Anda di halaman 1dari 7

3.

3 Esei Reflektif tentang Kekuatan dan Kelemahan Rancangan Pengajaran


Harian

Saya telah melaksanakan pengajaran slot yang telah dirancang pada 12 Mac 2009 di
kelas Pra 1 SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak. Komponen pengajaran adalah
komponen perkembangan kognitif dan subtema yang dipilih adalah haiwan peliharaan
di bawah tema haiwan.
Sebelum pengajaran dilakukan, saya telah mendapatkan maklumat berkenaan
dengan pengetahuan sedia ada murid-murid daripada guru kelas tersebut. Murid-murid
telah didedahkan dengan konsep nombor serta simbol-simbol nombor. Mereka juga
sudah boleh mengira dari nombor 1 hingga nombor 15.
Dalam rancangan pengajaran slot ini, saya telah memilih aktiviti berpusatkan
murid di mana aktiviti pembelajaran yang dijalankan digerakkan atas minat dan
dorongan murid. Guru hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pemerhati.
Dengan jumlah murid-murid seramai 25 orang, aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti
kumpulan iaitu satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membahagikan mereka
kepada 5 kumpulan kecil di mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Saya juga
menggunakan kaedah aktiviti kelas dalam aktiviti akhir dalam perancangan slot yang
dirangka.
Setiap kumpulan diberikan beberapa kad gambar, kertas mahjong dan gam
cecair. Guru memberikan arahan iaitu setiap kumpulan perlu memadankan kad gambar
ibu haiwan peliharaan dengan anaknya.

1
Gambar 1: Kumpulan 1 dengan hasil kerja mereka.

Gambar 2: Kumpulan 5 dengan hasil kerja mereka


2
Setelah selesai aktiviti pertama ini, murid-murid diminta berkumpul semula di
ruangan perbualan pagi (ruangan circle time). Murid-murid ditunjukkan haiwan
peliharaan dan murid menyebut nama haiwan tersebut. Kemudian, guru mengedarkan
kad gambar haiwan peliharaan tersebut kepada setiap murid-murid dan guru juga
menunjukkan graf kosong yang ditampal di atas papan esel. Murid-murid diminta
menampal gambar-gambar haiwan ternakan mengikut kumpulannya iaitu gambar ayam
perlu ditampal di ruangan gambar ayam dan seterusnya.

Gambar 3: Murid-murid menampal gambar haiwan peliharaan mengikut giliran.

3
Apabila selesai aktiviti pengelasan, murid diminta membanding dan
membezakan haiwan peliharaan yang paling banyak dan paling sedikit dan murid
diminta mengira jumlah setiap haiwan peliharaan tersebut. Murid diminta menulis
simbol nombor dalam petak graf.

Gambar 4: Graf haiwan peliharaan.

Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan, saya mendapati


murid-murid di kelas Pra 1 tidak didedahkan dengan asas kepada konsep padanan satu
dengan satu di mana mereka tidak tahu untuk memadankan gambar ibu haiwan
peliharaan dengan anaknya. Murid-murid mengalami masalah apabila mereka tidak
dapat membuat aktiviti seperti yang diarahkan. Akhirnya mereka dibantu oleh guru
pelatih dan juga pembantu prasekolah untuk menyelesaikan aktiviti ini. Aktiviti untuk
padanan satu dengan satu memakan masa yang panjang menyebabkan slot
pengajaran melebihi masa yang dirancang.

