Anda di halaman 1dari 22

ISI

KANDUNGAN Muka Surat

PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN

2 3

2.0 TANGGUNJAWAB SOSIAL KORPORAT 2.1 Shell 2.1.1 Latar Belakang Shell Malaysia 2.1.2 Tanggungjawab Sosial Korporat Shell Malaysia

7 7

2.2 Advance Micro Devices (AMD) 2.2.1 Latar Belakang AMD 2.2.2 Tanggungjawab Sosial Korporat AMD 10 11

2.3 Telekom Malaysia Berhad (TM) 2.3.1 Latar Belakang Telekom Malaysia Berhad (TM) 2.3.2 Tanggungjawab Sosial Korporat TM 13 14

3.0 IMPAK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

18

4.0 KESIMPULAN RUJUKAN

21 22

PENGHARGAAN

Pertama sekali dipanjatkan kepada Tuhan kerana dengan keredhaan-Nya dan keizinan-Nya tugasan ini berjaya disempurnakan. Melalui tugasan ini diharapkan agar ia dapat memberikan nilai tambah dalam bidang pendidikan dan seterusnya mengembangkan lagi ruang lingkup bidang pendidikan. Setinggi terima kasih dan penghargaan dikalungkan untuk pensyarah dan tutor Open University Malaysia, khususnya bagi kursus KOM3101 (Pengenalan Komunikasi Korporat) di atas galakan dan sokongan dalam menyelesaikan tugasan ini. Untuk ahli keluarga terima kasih tidak terhingga diucapkan di atas keprihatinan dan pengorbanan yang dicurahkan. Akhir sekali kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung setinggi tinggi terima kasih diberikan. Semoga sedikit ilmu ini akan menginsafkan kita kepada keagungan dan kebesaran Tuhan serta dapat membawa manfaat kepada manusia. Sesungguhnya segala kejayaan

tugasan ini datangnya dari Tuhan dan segala kelemahan yang wujud hasil daripada sifat penulis.

1.0

PENGENALAN Hubungan korporat yang baik adalah merupakan tanggungjawab sosial yang baik.

Tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility) bukanlah satu perkara yang baru di negara luar, tetapi situasi ini masih baru dalam kontek negara Malaysia dan masih perlu dipupuk dikalangan organisasi atau badan badan korporat. Secara umumnya, apabila sesebuah organisasi ditubuhkan, organisasi tersebut bukan sahaja mengeksploitasi faktor pengeluaran disekelilingnya seperti buruh, tanah, modal dan keusahawanan, tetapi juga perlu berperanan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya. Antara tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar, dan pembangunan ekonomi dan masyarakat. Walau bagaimanapun skop perbincangan tanggungjawab sosial korporat disini lebih berfokuskan kepada bidang pendidikan yang pada hakikatnya merupakan salah satu proses sosiolisasi masyarakat yang mejurus kepada pembelajaran mengenai norma norma dan peranan peranan serta kemahiran ke arah mempersiapkan individu untuk meneruskan kemandiriannya. Secara umumnya,tanggungjawab sosial korporat membawa maksud sebarang komitmen atau pernyertaan oleh sesebuah syarikat korporat mengikut pertimbangan peniagaan dan sumbangan dari sumber korporat dalam komuniti atau masyarakatyang bertujuan ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat disekitar perniagaan atau perusahaan. Pada masa yang sama, tugasan ini juga turut menekankan kepada persoalan siapakah yang menjadi golongan sasaran syarikat syarikat korporat ini dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat sekitar organisasi tersebut. Hal ini merangkumi tahap umur, jantina dan kelas sosial masyarakat yang disasarkan. Objektif seterusnya turut merangkumi bentuk pelaksanaan yang dipraktikkan oleh badan- badan korporat dan jenis sumbangan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat disekitarnya kearah melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan. Tugasan ini turut mendedahkan ke arah mengetahui mengenai sejauhmanakah penglibatan organisasi dan sejauhmanakah ahli yang berada dalam organisasi melibatkan diri dalam aktiviti sosial sesebuah syarikat tersebut. Dalam pendedahan ke arah mengetahui mengenai tanggungjawab sosial badan badan korporat, penulisan turut dibuat untuk mendedahkan tentang

sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab sosial ini memberikan kesan sama ada kepada badan korporat mahupun kepada masyarakat terutama sekali dalam bidang pendidikan. Dalam tugasan ini juga membincangkan mengenai faedah faedah yang diperolehi oleh badan badan korporat dalam pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat. Pada masa yang sama pendedahan untuk mengetahui apakah faedah faedah yang diperolehi oleh masyarakat disekitar organisasi yang menjadi golongan sasaran badan korporat. Bagi memenuhi keperluan tugasan dan menjawab persoalan persoalan yang ditimbulkan dalam objektif tugasan tadi, penulis telah menjadikan beberapa buah syarikat atau badan korporat antaranya ialah Shell Malaysia, Advanced Micro Devices (AMD) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dalam perbincangan seterusnya, penulis akan

menggunakan singkatan tanggungjawab sosial korporat iaitu TSK dalam Bahasa Melayu dan juga CSR dalam Bahasa Inggeris.

