Anda di halaman 1dari 16

HBIS2203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2013

HBIS 2203

AKIDAH

NO. MATRIKULASI

740819015758001 740819-01-5758 013 7220395 rahimahrobi74@yahoo.com.my

NO. KAD PENGNEALAN : NO.TELEFON E-MEL : :

PUSAT PEMBELAJARAN:

OUM BATU PAHAT

HBIS2203

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Ilahi kerana saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya saya berasa agak sukar untuk memahami kehendak soalan yang dikemukakan. Setelah membuat kajian berkali-kali ke atas soalan di samping perbincangan dengan rakan-rakan serta pensyarah, saya akhirnya berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Tugasan yang disiapkan ini memerlukan saya mencari bahan-bahan rujukan dari pelbagai sumber seperti buku rujukan dan internet. Namun bahan yang diperlukan itu akhirnya berjaya ditemui dan diaplikasikan di dalam tugasan ini. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah Dr . Hairuddin Bin Amin selaku pensyarah HBIS2203 yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar untuk membolehkan saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekuliah yang sentiasa bersedia untuk membantu memberikan idea dan tunjuk ajar bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi kehendak soalan yang diberikan. Sekian dan terima kasih.

HBIS2203

ISI KANDUNGAN

TAJUK

HALAMAN

1.

Pendahuluan

2.

Pengertian Khurafat Pada Bahasa

3.

Pengertian Khurafat Menurut Islam

4.

Perkara-Perkara Khurafat Di Zaman Jahiliyyah

5.

Dalil-Dalil Larangan Melakukan Perbuatan Khurafat Peranan Guru-Guru Pendidikan Islam Sebagai Daie Dalam Mengatasi Khurafat

6.

11

7.

Kesimpulan

14

8.

Rujukan Buku

15

9.

Rujukan Laman Sesawang

16

HBIS2203

Pendahuluan Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari. Biar pun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turuntemurun daripada nenek moyang terdahulu sedangkan amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah. Ciri-ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian. Ia juga telah muncul dalam pelbagai bentuk yang berlainan samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu,serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam . Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah. Setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan. Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat. Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.

HBIS2203

Pengertian Khurafat Pada Bahasa Khurafat pada bahasa ialah berasal dari perkataan arab kharafa-yahrifu-kharfankhurafatan. Ia membawa maksud takhayul, dongeng atau legenda. Khurafy pula adalah hal yang berkenaan dengan takhayul atau dongeng. Dalam Kamus al-Munawir, khurafat diertikan sebagai hal yang berkenaan dengan kepercayaan yang tidak masuk akal (batil). Kamus al-Mujam al-Wasit mendefinasikan khurafat sebagai cerita-cerita yang mempersonakan yang dicampuradukkan dengan perkara dusta. Kamus Dewan pula menyatakan khurafat ialah kepercayaan karut yang diadaadakan berpandukan kepada perbuatan-perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku. Di samping itu, terdapat pula catatan yang menjelaskan bahawa khurafat atau khuraf sebenarnya merujuk kepada nama seorang lelaki Arab dari Bani Udhrah yang hidup pada zaman jahiliyyah. Lelaki berkenaan dikatakan telah dicekup oleh makhluk jin untuk hidup bersama mereka untuk satu tempoh tertentu. Apabila lelaki tersebut kembali semula kepada kaumnya, beliau bercerita tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksi dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. Namun, cerita-cerita berkenaan dianggap dusta dan tidak dipercayai oleh kalangan orang yang mendengarnya, lantas mereka mengukapkan cerita-cerita tersebut sebagai cerita khurafah dan bertitik tolak daripada peristiwa tersebutlah, maka ungkapan khurafah tersebut digunapakai untuk merujuk kepada setiap perkara yang menarik dan menakjubkan.

Pengertian Khurafat Munurut Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyimpulkan pengertian khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang jauh dari pegangan dan ajaran Islam. Ia adalah kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan syariat islam dan tidak terdapat dalam nas al-quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Kepercayaan dan perbuatan karut ini dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat. Khurafat

HBIS2203

mencakup cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat. Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat ialah ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.

