Anda di halaman 1dari 2

3.

0 Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran)

Persediaan rancangan mengajar perlu disediakan oleh guru sebelum memulakan


sesuatu pengajaran. Tujuan persediaan rancangan mengajar adalah untuk
memudahkan guru bersedia dan berkeyakinan semasa mengajar. Persediaan
rancangan mengajar sebaik-baiknya fleksibel mengikut kesesuaian keadaan dan
keperluan masa.
Rancangan Pengajaran Slot merupakan satu slot pengajaran yang dijalankan
antara 20 hingga 30 minit serta mengikut komponen tertentu. Dalam setiap rancangan
pengajaran slot perlu mempunyai beberapa kriteria iaitu;
• Komponen: berdasarkan kesesuaian tema dan tajuk yang dipilih.
• Tema: tema yang dipilih haruslah sesuai dengan minat, kebolehan, pengalaman
dan perkaitan dengan kehidupan seharian kanak-kanak.
• Hasil pembelajaran:perlu merujuk kepada Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Ia perlu berkait rapat dengan komponen yang dipilih.
• Objektif: adalah objektif yang hendak dicapai di akhir pembelajaran.
• Pengetahuan sedia ada: pengetahuan atau kemahiran yang sedia ada atau
yang telah dikuasai oleh murid-murid.
• Kesepaduan: sesuatu komponen perlulah mempunyai kesepaduan atau
kesinambungan dengan komponen yang lain.
• Set induksi: bertujuan untuk menarik perhatian murid-murid melalui perlakuan
guru dan menggunakan persekitaran atau bahan-bahan maujud. Ia dilaksanakan
antara 2 hingga 5 minit.
• Penyampaian: guru menyampaikan isi pelajaran dan melaksanakan aktiviti.
Guru menjalankan penilaian terhadap tugasan secara keseluruhan.
• Penutup: bertujuan sebagai pengukuhan dan rumusan terhadap perkara yang
diajar yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran.

3.1 Pendekatan dan Aktiviti


1
Pendekatan adalah cara untuk melaksanakan kurikulum. Dalam konteks pendidikan
awal kanak-kanak, pendekatan bermaksud cara pelaksanaan kurikulum dengan
menggunakan teknik atau kaedah diikuti dengan aktiviti sebagai pengukuhan.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak pula
bermaksud pengukuhan pelajaran sama ada menerusi penerangan, latihan, penyoalan,
penerokaan dan pembinaan pengalaman serta pengetahuan. Menerusi aktiviti
pembelajaran kanak-kanak dapat mengukuhkan kefahaman dan kemahiran tentang
sesuatu konsep. Aktiviti terbahagi kepada dua iaitu aktiviti berpusatkan murid dan
aktiviti berpusatkan guru
Aktiviti berpusatkan murid bermaksud pembelajaran yang digerakkan atas minat
dan dorongan murid. Peranan guru adalah sebagai pemudah cara dan pembimbing.
Manakala aktiviti berpusatkan guru pula adalah pembelajaran yang berlaku atas
rancangan dan arahan guru. Peranan guru dalam aktiviti berpusatkan guru ini pula
adalah sebagai penentu aras pengetahuan yang diperlukan oleh murid-murid.

3.2 Rancangan Pengajaran Harian (Slot Pengajaran 30 Minit)

[lihat muka surat seterusnya]