Anda di halaman 1dari 18

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

LAPORAN KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA 2012 MATA PELAJARAN MATEMATIK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG
Kepada Daripad a : Cik Soo Hoo Siew Lein Guru Besar SJK (c) Kg. Valdor ,Sg. Bakap. : Pn Leong Choy Fun

Tarikh Masa Tempat

Pengenalan

12 September 2012 15 September 2012 7.30 pagi 4.30 petang Bilik seminar, PPD Seberang Perai Selatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun 3 akan dilaksanakan pada tahun 2013 nanti. Kurikulum ini memberi penekanan terhadap aspek holistik yang menyeluruh supaya sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. i. Memberi pendedahan tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik Tahun 3 kepada semua guru yang bakal mengajar Matemaik Tahun 3 pada 2013 di negeri Pulau Pinang Menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan mata pelajaran Matematik Tahun 3 yang akan dilaksanakan di sekolah rendah pada tahun 2012 khususnya tentang a. Kurikulum Matematik Sekolah Rendah b. Dokumen Standard KSSR Matematik Thn 3 (DSK) c. Dokumen Standard Prestasi (DSP) d. Kaedah memantapkan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah. e. Penggunaan modul serta bahan sokongan dalam pdp Matematik Tahun 3 f. Pembinaan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Eviden Pentaksiran

Objektif ii.

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

iii

Rasional Metadologi Jurulatih/Fasilitator

Mendedahkan tentang pengoperasian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah . (SPPBS). Sebagai langkah pendedahan dan penyampaian maklumat kepada semua guru melalui kecairan maklumat oleh Jurulatih Utama i. Ceramah iii. Perbincangan ii. Perbengkelan iv Pembentangan Jurulatih Utama KSSR dan PBS Matematik Tahun 3 i. ii. iii Pegawai Matematik dari Sektor Pengurusan Akademik JPNPP Pegawai PBS dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan JPNPP Pegawai Matematik dari PPD Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara 1. Taklimat Umum KSSR, EMK dan Menaakul Pendedahan Konsep KSSR Matematik Sekolah 2. Rendah Pendedahan Dokumen Standard KSSR Matematik 3. Thn 3 4. Penggunaan Modul P&P KSSR Matematik Tahun 3 5. Penggunaan Buku Teks Matematik Tahun 3 6. Abakus dan Aritmatik Mental (AMA) 7. Pentafsiran Kurikulum Dalam Bilik Darjah 8. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Penerangan Rujukan Standard Penjaminan Kualiti PBS Pengoperasian PBS & Penggunaan SPPBS 3 8 3 7 4 3 orang guru dari PPD Seberang Perai Selatan orang guru dari PPD Seberang Perai Utara orang guru dari PPD Seberang Perai Tengah orang guru dari sekolah swasta

Pemantau

Skop Latihan

Peserta

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

LAPORAN HARI PERTAMA RABU 12 SEPTEMBER 2012


TAKLIMAT URUS SETIA PENYAMPAI : Puan Norfaizah binti Abdullah (Penyelia Matematik Rendah, JPNPP) MASA : 8:00 9:00 pagi BI L. 1. ISI KANDUNGAN Puan Norfaizah menyampaikan taklimat urusetia. Antara kandungan taklimatnya : Memaklumkan kepada semua peserta bahawa masa kursus bermula 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Mengingatkan peserta agar menepati masa kursus agar perjalanan kursus berjalan dengan lancar. Tuntutan perjalanan adalah melalui PPD masing-masing mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa menggunakan VOT yang tertera dalam surat panggilan peserta. Antara bahan kursus yang dibekalkan ialah fail, jadual, borang maklumat diri peserta kursus, DSK, DSP, nota integrasi kewangan. Beliau juga menegaskan peserta wajib hadir pada setiap slot kursus. Barangan seperti komputer riba adalah tanggungjawab masing-

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BI L.

ISI KANDUNGAN masing. Pakaian mestilah formal beserta tanda nama.

