Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2012

HBEF3203 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIKULASI

: :

NO. KAD PENGNEALAN :

PUSAT PEMBELAJARAN :

PPT OUM

KANDUNGAN Halaman Isi Kandungan 1.0 2.0 PENGENALAN ENAM PERINGKAT YANG TERDAPAT DALAM TAKSONOMI BLOOM 2.1. 2.2. 2.3. 2.4. 2.5. 2.6. 3.0 4.0 5.0 . Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilian 2 2 2 2 2 2 4 9 i 1 1

JADUAL KEPUTUSAN INDEKS KESUKARAN ITEM DAN INDEKS DISKRIMINASI ITEM PERBANDINGAN KEPUTUSAN INDEKS KESUKARAN ITEM DAN JPU PENGUBAHSUAIAN ITEM YANG MEMPUNYAI ITEM YANG MEMPUNYAI INDEKS DISKRIMINASI YANG RENDAH 5.1. Pengubahsuaian item berindeks diskriminasi negatif dan kurang dari 0.3 (selepas diubahsuai) KESIMPULAN RUJUKAN Lampiran 9 10 15 ii

6.0

HBEF2103 1.0. Pengenalan Jadual Penentuan Ujian atau singkatannya iaitu JPU membantu para guru dalam menghuraikan kriteria-kriteria pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan sampel item-item soalan. Ini menujukkan bahawa JPU adalah sangat penting dalam pembinaan sesuatu ujian kerana ia dapat membantu guru dalam melakukan ujian secara rapi dan terancang. Di samping itu, JPU juga membolehkan guru membuat perbandingan antara satu ujian dengan ujian yang lain di mana kemahiran yang berbeza dapat diuji dalam setiap ujian yang dijalankan. Kebiasaannya, JPU yang dibina mempunyai maklumat-maklumat seperti aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji kerana aras yang dipilih mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang diuji. Penentuan aras bagi ujian adalah berdasarkan Domain Kognitif dalam Taksonomi Bloom di mana terdapat enam peringkat penting yang bermula dengan tahap yang rendah atau mudah sehinggalah tahap yang susah ataupun sukar. Berikut adalah enam peringkat yang terdapat dalam Taksonomi Bloom iaitu: 2.0. Enam Peringkat Yang Terdapat Dalam Taksonomi Bloom 2.1. Pengetahuan Menurut Abu Bakar (1986) dan Azizi (2011) pengetahuan adalah keupayaan mengingat fakta, idea, pendapat, prinsip, prosedur dan peristiwa yang berlaku. Aras pengetahuan memerlukan pelajar untuk mengingat semula.Ini bermaksud, keupayaan mengingat kembali adalah penting dalam peringkat ini kerana pelajar akan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan yang dikemukakan. 2.2. Kefahaman Kefahaman bermaksud keupayaan pelajar menjelaskan pengetahuan secara yang bermakna (Azizi, 2011). Aras kefahaman ini memerlukan pelajar untuk memahami fakta dan menghuraikannya, memberi contoh atau illustrasi dalam bahasanya sendiri. Pelajar perlu memberi penjelasan atau menerangkan mengikut kefahaman sendiri. 2.3. Aplikasi Aplikasi menurut Abu Bakar (1986) dalam Azizi (2011) ialah keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam ii

HBEF2103 situasi khusus dan situasi am. Aras aplikasi adalah peringkat di mana pelajar perlu membuat penyelesaian masalah di mana ia diselesaikan dengan cara tersendiri iaitu dengan menggabungkan pelbagai teori, pengalaman dan kaedah. 2.4. Analisis

Azizi (2011) mendefinisikan analisis sebagai keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsurunsur tersebut. Aras analisis adalah proses untuk mengenal pasti dan menentukan perkaitan antara unsur-unsur yang terlibat dalam sesuatu situasi atau dokumen. 2.5. Sintesis tersusun dalam membuat

Sintesis pula membawa maksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen menjadi lebih berstruktur, dan menyeluruh (Azizi, 2011). Ini menunjukkan bahawa aras sintesis merealisasikan sesebuah rancangan atau operasi. Aqilah et. al kesimpulan sintesis sebagai menyepadu, mencantum idea menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan 2.6. Penilian (2008) penting

menjadi satu, usaha tersendiri,

membuat klasifikasi.

