Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF

Secara keseluruhannya, pertandingan batu seremban yang dijalankan pada hari dan tarikh yang ditetapkan berjalan dengan baik dan lancar. Namun begitu, terdapat juga kekurangan yang berlaku walaupun perancangan yang dibuat begitu teliti. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Permainan ini dapat melatih murid-murid untuk menggerakkan motor-motor halus serta dapat menimbulkan kegembiraan dalam kalangan rakan ketika bermain.Permainan ini amat berkait rapat dengan perbezaan individu,gaya pembelajaran dan motivasi murid-murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran.Perbezaan individu yang dimaksudkan ialah setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu kami sebagai guru kelak harus memahami perkara ini dalam kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam

kelas.Seterusnya permainan ini dapat melibatkan pembelajaran yang berterusan dalam kalangan murid. Pembelajaran yang dimaksudkan ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha. Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui pembelajaran permainan tersebut. Justeru itu,permainan ini amat sesuai diterapkan dalam kalangan murid-murid. Permainan ini juga dapat diterapkan dalam gaya pembelajaran ketika mempelajari sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi bagaimana seorang menerima, mengumpul dan memproses maklumat. Dalam bilik darjah, pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru perlu peka terhadap kebolehan pelajar yang berbeza. Melalui permainan batu seremban ini,kebanyakan individu mampu dan boleh belajar secara betul dan lebih berkesan. Melalui permainan ini, kami dapat mengenalpasti bahawa setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu terhadap sesuatu permainan. Contohnya bagaimana mereka berfikir dan bertindak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang rumit dalam permainan. Jika kita mempunyai pengalaman dalam permainan batu seremban, kita akan menyedari bahawa kemahiran dan ketangkasan akibat daripada latihan motor halus dan kasar yang betul dapat menentukan siapa yang boleh menguasai permainan ini. Jika kita hendak aplikasikan perkara ini di dalam proses P&P, murid yang menguasai dan berminat dalam proses P&P kebiasaannya murid yang telah mendapat latihan yang baik. Konsep menang atau kalah juga

boleh diterapkan di dalam proses P&P di mana ia boleh menyeronokkan lagi perjalanan proses P&P di mana murid akan bersungguh-sungguh untuk menjawab soalan dan menyiapkan latihan jika mendapat peneguhan positif dari guru dan ia dapat meningkatkan motivasi diri murid tersebut di dalam segala latihan yang diberikan oleh guru. Melalui permainan ini juga gaya pembelajaran seseorang individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran.Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran, seorang murid dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya dengan lebih lancar. Permainan batu seremban ini membolehkan berlakunya pembelajaran secara semula jadi. Malahan kecenderungan bermain seperti ini adalah satu gesaan yang semula jadi. Ia harus digunakan sebaik mungkin oleh guru, terutama yang sentiasa berusaha mencari jalan merangsang keinginan pelajar untuk belajar. Pembelajaran melalui bermain berlaku dalam diri pelajar dan ia adalah satu proses yang perlahan. Banyak aspek yang berhubung dengan pembelajaran menerusi permainan boleh berlaku melalui proses yang semula jadi. Ia terlaksana apabila seseorang itu terlibat dengan penggunaan bahan permainan itu secara langsung. Motivasi pula adalah satu insentif atau rangsangan sesuatu aksi. Murid-murid biasanya ingin bekerja secara aktif dan bukan hanya bertindak sebagai penonton sahaja. Motivasi mereka untuk terus belajar akan dapat dipertingkatkan sekiranya mereka dapat melihat potensi kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah dapat dihubungkaitkan dengan kegunaannya di luar bilik darjah. Permainan memerlukan penyertaan individu. Sewaktu pelajar memainkan permainan, mereka akan melibatkan diri dalam semangat pertandingan dan berhempas pulas untuk mendapatkan jawapan yang betul.Dalam hal ini,permainan batu seremban amat bertepatan untuk diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Melalui konteks ini,motivasi murid akan lebih meningkat dan berupaya untuk melakukan sesuatu tanpa rasa sangsi dan ragu-ragu.Oleh itu,amat sesuailah permainan batu seremban diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, melalui pengalaman diri kita sendiri dalam apa jua permainan yang kita sertai. Jika kita menang dalam permainan yang kita sertai, sudah pasti kita berasa gembira dan ingin meningkatkan lagi kemahiran kita di dalam permainan yang kita ceburi. Ringkas di sini saya ingin menegaskan bahawa pengaplikasian permainan dalam proses P&P dapat meningkatkan

penglibatan murid yang mempunyai perbezaan individu, mempengaruhi gaya pembelajaran dan dapat meningkatkan lagi motivasi murid-murid dalam memberi sepenuhnya penglibatan yang tinggi kepada proses P&P. KEKURANGAN-KEKURANGAN YANG DI DAPAT KENALPASTI Perjalanan keseluruhan program Pertandingan Batu Seremban ini merupakan kali pertama diadakan disekolah ini . Ianya dijalankan secara sederhana dengan peruntukan kewangan yang tidak banyak. Justeru itu terdapat beberapa kelemahan yang timbul semasa menjalankan program ini. Memandangkan sekolah saya berada di kawasan luar bandar maka timbul sedikit masalah dari segi menyediakan persiapan awal terutama dari segi hadiah dan sebagainya. Walaubagaimanapun perkara ini dapat diatasi dengan kerjasama semua kakitangan sekolah.

Murid tidak faham dengan syarat dan peraturan pertandingan Terdapat beberapa orang murid yang tidak memahami syarat dan peraturan permainan walaupun telah dimaklumkan sebelum pertandingan dijalankan. Semasa pertandingan berlangsung kelihatan beberapa orang murid mengganggu tumpuan murid lain yang sedang bermain. Perbuatan ini dianggap telah melanggar peraturan permainan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Peranan sekolah Sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu program. Pihak sekolah hendaklah sentiasa memastikan perjalanan program berjalan lancar dan cuba menanggani masalah yang timbul tanpa membiarkan kecacatan program terus menerus.

2. Peranan guru Guru memainkan peranan utama dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul. Guru sewajarnya memberi tindakan ke atas murid yang tidak mematuhi peraturan. Guru tidak seharusnya membiarkan murid bebas berbuat apa sahaja tanpa menegur perlakuan tidak sopan murid. Selain itu, guru yang bertugas, perlulah

menjalankan amanah yang diberi sebaiknya. Guru tidak sewajarnya melepaskan tugas mereka kepada orang lain tanpa alasan yang kukuh.

3. Peranan Murid Sebagai murid sekolah, mereka perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan. Disiplin dalam diri mesti diperkuatkan lagi supaya murid dapat melakukan aktiviti dengan sebaiknya. Oleh yang demikian, setiap murid perlu menjaga setiap perlakuan mereka bermula dari sekarang supaya mereka memliki akhlak dan sahsiah yang tinggi kelak.

PENUTUP Program seperti ini merupakan satu aktiviti yang sangat penting dalam mendidik anak bangsa agar menjadi murid yang cemerlang dari pelbagai sudut di samping membina ketrampilan diri yang tinggi Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional banyak membawa manfaat dan peranan kepada masyarakat umumnya. Dalam bidang pelancongan, permainan tradisional dapat dijadikan daya tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang berkenaan haruslah mengambil langkah yang sesuai untuk mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah permainan tradisional, sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan pengenalan peribadi dan jati diri bangsa. Oleh itu, kita juga perlu menyokong usaha untuk menghidupkan permainan tradisional kembali.

Anda mungkin juga menyukai