KONSEP UMUM KSSR, EMK & MENAAKUL PENYAMPAI : Intan Mazlifah binti Mohd Yusof MASA : 9:00 10:00 pagi BI L. 1. 2. ISI KANDUNGAN Tayangan video umum tentang KSSR. Ianya menerangkan secara menyeluruh tentang apa, mengapa dan bagaimana perlaksanaan KSSR dijalankan. Penerangan dengan menggunakan slaid power point oleh Cik Intan meliputi latar belakang, hasrat KSSR, sejarah transformasi, prinsip KSSR, organisasi KSSR, bentuk KSSR, pendekatan modular, 4M, elemen nilai tambah, strategi P & P dan DSK (Dokumen Standard Kurikulum) Penerangan EMK 3 elemen kreativiti dan inovatif, keusahawanan dan TMK Perincian tentang keperluan EMK dan bila melaksanakannya. EMK Kreativiti Dan Inovasi Penerangan tentang maksud, matlamat, objektif, fasa-fasa, contoh aktiviti dan indikator pemikiran kreatif EMK Keusahawanan Penerangan tentang maksud, matlamat, objektif, fokus, pendekatan, sikap keusahawanan, pemikiran keusahawanan, pengetahuan dan kemahiran, teknologi dan vokasional, nilai moral dan etika serta contoh RPH. EMK- Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) Penerangan tentang maksud, objektif, fokus, strategi P & P, mod penggunaan TMK serta contoh buku panduan. Cik Intan mengakhiri taklimat beliau dengan membuat rumusan tentang EMK/ENT. Menaakul Menerangkan tentang maksud, jenis-jenis kemahiran menaakul beserta contoh penaakulan.

3.

4.

5.

6.

7.

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

KONSEP KSSR MATEMATIK PENYAMPAI : Norazreen bin Raduan MASA : 10.30 - 11.30 pagi

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

BI L. 1.

ISI KANDUNGAN

201 2

2.

3.

Reka bentuk kurikulum Matematik: Fitrah Matematik Memahami dan merangkumi mengikut:- Bidang pembelajaran Proses - Kemahiran Sikap dan nilai Bidang Pembelajaran a. Nombor dan Operasi b. Sukatan dan Geometri c. Perkaitan dan Algebra d. Statistik dan Kebarangkalian PROSES Dalam pendidikan matematik, proses berikut perlu diberi penekanan: - Berkomunikasi - Menaakul - Membuat perkaitan - Menyelesaikan Masalah - Membuat Perwakilan KEMAHIRAN Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk dalam kalangan murid meliputi: Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi SIKAP DAN NILAI Sikap dalam matematik merujuk kepada aspek afektif dalam pembelajaran matematik yang merangkumi antara lain: Tanggapan terhadap matematik dan kebergunaan matematik Minat dan keseronokan mempelajari matematik Penghargaan terhadap keindahan dan keupayaan matematik KERANGKA KURIKULUM KEBANGSAAN Bertujuan untuk melahirkan insan seimbang yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif serta inovatif. PRINSIP KSSR Merangkumi : Pendekatan bersepadu Perkembangan individu secara menyeluruh Pendidikan yang sama untuk semua murid Pendidikan seumur hidup JPN PULAU PINANG 6 HASRAT, MATLAMAT dan FOKUS KSSR Penerangan dengan lebih lanjut mengenai hasrat, matlamat dan fokus KSSR.

4.

5.

6.

7.

8.

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

DSK KSSR MATEMATIK TAHUN 3 (NOMBOR DAN OPERASI) PENYAMPAI : Hisham bin Salleh MASA : 11.30 12.15 tengahari BI L. 1. ISI KANDUNGAN En. Hisham membentangkan tajuk-tajuk dalam bidang Nombor dan Operasi. Antara tajuk-tajuk tersebut : i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) 2. 3. Nombor Bulat Dalam Lingkungan 10 000. Tambah Dalam Lingkungan 10 000. Tolak Dalam Lingkungan 10 000. Darab Bahagi Pecahan Perpuluhan Peratus Wang kandungan dan standard

Beliau membincangkan standard pembelajaran bagi setiap tajuk.

Beliau juga turut memberi beberapa contoh aktiviti - aktiviti yang boleh digunapakai oleh guru di sekolah berdasarkan DSK yang diterangkan.

