melukis

jalur pecahan di sebelah soalan yang disediakan. Hal ini akan memudahkan murid yang lemah menjawab soalan pecahan setara. Antara aktiviti lain yang boleh dicadangkan dalam membina kefahaman tentang pecahan setara ialah dengan melalui lipatan kertas. Guru boleh membimbing murid melibat dan melorekan kertas seperti berikut.

dilorekkan

dilorekkan

dilorekkan

Murid diminta membandingakan bahagian berlorek bagi ketiga- tiga keping kertas dan guru boleh bertanya soalan tentang apakah kaitan , , dan ?

Guru perlu bimbing murid membuat kesimpulan bahawa ketiga- tiga pecahan tersebut adalah sama nilai. Pecahan yang sama nilai ini dikenali sebagai pecahan setara. Aktiviti seperti ini lebih sesuai untuk pemahaman konsep pecahan setara. Selain daripada itu, cadangan kami, mungkin sebagai tindakan guru selepas menerangkan konsep pecahan setara, murid- murid juga patut diajar menggunakan kaedah alternatif untuk menjawab soalan pecahan setara. Sebagai contoh menggunakan pengiraan mental dengan

menyamakan kedua- dua penyebut. Hal ini kerana, apabila di dalam peperiksaan, kaedah melukis jalur pecahan kemungkinan akan

melambatkan waktu mereka menjawab soalan.

Berdasarkan kajian tindakan ini, kami mendapati bahawa murid-murid turut dipupuk semula minat untuk belajar dan sentiasa mengikuti proses pengajaran. Hal ini kerana keseronokan yang diperoleh sepanjang aktiviti dijalankan. Sebagai guru, kami seharusnya sedar bahawa guru harus berani mencuba kaedah pengajaran baru supaya dapat membantu murid mengatasi masalah tertentu. Guru juga harus turut meningkatkan ketelitian dari segi semakan latihan murid dan menjadi sensitif terhadap lembaran kerja bertulis murid. Dari situ, mereka dapat mengenal pasti sebab murid berkenaan menulis jawapan tersebut yang dapat seterusnya membantu dalam mengetahui kesalahan serta tahap penguasaan murid terhadap konsep tertentu dan seterusnya mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah murid. Selain itu, hubungan guru dengan murid telah menjadi baik kerana interaksi yang lebih kerap. Murid-murid sentiasa bertanyakan soalan dan meminta bantuan ketika mereka menemui sebarang masalah. Secara tidak langsung, hubungan yang baik dengan murid-murid dengan guru dapat diwujudkan. Hal ini memudahkan guru mengajar kerana mereka sanggup mendengar secara aktif atas sebab hubungan rapat yang dibina. Tambahan pula, guru juga turut dapat kemahiran menyoal. Guru

tersebut telah mempelajari cara mengemukakan soalan melalui sesi temu bual. Guru harus sedar bahawa murid-murid tidak memberi maklum balas sekiranya mereka tidak faham apa yang ditanya. Dengan itu, guru dikehendaki menggunakan bahasa yang senang difahami untuk mendapat balasan daripada murid-murid. Kesimpulannya, kami sebagai seorang gurusepatutnya berperanan sebagai pengamal reflektif. Melalui penyelidikan tindakan ini, guru secara tidak langsung telah menjadi seorang pengamal reflektif yang sentiasa mengimbas kembali untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul, kemudian berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan itu, guru telah dapat mempelajari supaya sentiasa membuat refleksi

dalam mempersoalkan amalan diri dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau mengikut arahan semata-mata. Secara tidak langsung, mereka akan berusaha mengkaji hasil dan kesan daripada cara-cara yang telah gunakan demi mencapai matlamat pendidikan.

RUJUKAN Bahagian Pendidikan Guru. (1993). Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Wong Pak Ung. (2011). Penggunaan Jalur Pecahan dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep Pecahan Setara. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP MT amb. Januari 2008, 42-58.