4
Gambar 5: Aktiviti dibantu oleh pembantu prasekolah.

Bagi aktiviti pengelasan pula, murid-murid dapat menampal kad gambar haiwan
peliharaan mengikut kumpulannya dengan baik. Murid-murid berasa sangat gembira
apabila setiap daripada mereka diberi peluang untuk ke hadapan dan menampal kad
gambar yang dipegang di graf haiwan peliharaan.
Seterusnya adalah aktiviti konsep nombor di mana murid-murid perlu membilang
kad gambar yang ditampal mengikut kumpulan dan menulis simbol nombor bagi setiap
kumpulan yang menunjukkan bilangan haiwan tersebut. Di awal permulaan aktiviti,
murid-murid seperti keliru untuk melakukan aktiviti ini. Namun apabila guru mula
memberi sedikit penerangan, murid-murid dapat menyelesaikan aktiviti dengan baik.
Kekuatan yang dapat dilihat dalam rancangan pengajaran slot yang telah
dilaksanakan ini adalah kaedah yang digunakan berkesan di mana aktiviti yang
dilakukan adalah secara berkumpulan. Semangat kerjasama dalam setiap kumpulan
dapat dilihat dan mereka sangat bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan bersama-sama.

5
Rancangan pengajaran ini juga sesuai dengan masa yang telah dirancang iaitu
selama 30 minit. Walaupun terdapat aktiviti yang memakan masa yang lebih lama
daripada yang dirancang tetapi perkara tersebut dapat diatasi dan masa yang
digunakan untuk melaksanakan slot ini tetap tidak melangkaui masa lebih daripada 30
minit.
Selain itu, bahan bantu mengajar yang digunakan juga dapat menarik minat
murid-murid. Walaupun bahan yang digunakan hanya berwarna hitam dan putih, murid-
murid kelihatan sangat gembira dan masing-masing ingin menunjukkan diri mereka juga
mempunyai haiwan peliharaan di rumah.
Kelemahan rancangan pengajaran slot yang didapati selepas pelaksanaan
pengajaran ini adalah murid-murid tidak didedahkan dengan konsep padanan satu
dengan satu di mana konsep ini merupakan konsep yang sangat penting dalam
komponen perkembangan kognitif dan awal matematik. Sepatutnya murid-murid perlu
didedahkan dengan konsep padanan satu dengan satu terlebih dahulu sebelum
diperkenalkan dengan konsep nombor seperti membilang nombor 1 hingga 5 dan
seterusnya.
Oleh itu, kaedah yang digunakan dalam rancangan pengajaran ini iaitu aktiviti
berpusatkan murid kurang berkesan kerana murid-murid tidak dapat melakukan aktiviti
yang diberikan dengan baik dan mereka masing-masing perlu dipandu oleh guru dan
pembantu prasekolah.
Antara langkah yang boleh dibuat untuk mengatasi masalah ini adalah mungkin
saya perlu membuat aktiviti padanan satu dengan satu yang lebih mudah terlebih
dahulu sebelum membuat aktiviti yang dirancang. Contoh aktiviti tersebut adalah
memadankan beberapa pasangan objek seperti sudu dengan garpu atau mangkuk
dengan penyepit.
Selain itu, murid-murid juga tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk
memadankan bilangan objek dengan simbol nombor 1 hingga 10. Mereka perlu
dibimbing terlebih dahulu sebelum dapat melakukannya dengan baik. Guru perlu
memberi latihan kepada murid-murid untuk mengukuhkan lagi kemahiran ini.
Kelemahan yang paling mudah dapat dilihat adalah set induksi yang kurang
menarik. Sepatutnya, set induksi perlu dirancang dengan lebih baik agar dapat menarik

6
minat murid-murid serta dapat memberi gambaran kepada mereka tentang pengajaran
yang akan diajar. Set induksi yang lebih baik mungkin saya boleh meletakkan beberapa
keping kad gambar haiwan peliharaan di sekeliling kelas prasekolah tersebut sebelum
pengajaran slot dimulakan. Apabila pengajaran slot bermula, setiap murid dikehendaki
mencari sekeping kad gambar haiwan peliharaan.
Kesimpulannya, rancangan pengajaran adalah sangat penting kerana ia adalah
penentu kepada keberkesanan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
Persiapan awal dan perancangan rapi dapat membantu guru mengenal pasti keperluan
pembelajaran murid-muridnya. Guru juga dapat menambah baik kandungan, hasil
pembelajaran, pendekatan dan aktiviti pembelajaran murid dengan menggunakan
bahan dan peralatan yang bersesuaian serta menarik minat murid.