ISU KSSR & PBS PENYAMPAI : JPNPP) MASA : BI L. 1.

En. Kamarozaman bin Ahmad (Penyelaras KSSR, 12.15 12.40 tengahari ISI KANDUNGAN

2.

En. Kamarozaman menerangkan tentang bentuk pelaksanaan kursus i) On-site ii) 4 hari (termasuk hari sabtu atau ahad) iii) Ikut PPD dan bergabung iv) Sekolah kerajaan/swasta/sar v) Tuntutan perjalanan harian vi) Pegawai disiplin ilmu JPN & PPD Beliau juga turut menyentuh tentang peranan peserta kursus untuk

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

3.

membuat kursus dalaman di sekolah iaitu dalam tempoh 14 hari selepas kursus sehingga 31 disember 2012. Surat contoh pelaksanaan kursus dalaman sudah dihantar ke sekolah sebagai rujukan untuk peserta kursus.

Akhir sekali beliau menyatakan isu-isu KSSR yang wujud hasil daripada pemantauan yang dilakukan : Peserta kursus yang hadir, sekiranya ada yang memohon untuk bertukar sekolah, pastikan berlakunya kecairan maklumat tentang KSSR kepada guru sekolah melalui pelaksaan kursus dalaman. Guru yang mengajar tetapi tidak menghadiri kursus dan juga bagi guru sandaran atau guru pelatih, sekiranya perlu mengajar tahun 3 pada tahun 2013, mereka perlu diberikan taklimat KSSR selama lebih kurang 6 jam. Tidak menggunakan DSK semasa PdP berjalan. Tiada Didik Hibur dalam PdP. Tidak menggunakan buku teks sebagai rujukan atau menggunakan sepenuhnya buku teks dalam PdP. Guru tidak mahu menambah pengetahuan KSSR. Menjadikan PBS sebagai alasan untuk menafikan KSSR. Mengelak daripada pencerapan contoh : meminta cuti apabila pegawai hadir ke sekolah. Seorang guru mengajar banyak disiplin ilmu. Tidak membawa buku panduan ke dalam kelas. Tidak berkongsi maklumat dengan rakan sekerja tentang KSSR. Merekod data PBS di saat terakhir. DSK KSSR MATEMATIK TAHUN 3 (SUKATAN DAN GEOMETRI) PENYAMPAI : Sumithra a/p Somosonderam MASA : 2.30 3.30 petang BI L. 1. ISI KANDUNGAN Pn. Sumithra menerangkan Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri yang terdiri daripada : i. Masa dan Waktu ii. Panjang iii. Jisim iv. Isipadu cecair v. Ruang Memberikan contoh-contoh soalan dan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan di dalam kelas. 8
JPN PULAU PINANG

2.

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

DSK KSSR MATEMATIK TAHUN 3 (STATISTIK DAN KEBARANGKALIAN) PENYAMPAI : Idawati binti Husin MASA : 3.30 4.30 petang BI L. 1. ISI KANDUNGAN Pn. Idawati membentangkan tajuk-tajuk dalam bidang Statistik dan Kebarangkalian. Tajuk tersebut ialah : Perwakilan Data Membincangkan tentang Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Beliau juga turut menunjukkan contoh modul Statistik dan Kebarangkalian yang diambil dari e-book KSSR.

LAPORAN HARIAN HARI KEDUA KHAMIS 13 SEPTEMBER 2012


KONSEP PBS PENYAMPAI : Hapizah binti Tahir MASA : 8.00 10.00 pagi BI L. 1. ISI KANDUNGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Pn. Hapizah binti Tahir menerangkan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) melalui slide power point. Antara perkara yang dibentangkan ialah : 9
JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BI L.

ISI KANDUNGAN Maksud Pentaksiran Sejarah Sistem Pentaksiran Jenis Pentaksiran Prinsip-prinsip yang terlibat dalam pentaksiran Ciri-ciri pentaksiran sekolah

2.

SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS) Beliau memulakan penerangan tentang Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui slide power point. Antara perkara yang diberi penekanan ialah : Carta alir sistem Keperluan perisian untuk mencapai sistem SPPBS Beliau juga mengingatkan beberapa perkara : Jika guru bertukar sekolah, minta S/U Peperiksaan di sekolah lama menghapuskan data. Jika Guru lupa kata laluan, hubungi S/U Peperiksaan. Jika S/U Peperiksaan lupa kata laluan, hubungi pihak PPD. Jika PPD lupa kata laluan, hubungi pihak JPN. Data pada 2011 yang telah diisi, masih boleh dikemaskinisecepat mungkin. S/U Peperiksaan perlu memasukkan data guru baru ke dalam sistem. Guru beredar akan mempunyai 2/3 maklumat dalam SPPBS. Ubah data murid hanya melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Maklumat murid yang tiada My Kid juga perlu diisi di dalam SPPBS iaitu klik pada bahagian tiada My Kid. Kemudian kemaskini maklumat murid tersebut Talian bantuan. Rujuk PPD guru masing-masing atau Emel : helpdesk.sppbs@moe.gov.my Tel : 03-88843158 PENATARAN PENGOPERASIAN PBS Beliau juga menayangkan slide power point dan mengingatkan guru bahawa surat pekeliling ikhtisas mesti ada dalam fail. Antara perkara yang dipesan ialah : Guru data perlu memastikan APDM betul dan dikemaskini setiap bulan (terutama jika terdapat penambahan atau 10
JPN PULAU PINANG

3.

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BI L.

ISI KANDUNGAN pengurangan murid). Guru yang menghadiri kursus perlu memberi in-house training kepada guru sekolah. Adakan hari KSSR dan PBS. Jika ada masalah, boleh rujuk pegawai PBS di PPD seterusnya pihak JPN iaitu Encik Husni (PBS), Encik Kamarozaman(KSSR).

MAKLUMAT TERKINI TENTANG PBS PENYAMPAI : Puan Asmah binti Hassan (Penyelia Kanan PBS, PPD SP Selatan) MASA : 10.00 10.20 pagi BI L. 1. 2. ISI KANDUNGAN Pn. Asmah menerangkan tentang 4 komponen utama PBS iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, PAJSK dan PPSi. Beliau menyatakan bahawa bagi tahun hadapan 2013, setiap Fail Perkembangan Murid, perlu ada : Menyimpan setiap evidens terbaik berdasarkan setiap deskriptor untuk proses penjaminan kualiti. Bagi evidens daripada buku latihan aktiviti, guru perlu menyediakan satu helaian gantian sebagai rujukan dan diletakkan di dalam Fail Perkembangan Murid.

3.

STANDARD PRESTASI (DSP) REKOD TRANSIT DAN REKOD EVIDEN PENYAMPAI : Nor Anis Syarlina binti Kamaruddin MASA : 9.00 10.00 pagi BI L. 1. ISI KANDUNGAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI Pn. Nor Anis Syarlina menerangkan tentang Dokumen Standard Prestasi kepada semua peserta. Beliau menerangkan bahawa Dokumen Standard Prestasi merupakan panduan untuk guru menambahbaik pentaksiran sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

2.

11

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BI L. 3.

ISI KANDUNGAN Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran matematik. Pentaksiran adalah mengikut band dari 1 hingga 6, bukan lagi dalam bentuk gred. murid-murid akan dilabelkan sebagai Menguasai atau Tidak Menguasai dalam setiap topik.

4.

5.

Dalam Dokumen Standard Prestasi, diberi analisa mengikut band, bukan mengikut susunan topik dalam Dokumen Standard Kurikulum. Guru perlu tahu dan memahami topik-topik dan bidang pembelajaran dalam Dokumen Standard Kurikulum Matematik Tahun 3 agar memudahkan pentaksiran dalam Dokumen Standard Prestasi. Guru juga perlu mahir dalam mentafsir Dokumen Standard Prestasi sebelum dijelmakan dalam bentuk soalan. Guru diingatkan agar mengajar mengikut Dokumen Standard Kurikulum, bukan mengikut Dokumen Standard Prestasi. Beliau juga turut menerangkan rekod transit yang perlu disediakan oleh guru bagi memudahkan guru merekod atau membuat catatan sebelum memasukkan keputusan pentaksiran mereka ke SPPBS.