Perkara-Perkara Khurafat Di Zaman Jahiliyyah Islam melarang perbuatan khurafat kerana amalan ini adalah amalan orang-orang jahiliyyah sejak dulu lagi. Kepercayaan karut tersebut bermula daripada amalan atau kepercayaan Masyarakat Arab pada zaman jahiliyah iaitu sebelum kedatangan agama Islam, sememangnya terkenal dengan amalan-amalan yang bercanggah dengan syarak. Perjalanan kehidupan seharian mereka sentiasa dibayangi oleh amalan-amalan syirik, tahyul dan khurafat yang dilarang keras oleh Islam. Antara perkara yang diamalkan sejak zaman jahiliyyah sehingga sekarang ialah berkaitan dengan bulan Safar. Kebanyakan orang Arab pada zaman jahiliyah beranggapan terdapat banyak sial pada bulan Safar. Ternyata pemikiran jahiliyah ini masih diwarisi oleh segelintir kecil umat Islam pada zaman ini. Mereka beranggapan bulan Safar merupakan bulan di mana Allah s.w.t. menurunkan kemarahan dan hukuman ke atas dunia. Oleh itu banyak musibah dan bencana akan terjadi, khususnya pada hari Rabu terakhir bulan Safar. Sesetengah umat Islam menghindarkan diri dari melakukan perjalanan pada bulan safar melainkan terdapat keperluan yang sangat mendesak. Sebagai contoh dalam kitab alFutuhat al-Haqqaniy, penulis kitab tersebut memilih untuk menahan diri dari keluar berjalan pada bulan ini dan menasihati agar semua pengikut tarekat tersebut untuk tidak meninggalkan rumah melainkan sekiranya benar-benar perlu. Dalam kitab tersebut dikhabarkan bahawa Syeikh tarekat tersebut Abdullah Faiz Daghestani berkata: Pada hari Rabu terakhir bulan Safar, 70,000 penderitaan (bala) akan menimpa dunia. Sesiapa yang mengekalkan adab tersebut (beberapa amalan yang tertentu), dia akan dilindungi oleh Allah yang Maha Kuasa. 6

HBIS2203

Perkara yang disebutkan tathayyur atau meramalkan sesuatu kejadian yang buruk disebabkan oleh sesuatu perkara adalah sinonim dengan masyarakat jahiliyah. Contohnya; 1. Sekiranya mereka ingin memulakan perjalanan, mereka akan melihat pergerakan sesetengah jenis binatang seperti burung mahupun busur panah yang dilepaskan sama ada ke kiri, ke kanan, ke atas atau ke bawah. Mereka beranggapan arah gerakan tersebut boleh mempengaruhi keburukan atau kebaikan yang mungkin akan dihadapi dalam perjalanan tersebut. Sekiranya pada tanggapan mereka gerakan tersebut menunjukkan alamat yang tidak baik maka mereka membatalkan hasrat untuk meneruskan perjalanan tersebut. 2. Imam al-Syafii r.h pernah berkata: Dahulu golongan jahiliyah apabila ingin bermusafir akan mengambil burung dan melepaskannya ke udara. Sekiranya ia terbang ke kanan maka mereka pun keluar atas tanggapan tuah tersebut. Jika ia terbang ke kiri atau ke belakang, maka mereka akan menganggap sial lalu berpatah balik. Maka apabila Nabi SAW diutuskan, baginda menyeru orang ramai: Kekalkan burung pada sarangnya. (Riwayat Abu Nuaim al-Asfahani di dalam Hilyah al-Auliya.)

Dalil-Dalil Larangan Melakukan Perbuatan Khurafat Islam menyelar budaya tathayyur ini dan menganggap ianya merupakan satu perbuatan yang mencemar kemurniaan tauhid kerana ketergantungan hati seseorang kepada sesuatu perkara selain daripada Allah SWT dengan menyakini perkara tersebut boleh membawa mudharat atau manfaat kepada kita. Islam meletakkan kejadian sesuatu perkara itu bergantung kepada kehendak dan kekuasaan-Nya semata-mata. Firman Allah SWT: Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. (At-Taubah 9: 51)

HBIS2203

Menyandarkan sesuatu musibah bakal menimpa terhadap sesuatu perkara seperti kedudukan bintang, waktu atau masa yang tertentu, gerakan binatang dan lain-lain adalah perbuatan yang tercela kerana segala sesuatu itu ditetapkan oleh Allah SWT tanpa ada faktor lain yang mempengaruhi keputusan-Nya. Firman Allah s.w.t : Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya di tetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (al-Araaf 7: 131) Daripada Abdullah ibnu Umar r.a dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menangguhkan hajatnya kerana al-Thayrah (ramalan buruk kerana sesuatu) maka dia telah berbuat syirik. (Hadis riwayat Imam Ahmad, no: 6748) . Daripada Abdullah Ibnu Masud bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Al-Thiyarah (menyandarkan keburukan kepada sesuatu) itu syirik, al-Thiyarah itu syirik tiga kali. Dan tidak ada seoarang pun dari kita, kecuali (telah terjadi dalam dirinya pengaruh al-Thiyarah tersebut) akan tetapi Allah menghilangkannya dengan tawakal. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 3411)