2.0

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT Tanggungjawab sosial mula diperkatakan pada tahun 1066 dalam buku tulisan Lester

Thurow The Future of Capitalism. Dalam buku itu, beliau menjelaskan pada suatu ketika nanti, sistem kapitalisme akan menguasai dunia tanpa tentangan daripada mana-mana pihak. Ini disebabkan musuh utamanya, sosialisme dan komunisme telah berkubur. Thurow menggariskan lagi, kapitalisme tidak hanya menguasai ekonomi sahaja tetapi turut juga memasukkan unsur-unsur sosial dalam membangunkan masyarakat yang kemudiannya disebut sebagai sustainable society (masyarakat mapan). Pada zaman itu, pemikiran Thurow tidak diterima dan sukar dilaksanakan. Kemudiannya, muncul pula sebuah buku bertajuk The Silent Spring pada 1962 hasil pemikiran Rachel Calson yang memaparkan pada dunia tentang kerosakan alam dan kehidupan disebabkan oleh racun makhluk perosak yang boleh menyebabkan kematian. Buku ini telah membangkitkan kesedaran banyak pihak bahawa tindakan harus diambil sebelum menuju kehancuran. Bermula dari sinilah tanggungjawab sosial dilaungkan iaitu sekitar tahun 1970-an. Selepas itu, ramai cendekiawan menulis tentang pentingnya syarikat-syarikat melaksanakan tanggungjawab sosial, selain mengaut keuntungan. Antara buku yang terkenal ialah Beyond The Bottom Line karya Profesor Courtney C. Brown, orang pertama menerima gelaran Profesor of Public Polecy and Business Responsibility dari Universiti Columbia. Pada masa itu, pemikiran para ilmuan sosial masih banyak mendapat tentangan sehingga muncul buku yang menggemparkan dunia hasil pemikiran para intelektual Club of Roma bertajuk The Limits To Growth. Buku ini mengingatkan bahawa, di satu sudut bumi memiliki keterbatasan menampung beban (carrying capacity), sementara di satu sudut lain pula populasi manusia berkembang secara mendadak. Oleh sebab itu, sumber alam yang ada perlu diuruskan dengan cara yang berhemah dan cermat bagi memastikan pembangunan berterusan. Di Malaysia, isu mengenai tanggungjawab sosial turut hangat diperbincangkan terutama syarikat-syarikat besar di kalangan sektor korporat. Kerajaan menggunakan tanggungjawab sosial korporat (TSK) sebagai satu strategi untuk meningkatkan daya saing negara melalui pendekatan tersusun. Unit Pembangunan Ekonomi (EPU)

dipertanggungjawabkan untuk merangka dasar dan pelan pembangunan TSK sebagai

penggalak kepada sektor swasta untuk meningkatkan TSK dalam konteks daya saing nasional, pembangunan nasional dan perlindungan alam sekitar. Kesannya kini, TSK tidak lagi dipandang sebagai sesuatu keterpaksaan tetapi dianggap sebagai keperluan. Dahulu dianggap sebagai kos tetapi kini dianggap sebagai pelaburan yang mendatangkan keuntungan kepada syarikat. Global CSR Survey telah menjalankan kajian di 10 buah negara. Hasil-nya memperlihatkan betapa penting TSK dilaksanakan syarikat majoriti pengguna (72 peratus) menyatakan membeli produk dari syarikat yang melaksanakan CSR dan turut menyebarkan kepada yang lain. Manakala 61 peratus pengguna memboikot produk dari syarikat tidak punya tanggungjawab sosial. TSK bukan sekadar program kebajikan malah boleh mendatangkan faedah dalam jangka panjang. Philip Kotler dalam bukunya CSR: Doing the Most Good for Your Company and Your Cause menyatakan tentang perlunya syarikat melaksanakan TSK. Antaranya TSK boleh membangun kedudukan syarikat; meningkat jualan; memperluaskan pasaran; meningkatkan kesetiaan pengguna; mengurangkan belanja operasi dan meningkatkan daya tarik pelabur. Dalam kenyataan portal rasmi UKM bertarikh 19 Oktober 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, menyatakan bahawa Malaysia telah diiktiraf oleh CSR Asia (Corporate Social Responsibility in Asia) sebagai negara ketiga, selepas Korea Selatan dan India, dalam penilaiannya terhadap amalan TSK oleh syarikat syarikat yang tersenarai di 10 buah negara Asia. Selepas Malaysia adalah Thailand, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan China. Syarikat syarikat Malaysia mendapat penarafan tinggi, khasnya dalam bidang urus tadbir dan sosial. Justeru itu, Malaysia perlu terus melangkah ke arah yang betul di samping meningkatkan usaha untuk mencapai keputusan cemerlang. Oleh yang demikian, pertubuhan korporat mempunyai kewajipan untuk menjalankan perniagaan mereka bukan sahaja untuk kebaikan pemegang saham mereka tetapi juga kepentingan lain dalam erti kata seluasnya memandangkan perlakuan syarikat syarikat akan membawa kesan kepada isu ekonomi, politik dan sosial, yang akan memberi kebaikan kepada orang ramai di mana syarikat itu beroperasi. Oleh itu, penulis menengahkan tiga syarikat di Malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka sebagai contoh.