Penilaian menurut Azizi (2011) adalah keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar berdasarkan piawaian tertentu manakala Aqilah et. al (2008) menafsirkan penilaian sebagai membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik. Keenam-enam aras dalam Taksonomi Bloom ini adalah penting kerana setiap peringkat saling berhubungan. Ia bermula dengan peringkat yang mudah untuk dicapai iaitu peringkat yang lebih rendah atau mudah dan seterusnya diikuti dengan peringkat yang lebih susah untuk dicapai. Adalah penting untuk guru mengetahui aras atau peringkat dalam Taksonomi Bloom kerana domain kognitif ini dapat memperlihatkan perkembangan pemikiran pelajar. Penguasaan pelajar matapelajaran boleh diuji atau dinilai dengan merancang item-item atau soalan berdasarkan enam aras atau peringkat dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. terhadap

iii

HBEF2103 Untuk tujuan ini, JPU (Rujuk lampiran B) yang dibina adalah berdasarkan skop sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Tahun 4 (Rujuk lampiran A). Pemilihan item-item atau soalan adalah untuk Bahasa Inggeris Kertas 1. Ujian terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagia A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 35 soalan objektif seperti item beraneka pilihan, item mengisi ruang kosong dan item betul- salah manakala Bahagian B pula terdiri daripada 5 soalan daripada item subjektif iaitu jawapan pendek (Rujuk lampiran C). Markah keseluruhan bagi Kertas 1 adalah 40 iaitu 35 markah dari Bahagian A manakala 5 markah lagi adalah dari Bahagian B. Soalan-soalan diperoleh dari beberapa buku latihan dan rujukan serta megikut skop sukatan matapelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4. Pemilihan soalan adalah mengikut JSU yang telah dibuat supaya tujuan sebenar pembinaan JSU dapat dipenuhi. Soalan ujian kemudiannya ditadbirkan kepada satu kelas Tahun 4 yang terdiri daripada 20 orang pelajar. Tempoh masa menjawab adalah selama satu jam dan kesemua pelajar berjaya menjawab kesemua soalan dalam masa yang ditetapkan. Kertas ujian diperiksa berdasarkan skema pemarkahan yang telah dibuat (Rujuk lampiran D). Markah kemudiannya dicatat untuk tujuan pengiraan indeks kesukaran item dan juga indeks diskriminasi item terhadap item yang digunakan dalam ujian yang telah dijalankan.

3.0.

Jadual Keputusan Indeks Kesukaran Item Dan Indeks Diskriminasi Item Berdasarkan keputusan ujian yang telah ditadbirkan terhadap 20 orang pelajar Tahun 4, pengiraan telah dibuat untuk mencari markah purata bagi Bahagian A, Bahagian B dan juga jumlah markah keseluruhan. Berikut adalah keputusan yang diperoleh daripada ujian yang telah dijalankan: Markah Markah Jumlah

Bahagian (A) Bahagian (B) Markah 575 90 665 Jadual 3.1: Keputusan ujian Seterusnya, kesemua item dianalisis untuk mencari indeks kesukaran item bagi setiap soalan dalam kedua-dua bahagian. Mok (1995) dalam Low (2004) menyatakan bahawa indeks kesukaran digunakan untuk menunjukkan sama ada iv

HBEF2103 soalan yang dibina terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah. Azizi (2011) juga berpendapat indeks kesukaran item dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Formula untuk menghitung nilai indeks kesukaran adalah seperti berikut: Indeks kesukaran, p = Bil calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Setelah pengiraan terhadap indeks kesukaran setiap item dilakukan, jadual berikut boleh dijadikan panduan dalam menafsir atau menentukan aras kesukaran dan penilaian item. Nilai (p) Pengkelasan Item 0.00 0.20 Terlalu sukar 0.21 0.40 Sukar 0.41 0.60 Sederhana sukar 0.61 0.80 Mudah 0.81 1.00 Terlalu mudah Jadual 3.2: Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item Berikut adalah keputusan yang diperoleh dalam penentuan indeks kesukaran item-item dalam Bahagian A dan juga Bahagian B:
No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 Bilangan Betul 13 20 20 4 20 20 20 20 12 15 20 12 13 14 20 13 20 8 13 11 16 16 15 20 12 18 17 20 19 Indeks Kesukaran 0.65 1.00 1.00 0.20 1.00 1.00 1.00 1.00 0.60 0.75 1.00 0.60 0.65 0.70 1.00 0.65 1.00 0.40 0.65 0.55 0.80 0.80 0.75 1.00 0.60 0.90 0.85 1.00 0.95 Pengkelasan Item Mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu sukar Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Sederhana sukar Mudah Terlalu mudah Sederhana sukar Mudah Mudah Terlalu mudah Mudah Terlalu mudah Sukar Mudah Sederhana sukar Mudah Mudah Mudah Terlalu mudah Sederhana sukar Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah

HBEF2103
30 31 32 33 34 35 18 20 20 16 20 20 0.90 1.00 1.00 0.80 1.00 1.00 Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Mudah Terlalu mudah Terlalu mudah

Jadual 3.3: Keputusan Indeks Kesukaran Item Bahagian A No item 36 37 38 39 40 Bil Betul 20 16 17 20 17 Indeks Kesukaran 1.00 0.80 0.85 1.00 0.85 Pengkelasan Item Terlalu mudah Mudah Terlalu mudah Terlalu mudah Terlalu mudah

Jadual 3.4: Keputusan Indeks Kesukaran Item Bahagian B Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan pengiraan indeks kesukaran item ialah Bahagian A mempunyai satu sahaja soalan yang terlalu sukar iaitu soalan 4, sukar iaitu soalan 18, sederhana sukar iaitu soalan 9, 12, 20 dan 25. Soalan-soalan lain dalam bahagian A adalah mudah (10 soalan) dan terlalu mudah (19 soalan). Manakala untuk soalan dalam Bahagian B, 4 soalan adalah terlalu mudah dan 1 soalan dalam kategori mudah. Oleh itu, dapat dilihat bahawa nilai indeks kesukaran yang tinggi bermaksud soalan yang lebih senang sebaliknya jika indeks kesukaran rendah, maka lebih sukar lah item atau soalan itu. Indeks diskriminasi item pula digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar di mana ia mempunyai kuasa untuk menunjukkan sama ada setiap satu soalan itu membezakan pencapaian di antara pelajar yang baik dengan yang lemah dan seterusnya sama ada setiap satu soalan itu membezakan pelajar [Azman (1982) dalam Low (2004)]. Menurut Azizi (2011) pengiraan bagi indeks diskriminasi boleh dilakukan mengikut langkah-langkah Mehrens & Lehmann (1991) seperti berikut: i) Membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan - Pelajar berpencapaian rendah (27% pelajar berpencapaian terendah) = 5 orang Pelajar berpencapaian sederhana (46% pelajar berpencapaian antara terendah dan tertinggi) = 10 orang Pelajar berpencapaian tinggi (27% pelajar berpencapaian tertinggi) = 5 orang ii) Mengira bilangan pelajar yang menjawab betul di kalangan pelajar berpencapaian rendah, bilangan relajar yang menjawab dengan betul di vi

HBEF2103 kalangan relajar berpencapaian tinggi dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Formula yang terbentuk untuk mengira indeks diskriminasi item ialah: Indeks diskriminasi, d = Jumlah calon kumpulan Jumlah calon kumpulan tinggi menjawab dengan betul rendah jawab dengan betul

Jumlah calon dalam kedua-dua kumpulan tinggi dan rendah Setelah pengiraan terhadap indeks kesukaran setiap item dilakukan, jadual berikut boleh dijadikan panduan dalam menafsir atau menentukan aras diskriminasi dan pengkelasan item. Nilai (d) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak baik Kurang baik Sederhana baik Baik Sangat baik

Jadual 3.5: Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item

Berikut adalah keputusan yang diperoleh dalam penentuan indeks diskriminasi item-item dalam Bahagian A:
No Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 Bil Betul Tinggi 4 5 5 1 5 5 5 5 2 5 5 4 5 4 5 4 5 3 4 3 5 5 Bilangan Betul Rendah 3 5 5 0 5 5 5 5 3 3 5 3 3 4 5 3 5 0 2 3 3 4 Indeks Diskriminasi 0.20 0.00 0.00 0.20 0.00 0.00 0.00 0.00 -0.20 0.40 0.00 0.20 0.40 0.00 0.00 0.20 0.00 0.60 0.40 0.00 0.40 0.20 Pengkelasan Item Kurang baik Tidak baik Tidak baik Kurang baik Tidak baik Tidak baik Tidak baik Tidak baik Kurang baik Baik Tidak baik Kurang baik Baik Tidak baik Tidak baik Kurang baik Tidak baik Sangat baik Baik Tidak baik Baik Kurang baik