Ternyata kesemua amalan yang dikhususkan sempena bulan Safar di atas tidak pernah diperintah oleh Rasulullah SAW serta tiada seorang sahabat mahupun para al-Salafussoleh yang mengamalkannya. Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. (Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 2697)

Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa segala tanggapan bahawa bulan Safar adalah bulan yang penuh dengan musibah dan bencana buruk adalah tidak benar. Baginda s.a.w sering berpesan supaya umatnya berwaspada ketika berhadapan dengan sesuatu musibah dan memberikan peringatan supaya jangan sekali-kali umat Islam beriktikad sial atau nahas Safar berupaya memudaratkan kehidupan manusia. Rasulullah SAW bersabda:

HBIS2203 Tidak ada penularan penyakit (dengan sendirinya), tidak ada thiyarah (sempena baik atau buruk), tidak ada kesialan (malang) kerana burung hantu, dan tidak ada kesialan (bala bencana) pada bulan Safar. (Hadis Riwayat Bukhari r.a., Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad r.a.) . Rasulullah SAW bersabda: Beranggapan sial termasuk kesyirikan (beliau menyebutnya tiga kali). Lalu beliau bersabda, Tidak ada di antara kita yang selamat dari beranggapan sial. Menghilangkan anggapan sial tersebut adalah dengan bertawakal. (Hadis Riwayat Abu Dawud)

Kita hendaklah menghindarkan diri dari melakukan ramalan bahawa akan datang sesuatu perkara yang buruk disebabkan sesuatu perkara (tathayyur) kerana ianya termasuk dalam kategori amalan syirik. Ternyata syirik merupakan satu perbuatan yang zalim dan Allah SWT tidak akan mengampunkan golongan yang mengsyirikannya melainkan bagi mereka yang bertaubat. Allah SWT berfirman: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang

mempersekutukan-Nya dengan sesuatu dan akan mengampunkan (dosa) selain kesalahan (syirik) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.Sesiapa yang

mempersekutukan Allah dengan sesuatu, sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa 4: 116). Mencela waktu atau bulan yang tertentu adalah seolah-olah mencela Allah SWT kerana semua waktu itu adalah ciptaan Allah SWT. Bagi setiap waktu termasuk bulan Safar ini sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang bermanfaat serta amal soleh adalah termasuk dalam waktu yang baik dan penuh keberkatan. Oleh itu hendaklah bulan Safar ini dilihat seperti bulan-bulan yang lain dalam kalendar hijrah dan kita terus mengerjakan amal-amal ibadah yang disunnahkan seperti bulan-bulan lain. . Allah SWT berfirman: Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Taghaabun 64: 11) 9

HBIS2203

. Yakinlah bahawa Safar sama dengan bulan-bulan lainnya yang telah Allah SWT jadikan sebagai kesempatan untuk melakukan amal-amal yang bermanfaat. Menganggap Safar sebagai bulan pembawa sial merupakan perbuatan haram dan syirik kerana tidak ada yang mampu memberikan manfaat dan menimpakan mudarat kecuali Allah SWT; sebagaimana firmannya; Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, tak ada yang dapat menolak karunia-Nya.Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Yunus :107)

Perkara-perkara khurafat seperti amalan mempercayai keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya. Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat. Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya. Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut. Orang Melayu kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut. Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam. Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah s.a.w melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: "Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan." (Hadis riwayat Tabrani)

10

HBIS2203

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad." (Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan dalam aspek akidah dan syariah yang menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali. Peranan Guru-Guru Pendidikan Islam Sebagai Daie Dalam Mengatasi Khurafat Guru-guru merupakan ibubapa kedua bagi murid-murid di sekolah, dan sekolah pula merupakan rumah kedua bagi mereka. Peranan guru yang bukan hanya mengajar ilmu pengetahuan sahaja bahkan lebih dari itu. Guru merupakan murabbi, pendidik, kaunselour, pembimbing, kawan, pemudahcara dan semua yang berkaitan dengan kebaikan adalah terbeban atas tanggungjawab guru. Antara perkara-perkara utama yang perlu dilaksanakan oleh golongan pendidik yang merupakan murabbi dan daie ini bagi menangani isu amalan khurafat adalah seperti berikut : 1. Memastikan asuhan dan didikan dengan ilmu yang benar dan sempurna sejak dibangku sekolah lagi. Ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak didik terutama yang berkaitan dengan akidah Islam mestilah jelas dan memberikan kesedaran yang sepenuhnya kepada murid-murid agar mereka merasa takut dan bertanggungjawab sebagai seorang yang bergama Islam menjauhi perbuatan khufarat. Targhib atau ajakan berhikmah serta tarhib iaitu memberikan ancaman yang telah dijelaskan al-Quran dan al-Hadis hendaklah diberikan sesuai dengan peringkat umur, kerana guru lebih dipercayai oleh murid berbanding ibubapa dan masyarakat yang lain.