2.1

SHELL MALAYSIA

2.1.1 Latar belakang Shell Malaysia Shell Malaysia merupakan sebuah syarikat gergasi minyak yang tidak asing lagi. Selaras dengan pendekatan sistematik oleh kumpulan Royal Dutch Shell terhadap pengamalan kesihatan, keselamatan dan pengurusan alam sekitar yang baik. Shell Malaysia mengamalkan prinsip prinsip pembangunan berterusan yang memenuhi keperluan generasi semasa tanpa bertolak ansur terhadap keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka sendiri. Segala langkah yang diambil mengambilkira keperluan membuat keputusan perniagaan yang memberi sokongan kepada tanggunjawab terhadap ekonomi, sosial dan alam sekitar. Pada zaman ini, pembangunan berterusan bukan hanya melibatkan pemeliharaan alam sekitar atau gejala sosial, tetapi prestasi ekonomi juga. Oleh itu, bagi memastikan

keuntungan yang berterusan, Shell Malaysia perlu menunjukkan prestasi alam sekitar dan sosial yang cemerlang. Shell Malaysia menggabungkan aspek ekonomi, alam sekitar dan sosial ke dalam perniagaan supaya keuntungan yang berterusan dapat dicapai, pemeliharaan alam sekitar terjamin dan membina reputasi sebagai rakan serta penyumbang utama kepada seluruh masyarakat. Ini termasuklah pemegang saham, pelanggan, pekerja dan rakan

perniagaan serta masyarakat dan generasi akan datang. Shell Malaysia komited dalam usaha untuk membantu meningkatkan kualiti hidup pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan Malaysia dan matlamat Wawasan 2020.

2.1.2 Tanggungjawab Sosial Korporat Shell Malaysia Sebagai sebuah syarikat yang terlibat dalam industri minyak, Shell Malaysia telah memainkan peranan yang amat besar kepada masyarakat setempat dan global. Sumbangan Shell Malaysia bukan sahaja dalam bentuk pembiayaan kewangan atau biasiswa. Shell Malaysia juga menjana peluang pekerjaan dan perniagaan, di samping melabur dalam program dan inisiatif yang menaikkan status sosial dan ekonomi masyarakat di Malaysia khususnya dan juga meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat. mendapat pengesahan meluas daripada pemimpin kerajaan dan masyarakat. Sumbangan ini

Antara keterlibatan Shell Malaysia ialah menyahut seruan Kerajaan di dalam menerapkan Bahasa Inggeris di sekolah dengan menyumbang mempromosikan komunikasi di dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Shell Malaysia juga terlibat sebagai penganjur pertandingan Public Speaking Bahasa Inggeris, pertandingan perbahasan Bahasa Inggeris dan pertandingan drama Bahasa Inggeris. Melalui program tahunan Shell Malaysia Kami Prihatin Kami Menyumbang, Shell Malaysia menganjur, menyokong dan menyertai beberapa program seperti Program Tabung Kewangan untuk mangsa tsunami, kempen keselamatan jalan raya bagi pemandu LPG, Hari Keselamatan dengan penduduk tempatan, Hari Kemerdekaan dengan kanak kanak pra sekolah dan Hari Kesihatan dengan penduduk tempatan. Selain itu, Shell Malaysia mengadakan dialog komuniti dengan badan bukan kerajaan (Non-Government Organisation), jiran tetangga dan pihak berkuasa kerajaan. Sebagai sebahagian penting daripada masyarakat, Shell Malaysia memainkan peranan pentin di dalam melindungi dan menyokong biodiversiti. Sebagai ahli masyarakat yang aktif menyumbang, Shell Malaysia mengiktiraf bahawa operasi mereka berpotensi memberi impak, jika tidak dibendung boleh menyebabkan kehilangan biodiversiti dan akan membawa kos pada masa, wang dan reputasi. Kegagalan untuk melindungi biodiversity akan juga memberi kesan negatif terhadap lesen beroperasi syarikat. Manakala, reputasi yang baik yang dibina melalui pengurusan biodiversiti yang efektif memberikan syarikat kelebihan pada daya saing. Dalam usaha memelihara alam sekitar, Shell Malaysia komited untuk meminimakan impak terhadap alamsekitar dengan menetapkan sasaran sasaran yang ketat untuk mengurangkan secara berperingkat pelepasan dan pembuangan dengan mengambilkira undang undang tempatan, objektif strategik Kumpulan Shell serta protokol dan konvensyen antarabangsa yang berkaitan. Dalam apa jua yang dilakukan, syarikat Shell Malaysia komited mengimbangi cita cita ekonomi dengan komitmen yang jelas terhadap tanggungjawab korporat.