vii

HBEF2103
23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 5 5 4 5 3 5 5 5 5 5 4 5 5 4 5 2 5 4 5 5 4 5 5 2 5 5 0.20 0.00 0.40 0.00 -0.20 0.00 0.00 0.20 0.00 0.00 0.40 0.00 0.00 Kurang baik Tidak baik Baik Tidak baik Kurang baik Tidak baik Tidak baik Kurang baik Tidak baik Tidak baik Baik Tidak baik Tidak baik

Jadual 3.6: Keputusan Indeks Diskriminasi Item Bahagian A Berdasarkan keputusan yang diperoleh hasil daripada pengiraan indeks diskriminasi setiap item dalam Bahagian A, dapat dirumuskan bahawa sebanyak 19 soalan mempunyai item diskriminasi yang tidak baik, 9 soalan adalah kurang baik tetapi 2 daripadanya mempunyai nilai negatif iaitu soalan 9 dan 27. 6 soalan mempunyai nilai diskriminasi yang baik dan hanya 1 soalan mempunyai nilai diskriminasi yang sangat baik iaitu soalan 18. 4.0. Perbandingan Keputusan Indeks Kesukaran Item Dan JPU Penelitian terhadap JPU yang telah dibina menunjukkan bahawa kebanyakan soalan ataupun item yang dibina adalah dalam kategori ataupun aras yang rendah dan sederhana sahaja. Pengiraan indeks kesukaran item jelas memperlihatkan bahawa kebanyakan soalan adalah mudah dan terlalu mudah dijawab oleh pelajar kerana nilai indeks kesukaran yang diperoleh adalah tinggi yang membawa maksud soalan yang dibina adalah mudah atau senang dijawab. Hanya 2 soalan dalam keduadua Bahagian A dan B ditandakan sebagai mempunyai aras yang tinggi iaitu soalan 4 dan 10. Walaubagaimanapun, hasil pengiraan indeks kesukaran item menunjukkan bahawa hanya indeks kesukaran bagi soalan 4 adalah terlalu sukar manakala bagi soalan 10 adalah mudah. Bagi soalan nombor 18, walaupun ditandakan sebagai sederhana, indeks item menunjukkan bahawa ia sukar untuk dijawab oleh pelajar. 5.0. Pengubahsuaian Item Yang Mempunyai Item Yang Mempunyai Indeks Diskriminasi Yang Rendah Secara keseluruhannya, indeks diskriminasi bagi item dalam ujian ini tidak berupaya membezakan pelajar yang pandai dan pelajar yang lemah kerana jumlah soalan yang mempunyai nilai kesukaran kurang dari 0.20 adalah lebih banyak iaitu viii

HBEF2103 sejumlah 28 soalan. Terdapat dua soalan yang mempunyai nilai negatif iaitu soalan 9 dan 27 yang menunjukkan lebih ramai pelajar lemah berjaya menjawab soalansoalan ini dengan betul berbanding pelajar yang pandai. Oleh yang demikian, soalansoalan ini perlu diperbaiki atau diubah suai supaya dapat membezakan atau mendiskriminasikan pelajar yang berkeupayaan tinggi dan yang berkeupayaan rendah. 5.1. Pengubahsuaian item berindeks diskriminasi negatif dan kurang dari 0.3 (selepas diubahsuai)

Soalan 1- 4 1. Dinesh enjoys playing computer ___________. A B 2. games song C D screen keyboard

He has a toothache because he likes to eat _____________. A B junk food chicken C D ice cream vegetables

3.

School prefect must wear a ______________. A B bandanna scarf C D bow necktie

4.

Johan likes to go _____________ trekking with his friends. A B jungle park C D school house

Soalan 5, 6 dan 7 Puan Jamilah is preparing breakfast for her family. She is __________.

