Anda di halaman 1dari 8

PERBANDINGAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DENGAN TEORI GESTALT PENGENALAN Teori pemusatan perorangan telah diperkenalkan oleh Carl.

R. Rogers pada awal tahun 1940an. Ia melawan arus perdana dalam kaunseling iaitu psikoanalisis dan tingkah laku. Klien menjadi teras dalam sesuatu sesi dan bukannya kaunselor. Teori ini juga mementingkan masa kini di mana hubung kait semasa diambil kira. Masa lampau adalah tidak penting dan tidak perlu diambil kira semasa sesi sedang dijalankan. Rogers mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dunia kerana memperkenal dan memperkembang konsep humanistik dalam psikoterapi dan kaunseling. Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Keamanan Nobel. Sama seperti teori pemusatan perorangan, teori Gestalt juga mementingkan keadaan semasa klien. Keadaan masa lampau perlu dilupakan,perkara masa hadapan tidak perlu difikirkan, hanya keadaan masa kini yang menjadi keutamaan dalam pelaksanaan teori Gestalt. Teori ini yang diperkenalkan secara asalnya oleh Freidrich S. (Fritz) Perls dan kemudiannya dikembangkan lagi bersama-sama isterinya iaitu Laura Posner Perls. Kedua-dua mereka ini menjadi nadi utama dalam penubuhan Institut Terapi Gestalt New York dan melakukan banyak program-program latihan untuk pendekatan ini. Jika Fritz banyak memberi penekanan dalam aspek penjelmaan kesedaran pada diri klien, Laura pula lebih menumpukan kepada aspek sentuhan dan sokongan.

PERBANDINGAN TEORI PEMUSATAN PERORANGAN DENGAN TEORI GESTALT PENGENALAN Teori pemusatan perorangan telah diperkenalkan oleh Carl. R. Rogers pada awal tahun 1940an. Ia melawan arus perdana dalam kaunseling iaitu psikoanalisis dan tingkah laku. Klien menjadi teras dalam sesuatu sesi dan bukannya kaunselor. Teori ini juga mementingkan masa kini di mana hubung kait semasa diambil kira. Masa lampau adalah tidak penting dan tidak perlu diambil kira semasa sesi sedang dijalankan. Rogers mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dunia kerana memperkenal dan memperkembang konsep

humanistik dalam psikoterapi dan kaunseling. Beliau juga pernah dicalonkan untuk anugerah Keamanan Nobel. Sama seperti teori pemusatan perorangan, teori Gestalt juga mementingkan keadaan semasa klien. Keadaan masa lampau perlu dilupakan,perkara masa hadapan tidak perlu difikirkan, hanya keadaan masa kini yang menjadi keutamaan dalam pelaksanaan teori Gestalt. Teori ini yang diperkenalkan secara asalnya oleh Freidrich S. (Fritz) Perls dan

kemudiannya dikembangkan lagi bersama-sama isterinya iaitu Laura Posner Perls. Kedua-dua mereka ini menjadi nadi utama dalam penubuhan Institut Terapi Gestalt New York dan melakukan banyak program-program latihan untuk pendekatan ini. Jika Fritz banyak memberi penekanan dalam aspek penjelmaan kesedaran pada diri klien, Laura pula lebih menumpukan kepada aspek sentuhan dan tindakan.

PERBINCANGAN Falsafah utama yang dipegang oleh Rogers adalah

existensialisme dan juga humanistik. Existensialisme di sini bermaksud klien sedar tentang kewujudan dirinya di atas dunia ini dan cuba untuk menjadikan kewujudannya itu sebagai sesuatu yang memberi makna. Humanistik bermakna setiap insan ada potensi diri yang tertentu untuk mencapai kesejahteraan hidup. Humanistik menjadi teras dalam pembinaan teori ini. Beliau juga menekankan perspektif fenomenologi iaitu bagaimana manusia melihat dirinya sendiri

mengikut persepsinya terhadap realiti. Bagi Fritz pula, dua falsafah utama yang dipegang adalah existensialisme dan fenomenologi. Mengikut Fritz