Dialog bersama komuniti

Sokongan tajaan untuk pertandingan bahas Bahasa Inggeris di sekolah sekolah tempatan

Kami Prihatin Kami Menyumbang sumbangan kepada Tabung Bantuan Tsunami

2.2

Advance Micro Devices (AMD)

2.2.1 Latar Belakang Syarikat AMD Syarikat Advance Micro Devices Export pada awalnya diasaskan di Sunnyvale, California. Kemudian syarikat ini membuka cawangannya di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia pada bulan Januari tahun 1972. Penubuhannya di Pulau Pinang merupakan usaha pertama syarikat itu untuk mengembangkan lagi empayarnya di luar negara. Hal ini berikutan dengan perkembangan Pulau Pinang sebagai sebuah kawasan perindustrian bebas yang terbesar di Malaysia. Syarikat ini juga merupakan salah satu daripada lapan buah syarikat yang membekalkan barangan berasaskan elektrik dan elektronik di Penang. Kebanyakan syarikat-syarikat tertumpu di kawasan perindustrian bebas yang terletak di Bayan Lepas, Penang. Pada awalnya bilangan pekerja yang bekerja di syarikat ini hanya seramai 78 orang sahaja. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat, dan hal ini membolehkan syarikat ini menambah bilangan pekerjanya. Ia kemudiannya menambah bilangan pekerja seramai 1500 orang untuk menampung pengeluaran dan permintaan yang semakin meningkat di pasaran. Mereka kemudiannya dibahagikan mengikut pengkhususan tertentu untuk mengeluarkan produk-produk yang berlainan. Hal ini penting untuk menjamin dan meningkatkan produktivitinya. Akibat perkembangan yang pesat ini juga, syarikat ini

semakin berkembang menjadi salah satu daripada industri pembuatan elektronik yang terbesar dan bertaraf dunia. Antara produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini ialah barangan elektronik komputer, kad memori, dan sebagainya.

2.2.2 Tanggungjawab Sosial Korporat AMD. Syarikat ini amat komited dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka. Hal ini bertetapan dengan visi syarikat iaitu untuk mengubah kepada kehidupan yang lebih baik. Keadaan ini amat bersesuaian dengan objektif syarikat iaitu untuk membekalkan masyarakat dengan kehidupan yang produktif. Fokus utama syarikat dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat ini adalah untuk mengukuhkan masyarakat dan juga pendidikan. Sumbangan syarikat ini dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat mereka merangkumi pelbagai bidang, termasuklah bidang pendidikan. Hal ini adalah kerana syarikat percaya dan rasa bertanggungjawab untuk membangunkan generasi pelapis untuk mengembangkan potensi mereka. Segala aktiviti yang berteraskan tanggungjawab sosial korporat ini dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan setiap lapisan pekerja di syarikat. Antara sumbangan sosial korporat yang mereka jalankan khususnya dalam bidang pendidikan ialah membekalkan akhbar News Strait Times Press (NSTP) percuma kepada sekolah-sekolah yang terpilih. Hal ini disebabkan oleh kepekaan pihak syarikat sendiri mengenai kepentingan penggunaan bahasa Inggeris yang kian meluas pada masa kini. Tujuan pembekalan suratkhabar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini disebabkan syarikat peka dengan masalah kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar sekolah. Hasil daripada tajaan suratkhabar berbahasa Inggeris ini oleh pihak syarikat, ia telah meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Pihak syarikat juga turut menggalakkan lawatan para pelajar sekolah ke kilang. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka mengenai produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat dan sebagainya. Pihak syarikat juga turut menganjurkan pertandingan sains dan teknologi. Memandangkan sains dan teknologi amat penting pada zaman sekarang, syarikat AMD turut telah mengambil inisiatif dalam melahirkan minat dalam kalangan pelajar sekolah. Dalam pertandingan ini, para pelajar berpeluang untuk mempamerkan kreativiti mereka.

Pihak syarikat juga turut peka dengan perkembangan institusi pengajian tinggi yang terdapat di negara ini. Kerjasama ini telah memberi peluang kepada para pelajar untuk mendedahkan diri mereka dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Selain itu, pihak syarikat juga turut terlibat dalam menaja Konvensyen Astronomi USM buat beberapa tahun berturutturut. Hal ini menunjukkan syarikat amat menyokong pendidikan tinggi di negara kita bagi menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti. Selain itu, pihak syarikat juga turut menganjurkan program Smart Kids di syarikat. Kanak-kanak akan dijemput datang ke syarikat dan mereka berpeluang untuk melihat sendiri pelbagai kemudahan dan produk yang dikeluarkan oleh syarikat.