Encik Rahman, her husband, is drinking a ___________

while

reading the newspaper. Lisa is putting two ____________ ix

into the

HBEF2103

toaster. 5. A B 6. A B 7. A B cooking some noodles frying some eggs glass of juice cup of coffee slices of bread slices of cheese C D C D C D collecting some eggs breaking the eggs carton of milk jug of coffee loaves of bread slices of tomato

Soalan 8 dan 9 8. A C D 9. A B C D The chef is serving the customers. The chef is looking at the chicken. The chef is putting the chicken into the oven. The nurse is checking the boys teeth. The doctor is taking the boys temperature. The boy is taking some medicine fro the doctor. The nurse is giving some medicine to the boy.

B The chef is eating his own cooking.

Soalan 11, 12, 14 dan 15 11. A B C D Please help me packing my things. Im going camping with some friends. Can you please send me there? I am going to the market later.

HBEF2103

12.

A B C D

When will the rain stop? I should walk in the rain. I cant go back in the rain. Youve no umbrella.

14.

A B C D

Did you see my shoes? Why the shoes are here? Why are your shoes so dirty? Whose shoes are that?

15.

A B C D

I shall drink your coffee. I dont like coffee. You can add as much sugar as you like Youre right. We cannot take too much sugar.

Soalan 16,17 dan 20 16. Do not put too much __________ in the bowl of noodles. A B 17. salt sand C D oil soil

Danny is resting under the tree. __________ is feeling very tired. A B He Him C D His I

20.

Siti is __________ coffee every morning. A drinks C xi drank

HBEF2103 B drink D drinking

Soalan 22 dan 23 21. Mother bought me a pair of__________. A B sneekers sneakers C D sneaker sneeker

22.

__________ are good for health. A veggetables B vegetable C D vegetables vegtables

Soalan 24 24. A B C Did you rinse your mouth after eating? asked mother. Did you rinse your mouth after eating? asked mother. Did you rinse your mouth, after eating? asked mother. D

Did you rinse, your mouth after eating? asked mother. Soalan 26-30
Study the pie chart. Then, write down five sentences which true or false about the chart in the space provided. Kaji carta pai di bawah. Kemudian, tuliskan lima ayat yang betul atau salah mengenai carta pai di ruang yang diediakan.

xii

HBEF2103

No 26. 27. 28. 29. 30. Soalan 31,32,34 dan 35

Sentences

True or False

Based on the picture and the passage, fill in the blanks with correct answer. Berdasarkan gambar, isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.

The children are in the kitchen. (31) They __________ making a salad for dinner. Suraya (32) is __________ at the sink. She is washing some carrots and tomatoes. Rahim is holding a (34) ___________ knife. He is using it to peel the onion. Encik Malik, their father, is watching (35) ___________ and smiling.

xiii

HBEF2103

6.0.

Kesimpulan Setiap ujian yang dijalankan atau ditadbirkan kepada pelajar mempunyai tujuan dan objektif untuk menilai tahap penguasaan pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari. Bukan itu sahaja, ujian yang dibina juga dapat ditentukan nilai kesukaran juga nilai diskriminasi terhadap pelajar. Nilai kesukaran menunjukkan tahap atau aras soalan yang senang atau sukar manakala nilai diskriminasi dapat memperlihatkan sama ada sesuatu soalan atau item yang dibina dapat membezakan antara pelajar yang lemah dan pelajar yang pandai. Berdasarkan pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi ujian yang telah dibina dan ditadbirkan ini, keputusan menunjukkan bahawa kebanyakan soalan atau item yang dibina adalah mudah di mana indeks kesukarannya adalah tinggi dan kebanyakan soalan juga tidak dapat membezakan antara pelajar yang lemah dan yang pandai kerana indeks diskriminasinya juga adalah rendah.

xiv

HBEF2103

RUJUKAN Cronbach, L. J. (1970). Essential of psychological testing (3rd ed.) New York: Harper & Row.\ Gay, L. R. (1985). Educational and evaluation and measurement. Competencies for analysis and application. 2nd ed. Charles E. Merril. Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Popham, W. J. (1975). Educational evaluation. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Popham, W. J. (2000). Testing: What every parent should know about school tests. Allyn & Bacon. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Penilaian kendalian sekolah. Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. London:

Linn, R. L., & Gronlund, N. E. (2000). Measurement and assessment in teaching (8th ed.) New Jersey: Prentice Hall. Stufflebeam, D. L. (1971). Evaluation s enlightment for decision making in Beatty, W. H (Ed.) Improving educational assessment and an inventory of measures of affective behaviour. Washington D. C: ASCD. xv

HBEF2103

xvi