existensialisme didasarkan ke atas penyataan bahawa manusia sentiasa berada dalam proses untuk membentuk dan membina diri sendiri manakala

fenomenologi pula dilihat dari aspek bagaimana seseorang itu melihat diri dan persekitarannya daripada kaca matanya sendiri. Mengikut Rogers, manusia mempunyai potensi untuk berkembang ke arah yang positif jika berada dalam satu persekitaran yang efisien untuknya. Selain itu, manusia juga perlu menyeimbangkan antara ideal swadiri dengan swadiri sebenar. Ini kerana, pada pandangan Rogers, masalah akan terjadi pada diri individu apabila ideal swadiri atau diri impian yang cuba untuk diperoleh oleh insan adalah berada dalam keadaan tidak seimbang dengan diri insan tersebut pada realitinya. Teori Gestalt melihat manusia bukan untuk dianalisa tetapi perlu diberi kesedaran dan sentuhan dengan persekitaran amat dititikberatkan. Fritz melihat manusia sebagai satu unit yang terdiri daripada pelbagai elemen seperti

deria, perasaan, perlakuan, dan tubuh badan atau dalam kata lain diri manusia dilihat secara holistik dan permasalahan akan timbul bilamana elemen-elemen ini tidak diintegrasikan secara menyeluruh. Apabila organisma diri tidak bergerak seiring dengan persekitaran, maka kepincangan juga mungkin terjadi. Tiga aspek penting yang perlu ada pada seorang kaunselor dalam memilih teori pemusatan perorangan untuk dijadikan pegangan adalah ketulenan, penerimaan tanpa syarat, dan empati. Ketulenan bermaksud seorang kaunselor adalah jujur semasa sesi. Beliau tidak akan memperkatakan sesuatu yang berlainan daripada bahasa tubuhnya kepada klien. Ketulenan sangat penting agar saling kepercayaan dapat diwujudkan antara kaunselor dengan klien. Penerimaan tanpa syarat berlaku apabila klien diterima seadanya dan tidak ada sebarang diskriminasi ataupun penilaian dilakukan terhadap diri klien. Empati bermakna kaunselor berjaya meletakkan dirinya di tempat klien dan merasai permasalahan klien tanpa menjejaskan identiti kaunselor yang tersendiri. Pendekatan Gestalt pula memerlukan kaunselor untuk memberi perhatian kepada keadaan semasa dan kecelaruan pada klien. Klien perlu sentiasa diingatkan bahawa mereka bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Masalah-masalah klien yang tidak selesai perlu diutarakan semasa sesi dan dibincangkan bersama. Keadaan manusia yang terdiri daripada pelbagai lapisan perlu dikupas untuk mengenal pasti kematangan diri. Kesedaran perlu dipupuk dalam diri klien agar masalah ini diselesaikan dengan segera supaya tidak merencatkan perkembangan diri dan kontak dengan alam persekitaran dapat dipertingkat.

Rogers tidak memberi perhatian kepada teknik sebaliknya

kaunselor

perlu membina satu perhubungan yang baik dan menunjukkan empati terhadap masalah klien. Perhubungan baik yang terbentuk akan membantu

perkembangan diri klien. Dalam teori ini, kemahiran melayan dan mendengar sangat ditekankan. Selain itu, pada awal pembinaan teori ini, Rogers mementingkan pemahaman dunia klien dan melakukan refleksi terhadap apa yang difahaminya. Pada asasnya, teknik dalam teori ini berorientasikan konfrontasi dan diunjurkan secara terus kepada klien. Gestalt mempunyai pelbagai teknik untuk memperkukuh perkembangan perlakuan dan