2.3 TELEKOM MALAYSIA (TM) 2.3.1 Latar Belakang TM Telekom Malaysia Berhad (TM), sebuah syarikat maklumat dan komunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, menawarkan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam bentuk jalur lebar, data dan talian tetap. Sebagai peneraju pasaran dalam perniagaan jalur lebar dan talian tetap, TM sentiasa bergerak ke arah memberikan nilai terbaik untuk pemegang kepentingannya dalam persekitaran yang kompetitif. Kumpulan TM juga sentiasa memberi tumpuan kepada usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggannya. Dengan rangkaian globalnya yang meluas, TM mampu untuk meletakkan Malaysia sebagai hab Internet serantau dan gerbang digital bagi Asia Tenggara. Sejajar dengan itu, TM kini sedang bergerak maju ke arah menjadi pembekal perkhidmatan Rangkaian Generasi Akan Datang dan membolehkan Kumpulan TM meningkatkan kecekapan dan produktiviti sambil menawarkan produk dan perkhidmatan yang diperkaya. Dari segi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Kumpulan TM sering menjadi penyumbang korporat utama ke arah aktiviti aktiviti bermanfaat dengan berpendirian bahawa amalan sedemikian merupakan rukun asas kepada urus tadbir korporat yang baik. Kumpulan TM menyokong 3 platform utama iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat dan negara dan alam sekitar. Dalam pendidikan, TM telah membelanjakan kira kira RM800 juta untuk membangunkan Universiti Multimedia menjadi salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mempunyai lebih 20,000 orang pelajar. TM juga memberikan biasiswa kepada lebih 11,000 graduan yang melanjutkan program akademik di dalam dan luar negara. Di bawah platform pembinaan masyarakat dan negara, Kumpulan TM menyumbang kepada usaha usaha yang memberi nilai buat masyarakat dan negara, amnya. TM telah

dianugerahkan dengan anugerah berprestij STAR-BIZ ICRM Corporate Responsibility untuk kategori Tempat Kerja bagi tahun 2008.

2.3.2 Tanggungjawab Sosial Korporat TM Dalam menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan pendidikan sebagai sebahagian daripada inisiatif kebajikannya, Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini menganugerahkan 97 orang graduan cemerlang yang menerima biasiswa TM untuk melanjutkan pengajian mereka menerusi unit sosialnya, Yayasan Telekom Malaysia (Yayasan TM) dalam satu majlis penyampaian sijil yang diadakan di ibu pejabat korporatnya, Menara TM. Para pelajar tersebut menerima sijil kecemerlangan sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang mereka dan sebagai penggalak untuk mereka meneruskan prestasi cemerlang mereka dalam kerjaya mereka di TM. Yayasan TM telah ditubuhkan pada bulan November 1994 dan kemudian diperbadankan pada tahun 2007 sebagai Lembaga Amanah Yayasan TM. Ia telah ditubuhkan dengan objektif untuk menggalakkan para pelajar melanjutkan pengajian dengan memberikan biasiswa, geran, dermasiswa, elaun sara hidup dan bantuan kewangan kepada golongan pelajar tanpa mengira latar belakang keluarga atau sempadan geografi. Visi Yayasan TM adalah untuk memberikan golongan pelajar dari segenap lapisan masyarakat, terutamanya yang kurang berkemampuan, peluang sama rata untuk melanjutkan pengajian mereka dan kemudiannya memperoleh kerjaya impian mereka. Setiap tahun, Yayasan TM akan membuka permohonan biasiswanya kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai rekod akademik yang cemerlang, daya kepimpinan dalam aktiviti ko-kurikulum serta memiliki motivasi dan kesungguhan untuk berjaya. Selain kecemerlangan akademik, pemilihan juga adalah berdasarkan beberapa kriteria lain seperti latar belakang sosio-ekonomi, kepintaran emosi dan rohani (ESQ) serta prestasi mereka semasa sesi temuduga dan kem pembelajaran, sebelum pelajar pelajar yang layak dipilih untuk menerima biasiswa tersebut. Terdapat 3 jenis biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan TM iaitu:

1. Biasiswa untuk Pengajian Tinggi untuk pelajar yang menuntut di universitiuniversiti tempatan, Universiti Multimedia (MMU), Kolej Latihan TM dan universitiuniversiti luar negara. 2. Biasiswa Kecil untuk pelajar-pelajar sekolah menengah iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. 3. Biasiswa untuk anggota TM yang melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Program-program ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan inisiatif

Tanggungjawab Korporat (CR) TM yang berlandaskan pendekatan dalam tiga aspek iaitu pendidikan, pembinaan masyarakat dan negara serta alam sekitar. Di bawah platform

pendidikan juga, TM telah menubuhkan MMU pada tahun 1996, sebagai universiti swasta pertama di negara ini. Setakat ini, MMU telah melahirkan lebih daripada 13,000 orang graduan, dan satu perkara yang membanggakan kami ialah lebih daripada 96% daripada mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan pertama selepas mereka menamatkan pengajian. Dan baru-baru ini, MMU telah berjaya menempatkan diri dalam senarai 200 Universiti Asia terbaik, di bawah QS.com Asian Universities Rankings 2009. Di bawah platform pembinaan Masyarakat dan Negara, TM memfokus kepada memperkayakan kehidupan golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik dengan merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar serta menghulurkan bantuan kepada rumah-rumah kebajikan, organisasi-organisasi kebajikan dan NGO. Terdahulu, pada bulan Julai tahun 2009, TM telah melancarkan fasa kedua program sekolah angkat dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Pelancaran ini menandakan bermulanya program di mana tiga buah sekolah dijadikan sekolah angkat untuk tempoh tiga tahun dari Julai 2009 sehingga Julai 2012. Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Teriang di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan, Sekolah Menengah Kebangsaan Pakan, Sarikei di Sibu, Sarawak dan Sekolah Menengah Rendah Agama Repah di Tampin, Negeri Sembilan. Program sekolah angkat ini merupakan kesinambungan dari projek Sekolah Angkat yang pertama dijalankan dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada masa itu pada tahun 2004. Di bawah projek pertama tersebut, TM telah mengambil Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas di Jeli, Kelantan (SMK Ayer Lanas) sebagai sekolah angkatnya selama tiga tahun bermula Januari 2004 hingga Januari 2007. Program ini