6.

7.

8. 9.

RPT & RPH MATEMATIK TAHUN 3 PENYAMPAI : Nor Azlin binti Mohamed Ariff MASA : 10.30 12.00 tengahari BI L. 1. ISI KANDUNGAN Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Pn. Nor Azlin menerangkan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan. Beliau juga menyatakan bahawa RPT yang disediakan boleh 12

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2
RPT

digunapakai di sekolah. Guru perlu mengubahsuai mengikut takwim sekolah masing-masing. 2.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Beliau juga menyatakan bidang tugas dan kuasa yang diberikan kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Beliau menekankan kepada semua peserta agar meningkatkan integriti diri dan sikap yang baik sebagai seorang guru. Beliau menyentuh tentang surat pekeliling ikhtisas mengenai buku rekod mengajar. Beliau juga menjelaskan tentang peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh setiap guru dalam penulisan buku rekod mengajar. Beliau menjelaskan secara terperinci mengenai perkaraperkara yang perlu ada dengan lengkap semasa menulis buku rekod pengajaran seperti: a) Mata pelajaran, masa dan kelas b) Tema/tajuk c) Standard pembelajaran ( kod sahaja) d) Objektif pembelajaran e) Aktiviti P&P f) Elemen Merentas Kurikulum (EMK) g) Bahan Bantu Belajar (BBB) h) Penilaian P&P i) Refleksi Beliau juga menjelaskan bahawa RPH yang baik dapat membantu guru mengajar dengan sejelas-jelasnya dan berkesan. Beliau juga menekan kepada aspek masa yang digunakan. Beliau menegaskan bahawa penulisan ojektif dalam RPH mesti sesuai dan mudah untuk dicapai. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga boleh dimasukkan di dalam proses pengajaran guru. Penulisan EMK dalam RPH merupakan elemen baru yang penting bagi melahirkan generasi yang hebat. Sebelum mengakhiri ceramah, beliau menegaskan kepada semua pendidik supaya jangan digunakan cara lama ketika proses P&P. Beliau juga mengingatkan peserta mengenai tanggungjawab dan peranan guru terhadap murid seperti: a) Guru sebagai mentor b) Guru sebagai therapist c) Guru sebagai guide d) Guru sebagai coach e) Guru sebagai priest f) Guru sebagai guru 13
JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

g) Guru sebagai Consultant

BENGKEL PEMBINAAN RPH DAN EVIDEN PENYAMPAI : Nor Azlin binti Mohamed Ariff MASA : 12.00 12.30 tengahari BIL ISI KANDUNGAN . 1. Peserta dibahagi kepada 15 kumpulan kecil daripada 82 buah sekolah yang terdiri daripada pelbagai jenis sekolah (SK, SJKC, SJKT dan sekolah swasta). Setiap kumpulan terdiri daripada 5 atau 6 buah sekolah. Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan 1 RPH beserta lembaran aktiviti dan 4 eviden berdasarkan tajuk yang diberikan. Peserta berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan RPH, lembaran aktiviti dan eviden. BENGKEL PEMBINAAN RPH DAN EVIDEN PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 2.30 4.30 ptg BIL ISI KANDUNGAN . 1. Peserta berbincang bersama ahli kumpulan untuk menghasilkan 1 RPH dan 4 eviden.

14

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

LAPORAN HARIAN HARI KETIGA JUMAAT 14 SEPTEMBER 2012


BENGKEL PEMBINAAN RPH DAN EVIDEN PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 8.00 10.00 pagi BIL ISI KANDUNGAN . 1. Pada slot ini, semua kumpulan meneruskan perbincangan di dalam kumpulan masing-masing. BENGKEL PEMBINAAN RPH DAN EVIDEN PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 10.30 12.30 tengahari BIL ISI KANDUNGAN . 1. Pada slot ini, semua kumpulan meneruskan perbincangan di dalam kumpulan masing-masing. PELAPORAN BENGKEL PENTAFSIRAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 2.30 4.30 petang BIL ISI KANDUNGAN . 1. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing15
JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BIL .