2. Sentiasa aktif memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya. Pada masa kini, dakwah bukan sahaja melalui lisan bahkan dengan pelbagai cara dan kaedah yang akan mendatangkan kesan yang amat mendalam kepada golongan sasar. Kemajuan teknologi seiring dengan peredaran zaman menuntut seseorang pendakwah seperti guru melibatkan diri secara aktif dalam menangani 11

HBIS2203

gejala yang merosakkan akhlak dan akidah seperti perkara-perkara khurafat yang dibahaskan pada masa ini. Masyarakat lebih gemar menonton televisyen, melayari internet, membaca akhbar, melukis, berinteraksi melalui laman sosial dan menulis serta membaca laman-laman web dan blog untuk menambah ilmu pengetahuan dan mengetahui apa jua yang terlintas difikiran berbanding pergi ke masjid atau surau untuk mendengar kuliah. Justeru peranan guru adalah meneroka sejauh mana peluang untuk menyampaikan dakwah dan menerangkan bahaya khurafat untuk santapan rohani dan peringatan untuk masyarakat semua melalui kaedah penulisan di media massa, blog-blog, menterjemahkan dalam bentuk lukisan dan sentiasa bersikap kreatif dan kritis dalam menyampaikan dakwah dan peringatan berkaitan Islam dan khurafat khususnya.

3. Sentiasa mengadakan dan menyertai program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dan sebagainya. Kerajaan dengan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak pada masa kini semakin sedar akan jatuhkan akhlak bangsa dan ummat Islam. Kerana itulah mereka semakin aktif berusaha untuk menangani gejala sosial dan antaranya perkara yang berkaitan dengan khurafat. Guru pendidikan Islam sebagai daie perlu menyertai kumpulan ini dan sama membantu menjayakan apa jua program kebaikan dan kesedaran yang dianjurkan. Guru biasanya berperanan sebagai penceramah, pembimbing atau fasilitator kerana masyarakat memandang tinggi kebolehan dan keperibadian guru dan yakin dapat memimpin masyarakat dan memberikan kesedaran tentang Islam dan bahayanya amalan khufarat ini. Perlu aktif dan mencari sebanyak mana peluang dan program yang mampu dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat. Program yang guru pendidikan Islam khusunya mampu laksanakan bukan sahaja yang dianjurkan bersama pihak luar bahkan diperingkat sekolah sendiri ia mampu dilaksanakan melalui program-program mingguan, bulanan dan rutin serta divelopmental yang akan memberikan kesedaran kepada anak-anak didik sejak awal lagi.

12

HBIS2203

4. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat oleh masyarakat. Perkara sedemikian biasanya dilaksanakan oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Islam sesebuah negeri atau tempat. Namun jika kita mengharapkan hanya mereka sahaja yang memantau tempat-tempat khurafat yang terlalu banyak pasti objektif untuk membendung gejala rosaknya akidah ini tidak akan tercapai tanpa ada kerjasama dan aduan dari orang ramai. Sebagai seorang guru terutamanya guru Pendidikan Islam, ianya menjadi satu keutamaan untuk menjadi orang yang pertama tampil dan berusaha untuk mengawasi tempat-tempat atau apa jua kegiatan khufarat yang berleluasa di kalangan masyarakat terutama yang telah kita sedari ianya berlaku dalam masyarakat di sesuatu tempat. Seterusnya mengajak orang ramai dan masyarakat bekerjasama serta mengajukan perkara tersebut kepada pihak yang

bertanggungjawab seperti Polis atau Jabatan Agama untuk tindakan selanjutnya sekiranya ianya tidak dapat diselesaikan di peringkat bawahan atau ianya menjadi semakin parah dan boleh menular dan merosakkan ummat Islam serta masyarakat lain.

5. Guru Pendidikan Islam berperanan untuk memastikan undang-undang berkaitan dengan aqidah seperti khurafat dikuatkuasakan dengan sebenar. Enakmen dan akta yang berkaitan dengan perkara-perkara khufarat adalah jelas dan perlu dikuatkuasakan dengan tegas terhadap mana-mana pesalah laku. Segelintir masyarakat hanya berdiam diri, atau takut untuk melaporkan kepada pihak berkuasa. Kesannya ianya terus diamalkan dan merosakkan generasi demi generasiyang tidak berdosa. Gejala rasuah daripada ketua-ketua kaum juga merupakan halangan utama untuk menguatkuasakan undang-undang dengan tegas. Justeru guru berperanan dan berusaha memastikan undang-undang Islam sedia ada dapat dilaksanakan dengan betul dengan memberikan kerjasama yang erat dengan pihak berkuasa, jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dan masyarakat setempat.