mempunyai objektif yang dijuruskan kepada tiga aspek iaitu untuk memperkenalkan penggunaan ICT dalam bidang pembelajaran, memperkenalkan sekolah sebagai pusat komuniti untuk penyebaran ilmu ICT serta merapatkan jurang digital. Di bawah program ini, kemudahan IT dan infrastruktur telekomunikasi di ketiga-tiga sekolah tersebut akan dinaik taraf. Selain itu, aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti kelas-kelas komputer juga akan diadakan untuk para guru, pelajar dan juga masyarakat di kawasan tersebut. Selain daripada itu, TM turut mempunyai inisiatif-inisiatif lain bagi menyokong pendidikan dan pembangunan masyarakat. Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang Kumpulan TM ke arah pembinaan negara, TM memainkan peranan penting dalam program Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility atau PINTAR, sebuah program kemasyarakatan bagi memperbaiki taraf sosio-ekonomi menerusi pencapaian akademik. Bermula tahun 2005, TM telah melibatkan diri dalam program PINTAR yang dicetuskan oleh Kementerian Kewangan dan diterajui oleh Khazanah Nasional bersama-sama dengan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Program PINTAR adalah salah satu inisiatif yang terhasil daripada Program Transformasi GLC (GLCT). Ia memperkemaskan program-program sekolah angkat selaras dengan seruan Kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-9 (9MP) dan Bajet 2006 berkenaan kerjasama awam-swasta untuk pembangunan yang berkekalan. Jawatankuasa Putrajaya berkenaan Prestasi Cemerlang GLC, iaitu satu jawatankuasa yang memantau Program GLCT, berharap agar PINTAR akan menjadi contoh ikutan syarikat-syarikat lain dalam menyokong seruan Kerajaan ke arah Pembangunan Modal Insan. Program ini bertujuan mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pencapaian akademik yang baik di kalangan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah kerana pencapaian akademik yang baik menjanjikan masa depan yang lebih baik justeru memberi mereka peluang memperbaiki taraf hidup. PINTAR adalah satu program menyeluruh yang menggalakkan penglibatan ibu bapa dan masyarakat untuk menghadiri kursus kursus IT dan motivasi serta Seminar Keibubapaan bagi mempersiapkan mereka untuk mendidik anak anak masing masing. Di bawah program selama tiga tahun itu, TM telah mengambil dua buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda dan Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sebagai sekolah angkat.

TM telah memperuntukkan RM400,000 untuk tempoh 3 tahun sehingga 2009 bagi kedua-dua sekolah tersebut mengadakan pelbagai aktiviti termasuklah latihan dan bengkel peperiksaan UPSR, bengkel Bahasa Inggeris, bengkel pengurusan dan penyelenggaraan komputer, kursus kursus motivasi dan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Untuk PINTAR, TM telah melengkapkan sekolah-sekolah tersebut dengan komputer komputer yang dilengkapi dengan sambungan jalur lebar untuk akses Internet yang lebih baik. Kelas kelas Aplikasi Internet dan Penyelenggaraan Komputer serta kursus motivasi turut disediakan untuk manfaat para pelajarnya. Di bawah platform Alam Sekitar, TM telah menghasilkan Manual Alam Sekitarnya sendiri yang menggariskan prosedur prosedur yang mesra alam untuk operasi hariannya. TM telah turut melancarkan kempen peringkat dalaman bagi meningkatkan kesedaran dan memupuk tabiat tabiat cintakan alam sekitar di kalangan anggotanya. TM juga telah mengambil langkah bijak untuk menggunapakai ICT sebagai teknologi hijau dengan melaksanakan amalan teleworking di kalangan anggotanya. TM telah mula melaksanakan teleworking yang melibatkan 140 orang anggota daripada Bahagian Jualan Korporat pada awal tahun 2009. Syarikat TM juga telah mengamalkan mesyuarat jarak jauh menerusi telepersidangan (teleconferencing) dan live streaming di antara pejabat-pejabat negerinya di seluruh negara. TM berbangga dengan program program tanggungjawab sosial korporat dan mereka komited akan meneruskannya kerana mereka percaya sesebuah syarikat yang berjaya haruslah berusaha mengimbangkan antara menjana keuntungan dan keprihatinan terhadap insan, masyarakat dan planet kita. TM juga telah menerbitkan edisi pertama Laporan

Pengekalannya (Sustainability Report) pada awal tahun 2009. Dengan laporan tersebut, TM telah mengambil langkah seterusnya dalam memaklumkan peningkatan komitmen Syarikat bagi tujuan ketelusan dan kebertanggungjawaban. Laporan ini memberi perspektif tambahan kepada prestasi TM dalam pasaran, tempat kerja, komuniti dan alam sekitar yang menggambarkan amalan perniagaan TM yang berkekalan. Konsisten dengan keperluan untuk laporan operasi tiga peringkat (triple bottom line reporting), Laporan Pengekalan TM telah dihasilkan dalam format yang mematuhi rangka kerja Global Reporting Initiative (GRI), satu standard yang diterima di peringkat global untuk laporan pengekalan. Laporan tersebut telah menerima Taraf A+ Aplikasi GRI oleh Sekretariat Antarabangsa GRI.