ISI KANDUNGAN masing. Kumpulan yang telah membuat pembentangan : RPH - Kumpulan 1 (Wang) - Kumpulan 2 (Masa dan waktu) - Kumpulan 3 (Perpuluhan) - Kumpulan 4 (Isipadu cecair) - Kumpulan 5 (Bahagi) Eviden Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan

1 2 3 4 5

: : : : :

B2D1E1, B2D8E1, B3D6E1, B3D1E11(d) B2D2E1, B3D2E1, B3D1E7, B3D1E12(d) B2D2E2, B3D3E1, B3D1E8, B3D1E13(d) B2D3E1, B3D1E1, B3D1E9, B3D7E1 B2D3E2, B3D1E2, B3D1E10, B3D8E1

LAPORAN HARIAN HARI KEEMPAT SABTU 15 SEPTEMBER 2012


PELAPORAN BENGKEL PENTAFSIRAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 8.00 pg 10.00 pagi BIL ISI KANDUNGAN . 1. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masingmasing. Kumpulan yang telah membuat pembentangan : RPH - Kumpulan 6 (Perwakilan data) - Kumpulan 7 (Nombor bulat) - Kumpulan 8 (Jisim) - Kumpulan 9 (Pecahan) - Kumpulan 10 (Ruang) Eviden Kumpulan 6 Kumpulan 7

: :

B2D4E1, B3D1E3, B3D1E11(a), B4D1E1 B2D4E2, B3D1E4, B3D1E12(a), B4D1E2

16

JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BIL . Kumpulan 8 Kumpulan 9 Kumpulan 10 : : :

ISI KANDUNGAN B2D5E1, B3D1E5, B3D1E13(a), B4D1E3 B2D6E1, B3D1E6, B3D1E11(b), B4D1E4 B2D6E1, B3D1E6, B3D1E11(b), B4D1E4

PELAPORAN BENGKEL PENTAFSIRAN KURIKULUM DALAM BILIK DARJAH PENYAMPAI : Semua JU bertugas MASA : 10.30 12.30 tengahari BIL ISI KANDUNGAN . 1. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masingmasing. Kumpulan yang telah membuat pembentangan : - Kumpulan 11 (tolak) - Kumpulan 12 (darab) - Kumpulan 13 (tambah) - Kumpulan 14 (panjang) - Kumpulan 15 (peratus) Eviden Kumpulan 11 Kumpulan 12 B4D1E6(b) Kumpulan 13 B4D1E6(c) Kumpulan 14 B4D1E6(d) Kumpulan 15

: : : : :

B2D7E2, B3D4E2, B3D1E13(b), B4D1E6(a) B2D7E1(b), B3D5E1, B3D1E11(c), B2D7E1(c), B3D5E2, B3D1E12(c), B2D7E1(d), B3D5E3, B3D1E13(c), B2D7E1(a), B3D1E12(b), B4D1E3, B4D1E5

SESI SOAL JAWAB, RUMUSAN OLEH PEGAWAI SPA DAN MAJLIS PENUTUP PENYAMPAI : Puan Norfaizah binti Abdullah (Penyelia Matematik Rendah, JPNPP) MASA : 2.30-4.30 petang BI L. 1. ISI KANDUNGAN Puan Norfaizah binti Abdullah mengendalikan penutupan kursus 17
JPN PULAU PINANG

KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN TIGA(MATEMATIK) 12 - 15 September 2012 di PPD Selatan

201 2

BI L.

ISI KANDUNGAN dengan menerangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh peserta apabila menjalankan kursus dalaman di sekolah masing-masing. Laporan kursus dalaman perlu dihantar kepada pegawai PPD masing-masing sebelum 15 Oktober 2012. Beliau juga membuat rumusan berdasarkan hasil daripada borang penilaian kursus yang diisi oleh peserta. Ucapan perasmian penutup oleh Puan Norfaizah binti Abdullah.

2. 3.

Disediakan oleh : .......................................... (Nama cikgu)

18

JPN PULAU PINANG