13

HBIS2203

Kesimpulan

Amalan khurafat telah berlaku sejak sekian lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan sebelum Baginda diutuskan menjadi Rasul lagi. Ia dilakukan di zaman jahiliyyah dan masih lagi berterusan sehingga ke hari ini. Orang yang mengamalkan khufarat tidak akan percaya kepada ketentuan Allah s.w.t bahkan mereka percaya kepada sesuatu selain dariNya tanpa sebarang asas dan ilmu. Islam mengajar kita supaya meminta pertolongan kepada Allah SWT dengan doa, tawakkal dan usaha yang berterusan dan bukan percaya secara membabi buta perkaraperkara yang tak masuk akal atau hanya berlaku secara kebetulan dan bukan ketentuan kerana hanya Allah s.w.t yang menentukan baik atau apa yang telah, akan dan sedang berlaku. Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat dan bidaah merupakan suatu usaha yang sangat mencabar. Masyarakat tidak boleh terus menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Majlis Agama Islam Negeri. Jika tidak maka sudah pasti akan runtuh akidah sebahagian besar umat Islam. Golongan pendidik terutamanya guru-guru Pendidikan Islam serta para ilmuan adalah memainkan peranan yang sangat penting kerana pandangan masyarakat terhadap mereka sebagai pendokong keutuhan ajaran dan akidah Islam. Guru mendidik murid seawal umur 4 tahun, dan inilah antara usaha yang sangat penting menanam akidah yang utuh dan benar kepada Allah s.w.t. Golongan ilmuan ini jugalah yang perlu mengetengahkan diri dalam masyarakat dan menjadi nadi utama untuk menangani amalan khurafat dengan berkecimpung dalam secara formal atau tidak formal dalam badan-badan kerajaan selainnya yang bekerjasama dengan masyarakat untuk menjaga akidah ummat Islam daripada kesesatan.

14

HBIS2203

Rujukan Buku

1.

Al-Quran Al-Karim bi Resm Uthmani. Darul Ma'rifah, Damsyiq, Beirut. Darul Fikir, Kuala Lumpur.

2.

Al-Quran dan Terjemahannya. (1997). Pustaka Antara SDN BHD, Kuala Lumpur.

3. 4.

Ibn Kathir. Tafsir al-Quran al-Azim.(1996). Maktabah Asriah, Soida, Beirut. Muhammad Fuad Abd Baqi. Mu'jam al-Mufahras al Alfaz al-Quran al Karim. 1996. Cetakan Pertama. Darul Hadith, Kaherah.

5.

Syeikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan Ar Rahman kepada Pengertian alQuran. Percetakan Yayasan Islam Terengganu. Darul Fikr, Kuala Lumpur

6.

An-Nawawi. Sahih Muslim. 1995. Cetakan Pertama. Darul Kitab Ilmiah, Beirut, Lubnan.

7.

Dr Wahbah Az Zuhaily. 1996. At-Tafsir al-Munir. Beirut,Lubnan. Darul Fikr al Muasir.

8.

Sayid Sabiq. 1997. Aqidah Islam Pola Hidup Manusia Beriman. Kuala Lumpur. Pustaka Jiwa Sdn Bhd. Percetakan Zafar sdn Bhd.

9.

Azzahabi. Kitab al-Kabair. Tab'ah Jadidah. Beirut, Lubnan. Darul Maktabatul Hayat.

10.

Abdul Rahman Habankah al-Maidani. 1994. Aqidah Islamiah wa Ususuha. Darul Qalam. Damsyiq.

15

HBIS2203

Rujukan Laman Sesawang

1. 2. 3.

http://www.sabah.edu.my/cwm010/akidah_1.htm http://kdi2.wordpress.com/2006/06/01/batal-iman/ http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/08/011-hal-hal-yang-membatalkaniman.html

4.

http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAPKHURAFAT

5.

http://zainizainal.blogspot.com/2010/07/pengertian-khurafat-dalam-islamfaktor.html

6. 7. 8.

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/12/26/amalan-bidaah-dan-khurafat-safar/ http://www.asampedasikanpari.blogspot.com/2011/03/amalan-khuafat.html http://sham86.wordpress.com/2010/11/07/khurafatmistik-dan-kebatinan-virusajaran-sesat/

16