3.0

IMPAK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT ISO 26000 adalah satu dokumen antarabangsa tentang tanggungjawab sosial.

Dokumen ini dibangunkan oleh Pertubuhan Standardisasi Antarabangsa (ISO). Proses pembangunan standard ISO merupakan satu usaha persetujuan untuk menyediakan dokumen standard daripada draf awal sehingga kepada peringkat draf terakhir dan penerbitan. Melalui Perjanjian Marrakesh, Pertubuhan Perdagangan Dunia ditubuhkan pada tahun 1995, standard antarabangsa lebih diutamakan daripada standard serantau atau kebangsaan bagi tujuan keselamatan dan kesihatan. Di samping itu, konvensyen dan perjanjian antarabangsa telah menyumbang kepada pengikatan beberapa norma antarabangsa seperti Protokol Kyoto, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Banyak standard antarabangsa yang dibangunkan oleh ISO merujuk kepada norma ini dan konvensyen lain sebagai asas untuk memberikan alatan kepada organisasi untuk menyokong usaha menuju ke arah pembangunan lestari, sebagai conton siri ISO 14000. Terdapat juga standard berkaitan dengan pelepasan gas rumah hijau, pembangunan lestari, kesihatan dan keselamatan pekerja. Bagi menyebarkan tanggungjawab sosial korporat (Corporate Social Responsibility, CSR) tentang tuntutan dan anugerah CSR, Jawatankuasa bagi Dasar Pengguna ISO telah mengadakan bengkel tentang CSR dan bagaimana standard antarabangsa boleh membantu pada tahun 2001. Hasil daripada bengkel ini telah terbentuk sebuah kumpulan penasihat, untuk mengumpul maklum balas daripada ahli ISO dan organisasi lain (antarabangsa dan serantau) bagi membangunkan sebuah standard antarabangsa tentang CSR. Namun begitu, terlalu banyak maklum balas telah diterima, dan menunjukkan bahawa CSR hanya tertumpu kepada korporat dan industri. Standard antarabangsa sepatutnya diguna pakai untuk semua jenis organisasi termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, organisasi penyelidikan, pekerja dan pengguna. Oleh itu, adalah mustahak bagi

membangunkan standard antarabangsa untuk tanggungjawab sosial daripada hanya membangun tanggungjawab sosial korporat. Mesyuarat pertama dan mesyuarat yang seterusnya akan melihat standard yang digariskan berasaskan prinsip-prinsip Hak Asasi Manusia, penglibatan pihak berkepentingan dan hak-hak pekerja. Banyak inisiatif antarabangsa yang berkaitan dengan CSR telah

diwujudkan semasa kumpulan kerja SR di bawah ISO (ISO WGSR) bertemu pada tahun 2005. Antaranya Manual Organisasi Pembangunan Ekonomi untuk Perusahawan

Multinasional, Persetujuan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Kod Etika Multinasional Pertubuhan Pekerja Sedunia. Namun sebagaimana dengan tajuk yang dicadangkan, mereka merujuk kepada peranan korporat dalam tanggungjawab sosial dan persekitaran.

Standard ini membekalkan panduan tanggungjawab sosial untuk semua jenis organisasi: 1. Konsep, istilah dan definisi yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial 2. Latar belakang, trend dan ciri-ciri tanggungjawab sosial 3. Prinsip-prinsip dan amalan yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial 4. Subjek teras yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial; 5. Isu-isu tanggungjawab sosial (masalah) 6. Mengintegrasikan, melaksanakan dan mempromosikan tanggungjawab sosial pada seluruh organisasi, melalui dasar dan amalan pengaruh yang berkaitan 7. Mengenal pasti dan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan 8. Komitmen berkomunikasi dan prestasi berkaitan dengan tanggung jawab sosial Tujuan utama panduan tanggungjawab sosial adalah untuk membantu organisasi dengan peralatan bagi mencapai atau menyumbang pada sasaran-sasaran pembangunan lestari.

Panduan ini mengutamakan 7 prinsip bagi operasi sesebuah organisasi: 1. Akauntabiliti 2. Ketelusan 3. Etika 4. Kepentingan pihak berkepentingan 5. Keluhuran undang-undang 6. Norma-norma antarabangsa 7. Hak Asasi Manusia Panduan ini meminta semua pengamal tanggungjawab sosial supaya menggunakan prinsipprinsip di atas dalam semua aktiviti atau praktis tanggungjawab sosial mereka.