kebertanggungjawaban diri klien. Antaranya adalah teknik dialog, kerusi kosong, gerakan melampau, kesediaan dengan tanggungjawab, memainkan peranan unjuran, penukaran terbalik, pengekalan perasaan, dan pendekatan mimpi. Pemusatan perorangan bersifat non-direktif iaitu kaunselor tidak memberi jawapan,saranan, atau membuat keputusan untuk klien tetapi kesedaran itu akan timbul sendiri daripada diri klien hasil daripada empati yang ditunjukkan oleh kaunselor. Ini berlaku kerana kaunselor berjaya memasuki ruang rujukan dalaman klien dan memahami masalah klien secara mendalam. Matlamat semasa sesi tidak diterapkan langsung oleh kaunselor sebaliknya klien yang memilih sendiri matlamat yang ingin dicapai. Dalam melaksanakan teori ini, kaunselor haruslah ikhlas dan mempunyai keinginan menolong yang sangat kuat supaya potensi sebenar klien dapat disedari oleh diri klien sendiri. Ini dapat membantu klien untuk bukan sahaja menyelesaikan masalahnya pada masa kini malahan juga membantunya untuk menyelesaikan permasalahan akan datang.

Dalam Gestalt, intervensi berlaku secara kesepaduan di mana kedua-dua kaunselor dan klien sama-sama berusaha untuk mencari penyelesaian bagi menimbulkan kesedaran ke atas diri klien. Teknik kerusi kosong dan dialog misalnya, menunjukkan bagaimana pertengkaran anatara topdog dan underdog dalam diri yang sepatutnya seimbang antara satu sama lain ditekankan ke atas klien secara tegas oleh kaunselor. Pengakuan saya dan bukannya mereka ataupun dia lebih diutamakan ke atas klien. Jika diteliti kepada kesan teori pemusatan perorangan, ia boleh disesuaikan dengan gaya hidup masyarakat di Malaysia di mana pada dasarnya sifat teori ini yang mementingkan kemesraan dan empati semasa menerima klien sememangnya satu konsep yang boleh digunapakai tetapi pada pandangan peribadi saya sendiri, kemahiran melayan dan mendengar sahaja tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah klien sebaliknya perlu ada satu dorongan daripada pihak kaunselor sendiri untuk penyataan tindakan yang sepatutnya dilakukan. Seseorang yang ingin berkembang ke arah yang positif sepatutunya sedar bahawa kesedaran sahaja tanpa tindakan tidak akan mengubah apa-apa pada diri seseorang. Bagi teori Gestalt pula, kaunselor haruslah mempunyai kekuatan dari aspek penerokaan afektif bagi menghasilkan satu sesi yang dianggap berjaya. Tetapi dalam pengaplikasian teori ini, perlu diingat bahawa sensitiviti klien perlu dijaga terutamanya masayarakat di Malaysia yang terkenal kerana mementingkan kesopanan. Idea-idea daripada teori ini yang dianggap abstrak mungkin disalahtafsir oleh sesetengah kaunselor baru yang ingin mempraktikkannya. Tetapi daripada kaca mata saya sendiri, set-set

teknik yang terdapat dalam teori ini mampu untuk mewujudkan satu bentuk kesedaran terutamanya perubahan emosi kepada klien.

KESIMPULAN Berdasarkan isi-isi perbincangan di atas, saya secara peribadi akan memilih teori Gestalt untuk dijadikan pegangan berbanding teori pemusatan perorangan kerana pada pandangan saya, seorang kaunselor perlu membawa haluan dalam sesinya bersama klien dengan cara sama-sama membincangkan tindakan yang perlu diambil dan bukannya terhad kepada kemahiran melayan dan mendengar serta mengiakan sahaja apa yang diperkatakan oleh klien. Intervensi secara tegas yang dilakukan oleh Gestalt bersesuaian jika difikirkan penyelesaian masalah yang memerlukan perhatian yang segera. Pada akhirnya, sebenarnya apa jua teori yang ingin dipilih oleh seorang kaunselor, dia sendiri perlu berfikir secara mendalam sebenarnya bagaimana untuk mengaplikasikan teori tersebut mengikut gayanya yang tersendiri.

BIBLIOGRAFI Edisi Kedua, Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling; Othman Mohamed : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Theory and Practice of Counseling and Psychotherapy, Seventh Edititon; Gerald Corey : Thomson,Brooks,Cole.

Systems, Strategies and Skills of Counseling and Psychotherapy; Linda Seligman : Prentice-Hall Inc.

Teori dan Amalan Psikoterapi; Amir Awang.

Anda mungkin juga menyukai