Untuk menetapkan skop dalam aktiviti tanggungjawab sosial bagi suatu organisasi, panduan ini mengutamakan 6 subjek teras: 1. Pengawalan organisasi: satu sistem di mana organisasi membuat keputusan dan mengimplementasikannya berdasarkan objektif. 2. Amalan operasi yang adil: keprihatinan etika dalam hubungan sebuah organisasi dengan organisasi lain dan individu. 3. Hak asasi manusia: hak dasar di mana semua manusia berhak terutamanya mengamalkan hak-hak sivil dan politik serta ekonomi, sosial dan budaya. 4. Amalan pekerja: meliputi semua dasar dan amalan yang berkaitan dengan pekerjaan yang dilakukan di dalam organisasi, oleh organisasi dan bagi pihak organisasi. 5. Persekitaran: keputusan dan aktiviti organisasi seringkali mempunyai kesan kepada persekitaran tempat mereka berada. 6. Pengguna: organisasi yang membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna, serta pelanggan yang lain, hendaklah mempunyai tanggungjawab kepada pengguna dan pelanggan mereka. 7. Penglibatan dan pembangunan masyarakat: organisasi mempunyai hubungan dengan masyarakat tempat beroperasi dengan berdasarkan kepada penglibatan masyarakat setempat dan memberikan sumbangan kepada pembangunan masyarakat tersebut.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai sebuah badan korporat atau organisasi yang menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi yang mempunyai orientasi ekonomi yang pelbagai, kesedaran pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat perlu dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa walaupun keuntungan yang bakal diperolehi atau faedah yang bakal dikecapi tidak datang dalam jangka masa yang pendek namun hal ini adalah penting bagi memastikan keuntungan itu tidak dibolot oleh satu- satu pihak sahaja. Tambahan lagi menyedari aktiviti pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini mendatangkan faedah yang bukan sedikit dan bukan dinikmati oleh satu satu pihak sahaja, maka adalah lebih bijak jika syarikat atau badan korporat melibatkan diri dalam aktiviti sebegini. Walau bagaimanapun usaha usaha sosial ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa penglibatan dan komitmen semua pihak. Jadi wajarlah jika semua pihak termasuklah kerajaan, masyarakat, individu dan sebagainya melibatkan diri dalam program yang dianjurkan. Syarikat syarikat harus melihat tanggungjawab korporat sebagai satu peluang untuk maju bukannya sebagai suatu bebanan. Sesetengah syarikat mungkin menganggap untuk mengkanunkan TSK sebagai suatu halangan. Oleh itu, ia Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menggariskan bahawa TSK diterima pakai hanya secara sukarela dan tidak dipaksa. Tidak dinafikan amalan tanggungjawab sosial dalam sesebuah syarikat banyak manfaatnya terhadap kedudukan syarikat dan membawa kepada peningkatan keuntungan dengan lebih mantap. Pihak kerajaan hanya sebagai pemudahcara sahaja. Selain itu, amalan tanggungjawab sosial ini juga mempunyai kaitan positif dengan harga saham syarikat di bursa dan penilaian positif prestasi syarikat itu oleh pengguna, pelanggan dan pembekalnya. Akhir kata, sesebuah syarikat yang mempunyai nilai jenama yang baik hasil dari program tanggungjawab sosialnya akan dipandang tinggi berbanding dengan pesaingnya. Bahkan memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa syarikat itu bertanggungjawab, beretika dan telus dalam operasinya.

RUJUKAN Fialka. J. (2006). Politics & Economics: Big Businesses Have New Take on Warming; Some Companies Move From Opposition to Offering Proposals on Limiting Emissions. Wall Street Journal. pg.A.4. K. C. John Wei (2011). Corporate Social Responsibility A Comparison Between Vietnam and China, International Journal of Governance. Vol. 1, No.1, July 2011. Saether, Kim T.; Ruth V. Aguilera (2008).Corporate Social Responsibility in a Comparative Perspective. In Crane, A., et al. (PDF). The Oxford Handbook of Corporate Social Responsibility. Oxford: Oxford University Press. Sun, William (2010). How to Govern Corporations So They Serve the Public Good: A Theory of Corporate Governance Emergence. New York: Edwin Mellen. Thilmany, J. 2007. Supporting Ethical Employees. HR Magazine, Vol. 52, No.2, September 2007, pp. 105110.http//:www.shrm.org/hrmagazine/07September, (2012, 23 Oktober) Visser, Wayne, Dirk Matten, and Manfred Pohl (2007). The A to Z of Corporate Social Responsibility. London, England; New York, NY: Wiley Zaili Mohamad (2009). Amalan Tanggungjawab Sosial Di Kalangan Koperasi Di Malaysia. http://www.angkasa.coop/pelancar/index.php?p=jul011-2009 Tanggungjawab Sosial Korporat, (2010). Mesyuarat ISO WGSR Tanggungjawab Sosial Ke-8. http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/polisi-awam/247mesyuarat-iso-wgsr-tanggungjawab-sosial-ke-8-copenhagen-denmark, (2012, 22 Oktober)